Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 16 jam, 57 minit yang lalu
muslimiman: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
nur_tinta: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: ::keluarga idaman::


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» ::keluarga idaman::

Please Mendaftar To Post


Oleh ::keluarga idaman::

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 13:08


hanya copy and paste ok:            

Saya hanya mahu sampaikan sebuah cerita yang saya perolehi di mana ia membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah kolokium wanita di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini di mana pada suatu hari, dia bermusafir ke suatu tempat yang saya kurang ingat ke mana dan dari mana.Dia singgah di rumah seorang sahabatnya di mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru peolong kanan. Dia tiba dirumah sahabatnya ini sekitar tengahari tetapi belum masuk waktu zohor lagi.Keduai-dua suami isteri ini masih disekolah.Walaubagaimanapun beberapa orang daripada 8 orang anak mereka yangg kesemuanya lelaki di mana yangg paling tua dalam tingkatan satu dan yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Ketika masuknya waktu zohor maka abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah di mana dia sendiri menjadi imam.
        Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh ketika melihat jemaah yang sedang solat lalu dia mengambil wudhu' dan solat berjemaah bersama-sama. Dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan apabila selesai imam memberi salam lalu dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah... Adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk...Ustazah yang melihat perkara ini merasa terkejut dan kami yang mendengar ceritanya mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

         Cerita tak berakhir di situ sahaja di mana ustazah tadi turut bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun sebaik sahaja selesai azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Dia berasa takjub apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh entah umurnya berapa tahun sedang sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Apa yang peliknya anak kecil ini tidak menangis yang boleh mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

        Sekali lagi cerita itu tak berakhir di situ malah ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat bermusafir semalamnya masih terasa lagi.Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"Anak-anak... hari ni ayah
nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...".di mana kesemua 8 orang anaknya termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.Subhanallah... Apabila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya lalu dia menjawab bahawa itu merupakan persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman...

        Cuba kita tanya diri kita sendiri... Berapa ramaikah keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat berjemaah dalam keluarga... Berapa ramaikah anak-anak Islam berumur 8 tahun yang memamahi dan pandai masalah solat masbuk... Berapa ramaikah anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka yang lain... Dan berapa ramaikah ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat dalam melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa... Subhanallah...Alhamdulillah... Semoga apa yangg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua yang rata-ratanya masih belum berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH

::::::::::

semoga impian menjadi kenyataan...:)


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 02-09-05 15:41


insyaallah... impian ana jugak... :) hope so i will get it one day! janji bukan suami or tak-husband orang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-09-05 16:43


Assalamualaikum..
Sepertinya juga harapan saya. Mudah-mudahan dikabulkan oleh Allah... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 12:27


keluarga idaman- keluarga yag dilimpahi nur sakinah warahmah dari ALLAH.
keluarga yang mengamalkan ajaran islam.
moga dikabulkan ALLAH.
[ Telah diedit oleh: houri pada 06-09-05 22:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 14:28


BISMILLAH WALHAMDULILLAH...

SEMUA ORANG NAKKAN yang TERBAIK..

KELUARGA IDAMAN ANA MACAM TU JUGA... DAN MESTILAH KELUARGA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECA SYUMUL...(DIREDHAI ALLAH)

BAITI JANNATI...

STRIVE 4 MARDHATILLAH...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 14:30


BISMILLAH WALHAMDULILLAH...

SEMUA ORANG NAKKAN yang TERBAIK..

KELUARGA IDAMAN ANA MACAM TU JUGA... DAN MESTILAH KELUARGA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECARA SYUMUL...(DIREDHAI ALLAH)

BAITI JANNATI...

STRIVE 4 MARDHATILLAH...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 14:58


Pada 06-09-05 14:28 , love_fillah posting:

!!! QUOTE !!!

BISMILLAH WALHAMDULILLAH...

SEMUA ORANG NAKKAN yang TERBAIK..

KELUARGA IDAMAN ANA MACAM TU JUGA... DAN MESTILAH KELUARGA YANG MENGAMALKAN ISLAM SECA SYUMUL...(DIREDHAI ALLAH)

BAITI JANNATI...

STRIVE 4 MARDHATILLAH...:)


ana pun impikan keluarga macam tu...
bukan ana saja...
semua orang pastinya berkehendakkan...
BAITI..JANNATI... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

siraj82
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19320
Posting: 8

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 20:41


dah baca dah cerita ini...

nak lahirkn keluarga gini...semua bermula dengan diri sendiri....ye tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For siraj82Profil   Hantar PM kepada siraj82   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 20:52


semua impikan keluarga idaman yang bahagia dan diredhai....



______________
praise to you
just for you....Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 20-10-05 00:10


TANDA DIDIKAN YANG SEMPURNA...
PEMIMPIN MASA DEPAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 20-10-05 00:44


itulah harapan saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093334 saat. Lajunya....