Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tonghuan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43136

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
tonghuan: 11 jam, 37 minit yang lalu
khairoo84: 1 hari, 48 minit yang lalu
wyd1014: 3 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 21 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
nur_tinta: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: UIAM campus election


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» UIAM campus election

Please Mendaftar To Post


Oleh UIAM campus election

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 14:13


-Saya dapat e-mail ni dari seorang sahabat di UIAM. Minta sahabat2 dari UIAM komen/jelaskan sikit. Apa sebenarnya yang telah terjadi????-

Kumpulan proaspirasi berjaya menguasai UIAM
selepas semua calonnya diumumkan menang
tanpa bertanding bagi semua 24 kerusi yang
dipertandingkan, sekali gus mengakhiri
penguasaan lebih 10 tahun kumpulan
propembangkang di universiti itu.

Menurut sumber, kumpulan propembangkang
UIAM bertindak memulaukan proses pemilihan
kerana tidak berpuas hati dengan beberapa syarat-
syarat baru yang diperkenalkan oleh pihak
pentadbir termasuk mewajibkan calon memiliki
Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.8.

``Mereka juga tidak setuju dengan tindakan pihak
universiti yang mahu setiap calon mengikuti
peperiksaan khas sekiranya ingin bertanding,'' kata
sumber itu kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tindakan memboikot proses pemilihan juga
berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila
kumpulan propembangkang yang menamakan
mereka sebagai `Gagasan Smart' tidak bersetuju
dengan peraturan-peraturan yang diperkenalkan
termasuk sistem pengundian yang disifatkan
meragukan.

Ini termasuk penggunaan sistem e-Voting yang
didakwa tidak telus berbanding kaedah
konvensional yang menggunakan kertas undi,
larangan membuat bantahan selepas pengiraan
undi dan dakwaan wujud kumpulan yang memaksa
pelajar mengundi calon-calon tertentu.

Pilihan raya kampus Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) juga dicemari insiden memboikot proses
pemilihan apabila kumpulan pelajar
propembangkang mendakwa pihak pentadbir
universiti sengaja mengenakan syarat yang `tidak
masuk akal' bagi membolehkan kemenangan
calon-calon tertentu.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu
dikatakan meletakkan kos yang terlalu tinggi untuk
pencalonan, cagaran dan bantahan serta
menentukan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
yang dianggap terlalu tinggi iaitu 3.00.

Seorang pelajar UTM, Azman Ibrahim berkata, kos
pertandingan yang ditentukan kali ini amat tinggi
seperti harga borang pencalonan berharga RM50,
wang cagaran RM100 bagi merebut kerusi fakulti
manakala RM150 untuk kerusi umum.

Katanya, bayaran sebanyak RM300 pula
dikenakan kepada calon yang mahu membuat
bantahan.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"
[ Telah diedit oleh: SHAMR pada 27-09-05 14:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 15:51


saya tak faham apa-apa pun pasal election ni...
hehehehe..
nak tau jugak dari sesiapa yang tahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 16:18


assalamualaikum...
saya rasa semua ni tak adil bukan kat UIA saja kat U saya pun same...ada ke patut mereka menang tanpa bertanding 21-0 memang mereka syok sendiri... macmane tak menang dah calon2 propembangkang tak dapat tandatangan dekan nak bertanding macam mana..semua ini memang telah dirangcang...tapi kami tak mampu buat apa-apa sebab kami telah terikat dengan kerajaan tak macam u2 lain boleh lagi membangkang dan membantah sebab mereka nanti boleh kerja dimana2.. kalau kami silap2 tak dapat posting..kalau xpun kena posting kat sabah sarawak... politik yang terlalu kotor...dah tu siap dapat msj lagi dari budak-budak apirasi...yang amat menngugat keimanan saya kalau anda tak percaya mari no anda saya forwardkan..nilah reality dunia sekarang..antara perkataan yang menyedihkan "PMBNGKG KEPARAT...SYAITAN2 BERKOPIAH/bertudung LABUH...BUATLH PILIHANRAYA BIJAK ATAU ANDA MAHU menjadi ANAK HARAM???? Bayangkanlah dan fikirkanlah ni bukan fitnah tapi kenyataan..saya tahu apa hukum orang memfitnah....tolong respon!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 16:27


sedih melihat politik kampus kita yang telah dijangkiti penyakit.???...apa yang penting kita jangan terlibat dalam fitnah-menfitnah,jangan ikut emosi,rapatkan ukhwah dengan semua pihak....cipta hubungan baik dengan pihak pentadbiran universiti....buang istilah pro-pembangkang dan pro kerajaan.....jangan jadi kuda tunggangan mana-mana parti politik....nak masuk politik secara serius ,tinggalkan kampus....buat REFORMASI dalam kampus,semarakkan agenda ISLAM dalam erti kata yang sebenar....kita berhak bersuara,jangan diselebungi dengan ketakutan,orang buat salah kat kita,kita maafkan,,,,,...orang benci kita,kita tetap sayang mereka...dakwah dengan hikmah...orang kata kita jumud,ketinggalan zaman,ekstrim....pedulikan apa orang kata tapi kena ubah juga sikap,kuasai ilmu dalam pelbagai bidang.....suara mahasiswa suara keramat,tapi mahasiswa yang bagaimana?.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 22:21


assalamualaikum...
bukan ana nak berpihak pada mana-mana pihak tapi sedih bila melihatkan dan mengenangkan politik kampus semakin lama semakin menakutkan...walaupun hanya politik kampus tetapi kita inginkan pemimpin yang akan menjadi teraju bukan sekadar di bidang akademik tetapi juga pimpinan yang akan menjadi teladan akhlak untuk kita...
wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 22:28


bila dilihat dan difikirkan, politik di kampus sekarang ini berada pada keadaan yang agak kritikal. ada sesetengah calon pemimpin/pemimpin yang tidak begitu telus menjalankan tugas dan ada segelintir daripada mereka yang seakan-akan dimanipulasikan oleh golongan tertentu. kemana hilangnya taring keadilan dan perjuangan bersih seperti yang diwar warkan? calon yang bertanding mestilah mempunyai kredibiliti bukan hanya dalam bidang akademik tetapi mestilah cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah untuk menghalang segala bentuk kepincangan yang berlaku.

wallahu a'lam.
[ Telah diedit oleh: houri pada 28-09-05 09:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 22:36


:) suasana hambar telah pun berlaku di UIAM..apa yang tertera di dada akhbar..itulah yang berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 10:22


Sudah terang lagi bersuluh...keadilan dan kebebasan bersuara tidak wujud lagi dalam pilihanraya di U... walaupun ana tak merasa kehangatan pilihanraya kampus di UIA kuantan, tapi terkena juga tempias bahang dari UIA Gombak... sedih, geram!

Berjuang memerlukan pengorbanan... barulah dapat rasai kemanisannya...
Teruskan perjuangan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pErMaIsUrI_hAtIProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI   Quote dan BalasQuote

Nazmi383
Warga Rasmi
Menyertai: 28.09.2005
Ahli No: 19382
Posting: 2
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 10:53


senario biasa bagi election mpp

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nazmi383Profil   Hantar PM kepada Nazmi383   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 28-09-05 13:41


taun lepas insiden ni blaku kat um........huhu
macam-macam.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 09:42


Salah satu tuduhan yang dilemparkan oleh media tentang Kenapa pihak pro-pembangkang memboikot adalah kerana kegagalan untuk menghantar "calon yang cemerlang"...

"Calon yang cemerlang"? Apakah yang dimaksudkan dengan calon yang cemerlang? Menang di gelanggang siswa dan siswi atau memenangi hati pihak authoriti UIAM yang mendokong aspirasi Barisan Nasional?

Alasan utama Kenapa pihak pro-pembangkang memboikot pilihanraya adalah kerana sistem "election before election" yakni pemilihan sebelum pemilihan. Sebelum calon dibenarkan untuk bertanding, mereka terpaksa 'bertanding' beberapa peringkat terlebih dahulu bagi memastikan mereka layak untuk bertanding. Sistem ini adalah sistem yang sememangnya tersasar jauh dari matlamat Pilihanraya Kampus, yakni membenarkan pelajar untuk memilih pemimpin mereka, kerana 'pemimpin' mereka terlebih dahulu telah dipilih oleh pihak Hal Ehwal Pelajar...

Selain itu, PRK UIAM kali ini jauh berbeza berbanding PRK UIAM yang lepas, memandangkan terdapat beberapa syarat ketat yang perlu dipatuhi. Antaranya:

1. Calon yang dibenarkan bertanding hanya pelajar 2nd and 3rd level. Sesetengah pelajar, walaupun masih di tahun tiga adalah 4th level. Kekangan ini yang menghalang mereka untuk bertanding. PRK UIAM yang lepas, pelajar tahun dua dan tahun tiga dibenarkan bertanding, regardless what is their level...

2. Public Speaking Test. Memang bagus, tetapi ketelusannya diragui. Pihak HEP menjanjikan 4 orang hakim, tetapi yang hadir hanya 2 orang. Peserta yang menyertai, hanya seramai 22 orang. Yang lulus, 18 orang...

3. Interview. Sebanyak 4 sesi interview yang perlu dilalui:
a) Bersama HEP
b) Bersama Timbalan Rektor
c) Bersama Rektor
di) Bersama Presiden UIAM

Apakah relevan hinggakan perlu bertemu dengan Presiden UIAM? Sedangkan apabila timbul isu Saudara Mozahiri Shamsuddin memohon injunksi di Mahkamah Tinggi, di dalam mesyuarat bersama para pensyarah, Rektor sendiri tidak menyokong mana-mana pihak, sama ada pihak pro-aspirasi mahupun pro-pembangkang. Beliau seolah-olah 'tidak tahu' dengan undang-undang PRK yang disusun, diolah, dikuatkuasakan dan diubah sewenang-wenangnya oleh pihak HEP.

4. Memandangkan calon tidak cukup, beberapa pelajar yang 'menyokong aspirasi Universiti' telah ditemui oleh pihak HEP dan diharapkan dapat bertanding atau mengisi lompang-lompang kosong tanpa perlu memathui syarat-syarat yang dikenakan. Lucu kan?

5. Kenyataan kesemua kerusi dibolot oleh pihak pro-aspirasi adalah bohong belaka, memandangkan beberapa pemenang yang saya kenali, yakni kawan saya sendiri adalah neutral dan langsung tidak menyokong 'perjuangan' pihak pro-aspirasi...

Begitulah kepincangan PRK UIAM yang mencapai tahap kritikal. Suasana di UIAM aman dan tenang, seolah-olah tiada Pilihanraya Kampus. Apa pun, adalah tidak adil untuk kita terus menghukum bakal MPP UIAM penggal hadapan, kerana ada di antara calonnya memang cemerlang. Kita tunggu dan lihat, adakah MPP UIAM sesi 2006/07 berjaya mendukung aspirasi UNIVERSITI dan yang paling utama, aspirasi ISLAM yang HAKIKI...

Allahu Ta'ala a'lam...
[ Telah diedit oleh: SaLaFiaN pada 30-09-05 09:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

bocah_anom
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.08.2003
Ahli No: 3021
Posting: 112
Dari: uniten

Johor  


posticon Posting pada: 29-09-05 10:18


Ya Allah...dimanakan kewarasan pihak-pihak ni?..kerana nak jaga periuk nasi mereka sendiri sampai sanggup buat perkara demikian....saksiakanlah...segala tindak tanduk mereka pasti akan ditanye oleh Allah kelak

Bookmark and Share

    


  Member Information For bocah_anomProfil   Hantar PM kepada bocah_anom   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 10:36


link hangat... satu pembongkaran.. --> http://www.mahasiswa-utm.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

puteriaina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13247
Posting: 37
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 11:44


erm tu lah dia nama nya resam hidup didunia yang penuh dengan penipuan.nak menangkan diri sendiri saja.di U saya pun tak merasai pilihanraya sebenarnya.tak seronok nak mengundi,tapi dah terpaksa mengundi undi saja lah.calon ada 15 tapi terdapat 13 kerusi dipertandingkan tapi kebanyakannya aspirasi,so no choice lah.tadi ni baru pergi mengundi.harap2 mereka tahu buat kerja lepas ni.especially kebajikan mahasiswa/i.memimpin ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak yang cemerlang berlandaskan syariat islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriainaProfil   Hantar PM kepada puteriaina   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 12:00


isk3...takutnye...saya yang kat matric uia ni pun dah rasa bahangnye...bagaimana lah keadaan bila sampai batch saya pula nanti...


-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

humairak
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 14:37


teruskan perjuangan tegakkan AGAMA ISLAM!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairakProfil   Hantar PM kepada humairak   Quote dan BalasQuote

bocah_anom
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.08.2003
Ahli No: 3021
Posting: 112
Dari: uniten

Johor  


posticon Posting pada: 29-09-05 14:42


itulah namenyer perjuangan....usah bicara soal perjuangan kalau xmau untuk berjuang

Bookmark and Share

    


  Member Information For bocah_anomProfil   Hantar PM kepada bocah_anom   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 29-09-05 18:19


salam..
pusat undi tlah pun di tutup..kat tunggu apa kptsn nya....

taun lalu no siri di padankan dengan nama pelajar..tapi taun ni tak ada pulak...
tak kisah lah..janji kali ni saya mgundi atas kerelaan hati bukan paksaan seperti taun lalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-05 18:23


bebaskan pilihanraya kampus dari campur tangan politik....mahasiswa punya hak untuk bersuara...jangan dijangkiti sindrom ketakutan...pilihanraya,pilihanraya jugak...study jangan lupa!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 10:53


:-( :-( kalau mereka (pro aspirasi) bertanding dengan adil dalam pilihanraya kampus ni....pada pendapat saya..mungkin majoriti IPTA di seluruh negara akan dipegang oleh puak pro-pembangkang.
jadi tu lah sebab mereka main taktik kotor ini... :-(
lagi satu,mereka seboleh2 nya nak "basuh" minda2 siswa/i agar mereka menyokong BN/UMNO bila mereka dah keluar dari U kelak,jadi dapat lah mereka memerintah Malaysia ni lagi... :-( :-| :-|


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-09-05 11:27


Emm siapa yang alert dengan election kampus ini???masyarakat hari ini ke???rasanya semua buat tak tahu pun..mahasiswa dan mahasisiwi??berapa kerat sangat???saya adalah salah seorang calon yang patut bertanding untuk fakulti tapi name saya telah direject kerana bukan calon proaspirasi??di UTM suppose dianggarkan ada 150 orang calon yang nak bertanding...Kenapa pula pilihanraya kali ini menang tanpa bertanding sedangkan calon nak bertanding ada 150 orang...alasan yang diberikan pointer tak cukup...kawan saya 3.56 pun tak dapat bertanding???so rasanya xperlu lah nak bukak pekung didada dan menceritakan kelemahan universiti sendiri...cuma saya nak sahabat2 semua berfikir secara logik...IPTA dipenuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi yang bijak pandai dari segi akademik...untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa salah satu faktor adalah akademik...tapi kalau di kampus dah mula tanam taktik yang xbaik ini??apa akan jadi pada negara ini??kalau yang pandai pun dah main kotor??yang kurang pandai apatah lagi???takkan penagih dadah nak jadi pemimpin negara agaknya???jadi no wonderla pesan nabi akan datang umatku pada akhir zaman dipimpin oleh pemimpin2 yang zalim....wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 17:07


Salam...

Ingatkan masuk maincamp, boleh lah rasa 'kemeriahan' campus election.ni tidak..lain jadinye..macam yang akh hafeezzul kata tu, memang betul pun.students tak tau sangat pasal PRK ni, especially from 1st year students(Alhamdulillah, ana memang tau).Pasal UIA ni, taknak ulas banyak2 dah.antum semua boleh baca dari posting Dhany tu..it's all about the IIUM election campus...

-apa nak jadi lah dengan pihak U ni sekarang ni...

Wassalam.


-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m


Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 23:21


assalamualaikum.

    Dah hampir dua tahun saya tinggalkan dunia kampus namun begitu politik kampus tetap dalam perhatian kerana bermula dari sanalah saya mengenal politik pilihanraya dan gerakan islam namun amatlah sedih bila melihat senario politik kampus sekarang ini tidak seperti semasa saya menjadi warga kampus dahulu yang mana pada masa itu demokrasi begitu subur walaupun sebenarnya pada masa itu sudah bermula bibit-bibit ke arah pencabulan terhadap demokrasi di kampus.

Pada tahun ini nampaknya pencabulan terhadap demokrasi ini sampai ke kemuncaknya apabila pelbagai peraturan dan syarat yang tidak masuk akal serta tindakan tidak demokratik dikenakan terhadap pelajar yang ingin bertanding terutama sekali pelajar yang mereka anggap pro-pembangkang. Antara yang ingin disebutkan di sini ialah syarat agar diadakan ujian pengucapan awam bagi mereka yang ingin bertanding. Bagi saya ianya adalah satu syarat yang tidak relevan dan lebih bertujuan untuk menyulitkan para pelajar yang ingin menjadi calon pilihanraya. Cuba kalau peraturan ini digunapakai dalam pilihanraya umum, sudah tentulah calon-calon dikalangan pembangkang terutamanya Pas lebih menyerlah daripada calon-calon dalam parti pemerintah.

Yang ke dua yang ingin saya sentuh ialah syarat agar calon mesti mendapat 2.8 ke atas. Apakah tidak terbukti lagi pencapaian akademik mereka yang bergelar mahasiswa, yang mana mereka adalah dipilih dikalangan beribu-ribu calon yang memohon untuk masuk ke universiti? Adakah mereka yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjadi wakil atau pemimpin kepada mahasiswa ini tidak bertanggungjawab terhadap akademik mereka? mengapa mesti diletak syarat seolah-olah mereka itu budak sekolah?

Jadi adalah tepat sekali tindakan mahasiswa yang dianggap pro-pembangkang ini memulaukan pilihanraya kampus kerana biar pun golongan pro-aspirasi berjaya menguasai hampir kesemua kampus namun kemenangan mereka adalah kemenangan yang tidak bermaruah dan tarafnya hampir seperti mereka yang menang dengan undi hantu.


Golongan-golongan yang menyekat demokrasi kampus ini kononnya mahu universiti menjadi medan ilmu yang bersih dan bebas dari anasir-anasir politik luar terutamanya pembangkang namun begitu dalam masa yang sama mereka merelakan kemasukan budaya hedonisme, hiburan lalai yang tanpa batasan, gaya hidup pergaulan bebas tanpa batasan dan pelbagai lagi anasir-anasir luar yang ternyata selama ini menjadi punca kepada kemerosotan kepada nilai hidup golongan yang dianggap sebagai intelektual ini.

Namun begitu diharapkan kepada adik-adik mahasiswa yang telah dicop oleh puak-puak penghancur demokrasi ini sebagai pro-pembangkang ini agar tidak patah semangat kerana mungkin ini hanya kekalahan anda yang pertama kali dalam siri-siri pilihanraya kampus yang di adakan setiap tahun sedangkan kami dalam Pas telah menerima tekanan politik dan kekalahan dalam pilihanraya yang tidak terkira banyaknya. Tidak kira di peringkat kampus atau di peringkat nasional, selagi kita menjadikan islam sebagai dasar maka inilah mehnah yang terpaksa kita terima. Semoga kita terus menggenggam islam seerat-eratnya.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
[ Telah diedit oleh: lidah-penghunus pada 30-09-05 23:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

namz
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2005
Ahli No: 19233
Posting: 7
Dari: shah alam

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-10-05 23:41


politik kampus ni ana rasa dah merebak ke semua U.bila fikirkan balik baik tak payah buat langsung undi mengundi ni sebab nanti hanya akan wujud menang tanpa bertanding..boleh dikira sebagai "pemenang" pada hakikat yang sebenar ke kalau tak ada pesaing?!nama pun bertanding patutnya kena ada pesaing lah..tak begitu???

pihak pentadbiran buat macam-macam peraturan baru tu bukan apa, tak lain tak bukan nak 'mengekang' calon2 yang dicop sebagai pro pembangkan lah..

apa-apa pun jangan patah semangat, perjuangan tetap perlu diteruskan.

takbir...ALLAHU AKBAR!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For namzProfil   Hantar PM kepada namz   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 02:20


pro-pembangkang kah kita? kita hanya nak pertahankan hak mahasiswa... kasihan kita.. huhuhu

bagaimana nak tegakkan kebenaran di IPTA tempatan.....

p/s: perjuangan masih belum berakhir... kita sebenarnya tak kalah.

mekaseyy

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Asmiedi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18490
Posting: 39
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 09:55


sebenarnya Bukan baru nak merebak............. tapi dah jadi wabak........ pemimpin hari ini nak jaga periuk nasi mereka.... jadi dia kena sediakan pelapis yang sama kepala dengan mereka...... Puak aspirasi niiii memang telah ditubuhkan untuk kepentingan orang tertentu..... nak lawan kerr nak boikot kerr mereka - mereka nii bukanya peduli... kuasa di tangan mereka.... tapi yang penting lawan tetap lawan...... keadilan mesti di tegakkan...... hapuskan orang yang tak bermaruah ini......        p/s calon aspirasi tuuu tak tau malu kerr???

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsmiediProfil   Hantar PM kepada Asmiedi   Pergi ke Asmiedi's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-05 10:22


yang penting korang2 yang pro-pembangkang di universiti ni jangan join program2 budak2 aspirasi ni. kasi boikot sikit. kalau boleh biar program2 terutama yang besar2 diaorang tak jadi.

ps: baru depa tau kuasa mahasiswa/i.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 13:49


kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..
ingatlah..
perjuangan itu panjang...
kebenaran pasti terserlah..
dugaan cabaran dan rintangan itu biasa..
cuma kita kena cepat sedar dan dalam masa yang sama sama2 tidak takut untuk menyatakan kebenaran.
yang batil wajib ditentang...
sama2 kita berusaha untuk mengubah keadaan ini..
caranya...kita sama2 tahu..

mahasiswa pro pembangkang?
benarkah begitu...
bagaimana pula dengan mahasiswa bebas..
jangan terlalu mudah untuk meletakkan label...
tidak kira pembangkang atau kerajaan...
memang diakui ada yang sebegitu..
tapi sebaiknya mahasiswa itu perlu bebas dan merdeka jiwanya..
merdekanya mahasiswa teguhnlah demokrasi..
bebasnya gerakan mahasiswa maka kuatlah gerakan islam..
percayalah..

p/s..taktik kotor dulu abu jahal naungi..
     taktik sekarang diketuai shafie..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

fuzz_lee03
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5916
Posting: 24
Dari: Selangor

japan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 09:09


siapa haaa yang menang untuk election baru-baru ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fuzz_lee03Profil   Hantar PM kepada fuzz_lee03   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:30


kalau ana ada kompeni, dan yang minta kerja dengan ana nanti dalam resume tulis wakil MPP aspirasi, maka tahulah ana bahawa calon didepan ana tu seorang kaki bodek, kaki angguk.

ps: buang masa temuduga saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 13:36


jika syarikat cina boleh letak syarat mandarin.
try2 lah kerajaan cuba buat ujian penulisan dan kelancaran bahasa melayu sebagai syarat kerjaya dengan kerajaan.
barulah dikatakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

p/s..berapa ramai eksekutif melayu yang kerja dengan syarikat cina..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 17:17


Hhmm...sylg rasa takut.saya ni...dah lah bercita2 nak pergi UIA.macam mn ni...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 17:36


..salam ukhwah...

pada pendapat saya, perkara sebegini memang tak adil.sepatutnya sebarang agenda politik atau pengaruh politik mana-mana parti dalam kerajaan tidak boleh mempengaruhi proses pembelajaran dia IPT..

saya pun amat sedih ada parti politik mempergunakan IPTA sebagai laluan mereka menarik pemuda untuk menyertai mereka berbanding untuk mengajak pelajar di IPTA untuk menghadiri kuliah2 agama atau kearah memperbaiki akhlak...

perkara2 sebegini lebih banyak menjurus kepada perpecahan dan macamana kerajaan ini nak realisasikan perpaduan di IPT kalau terus begini..
jangan bayar untuk menang walaupun banyak duit dan kuasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.158992 saat. Lajunya....