Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 123
Ahli: 0
Jumlah: 123




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ISTERI TERSAYANG...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ISTERI TERSAYANG...

Please Mendaftar To Post


Oleh ISTERI TERSAYANG...

tudung_kelabu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-08-05 21:03


ISTERI TERSAYANG...



Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat
baik saya) yang diceritakan dari email. Nama, watak
serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya
cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi
sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini sekadar ingin
dijadikan sebagai iktibar untuk kita semua.

----------------------------------------

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama
lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak
boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku -
terpaku di ruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari
ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang
berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama
tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan
berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir.
Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak
keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang
bergentayangan di langit hitam pekat, dialah
satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk
menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya
disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas
digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang
diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari
pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya
terpampang menjamu diagonar mata.

Zubir,

Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan
tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf. Aku
muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku
sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya
tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau
tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh
di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan
sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi entah,
sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang
merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada
hentinya kerana aku tahu. Aku hanya mengejar
bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia,
Zubir!

Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput
tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi
begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati
Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait
perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

Zubir,

Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah
English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus
University of Leeds, London. Natasya pelajar
fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada
ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama
hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku
melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak
diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah
sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan
muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata
untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki
tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa
lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin
mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali
cintanya, namun Natasya cuba menolak kerana sudah
tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki
perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam
hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku
menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun
ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan
anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia
tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku.
Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing.
Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial
yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia
walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian
terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir
mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir
kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas
warkah dia selanjutnya.

Zubir,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua.
Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak
yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan
kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya
tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang
keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku
jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung
dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak.
Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap
kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak
menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya
mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan
ibu, tanpa banyak soal. Aku terima.Namun, Natasya
tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti
wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

Zubir,

aku mula abaikannya, Zubir. Tambahan pula, setelah dua
bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung.
Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku
bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar
dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di
mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh
yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan
air itu padaku! Ranting tubuhnya. Aku kira sudah lali
dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur ke
lantai terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah
merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk
dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar
meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian.
Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan
jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir
batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara
dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami,
putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam
kamus hidupku! Entah Kenapa? rasa kesal tiba-tiba
sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang
makin mencengkam di jiwa.

Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih
terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan
lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.


Zubir,

Hati Natasya turut ku rebus dengan kata nista tapi
sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi
seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia
umpama rumput di laman yang boleh aku pijak sesuka
hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak
dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan
anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami.
Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan
badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana
mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.Dia kesal kerana
hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya
dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar
Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami
yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil
tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu,
Zubir?

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa
Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat
ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat
pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang
lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima
pembalasan seperti itu dari Allah.

Zubir. Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta
sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya.
Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang
seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir,
kalau-kalau dia tidak mahu
mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku
bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu
hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia.
Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh
Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling
mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari
sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak
pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah
kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki
tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu,
permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela
mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas
itu Zubir. Farah telah ku lepaskan secara baik. Ibu
akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak
Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya.
Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis.
Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah
tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak
menahan sebak.

Zubir,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia
perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke-20. Azhad
Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung
pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya
tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap
hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap
terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan
mungkin kerana itulah aku take things for granted!
Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku
tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup
tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa
pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan
urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk
menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku
terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku
mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur
tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon
kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan
selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga
kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu
mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap
barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang
diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah
kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian
kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku
lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk
diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di
peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku
rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak
terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya
tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya.
aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi
seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala
Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar
membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas
rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika
itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan
yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang
sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku
diberi pilihan. Aku lebih rela mengambil tempat
Natasya menanggung sakitnya daripada menanggung
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan
Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal
yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya
sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit
perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang.
Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu
hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali.
Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget
Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya.
Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba,
aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah
Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku
kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat.
Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus
rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu
rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada
parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya
yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih
bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca
barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa
berdosanya aku! Natasya semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak
mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natsaya pohon
agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia
pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad
Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami.
Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan
anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya
pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta
diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena
dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang. Aku masih
lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah
tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga.
Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi
terbau harum puspa kemboja. Sungguh. Aku amat
merinduinya. Sungguh juga. Aku terlalu menyayanginya.
Zubir!

Megat Iskandar,
23 January 2002. Malaysia.

Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati
Zubir. Airmata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini
terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri.
Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari
betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini.
Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya.
Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah
mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20
tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah
tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti
Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari
tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani!
Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani
terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat.
Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

TAMAT

"Ungkaplah rasa cintamu kepadanya sebelum
terlambat..."

Oleh: Hamba Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For tudung_kelabuProfil   Hantar PM kepada tudung_kelabu   Quote dan BalasQuote

tudung_kelabu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-08-05 23:53


***************************
1st time baca this cerita masa sem 1,
sikit lagi nak tumpah air mate..:-(
tapi mantain!!
yang ajaibnyer bagaimana lah boleh keluar
susu tu..
yelah apa yang ALLAH nak,semua jadi..
so tak hairan lah kan!!

*****************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For tudung_kelabuProfil   Hantar PM kepada tudung_kelabu   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 24-08-05 09:02


Moga bakal zaujahku seindah dan secekal Natasya yang diceritakan.... Moga saya juga akan jadi insan yang terbaik buat bakal zaujah ku.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

aprill
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17649
Posting: 91
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 09:07


besarnye pengorbanan dan kesabaran seorang muslimah yang sejati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aprillProfil   Hantar PM kepada aprill   Quote dan BalasQuote

ajah
Warga Rasmi
Menyertai: 20.01.2005
Ahli No: 13837
Posting: 11
Dari: beseri yang indah

Perlis  


posticon Posting pada: 24-08-05 10:00


semoga diriku ini setabah dirinya natasya..isteri yang taat..syurga isteri dibwah tapak kaki suami..berkatilah natasya..amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajahProfil   Hantar PM kepada ajah   Quote dan BalasQuote

cinta_madinah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-08-05 11:37


emm...besar harapan akhi arab ye..insyaALLAh mga di pertemukan dengan zaujah yang solehah..yang bakal menemanau pemusafiran menuju negeri ABADI...
apapun manusia bukanlah yang totally sempurna...insyaALLAH lelaki yang soleh itu adalah di ciptan untuk wanita yang solehah..

wallahua'lam..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_madinahProfil   Hantar PM kepada cinta_madinah   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 11:40


Pada 29-08-05 11:37 , cinta_madinah posting:

!!! QUOTE !!!

insyaALLAh mga di pertemukan dengan zaujah yang solehah..yang bakal menemanau pemusafiran menuju negeri ABADI...
apapun manusia bukanlah yang totally sempurna...insyaALLAH lelaki yang soleh itu adalah di ciptan untuk wanita yang solehah..

wallahua'lam..:)


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

nurkusza
Warga Rasmi
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12402
Posting: 20
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 12:52


insyaallah.ku juga harap diriku seperti natasya
kerana apabila seseorang wanita itu berkahwin tangjawabnya terserah kepada suaminya.ku harap diriku setia seperti natasya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkuszaProfil   Hantar PM kepada nurkusza   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090899 saat. Lajunya....