Oleh |
Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya...... |
Ramzi
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17780
Posting: 26
Dari: Melaka
|
Posting pada: 03-09-05 23:13
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 04-09-05 08:44
apapun saya yakin dengan ketentuan Allah. Walaupun mencari atau iktiar, tapi kena yakin Allah yang tentukan jodoh. Yakin mesti mahu betul, kalau yakin salah, abislaa...
|
Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 10-09-05 11:26
ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,......
|
Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.11.2003 Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth
|
Posting pada: 10-09-05 11:29
jodoh yang ditentukan oleh Allah mesti sepadan, dan kena akan pasanganya, paling mudah bersama-sama lengkap melengkapi
|
khairi
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 920
Posting: 147
Dari: ::selatan semenanjung::
|
Posting pada: 10-09-05 11:41
saya secara peribadi menyokong Syahmushroom...selain lengkap melengkapi perlulah saling faham memahami...... satu lagi, saya setuju jodoh perlu dicari tapi gunakanlah batas agama sebagai limit dimana tidak perlulah budaya couple atau ber'dating' kerana ia jelas melanggar batas ayng telah ditetapkan oleh agama Islam itu sendiri...
|
shuhada
Warga Rasmi Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4172
Posting: 4
Dari: perak
|
Posting pada: 10-09-05 14:15
saya pun setuju juga dengan jawapan kahair. perlu diingat jangan melebihi batasan agama Islam akibat terlalu mencari jodoh. carilah jodoh sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w, sudah pasti hidup mendapat keredhaan dan kebahagiaan.
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 10-09-05 16:45
> emm... > > jodoh, maut & rezki semuanya Allah swt yang tentukn... > kita hya mpu untuk merancang, tetapi sebaik-baik perancangn..... > adalah perancangn & ketetapan daripada Allah swt jua... > > ada yang kata.. jgnlah risau... bila sampai seru nti b`kahwin juga.. > ada yang cakap.. jgnlah bimbang... bila dah jodoh pasti tak ke mana... > ada yang lafaz.. jgnlh takut... setiap manusia diciptakan berpasangan... > > bagi saya... adalah baik jika kita sendiri b`usaha & b`ikhtiar untuk m`carinya... > selebihnya, banyak berdoa & b`serah kepada Allah swt... > kerana yang t`cipta untuk kita adalah yang t`baik bagi diri kita jua... > semoga kita semua akan sentiasa m`p`baiki diri sendiri untuk m`jadi insan yang t`baik... > amin........ > ............................
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 11-09-05 17:11
> betul al-mustaqqim...ana setuju sangat > surah an-Nur ayat 23 sudah menjelaskan janji Allah untuk hamba2Nya... > insyAllah...setiap dariNya itulah yang terbaik buat kita... Islam itu indah...
|
nurbalqis83
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah
|
Posting pada: 11-09-05 19:18
tapi sampai sekarang saya masih confius.yang dikatakan usaha tu macam mana?bentuk usaha yang dilakukan tu macam mana yang elok supaya ianya berlandaskan islam?ada sesiapa boleh bagi contoh tak?supaya lebih terang untuk ahli semua.terima kasih....
|
ifti_hanan
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'
|
Posting pada: 11-09-05 22:06
sokong...nurbalqis.. bentuk usaha macam mana ek..terutama kepada muslimah..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 12-09-05 01:35
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen!
|
annur83
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 12-09-05 09:30
assalamualaikum... memang jodoh perlu diusahakan...bukan hanya menanti dan menanti... sebaik2nya..usaha,doa tawakkal.. nak tau lebih lanjut...bacalah MEMBINA rasa CINTA...BUKU MOTIVASI TERBARU motivator terkenal dari.HM TUAH ISKANDAR...
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 12-09-05 09:59
Pada 10-09-05 11:26 , Qalam_Akhdar posting:!!! QUOTE !!! ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,...... awak dengar sini...Allah swt boleh lakukan apa saja dengan sunnatullah dan Allah swt boleh lakukan apa saja dengan kudratullah. dengan sunnatullah Allah lahirkan saudara dengan sebab adanya mak ayah saudara. dengan kudratullah, Allah jadikan Nabi Adam tanpa apa-apa perantaraan. Allah jadikan siti hawa daripada tlang rusuk kiri Adam, dengan kudratNya berlawanan dengan asbab/logik. Nabi Ibrahim as dicampak dan dibakar dalam api, tapi xsehelaipun bulu romanya terbakar. Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah. Wallhu'alam...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 20-09-05 09:32
Pada 12-09-05 01:35 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen! semoga ditemukan dengan jodoh yang soleh dan muslim mukmin...
|
Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 20-09-05 11:05
Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-09-05 11:26 , Qalam_Akhdar posting:!!! QUOTE !!! ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,......
awak dengar sini...Allah swt boleh lakukan apa saja dengan sunnatullah dan Allah swt boleh lakukan apa saja dengan kudratullah. dengan sunnatullah Allah lahirkan saudara dengan sebab adanya mak ayah saudara. dengan kudratullah, Allah jadikan Nabi Adam tanpa apa-apa perantaraan. Allah jadikan siti hawa daripada tlang rusuk kiri Adam, dengan kudratNya berlawanan dengan asbab/logik.
Nabi Ibrahim as dicampak dan dibakar dalam api, tapi xsehelaipun bulu romanya terbakar.
Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.
Wallhu'alam... Emm saya berikan komen secara ringkas saja tu.. saudara perlu faham dahulu apa ertinya Takdir dan apa ertinya Usaha dan IKhtiar, Dan juga apa ertinya tawakkal, kemudian selepas itu barulah saudara boleh bercakap berkaitan keyakinan yang tinggi kepada Allah swt... Rujuklah buku mana-mana yang patut dibaca ya..atau saya cadangkan buku tauhid berjudul syarah matn Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Baijuri.. Juga apa itu sunnatullah dan apa itu kudratullah...dalam erti kata yang sebenar..?? Kita tidak menyamakan keyakinan kita dengan para nabi, tetapi jikalau kita yakin sepenuh hati dalam melakukan sesuatu perkara Maka ALlah itu Maha Berkuasa.. SAUDARA JUGA KENA DENGAR SINI.... Keyakinan adalah masalah dan isu paling utama sebelum kita nak bincangkan apa jua masalah berkaitan qada' dan qadar.. ye lah.. keyakinan kita tak akan datang dan dikurniakan Allah jika kita tidak mengetahui dahulu hal asbab dan musabbab (sebab dan akibat) atau secara mudahnya kita katakan hukum alam (fitrah ALlah)... Peristiwa Nabi Musa tidak ditenggalami lautan, tongkat menjadi ular, Nabi Ibrahim tidak dimakan api, Nabi Isa dinaikkan ke langit, Nabi Muhammad memakan racun dan tidak ada kesan, Nabi Isa boleh menyembuhkan kusta, sopak, bisu, buta, pekak dan juga boleh menghidupkan yang mati, Nabi Yunus tidak ditelan ikan paus, dll atau mungkin kita mendengar peristiwa wali2 khatwah (langkahan jauh), wali abdal (40 orang di seluruh dunia), dan semua jenis wali2 kekasih Allah, berjalan atas air, sekejap jumpa mekah dan sekejap di madinah, keluar cahaya dari jari2 mereka, turun hidangan dari langit, tidak makan dan minum berbulan2, tidak diganggu oleh binatang buas, kisah ashabul kahfi, ashabul ukhdud, nabi khidir dan nabi musa.. dsb maka semua ini perbahasannya adalah di dalam bab Mukjizal, dan karamat, Kasyaf dll di dalam ilmu tauhid, atau ia di dalam perbahasan perkara2 yang mencarikkan adat (khawariqul 'adah).. maksudnya jikalau pada perstiwa2 para nabi di atsa, kita perlu faham bahawa tujuannya adalah untuk menundukkan kebongkakan dan kesombongan manusia yang tidak mahu mengikut ajaran para nabi dan mencabar mereka untuk melakukan sesuaut yang diluar kemampuan mereka.. maka ALlahlah Pembantu mereka dan memberikan mereka mukjizat, begitulah juga pada hal karamah kepada para wali, sahabat, dan mereka yang dekat dirinya kepada ALlah swt,... Maksudnya (banyak yang tersurat dan tersirat) lagi, cuba perhatikan semua peristiwa para nabi,.... ia kebanyakan berlaku ketika mereka sudah habis tenaga dan usaha dari sebarang tekanan dan ancaman sebagai seorang manusia ,... cuba perhatikan nabi musa, Kenapa ia perlu lari jauh sehingga ke tepi laut (dalam keadaan dia sendiri tak tahu arahan ALlah untuk memukul laut dengan tongkatnya), Kenapa Allah tak selamatkannya terus tanpa perlu berlari ke laut..? Adakah Allah tak mampu musnahkan bala tentara Firauan walaupun mereka tidak ke laut ? BUkankah Allah itu Maha Berkuasa..? Atau apakah keyakinan nabi musa ketika itu lentur dan tidak kuat sehingga ALlah tidak memusnahkan bala tentara Firauan terus serta merta...? Atau, atau.....Ya, kita perlu faham, ALlah ingin mengajar nabi musa berusaha dan berikhtiar.... juga Kenapa nabi musa perlu memukul dengan tongkatnya dahulu baru laut terbelah..? Bukankah Allah Berkuasa untuk belahkan laut tanpa ketukan nabi musa itu...atau tanpa melalui tongkat itu..? Ya, ini juga memberi maksud yang sama.... emm begitulah juga dengan banyak perkara2 lain. juga bukan setakat itu, semua perkara di atas adlaah sebagai pengajaran dan pedoman kepada semua umat manusia untuk menjadi iktibar kepada mereka...YA, kepada KITA semua... Maka di sini tidak timbul soal keyakinan kerana keyakinan para nabi adalah yang paling tinggi, apakah peristiwa para nabi di atas menunjukkan bahawa mereka tidak ada keyakinan atau keyakinan mereka tidak kuat...? tidak sekali-kali,.... tetapi apa yang penting ialah usaha dan ikhtiar manusia sebelum benar-benar berserah dan bertawakkal kepada ALlah apabilda tiada daya dan kuasa untuk melakukannya lagi,....emm adakah kita sudah tidak ada kuasa dan daya..... jauh api dari panggang tuuu.. Secara mudahnya, saya ingin katakan lagi.. perbahasan kita bukanlah isu keyakinan tetapi adalah isu usaha dan ikhtiar, emm saya tak pasti pula jikalau saudara dapat jodoh secara TIBA2 (luas maknanya tuu), emm kalau begitu lebih baiklah kita anjurkan kepada orang ramai .... tingkatkan dan kuatkan keyakinan kita semua.....tak usahlah kita bekerja lagi, tak usahlah kita keluar rumah lagi, tak usahlah kita bersekolah lagi,..tak usahlah kita mencari jodoh (merisik) lagi (emm bukan dengan mencari cinta)..kerana dengan keyakinan kita semata2 kita akan dapat semuanya.... emmm betulkah begitu...? tidak sekali2.. ----------------- Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!! [ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 20-09-05 15:39 ]
|
tru_frnshp
WARGA SETIA Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor
|
Posting pada: 20-09-05 11:10
Pada 12-09-05 01:35 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen! Ummi best! Memang Ummi betol.... Budaya barat tu bermaksud ada gf atau bf yang merupakan satu perkara paling tak ada pekdah....
|
n_farhanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.07.2004 Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -
|
Posting pada: 20-09-05 15:05
Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:!!! QUOTE !!! Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.
Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?" Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta." Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?" Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah." Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal." wAllahu a'lam [ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 20-09-05 15:06 ]
|
Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 20-09-05 15:41
emm rasanya ana setuju dengan n_farhanah...
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 20-09-05 15:47
Pada 20-09-05 15:05 , n_farhanah posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:!!! QUOTE !!! Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.
Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?"
Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta."
Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?"
Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah."
Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal."
wAllahu a'lam MasyaAllah, panjangnye komen....syukran di atas nasihat tu Satu cerita lagi.... Satu hari, Omar ra pergi ke masjid nabawi. Kemudian datang Abu Bakar ra, melihatkan Omar ada di sana, ditanya olehnya mengapa dia ke sana. Omar ra berkata bahawa dia sdg menahan kelaparan dan tiada apa-apa dirumahnya untuk dimakan. Abu Bakar ra berkata bahawa tujuan dia datang ke masjid pun sama, kerana lapar dan tiada makanan di rumah. Kemudia datang pula Rasulullah saw ke masjid. Dilihat baginda saw, 2 orang sahabatnya ada di sana lantas bertanya tujuan mereka ke masjid. Setelah mengetahui tujuan sahabtnya, maka Rasulullah saw pun berkata bahawa baginda saw ke masjid juga kerana lapar dan tiada apa-apa makanan untuk dimakan di rumah. Kemudian Rasulullah saw dan sahabatnya pergi ke rumah Abu Ayub Al-Ansari. Ringkas cerita, Allah swt memeberi kekasih2Nya rezeki untuk dimakan melalui Abu Ayub Al-Ansari. (boleh rujuk cerita ni dalam kitab2 atau ustaz2--saya lupa nama kitab tu) Contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah saw...
|
Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 20-09-05 16:22
emmm bukankah Rasulullah sallahualaihi wasallam dan para sahabat Baginda r.anhum telah pergi ke masjid (kebiasaannya ada sahabat yang lebihan makanan di sana atau lebihan rezeki) kemudian mereka pergi ke rumah Saidina Abu Ayub dalam usaha untuk menghilangkan LAPAR.. tidakkah itu dinamakan usaha dan ikhtiar, Keadaan Rasulullah dan para sahabat begitu bukan kerana tidak berusaha terlebih awal tetapi memang tiada sebarang makanan yang boleh dimakan walaupun dirumah...Disebut di dalam sebuah hadis Baginda, suatu hari ketikamana Rasulullah saw pulang ke rumah bertanya Saidatina Aisyah ranha, apakah makanan yang ada untuk dimakan..? Asisyah menjawab: Tiada apa-apa makanan ya Rasulullah..? Nabi menjawab: JIkalau begitu kita berpuasa saja hari ini... JUga keadaan itu ingin memaparkan kepada umat ISlam bahawa sikap membazir, berkejar-kejar mendapatkan dunia amat dilarang dan apa yang perlu ialah menggunakan setakat yang diperlukan, berpada dan berjimat cermat dan sudah semestinya memberilah kepada mereka yang lebih memerlukan dari kita.... Ya Rasulullah, sungguh besar jasamu kepada kami,..... Apapun berusaha dan berikhtiarlah dalam apa jua perkara, selebihnya bertawakkallah kamu kepada ALlah swt, emm insyaALlah semua tindakan ini menunjukkan bahawa keyakinan kita kepada kekuasaan ALlah amat tinggi.... ----------------- Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!! [ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 20-09-05 16:27 ]
|
muslim_boy
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2006 Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam
|
Posting pada: 11-08-06 17:45
nice infomation... thanks to you all...
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 11-08-06 18:19
|
qutb
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.11.2004 Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 11-08-06 21:30
syukran...
|
fathul_mubin
Warga Rasmi Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25618
Posting: 7
Dari: ipoh
|
Posting pada: 12-08-06 02:23
dalam hal ini ak ad pendapat yang brbeza bagi ak tak salah bagi sseorng wanita untuk memulakan usaha ntk mndapatkn jodohnya kata orang perigi cari timba tmbhn pula dalam zmn sekarang semakin susah untuk mncari lelaki yang berkualiti ehe....kaum adam jangan marah ek brbalik kepada isu tadi ak nak bagi contoh nabi sendiri dilamar oleh siti khadijah tapi bukanlah secara direct melalui perantaraan abu talib..... jadi persoaln perigi cari timba tak tmbul ap yang pntng bagaimana ia direalisasikan..... bagi ak selagi ia tidak brtntngan dengan syarak ap slhnya? betul tak? jadi kepada kaum wanita jangan malu untuk menyatakn isi hati anda tapi,AWAS gunalah saluran yang betul
|
fi_shattir
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.06.2006 Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 12-08-06 04:49
terima kasih... yakinlah dengan janji2 Allah pada mereka2 yang beriman dan beramal soleh.."
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 12-08-06 08:28
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 12-08-06 13:30
Pada 20-09-05 15:05 , n_farhanah posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:!!! QUOTE !!! Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.
Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?"
Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta."
Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?"
Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah."
Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal."
wAllahu a'lam Mesti berusaha dahulu sebelum tawakal... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 12-08-06 16:37
ni pandangan peribadi ana lah ye.. berusaha setelah bertawakkal tu maksudnya kita kena berusaha untuk mencari. cari ni ada pelbagai cara... melalui orang tengah (ustaz dan ustazah yang dipercayai, mak ayah, atau orang2 yang dipercayai) atau agensi cari jodoh, unit baitul muslim dll... bila dah dapat calon suami atau isteri, then ikat hubungan tu supaya tak ada sesiapa yang boleh masuk line (bertunang atau ikat janji). itu berusaha namanya. kemudian, bertawakkal..yakni berserah sepenuhnya pada Allah untuk menentukan kesudahan hubungan tu..sama ada menjadi atau tidak. kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi.. yakinlah, yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan mungkin Allah akan kurniakan sesorang yang memang compatible dan terbaik untuk kita. pendapat ana ni hanya untuk tolong mengingatkan dan memperbetulkan pandangan sesetengah pihak yang menganggap berusaha tu adalah seperti keluar dating selalu, contact selalu... sms selalu, call selalu..lepas itu saling memujuk rayu dan saling mengucapkan kata-kata cinta ( i lap you, you lap me dll...). belum pun berkahwin, dah berani menggelar pasangan masing-masing sebagai hubby, darling, honey, sayang, baby dll (gelaran ni layak untuk suami isteri saja!) pendek kata hubungan tu penuh dengan maksiat...sebab pada pendapat mereka, kalau tak buat begitu bagaimana nak kenal antara satu sama lain, bagaimana nak tunjukkan rasa sayang , rasa cinta. ramai salah anggap tentang cinta. memang betul cinta tu datang dari Allah, walau benar ia datang dari Allah..ia bukanlah tiket untuk bercinta-cintaan, untuk berdating dan bermesra-mesraan sesama bukan mahram... lagipun belum tentu orang tu yang akan jadi suami atau isteri kita. kan ke bagus walau masing-masing dah berpunya, namun dalam erti kata yang sebenar tidak bercinta....yakni menjaga hubungan tu dari sebarang perkara yang dimurkai Allah. biarlah doa dan tawakkal sahaja yang menjadi kekuatan dan penentu bagi kesudahan yang baik untuk hubungan tu. percintaan yang hakiki dan diredhai ialah hanya selepas berkahwin. jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu peringatan buat diri ana juga -kempen anti maksiat sebagai peringatan bersama- wallahua'lam ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 12-08-06 16:47 ]
|
yamina
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.06.2004 Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara
|
Posting pada: 12-08-06 18:52
setuju bangat dan itulah yang ana cuba buat sekarang ni... hmmm lah ni... kalau ada orang nak berkenalan pun rasa tawar saja hati.... alhamdulillah syukur sebab rasa macam tu... hmmm tapi kawan-kawan kita yang suka nak cari jodoh kat orang sesetengahnya suka sangat dok pass2 no phone kita kat orang yang nak di matchkan dengan kita... sudahnya timbul rasa tak selesa, kecil hati dan sebagainya.... disebakan itu juga macam masalah ana, asyik dok tukar no phone disebabkan wujudnya gangguan-gangguan yang tidak diingini.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 12-08-06 21:57
siapa lah jodoh saya...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Marziana_
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.10.2005 Ahli No: 20064
Posting: 96
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 12-08-06 22:46
... hidup mati... jodoh pertemuan..... ditentu Allah yang Esa... Wallahualam... ----------------- Benarlah tiada IMAN tanpa ISLAM,dan benarlah tiada ISLAM tanpa IMAN. Membangun bersama ISLAM. Takbir! ALLAHUAKBAR..
|
aisyah_yusro
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24903
Posting: 31
Dari: utm,skudai
|
Posting pada: 13-08-06 02:44
Pada 12-08-06 16:37 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! ni pandangan peribadi ana lah ye.. berusaha setelah bertawakkal tu maksudnya kita kena berusaha untuk mencari. cari ni ada pelbagai cara... melalui orang tengah (ustaz dan ustazah yang dipercayai, mak ayah, atau orang2 yang dipercayai) atau agensi cari jodoh, unit baitul muslim dll... bila dah dapat calon suami atau isteri, then ikat hubungan tu supaya tak ada sesiapa yang boleh masuk line (bertunang atau ikat janji). itu berusaha namanya.
kemudian, bertawakkal..yakni berserah sepenuhnya pada Allah untuk menentukan kesudahan hubungan tu..sama ada menjadi atau tidak. kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi.. yakinlah, yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan mungkin Allah akan kurniakan sesorang yang memang compatible dan terbaik untuk kita.
pendapat ana ni hanya untuk tolong mengingatkan dan memperbetulkan pandangan sesetengah pihak yang menganggap berusaha tu adalah seperti keluar dating selalu, contact selalu... sms selalu, call selalu..lepas itu saling memujuk rayu dan saling mengucapkan kata-kata cinta ( i lap you, you lap me dll...). belum pun berkahwin, dah berani menggelar pasangan masing-masing sebagai hubby, darling, honey, sayang, baby dll (gelaran ni layak untuk suami isteri saja!)
pendek kata hubungan tu penuh dengan maksiat...sebab pada pendapat mereka, kalau tak buat begitu bagaimana nak kenal antara satu sama lain, bagaimana nak tunjukkan rasa sayang , rasa cinta. ramai salah anggap tentang cinta. memang betul cinta tu datang dari Allah, walau benar ia datang dari Allah..ia bukanlah tiket untuk bercinta-cintaan, untuk berdating dan bermesra-mesraan sesama bukan mahram... lagipun belum tentu orang tu yang akan jadi suami atau isteri kita.
kan ke bagus walau masing-masing dah berpunya, namun dalam erti kata yang sebenar tidak bercinta....yakni menjaga hubungan tu dari sebarang perkara yang dimurkai Allah. biarlah doa dan tawakkal sahaja yang menjadi kekuatan dan penentu bagi kesudahan yang baik untuk hubungan tu. percintaan yang hakiki dan diredhai ialah hanya selepas berkahwin.
jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu
peringatan buat diri ana juga
-kempen anti maksiat sebagai peringatan bersama-
wallahua'lam
----------------- cinta demi Ilahi Bicara kita adalah bicara sufi Tanpa suara dan kata-kata Kerana penghubung kita adalah suara hati
|
balqiz5
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.04.2005 Ahli No: 15601
Posting: 66
Dari: Darul Naim
|
Posting pada: 13-08-06 02:59
|