Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 15 jam, 24 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: peristiwa untuk merdeka di tereggganu


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» peristiwa untuk merdeka di tereggganu

Please Mendaftar To Post


Oleh peristiwa untuk merdeka di tereggganu

sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-08-05 13:27


Berikut adalah kronologi penting peristiwa ini.

23 Mac 2005 – Merobohkan 13 binaan rumah peserta RTB Belimbing Api, Jabi, Besut.

24 Mac 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Pentadbir Tanah Besut membantah tindakan tersebut.

18 Mei 2005 – Penyerahan memorandum kepada Pejabat Tanah Setiu membantah tindakan yang bakal diambil kepada Peserta RTB Pengkalan Merbau dan Padang Setar, Setiu.

19 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Pengkalan Merbau, Setiu di mana polis melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta RTB.

26 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Bujal (Gambar atas), Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir siap dibina. Satu memorandum bantahan telah dihantar pada jam 8.00 pagi kepada Pejabat Tanah Kemaman sebelum operasi tersebut dijalankan.

30 Mei 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Kemaman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan Pentadbir Tanah Kemaman.

19 Jun 2005 – Demontrasi dan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman.

7 Julai 2005 – Operasi membersihkan sisa runtuhan Masjid Bujal, Kemaman.



7 Julai 2005 – Ceramah anjuran PAS di Pasti Mak Chili diganggu pihak Polis dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. 20 orang ditahan dan beberapa orang cedera.

12 Julai 2005 – Penyerahan memorandum kepada SUHAKAM diketuai oleh Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS di pejabat SUHAKAM, Kuala Lumpur.

8 Ogos 2005 – Ceramah PAS di Pengkalan Atap yang diadakan di dalam Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit diserang oleh pihak Polis. 8 orang ditahan dan beberapa orang cedera. Salah seorang dari yang ditahan mengalami cederaan yang agak serius iaitu patah tulang betis kanan (right fibula) akibat dipukul dan dipijak oleh beberapa orang anggota FRU sebaik dia ditahan selepas ceramah.

26 Ogos 2005 – Ceramah PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.

Gangguan di dewan tertutup



Beberapa siri ceramah PAS sebelum itu turut diganggu oleh pihak Polis walaupun telah diadakan di dewan tertutup dan pembesar suara indoor digunakan.
Antaranya ialah :

12 Julai 2005 (kampung. Gong Manok, Kuala Besut) – menghalang ceramah daripada diteruskan walaupun telah ada perundingan sebelum itu.

6 Ogos 2005 (kampung. Gong Kiat, Kuala Terengganu) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

7 Ogos 2005 (Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu ) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

11 Ogos 2005 (Banggol Katong, Kuala Terengganu) – ceramah yang dibuat dalam rumah persendirian turut dihalang. Ceramah dipindah ke Surau Pengadang Baru turut diganggu dengan menyekat laluan utama ke surau berkenaan.

12 Ogos 2005 (Bukit Kubang Jambu dan Seberang Takir, Kuala Terengganu) – turut diganggu. Ceramah di Seberang Takir dihalang daripada menggunakan pembesar suara.
- AYU/zs

31 Ogos 2005- rakyat seluruh nagara termasuk rakyat terengganu sambut merdeka..tapi apa erti kemerdekaan bagi kami??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sastera_ikhtisasProfil   Hantar PM kepada sastera_ikhtisas   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 23:20


hari tu, dah elok PAS perintah terganu... ni, sapa yang dok gatai pergi pangkah UMNO pulak! Tak kan semua tempat ada pengundi hantu kut? mujurlah Rhu Rendang tu masih rendang lagi... kalau tak, habis Rhu tu kena alter dah tak 'Rendang' lagi!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 17:52


pas merintah
hapuskan tol,
mengurangkan kadar kemiskinan,
menaikkan gaji imam, menaikkan bantuan kebajikan,
mengurangkan beban pekerja dengan cuti 2 hari seminggu,
memberi cuti yang sepatutnya kepada wanita bersalin, dan bnyak lagi.

alangkah gelapnya hati melayu khususnya rakyat terengganu yang pilih UMNO kerana tak pandai bezakan antara kaca dengan permata.

apa pun kebenaran itu banya rintangannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 18:27


assalamualaikum wbt...

MENGURANGKAN BEBAN PEKERJA DENGAN CUTI 2 HARI SEMINGGU

saya bangkang yang ini...TIDAK PRODUKTIF! sedangkan ekonomi negara kita masih lembab! orang malas suka lah ni...

cuba lah contohi sikap rajin orang Jepun & Korea!...

p/s: hari sabtu pun kerja full-day
[ Telah diedit oleh: fairuzah pada 03-09-05 18:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 18:51


Assalamualaikum

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt...

MENGURANGKAN BEBAN PEKERJA DENGAN CUTI 2 HARI SEMINGGU

saya bangkang yang ini...TIDAK PRODUKTIF! sedangkan ekonomi negara kita masih lembab! orang malas suka lah ni...

cuba lah contohi sikap rajin orang Jepun & Korea!...

p/s: hari sabtu pun kerja full-day



Saya kurang setuju dengan pendapat ini.

Tidak dinafikan orang Jepun dan Korea adalah antara contoh yang baik, dari sudut kualiti kerja. Kalau di Eropah, orang German boleh dijadikan contoh. Kualiti kerja mereka setanding Jepun!

Saya sudah pernah kerja dengan orang Jepun, Korea dan juga American (lebih banyak dengan American), bagi saya, kualiti kerja mereka sebenarnya lebih kurang.

Tetapi, ada sesuatu di dalam cara kerja orang Amerika ini, yang lain dari orang Jepun: mereka akan kerja bermati2an ketika waktu kerja, dan tidak akan tolerate akan waktu mereka bersama famili. Jika contohnya mereka ada 'family night' (gathering family seminggu sekali), mereka tak akan tolerate, pasti mereka akan cuba balik awal.

Berbanding orang Jepun, yang pada saya bekerja seperti robot. Malahan ketika time rehat sekalipun, mereka tidak akan berbual. Ambil makanan, duduk, makan, then bangun, sambung kerja.

Saya boleh rasa perbezaan bekerja dengan orang Jepun dan Amerika. Orang Amerika, walaupun mereka relax ketika bekerja, boleh bergurau etc, mereka tidak mengabaikan kualiti kerja. Apa yang pasti, mereka kerja hanya 5 hari seminggu, namun masih mampu menjadi negara yang maju!

Bagi saya, apa yang penting bukanlah jumlah hari bekerja, yang penting sikap dan mentaliti pekerja itu sendiri. Maaf jika saya katakan sikap dan mentaliti pekerja di Malaysia tidak akan menghasilkan produktiviti yang baik. Bayangkan, kalau waktu kerja habis pukul 5, pukul 430 sudah kemas2, sembang2! Sedangkan orang Jepun, malahan orang Amerika sekalipun, mereka akan kerja betul2 ikut time (kalaupun tidak melebihi waktu kerja). Kalau pukul 4 balik, pukul 4 BARU START NAK KEMAS.

No wonder ada orang cakap, andai orang Jepun dan Amerika ini Islam, mereka dulu akan masuk syurga dari kita!

Terpulang pada kita untuk menilai...

Wallahu a'lam

Assalamualaikum


-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 20:22


Pada 03-09-05 18:27 , fairuzah posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt...

MENGURANGKAN BEBAN PEKERJA DENGAN CUTI 2 HARI SEMINGGU

saya bangkang yang ini...TIDAK PRODUKTIF! sedangkan ekonomi negara kita masih lembab! orang malas suka lah ni...

cuba lah contohi sikap rajin orang Jepun & Korea!...

p/s: hari sabtu pun kerja full-day


waalaikumussalam!!

tidak productive?? awak tak pernah cuba bezakan antara western civilization dengan hadarah islamiah yang telah lama mendahului ke? mungkin awak tak faham apa yang saya maksudkan ni.. tapi cubalah fikirkan perbezaan antara keduanya...
saya telah mengenali ramai japaness dan koreans.. awak tahukah apa matlamat hidup mereka? saya telah banyak pengalaman berkerja di UK.. awak tahukah apa matlamat hidup mereka? fikirkanlah... awak sedarkah apa yang berlaku disekeliling awak sekarang? fikirlah sebagai seorang muslim!!!
pernahkah awak fikir mengapa kerajaan mesia menjual minyak mesia yang berkualiti tinggi dengan harga murah kemudian membeli minyak dari luar dengar harga yang sangat mahal?
pernahkah awak fikir mengapa kerajaan mesia membuat contract menjual air kepada singapore dengan harga yang bagaikan tidak berharga selama 50 tahun dan belumpun habis contract 50 tahun ditambah lagi dengan 50 tahun yang lain dengan harga yang sama? tahukah awak berapa harga air berubah dalam masa 100 tahun? tahukan awak bahawa mesia sentiasa mengalami masalah bekalan air?
akhir kata.. fikirlah balik apa beza antara hadarah islamiah dan western civilization!!!
wassalam


-----------------
instruction to be translated into action + no pain no gain


Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 20:32


saya pun kerja 5 hari seminggu, cuti 2 hari... ok saja tak ada apa-apa masalah pun. tak pernah pula saya dengar orang kata tak produktif, kecuali yang baru saya baca tadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110984 saat. Lajunya....