Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 10 hari yang lalu
Kang: 29 hari yang lalu
lidah-penghunus: 31 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Lebih 1,000 pelajar rayu ‘Ustaz Nik Adli’ dibebas, selepas 4 tahun ditahan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Lebih 1,000 pelajar rayu ‘Ustaz Nik Adli’ dibebas, selepas 4 tahun ditahan

Please Mendaftar To Post


Oleh Lebih 1,000 pelajar rayu ‘Ustaz Nik Adli’ dibebas, selepas 4 tahun ditahan

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-09-05 15:08


PENGKALAN CHEPA, 13 Sept (Hrkh) - Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar Pulau Melaka termasuk 59 tenaga pengajarnya mengadakan perhimpunan secara aman 'merayu' guru mereka yang ditahan di bawah ISA lebih empat tahun dibebaskan.

Perhimpunan itu bermula jam 7.40 pagi diadakan di perkarangan sekolah terbabit diadakan bertujuan meminta Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membebaskan tahanan ISA termasuk tenaga pengajar sekolah terbabit, Nik Adli Nik Abdul Aziz.


Selain itu, semua pelajar termasuk isteri Nik Adli, Sles Monira Sles Math dan bekas tahanan ISA, Saari Sungib menandatangani sepanduk membantah ISA yang bertulis 'Perdana Menteri Malaysia atas nama kemerdekaan bebaskan ustaz kami'.

Mudir Darul Anwar, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, sepanduk tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri tidak lama lagi.

"Kita berharap Perdana Menteri memahami hasrat kami dan pelajar supaya membebaskan semua tahanan ISA termasuk guru mereka, Nik Adli. Sekiranya benar didapati Nik Adli bersalah, cukuplah hukuman itu setakat empat tahun di atas sifat perikemanusiaan," ujarnya.

Bagaimanapun, Nik Omar memberitahu Nik Adli serta tahanan lain dianggap tidak bersalah kerana belum mampu dibuktikan di mahkamah secara terbuka.

Terdahulu ketika berucap pada perhimpunan tersebut beliau berharap kerajaan Pusat membebaskan kesemua tahanan selewat-lewatnya akhir September ini memandangkan tempoh penahanan mereka sudah melewati empat tahun.

"Saya berharap hukuman tidak dilanjutkan dan rayuan ini bukan atas dasar politik, tetapi atas sifat perikemanusiaan daripada pelajar, guru dan masyarakat di sini," ujarnya.

Lebih empat tahun lalu, Nik Adli bersama lapan lagi rakannya ditahan di bawah ISA yang dikaitkan dengan kegiatan militan. Mereka dituduh terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-09-05 15:09


Ayah Pin yang jelas sesat dibiarkan pulak bebas

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-09-05 15:11


Hei Pak Loh!!! Bebaskan Tahanan ISA tuu, mu sebagai pemerintoh larat ke nok tanggung dosa menganiayai orang yang tak berdosa. Kalau betul mereka berdosa, bicarakan mereka. Ini tahan tanpa bicara. Mana demokrasi yang mung laung-laungkan!!! MAna keamanan yang mung laung-laungkan!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

srikandi_impian
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2004
Ahli No: 10903
Posting: 52
Dari: UTM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-05 15:26


ana sokong saiful...lepaskan lah mereka yang tak berdosa... masih ramai orang yang tak berdosa dilepaskan begitu sahaja terutama yang melakukan maksiat yang dah tentunya perkara yang dihalang dalam islam..

lepaskan USTAZ KAmi...dia banyak berjasa pada kami...

ana merasai segala ilmu yang pernah dicurahkan pada ana...dan ana akan ingat pesanan dia sampai bila-bila...

rintih bekas pelajar SMUDA

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_impianProfil   Hantar PM kepada srikandi_impian   Quote dan BalasQuote

jedy
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2005
Ahli No: 13501
Posting: 14
Dari: kuala lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-09-05 17:08


asslamualaikum,
terus terang ana kata kan yang pemerintahan yang dijalan kan di malaysia tidak berpandukan islam yang sebenar,tapi hanya berperinsipkan akal(contoh islam hadhari).ana sempat mengenali beberapa orang tahana ISA.sebahagia dari mereka adalah guru ana,setakat yang ana menggenali mereka tiada pun unsur yang akan menjatuhkan @ memecah belahkan hak keamanan dalam negara,so,kalau benarlah pak lah dari keturunan ulam',ana menyeru agar belia berpegan pada kitabullah,bukan pada akal.

mungkin pak lah takut jika membenarkan kebenaran,beliau akan disengkir dari puak umno kerana mempertahankan puak lain.dalam kita AL-Quran ada megisahkan tentang puak yahudi yang terus menerus menolak seruan nabi pada zaman rasul kerana nabi allah itu bukan dari puak keturunannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jedyProfil   Hantar PM kepada jedy   Pergi ke jedy's Website   Quote dan BalasQuote

Bendahara
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13253
Posting: 9
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 14-09-05 21:51


Ya ALLAh, bantulah hamba-Mu itu jika benar dia berjuang di jalan-Mu. Ya ALLAH kuatkanlah tekad mereka jika ini adalah salah satu ujian-Mu. Ya ALLAH berikanlah mereka kesabaran agar mereka sentiasa di jalan-mu. Ya ALLAH jika benar pemimpin kami telah berlaku silap, pancarkanlah nur hidayah-Mu kepadanya agar dia sedar akan kesilapannya. Ya ALLAH teguhkanlah hati kami, umat akhir zaman yang selalu lemah mehadapi ujian-Mu. Jadikanlah hidup dan mati kami di dalam Iman dan Islam.Ameen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For BendaharaProfil   Hantar PM kepada Bendahara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10037 saat. Lajunya....