Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 4 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: .::BaiTuL mUsLim::.


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» .::BaiTuL mUsLim::.

Please Mendaftar To Post


Oleh .::BaiTuL mUsLim::.

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-09-05 03:10


CIRI-CIRI DALAMAN BAITUL MUSLIM

Rumah yang memberikan ketenangan dan keberkatan akan memantulkan nur iman kepada peribadi Muslim baik dari sudut luaran mahupun dalamannya.

Bilik Tidur

Sekurang2nya Baitul Muslim mengandungi 3 bilik tidur yang berasingan. Satu bilik untuk ibu bapa dan 2 lagi buat anak2 lelaki dan perempuan. Etika ini disusun oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah
hadith yang bermaksud:

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka 7 tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka
seandainya mereka engkar dan pisahkanlah tempat tidur mereka (di antara lelaki dan perempuan)

hari Abu Dawud.

Scenario kegawatan akhlak seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan di antara ayah dengan anak2 atau yang melibatkan adik beradik berpunca daripada pembinaan rumah yang tidak menepati piawaian yang diatur oleh Islam.

Mesra Tetamu

Baitul Muslim sangat dituntut menyediakan ruang untuk tetamu seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hadith Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Barang siapa yang beriman dengan Allah maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Layanan diberi untuk satu hari dan satu malam; layanan baik diberikan selama 3 hari; lebih daripada itu adalah sedekah; dan adalah tidak dibenarkan bagi tetamu untuk terus tinggal sehingga dia menjadikan dirinya sebagai beban

Muttafaqun alaihi

Sebaik2nya ada bilik khas untuk tetamu yang ingin bermalam atau ruang khas bagi tujuan mempermudah aktiviti-aktiviti keluarga dan juga usaha2 untuk mengangkat syiar Islam.


Mesra Ibadah

Baitul Musli, dituntut menyediakan ruang solat dan kelengkapannya buat keluarga terutama bagi kaum wanita. Ini kerana solat di rumah bagi kaum wanita lebih afdhal berbanding solat mereka di masjid.

Daripada Ummu Hamidah al-Saidah, suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan berkata:

Wahai Rasullullah sesungguhnya saya lebih suka dapat mengerjakan solat berjemaah bersama engkau. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya saya tahu tetapi solat engkau di rumah lebih baik daripada solat berjemaah di masjid

hari Ahmad dan Tobarani.

Hadith di atas dikuatkan oleh dengan firman Allah swt dalam al-Quran yang bermaksud:

Di rumah2 yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut nama-nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadah dan memujiNya pada waktu pagi dan petang

Q.S An-Nur: 36.

Abu al-Ala al-Maududi ketika mentafsirkan ayat di atas menjelaskan bahawa setiap Mukmin wajar memakmurkan rumah mereka dengan aktiviti2 keagamaan kerana dalam Islam setiap rumah adalah tempat ibadah seolah-olah seperti masjid dan setiap mereka adalah abid yang bertanggungjawab untuk menghidupkannya.

Menyediakan Perpustakaan Kecil

Baitul Muslim mestilah menyediakan ruang untuk menempatkan bahan-bahan bacaan ala perpustakaan kecil bagi menambah ilmu
pengetahuan mereka. Perpustakaan mini tersebut boleh dimuatkan dengan buku2 seperti al-Quran, atau kitab2 rujukan seperti tafsir, sirah Nabi, hadith, fiqh Islam, surat khabar, majalah-majalah dan buku-buku yang bermanfaat.

Firman Allah swt bermaksud:

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat2 Allah (al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadith Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirnya lagi Maha Mengetahui.

Q.S al-Ahzab: 34.

Sekurang2nya ada rak-rak bacaan yang boleh diletakkan sama ada ruang tamu atau di bilik tidur atau ruangan yang bersesuaian. Rumah yang kosong daripada sebarang bentuk pengisian mudah dimasuki syaitan dan jauh daripada keberkatan Allah Taala. Apatah lagi apabila diisi dengan unsur-unsur hiburan dan alat2 yang melalaikan daripada mengingati Allah.

Simbol Kesederhanaan

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Bersikaplah dengan sederhana. Amalkan agama bersesuaian dengan kekuatan fizikal kamu. Bersolat pada waktu pagi dan malam dan pada sebahagian malam. Ikuti jalan pertengahan dan kamu akan
mencapai matlamat kamu. hari Bukhari

Sebarang bentuk harta atau perhiasan dalaman yang melampau2 seperti sutera ataupun daripada emas dan perak sangat dilarang dalam Islam kerana ia lambing kepada pembaziran dan kemungkaran Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, jgnlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak2mu dari mengingati Allah. Barang siapa yang melakukannya maka itulah orang yang rugi

Q.S al-Munafiqun: 9.

Bersifat Rumah Terbuka

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Ya Allah ya Tuhanku, luaskanlah rumahku dan berkatilah rezekiku
hari Bukhari

Budaya rumah terbuka berdasarkan hari2 tertentu perlu dielakkan. Hal ini kerana Baitul Muslim bersifat rumah terbuka sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w adalah contoh terpuji yang sentiasa
menggalakkan tetamunya datang ke rumah baginda. Ini kerana tetamu yang datang membawa keberkatan dan pahala dan apabila pulang mereka menggugurkan dosa-dosa penghuninya keluar
rumah.

Sumber Pendapatan Halal

Baitul Muslim mestilah bersifat warak. Warak di sini maksudnya bimbangkan harta2 yang dikumpulkan atau anak2 termakan makanan dari sumber yang haram. Di sini isteri wajar memainkan
peranan yang penting agar menasihati suaminya agar berhati2 selalu agar setiap kerja suaminya tidak berpunca daripada hasil yang haram.

Para isteri sahabat2 Nabi selalu berpesan sebelum suami mereka keluar untuk bekerja:

Wahai suamiku bertakwalah kepada Allah dan takutkanlah seksaan api neraka. Sesungguhnya kami tidak izinkan perut kami dan anak2 kami diisi dengan makanan yang haram walaupun sedikit dan kami rela tidak makan walaupun terpaksa berlapar!



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-05 09:30


insyaAllah akan diusahakan.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 19:50


:-) Assalamualaikum...


    Syukran for this info....Moga kita semua dapat melaksanakan Baitul Muslim yang sebenar2nya...InsyaALLAH...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 20:27


Alhamdulillah..info yang sangat bermnfaat!
syukran diny..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-06 20:42


insyaALLAH...mudah mudahan konsep 'baitul muslim' dapat direalisasikan dalam sistem kekeluargaan islam di seluruh dunia...seiring dengan slogan 'baiti jannati'...
..kerana disini segalanya bermula.. :-)

wallahua'lam...


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 01-02-06 20:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 20:44


Pada 01-02-06 20:42 , anis_najihah posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALLAH...mudah mudahan 'baitul muslim' dapat direalisasikan dalam sistem kekeluargaan islam...seiring dengan slogan 'baiti jannati'...
..kerana disini segalanya bermula.. :-)

wallahua'lam...

ameen~ :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 20:49


assalammualaikum...
jazakkallah atas info yang berguna ini...
semoga bertambah ketaqwaan kita kepada Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-02-06 21:10


ana pun nak buat rumah begini la..hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 21:28


Pada 01-02-06 20:42 , anis_najihah posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALLAH...mudah mudahan konsep 'baitul muslim' dapat direalisasikan dalam sistem kekeluargaan islam di seluruh dunia...seiring dengan slogan 'baiti jannati'...
..kerana disini segalanya bermula.. :-)

wallahua'lam...



Subahanallah. betapa indahnya 'baitul muslim'.
konsep kekeluargaan yang mengikut acuan Islam.
"BAITI JANNATI"
YA, kerana di sini segalanya bermula :-)

ilal liqa'
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-02-06 21:33


salam ukhwah...
salam maal hijrah...

betul tu seperti kata-kata dan pendapat sahabat semua...terutamanya anis_najihah...

InsyaAllah, sekiranya 'Baitul Muslim' dapat dibina maka segala kemaksiatan dan kepincangan dalam institusi kekeluargaan dpaat dikawal dan diatasi dengan sebaik-baiknya....

kerana ianya bermula daripada pengamalan dan sejauh mana kita menjayakan 'Baitul muslim' itu sendiri..Tanpa 'baitul Muslim' maka usaha untuk menjadikan 'baiti jannati' mungkin tidak dapat dilaksanakan...

Tetapi insyaAllah, kita semua dapat membina/mewujudkan 'Baitul Muslim' mengikut kemampuan dan diiringi doa agar rumahtangga diberkati, diredhaiNya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat...yang abadi...

wallahua'alam.....

>salam Mujahadah!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-02-06 21:36


subhanallah..hebatnya konsep 'baitul Muslim' demi menuju 'baiti jannati...

:-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-02-06 21:38


syukran jazilan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 20:00


!!! QUOTE !!!

Sekurang2nya Baitul Muslim mengandungi 3 bilik tidur yang berasingan. Satu bilik untuk ibu bapa dan 2 lagi buat anak2 lelaki dan perempuan.
kalau saya nak anak seramai 7 orang nanti, mesti tak cukup kan kalau hanya ada 3 buah bilik tidur saja dalam baitul muslim saya... :-P

p/s: syukran 4 the info


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114451 saat. Lajunya....