Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45

  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kenapa Setengah Wanita Muslim Tak Suka Pakai Tudung

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kenapa Setengah Wanita Muslim Tak Suka Pakai Tudung

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Kenapa Setengah Wanita Muslim Tak Suka Pakai Tudung

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 16:02

Assalamualaikum.....

Kalau kita tengok masyarakat islam kita hari ini.. Negara malaysia tercinta....negara islam hadhari... Kenapa ye kebanyakan perempuan muslim tak suka pakai tudung, Kenapa????

Tepuk dada tanya iman....!!!

-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 25-08-05 16:06

sebab....mereka tak suka pakai tudung nak ikut fesyen zaman sekarang...

p/s: sakeenah tepuk dada..iman tak jawab pun..(gurau saja!)

Bookmark and Share

  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 16:11

ta sampai seru agaknya..
doakanla mereka dkurniakan hidayah oleh Allah..
amin..

ps: a'ahla..dah tepuk dada..ta bunyi pun... ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

cahaya82
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 25-08-05 16:14

erm....agaknya lah...mereka perasan rambut mereka lawa lain tak ada rambut....ahak...ahak....

*p/s:sama2 lah kita nasihat- menasihati sesama islam untuk memartabatkan nama islam..........

Bookmark and Share

  Member Information For cahaya82Profil   Hantar PM kepada cahaya82   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 16:16

assalamualaikum..
tak ada sebab apa pun...sajer2 dia orang tak hendak pakai tudung tu..nak berfesyen

Bookmark and Share

  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

Shahida09
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.06.2005
Ahli No: 16869
Posting: 343
Dari: Atas Bumi, Bawah Langit

Kedah  

posticon Posting pada: 25-08-05 16:27

entahlah kat mereka...
Nak tyg rambut

Bookmark and Share

  Member Information For Shahida09Profil   Hantar PM kepada Shahida09   Pergi ke Shahida09's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 16:28

Syukran sakeena,lubaina,cahaya82 dan muawwiz....info yang berguna untuk kita muhasabah diri....

Cuba kita renung tazkirah ni.....baca-bacalah.....sebagai panduan.

Assalamualaikum.......................................................................

""Di awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di
politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah
tetapi.......

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau
kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran
dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang- kadang
akai tudung pun tidak sempurna mengikut
syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak
sembahyang. Imej wanita bertudung telah
tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan
tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai
tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.
Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah
bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui
tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai,
sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya.
Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.
Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka
juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah dengan apakah mencapai
keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya
tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,
malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.
Dikala itu tudung bukan menjadi alat
menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi
mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam
suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.

Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu
mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.
Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan
hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang
ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata. "

Sesungguhnye menutup aurat itu lebih manis dan lebih mahal bila seseorang memandang.Renung-rewnungkanlah wahai kaum Hawa Sekalian.

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

afendi78
Warga Rasmi
Menyertai: 14.08.2005
Ahli No: 18116
Posting: 8
Dari: pahang

jordan   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 16:37

MEMANG PELIK KALAU KITA TENGOK pada ZAMAN SEKARANGNI...
MEREKA INGAT TAKAT TUDUNG KEPALA AJAKAN..TAPI HAKIKAT MENUTUP AURAT TU yang LEBIH PENTING...ADA yang MENGATAKAN" SAYA BERTUDUNG , TUTUP AURAT"...

TAPI SEDAR TAK SEDAR KAKI TERBUKA DAN TANGAN TERBUKA..
macam na NAK TEPUK DADA TANYA SELERA...

TAKAT MANKAH IMAN KITA SEMUA NAK MENEGAH NYA TERMASUK LAH ANA SAMA...
DOAKANLAH kepada MEREKA semoga DIKURNIAKAN HIDAYAH ...

TEPUK DADA TANYA IMAN...

Bookmark and Share

  Member Information For afendi78Profil   Hantar PM kepada afendi78   Pergi ke afendi78's Website   Quote dan BalasQuote

intan3103
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11388
Posting: 106
Dari: JoeHoe>>key ell>>S'gor

malaysia  

posticon Posting pada: 25-08-05 17:02

mmm..
tu lah.. saya ada seorang housemate, dia memang tak pakai tudung..
bila saya tanya dia knapa tak pakai tudung, dia jawab, "belum sampai seru lagi lah kak intan..."
pakai tudung pun nak kena seru panggil ke???

Bookmark and Share

  Member Information For intan3103Profil   Hantar PM kepada intan3103   Quote dan BalasQuote

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 17:03

semua ini kerana kurangnya didikan agama dan jahil yang mana halal dan yang mana halal, kerana inilah perlunya didikan agama sejak kecil lagi kedalam diri umat islam supaya tahu akan tuntutan agama,

kerana sabda nabi saw:

yang bermaksud "anak kamu d lahirkan seperti kain putih, dan kamulah yang mencorakkannya, sama ada yahudi, nasoro, majusi, jika kamu corak mgikut yahudi maka yahudilah dia dan bgtulah seterusnya.

pesanan:

firman allah taala: "jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka"

wassalam.

Bookmark and Share

  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  

posticon Posting pada: 25-08-05 17:46

Assalamualaikum wwt...

Alhamdulillah semua ahli keluarga saya bertudung.

kepada wanita yang tak pakai tudung tu..entahlah..may be KESEDARAN tu tak timbul agaknya :-? :-? :-?

Bookmark and Share

  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-08-05 18:24

Assalamualaikum,

Pada pandangan ana, mereka tahu kewjiban bertudung..cuma disini mungkin mereka teragak-agak untuk memakai tudung memandangkan mereka beralasan tidak didik dari kecil utuk pakai tudung.

selain tu, mereka segan nak pakai sb.. susah nak pakai berterusan ..nanti orang sekeliling dia kata dia dah buang tabiat...dll.

Satu perkara lagi bila mereka mula berjinak dengan tudung adalah suara sumbang mengejek mereka.

Dan Mungkin bagi mereka yang baru belajar pakai tudung ni bersifat cipsmore skejap pakai tudung skejap tak pakai tudung...keadaan mereka yag macam cipsmore ni... membuat orang sekeliling dia susah nak percaya atau tidak yang dia nak bertudung...ada juga dikalangan yang bertudng pulak yang pandang slack pada dia bukannya bagi dorongan untuk bertudung...

last sekali, faktor sekitar... sebanyaknya dan bukan sedikit yang memepengaruhi bagi insan pilihan Allah untuk bertudung ini adalah "geng". Misalnya sekiranya dia berkawan dengan geng tak bertudung...jadi susahlah dia nak didik dirinya bertudung...

So, sahabat pilihan Allah yang dihormati... try pakai tudung ..jadikan diri contoh dalam keluarga...Allah dah bagi hidayah pada kita untuk kita mulakan dalam keluarga...trylah duk dalam geng selesa anda bergaul yang menjaga syariat Allah...

Cuba try pepatah yang baik ni..pulaks kita selalu fikir apa yang orang kata, tapi tak pernah fikir apa yang kita rasa dan kata... sedangkan diakhirat kita akan dipersoalkan apa yang kita buat....

p : sesama perbaiki diri... maaf sekira terkasar bahasa...

Bookmark and Share

  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 25-08-05 18:59

sakeenah cuma nak bagi pandangan lagi sekali mengenai perempuan yang pakai tudung tetapi dedah bahagian lengan,tak tutup sampai bahagian dada dan seumpamanya.ada alumni kat sekolah sakeenah dia study kat UPM ,cakap yang sebenarnya bukan mereka taknak tutup lengan tapi memang mereka tak tahu yang bahagian itu adalah aurat..terkejut juga alumni sakeenah bila dapat tahu..so,kita xboleh salahkan mereka 100%..yelah,kadangkala mereka just sek.kebangsaan tak ada sek.agama jadi mungkin mereka tak tahu..

p/s:macam xpercaya ada lagi prpn yang tak tahu mana satu aurat di zaman ini..tapi itulah reliti sekarang...didikan ibu bapa dan peranan semua orang adalah penting..

Bookmark and Share

  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 25-08-05 19:03

terima kasih dakwah_illahi di atas tazkirah yang diberikan.moga2han lepas ini tak ada perempuan yang pakai purdah pula yang mengukir sejarah.....buat maksiat...na'uzubillah...jadi sesiapa muslimat yang pakai tudung jaga akhlak..jika seorang yang terjerumus ke arah maksiat semua muslimat yang pakai tudung kena tempiasnya..yang tak pakai tudung lagi...cuba2lah pakai tudung..

Bookmark and Share

  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  

posticon Posting pada: 26-08-05 10:34

selain alasan tak sampai seru @ hidayah tak datang lagi....rasanya ada sbb2 lain.

antaranya....tak takut akan dosa....hilang dan tak wujud langsung rasa gerun dan takut akan azab api neraka...

selain kurang ilmu agama...ada jugak yang memang tak berminat untuk belajar agama....bahkan benci untuk mendalami ilmu agama dan jugak benci orang-orang alim (no wonder hidayah dan seru tak sampai2)...yang mereka minat hanya hiburan...hiburan...hiburan.

ada jugak yang malas pakai tudung sebab takut jatuh standard....maklumlah pemikiran islam liberal sekarang ini....yang pakai tudung ini dianggap low class....thats why kebanyakkan artis2 and datin2 free hair ataupun tudung ala joo jambul.

ada jugak isteri2 yang tak bertudung sebab si suami sendiri yang sokong mereka bukak tudung....si suami rasa malu dengan kawan2 kalau mempunyai isteri yang pakai tudung...kebanyakkannya yang saya tengok kes2 yang melibatkan suami yang lulusan luar negara....tapi suami yang lulusan dalam negara pun tak kurang jahilnya.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-08-05 10:44 ]

Bookmark and Share

  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

izzati88
Warga Rasmi
Menyertai: 26.07.2005
Ahli No: 17594
Posting: 11
Dari: MaLaySia

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 11:11

mereka tak sedar agaknya dosa sehelai rambut...
kita berdoa moga mereka ini dikurniakan hidayat dari allah...

wasalam

Bookmark and Share

  Member Information For izzati88Profil   Hantar PM kepada izzati88   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 12:27

betol kata anda... kebanyakkan perempuan hari ini paham menutup aurat tu adalah hanya dengan memakai tudung.. tidak pada lengan atau kaki... malahan suara pun aurat...
tahap pemahaman yang perlu di tingkatkan...
tapi dari mana??
rumah? atau sekolah?

Bookmark and Share

  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

amanassiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12124
Posting: 89
Dari: al arddi kholifah

Pahang  

posticon Posting pada: 26-08-05 12:33

banyak faktornya..antaranya kerana tiada didikan agama..pas tu,ada pulak yang taknak mengamalkan ilmu yang dipelajari...ada juga yang terikut arus perubahan zaman...ada yang memang tak suka dengan ajaran islam...dan yang paling teruk sekali..dia katapakai tudung ni PANAS..ana harap sahabat-sahabiah dapat ambil pengajaran...

Bookmark and Share

  Member Information For amanassiqProfil   Hantar PM kepada amanassiq   Quote dan BalasQuote

aprill
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 13:15

alaa....skarang ini pun kepala bertutup,tapi...bahagian lain terdedah..sama saja hukumnye.nak kata tak sampai seru pun tak boleh jugak,sebab bagaimana nak dapat hidayah kalau kita tak cari dan mendalami ilmu agama tu sendirikan....apa yang penting,kita berusaha,betul tak?????

Bookmark and Share

  Member Information For aprillProfil   Hantar PM kepada aprill   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  

posticon Posting pada: 26-08-05 13:24

if ana, biar lah orang tak nak pakai tudung... buat apa kita nak paksa orang pakai tudung.... biar ikhlas dari hati nak pakai tudung pun... jaga lah tepi kain sendiri saja... buat susah-susah saja... Frust ke??? orang yang tak bertudung tu bekas GF... :) ( kasihan )....

Bookmark and Share

  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

sitishuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11861
Posting: 132
Dari: terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 13:43

tak suka pakai tudung?tak tutup aurat?tak ikut syariat Allah?

dah jangan duk kat bumi lagi..alam ni milik Allah SWT..kenalah ikut aturan yang allah tetapkan..kita sendiri Allah yang cipta..berani betul kita melanggar perintahNya..

semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat mereka yang belum menutup aurat

Bookmark and Share

  Member Information For sitishuhadaProfil   Hantar PM kepada sitishuhada   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  

posticon Posting pada: 26-08-05 14:47

Pada 26-08-05 13:15 , aprill posting:

!!! QUOTE !!!

alaa....skarang ini pun kepala bertutup,tapi...bahagian lain terdedah..sama saja hukumnye.nak kata tak sampai seru pun tak boleh jugak,sebab bagaimana nak dapat hidayah kalau kita tak cari dan mendalami ilmu agama tu sendirikan....apa yang penting,kita berusaha,betul tak?????

Assalamualaikum....
entah lah...
mungkin kita tak penting sangat benda macam tu agaknya...
bukan ada apa pun kalau tudung rambut...
itu lah pandangan kita sekarang ni...
tapi bukan pada kita yang ada kat ukhwah ni...
kalau ada yang pakai tudung pun...
tapi baju pula yang ketat...
dari depan nampak...
dari belakang pun nampak..
entah lah..
apa kata kalau kita tanya dia orang..
wassalam...

-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

afendi78
Warga Rasmi
Menyertai: 14.08.2005
Ahli No: 18116
Posting: 8
Dari: pahang

jordan   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 14:58

Naam , betul tu...macam na lah dia orgg ni nak melawan printah ALLAH tak takut ke...bukan ikut ikhlas niat dihati nak pakai tudung , tapi itu adalah perintah yang diwajibkan keatas wanita tak terkecuali juga lelaki...

belajar lah wahai wanita2 sekalian jangan kita jahil kerana alasan tak samapai seruuu...tu maksud nya orang yang tak nak menuntut ilmu ...

Contoh yang paling senang ..cuba kita memandu tak bawa lesen dan2 tu kena tahan polis terus kena saman kan...kalauu hukuman dunia kita takut tapi hukum allah boleh buat main2 saja...nauzubillah ...subhanaallah...

jaga lah aurat .....sesungguhnye ia dapat mengelakkan dari berlakunye kemungkaran ..terhadap diri atau orang sekeliling kan..

SEBAIK2 PERHIASAN DIDUNIA IALAH WANITA SOLEHAH....

Solehah yang macam mana tu...yang menyerikan diri mereka dengan perintah ALLAH dengan menutup aurat, taat perintah dan sebagainyer...

MAAF MUNGKIN ADA KESILAPAN ..HARAP DIBERBETULKAN>>>

Bookmark and Share

  Member Information For afendi78Profil   Hantar PM kepada afendi78   Pergi ke afendi78's Website   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 15:20

nauzubillah...

Bookmark and Share

  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  

posticon Posting pada: 26-08-05 15:41

"Cik, kereta yang cik pandu ini road tax dah tamat. Boleh saya tengok lesen memandu cik" kata seorang pegawai JPJ.

"Eerr, maafkan saya. Saya tak bawak lesen kereta lah encik hari ini." kata pemandu perempuan melayu itu.

"Ahh...apa dia??" terkejut pegawai JPJ itu.

"Tak sampai seru dan hidayah kepada saya untuk renew road tax dan bawak lesen tadi." sambung perempuan melayu itu lagi.

"Kalau macam itu, saya kena saman cik sebab cik buat lawak bodoh. Sila cik keluar daripada kereta cik" kata pegawai JPJ
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-08-05 15:42 ]

Bookmark and Share

  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 15:45

farhanah....if ana, biar lah orang tak nak pakai tudung... buat apa kita nak paksa orang pakai tudung.... biar ikhlas dari hati nak pakai tudung pun... jaga lah tepi kain sendiri saja... buat susah-susah saja... Frust ke??? orang yang tak bertudung tu bekas GF... ( kasihan )....

Wahai farhanah...kalau macam ni lah sifat kita sebagai individu muslim yang tak sensitif langsung dengan hukum islam.....malah membiarkan orang tak pakai tudung......dimanakah haq kita sesama iman dan islam...bukan kah nasihat tu sebhagian dari agama...bukan kita memaksa tapi memberitahu hukum islam yang sebenar...bukan kita nak jaga tepi kain orang tetapi kerana persaudaraan iman dan islam....kita nak diri kita yang terbaik tetapi pada masa yang sama sahbat kita serba kekurangan.....kan nabi bersabda yang bermaksud...sesiapa umatku yang tak mengambil thu hal saudaranya sesama islam .dia bukan dikalangan umat ku..."

Memang ikut hati..tetapi biar bertempat dan sesuai dengan keadaan...sebagai contoh....seorang perempuan memakai seluar pendek..so kena tegur...Kenapa pakai macam tu..jawab perempuan tu ikut hati.......fikir-fikirkanlah....ikhlas bukan ditunjuk sebab ikhlas hanya allah yang tahu

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  

posticon Posting pada: 26-08-05 16:05

Pada 26-08-05 15:45 , dakwah_ilahi posting:

Assalamualaikum...
kalau lah kita kenal dengan orang tu...
ada baiknyer kjita tegur dan bagi nasihat...
kalau dia taknak dengar juga...
biarkanlah...
mana boleh pkasa...
wassalam..

-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 16:31

ana ckap bukan paksa sobrie tetapi akan cuba memberitahu hukum yang sebenar....cuba kita fikir....sessuatu bala tak menimpa orng yang buek jahat saja tetapi juga orng alim..so kita kena cegah dan dakwah agr orng tak jahat....kerana mereka orng alim terkena sama....

cuba kita pergi kepada satu jurang...jurang tu ibarat hukum....kita dah thu jurang tu bahaya tetapi kita nak juga ke sana..apa jadi....tentu jatuh ...oleh sebab itu qiasannnya kita thu tu salah dan thu hukum....tak kan kita langgar dan pijak..tak begitu shahsobrie

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 26-08-05 19:14

sebab tak percaya wujudnya neraka. tu yang selamba saja tak pakai tudung.

ps: syurga nak percaya, neraka buat tak tahu saja. bodoh.

Bookmark and Share

  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  

posticon Posting pada: 27-08-05 13:18

tak tau lah apa nak jadi dengan wanita islam zaman sekarang ni. bukannya tak tau yang menutup aurat tu wajib, tapi masih nak dedahkan jugak...
ada jugak yang berpendapat belum terbuka hati nak pakai tudung...macam mana lah pulak jadi macam ni ye....

Bookmark and Share

  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 27-08-05 14:41

thnaks mukasyaf dan siti hamizah...memang tak dapat dinafikan setengah wanita muslim tak pakai tudung...bukan mereka tak thu hukum tetapi saja saja buek tak thu...ni yang payah sikit ni.....agaknya-agaknya tak perasaan....

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  

posticon Posting pada: 27-08-05 16:29

betul tu ramai wanita muslim sekarang ini yang tak nak pakai tudung,macam-macam alasan yang mereka buat contoh satu panas...tegur sikit dah melenting tak tentu pasal...huhu mana panas pakai tudung ke api neraka...

Bookmark and Share

  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 27-08-05 16:45

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah wanita yang tidak suka pakai tudung sebab mereka tidak dididik untuk suka pakai tudung. Didikan bermula dari rumah dan ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik dari peringkat awal lagi. Jadi bila dah besar panjang baru nak suruh pakai tudung apa lagi susahlah. Kalau nak lentur buluh biar dari rebung jangan dah jadi buluh alamat melantun dan patah.

Walau apapun cubalah sampaikan walau satu ayat kepada mereka yang tidak suka pakai tudung dengan mengatakan mereka lebih nampak ayu dan anggun bila bertudung. Keluarkan kata-kata yang positif dan juga usah terus beri hukum kerana mereka kekadang tau hukum tak bertudung cuma hati tu masih tebal dengan kehitaman dosa yang menutup dari untuk merasai nikmat menutup aurat tu. teruskan doa kepada mereka yang masih lalai dan semoga kita yang menutup aurat ini pula dipertingkatkan ke arah redha Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - pakai tudung menambah kesopanan seorang wanita. Hanya wanita yang beradab menjadi tarikan kepada lelaki untuk mendekatinya!

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

trigO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...

malaysia  

posticon Posting pada: 28-08-05 08:12

erm tak tahula macam mana nak britau mereka yang tak bertudung ni..kalau tegur nanti dijawab "kubur kita lain²".."tutup aurat pun tak semesti baik..benda lain boleh jaga.." :roll:

Bookmark and Share

  Member Information For trigOProfil   Hantar PM kepada trigO   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  

posticon Posting pada: 28-08-05 08:20

Pada 28-08-05 08:12 , trigO posting:

!!! QUOTE !!!

erm tak tahula macam mana nak britau mereka yang tak bertudung ni..kalau tegur nanti dijawab "kubur kita lain²".."tutup aurat pun tak semesti baik..benda lain boleh jaga.." :roll:

ada seorg ustaz berseloroh...."mmglah kubur lain2, tapi kalau hangpa kena azab, orang yang duduk kat kubur sebelah akan rasa tak selesa...asyik dengar jeritan2 dan teriakan hangpa saja" :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 09:56

Assalamualaikum...

Dengar sahaja isu ini, teringat ana pada satu soalan yang pernah sahabat ana (non-muslim) tanya: "Kenapa ada wanita muslim tak pakai tudung?", yang membuatkan ana serba salah nak jawab.

Yang tak bertudung satu, yang bertudung pun ada jugak yang tak jaga akhlak etc.

Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada semua Muslimah Malaysia untuk mengamalkan dan menuruti segala perintahNya.

Wallahu a'lam

Assalamualaikum

-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 12:05

ni yang berpendidikan agama pun tak pakai tudung lagi, apakehal.

Bookmark and Share

  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_ansorullah
Warga Rasmi
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8683
Posting: 10
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 28-08-05 12:28

Assalamualaikum w.b.t...

Kalau kita nak bercakap pasal bertudung dan tak bertudung ni memang banyak yang boleh dibincangkan.Bagi orang yang tak bertudung mereka akan jawab buat apa pakai tudung kalau hati tak ikhlas.Jawapan macam ni memang selalu kita dengar. Kalau kita nak buat suruhan Allah, pokoknya memang ikhlas tapi nak capai tahap ikhlas for the first time bukannya mudah,kita tak boleh datangkan keikhlasan sepenuh hati pada masa kita mula-mula buat ibadat tu, kita buat suruhan Allah dan upgradekan tahap ibadah tu sampai kita betul2 ikhlas dan akhirnya jadi muhsin, kita buat dengan sungguh-sungguh.Kena mujahadah sebab ia perlukan masa.

Alhamdulillah, ana rasa kat sini semua ada kesedaran untuk menutup aurat(bertudung).Bagi mereka yang tak bertudung, mungkin betul juga mereka tak dapat hidayah lagi atau mereka memang tak nak buka hati mereka untuk terima hidayah tu.kadang-kadang kalau kita tengok kasihan juga kat mereka.Ada sesetengah tu yang hatinya dah ditutup untuk menerima nasihat.Tu yang marah2, jaga tepi kain sendiri dan macam2 lagi.

So sebagai orang yang ada kesedaran, sama-samalah kita tegur mereka dengan hikmah.Hidayah tu memang milik Allah.Allah berhak beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Tapi kita boleh jadi penyebab kepada datangnya hidayah tu.So, para dah'ie sekalian, berusahalah.....

Selalu non-muslim akan tanya, Kenapa ada Muslim yang buat ni, Kenapa ada yang tak buat, soalan ni memang dah biasa.Kenapa mereka tanya macam ni, sebab mereka tak nampak keindahan Islam tu, kita kena tunjukkan pada mereka kesyumulan Islam tu pada agama Islam itu sendiri bukan pada orangnya.Tapi masalahnya, kat mana nak tengok agama Islam itu sendiri.

Semoga kita semua dapat islah diri masing2 dan menyeru yang lain kepada agama yang haq.Islah nafsik, ud'u ghairik.Semoga keindahan dan kesyumulan Islam itu tergambar pada masyarakat Islam, insya Allah...

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah_ansorullahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_ansorullah   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 15:04

Assalamualaikum,

Saya rasa dalam perbincangan ini kita mula2 kena pisahkan istilah tudung dan aurat. ok, faktor wanita2 ni tak pakai tudung mungkin banyak.

Terus terang saya katakan saya salah seorang yang lambat start pakai tudung atau lebih tepat tutup aurat. Alhamdulillah, walaupun saya masih belum pakai tudung labuh bulat seperti akak/adik2 kat sini, saya cuba melabuhkan tudung saya dan juga pakai tudung yang bukan jarang. Lengan dan kaki juga, saya tutup. Saya kagum dan syabas dengan kakak2/adik2 yang pakai tudung labuh (yang bulat) dengan baju kurung/jubah dan saya pun rasa masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Saya percaya ramai disini mempunyai background dari keluarga yang cukup pendidikan agama atau pernah menuntut ilmu agama kalau tak mesti kita tak nak menegakkan hukum Allah bukan? Jadi mungkin setengah saudara saudari tidak paham Kenapa kebanyakkan wanita tidak mahu memakai tudung walhal hukum Allah kita tak boleh pertikaikan dengan apa alasan sekali pun.

Mula2 sekali kita kena kenal orang-orang yang tak menutup aurat ini. orang-orang seperti ni kita tak boleh approach dengan kritikan tapi lebih kepada nasihat atau dengan memberi contoh sendiri. Kebanyakkan mereka disini hanya tahu menutup kepala itu wajib tapi xramai mereka yang tahu aurat itu seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Apatah lagi family mereka sendiri tak pernah ajar mereka. kalau setakat belajar kat sekolah tu, saya rasa tak ramai yang belajar sebab ingin tahu, tapi lebih kepada nak lepas exam.

Tambahan pula kawan2 sekeliling, tak pakai tudung, tiada pula orang yang ajar mereka. Ini terutama sekali kebanyakkannya di bandar2. Jadi bila masuk university baru lah mereka terdedah dengan orang2 yang pakai tudung (student dari sekolah agama/asrama/kampung). tapi memang agak susah nak approach orang2 macam ni sebab mereka pun semua sudah besar. Mereka tau kewajipan bertudung tapi cuma tau ia hukum.

ok, mari saya masuk bab bagaimana saya pakai tudung dan Kenapa saya pakai. Asal2 background family saya adalah sangat moden (duduk di bandar). Family saya memang kurang pengetahuan agama tapi yang peliknya adikberadik parents/nenek memang berpengetahuan agama. Ni sebab ayah dulu belajar di sekolah inggeris. Ayah tau kepentingan belajar agama sebab dia tak berpeluang jadi dia hantar kami awal2 lagi. Alhamdulillah kat sekolah rendah agama kami belajar pakai tudung etc. kat sini belajar tajwid/tauhid/feqh... segala jenis hukum hakam. tapi masa kecik2 tu memang tak ingat sangat. Pakai tudung pun tak tau sebab apa cuma tau wajib.

ok bila masuk sekolah menengah, memang saya tak pakai. Sebab kawan2 keliling pun, boleh dikatakan semua tak pakai. Yang pernah sekolah rendah agama sekali pun memang tak pakai.

Tapi makcik (kakak ayah) ni agak alim. Dia memang selalu risau pasal adik beradik kami jadi selalu datang rumah tgk2. kat rumah nanti dia selalu bercerita pasal kebesaran dan sifat2 Allah, neraka syurga, kisah nabi2, kejadian alam. Alhamdulillah, cerita2 makcik ni melekat dalam dada daripada hukum2 saya belajar kat sekolah. Daripada situ, kitorang belajar kita kena cintakan Allah sebab Allah dan buatkan macam2 untuk kita, jadi sebab tu kita kena lah ikut cakapNya.

tapi time itu, saya memang jahil pasal agama. Tahu setakat solat wajib 5 waktu, puasa. tapi tudung tak pakai lagi. Pernah kena kritik dengan budak laki sebab xpakai tudung, tapi tu tak membuatkan saya tertarik untuk pakai tudung kerana time itu saya rasa seperti dihina.

Saya cuma start tertarik apabila melihat seorang kawan yang akhlaknye sangat baik. Dia asal2 tidak memakai tudung, tapi alhamdulillah dekat2 SPM kakaknya mengajak dia memakai tudung. First time tengok dia pakai tudung kat sekolah saya berasa amat kagum. Dia pun mengajak saya memakai sekali dan berkata satu ayat yang tak pernah saya lupa sampai sekarang," kalau bukan sekarang, bila lagi nak mula?"

Awal2 pakai itu, memang lah banyak kekurangan. Lengan masih nampak, tak pakai stokin, tudung selimpang. kadang-kadang bukak tup. tapi bila dah masuk universiti, adalah beberapa kawan yang baik mengajar betul2 cara menutup aurat. Cara mereka approach simple saja. Mereka berkawan dengan saya, mereka berakhlak baik dan bukan cakap saya salah tapi berkata begini. "Tau tak tudung kena labuhkan. lengan tak boleh nampak?" seperti bagaimana kita nak bagitau cerita/fakta menarik kat orang. Dari situ start belajar menutup aurat dengan betul.

tapi yang betul-betul membuatkan saya ingin menutup aurat dengan sempurna ialah apabila saya start belajar semula tentang agama. belajar lebih mendalam Kenapa kita perlu menutup aurat. Apakah kesan kepada masyarakat etc. tapi yang paling berkesan ialah ajaran oleh makcik saya tentang Allah, dunia, akhirat dan juga akhlak.

bagi orang yang background agama yang baik tapi tidak mahu pakai tudung itu, wallahualam saya tidak tau Kenapa tapi mungkin ada banyak kaitan dengan iman didalam dada dan juga bila kita start buat banyak dosa, dan titik hitam penuh dihati, hati kita akan mati.

Jadi kesimpulan disini Kenapa ramai tak pakai tudung
1) Background family yang kurang agama
2) Pergaulan yang kurang baik (dengan kawan2 yang social/bf yang jahat)
3) banyak buat dosa (xkira dosa kecil atau dosa besar. xsemestinya dari perbuatan tapi juga dengan hati) - Asal2 kuat beramal tapi akhirnya kurang (jangan lupa ada juga yang jadi camnih)
4) Galakan atau paksaan dari keluarga / suami. Saya tau ada family yang marah kalau anak perempuannya pakai tudung. Saya amat marah ayah/suami dengan xbertanggungjawab ini. jangan terkejut memang ada kalau kenal kenalan seperti ini.

Bagaimana nak approach mereka (salah satu cara)
1) masa berdakwah belajar cara Rasulullah berdakwah. Masyarakat kita sekrang mungkin nampak seperti tau tentang islam, tapi hakikatnya ramai sekarang tidak tau. Cuba ambil approach iman dahulu. barulah amal. tapi nak kuatkan iman ni kena beramal. memang agak susah. tapi boleh buat.
2) memperluaskan ilmu pengetahuan agama islam. kita tak boleh menyuruh orang itu buat suatu yang dia tak tahu. contoh, budak kecil pun merajuk kalau mak dia tak kasi pegang soket elektrik. memang kalau kita larang dia takkan pegang tapi dalam hati dia still ada perasaan nak pegang lagi kan? tapi kalau ajar dia kalau pegang soket tu nanti mati/cedera ke, barulah dia paham Kenapa tak boleh pegang dan akhirnya tak pegang.

kat sini kita ceritakan tentang balasan di syurga lepas tu balasan di neraka. cerita betapa sedihnya nabi apabila melihat2 wanita2 diseksa di neraka. bagi cerita tu macam kisah dalam tv. jangan just cakap awak berdosa tak pakai tudung tau tak nanti kena bakar kat neraka. cerita secara keseluruhan, bukan focus kat dosa tak pakai tudung saja.

3) ajar anak2 dari kecil lagi supaya sayang kepada Allah dan nabi2. bukan setakat belajar al-quran tapi tak paham isi al-quran. belajar sembahayang tapi hati melayang.
4) ajar mereka melalui contoh dan akhlak yang baik. kalau kat sekolah dulu orang main sukan tak pakai tudung/baju labuh betul2. adik2 kat sini kenalah tunjukkan pakai tudung labuh/baju labuh tak menghindar kita daripada bersukan/berjaya dalam sukan/buat aktiviti harian.
5) elakkan kritikan atau rasa riak sebab kita buat lebih dari dia. lebihkan kepada sifat kasih sayang dan lemah lembut. sebab ada kes kawan di asrama orang yang jaga betul2 auratnya, pakai labuh dan sebagainya tapi satu sifat buruknya ialah suka sangat mengkritik orang yang kurang dari nya dan suka memaksa orang buat baik. tapi malangnya apabila dia keluar asrama tu, dia berubah menjadi kurang elok dan kawan2 dia yang lain berubah jadi baik. janganlah kita jadi seperti ini.
6) lelaki/bakal suami kena belajar lebih mengenai wanita. cara memujuk / mendidik isteri. ini memang wajib sebab lelaki adalah ketua keluarga. ketua bukan setakat menyuruh tapi kena explain, ada sifat kasih sayang etc. mana-mana ketua dalam bidang/persatuan/masyarakat pun begitu. belajar hukum feqh yang berkaitan dengan wanita. sejarah2 wanita solehah. supaya boleh diajarkan kepada isteri2/anak2. mudah melekat dalam hati mereka.

Hmmm, agak panjang saya tulis, tapi saya tak suka tulis benda2 yang mengarut. Saya harap sedikit sebanyak pendapat saya dapat menolong saudara saudari memahami hakikat Kenapa ramai tidak menutup aurat. Yang paling penting disini ialah kita kena bertindak, bukan setakat berbincang di sini sahaja.

Saya minta maaf jika ada tersilap dan salah sebab ini cuma pendapat saya sahaja.

Bookmark and Share

  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 28-08-05 15:15

Pada 28-08-05 15:04 , fatinah_huda posting

Jadi kesimpulan disini Kenapa ramai tak pakai tudung
1) Background family yang kurang agama
2) Pergaulan yang kurang baik (dengan kawan2 yang social/bf yang jahat)
3) banyak buat dosa (xkira dosa kecil atau dosa besar. xsemestinya dari perbuatan tapi juga dengan hati) - Asal2 kuat beramal tapi akhirnya kurang (jangan lupa ada juga yang jadi camnih)
4) Galakan atau paksaan dari keluarga / suami. Saya tau ada family yang marah kalau anak perempuannya pakai tudung. Saya amat marah ayah/suami dengan xbertanggungjawab ini. jangan terkejut memang ada kalau kenal kenalan seperti ini.

quote]

assalamualaikum....
topik ini mengingatkan saya pada suatu kisah semasa saya darjah 6(9 tahun lalu). Alhamdulillah...walaupun saya bersekolah di sekolah kebangsaan, namun ramai juga pelajar perempuan memakai tudung. Ini mungkin galakan dari ustaz/ah di sekolah itu.. Namun begitu, ada seorang rakan sekelas saya tidak bertudung. Dia pernah ditanya oleh ustazah di dalam kelas saya mengapa dia tidak memakai tudung, sedangkan ramai rakan sekelasnya berbuat demikian. dia memberi jawapan "Mak saya kata buat apa pakai tudung sedangkan saya tak solat". Bila saya ingat kembali kisah ini, betapa didikan di rumah banyak membentuk akhlak seseorang. bila difikirkan kembali, betapa pada usia yang muda (12 tahun) rakan saya ini sudah 'diset' pemikirannya mengenai tudung......

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

wanina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 15:38

Pada 25-08-05 16:28 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Syukran sakeena,lubaina,cahaya82 dan muawwiz....info yang berguna untuk kita muhasabah diri....

Cuba kita renung tazkirah ni.....baca-bacalah.....sebagai panduan.

Assalamualaikum.......................................................................

""Di awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di
politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah
tetapi.......

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau
kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran
dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang- kadang
akai tudung pun tidak sempurna mengikut
syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak
sembahyang. Imej wanita bertudung telah
tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan
tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai
tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.
Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah
bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui
tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai,
sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya.
Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.
Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka
juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah dengan apakah mencapai
keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya
tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,
malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.
Dikala itu tudung bukan menjadi alat
menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi
mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam
suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.

Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu
mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.
Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan
hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang
ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata. "

Sesungguhnye menutup aurat itu lebih manis dan lebih mahal bila seseorang memandang.Renung-rewnungkanlah wahai kaum Hawa Sekalian.

Bookmark and Share

  Member Information For waninaProfil   Hantar PM kepada wanina   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 17:29

walau apa pun keadaan.. cuba pula ye pakai tudung..sebab cantik ......malah dapat menjaga diri...

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 18:04

BISMILLAH WALHAMDULILLAH...

Bagi ana itu adalah hidayah Allah...dulu...ana jahil juga,tak pakai tudung.....tapi bila dah dapat hidayah dan atas dasar kefahaman yang Allah kurniakan...Alhamdulillah...sampai sekarang ana istiqomah bertudung...tapi ada juga wanita bila dah dapat... tak menghargainya pula...
sesungguhnya hidayah Allah itu sangat mahal...so, sama2lah kita menjaga dan menghargainya... serta memberi kefahaman kepada orang yang memerlukan...sebab ada juga yang bertudung...sekadar bertudung tapi tak tahu mengapa mereka bertudung... tak kira dari aspek lain pun macam tu juga...wallahua'lam...

Strive 4 mardhatillah...:)

Bookmark and Share

  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

ruhee
Warga Rasmi
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13202
Posting: 19
Dari: Kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 28-08-05 18:50

hm..... manis orang bertudung ni....

Bookmark and Share

  Member Information For ruheeProfil   Hantar PM kepada ruhee   Quote dan BalasQuote

ruhee
Warga Rasmi
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13202
Posting: 19
Dari: Kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 28-08-05 18:58

tapi camane ek dengan orang yang memilih kawan?
Sekarang ni, saya tengok banyak yang pakai tudung labuh kawan dengan geng tudung labuh saja.... kalau nampak orang yang pakai tudung 3 segi( tak bulat dan labuh), mereka panndang semacam saja. kenapa ek?

kat tempat saya belajar pun macam tu.

Sesetengah daripada kita ni terlampau ekstrim, tetapi tidak semua macam tu.
Saya harap sesiapa yang memakai tudung labuh tu, jangan lah 'taklid' sahaja, tetapi perlu tahu Kenapa nak pakai macam tu.
Yang penting niat kita nak pakai.
kalau sudah istiqomah, alhamdulillah

Bagi saya pakai tudung labuh ke atau biasa ke, janji tutup aurat dan tahu batasan dalam agama, itu sudah memadai.

Ini hanyalah pendapat saya yang dhaif sahaja.
Saya bukannlah orang yang arif dalam beragama

sekadar pandangan.

wallahua'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For ruheeProfil   Hantar PM kepada ruhee   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 19:08

thanks love_fillah dan ruhee....memang tak dapat dinafikan betapa manisnya dan comel orng perempuan bertudung malah yang penting kita kena jaga hukum allah..

Bayangkn keadaan di padang masyhar nanti betapa seksanya menunggu ketibaan hisab....sehari bersamaan 5000 ribu di dunia..tu belum lagi menerima amalan masing2....kalau kita lakukan apa yang allah suruh...maka secara tak langsung kita akan menrima perlindungan di arasy nanti...

cuba singkap sejarah balik.. bagaimana Rasulullah s.a.w di pertontonkan tentang perempuan tak jaga aurat dalam isra" dan mi"raj...betapa dashyat dan azab seksaaan tu....
[ Telah diedit oleh: dakwah_ilahi pada 29-08-05 15:59 ]

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar

posticon Posting pada: 28-08-05 19:10

pakai tudung bukan syarat menandakan wanita itu bagus....
ramai kes perempuan yang berpeleseran di tepi2 pantai buat maksiat...naik motor menonggeng macam monyet..bukankah semua situasi ini dilakukan oleh si pemakai tudung...tak semua tapi segelintir saja.so....bagi saya pakai tudung hanya prasyarat saja untuk menunjukkan yang dia tu islam... so...persoalan 'Kenapa' tidak harus ditanya....

sama lah juga seseorang itu menyeru supaya mendalami agama tapi dan walhal orang yang katu itu tidak berbuat demikian....jahil bukan....

dan satu ketika artis kita yang menyanyika lagu yang memuji Tuhan tapi para penarinya dikelilingi oleh penari wanita...memang jahil....

islam hadhari pun satu...negara islam pun satu...agenda orang berpolitik....kejahilan dah merata2....nak bentuk sebuah negara islam...tapi..
pemikiran menghala ke dunia barat,ilmu barat....hiburan barat.....barat...barat...dan barat.....

apa dah jadi....usah difikirkan soal pemakaian tudung..itu hak individu...semoga Allah bukakan pintu rahmat pada orang yang pakai tudung dan sebaliknya....hargailah "nilai' sehelai tudung....wassalam.

Bookmark and Share

  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 02:48

Pada 26-08-05 15:45 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

farhanah....if ana, biar lah orang tak nak pakai tudung... buat apa kita nak paksa orang pakai tudung.... biar ikhlas dari hati nak pakai tudung pun... jaga lah tepi kain sendiri saja... buat susah-susah saja... Frust ke??? orang yang tak bertudung tu bekas GF... ( kasihan )....

Wahai farhanah...kalau macam ni lah sifat kita sebagai individu muslim yang tak sensitif langsung dengan hukum islam.....malah membiarkan orang tak pakai tudung......dimanakah haq kita sesama iman dan islam...bukan kah nasihat tu sebhagian dari agama...bukan kita memaksa tapi memberitahu hukum islam yang sebenar...bukan kita nak jaga tepi kain orang tetapi kerana persaudaraan iman dan islam....kita nak diri kita yang terbaik tetapi pada masa yang sama sahbat kita serba kekurangan.....kan nabi bersabda yang bermaksud...sesiapa umatku yang tak mengambil thu hal saudaranya sesama islam .dia bukan dikalangan umat ku..."

Memang ikut hati..tetapi biar bertempat dan sesuai dengan keadaan...sebagai contoh....seorang perempuan memakai seluar pendek..so kena tegur...Kenapa pakai macam tu..jawab perempuan tu ikut hati.......fikir-fikirkanlah....ikhlas bukan ditunjuk sebab ikhlas hanya allah yang tahu

Bookmark and Share

  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 08:29

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 30 ada mengatakan bahawa manusia dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan bab aurat pula hendaklah menurut garisan yang telah Allah Firmankan dalam Surah An-Nuur ayat 31. Sesiapa yang rasa tertanya akan peranan dan matlamat hidup kita di dunia ini rujuklah kembali pada Al Quran dan Al Hadith. Ini memudahkan kita untuk memahami juga Kenapa ada yang bertudung labuh, bertudung bulat, bertudung tiga segi namun yang penting mereka tutup aurat dan faham Kenapa mereka menutup aurat mereka.

Kekadang ada yang pakai tudung labuh tetapi pakai baju kurung melayu; ada yang pakai tudung tiga segi labuh bila memakai jubah dan ada yang memakai tudung tiga segi singkat dan pakai pakaian ketat dan sebagainya. Kesemua itu ada menurut kadar keimanan dalam jiwa mereka sebenarnya. Sebab itu tepuklah dada dan tanya iman ya.

Wallahuta'ala a'alam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - tutup aurat biarlah bermula dari menutup hati dulu dari segala kemungkaran insyaAllah maka barulah lahir tutup aurat yang sebenar pada jasmani pula.

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  

posticon Posting pada: 29-08-05 09:01

thanks, atas teguran enti... tapi, anna emang macam tu, sekali tegur orang tak nak ikut... ana, dah maleh nak tegur...

Bookmark and Share

  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  

posticon Posting pada: 29-08-05 09:19

Tu lah namanya saja negara Islam, tapi msyarakat tak ikut pun apa yang Islam dah tetapkan...Terutama puak- puak yang berkarat biru ni....

Bookmark and Share

  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  

posticon Posting pada: 29-08-05 09:29

tak bertudung..

bilamana mereka rasa akan hidup selama-lamanya..
kalau tak pun, melawan kehendak rohaninya..
walaupun terasa hidup itu tak lama

Bookmark and Share

  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  

posticon Posting pada: 29-08-05 09:33

ingatlah kata-kata ustazah saya..

walau sehelai rambut yang ditayang-tayangkan
yang dibakar neraka ALLAH itu seluruh tubuhnya
bukan hanya sehelai rambutnya

yang tidak disengajakan
moga2 mendapat keampunan ALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 29-08-05 09:34

ehem

Bookmark and Share

  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 16:10

Terima kasih Ghufranallah,ummimq,farhanah,mizie,mslina dan tru_frnshp....atas pandangan masing-masing....

Dari dulu,kini dan selamanya tugas untuk menyeru kepada kebaikan mendapat tentangan dan halangan..memang tak dapat dinafikan ...tetapi sebagai seorang islam sepatutnya kita tak jemu dan bosan memberi nasihat kepada saudara seiman dan seislam.

Terpulang kepada seseorang individu nak ikut or tidak..tetapi tanggungjawab dan amanah yang allah letakkan kepada bahu-bahu kita....kita dah tunaikan...

Ada akal........fikir....
Ada ilmu........buek..

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 16:13

Pada 29-08-05 16:10 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Terima kasih Ghufranallah,ummimq,farhanah,mizie,mslina dan tru_frnshp....atas pandangan masing-masing....

Dari dulu,kini dan selamanya tugas untuk menyeru kepada kebaikan mendapat tentangan dan halangan..memang tak dapat dinafikan ...tetapi sebagai seorang islam sepatutnya kita tak jemu dan bosan memberi nasihat kepada saudara seiman dan seislam.

Terpulang kepada seseorang individu nak ikut or tidak..tetapi tanggungjawab dan amanah yang allah letakkan kepada bahu-bahu kita....kita dah tunaikan...

Ada akal........fikir....
Ada ilmu........buek..

ingatlah kata-kata ustazah saya..

walau sehelai rambut yang ditayang-tayangkan
yang dibakar neraka ALLAH itu seluruh tubuhnya
bukan hanya sehelai rambutnya

nak kita diseksa macam ni......thnask maslina

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 16:21

assalamualaikum...
saya pun tak tau knpe sesetangah wanita muslim tak suka pakai tudung..
mungkin mereka tak dapat hidayah lagi agaknya...
sesetangah berpendpt pakai tudung ni membebankan..panas...susah dan sewaktu dgnnye...
tapi...tanpe mereke ketahui...tudg inilah yang dapat menolong mrke membebaskan diri daripada azab api nerake...

so..same2lah kita berdoa agar golongan2 ini mendapat petunjuk untuk berubah...
wasalam...

Bookmark and Share

  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

ema84_jb
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2005
Ahli No: 18410
Posting: 6
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 29-08-05 16:23

assalamualaikom....

perempuan memang cantik bila pakai tudung..tapi ada yang tak tau dan memang tak nak tahu hukum pakai tudung...islam atas nama...tapi tak di praktikkan...macam mana perasaan mereka yang tak pakai tudung...tak kan tak terlintas dekat hati sikit pun...

Bookmark and Share

  Member Information For ema84_jbProfil   Hantar PM kepada ema84_jb   Quote dan BalasQuote

kama_klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2005
Ahli No: 18331
Posting: 181
Dari: kelantan

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 29-08-05 16:23

ASslamualaikum, saya SENDIRI PUN tak TAU Kenapa WANITA MUSLIM sekarang tak hendak PAKAI TUDUNG SEDANGKN PAKAI TUDUNG TU WAJIB KE ATAS SETIAP WANITA MUSLIM.ADA JUGA YANG KEJAP PAKAI DAN KEJAP BUKA,NMPAK MACAM MMPERMAINKAN ISLAM pula,saya rasa MUNGKIN AJARAN daripada RUMAH IAITU daripada IBU BAPA MEREKA yang tak PERNAH nak MARAH JIKA MEREKA tak PAKAI TUDUNG.DAN saya rasa JUGA daripada PERSEKITARAN MASYARAKAT yang boleh DIKATAKAN RAMAI yang tak PAKAI TUDUNG KALAU PAKAI PUN JIKA ADA KEMATIAN,TU PUN NMPK ADA JAMBUL kat DEPAN.saya harap SIAPA yang ADA KNL WANITA yang tak hendak PAKAI TUDUNG NI BAGITAU lah mereka.mereka nak IKUT KE tak ITU tak apa sebab HIDAYAH TU ALLAH AKAN bagi.KITA sebagai KHALIFAH ALLAH KITA SAMPAIKAN saja.

pesanan:

firman allah taala: "jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka"

wassalam.

Bookmark and Share

  Member Information For kama_klateProfil   Hantar PM kepada kama_klate   Pergi ke kama_klate's Website   Quote dan BalasQuote

Sweetie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14340
Posting: 121
Dari: Galaksi Bima Sakti

Perak  

posticon Posting pada: 29-08-05 16:33

Pada 29-08-05 08:29 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

ps - tutup aurat biarlah bermula dari menutup hati dulu dari segala kemungkaran insyaAllah maka barulah lahir tutup aurat yang sebenar pada jasmani pula.

saya setuju dengan kata² ummi..

Bookmark and Share

  Member Information For SweetieProfil   Hantar PM kepada Sweetie   Pergi ke Sweetie's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 30-08-05 17:16

syukran nadiasolehah,ema84,kama klate dan swettie...kita sebagai manusia ni boleh dikatakan serba kekurangan dan kelemhaan...tetapi Allah muliakn dan dan naikkn taraf kita dengan pemberian nikmat akal untuk memikir dan menimbang yang mana salah atau baik dan yang mna buruk or jahat...Oleh itu gunakan sebaik-baik permberian tu agar kita sentiasa dalam pemeliharaan allah..tak begitu

Cuba tanya dalam diri sendiri ??/bertudung tu bagus tak untuk wanita???

kedua.....Kenapa allah mewajibkan memakai tudung keatas kaum perempuan???

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 05:48

cuba fikir.....Mengenai wanita yang segan mengenakan tudung tetapi mempunyai akhlak yang terpuji, mka ini tetap tercela kerna meninggalkan yang asas, umpama seseorang yang baik, dermawan, suka bersedakah, suka buat baik, akhlak mulia, tetapi tidak solat..? sudah tentu segala amalan akan ditolak kerna perkara pertama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak ialah mengenai solat yang merupakan tiang utama. Tanpa solat, amalan lain akan ditolak.

Tidak timbul soal Allah hanya menilai hati seseorang, zahirnya biar sahaja. So, kalau sesorang itu berjalan ke kota dengan hanya memakai mini skirt dan seksi gila tapi hatinya baik, adakah boleh diterima? Seseorang yang menipu, adakah kita boleh kata hatinya baik? seorang pencuri yang merompak harta orang kaya kemudiannya dibahagi bahagikan kepada orang fakir, adakah ianya boleh dianggap baik?

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Minah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.08.2005
Ahli No: 18591
Posting: 7

blank   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 17:00

Lelaki menyuruh wanita bertudung kerana mereka takut mendapat dosa pandangan disebabkan wanita itu. Tetapi adakah lelaki berbuat baik pada wanita? Jawapannya tiada sama sekali jika perempuan itu hodoh seperti saya. Kaum lelaki tidak pernah berbuat baik dengan saya dibandingkan dengan perempuan yang elok paras rupanya. Kaum lelaki nak buat baik pun memilih, kalau cantik tu baiklah mereka walaupun kualiti baiknya mungkin tidak banyak. Tetapi kalau hodoh seperti saya jangan haraplah mereka nak berbuat baik sedikit pun. Agaknya membuang masa mereka.

Kadangkala saya rasakan ingin membuka sahaja tudung yang saya kenakan ini supaya semua lelaki yang memandang mendapat dosa kerana saya!

Bookmark and Share

  Member Information For MinahProfil   Hantar PM kepada Minah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 17:47

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Astaghfirullahal Azeem! Semoga anakanda minah bersabar ya ... Anakanda rasa anakanda tidak cantik ke? Alahai .... janganlah begitu anakanda. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah beri pada anakanda iaitu mempu melihat, mendengar dan juga berjalan. Ada tangan juga untuk menaip di sini. Bersyukurlah ya. Dan bila terasa diri dipinggir dengan sebab rupa maka beristighfarlah serta ingat akan matlamat hidup kita iaitu MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT. Jadi bila kita jelas matlamat maka jalan hidup kita juga akan jelas di mana kita akan buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.

Anakanda minah lihat sekeliling ramai juga yang cantik moleh tak juga kawin. kan kan kan? Lagipun kita kan orang Islam dan yakin dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Dalam Rukun Iman dah sebut tentang qadha dan qadar Allah di mana jodoh itu adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Anakanda minah usah gusar ya dan banyaklah beristighfar serta pandanglah dunia dengan hati yang cantik. Sesungguhnya 'beauty lies in the eyes of the beholder.'

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - jauhari juga yang mengenal manikam

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 17:59

syukran ummimq.....ats nasihat tu...terima lah minah hati dengan terbuka.....setiap allah jadikn ada hikmahnya

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 18:46

Assalamualaikum..

ummu pun kadang-kadang rasa sedih dengan keadaan kat di akhir zaman ini.. macam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku.. berulang semula.. antaranya termasuklah "Kenapa Setengah Wanita Muslim Tak Suka Pakai Tudung"...
bagi ummu.. tak perlu alasan belum sampai seru, tak trendy.. etc..
sedangkan bertudung sebenarnya membolehkan kat melangkah dengan satu peribadi yang lebih mulia.. lebih selesa.. lebih tenang dengan 'peliharaan NYA'...

buat minah.. ummu rasa, ada perkara yang mungkin menyinggung perasaan minah.. bykkan beristighfar dan ingat kembali ye.. menutup aurat adalah perintah dari NYA.. moga dengan cara itu.. minah akan kembali tenang..

wallahu'alam bissawab..

Bookmark and Share

  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 20:32

assalamualaikum..
...tidak memakai tudung..memandang hina orang yang memakai tudung..melanggar syariat islam..mencabar hukum ALLAH...

adakah keempat2nya dikira satu dosa...?

iman bermula dengan rasa percaya dan disusuli pula dengan taqwa.di mana iman dan taqwa golongan free hair?sedang kanak2 seusia 5tahun sudah dapat membayangkan betapa gerunnya neraka ALLAH.!

muhasabahlah...

wallahua'lam
wassalam

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar

posticon Posting pada: 31-08-05 20:37

Persoalannya:
1) Bolehkah sisuami memberi peluang (tidak memaksa) dan menunggu sehingga isterinya betul-betul ikhlas (maksudnya tidak perlu disuruh dia sendiri buat) untuk menutup aurat. Di samping itu, dari semasa ke semasa sisuami cuba menasihat/memujuk siisteri secara baik dan berdoa kepada Allah.
2) Adakah dalam proses 'menunggu' isterinya ikhlas untuk menutup aurat, sisuami dianggap 'dayus'.
3) Berapa lamakah sisuami harus 'bersabar menunggu' dan akhirnya perlu memberikan kata dua kepada siisteri, samaada 'tutup aurat' atau 'diceraikan'.
................................................................................................

Kita anggap (assume) bahawa pasangan ini berkahwin dulu dalam keadaan sama-sama jahil dan selepas itu barulah kesedaran Islam datang kepada suami, sedangkan isteri masih ranggi dan ingin berfesyen. Kita tidak ketemu hukumnya secara direct dalam kitab2 fiqih tapi akan menemuinya dalam Bab Talaq.
Bila ulamak2 Fiqih berbahas mengenai hukum Talaq, maka mereka merincikan Hukum Talaq kepada lima: salah satunya ialah SUNAT bercerai. Hukum sunat bercerai ialah bila isteri mengabaikan syari'at seperti enggan solat, enggan menutup aurat, enggan mematuhi suami tanpa sebarang keuzuran dan suaminya tidak mampu memaksanya lagi. (Abd Rahman alJazeery, Fiqh ala Madzhahiib arba'ah Jld 4/255. Termasuk juga sunat bercerai ialah isteri yang curang, nusyuz dan sering menyusahkan suaminya.

Menjawab soalan anda:

1. Suami boleh dan hendaklah memberi peluang kepada isterinya jika mereka asanya dahulu sama-sama jahil. Suami hendaklah sering membawa isterinya ke kuliah2 agama, mempertemukan isterinya dengan rakan2 yang isterinya adalah wanita2 yang baik dan solehah dan menutup aurat. Dalilnya:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak2 perempuan kamu dan isteri2 orang2 mukmin," hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya"

AQ 33:59

Kalau kita lihat mesej dalam ayat itu ada rahmat, ada dakwah dan ada unsur kelembutan kepada kaum Hawa. Ini sesuai dengan fitrah wanita dan mereka memerlukan kasihsayang dan kelembutan dalam pelaksanaan syari'at.

2. Proses menunggu itu tidak dianggap dayus kerana definasi dayus ialah bila suami langsung tidak boleh mengawal isterinya dan tunduk kepada kemahuannya. Menunggu itu adalah suatu prinsip dakwah, " Masa adalah sebahagian dari rawatan" (syaikh Mustafa Masyhur, Tariq adDawah)

3. Tidak ada ketetapan kerana Nabi Nuh bersabar hingga datang banjir yang besar, Lut bersabar hingga datangnya Malaikat untuk membinasakan Soddom. Ini kerana talaq adalah suatu yang amat dibenci oleh syara' memandangkan ia melibatkan suatu binaan yang besar dan tidak semudah itu syara' mahu ia diruntuhkan. Ini diserahkan kepada budibicara dan pertimbangan individu. Jika ditetapkan jangkawaktu sudah tentu akan mendatangkan kesulitan kepada umat.

wallahu'alam
wassalam

petikan dari al-ahkam

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

missy_jannah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11510
Posting: 40
Dari: Perut ibu~

singapore  

posticon Posting pada: 31-08-05 22:26

hmm..tapi ada jugak yang saya ketemui,
orang TAK pakai tudung lagi baik dari orang PAKAI tudung..
Dan sebaliknya..

Jadi, macam mana eh?

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For missy_jannahProfil   Hantar PM kepada missy_jannah   Pergi ke missy_jannah's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 06:54

Pada 31-08-05 22:26 , missy_jannah posting:

!!! QUOTE !!!

hmm..tapi ada jugak yang saya ketemui,
orang TAK pakai tudung lagi baik dari orang PAKAI tudung..
Dan sebaliknya..

Jadi, macam mana eh?

Wallahu'alam...
kay cuba missy jannah renung kata-kata ini..dan fikir
Tidak timbul soal Allah hanya menilai hati seseorang, zahirnya biar sahaja. So, kalau sesorang itu berjalan ke kota dengan hanya memakai mini skirt dan seksi gila tapi hatinya baik, adakah boleh diterima? Seseorang yang menipu, adakah kita boleh kata hatinya baik? seorang pencuri yang merompak harta orang kaya kemudiannya dibahagi bahagikan kepada orang fakir, adakah ianya boleh dianggap baik?

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  

posticon Posting pada: 01-09-05 07:26

!!! QUOTE !!!

Lelaki menyuruh wanita bertudung kerana mereka takut mendapat dosa pandangan disebabkan wanita itu. Tetapi adakah lelaki berbuat baik pada wanita? Jawapannya tiada sama sekali jika perempuan itu hodoh seperti saya. Kaum lelaki tidak pernah berbuat baik dengan saya dibandingkan dengan perempuan yang elok paras rupanya. Kaum lelaki nak buat baik pun memilih, kalau cantik tu baiklah mereka walaupun kualiti baiknya mungkin tidak banyak. Tetapi kalau hodoh seperti saya jangan haraplah mereka nak berbuat baik sedikit pun. Agaknya membuang masa mereka.

Kadangkala saya rasakan ingin membuka sahaja tudung yang saya kenakan ini supaya semua lelaki yang memandang mendapat dosa kerana saya!

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa': 35)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhlukmakhlukNya). (Al-Furqaan: 20)

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid:20)

-----------------
..::: Kehidupan berasaskan Al-Quran dan Hadis menjamin kebahagiaan didunia dan diakhirat :::..

Bookmark and Share

  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 07:48

Assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

hmm..tapi ada jugak yang saya ketemui,
orang TAK pakai tudung lagi baik dari orang PAKAI tudung..
Dan sebaliknya..

Jadi, macam mana eh?

Adik perlu tahu, tertegaknya Islam dengan 2 perkara: Syiar (petanda / petunjuk) dan juga syariat (undang2 / pembimbing).

Contoh yang selalu saya bagi adalah membina masjid. Jika sekadar membina masjid yang sangat indah, lengkap dengan teknologi terkini, Al Quran di setiap sudut, itu adalah syiar, penanda adanya orang Islam di kawasan itu. Tetapi solat di dalam masjid, mengimarahkannya, ikut segala undang2 yang Al Quran dan Hadith gariskan, itu adalah syariat.

Kedua2nya adalah penting dalam menegakkan Islam. Tetapi di antara dua, syariat harus diutamakan. Sebagai contoh, penduduk Islam di kawasan yang tidak ramai orang Islam, membina masjid mungkin mustahil tetapi itu tidak boleh dijadikan sandaran untuk meninggalkan syariat...

Di dalam kes memakai tudung, jika adik2 memakainya hanya menjadi syiar, petanda bahawa adik2 adalah Islam, tetapi hakikatnya syariat bertudung itu sendiri adik tidak ikuti, sudah pasti tidak bermakna.

Namun begitu, tidak boleh kita tinggalkan tudung hanya kerana menganggap ia sekadar syiar, kerana ia sebenarnya terkandung dalam syariat kehidupan kita (menutup aurat)! Harap adik faham.

Adik mungkin patut luangkan masa melawat negara Britain. Walaupun masyarakat di sana bukan Islam, tapi, maafkan saya, saya rasa akhlak dan adab mereka lebih baik daripada masyarakat malaysia yang mengaku beragama Islam! Mereka sangat menghormati orang lain, sangat tekun bekerja (tak curi tulang), sangat patuh pada undang2.

Namun, bagi saya, sehebat manapun mereka, ia semua tidak bermakna sekiranya mereka tidak mengikut Islam. Kerana Islam adalah satu2nya jalan penyelamat mereka dunia dan akhirat.

Teringat saya pada kata-kata ustaz masa saya darjah 5: sembahyang (dalam kes ini mungkin kita boleh gunakan masuk Islam) ini umpama membuka akaun. Sebanyak manapun duit yang kita kumpul, jika tak buka akaun, pasti tak boleh 'ambil semula' duit tersebut. Sama juga dengan masuk Islam, kalau tak masuk Islam, sebanyak manapun kebaikan kita buat, pasti tak boleh 'ambil semula' kebaikan tersebut di akhirat.

Walaupun kita melihat ada mereka yang tak pakai tudung bersifat dan berakhlak lebih baik, kita tidak boleh menjadikan diri mereka model sebab mereka sudah tinggalkan antara syariat terpenting yang Allah wajibkan: menutup aurat....

Hope this answers

ISLAM HANYA SATU DAN AKAN TETAP SATU

Wallahu a'lam

Ila Mardhatillah

Assalamualaikum

-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 09:32

Pada 31-08-05 17:47 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Astaghfirullahal Azeem! Semoga anakanda minah bersabar ya ... Anakanda rasa anakanda tidak cantik ke? Alahai .... janganlah begitu anakanda. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah beri pada anakanda iaitu mempu melihat, mendengar dan juga berjalan. Ada tangan juga untuk menaip di sini. Bersyukurlah ya. Dan bila terasa diri dipinggir dengan sebab rupa maka beristighfarlah serta ingat akan matlamat hidup kita iaitu MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT. Jadi bila kita jelas matlamat maka jalan hidup kita juga akan jelas di mana kita akan buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang.

Anakanda minah lihat sekeliling ramai juga yang cantik moleh tak juga kawin. kan kan kan? Lagipun kita kan orang Islam dan yakin dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Dalam Rukun Iman dah sebut tentang qadha dan qadar Allah di mana jodoh itu adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Anakanda minah usah gusar ya dan banyaklah beristighfar serta pandanglah dunia dengan hati yang cantik. Sesungguhnya 'beauty lies in the eyes of the beholder.'

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - jauhari juga yang mengenal manikam

betul tu...jauhari juga mengenal manikam..
tutupla aurat kita untuk tatapan yang sepatutnya sahaja...
jagalah hak bakal suami kita..
insyaAllah kita akan memiliki suami yang menjaga hak kita pada dirinya..
insya Allah...amin... ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 10:07

sebab tak perasaan takut pada Allah..
dan tak ada perasaan beriman dengan hari qiamat...
masyaAllah...

Bookmark and Share

  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

eriza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13069
Posting: 80
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 10:24

lain orang lain pandangannya.....
bagi saya kalau pakai tudung nampak lebih cantik...
tepuk dada tanya iman....

Bookmark and Share

  Member Information For erizaProfil   Hantar PM kepada eriza   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 22:11

terima kasih al-khair,jundullah,lubaina dan sweet_serikandii.......apa jua yang kita lakukan didunia ini mestilah bertetapan dengan syarak,sebagai contoh seorang muslimah yang baik tetapi tak memakai tudung.,,,,,,boleh tak kita katakan baik sedangkn ianya menyalahi syariat malah mengabaikan hukum........tepuk dada tanya diri masing-masing

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 22:14

Firman Allah dalam surah An Nur Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (QS. 24:31)

Jelas Allah memerintahkan muslimah agar memelihara aurat mereka dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada. Tak boleh kita persoalkan lagi tentang hukum memakai tudng. CUMA, jika dinilai zohirnya, maka baiklah si pemakai tudung dan tercelalah yang enggan memakai tudung. Masalah akhlak si pemakai tudung lebih tercela dari yang tidak memakai tudung, itu adalah masalah lain.

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 23:37

Pakailah tudung, hijab, jilbab, etc. jangan malu, jangan segan, jangan tunggu2 lagi...

Bookmark and Share

  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar

posticon Posting pada: 01-09-05 23:48

Pada 25-08-05 16:02 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.....

Kalau kita tengok masyarakat islam kita hari ini.. Negara malaysia tercinta....negara islam hadhari... Kenapa ye kebanyakan perempuan muslim tak suka pakai tudung, Kenapa????

Tepuk dada tanya iman....!!!

assalamualaikum wbt....

hentikan mentaliti yang terlalu judgemental....kalau menggunakan 'kebencian' maka mesej tu takkan diterima oleh orang yang hendak dinasihat....nak berdakwah kena ada caranya..guna kaedah psikologi...kena pandai handle...kalau guna cara 'memandang jijik' & memulaukan memang sampai bila2 lah mereka takkan terima nasihat...saya pasti kalau kena caranya sudah tentu mereka akan terima...manusia ni fitrahnya cenderung pada kebaikan..........jangan anggap golongan macam ini lebih 'rendah' daripada kita...

cuba tengok macam mana orang kristian 'pikat' orang? ada dia nak sindir2 orang? muka manis saja cakap elok2 saja...

jangan kita ingat ni beriman padahal kita belum diuji lagi....

Bookmark and Share

  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 02-09-05 12:43

Pada 01-09-05 23:48 , fairuzah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-08-05 16:02 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.....

assalamualaikum wbt....

hentikan mentaliti yang terlalu judgemental....kalau menggunakan 'kebencian' maka mesej tu takkan diterima oleh orang yang hendak dinasihat....nak berdakwah kena ada caranya..guna kaedah psikologi...kena pandai handle...kalau guna cara 'memandang jijik' & memulaukan memang sampai bila2 lah mereka takkan terima nasihat...saya pasti kalau kena caranya sudah tentu mereka akan terima...manusia ni fitrahnya cenderung pada kebaikan..........jangan anggap golongan macam ini lebih 'rendah' daripada kita...

cuba tengok macam mana orang kristian 'pikat' orang? ada dia nak sindir2 orang? muka manis saja cakap elok2 saja...

jangan kita ingat ni beriman padahal kita belum diuji lagi....

fairuzah......kita bukan nak guna cara kebencian,pandang jijik dan pulau terhadap golongan tak pakai tudung,tetapi kita nak bagi penjelasan dan teguran tentang hukum.Biarlah jelas dan terang yakni qathie hukum dari allah.Kalau kita diam,sampai bila kita lihat perintah allah diabaikan.

Setiap manusia yang dah menganut islam dan mengucap kalimah syahadah,maka terpikul satu taklifan amanah yang amat besar.tak lain tak bukan fairuzah ialah menyeru kepada islam or dakwah.ana setuju dengan cara pendekatan dakwah fairuzah.memang tak dapat dinafikn tu adalah cara uslub fiqh dakwah tetapi kalau masalah hukum kita kena beri penjelasan dan guna cara seperti forum ni.kalau berdepan pula dengan perempuan macam tu kena sesuai dengan keadaan.bukan main belasah saja.

ana nak tanya fairuzah....apa kah fairuzah dah menjalankn tanggungjawab dan amanah memperbetulkan kawan-kawan fairuzah yang tak pakai tudung.????

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 05-09-05 20:46

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  

posticon Posting pada: 07-09-05 09:32

banyak alasan yang diberikan...termasuklah..tak semestinya orang yang tidak bertudung jahat dan orang orang yang bertudung itu baik..tapi tanpa mereka sedar sebanarnya walaupun jahat mereka masih menutup aurat...lainlah kalau yang memakai tudung semata-mata nak menutup kejahatan mereka..

Bookmark and Share

  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

aduka_irwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??

mozambique  

posticon Posting pada: 07-09-05 10:19

mereka igt rambut mereka tu lawa sangat lah konon...

Bookmark and Share

  Member Information For aduka_irwanaProfil   Hantar PM kepada aduka_irwana   Pergi ke aduka_irwana's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 07-09-05 10:19

Allah SWT menurunkan perintahNya supaya wanita menutup kain kerudung ke dada dengan cara yang berhikmah, iaitu Allah terlebih dahulu memerintahkan Nabi SAW menyampaikan kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan baginda. kemudian barulah wanita-wanita yang beriman. salah satu sebabnya kerana perintah ni bukan mudah hendak dilaksanakan. mesti ada contoh dan ikutan untuk dijadikan sebagai pendorong atau penggalak. lalu pendorongnya ialah para Ummul Mukminin dan ahli keluarga nabi itu sendiri.
jadi kita boleh fikir dan ambil ikhtibar daripada perkara ini. bukan kita sebagai ummat Nabi Muhammad sahaja yang wajib bertudung, malah isteri-isteri baginda turut menerima kewajipan ini.
apabila bertudung kerana mengikuti perintah Allah, kita akan beroleh pahala dan rahmatNya. sudah termaktub dengan jelas bahawa bertudung sehingga menutup dada adalah wajib dilaksanakan oleh setiap muslimat.

wallhu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  

posticon Posting pada: 07-09-05 10:29

assalamualaikum...
bagi ana mereka ni kurang didikan agama.tapi mungkin mereka sengaja tak nak pakai walaupun tahu berdosa.ada juga yang pakai tapi tetap dedahkan auratnya seperti pakaian ketat kan...tu kira aurat juga...harap kat ukhwah ni tak ada lah orang yang berpakaian cam2.tutup kesemuanya lebih elok dipandang.

Bookmark and Share

  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  

posticon Posting pada: 07-09-05 12:32

ADA seorang KAWAN SAYA TU.. BILA TEGUR Kenapa TAK PAKAI TUDUNG, KATANYA RAMBUT PUN PERLUKAN CAHAYA MATAHARI JUGAK..
PANDAINYA MANUSIA BERKATA-KATA..

Bookmark and Share

  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 07-09-05 12:41

Sautoljannah,aduka_irwana,ana lia dan itsme.....mereka ni bukan tak ada asas agama tetapi mereka buek-buek tak faham.....masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....sampai bila pun mereka ni banyak alasan...moga-moga Allah memberi pintu kesedaran kepada mereka yang tak bertudung dan juga menetapkan hati-hati yang bertudung hingga akhir hayat

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

salsabiila05
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18768
Posting: 31
Dari: pahang

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 07-09-05 13:13

Assalamualaikum..maaf kalau pendapat saya menyinggung hati sesiapa...sebenarnya betapa banyaknya hikmah yang kita dapat dari memakai tudung.....dari segi syariatnya...kita dapat melindungi anggota yang menjadi tarikan lelaki....menjauhi dari fitnah..dan banyak lagi....dan dari segi saintifiknya....rambut yang terdedah itu perlu dilindungi kerana sinaran matahari akan merosakkan rambut

Bookmark and Share

  Member Information For salsabiila05Profil   Hantar PM kepada salsabiila05   Quote dan BalasQuote

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  

posticon Posting pada: 07-09-05 14:27

Pada 25-08-05 16:02 , dakwah_ilahi posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.....

Kalau kita tengok masyarakat islam kita hari ini.. Negara malaysia tercinta....negara islam hadhari... Kenapa ye kebanyakan perempuan muslim tak suka pakai tudung, Kenapa????

Tepuk dada tanya iman....!!!

kurang ilmu.....
tidak peka......
jahil......

yang salahnya bermula daripada pemimpin, isteri tak tutp aurat.....
saya kira suami itu dayus kalau isterinya tak tutup aurat....
saya kira ibubapa itu jahil kalau anak yang masih bawah tanggungan mereka dedah aurat........
saya kira individu itu sendiri miskin jiwa & rohani sekiranya mereka tahu tetapi masih dedah aurat......
wallahua'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 04-01-06 19:49

tak kira sesiapa....hukum tetap hukum....bukannya menindas kaum perempuan,sepertimana yang dikatakan oleh sesetengah perempuan....so,semua kena bertanggungjawab...tak begitu ezad_75

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar

posticon Posting pada: 19-01-06 13:34

MANUSIA HANYA INSAN BIASA

Bookmark and Share

  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 19-01-06 13:59

bukan insan biasa...

tapi...
manusia ni sebaik2 kejadian...
insaflah...

Bookmark and Share

  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  

posticon Posting pada: 19-01-06 14:29

mungkin saja nak tayang rambut....
yang penting tepuk dada tanya iman....jangan tanya selera...
kerana selera tak mencerminkan keimanan seseorang

Bookmark and Share

  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 19-01-06 15:42

Pada 25-08-05 16:14 , cahaya82 posting:

!!! QUOTE !!!

erm....agaknya lah...mereka perasan rambut mereka lawa lain tak ada rambut....ahak...ahak....

mungkinlah tu.....

-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar

posticon Posting pada: 02-02-06 03:08

Betulkah tu puteri bongsu....manusia semua berakal...tetapi kekadang manusia tak pandai menilai ayng mana baik dan sebaliknya.Bila agama kata perintah..kena lah ikut...bukan menolak atau ikut akal....ikut kesukaan hati....bukan tanya selera hati

Bookmark and Share

  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

irfaz_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2006
Ahli No: 21780
Posting: 146
Dari: banting

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-02-06 09:25

wanita muslim...
rambut adalah mahkota bagi seorang wanita...
tapi kenapa tak nak pakai tudung??
wanita muslim mest tau tak pakai tudung2 dilarang dalam islam...
dah sebut pun dalam al-quran...
adakah mereka ni adalah seorang wanita muslim??
kalau mereka tahu tak pakai tudung2 haram...tapi kenapa mrke buat juga...
selagi iman seseorang masih kuat..benda ni takkan terjadi..
tulx?

Bookmark and Share

  Member Information For irfaz_87Profil   Hantar PM kepada irfaz_87   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-02-06 09:37

Assalamualaikum...

pendedahan dah bagi,motivasi dan forum yang dibuat tak dihiraukan, dok tengok cerita yang tak berfaedah, hiburan semakin berleluasa...
mereka ni patut kita dedahkan betapa azabnya seksaan neraka....
apa lagi yang patut kita buat?
tak kan nak biarkan saja....!

Bookmark and Share

  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 02-02-06 09:39

Pada 19-01-06 14:29 , puteribongsu1306 posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin saja nak tayang rambut....
yang penting tepuk dada tanya iman....jangan tanya selera...
kerana selera tak mencerminkan keimanan seseorang

majoriti rambut mereka...MasyaAllah...
berkarat...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 02-02-06 09:56

azab yang dikhabarkan dalam Quran tak nampak dek mata zahir, mereka takkan terasa apa dibuat itu adalah dosa. Tapi, akhir zaman ni... Allah bayar cash @ balasan setiap yang kita lakukan.

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar

posticon Posting pada: 09-02-06 23:20

sama juga dengan orang islam suka minum arak berzina judi rasuah menipu pecah amanah membunuh dll...tak mengapa..tuhan dah buat syurga dan neraka..minat nakmasuk neraka la tu..

Bookmark and Share

  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kenapa Setengah Wanita Muslim Tak Suka Pakai Tudung

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.243964 saat. Lajunya....