..
dipetil dari bulletin sahabat baik ana..
Mulanya kufikir ini adalah soal memilih. Kerana mereka, insya Allah, adalah ikhwan2 yang soleh. saya mengamati perubahan mereka & subhanallah, mereka telah menjadi muslim yang lebih
baik dari sebelumnya. Dan saya mencintai mereka kerana Allah.
Seseorang daripada mereka menaruh harapannya terhadapku. Dia ingin saya menjadi calon penghuni Syurga bersamanya menjadi isterinya. Hmm, akhirnya kata-kata indah yang selalu kutunggu itu
terdengar jugadrpd sahabatku. Sahabat terbaikku, yang sangat mengerti diriku, dan saya jua memahami dirinya. Dia seorg ikhwan yang baik, yang membuatku sempat berfikir bila suatu hari dia melamarku maka akau tak akan punya alasan apapun untuk menolaknya kerana dia begitu baik. Namun pemikiran itu berubah saat seorg ikhwan
yang lain datang ke dalam kehidupanku. Dialah yang mengirimkan pesan-pesan singkat & panggilan2 tak berjawab. seseorang yang tak pernah terlintas di benakku sedikitpun, namun akhirnya menisci ruang khusus di hatiku. Dia tak pernah memberi keputusan ataupun
sebuah janji. Namun setiap kata darinya menyiratkan bahawa dia begitu mahu rapat dgnku. Wallahualam.
Dia seorg yang sopan, yang sangat menghormatiku. Kebaikan akhlak serta keelokan parasnya membuatku berfikir bukanlah wanita seperti saya yang layak baginya. Dia bagaikan seorg putera. Sikapnya yang sulit kuduga sungguh membuatku berasa bahawa saya hanyalah teman biasa baginya. saya menjalinkan persahabatan dengan kedua-duanya, tanpa pengetahuan mereka. Tambahan mereka berdua merupakan sahabat yang agak rapat.
Banyak ilmu yang kudapat daripada mereka. Merekalah tempat saya bertanya & meminta nasihat , begitu pula saya bagi mereka. Menurutku persahabatan ini biasa saja, tidak melewati batas norma. Semuanya tentang dakwah. Namun saya berasa hubungan ini tidak bersih. Kerana tidak ada persahabat yang tidak melibatkan hubungan hati. Dan saya telah menzalimi diriku sendiri. saya ingin menjauhkan diri daripada mereka agar saya bisa berfikir tenang & hatiku menjadi bersih. saya memang ingin menikah. Tapi tidak dalam situasi spti ini. saya berfikir bahawa saya harus memilih salah satu
di antara mereka. Namun saya hanya menipu diriku sdri. Setelah solat istikharah kudirikan dengan doa agar Allah memberiku jalan yang terbaik, kufikir saya telah mendapatkan jawapannya. Kerana setiap hal yang saya lakukakn selalu tertuju padanya, jejaka ibarat putera itu.
Sungguh saya telah memperdaya akalku & hatiku telah lalai menempatkan-Nya. Pinangan sahabatku tidak kuterima. Walaupun
dapat kubayangkan masa depanku akan cerah bersamanya. Dia menerima keputusanku & tersedar bahawa dia telah mensia-siakan waktunya memikirkan saya. Dan pada saat yang sama, si putera pun menyatakan keinginannya untuk melepaskan diri dariku. Dia tersedar telah mensia-siakan waktunya untukku. Ya, jalan itu masih panjangdan mereka pun memilih mencintai Sang Kekasih Sejati daripada diriku. Subhanallah, bgmana saya tidak semakin
mencintai mereka. Dan jelaslah, bahawa mereka berhak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik drpdku.
Berat bagiku menghadapi kenyataan bahawa saya telah kehilangan sahabat-sahabat terbaikku. Namun saya bersyukur mereka meninggalkan saya demi Syurga yang sedia menerima orang-orang yang
kembali ke jalan-Nya. Dan di sanalah pula saya akan menuju.inilah
jawapan istikharahku. Kembali pada Allah, yang akan selalu ada
untukku. yang tak akan pernah meninggalkanku. yang selalu mengetahui keperluanku & menyediakannya. yang selalu mendengar
keinginanku & mengabulkannya. yang selalu mendengar keluh-kesahku & membantuku mengatasinya. yang selalu cemburu bila saya
melupakan-Nya walau sekelip mata. Ya, Dialah Sang Kekasih Sejati yang kusedari cinta-Nya meliputi seluruh alam untukku.
Tentang jodoh. saya tak akan runsingkannya lagi. Seperti halnya takdir lahir & takdir mati. Tak akan mengundur @ ke depan sedetikpun. saya yakin seseorang di luar sana telah diciptakan Allah khusus utkku. Bukankah manusia diciptakkan berpasang-pasangan.
Mungkin dia salah seorg dari mereka, mungkin juga bukan. Bila mereka bagiku adaalh ikhwan yang baik namun tak seorg pun daripada mereka Allah izinkan untuk menikahiku, makan saya yakin Allah telah
menyediakan ikhwan yang jauh lebih baik daripada mereka untukku. Kerana saya tahu Allah tak akan pernah mengecewakanku.
Dan kudoakan semoga mereka dikurniakan isteri yang solehah, yang jauh lebih baik daripada yang pernah mereka bayangkan sebelumnya. Kerana Allah tak akan pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya.
Ya Allah saya memohon kepada-Mu, dan cinta kepada orang-orang yang mencintai-Mu, juga kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintai-Mu.