Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 68 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: RASULLULLAH KETUK PINTU ?????


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» RASULLULLAH KETUK PINTU ?????

Please Mendaftar To Post


Oleh RASULLULLAH KETUK PINTU ?????

cunye
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2005
Ahli No: 13551
Posting: 287
Dari: cheras

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-09-05 20:21


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita
Beliau datang dengan tersenyum dan
muka bersih dimuka pintu rumah kita
Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia
memeluk beliau erat-erat
dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita
Beliau tentu tersenyum.....

Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar
di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam.
Beliau tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya
diruang tamu.
Beliau tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu
barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita
menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak
kita. Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers
atau Penyu Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi
menjadi ruang solat.

Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak
memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan
Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui jun! jungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,
keluarga kita malah sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga
kita tidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
Kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari
lewat di depan rumah kita.

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba
muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita
akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana
hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata Rasulullah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cunyeProfil   Hantar PM kepada cunye   Pergi ke cunye's Website   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 15-09-05 20:42


insaf dan terharu dengan posting ini..

sangat-sangat tersentuh..menyirap ke seluruh hati....tak terkata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 21:38


Orang zaman sekarang baru nak insaf kalau rasulullah saw ketuk pintu....tapi kalau orang dari masejid mai ketuk pintu, depa lari duk dalam bilir ayak pula...

hehehe...manusia, manusia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

cunye
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2005
Ahli No: 13551
Posting: 287
Dari: cheras

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-09-05 17:26


malu...tak tahu nak lari kat mana kalau rasullullah datang....tapi saya memang nak jumpa ....cakap saja tak guna ...so kena lah pandai pandai

Bookmark and Share

    


  Member Information For cunyeProfil   Hantar PM kepada cunye   Pergi ke cunye's Website   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-09-05 18:36


masyAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

hajmaz
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18786
Posting: 14

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-05 18:59


macam pernah baca juga...ni artikel dari pelajar mesir kan?(PMRAM)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajmazProfil   Hantar PM kepada hajmaz   Quote dan BalasQuote

hajmaz
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18786
Posting: 14

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-05 19:01


Pada 15-09-05 20:21 , cunye posting:

!!! QUOTE !!!

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita
Beliau datang dengan tersenyum dan
muka bersih dimuka pintu rumah kita
Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia
memeluk beliau erat-erat
dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita
Beliau tentu tersenyum.....

Tapi barangkali
Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar
di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx
yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam.
Beliau tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali,
kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita gantung diruang tamu kita,
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya
diruang tamu.
Beliau tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu
barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita
menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak
kita. Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya,
tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers
atau Penyu Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi
menjadi ruang solat.

Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak
memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan
Rasulullah SAW. Beliau tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui jun! jungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,
keluarga kita malah sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga
kita tidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
jarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
Kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari
lewat di depan rumah kita.

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya
tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba
muncul di depan rumah kita...
Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan
beliau masuk dan menginap di rumah kita?
Atau akhirnya dengan berat hati kita
akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana
hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di mata Rasulullah.....
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajmazProfil   Hantar PM kepada hajmaz   Quote dan BalasQuote

kama_klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2005
Ahli No: 18331
Posting: 181
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-05 19:20


masuia zaman sekarang.......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For kama_klateProfil   Hantar PM kepada kama_klate   Pergi ke kama_klate's Website   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-09-05 21:45


BETAPA BAIKNYA BUDI PEKERTI RASULULLAH S.A.W

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu saya puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi saya pukul dia." "saya tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "saya menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah. saya sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu
kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. saya tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan saya jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila saya sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab
baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah saya ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya saya ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

ana = mengapa kita tidak pernah bersyukur dan berusaha dengan gigih untuk ke syurga ALLAH sedangkan Rasulullah kesayangan ALLAH yang telah terjamin kedudukannya masih mempertahankan iman dan agama suci Islam ini

sedihh sedihhh dengan manusia akhir zaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 13:34


kalau jemput Nik Aziz pun dah cukup.

ps: banyakkan selawat ke atas Nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111457 saat. Lajunya....