Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan keiginan terhadap lelaki?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan keiginan terhadap lelaki?

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan keiginan terhadap lelaki?

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 18:27


Saya ini seorang perempuan berumur 33 tahun. Saya ini difahamkan seorang perempuan yang hodoh. Sejak dibangku sekolah lagi tidak pernah ada seorang lelaki pun yang suka pada saya sehinggalah hari ini. Dari semuda-muda orang hinggalah setua-tua orang. Saya seorang yang bertingkah laku baik dan bersopan santun tetapi lelaki tidak pernah menyukai saya kerana wajah saya yang dikatakan oleh makcik-makcik dikeliling saya cukuplah hodoh. Macam-macam cara berkenalan telah saya cuba tetapi kesemuanya menghampakan. Tidak ada satu pun yang sudi.

Walaubagaimanapun sebagai manusia biasa sudah tentulah saya mempunyai naluri terhadap lelaki. Semasa saya berusia 26 tahun saya mula sedar dan cukup sedar setelah pelbagai penghinaan telah saya terima sebagai seorang yang hodoh dan pada fikiran saya tidak layak berkahwin. Jadi mulai dari hari tersebut saya telah menahan diri saya daripada mengingati lelaki sama sekali. Oleh itu saya programkan otak saya supaya setiap kali saya melihat lelaki maka secara otamatiknya saya melihat lelaki itu tidak sukakan saya dan bakal menghina saya sekiranya saya cuba mendekati dirinya sebagaimana lelaki lain.

Walaubagaimanapun setelah bertahun-tahun membuat perkara ini maka kebelakangan ini badan saya terasa panas, sakit kepala, sakit perut dan bermacam lagi jenis kesakitan yang saya alami. Kadangkala saya menjadi pemarah tidak bertempat. Saya rasa tidak tertahan lagi menanggung penderitaan ini. Bayangkanlah sejak saya akil baligh lelaki sememangnya tidak sukakan saya sehinggalah hari ini kerana saya ini cukup hodoh orangnya. Dapatkah anda bayangkan pada zaman moden ini terdapat perempuan yang tidak pernah berbual dengan lelaki sehinggalah kini berumur 33 tahun. Inikan pula menyentuh kulit lelaki... Tersentuh pun tidak pernah. Bayangkan pada zaman moden yang penuh dengan kemaksiatan ini saya sekalipun tidak pernah menerima senyuman lelaki pun... Dapatkah anda percaya perkara ini berlaku pada zaman ini? Saya percaya kerana berlaku pada diri saya.

Saya rasa sungguh menderita kebelakangan ini kerana saya juga seperti anda mempunyai nafsu terhadap lelaki. Tetapi nafsu tersebut mesti dibantutkan dengan cara apa sahaja kerana tidak ada dan tidak akan ada lelaki yang akan menyukai saya selama-lamanya kerana saya ini hodoh. Kalau saya ikutkan hati mencari lelaki tentunya lelaki akan menghina saya kerana kehodohan saya ini dan tidak sanggup lagi saya menerima penghinaan seperti ini.

Saya ingin memohon jasa baik anda sekiranya boleh jika anda ada cara tertentu untuk menghilangkan naluri keinginan terhadap lelaki agar hidup saya lebih selesa. Biarpun saya menjadi seorang insan yang sangat tidak sempurna berbanding dengan anda tetapi saya redha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 19:20


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah cuba anakanda baca petua ini yang diberikan oleh Ustazah dari Fatma Zahra. Lepas solat subuh atau tahajud di awal pagi baca Ya Badi', Ya Nurr, Ya Hadi, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah dan hembuskan kepada kedua belah tapak tangan yang seumpama berdoa itu dan usapkan ke seluruh muka macam ambil wudhu basuh muka tu. Buat sampai tujuh kali. Kemudian ambil tangan kanan dan usapkan ke atas dada sebelah kiri kita yang terletaknya jantung hati tu dan bacalah Nurrun 'Ala Nurr sebanyak 7 kali juga. Nurrun 'ala nurr tu adalah sebahagian dari ayat 35 Surah An Nurr. Menurut dari Fatma ini adalah untuk menaikkan seri muka seseorang. Semoga Allah redhai. Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Iman itu bermula dari hati dan lahir pada perkataan dan perbuatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-09-05 22:00


aminn....semoga dimakbulkan...kami doakan.....sabar itu ada penawarnyer sis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 22:10


di sebalik setiap sesuatu itu ada hikmahnya... anti sebenarnya beruntung sb di sebalik apa yang berlaku adalah perlindungan dari Allah s.w.t. daripada perkara2 maksiat yang melibatkan mata, telinga, hati dan sebagainya... saya sendiri pun tak bergaul sangat dengan kaum hawa, susah nak masuk... tapi bagi saya itu rahmat kerana sekurang2nya kita terpelihara daripada perkara2 yang tidak elok...
lagi satu, jodoh itu di tangan Tuhan, kalau dah ditentukan jodoh untuk anda takkan ke mana. yang penting banyakkan berdoa memohon petunjuk daripadaNya... selain itu ikutlah pesanan Nabi supaya kita banyakkan berpuasa kerana ia adalah perisai bagi golongan yang tidak berkahwin daripada belenggu hawa nafsu... wa'Llahu A`lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 03-09-05 23:04


1) Memperbanyakkan zikir kepada Allah

"Orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Tuhan, Ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Tuhan, hati akan menjadi tenteram". (Surah Al-Ra'ad: 2)

Abu Hurairah r. a memberitahu bahawa Rasulullah s. a. w pernah bersabda, ALLAH s. w. t berfirman: "Sesungguhnya. Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah aku bersamanya apabila dia mengingati aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati aku sehasta aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka aku dekati dia dengan berlari".

2) Muraqabah (merasakan adanya pengawasan Allah)

“Dan Dia bersamamu di mana saja kamu berada. Dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan”.
(Al-Hadid: 4).

3) Bertafakur (berfikir) merenung, mengkaji serta memerhatikan keindahan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran". (Al- Baqarah:64)

"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya". (Surah Al-Ra'ad:4)

4)Mahabbah (Cinta kepada Allah)


BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.


-----------------
..::: Kehidupan berasaskan Al-Quran dan Hadis menjamin kebahagiaan didunia dan diakhirat :::..
[ Telah diedit oleh: al_khair pada 03-09-05 23:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

apamsiam
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2005
Ahli No: 18674
Posting: 5
Dari: terengganu

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 10:55


keinginan atau naluri kepada lelaki memang tak mungkin dapat dihilangkan selagi perempuan itu seorang yang normal. cuma..untuk mengawalnya, banyakkan berzikir. saya rasa itu yang paling baik. sambil membuat kerja rumah, atau kerja2 di pejabat, cuba diiringi dengan zikir. insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For apamsiamProfil   Hantar PM kepada apamsiam   Quote dan BalasQuote

cinta_madinah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-09-05 11:12


banyakkan bersabar ye akak..pasti ada hikmah yang tersembunyi..

yang tak kita ketahui rahsianya..

ALLAH lebih mengetahui setiap sesuatu yang tersirat..

apapun susurkan rasa redha dalam setiap ketentuanNYA...pasti DIA akan menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik..

siapa tahu???

jangan sedih ye akak...

waalahua,lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_madinahProfil   Hantar PM kepada cinta_madinah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 14:09


Assalamualaikum

sis,

you're 33, yet you talk like a 15-year-old girl

mungkin belum masa untuk sis bertemu dengan lelaki yang baik & tak mementingkan paras rupa. tak semua lelaki seburuk yang sis sangka, jangan buat generalization. ana prnh kenal seorang cikgu (she was my teacher and used to be my mom's classmate) who isn't so good looking. she finally got married at the age of 39, and i think she's happy with her life right now

berulang kali mengatakan diri sis seorang yang hodoh bererti tak bersyukur & menghina ciptaan Allah. sdgkan kita sebagai manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" (QS at-Tiin: 4)

keep a positive attitude or mindset towards life and those around you. remember, winners wear a crown and losers wear a frown. beauty comes from within. apa yang ada dalam hati akan terserlah di luar. kalau negatif dalam hati, negatif jugalah di luar

bykkan berdoa, sabar dan paling penting, redha dengan ujian Allah. stop complaining about yourself dan jangan sesekali berputus asa. rahmat Allah itu sangat luas, bagi hamba-Nya yang tahu bersyukur

wAllahu a'lam :-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 06-09-05 14:09 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 14:47


Pada 06-09-05 14:09 , n_farhanah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

sis,

you're 33, yet you talk like a 15-year-old girl

mungkin belum masa untuk sis bertemu dengan lelaki yang baik & tak mementingkan paras rupa. tak semua lelaki seburuk yang sis sangka, jangan buat generalization. ana prnh kenal seorang cikgu (she was my teacher and used to be my mom's classmate) who isn't so good looking. she finally got married at the age of 39, and i think she's happy with her life right now

berulang kali mengatakan diri sis seorang yang hodoh bererti tak bersyukur & menghina ciptaan Allah. sdgkan kita sebagai manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" (QS at-Tiin: 4)

keep a positive attitude or mindset towards life and those around you. remember, winners wear a crown and losers wear a frown. beauty comes from within. apa yang ada dalam hati akan terserlah di luar. kalau negatif dalam hati, negatif jugalah di luar

bykkan berdoa, sabar dan paling penting, redha dengan ujian Allah. stop complaining about yourself dan jangan sesekali berputus asa. rahmat Allah itu sangat luas, bagi hamba-Nya yang tahu bersyukur

wAllahu a'lam :-)


Who's the 15 year old girl here? I or You...
I think YOU!!! OR IN OTHER WORDS YOU ARE A SMALL MINDED PERSON... AND YOU CAN'T ACCEPT THINGS THAT IS DIFFERENT FROM YOUR LIFE OR YOU NEVER FACE IT IN YOUR LIFE SO FAR...
YOU ARE NOT MOTIVATING BUT YOU ARE MORE TO DESTROYING ME. DON'T WRITE IF YOU DON'T KNOW HOW TO WRITE! YOU ARE MAKING ME SICK!!!!
IF YOU ARE REALLY A GOOD MUSLIM I DOUBT YOU WOULD SAY THINGS LIKE THIS!
DON'T EVER PRETEND TO BE A GOOD MUSLIM WHEN YOU ARE NOT!!!!
READ AGAIN WHAT YOU'VE WROTE!

AND ALSO DON'T PRETEND TO BE A GOOD ADVISER WHEN YOU ARE NOT! AND WHEN YOUR KNOWLEDGE IS REALLY VERY NARROW AND WHEN YOU ARE ALSO CANNOT ACCEPT NEW THINGS!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 15:10


janganlah memandang kelemahan diri itu sebagai kelemahan diri...tetapi itu jua merupakan sesuatu kekuatan bagi diri anda....bayangkan awak dapat hidup dan menjalani kehidupan anda selama ini tanpa sebarang halangan...ketepikan seketika masalah itu...jalani kehidupan kita sebagai hamba Allah yang taat pada dirinya...Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi kepada amalan diri hambanya...janganlah merendahkan diri...kehidupan kita perlu dijalani...pasti suatu hari nanti ada orang sudi menghulurkan tangan dan memberikan sesuatu perasaan dan pengalaman yang baru yang pasti akan mengubah pandangan dan keyakinan diri anda...sabarlah dan berbanyakkan berzikir dan bersyukur....

kerana kita hanya insan yang lemah...tiada yang sempurna didunia ini...janganlah merendah diri....saya yakin ada yang istimewa didalam diri awak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 15:18


Assalamualaikum kakandaku minah..
sabar banyak2 ye..memang, beratnya bahu yang memikul takkan sama dengan beratnya mata atau telinga yang mendengar..
ana rasa nasihat ummi dan al_khair cukup cantik untuk diikuti..bukan juga untuk kakanda minah tapi juga untuk semua keluarga ukhwah..
doa kami sentiasa bersama kakanda minah,InsyaAllah:):)...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 16:51


Pada 06-09-05 15:18 , srikandi_jilbab posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum kakandaku minah..
sabar banyak2 ye..memang, beratnya bahu yang memikul takkan sama dengan beratnya mata atau telinga yang mendengar..
ana rasa nasihat ummi dan al_khair cukup cantik untuk diikuti..bukan juga untuk kakanda minah tapi juga untuk semua keluarga ukhwah..
doa kami sentiasa bersama kakanda minah,InsyaAllah:):)...


na'am...
berdoalah kepadaNya.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-05 16:51


saya pun cukup terharu dengan cerita akak.....
harap bersabarla......
mungkin belum tiba jodoh......
ingatla setiap orang ada kelibihan yang tersendiri.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

al-nadiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.08.2005
Ahli No: 18346
Posting: 44
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-05 17:02


semoga akan hadir kekasih yang cintanya bukan kerana paras dan rupa... Amin Ya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-nadiahProfil   Hantar PM kepada al-nadiah   Pergi ke al-nadiah's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 19:23


Pada 06-09-05 14:47 , Minah posting:

!!! QUOTE !!!

Who's the 15 year old girl here? I or You...
I think YOU!!! OR IN OTHER WORDS YOU ARE A SMALL MINDED PERSON... AND YOU CAN'T ACCEPT THINGS THAT IS DIFFERENT FROM YOUR LIFE OR YOU NEVER FACE IT IN YOUR LIFE SO FAR...
YOU ARE NOT MOTIVATING BUT YOU ARE MORE TO DESTROYING ME. DON'T WRITE IF YOU DON'T KNOW HOW TO WRITE! YOU ARE MAKING ME SICK!!!!
IF YOU ARE REALLY A GOOD MUSLIM I DOUBT YOU WOULD SAY THINGS LIKE THIS!
DON'T EVER PRETEND TO BE A GOOD MUSLIM WHEN YOU ARE NOT!!!!
READ AGAIN WHAT YOU'VE WROTE!

AND ALSO DON'T PRETEND TO BE A GOOD ADVISER WHEN YOU ARE NOT! AND WHEN YOUR KNOWLEDGE IS REALLY VERY NARROW AND WHEN YOU ARE ALSO CANNOT ACCEPT NEW THINGS!!!!!!


wow, look at what you've written! in case you're not aware (but i'm very sure you actually do), it's very rude to write with caps lock. there's no need to write in capital letters because i'm not short-sighted. there's no need to scream as well, because i'm not deaf ;-)

i've read all your postings before i respond to this topic. once you said: "Kadangkala saya rasakan ingin membuka sahaja tudung yang saya kenakan ini supaya semua lelaki yang memandang mendapat dosa kerana saya!" and that's why i said you're acting like a 15-year-old girl!

beauty comes from within. if you're full of anger, hatred and all sorts of negative thoughts, it really shows outside. so please, change all those negative attitudes. you've admitted yourself more than once that you're not good looking. you can't change your look, but you can certainly change your behaviour. it's a bonus to be good looking and possess good behaviour, but it's definitely wouldn't help by having average look with negative attitudes

it was you who have trouble with guys, not me. hence stop pointing at others and start muhasabah yourself. if you don't like to be criticized in public, don't bother to post in an open forum. and if you can't take advice from others, don't ask for one

kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. wAllahu a'lam
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 07-09-05 03:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 07-09-05 10:26


Jaga diri ibarat sebijik PERMATA... Nilai wanita bukan pada wajah yang hodoh-tapi, pada akhlak & internal beauty... Ni, kalau dah lah hodoh ditambah pulak dengan attitude yang hodoh. Dihampiri lelaki, dan kena kejutan???? handsome tak mengapa, taklah rugi... ni, lelaki hampeh(padan lah pun) Mana perginya harga diri??? kasihan...kasihan..........nauzubila min zalik....

Wassalam
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 07-09-05 10:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 16:15


ermm..apa ni..pergi belajar agama dulu laa senang....JOM!

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 15:00


Pada 06-09-05 19:23 , n_farhanah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-09-05 14:47 , Minah posting:

!!! QUOTE !!!

Who's the 15 year old girl here? I or You...
I think YOU!!! OR IN OTHER WORDS YOU ARE A SMALL MINDED PERSON... AND YOU CAN'T ACCEPT THINGS THAT IS DIFFERENT FROM YOUR LIFE OR YOU NEVER FACE IT IN YOUR LIFE SO FAR...
YOU ARE NOT MOTIVATING BUT YOU ARE MORE TO DESTROYING ME. DON'T WRITE IF YOU DON'T KNOW HOW TO WRITE! YOU ARE MAKING ME SICK!!!!
IF YOU ARE REALLY A GOOD MUSLIM I DOUBT YOU WOULD SAY THINGS LIKE THIS!
DON'T EVER PRETEND TO BE A GOOD MUSLIM WHEN YOU ARE NOT!!!!
READ AGAIN WHAT YOU'VE WROTE!

AND ALSO DON'T PRETEND TO BE A GOOD ADVISER WHEN YOU ARE NOT! AND WHEN YOUR KNOWLEDGE IS REALLY VERY NARROW AND WHEN YOU ARE ALSO CANNOT ACCEPT NEW THINGS!!!!!!


wow, look at what you've written! in case you're not aware (but i'm very sure you actually do), it's very rude to write with caps lock. there's no need to write in capital letters because i'm not short-sighted. there's no need to scream as well, because i'm not deaf ;-)

i've read all your postings before i respond to this topic. once you said: "Kadangkala saya rasakan ingin membuka sahaja tudung yang saya kenakan ini supaya semua lelaki yang memandang mendapat dosa kerana saya!" and that's why i said you're acting like a 15-year-old girl!

beauty comes from within. if you're full of anger, hatred and all sorts of negative thoughts, it really shows outside. so please, change all those negative attitudes. you've admitted yourself more than once that you're not good looking. you can't change your look, but you can certainly change your behaviour. it's a bonus to be good looking and possess good behaviour, but it's definitely wouldn't help by having average look with negative attitudes

it was you who have trouble with guys, not me. hence stop pointing at others and start muhasabah yourself. if you don't like to be criticized in public, don't bother to post in an open forum. and if you can't take advice from others, don't ask for one

kebenaran itu memang pahit untuk ditelan. wAllahu a'lam


HELLO...
JANGAN NAK TUNJUK ISLAMIK SANGAT... BACA YOU PUNYA POSTING PUN DAH TAHU PEMBUAT MAKSIAT...

TAK ADA PEREMPUAN DALAM DUNIA NI YANG NAK SELAMATKAN LELAKI... MELAINKAN DAH MENERIMA BERIBU-RIBU DARIPADA LELAKI SEBULAN...

MUNGKIN YOU NI LELAKI...
KALAU U NI PEREMPUAN, TAK NORMAL TAU... MELAINKAN PEMBUAT MAKSIAT YANG MENERIMA GANJARAN YANG BANYAK...

JANGAN TUNJUK ISLAMIKLAH, RAMAI ORANG PANDAI BERPURA-PURA DALAM DUNIA NI!

KALAU AWAK TAK RUDE DENGAN SAYA AWAK INGAT SAYA NAK RUDE DENGAN AWAK KE?

SEBENARNYA SAYA TAK PERLU RISAU, MEREKA YANG MEMBACA POSTING AWAK TAHU MENILAI AWAK INI ORANG YANG MACAM MANA... PEREMPUAN NORMAL TAHU SAMA ADA PEREMPUAN ITU NORMAL ATAU TIDAK... OK... MUNGKIN AWAK JALANG TEPI JALAN YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN AGAMA...

BANYAK POSTING DALAM INTERNET NI YANG MENGADU MASALAH YANG SAMA... FAHAM... UNTUK MENGHILANGKAN TENSION DAN MENDAPAT MANFAAT DALAM MASA YANG SAMA...

TAK PERLU NAK TULIS LAGI, SEMUA ORANG DAPAT BACA POSTING AWAK TU.. RUDE... MENGHINA....

FAHAM................

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 08-09-05 15:56


Ya Allah... apa ini...
janganlah gaduh2...
tak baik...
kita semuakan bersaudara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 16:00


Pada 08-09-05 15:56 , maisarahlisa posting:

!!! QUOTE !!!

Ya Allah... apa ini...
janganlah gaduh2...
tak baik...
kita semuakan bersaudara...


berbincanglah secara berhikmah...
kata-kata kasar tak akan dapat membantu ke arah
penyelesaian masalah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 16:12


Assalamualaikum...


Adab berdiskusi....
Hormati pendapat orang lain...
Jangan meremehkan orang lain
sentiasa bersikap empati
dan bertenang dan sabar

ana bukanlah cuba nak mengajar....cuma nak hilangkan angin taufan Katrina yang mula bertiup...
sudahla.... tarik nafas, pejam mata sebentar dan berfikir sedalamnya sebelum menaip.....orang yang pemaaf itu yang paling utama...

Cara Berdiskusi Yang Sebaik-baiknya.


Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, adakah mana-mana ayat al-Qur’an yang menerangkan cara berdiskusi dan berdialog dengan rakan seagama dengan cara yang sebaik-baiknya.
Terima Kasih.

Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam,
Antara ayat yang paling jelas menjawab persoalan ini ialah firman Allah:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Dalam ayat di atas terdapat beberapa poin penting yang dapat kita kupas:



Hendaklah kita bersikap lemah lembut apabila berdakwah. Jika kita bersikap keras dan kasar, mereka akan lari dari kita. Berdakwah ada dua jenis, berdakwah kepada orang bukan Islam kepada Islam dan berdakwah orang Islam kepada Islam yang lebih sempurna.
Jika kita berdakwah kepada orang ramai dengan kata-kata yang kasar tentang sesetengah amalan mereka, maka mereka akan meninggalkan kita, tak kira sama ada dakwah kita disertai hujah al-Quran dan Sunnah yang sahih atau tidak. Tidak kira sama ada bercakap yang betul atau salah.

Perhatikan manhaj dakwah yang diajar oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Di atas adalah manhaj dakwah kepada Firaun. Bagaimana pula manhaj dakwah sesama umat Islam ? Tentu lemah lembutnya adalah berkali ganda.



Hendaklah kita memaafkan. Dengan sikap ini di dalam hati nurani kita, kita akan dapat berbicara dengan sesama umat dengan baik lagi penuh hikmah. Ingat, walaupun kita sesama umat adakalanya berbeza pendapat, kita tetap adalah umat Islam yang dimaksudkan oleh firman Allah:

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat islam).

Sifat memaafkan adalah antara sunnah Rasulullah ketika berdakwah. Dalam sirah baginda, terdapat banyak contoh pemaafan yang diberikan oleh Rasulullah kepada orang yang menentangnya. Sehingga sifat maaf yang darinya lahir kelemah-lembutan dapat menarik orang yang pada awalnya menentang kembali mendekati baginda. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dengan firmanNya:

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Sekalipun terhadap orang-orang bukan Islam, sikap kita yang pertama ialah berlemah lembut kepada mereka. Perhatikan firman Allah:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."

Apakah yang hendak dibahas dengan Ahli Kitab kecuali persoalan ketuhanan, trinity dan kedudukan Nabi Isa ? Tetapi dengan isu sebesar ini sekalipun, Allah menyuruh kita berbahas……bukan sekadar cara yang baik, tetapi adalah lebih baik (ahsanu). Maka bagaimana pula dengan sesama umat Islam ?



Bermesyuaratlah, yakni kita berdiskusi. Kita sama-sama tahu bahawa banyak orang menolak sesuatu bukan kerana salah tetapi kerana mereka tidak tahu. Dan banyak orang mengamalkan sesuatu bukan kerana betul tetapi kerana sejak kecil telah diajar demikian. Kita juga tahu bahawa banyak orang enggan menerima sesuatu bukan kerana buta atau pekak tetapi kerana berat di hati untuk mengaku bahawa apa yang dilakukan selama ini adalah kurang tepat.

Maka bagi menangani masalah di atas memerlukan banyak sabar, ilmu, dan al-Hikmah. Dan ketiga-tiga ini perlu kita terapkan secara berdiskusi. Yang utama ialah kita cuba rebut peluang untuk mendengarkan kepada mereka ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah.
Kita sama-sama tahu, ramai orang yang tidak kenal al-Qur’an kecuali sekadar hiasan dinding, hantaran kahwin, amalan malam Jumaat dan nasihat serta peringatan kepada mayat. Hadis Nabi jauh lagi.
Maka di sini menjadi kewajipan kita untuk berdiskusi, menyampaikan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah, agar mereka faham apakah yang sepatutnya menjadi dasar dalam beragama.

Perhatikan firman Allah kepada orang-orang Islam yang ketika itu diberi izin untuk sedia menyerang Kota Mekah kerana mereka mencabuli perjanjian Hudaibiyah:

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan (ayat-ayat) Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

Jika dalam suasana menghadapi perang kita disuruh merebut kesempatan untuk menerangkan ayat-ayat Allah, maka bagaimana pula dalam ketenteraman sesama umat Islam?

Jika kita menghadapi perbezaan pendapat dengan menghukum: itu bid’ah, itu salah, itu haram, maka ini bukan namanya berdiskusi. Berdiskusi ialah kita mendengar pendapat mereka, menyampaikan pendapat kita dan bersama-sama mencari kebenaran antaranya. Adakalanya mereka salah dan adakalanya kita salah.



Bertawakal kepada Allah. Perkara penting yang perlu kita ingat, berdakwah ialah menyampaikan, bukan memaksa orang menerima apa yang didakwahkan atau menghukum jika mereka tidak mahu menerimanya. Jika kita memilih dua yang terakhir di atas, dakwah kita yang asalnya adalah satu kebajikan akhirnya akan bertukar menjadi dosa ke atas diri kita sendiri.

Jika kita telah menyampaikan tetapi mereka tidak mahu menerima, maka tugas kita selain bertawakal ialah berfikir, apakah silap dan kekurangan kita sehingga kita gagal ? Apakah yang boleh kita lakukan untuk beroleh kejayaan ? Kenapakah orang masih menjauhkan diri dari sunnah Rasulullah ? Adakah yang menjadi faktor penggagal itu sunnah Rasulullah atau sunnah kita sendiri dalam cuba menegakkan sunnah Rasulullah ? Adakah kita benar-benar mengamalkan sunnah Rasulullah secara keseluruhannya ? Adakah kita hanya mengamalkan sunnah dalam beribadah tetapi tidak dalam berdakwah ?

Jika poin-poin di atas selalu kita praktikkan dengan baik, pasti rakan diskusi kita akan menerima apa yang kita sampaikan dengan baik, tanpa mengira sama ada dia adalah orang bukan Islam atau orang Islam sendiri.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:27


Assalamualaikum

syukran maisarahlisa, lubaina & zulman atas nasihat :-)

dan syukran tak terhingga juga pada sis Minah sebab tolong tambah "bank account" ana ;-) you really need to see a psychiatrist & seek for help!

walaubagaimanapun, anda telah menabur fitnah yang amat besar dan menjadi kewajipan pada ana untuk mempertahankan maruah diri ana. firman Allah SWT, mafhumnya:

"..Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.." {QS al-Baqarah: 191}

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mu'min dan Mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.." {QS al-Ahzaab: 58}

"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.." {QS an-Nuur: 23-24}

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.." {QS al-Humazah: 1}

cukuplah ayat-ayat tersebut sebagai peringatan betapa besarnya dosa menabur fitnah, tak perlu ana sebutkan semua

rajin-rajinlah baca al-Quran untuk dptkan ketenangan jiwa. dan jangan lupa baca terjemahannya sekali, ya sis! ;-)
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 08-09-05 17:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:40


Pada 08-09-05 16:12 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...


Adab berdiskusi....
Hormati pendapat orang lain...
Jangan meremehkan orang lain
sentiasa bersikap empati
dan bertenang dan sabar

ana bukanlah cuba nak mengajar....cuma nak hilangkan angin taufan Katrina yang mula bertiup...
sudahla.... tarik nafas, pejam mata sebentar dan berfikir sedalamnya sebelum menaip.....orang yang pemaaf itu yang paling utama...

Cara Berdiskusi Yang Sebaik-baiknya.



Assalammualaikum Adik Zulman,
Terimakasihlah kerana membantu akak. Akak harap perempuan tu akan baca apa yang adik tulis tu dan sedarlah silapnya... Maklum sajalah dalam internet ni dik... Akak ni pun rajin sangatlah nak layan orang macam tu...

Maklum sajalah dik, akak ni tak ada sesiapa dalam hidup akak melainkan karier akak. Hidup akak memang membosankan sepanjang masa. Akak teringin juga nak bersuami dan mempunyai anak-anak... Kalau ada semua ni akak tak ada masa nak fikirkan perkara remeh-remeh macam tu... Akak juga tak ada tempat nak mengadu. Bila mengadu kat internet adalah pulak orang merendah-rendah dan menghina kita. Sebenarnya dik, kalau akak tak sabar dan langsung tak berugama dah lama akak bunuh diri makan racun dengan masalah akak ni. Dunia akak sepi. Apa yang ada perempuan sajalah.. Kadang-kadang rasa macam Amazon pulak. Itu pun dik, akak ni makin lama makin hilang kawan perempuan... Semuanya mendirikan rumah tangga... Bila mereka berkahwin mereka tak lagi sesuai nak kawan dengan andartu macam akak. Akak pun tak berani nak selalu datang jumpa mereka nanti dikatakan nak mengambil suami orang padahal suami orang tu nak tengok muka kita pun tak hingin. Kawan akak tu bukan tak tahu suami mereka tak pandang orang macam akak ni tapi mereka takut kalau-kalau akak pakai ubat guna-guna - maklumlah orang dah senja. Dik, akak ni lama-lama tinggal seorang dalam dunia ni.. Nak ambil anak angkat takut akak tak mampu, walaupun gaji akak lebih seribu sebulan tapi kalau dia menghadapi masalah sosial atau sebagainya dengan siapa akak nak berkongsi masalah.

Akak kadang-kadang terbayang-bayang akak ada seseorang untuk menumpang kasih.. Sedar-sedar semua tu tak wujud. Akak ni cuma ada seorang kakak saja. Ibu bapa akak dah meninggal 5 tahun dulu. Kakak akak tu cantik, masa arwah mak bapak akak masih hidup dia selalu ada orang merisik. Tapi akak langsung tak ada. Kalau akak nampak orang datang, akak pun duduk kat atas tangga dan cuba dengar perbualan mereka. Rupanya merisik tentang kakak akak tapi nama akak langsung tak pernah disebutkan sampailah kakak akak kahwin. Sejak dari itu tak pernahlah orang merisik lagi. Maksudnya tak pernahlah ada orang merisik akak. Malangnya kakak akak tu tak dapat anak sampailah sekarang.

Macamtulah dik... Akak makan hati sejak dari sekolah lagi... Kakak akak ada saja orang yang nak berkenalan dengannya tapi akak tak pernah pun sebaliknya kalau akak nak berkenalan dengan lelaki akak akan dihina sehabis-habisnya....

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 17:52


Pada 08-09-05 17:27 , n_farhanah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

syukran maisarahlisa, lubaina & zulman atas nasihat :-)

dan syukran tak terhingga juga pada sis Minah sebab tolong tambah "bank account" ana ;-) you really need to see a psychiatrist & seek for help!

walaubagaimanapun, anda telah menabur fitnah yang amat besar dan menjadi kewajipan pada ana untuk mempertahankan maruah diri ana. firman Allah SWT, mafhumnya:

"..Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.." {QS al-Baqarah: 191}

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mu'min dan Mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.." {QS al-Ahzaab: 58}

"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.." {QS an-Nuur: 23-24}

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.." {QS al-Humazah: 1}

cukuplah ayat-ayat tersebut sebagai peringatan betapa besarnya dosa menabur fitnah, tak perlu ana sebutkan semua

rajin-rajinlah baca al-Quran untuk dptkan ketenangan jiwa. dan jangan lupa baca terjemahannya sekali, ya sis! ;-)



OOO... BILA DAH SAKITI HATI ORANG LAIN, YOU KATA SAYA PULAK YANG SAKITI YOU... YE.. perempuan LAKNAT!

SEMOGA ALLAH MENGLAKNATI YOU!

I AKAN BUAT SEMBAHYANG HAJAT AGAR ALLAH T.A TUNJUKKAN PADA YOU SATU HARI NANTI...

YOU HINA DAN KATA I CUKUP-CUKUP KEMUDIAN YOU BALIKKAN PADA I... KONONNYA I LAH YANG IBLIS....

KAU IBLIS N_FARHANAH... I DOAKAN YOU DIJATUHKAN BALA SEUMUR HIDUP YOU....

KALAU U NI IKHLAS SANGAT NAK TUNJUK BAIK, YOU TAK AKAN MENGHINA SAYA DALAM POSTING YOU...

DALAM INTERNET NI MEMANG TAK ADA BUKTI YANG YOU TU JALANG KE BUKAN.
TAPI DARI CARA YOU TULIS POSTING YANG SUDAH-SUDAH I BOLEH KATA YOU JALANG MURAHAN TEPI JALAN!!!! JANGAN NAK TUTUP TITLE JALANG MURAHAN YOU DENGAN KATA-KATA KEAGAMAAN. JANGAN BERMAIN DENGAN HUKUM TUHAN UNTUK MENUTUP KEJAHATAN YOU....

YOU ATAU SESIAPA SAHAJA TAK HAK NAK KATA APA SAHAJA TENTANG PENDAPAT I YANG YOU TU JALANG MURAHAN!

KALAU TAK NAK DIKATAKAN JALANG, YOU BAGI POSTING YANG BAIK-BAIK....

BANYAK JALANG YANG PANDAI BERCAKAP TENTANG AGAMA SEPERTI YOU NI!





LAGI SEKALI N_FARHANAH...
JANGAN MENUTUP KEJAHATAN YOU DENGAN BERMAIN HADIS-HADIS DAN FIRMAN ALLAH...

ORANG SEPERTI YOU LEBIH TERKUTUK DAN BANGSAT HINA KEJI DISISI ALLAH....

SEDARLAH N_FARHANAH, PEMBACA BUKANNYA BODOH SEPERTI YOU... MEREKA JUGA ADA AKAL DAN DAPAT MENGGUNAKAN AKAL MEREKA... MEREKA TAHU YOU NI BERTOPENGKAN IBLIS....



SEDARLAH N_FARHANAH, YOU NI SEBENARNYA IBLIS YANG BERTOPENGKAN SEORANG YANG WARAK....

PENGETAHUAN AGAMA ENGKAU AKAN MAKAN ENGKAU BALIK!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 18:01


Kepada Akak ...saya sebenarnya nak membantu kedua-duanya sebab dilihat berlaku salah faham diantara dua orang saudara Islam ....sudahla kak ye...maf bermaafan lah ...sebab kemarahan itu api dan kemaafan dan berlapang dada itulah air yang memadamkan api....yang merapatkan kembali antara dua saudara...

dan untuk akak lagi..jangnlah diratapi dunia akak yag sepi tu....sesungguhnya Allah tu adil dan semua perkara yang berlaku itu ada hikmahnya....
pandangan saya yang tak seberapa ni ..akak sentiasalah berdoa dan berusaha menjadi wanita solehah....kalau janji Allah itu akak akan berjumpa suami didunia ini pasti janji itu akan terjadi ..dan kalau janji Allah itu akak akan berjumpa suami di Syurga pastikan amal soleh dan kebajikan membawa akak kesana InsyaAllah ... say pun bukanlah baik sangat dan say pasti semua umat Islam mahu ke Syurga....apa pun teruskanlah hidup dan hilangkanlah rasa sunyi itu dengan kerja-kerja yang berfaedah sama ada untuk duniawi dan ukhrawi...dan biarlah kita dihina di dunia tetapi kaya di akhirat sana....kuatkanlah hati dengan mengikatnya dengan tali Allah...saya doakan


sekadar pendapat sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 19:08


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar Kak Minah dan juga Farhanah. Saya agak bersedih melihat kamu berdua berselisahan faham antara satu sama lain. Semoga Allah memperbaiki hubungan kamu berdua.

Saya bersimpati atas apa yang berlaku pada Kak Minah. Saya tak tahu bagaimana sedih/depressnya akak dan mungkin tidak dapat dibayangkan oleh setengah dari kami disini. Semoga Allah mengurnia suami yang baik dapat membimbing dan memberi ketenangan kepada Kak Minah. Tanamkan dalam diri akhlak yang baik sebab dengan cara tu lelaki yang baik akan tertarik dengan kita.

Percaya lah, sebab ada dikalangan kawan saya yang tiada rupa tapi dapat suami yang handsome. Mereka mempunyai perwatakkan yang baik dan menarik dan sentiasa ceria. Ada kawan saya cantik, sampai sekarang tak kawin2 lagi sebab terlalu serious. Infact saya ada 2 makcik saudara yang cantik tapi masih belum dapat berkahwin walaupun dan berusia 40 lebih. Ini bukan cerita buatan tapi memang benar. Jodoh memang dah ditetapkan tapi perlu dengan usaha (bukan setakat mencari tapi kita pun kena usaha tambah skill, persediaan diri etc2). Saya pun tengah berusaha juga ;) (memperbaiki diri) sebab 2/3 kawan saya dah kawin dan memang rasa sunyi dan kena tinggal kadang-kadang itu.

Cuma saya harap Kak Minah dapat bersabar dengan kata-kata Farhanah yang mungkin nampak kasar. tapi saya percaya dia mungkin berniat baik, cuma kadang-kadang ada orang memberi nasihat dengan cara yang agak kasar seperti ibu kepada anak atau boss kepada pekerjanya, cuma Farhana cakap begitu agaknya ingat boleh beri kesan.

Jgnlah doakan bala kpdnya sedang Nabi sendiri tidak mendoakan bala turun apabila baginda dilemparkan batu2 ketika berdakwah sebaliknya mendoakan supaya mereka diberi hidayah. Maafkan lah dia, kerana Allah Maha Pemaaf. Maybe dengan memaafkan dia, Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada Kak Minah, kita tidak tahu kan?

kepada Farhanah, mungkin cara anti beri nasihat agak terlalu kasar. Bukan semua insan boleh terima cara begitu. Lihatlah orgnya, sebelum nasihat. Ada orang boleh terima cara anti, ada yang tidak boleh. Nasihat kena perlu berhikmah. Bermaaf-maafan antara muslim. Saya percaya anti pun orang yang ingin menolong orang.

Kita tak boleh kata Kak Minah seperti anak2 sebab tertekan dengan keadaan nya, sebab kita sendiri belum tahu kita boleh tahan jika kita berada di kaki Kak Minah. Entah2 kita lagi teruk bila kita kena keadaan yang sama. Allah takkan memberi suatu ujian yang seorang itu tidak boleh dihadapinya.

Ini pendapat saya sahaja.

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 20:17


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

**********************************

If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

People will forget what you said...

People will forget what you did...

But people will never forget how you made them feel...

Make someone happy, share a kind word today.

A good word is charity. (hari Bukhari, Muslim)

********************************************

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Dari Jabir bin Abdullah RA. Bahwasannya Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya orang-orang yang aku cintai dan orang yang paling dekat duduknya dengan aku pada hari kiamat nanti, adalah orang-orang yang sangat baik budi pekertinya. Dan orang-orang yang sangat aku benci dan orang-orang yang jauh tempat duduknya dengan aku pada hari kiamat nanti, adalah orang-orang yang suka berbicara, orang-orang yang berlagak fasih dan orang-orang yang bermulut besar .

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia memandang kepada HATI kalian".

Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.


Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 08-09-05 20:47


Assalamualaikum

Ana rasa sedih sangat sebab ada pergaduhan dalam forum ni...
Betul kata maisarahlisa...kita ni bersaudara...
Berbaik-baiklah cepat...
xbaik kalau kita gaduh lebih daripada 3 hari...


-----------------
Photobucket - Video and Image Hosting


Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 20:53


macam2 laa dunia ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 13:41


assalamualaikum....
kembali kepada topik asal,sekadar berkongsi pendapat....
cara yang paling baik dianjurkan oleh agama ialah berpuasalah bebanyak ...sesungguhnya puasa itu dapat menghilangkan keinginan tersebut,lelaki yang berkeinginan juga jatuh keatasnya puasa sekiranya dia tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk berkahwin ....semoga saudara bertambah tenang dan bahagia dengan anjuran islam tersebut.... segala kekurangan diri terima lah sebagai ujian dari Allah taala....mungkin anda kurang dari segi itu tapi anda mesti mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain.....contohnya anda berfikiran terbuka menceritakan masalah anda untuk mencari menyelesaian ........

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 10-09-05 13:55


Assalamualaikum....

FUYOOO!!!! IBLIS.......... jadik malaikat maut..... takut lah!!!!bakal dicampak bersama iblis dalam neraka... nauzubilla.... Ya, Allah selamatkan lah orang ni...dah lah muka buruk, hati pulak busuk.

aikk, hair2 cakap orang curang pakwe keliling pinggang
        lepas itu, perampas laki orang (pulak dah) tah bila masa i jalan dengan laki mereka, se2nd hand itu...
     hari ni pulak, cakap orang hodoh tak ada siapa yang nak... bodoh bin palui aperrrr!!! ( buat sakit hati juga-sumpah kang padan muka ) :) sedar2 lah wahai manusia sekalian, awak semua bukan hidup menongkat langit... nak, buat fitnah pun agak2 juga... umpama, makan daging sendiri itu... terlaknat tahap gaban kuttt!!!!!

wassalam


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 14:31


hayati maksud Al-Quran ini..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 16:00


Astaghfiru'Llah al-`Azim...

Kenapa sampai jadi macam ni... bukan ke tujuan kita di sini adalah untuk berforum secara yang berhikmah, bukannya untuk bergaduh...

ada satu nas al-Qur'an yang saya masih ingat, bermaksud: "Kata-kata yang baik (makruf) dan bermaafan adalah lebih baik daripada sedekah (yang berbentuk kebendaan) yang diikuti pula dengan menyakitkan..."

semua pendapat, nasihat, teguran dan seumpamanya hendaklah diutarakan dengan kata-kata yang baik... apa gunanya kita bagi nasihat untuk kebaikan orang tapi dalam masa yang sama kita sakitkan hati orang...? pahalakah yang kita dapat... atau dosa...?

buat baik di balas baik, buat jahat tak semestinya dibalas dengan kejahatan juga... Nabi Muhammad s.a.w. setelah dilemparkan dengan batu oleh penduduk Ta'if, baginda langsung tidak berdendam terhadap mereka... malah baginda maafkan mereka dan mendoakan mereka...

semoga kita amalkan sikap bermaaf-maafan antara kita, lebih2 lagi semua orang Islam itu adalah bersaudara, tak boleh menyakiti antara satu sama lain, begitulah pesan baginda s.a.w. kepada umatnya...

Wa'Llahu A`lamu bil-Sawab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-09-05 17:30


1st impression bila aku. baca posting minah ni, 'perempuan gila'

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 18:36


entah lah.....gila kah beliau.....tak tau pula aku...lantak dia lah...nak hilangkan keinginan terhadap lelaki????....jadik tomboy ah....senangkan....takpun..tambahkan minat terhadap perempuan.....tak begitu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

ukhwafillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4368
Posting: 194
Dari: Umbai,Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 10-09-05 20:05


jangan lah rasa kita ni terlalu hodoh..dan jangan pula rasa diri kita ni terlalu cantik...anggap saja diri kita macam biasa....tahap sederhana...kita kena bersyukur dengan ketentuan ALLAH..kena selalu igt bahawa ALLAH sntiasa bersama kita..rajin2 buat solat sunat semoga kita dijodohkan juga dengan seseorang yang akan menerima segala kekurngn kita....apa-apa pun..kembali kepada ALLAH..wallhualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwafillahProfil   Hantar PM kepada ukhwafillah   Quote dan BalasQuote

al-nadiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.08.2005
Ahli No: 18346
Posting: 44
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-09-05 21:33


Allahhuakbar... kadang-kadang masalah yang dihadapi seperti ok.minah seharusnya dirujuk kepada orang yang lebih arif. Maksud saya pergilah berjumpa orang-orang yang lebih layak untuk mengeluarkan pandapat dan memberi pandangan ikhlas lagi bernas. contohnya berjumpalah dengan orang-orang alim, kaunselor ke, ataupun motivator. InsyAllah mereka ni mpunyai kepakaran untuk membantu.

Sekadar renungan buat kak minah dan seluruh muslimah amnya,,
            Wahai wanita, kasihilah dirimu dgan mjadikan dirimu berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang mengilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.
            Anda sama sekali tidak bharga biarpun tinggi nilainya dmata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. tapi anda ibarat mutiara dpuncak bukit dmata seorg lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewt sebab bersikap pemilih daripada salah pilih.
            Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua yang akhiernya bukan bahagia yang dterima tapi derita. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat bertemu jodoh tetapi cepat ditinggalkan pergi...Biar menjadi rama2 dengan sayapnya terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.
         Wahai wanita, harga diri anda,anda yang menentukan..
Wallhualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-nadiahProfil   Hantar PM kepada al-nadiah   Pergi ke al-nadiah's Website   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 16:31


salam...

erm..susah juga ye...sampai berbalah2 ini...janganlah macam tu..kita sesama muslim...kan elok berbaik saja...ALLAH MAHA MENGETAHUI tiap sesuatu dalam hati kita ini..jadi kalau boleh tak yahla tuduh menuduh...

lagi satu..rasanya setiap insan yang dijadikan ALLAH itu..amat cantik...tiada yang hodoh...kita sebagai hamba rasanya tak layak langsung merendah2kan diri kita sampai begitu sekali...sedarla hakikat penciptaan kita...ALLAH yang menciptakan kita..jadi bila kita merendah2kan diri kita...seolah-olah merendahkan PENCIPTANYA...nauzubillah...minta dihindari daripada benda2 seumpama ini...

sekadar pandangan dari saya...sebagai peringatan untuk semua saudara seagama dan juga buat diri sendiri yang seringkali lalai...wallahua'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  


posticon Posting pada: 15-09-05 17:09


Pada 10-09-05 18:36 , pak_ali posting:

!!! QUOTE !!!

entah lah.....gila kah beliau.....tak tau pula saya...lantak dia lah...nak hilangkan keinginan terhadap lelaki????....jadik tomboy ah....senangkan....takpun..tambahkan minat terhadap perempuan.....tak begitu....


na'uzubillah....nanti lesbian pula pak_ali.....
posa banyak2 lah jalan terbaik....pahala pun dapat...


-----------------
Photobucket - Video and Image Hosting


Bookmark and Share

    


  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.15741 saat. Lajunya....