Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya......


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya......

Please Mendaftar To Post


Oleh Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya......

Ramzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17780
Posting: 26
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 23:13


"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Bookmark and Share

    


  Member Information For RamziProfil   Hantar PM kepada Ramzi   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 08:44


apapun saya yakin dengan ketentuan Allah. Walaupun mencari atau iktiar, tapi kena yakin Allah yang tentukan jodoh. Yakin mesti mahu betul, kalau yakin salah, abislaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 11:26


ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 10-09-05 11:29


jodoh yang ditentukan oleh Allah mesti sepadan, dan kena akan pasanganya, paling mudah bersama-sama lengkap melengkapi

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

khairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 920
Posting: 147
Dari: ::selatan semenanjung::

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 11:41


saya secara peribadi menyokong Syahmushroom...selain lengkap melengkapi perlulah saling faham memahami...... :-)
satu lagi, saya setuju jodoh perlu dicari tapi gunakanlah batas agama sebagai limit dimana tidak perlulah budaya couple atau ber'dating' kerana ia jelas melanggar batas ayng telah ditetapkan oleh agama Islam itu sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairiProfil   Hantar PM kepada khairi   Quote dan BalasQuote

shuhada
Warga Rasmi
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4172
Posting: 4
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 14:15


saya pun setuju juga dengan jawapan kahair. perlu diingat jangan melebihi batasan agama Islam akibat terlalu mencari jodoh. carilah jodoh sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w, sudah pasti hidup mendapat keredhaan dan kebahagiaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For shuhadaProfil   Hantar PM kepada shuhada   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 16:45


> emm...
>
> jodoh, maut & rezki semuanya Allah swt yang tentukn...
> kita hya mpu untuk merancang, tetapi sebaik-baik perancangn.....
> adalah perancangn & ketetapan daripada Allah swt jua...
>
> ada yang kata.. jgnlah risau... bila sampai seru nti b`kahwin juga..
> ada yang cakap.. jgnlah bimbang... bila dah jodoh pasti tak ke mana...
> ada yang lafaz.. jgnlh takut... setiap manusia diciptakan berpasangan...
>
> bagi saya... adalah baik jika kita sendiri b`usaha & b`ikhtiar untuk m`carinya...
> selebihnya, banyak berdoa & b`serah kepada Allah swt...
> kerana yang t`cipta untuk kita adalah yang t`baik bagi diri kita jua...
> semoga kita semua akan sentiasa m`p`baiki diri sendiri untuk m`jadi insan yang t`baik...
> amin........
> ............................

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-05 17:11


> betul al-mustaqqim...ana setuju sangat
> surah an-Nur ayat 23 sudah menjelaskan janji Allah untuk hamba2Nya...
> insyAllah...setiap dariNya itulah yang terbaik buat kita...

:-) Islam itu indah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

nurbalqis83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 11-09-05 19:18


tapi sampai sekarang saya masih confius.yang dikatakan usaha tu macam mana?bentuk usaha yang dilakukan tu macam mana yang elok supaya ianya berlandaskan islam?ada sesiapa boleh bagi contoh tak?supaya lebih terang untuk ahli semua.terima kasih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurbalqis83Profil   Hantar PM kepada nurbalqis83   Quote dan BalasQuote

ifti_hanan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-09-05 22:06


sokong...nurbalqis..
bentuk usaha macam mana ek..terutama kepada muslimah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 01:35


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

annur83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 12-09-05 09:30


assalamualaikum...

memang jodoh perlu diusahakan...bukan hanya menanti dan menanti...
sebaik2nya..usaha,doa tawakkal..
nak tau lebih lanjut...bacalah MEMBINA rasa CINTA...BUKU MOTIVASI TERBARU motivator terkenal dari.HM TUAH ISKANDAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annur83Profil   Hantar PM kepada annur83   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 09:59


Pada 10-09-05 11:26 , Qalam_Akhdar posting:

!!! QUOTE !!!

ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,......


awak dengar sini...Allah swt boleh lakukan apa saja dengan sunnatullah dan Allah swt boleh lakukan apa saja dengan kudratullah. dengan sunnatullah Allah lahirkan saudara dengan sebab adanya mak ayah saudara. dengan kudratullah, Allah jadikan Nabi Adam tanpa apa-apa perantaraan. Allah jadikan siti hawa daripada tlang rusuk kiri Adam, dengan kudratNya berlawanan dengan asbab/logik.

Nabi Ibrahim as dicampak dan dibakar dalam api, tapi xsehelaipun bulu romanya terbakar.

Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.

Wallhu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 09:32


Pada 12-09-05 01:35 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen!


semoga ditemukan dengan jodoh yang soleh dan muslim mukmin... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 11:05


Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-09-05 11:26 , Qalam_Akhdar posting:

!!! QUOTE !!!

ye lah, begitu rezeki dan ajal, emmm kalau tak kerja dari mana nak dapat makan, begitu juga kalau saja2 berlanggar dengan kereta ...matilah akibatnya, ringkasnya usaha dan ikhtiar dituntut oleh agama walaupun ia dianggap takdir dan ketentuan,......


awak dengar sini...Allah swt boleh lakukan apa saja dengan sunnatullah dan Allah swt boleh lakukan apa saja dengan kudratullah. dengan sunnatullah Allah lahirkan saudara dengan sebab adanya mak ayah saudara. dengan kudratullah, Allah jadikan Nabi Adam tanpa apa-apa perantaraan. Allah jadikan siti hawa daripada tlang rusuk kiri Adam, dengan kudratNya berlawanan dengan asbab/logik.

Nabi Ibrahim as dicampak dan dibakar dalam api, tapi xsehelaipun bulu romanya terbakar.

Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.

Wallhu'alam...


Emm saya berikan komen secara ringkas saja tu.. saudara perlu faham dahulu apa ertinya Takdir dan apa ertinya Usaha dan IKhtiar, Dan juga apa ertinya tawakkal, kemudian selepas itu barulah saudara boleh bercakap berkaitan keyakinan yang tinggi kepada Allah swt... :) Rujuklah buku mana-mana yang patut dibaca ya..atau saya cadangkan buku tauhid berjudul syarah matn Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Baijuri..

Juga apa itu sunnatullah dan apa itu kudratullah...dalam erti kata yang sebenar..??

Kita tidak menyamakan keyakinan kita dengan para nabi, tetapi jikalau kita yakin sepenuh hati dalam melakukan sesuatu perkara Maka ALlah itu Maha Berkuasa..

SAUDARA JUGA KENA DENGAR SINI....
Keyakinan adalah masalah dan isu paling utama sebelum kita nak bincangkan apa jua masalah berkaitan qada' dan qadar.. ye lah.. keyakinan kita tak akan datang dan dikurniakan Allah jika kita tidak mengetahui dahulu hal asbab dan musabbab (sebab dan akibat) atau secara mudahnya kita katakan hukum alam (fitrah ALlah)...

Peristiwa Nabi Musa tidak ditenggalami lautan, tongkat menjadi ular, Nabi Ibrahim tidak dimakan api, Nabi Isa dinaikkan ke langit, Nabi Muhammad memakan racun dan tidak ada kesan, Nabi Isa boleh menyembuhkan kusta, sopak, bisu, buta, pekak dan juga boleh menghidupkan yang mati, Nabi Yunus tidak ditelan ikan paus, dll

atau mungkin kita mendengar peristiwa wali2 khatwah (langkahan jauh), wali abdal (40 orang di seluruh dunia), dan semua jenis wali2 kekasih Allah, berjalan atas air, sekejap jumpa mekah dan sekejap di madinah, keluar cahaya dari jari2 mereka, turun hidangan dari langit, tidak makan dan minum berbulan2, tidak diganggu oleh binatang buas, kisah ashabul kahfi, ashabul ukhdud, nabi khidir dan nabi musa.. dsb

maka semua ini perbahasannya adalah di dalam bab Mukjizal, dan karamat, Kasyaf dll di dalam ilmu tauhid, atau ia di dalam perbahasan perkara2 yang mencarikkan adat (khawariqul 'adah)..

maksudnya jikalau pada perstiwa2 para nabi di atsa, kita perlu faham bahawa tujuannya adalah untuk menundukkan kebongkakan dan kesombongan manusia yang tidak mahu mengikut ajaran para nabi dan mencabar mereka untuk melakukan sesuaut yang diluar kemampuan mereka.. maka ALlahlah Pembantu mereka dan memberikan mereka mukjizat, begitulah juga pada hal karamah kepada para wali, sahabat, dan mereka yang dekat dirinya kepada ALlah swt,...

Maksudnya (banyak yang tersurat dan tersirat) lagi, cuba perhatikan semua peristiwa para nabi,.... ia kebanyakan berlaku ketika mereka sudah habis tenaga dan usaha dari sebarang tekanan dan ancaman sebagai seorang manusia ,... cuba perhatikan nabi musa, Kenapa ia perlu lari jauh sehingga ke tepi laut (dalam keadaan dia sendiri tak tahu arahan ALlah untuk memukul laut dengan tongkatnya), Kenapa Allah tak selamatkannya terus tanpa perlu berlari ke laut..? Adakah Allah tak mampu musnahkan bala tentara Firauan walaupun mereka tidak ke laut ? BUkankah Allah itu Maha Berkuasa..? Atau apakah keyakinan nabi musa ketika itu lentur dan tidak kuat sehingga ALlah tidak memusnahkan bala tentara Firauan terus serta merta...? Atau, atau.....Ya, kita perlu faham, ALlah ingin mengajar nabi musa berusaha dan berikhtiar.... juga Kenapa nabi musa perlu memukul dengan tongkatnya dahulu baru laut terbelah..? Bukankah Allah Berkuasa untuk belahkan laut tanpa ketukan nabi musa itu...atau tanpa melalui tongkat itu..? Ya, ini juga memberi maksud yang sama.... emm begitulah juga dengan banyak perkara2 lain. juga bukan setakat itu, semua perkara di atas adlaah sebagai pengajaran dan pedoman kepada semua umat manusia untuk menjadi iktibar kepada mereka...YA, kepada KITA semua...

Maka di sini tidak timbul soal keyakinan kerana keyakinan para nabi adalah yang paling tinggi, apakah peristiwa para nabi di atas menunjukkan bahawa mereka tidak ada keyakinan atau keyakinan mereka tidak kuat...? tidak sekali-kali,.... tetapi apa yang penting ialah usaha dan ikhtiar manusia sebelum benar-benar berserah dan bertawakkal kepada ALlah apabilda tiada daya dan kuasa untuk melakukannya lagi,....emm adakah kita sudah tidak ada kuasa dan daya..... jauh api dari panggang tuuu..

Secara mudahnya, saya ingin katakan lagi.. perbahasan kita bukanlah isu keyakinan tetapi adalah isu usaha dan ikhtiar, emm saya tak pasti pula jikalau saudara dapat jodoh secara TIBA2 (luas maknanya tuu), emm kalau begitu lebih baiklah kita anjurkan kepada orang ramai .... tingkatkan dan kuatkan keyakinan kita semua.....tak usahlah kita bekerja lagi, tak usahlah kita keluar rumah lagi, tak usahlah kita bersekolah lagi,..tak usahlah kita mencari jodoh (merisik) lagi (emm bukan dengan mencari cinta)..kerana dengan keyakinan kita semata2 kita akan dapat semuanya.... emmm betulkah begitu...? tidak sekali2..:)


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 20-09-05 15:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 20-09-05 11:10


Pada 12-09-05 01:35 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jadilah muslimah mukminah solehah dan insyaAllah akan ada saja hati yang tertarik untuk melamar. Usaha ialah dengan solat istikhorah dan juga berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang soleh, muslim mukmin. Usahlah ikut usaha cara barat atau juga cara yang tidak sesuai dengan suasana kita orang melayu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, usahalah mencari pasangan hidup yang solehah dan muslimah mukminah. Ameen!


Ummi best! Memang Ummi betol.... Budaya barat tu bermaksud ada gf atau bf yang merupakan satu perkara paling tak ada pekdah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 15:05


Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!


Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.


Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?"

Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta."

Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?"

Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah."

Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal."

wAllahu a'lam :-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 20-09-05 15:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 15:41


emm rasanya ana setuju dengan n_farhanah...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 15:47


Pada 20-09-05 15:05 , n_farhanah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!


Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.


Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?"

Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta."

Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?"

Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah."

Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal."

wAllahu a'lam :-)




MasyaAllah, panjangnye komen....syukran di atas nasihat tu :-)

Satu cerita lagi....

Satu hari, Omar ra pergi ke masjid nabawi. Kemudian datang Abu Bakar ra, melihatkan Omar ada di sana, ditanya olehnya mengapa dia ke sana. Omar ra berkata bahawa dia sdg menahan kelaparan dan tiada apa-apa dirumahnya untuk dimakan. Abu Bakar ra berkata bahawa tujuan dia datang ke masjid pun sama, kerana lapar dan tiada makanan di rumah.

Kemudia datang pula Rasulullah saw ke masjid. Dilihat baginda saw, 2 orang sahabatnya ada di sana lantas bertanya tujuan mereka ke masjid. Setelah mengetahui tujuan sahabtnya, maka Rasulullah saw pun berkata bahawa baginda saw ke masjid juga kerana lapar dan tiada apa-apa makanan untuk dimakan di rumah. Kemudian Rasulullah saw dan sahabatnya pergi ke rumah Abu Ayub Al-Ansari.

Ringkas cerita, Allah swt memeberi kekasih2Nya rezeki untuk dimakan melalui Abu Ayub Al-Ansari.

(boleh rujuk cerita ni dalam kitab2 atau ustaz2--saya lupa nama kitab tu)

Contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah saw...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 16:22


emmm bukankah Rasulullah sallahualaihi wasallam dan para sahabat Baginda r.anhum telah pergi ke masjid (kebiasaannya ada sahabat yang lebihan makanan di sana atau lebihan rezeki) kemudian mereka pergi ke rumah Saidina Abu Ayub dalam usaha untuk menghilangkan LAPAR.. tidakkah itu dinamakan usaha dan ikhtiar,

Keadaan Rasulullah dan para sahabat begitu bukan kerana tidak berusaha terlebih awal tetapi memang tiada sebarang makanan yang boleh dimakan walaupun dirumah...Disebut di dalam sebuah hadis Baginda, suatu hari ketikamana Rasulullah saw pulang ke rumah bertanya Saidatina Aisyah ranha, apakah makanan yang ada untuk dimakan..? Asisyah menjawab: Tiada apa-apa makanan ya Rasulullah..? Nabi menjawab: JIkalau begitu kita berpuasa saja hari ini...

JUga keadaan itu ingin memaparkan kepada umat ISlam bahawa sikap membazir, berkejar-kejar mendapatkan dunia amat dilarang dan apa yang perlu ialah menggunakan setakat yang diperlukan, berpada dan berjimat cermat dan sudah semestinya memberilah kepada mereka yang lebih memerlukan dari kita.... Ya Rasulullah, sungguh besar jasamu kepada kami,.....

Apapun berusaha dan berikhtiarlah dalam apa jua perkara, selebihnya bertawakkallah kamu kepada ALlah swt, emm insyaALlah semua tindakan ini menunjukkan bahawa keyakinan kita kepada kekuasaan ALlah amat tinggi....


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 20-09-05 16:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-06 17:45


nice infomation...
thanks to you all...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 11-08-06 18:19


ya saya sokong

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-08-06 21:30


syukran...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

fathul_mubin
Warga Rasmi
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25618
Posting: 7
Dari: ipoh

brazil  


posticon Posting pada: 12-08-06 02:23


dalam hal ini
ak ad pendapat yang brbeza
bagi ak tak salah bagi sseorng wanita untuk memulakan usaha
ntk mndapatkn jodohnya
kata orang perigi cari timba
tmbhn pula dalam zmn sekarang
semakin susah untuk mncari lelaki yang berkualiti
ehe....kaum adam jangan marah ek
brbalik kepada isu tadi
ak nak bagi contoh
nabi sendiri dilamar oleh siti khadijah
tapi bukanlah secara direct
melalui perantaraan abu talib.....
jadi persoaln perigi cari timba tak tmbul
ap yang pntng
bagaimana ia direalisasikan.....
bagi ak selagi ia tidak brtntngan dengan syarak
ap slhnya?
betul tak?
jadi kepada kaum wanita
jangan malu untuk menyatakn isi hati anda
tapi,AWAS
gunalah saluran yang betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathul_mubinProfil   Hantar PM kepada fathul_mubin   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 12-08-06 04:49


terima kasih...
yakinlah dengan janji2 Allah pada mereka2 yang beriman dan beramal soleh.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-08-06 08:28


:):):):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 13:30


Pada 20-09-05 15:05 , n_farhanah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-09-05 09:59 , ridwan_daie posting:

!!! QUOTE !!!


Betulkan yakin saudara, semuanya berlaku dengan izin Allah. Jodoh pun, kena yakin di tangan Allah.


Sesungguhnya, perlu difahami bahawa sifat tawakkal tidak sama sekali menyuruh kita agar menyerahkan sesuatu perkara bulat-bulat kepada Allah. Andainya benar sedemikian, mengapa Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengutamakan ikhtiar sebelum bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. Ia disandarkan kepada satu peristiwa pada zaman Nabi iaitu seorang sahabat menemui Baginda. Kemudian Nabi bertanya: "Dengan apakah kamu ke sini?"

Sahabat itu menjawab: "Saya ke sini dengan menaiki unta."

Lantas Nabi bertanya: "Di mana unta kamu sekarang?"

Sahabat itu menjawab: "Saya letakkan di luar tanpa mengikatnya kerana saya berserah (tawakkal) kepada Allah."

Kemudian Nabi menegurnya dengan berkata: "Ikatlah unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal."

wAllahu a'lam :-)


Mesti berusaha dahulu sebelum tawakal...


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 16:37


ni pandangan peribadi ana lah ye.. berusaha setelah bertawakkal tu maksudnya kita kena berusaha untuk mencari. cari ni ada pelbagai cara... melalui orang tengah (ustaz dan ustazah yang dipercayai, mak ayah, atau orang2 yang dipercayai) atau agensi cari jodoh, unit baitul muslim dll... bila dah dapat calon suami atau isteri, then ikat hubungan tu supaya tak ada sesiapa yang boleh masuk line (bertunang atau ikat janji). itu berusaha namanya.

kemudian, bertawakkal..yakni berserah sepenuhnya pada Allah untuk menentukan kesudahan hubungan tu..sama ada menjadi atau tidak. kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi.. yakinlah, yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan mungkin Allah akan kurniakan sesorang yang memang compatible dan terbaik untuk kita.

pendapat ana ni hanya untuk tolong mengingatkan dan memperbetulkan pandangan sesetengah pihak yang menganggap berusaha tu adalah seperti keluar dating selalu, contact selalu... sms selalu, call selalu..lepas itu saling memujuk rayu dan saling mengucapkan kata-kata cinta ( i lap you, you lap me dll...). belum pun berkahwin, dah berani menggelar pasangan masing-masing sebagai hubby, darling, honey, sayang, baby dll (gelaran ni layak untuk suami isteri saja!)

pendek kata hubungan tu penuh dengan maksiat...sebab pada pendapat mereka, kalau tak buat begitu bagaimana nak kenal antara satu sama lain, bagaimana nak tunjukkan rasa sayang , rasa cinta. ramai salah anggap tentang cinta. memang betul cinta tu datang dari Allah, walau benar ia datang dari Allah..ia bukanlah tiket untuk bercinta-cintaan, untuk berdating dan bermesra-mesraan sesama bukan mahram... lagipun belum tentu orang tu yang akan jadi suami atau isteri kita.

kan ke bagus walau masing-masing dah berpunya, namun dalam erti kata yang sebenar tidak bercinta....yakni menjaga hubungan tu dari sebarang perkara yang dimurkai Allah. biarlah doa dan tawakkal sahaja yang menjadi kekuatan dan penentu bagi kesudahan yang baik untuk hubungan tu.
percintaan yang hakiki dan diredhai ialah hanya selepas berkahwin.

jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu

peringatan buat diri ana juga

-kempen anti maksiat sebagai peringatan bersama-

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 12-08-06 16:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 12-08-06 18:52


setuju bangat dan itulah yang ana cuba buat sekarang ni...
hmmm lah ni... kalau ada orang nak berkenalan pun rasa tawar saja hati.... alhamdulillah syukur sebab rasa macam tu...
hmmm tapi kawan-kawan kita yang suka nak cari jodoh kat orang sesetengahnya suka sangat dok pass2 no phone kita kat orang yang nak di matchkan dengan kita... sudahnya timbul rasa tak selesa, kecil hati dan sebagainya.... disebakan itu juga macam masalah ana, asyik dok tukar no phone disebabkan wujudnya gangguan-gangguan yang tidak diingini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 21:57


:-di siapa lah jodoh saya......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Marziana_
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20064
Posting: 96
Dari: Bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 22:46


Assalamualaikum...

hidup mati...
jodoh pertemuan.....
ditentu Allah yang Esa...

Wallahualam...


-----------------
Benarlah tiada IMAN tanpa ISLAM,dan benarlah tiada ISLAM tanpa IMAN.

Membangun bersama ISLAM.
Takbir! ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Marziana_Profil   Hantar PM kepada Marziana_   Quote dan BalasQuote

aisyah_yusro
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24903
Posting: 31
Dari: utm,skudai

Johor  


posticon Posting pada: 13-08-06 02:44


Pada 12-08-06 16:37 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

ni pandangan peribadi ana lah ye.. berusaha setelah bertawakkal tu maksudnya kita kena berusaha untuk mencari. cari ni ada pelbagai cara... melalui orang tengah (ustaz dan ustazah yang dipercayai, mak ayah, atau orang2 yang dipercayai) atau agensi cari jodoh, unit baitul muslim dll... bila dah dapat calon suami atau isteri, then ikat hubungan tu supaya tak ada sesiapa yang boleh masuk line (bertunang atau ikat janji). itu berusaha namanya.

kemudian, bertawakkal..yakni berserah sepenuhnya pada Allah untuk menentukan kesudahan hubungan tu..sama ada menjadi atau tidak. kalau jadi, alhamdulillah. kalau tak jadi.. yakinlah, yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan mungkin Allah akan kurniakan sesorang yang memang compatible dan terbaik untuk kita.

pendapat ana ni hanya untuk tolong mengingatkan dan memperbetulkan pandangan sesetengah pihak yang menganggap berusaha tu adalah seperti keluar dating selalu, contact selalu... sms selalu, call selalu..lepas itu saling memujuk rayu dan saling mengucapkan kata-kata cinta ( i lap you, you lap me dll...). belum pun berkahwin, dah berani menggelar pasangan masing-masing sebagai hubby, darling, honey, sayang, baby dll (gelaran ni layak untuk suami isteri saja!)

pendek kata hubungan tu penuh dengan maksiat...sebab pada pendapat mereka, kalau tak buat begitu bagaimana nak kenal antara satu sama lain, bagaimana nak tunjukkan rasa sayang , rasa cinta. ramai salah anggap tentang cinta. memang betul cinta tu datang dari Allah, walau benar ia datang dari Allah..ia bukanlah tiket untuk bercinta-cintaan, untuk berdating dan bermesra-mesraan sesama bukan mahram... lagipun belum tentu orang tu yang akan jadi suami atau isteri kita.

kan ke bagus walau masing-masing dah berpunya, namun dalam erti kata yang sebenar tidak bercinta....yakni menjaga hubungan tu dari sebarang perkara yang dimurkai Allah. biarlah doa dan tawakkal sahaja yang menjadi kekuatan dan penentu bagi kesudahan yang baik untuk hubungan tu.
percintaan yang hakiki dan diredhai ialah hanya selepas berkahwin.

jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu

peringatan buat diri ana juga

-kempen anti maksiat sebagai peringatan bersama-

wallahua'lam




-----------------
cinta demi Ilahi
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati



Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyah_yusroProfil   Hantar PM kepada aisyah_yusro   Pergi ke aisyah_yusro's Website   Quote dan BalasQuote

balqiz5
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.04.2005
Ahli No: 15601
Posting: 66
Dari: Darul Naim

russia  


posticon Posting pada: 13-08-06 02:59


gitula ndaknye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For balqiz5Profil   Hantar PM kepada balqiz5   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.153375 saat. Lajunya....