Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Seutuh kasihmu sayang... -----


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Seutuh kasihmu sayang... -----

Please Mendaftar To Post


Oleh Seutuh kasihmu sayang... -----

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 22:48


“Seutuh kasihmu sayang, adalah dambaan hatiku… syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu… Assalamualaikum
Ikhlas mencintaimu...
Abang…


Air mataku mengalir lebat membasahi pipi. Aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...

Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….

Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali… tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini…. sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga… hidupku bahagia dengan hadirnya Amirul Ikhwan, suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…

Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara… walaupun kami tidak sefakulti, namun jodoh menemukan hati ini…Ikhwan adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku…. Bermula dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya, hatiku mula tertaut pada Ikhwan… sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku… (kebetulan warna kegemaran Ikhwan). Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku… itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur, bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang…. Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan, namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah…

Terkadang, apabila berselisih dengannya, jantungku berdegup kencang… Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini… namun maluku mengatasi segalanya… Alhamdulillah… sesekali aku diusik rakan-rakan, tapi aku tidak mengalah. Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan…. aku hanya membisu… Tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku, kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.

Dikala mindaku bercelaru. Aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti. Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa. Bertemankan sebuah buku bertajuk “Semanis Kesabaran” nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini. Aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku. Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu… Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...


Pernah satu ketika, mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini.. Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik… dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Ikhwan. Aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..

Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki… lamunanku tersentak.. Namun aku tidak mendongak…rasa malu sudah datang menerpa… Tapi mengapa?? Ya, suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini. Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan… Suara yang selalu datang dalam mimpiku… Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti… Ikhlas dan penuh rasa rendah diri… Kusambut salamnya dengan penuh debaran… Seketika itu aku terasa mahu lari dari tempat itu….

Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal. Aku tahu mukaku tidak merah, kerana kulitku bukannya putih.. aku hanya menguntum senyum dibibir … Muncul satu perasaan yang sukar aku gambarkan… Senyumku berbalas. Bahagia…. Cepat-cepat aku membetulkan posisiku, supaya aku tidak teus hanyut dalam perasaan itu. Aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku… Ikhwan … Namun dia tidak lama di situ… setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Ikhwan berlalu pergi… Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran…. Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru… Mujur sebentar saja pertemuanku dengan Ikhwan petang itu. Aku tak mahu di salah erti… Dan aku tahu Ikhwan juga begitu…

:-D :-D :-D :-P to be continued....hehehe..



http://simple-shida.blogspot.com





-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 23-08-05 08:14


ish... macam pernah baaca, tapi di maana ya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

anora
Warga Rasmi
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10353
Posting: 14
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 23-08-05 09:25


mana sambungannya???????? tak sabar nak tau apa kesinambungan cerita ni........

Bookmark and Share

    


  Member Information For anoraProfil   Hantar PM kepada anora   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 23-08-05 13:48


Kisah Ustazah Jiwang ... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 14:23


al awal maafakan ana..sebab lambt sangat nak update new episod..huhuh...
quite bz.. dan tak boleh nak conect internet..^_^
ok...here the smbnungn....

>>>>>>>>>>>>>>>>>
aku melangkah pulang kebilik…. Kugenggam pemberian Ikhwan sekemas mungkin… Dengan penuh tanda tanya….

Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya. Aku berbaring di katil… Segera kubuka warkah Ikhwan yang belum sempat kubaca…. Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..

Assalamualaikum buat kenalanku Imanina

Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini…. Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Ikhwan ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Ikhwan lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti… Bukan sekali Ikhwan lihat saudari di situ, tapi hampir setiap petang…. Niat Ikhwan bukan untuk menyibuk tentang hal saudari, cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Ikhwan lihat di wajah Intan ketika dulu…..

Maaf sekali lagi andai warkah Ikhwan ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya…. Sekian dulu dari Ikhwan, maas salamah…”

aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….
aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…
Kali ini, menampakkan baris gigiku yang putih bersih… Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….

aku menghela nafas panjang…. Kuletakkan diariku disisi…
Dan seketika itu aku di buai mimpi…..

Semenjak dari itu. Aku semakin akrab dengan Ikhwan… Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv… Akrab yang aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Ikhwan beri buatku, dalam bentuk sajak, cerpen dan puisi… Ikhwan memang pandai menulis…
Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini…
Setiap kali membaca coretan penanya, mindaku terasa ringan dari bebanan masalah… berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan pada kesabaran…

Dengan firman Allah itulah, hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya…
Pada setiap bulan puasa, Ikhwan tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku… Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hazwani rakan sekuliahku,“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat saudari Hannan di sana.
Segar... Ikhwan petik dari tanah suci. Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya”… Dalam hatiku. Aku mengaminkan selorohnya…

Pernah jua Ikhwan mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya.
Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan… Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu. Hasilnya, Alhamdulillah. Aku cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku…….

Ikhwan selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka… katanya doa itu senjata umat Islam… usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…

6 tahun berlalu…. akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini… Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi. Aku bergelar doktor kini…Cintaku Ikhwan (walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air.. warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya…. Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi, tidak pernah padam, seawal tahun pertama kami disini…. Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu… Namun kutahu, doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh… Dalam hatiku, kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah. Aku tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…



>>>> ada lagi..sabar..sabar..sabar....ilalliqa' ----


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 31-08-05 00:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 14:45


Pada 30-08-05 14:23 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!



6 tahun berlalu…. akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini… Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi. Aku bergelar doktor kini…Cintaku Ikhwan (walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air..


>>>> ada lagi..sabar..sabar..sabar....ilalliqa' ----


Terlebih dulu maaf kalau apa yang saya nak tegur ni agak kurang menyenangkan ... Kalau ya pun nak goreng biar lah logik sikit .. takkan baru beberapa tahun grade dah jadi Professor??? ... Nak dapat professor bukan macam ambik degree ... ada kredit, recommendation, interview, approval dari yang lebih senior .. kalau si Ikhwan tu ambik PHD masa tu pun belum tentu dalam masa 6 tahun boleh jadi Prof ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-08-05 15:06


!!! QUOTE !!!

aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….
aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…
Kali ini, menampakkan baris gigiku yang putih bersih… Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….

aku menghela nafas panjang…. Kuletakkan diariku disisi…
Dan seketika itu aku di buai mimpi…..


ehem... bestnyer ayat??? membuatkan perutku turut tersenyum
tak baik au' cakap macam ni... nanti kena balas Allah kang padan mukamu :D, :D... contoh.sahabat yang tak mengenang budi ke???...
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 30-08-05 15:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 16:06


Pada 30-08-05 14:23 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

Bukan sekali hadi lihat saudari di situ, tapi hampir setiap petang….
hmm.. ana rasa story ni pernah muncul di portal ni dulu.tarikh dan tajuknya ana tak pasti. tapi,watak hadi dah ditukar kepada ikhwan. mungkin ukhti yang kirim story ni pun tertinggal nak edit nama 'hadi' dalam cerita ulangan ini..

tak apa lah. apa pun, ana dah tau the end of this story.. ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 00:46


!!! QUOTE !!!

Terlebih dulu maaf kalau apa yang saya nak tegur ni agak kurang menyenangkan ... Kalau ya pun nak goreng biar lah logik sikit .. takkan baru beberapa tahun grade dah jadi Professor??? ... Nak dapat professor bukan macam ambik degree ... ada kredit, recommendation, interview, approval dari yang lebih senior .. kalau si Ikhwan tu ambik PHD masa tu pun belum tentu dalam masa 6 tahun boleh jadi Prof ...



!!! QUOTE !!!

tak apa lah. apa pun, ana dah tau the end of this story


em..em.. name pun cerpen..
honesttly..bukan ciptaan ana..
ana bukan insan seNI>>>>>

ana dapat mail dari sahabat ana.. so.. ana just publishkn cerpennye..
salah silap.. mohon maaf...huhu.. em..
Kalau sesiapa tau jalan citernye.. smbunglaa..
ana dah jarang sangat nak online..

akhiran..maataasiff jiddan.. ;(


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 12:40


Pada 31-08-05 00:46 , simpLe_sHida posting;
em..em.. name pun cerpen..
honesttly..bukan ciptaan ana..
ana bukan insan seNI>>>>>

ana dapat mail dari sahabat ana.. so.. ana just publishkn cerpennye..
salah silap.. mohon maaf...huhu.. em..
Kalau sesiapa tau jalan citernye.. smbunglaa..
ana dah jarang sangat nak online..

akhiran..maataasiff jiddan.. ;(

tak apa lah,shida. Ana dan insyaAllah semua di ukhwah ni tahu niat nti mungkin nak sebarkan pengajaran dan nilai di sebalik cerpen ini.. tak salah pun..

insyAllah ana cuba akan tolong sambungkan untuk nti.. apa-apa yang baik, memang patut dikongsi bersama
:-)




Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 12:43


Pada 31-08-05 12:40 , puteri_nailofar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-08-05 00:46 , simpLe_sHida posting:
em..em.. name pun cerpen..
honesttly..bukan ciptaan ana..
ana bukan insan seNI>>>>>

ana dapat mail dari sahabat ana.. so.. ana just publishkn cerpennye..
salah silap.. mohon maaf...huhu.. em..
Kalau sesiapa tau jalan citernye.. smbunglaa..
ana dah jarang sangat nak online..

akhiran..maataasiff jiddan.. ;(

tak apa lah,shida. Ana dan insyaAllah semua di ukhwah ni tahu niat nti mungkin nak sebarkan pengajaran dan nilai di sebalik cerpen ini.. tak salah pun..

insyAllah ana cuba akan tolong sambungkan untuk nti.. apa-apa yang baik, memang patut dikongsi bersama
:-)






Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 12:46


tak apa lah,shida. Ana dan insyaAllah semua di ukhwah ni tahu niat nti mungkin nak sebarkan pengajaran dan nilai di sebalik cerpen ini.. tak salah pun..

insyAllah ana cuba akan tolong sambungkan untuk nti.. apa-apa yang baik, memang patut dikongsi bersama


:-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 12:47


bismillah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 12:48


Kepulanganku disambut ibu dan ayah…Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya…Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan…Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu…Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…

Setibanya di rumah Ahmad berlari mendapatkankku,adikku yang paling kecil sekali…Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi…adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria…Masih kuingat lagi,sewaktu aku meninggalkannya,Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama…Kini jannah sudah remaja…berkain batik, anak dara sunti lagaknya….Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata…Dia memang tidak pernah berubah….Mudah sekali mengalirkan air mata..Memang dia manja denganku….Kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini,untuk bersama keluarga yang telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…

Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan aku…seseorang telah datang merisik diriku…Jannah menyiku sambil tersenyum simpul…”Hadi Hafis,” kata ayah…mahu saja aku menjerit kesyukuran ketika itu…tapi ku tahan…ku tahan perasaanku…kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku…aku bingkas bangun dan meninggalkan ayah,ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri…terasa bodoh pula tindakanku ketika itu….aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal.Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak’Pabila tiba masanya’…

Aduhai Hawa,
Pabila tba masanya. Aku pasti berlari mendapatkanmu,
Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,
Yang setenang air di muara kasih,
Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…

Wahai Hawa,
Bila gerimis menyelimuti pawana,
Petir menjalar di langit hitam,
Dan bila sengsara datang bertandang,
Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,
Agar syahadahmu kukuh bertautan….

Bersabarlah Hawa,
Kerana kesabaran itu seindah mutiara
Tercipta didasar lautan,
Walau sebesar mana gelombang mendatang,
Sinarnya tetap gemilang,
Dan begitulah hakikatnya sabar,
Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….

Sungguh wahai Hawa,
Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,
Kerana wajahmu yang penuh rahsia,
Kerana wajahmu yang membuatkan ingatanku pulang,
Pada yang maha Esa,
Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..

Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali….Seolah-olah mimpi jadi kenyataan….Hadi bakal suamiku….Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali….Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu….Kata emak,semuanya terpulang padaku….”Mahu atau tidak…emak tak kisah,asalkan anak emak gembira”……Kuberbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju….Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih …..Walau emak sudah semakin berusia….segar kasihnya masih lagi seperti dulu….

Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat diijab kabulkan……….

Banyak yang aku pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi….rajukku di pujuk…lembut dan tenang….Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku…Dan begitu juga aku,menyayanginya dengan sepenuh jiwa…Dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini…aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini….Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya…Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku…tidak pernah sekali,keluhan terhembus dari bibirnya ….Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan…Ya,kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….

Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil’abang’….

Setiap kali selesai solat….Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat…Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah…Sungguh aku rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam….Masih aku ingat lagi,sewaktu malam pertama aku dan abang,kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama…..Kata abang,biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah ,bukan nafsu semata-mata……hingga ke hari ini….pesan abang bersemadi di hati….

Setelah 6 tahun berumah tangga,kami dianugerahkan 3 cahaya mata…Malam itu,abang hadi menyuarakan hasratnya padaku,tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya,seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu….aku tersenyum sendirian ……..Pastinya aku setuju dengan cadangan itu…. Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu…Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya…aku terharu…..Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan…seperti yang selalu diingatkannya….’hidup sebelum mati’…….

Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci….Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar .Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya…Apabila ditanya…hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku,seperti selalu….Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini…Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi ….Hanya Allahlah tempat aku bermohon selama ini…Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki………….aku bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri….Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redhaNya…Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurniaNya……………….

Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti…..Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan…..Sebagai seorang doktor,bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu….Tambahan pula, itu suamiku…Cintaku…Kasihku…..Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas….abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari….Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment….aku sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri….Sepanjang hari aku menemani suamiku…….aku hanya mengalirkan air mata di sisinya….aku fahami kesakitannya…Namun hanya dengan izin Allah abang Hadi akan sembuh semula…Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala….Pipiku diusapnya…lemah…tidak bermaya….namun,kehangatan kasihnya masih terasa…..Dalam nafasnya yang lemah,abang Hadi berpesan kepadaku….

“Sayang…..terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang…terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah,insya allah”…..Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya…kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi…Ini kali kedua kulihat abang menangis …kali pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak sulungku…Miftahus Solihin bin Hadi Hafis…..

“Sayang,ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah….Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang…Jangan pernah lupa…Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa….Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang….Buat dirimu sayang,abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti…Alhamdulillah,hajat abang termakbul……Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu”……Dan aku lihat Abang terlena…….manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi…kukucup pipi abang…Sendu semakin terpahat di hati ini…

Malam itu,abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya….Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya…Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah….Pesan abang,jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini……Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah….Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami…”Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah…Tak kiralah dimana pun kamu semua berada…Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada…Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya”…. Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu …””….kata abang....Walau matanya tak bersinar seperti dulu,namun keikhlasannya tetap kurasai…Tanganku digenggamnya seerat mungkin…Kubisikkan syahadah ditelinga abang….”asyhadu alla ilaa ha illallah”….Abang mengulangnya…perlahan-lahan,tetapi jelas….Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan Ilahi….Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu,menepis segala kepahitan jiwaku,kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya….Walau hati ini tersayat luka….Namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini…Terima kasih abang…..

Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci….itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…sebelum kami sampai disini..Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi…”Insya Allah,saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci” itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..
Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…Warkah yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..

Sayang,
Bila bumi memanggilku kembali,
Bila jasad ini tidak bernyawa lagi,
Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,
Melengkapkan citaku selama ini….

Bila kita saling terleka,
Atau semakin ditelan usia,
Atau terpisah oleh ketentuanNya,
Tetapkan hatimu pada kasih abadi,
Kasih Allah Rabbul Izzati….

Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,
Doaku menginginkanmu,
Kutahu doamu pun begitu,
Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu,
Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..

Syukran temanku,suriku,cahaya hidupku,
Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,
Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……
Iman,amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….

Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….….

Ikhlas mencintaimu...
Abang….

Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..Ya,warna kegemaran kami berdua…Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu….aku tersenyum…Kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku….Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku…..

“Mak”….Lamunanku tersentak….Soleh menghampiriku…6 tahun berlalu….anak-anakku sudah membesar semuanya….Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara….Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu…”Mak,adik tanya,jihad tu? apa maksudnya mak….”kata soleh menggaru-garu kepala…Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang,”Sekejap lagi mak datang”,balasku….Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman..Seiras wajah ayahnya..Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INIlah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………………..Amin….

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 11:08


Pada 31-08-05 00:46 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!


em..em.. name pun cerpen..
honesttly..bukan ciptaan ana..
ana bukan insan seNI>>>>>

ana dapat mail dari sahabat ana.. so.. ana just publishkn cerpennye..
salah silap.. mohon maaf...huhu.. em..
Kalau sesiapa tau jalan citernye.. smbunglaa..
ana dah jarang sangat nak online..

akhiran..maataasiff jiddan.. ;(



aik .. bunyi macam merajuk aje ... jangan putus asa .. itulah namanya mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 02-09-05 15:52


assalamualaikum..best lah cerpen ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 22:35


subhanallah...
ada potensi nak lawan drama RINDU SEMAKIN JAUH lah cerpen ni.. tak ada perasaan nak difilemkan ke? hehe... boleh lah tengok drama jiwang yang islamic sikit kat tv... ni entah apa-apa... pakaian pun tak menunjukkan peribadi muslim langsung...opss.. membebel kat sini pula.. hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 14:43


bagus2!best lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 14:43


bagus2!best lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 07-09-05 18:33


ehh..ustaz britanisky bukan memng suka membebel ke?hehe..apapon...boleh buat filem taraf 5 bintang..penonton utama mestilah ustaz britaniasky kan..hehe..sebab dia kata nak dekat2 sama RINDU SEMAKIN JAUH..best ke cerita tu?ana tak tengok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.450076 saat. Lajunya....