Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 16 jam, 6 minit yang lalu
muslimiman: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
nur_tinta: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat

Please Mendaftar To Post


Oleh Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 13:52


Assalamualaikum..
bukanlah nak menambah lagi ... posting "cinta" , cuma di rasakan artikel ni baik dan berinfo...

Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat
Oleh dari Hafidzah Mustakim


DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu. Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah. Buat baik di balas baik.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 13:58


semoga diri ini menjadi teman,sahabat dan kekasih dan isteri yang terbaik buat dia.....amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 15:52


Pada 08-09-05 13:58 , srikandi_jilbab posting:

!!! QUOTE !!!

semoga diri ini menjadi teman,sahabat dan kekasih dan isteri yang terbaik buat dia.....amin..


amin ya rabb.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 08-09-05 15:58


Pada 08-09-05 15:52 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-09-05 13:58 , srikandi_jilbab posting:

!!! QUOTE !!!

semoga diri ini menjadi teman,sahabat dan kekasih dan isteri yang terbaik buat dia.....amin..


amin ya rabb.....


Assalamualaikum...
semoga dimakbulkakn...
kita pun kena lah berubah jadi yang terbaik...
biarsetaraf...
amin...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 16:07


Pada 08-09-05 15:58 , shah_sobriyanie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-09-05 15:52 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-09-05 13:58 , srikandi_jilbab posting:

!!! QUOTE !!!

semoga diri ini menjadi teman,sahabat dan kekasih dan isteri yang terbaik buat dia.....amin..


amin ya rabb.....


Assalamualaikum...
semoga dimakbulkakn...
kita pun kena lah berubah jadi yang terbaik...
biarsetaraf...
amin...
wassalam...



:)


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-09-05 10:26


izinkanku menjadi isteri solehahnya yang mana tutur dan senyumku penenang dan pengubat duka gelisahnya..amin..amin..amin..ya Rabbal Alamin..





ana: bisakah ana..??mampukah ana..??insyaAllah,amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-05 10:37


Assalamualaikum w.b.t,

buat semua serikikandi islam..bangunlah...sedarlah...bagimu,akan ada seorang suami yang bakal kau serahkan hidupmu padanya.Sediakanlah dirimu dari sekarang untuk mengahdapinya,dengan bekal keimanan dan kesolehan yang dapat memudahkan jalan musafirmu..insyaAllah bersama suami soleh pilihan Allah buatmu...

salam perjuangan...akhirat itu abadi...
wanita yang baik untuk lelaki yag baik juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 13:56


semoga diri ini menjadi teman,sahabat dan kekasih dan isteri yang terbaik buat dia.....amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

balqiszie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2004
Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 10-09-05 15:58


seindah-indah perhiasan dunia adalah
'' WANITA SOLEHAH ''

Bookmark and Share

    


  Member Information For balqiszieProfil   Hantar PM kepada balqiszie   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 10-09-05 17:28


insyallah...semoga dimakbulkan amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 18:51


alhamdullillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

ukhwafillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4368
Posting: 194
Dari: Umbai,Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 10-09-05 19:51


insyaalah...bila ana dah jadi isteri nanti insyaalah ana akan jadi seorg isteri solehah,insyaalah..tapi lmbt lagi lah nak jadi isteri tu..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwafillahProfil   Hantar PM kepada ukhwafillah   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 21:59


...hmm.... Terima Kasih, bacaan yang bagus!

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 22:25


bismillah walhamdulillah...

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata,penawar hati, penajam fikiran,
di rumah dia isteri di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan...

bukan mudah hendak menjadi isteri yang solehah...namun tiada yang mustahil...kerana sejarah telah membuktikannya...

mudah2han kita yang bergelar muslimah ini juga tergolong bakal-bakal isteri yang solehah untuk suami yang soleh...amin ya Allah...

strive 4 mardhatillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 23:41


isteri solehah,
untuk seiring dan sejalan bersama dengan suami,
menjadi sayap kiri perjuangan suami.

isteri solehah,
sebagai penyejuk mata penawar hati suami,
tatkala susah dan senang.

isteri solehah,
ibu yang penyayang,
mendidik anak-anak ke arah jalan kebenaran.

isteri yang solehah,
ibarat permata,
yang tidak hilang sinarnya,
bersama dengan nur iman,
menjadi hiasan peribadi.

wallahu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-09-05 11:22


Pada 11-09-05 23:41 , houri posting:

!!! QUOTE !!!

isteri solehah,
untuk seiring dan sejalan bersama dengan suami,
menjadi sayap kiri perjuangan suami.

isteri solehah,
sebagai penyejuk mata penawar hati suami,
tatkala susah dan senang.

isteri solehah,
ibu yang penyayang,
mendidik anak-anak ke arah jalan kebenaran.

isteri yang solehah,
ibarat permata,
yang tidak hilang sinarnya,
bersama dengan nur iman,
menjadi hiasan peribadi.

wallahu a'lam.
wassalam.




:-D :-) :-D :-) :-D :-) :-D :-) :-D :-) :-D :-) :-D :-)


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

nur_1404H
Warga Rasmi
Menyertai: 26.08.2005
Ahli No: 18454
Posting: 14

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 14:11


Assalamu'alaikum..
isteri solehah..
itulah yang menjadi keinginan setiap wanita..
mampukah diri menjadi sebegitu...
mudah-mudahan..insyaAllah...
Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_1404HProfil   Hantar PM kepada nur_1404H   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-09-05 14:54


:)

yang baik berkekalan

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099746 saat. Lajunya....