Oleh |
Cermin diri peminat warna biru?? |
luMInosiTY
Warga Rasmi Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2180
Posting: 6
Dari: Bumi makmur
|
Posting pada: 15-07-03 12:57
Assalamualaikum kpd semua peminat warna biru...ana adlh seorang dari berjuta peminat warna yg best ni..x tau la knp ana minat sgt warna ni..bukan sengaja buat2,tapi naluri semulajadi..pendek kata semua benda yg warna biru ana suka...setelah sekian lama meminatinya..barulah ana tau..rupa2nya warna ni boleh melambangkan peribadi dan kecenderungan kita...setiap kejadian Allah tu terlalu uniq dgn rahsia2 yg tersembunyi..
Ha...kalau x caya, cuba check betul tak fakta ni dgn diri korang atau kwn2 korang yg minat wrna ni........
BIRU MUDA - suka merendah diri, tenang,suka mengalah,bijak ,cerdas dan suka berkorban utk org lain....
BIRU TUA - sangat setia dalam hubungan, tinggi kemahuan, berterus terang,murah rezeki, jujur pemaaf tapi tegas...
- segala sifat kesempurnaan itu hanyalah milik Allah....-
----------------- acu
|
kawan82
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 15-07-03 13:08
camner pulak kalau suka smuer color??? ----------------- 
AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>
|
faridsd
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.06.2003 Ahli No: 1756
Posting: 169
|
Posting pada: 15-07-03 13:22
benda lain warna biru kita suka tak apa, jangan filem biru dah le........ ----------------- 
Sertailah Portal kucing
www.portalkucing.com
untuk mencari penaja
server Uhkwah.com
|
kagome
Warga Rasmi Menyertai: 17.06.2003 Ahli No: 1477
Posting: 17
Dari: iium
|
Posting pada: 15-07-03 13:23
akum..ana pun suka kale biru.sedap mata memandang.byk ciptaan Allah kale biru...bila tgk biru ni hati jadi tenang semacam.ana paling suka tgk langit yg biru warnanya.cantik sesangat.SUBHANALLAH...
|
aiz
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka
|
Posting pada: 15-07-03 13:34
akum..
aiz pun suka sgt warna biru warna biru tu lembut,entah la klau pandang warna biru hati ni tenang je,lagi2 tgk awan.SUNGGUH BESAR CIPTAAN-MU YA ALLAH
|
AnisAqilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 15-07-03 14:24
Bila dah masuk sekolah menengah..baru anis sedar yang anis ni peminat warna biru (lebih-lebih lagi biru muda)..
rasa macam ada suatu tarikan dengan warna biru ni... ----------------- Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan
|
mujahidah2311
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1530
Posting: 293
|
Posting pada: 15-07-03 19:19
erm..color biru?
ana suka gak....hehehe
mendamaikan bila tgk...lagi satu ana suka color hijau..pagi2 tgk kat bukit2 blakang umah....terasa segar bijik mata tgk warna hijau.....
org kata sape minat color biru nih pandai berjiwang?heheheh..ana x tau...org yg kata bkn ana..
erm...luMInosiTY nih org temerloh yer...amboi,baru nih keh jumpa org temerloh....
tp sayang seribu kali sayang,sungai pahang kat temerloh tu tak warna biru....kalo color biru mesti luMInosiTY dah buat umah kat atas sungai pahang tu....
|
aina_nasuha
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.06.2003 Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan
|
Posting pada: 15-07-03 20:29
Ermm..ader terkena jugak fakta yg diberikan tu...tak taulah samaada ia kebetulan ataupun sebaliknya...baik buruk semuanya dtg dr Allah kan...cuma yg buruk itu disandarkan pd hambaNya yg daif ini...
Warna biru adalah warga kegemaran ana...Rasanya setiap kali nak buat pemilihan warna atas sesuatu btr..warna birulah yg first ana pilih...
|
radzatul
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 91
Posting: 247
Dari: Bandar DiRaja
|
Posting pada: 15-07-03 23:26
syukran buat luMInosiTY atas info di atas..ana pun peminat setia warna biru.. ----------------- 
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya daripada saya(hambanya)..
|
zamani
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2256
Posting: 184
|
Posting pada: 16-07-03 13:52
|
nur_marha
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2371
Posting: 64
Dari: johor
|
Posting pada: 16-07-03 15:18
assalamualaikum,
saya ni punmmg minat ngan warna biru...kira setiap kali nak kuar mesti cari baju colour biru.. kalu warna lain kureng skit...  warna biru...sedamai warna langit..hehehehe
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 16-07-03 15:32
Syukran jazilan untuk info ini Vice Treasurer II LSA !
Ana suka BIRU ! Pakaian BIRU paling best ! Pendek kata, serba-serbi BIRU !
P/s : Tapi ada satu perkara, BIRU bukan pilihan ana ! Apa agaknya ? Rahsiaaa...
Allahu Ta'ala a'lam...
----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
empayar72
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.06.2003 Ahli No: 1379
Posting: 281
Dari: pongsu seribu
|
Posting pada: 16-07-03 20:32
orang kat biru tu pemarah dan simpan dendam
tul ke
jadik le cam ana
ana suka hijau
sesejuk mata memandang hutan hijau khatulistiwa...
|
ummu_qistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-07-03 20:54
assalammualaikum ....
saya pun antara ribuan peminat warna biru ....hiidup ni tak indah tanppa warna biru ...heheheheheh... ----------------- IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...
|
Aisyamin
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 194
Posting: 108
Dari: Kota Bharu,Kelantan
|
Posting pada: 16-07-03 21:30
alhamdulillah...nampaknya ada jugak kelebihan orang yang meminati warna biru ni..
sebenarnya saya baru sahaja menjadi peminat warna biru ni...entahlah kenapa tetiba je jadi minat warna biru...semua bendalah nak warna biru...kalau boleh mata pon nak warna biru..tapi takdelah over macam tu... ----------------- `Syurga itu di bawah tapak kaki ibu`
|
iemahanim
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1962
Posting: 89
Dari: Taman Ilmu dan Budi
|
Posting pada: 16-07-03 22:52
cek pun suka sangat warna biru..tambat2 biru laut..tenang rasanya
|
sakura
Warga Rasmi Menyertai: 24.08.2003 Ahli No: 3081
Posting: 2
Dari: malaysia
|
Posting pada: 24-08-03 18:11
bestnya biru memang suka pun..cantikkan biru
|
zieka
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 583
Posting: 66
Dari: MMU
|
Posting pada: 24-08-03 18:35
zieka paling, paling & paling suke sgt color biru. biru mmg best!!! ----------------- Harta menjamin dunia. Iman menjamin akhirat.
|
izzatun_nisa
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.05.2003 Ahli No: 883
Posting: 57
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 29-08-03 14:56
memang minat sesangat kat warna biru...pantang nampak warna biru je mesti nak...tapi ada gak 'biru' yang tak suka....
|
poqya
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.09.2003 Ahli No: 3840
Posting: 208
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-10-03 01:48
|
jundullah
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.09.2003 Ahli No: 3276
Posting: 105
Dari: kelate
|
Posting pada: 08-10-03 02:14
warna pon main peranan ek...
|
dalila2501
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3466
Posting: 193
Dari: sungai buloh
|
Posting pada: 08-10-03 21:35
Assalamualaikum
Kalau suka dua-dua warna macam mana...?
Dalila suka dua-dua....
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 14-07-08 09:51
Pada 15-07-03 12:57 , luMInosiTY posting:!!! QUOTE !!! kepada semua peminat warna biru...ana adalah seorang dari berjuta peminat warna yang best ni..tak tau lah Kenapa ana minat sangat warna ni..bukan sengaja buat-buat,tapi naluri semulajadi..pendek kata semua benda yang warna biru ana suka...setelah sekian lama meminatinya..barulah ana tau..rupa-rupanya warna ni boleh melambangkan peribadi dan kecenderungan kita...setiap kejadian Allah tu terlalu uniq dengan rahsia2 yang tersembunyi..
paling minat biru muda diikuti biru tua ----------------- Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 14-07-08 12:41
suka biru gelap..... tu kira yang mana ek???? suka merah, ungu, hija.....
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-07-08 13:18
saya suka laut... laut kale biru... tapi sekrang laut dah kele itam.. uhuk uhuk...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-07-08 13:25
Pada 15-07-03 12:57 , luMInosiTY posting:!!! QUOTE !!! BIRU MUDA - suka merendah diri, tenang,suka mengalah,bijak ,cerdas dan suka berkorban untuk org lain....
BIRU TUA - sangat setia dalam hubungan, tinggi kemahuan, berterus terang,murah rezeki, jujur pemaaf tapi tegas...
saya suka biru muda... tapi,... boleh percaya ke ni?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 14-07-08 13:30
Pada 14-07-08 13:18 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! saya suka laut... laut kale biru... tapi sekrang laut dah kele itam.. uhuk uhuk... biru mata hitamku..
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 14-07-08 13:36
kegilaan pada biru masa zaman sekolah dulu.. habis semua barang2 sekolah wrna biru.. sekarang suka lagi tapi sudah ada yang menandingi biru.. Hijau..hijau  habis semua warna hijau.. habis semua baju, tabung, tuala, botol air, pencil, pemadam.etc...hikss  p/s: kwn2ku semua tensyen..adeiina..balekk..balekk hijau
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-07-08 13:42
Pada 14-07-08 13:30 , umar_khalil posting:!!! QUOTE !!! Pada 14-07-08 13:18 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! saya suka laut... laut kale biru... tapi sekrang laut dah kele itam.. uhuk uhuk...
biru mata hitamku..
erm, tapi ada juga laut yang berwarna hijau... saya selain biru, minat juga warna hijau kebiru-biruan macam color air laut tu, selain tu minat warna silver, grey... (off topic) wahh, CU dah bertukar dari warna biru kepada hijau ye, bagus2... p/s: majulahh hijau untuk negara  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 14-07-08 13:46
Pada 14-07-08 13:36 , ummusafiah posting:warna hijau dan ungu adalah warna up-to-date sekarang.... tak dapat dinafikan lagi.....tengok saja majlis kawin2.... berapa banyak yang pakai 23 warna ni...... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 14-07-08 13:54
macmne pulak kalau masa kecil-kecil kita suka warna pink (atau warna lain), kemudian bila dah besar barulah kita suka warna biru... hohoho. so mana satu nak ikut ni? sila jawab sesiapa yang pakar..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 14-07-08 14:00
RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut. 23 hingga 1hb Disember - Merah 2 hingga 11hb Januari - Oren 12 hingga 24hb Januari - Kuning 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu 4 hingga 8hb Februari - Biru 9 hingga 18hb Februari - Hijau 19 hingga 28hb Februari - Perang 1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan) 11 hingga 20hb Mac - Lime 21hb Mac - Hitam 22 hingga 31hb Mac - Ungu 1 hingga 10hb April - Biru 11 hingga 20hb April - Perak 21 hingga 30hb April - Putih 2 hingga 14hb Mei - Biru 15 hingga24hb Mei - Emas 25 hingga 3hb Jun - Krim 4 hingga13hb Jun - Kelabu 14 hingga 23hb Jun - Maroon 24hb Jun - Kelabu 25 hingga 4hb Julai - Merah 5 hingga 14hb Julai - Oren 15 hingga 25hb Julai - Kuning 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu 5 hingga 13hb Ogos - Biru 14 hingga 23hb Ogos - Hijau 24hb Ogos 2hb September - Perang 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan) 13 hingga 22hb September - Lime 23hb September - Olive 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu 4 hingga 13 Oktober - Biru 14 hingga 23hb Oktober - Perak 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih 12 hingga 21hb November - Emas 22hb November hingga 1hb Disember - Krim 2 hingga 11hb Disember - Kelabu 12 hingga 21hb Disember - Maroon 22hb Disember - Teal Merah MERAH Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka. Krim Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang! TEAL (Warna Kayu) Bukan main lagi kamu ni ye! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman. Merah Jambu Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata. Hijau Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya! Emas Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama. Kuning Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai! Maroon Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan! Oren Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting! Ungu Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Warna buah limau (Lime) Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu ye? Perak Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti. Hitam Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit! Warna buah Zaiton (Olive) Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal! Perang Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti? Kelabu Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu. Biru Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas. Biru Laut Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan! Putih Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya! Biru Kehijauan (Aqua) Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri! p/s: just 4 fun.....hihihihihi
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 14-07-08 14:01
biru = setia..  hopefully my 'partner' pun setia juga
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 14-07-08 14:27
warna biru tetap tiada yang menandingi..tapi,ada juga pilihan lain seperti hijau sebab ia mendamaikan,sekarang tengah plain bagaimana nak 'mendamaikan' rumah..hhehehe.. hari itu pergi rumah abang angkat, habis semua dalam rumah warna hijau....hehe....
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 14-07-08 15:51
!!! QUOTE !!! RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR semua yang saya baca macam terkena jeq kat diri.....termasuk lah si dia...patut lah jiwang sangat orang nya...kuikui... !!! QUOTE !!! BIRU MUDA - suka merendah diri, tenang,suka mengalah,bijak ,cerdas dan suka berkorban untuk org lain....
BIRU TUA - sangat setia dalam hubungan, tinggi kemahuan, berterus terang,murah rezeki, jujur pemaaf tapi tegas... masa student dulu, duduk tingkat paling atas jadi salu merenung awan yang biru.....hehehe  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 15-07-08 04:12
Suka biru juga..tapi paling best purple lah....  ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
Far-Zie
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.09.2003 Ahli No: 3310
Posting: 52
Dari: Selangor
|
Posting pada: 15-07-08 06:50
jangan biru yang ada timbang dahler
|
Yusri-islaM
Warga Rasmi Menyertai: 14.07.2008 Ahli No: 34031
Posting: 4
Dari: Sabah
|
Posting pada: 15-07-08 06:50
Pada 14-07-08 14:00 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR wah. Aku ni mewakili warna peraklah.. memang kena dengan sikap aku...hahaha..  .. tapi apa pun aku ni peminat warna biru dan hijau...biru untuk langit dan laut.. hijau untuk tumbuhan..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-07-08 13:05
hmm.. menarik juga info yang alwalid bagi tu... tapinya, ismi tak suka kelabu.. adess... orang kata, kelabu tahi anjing..  tapi, kalau kekabu ismi suka lah.. uhuk uhuk... shye : ismi rasa ambil yang latest lah.. masa kekecik, hatinya putih bersih.. maklumla orang tak ada dosa.. tapi, dah besar-besar ni.. kerjanya duduk himpun dosa saja.. uhuk uhuk...
|
insangembira
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34056
Posting: 27
Dari: Keningau, Sabah
|
Posting pada: 16-07-08 23:02
 ...biru mendamaikan,hijau memberi ketenangan..cubalah kita bangun pagi,membuka tingkap menghirup udara segar pagi,kehijauan daunan mententeramkan
|
simple_girlz
Warga Rasmi Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34003
Posting: 19
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-07-08 00:20
salam...wrna favourite saya ialah wrna biru dan putih...saya suka gabungan wrna ini...kalau saya lihat kedua2 wrna ni,saya akan teringat pada awan biru dan langit yang cerah...saya juga suka menikmati pemndngan lautan dan salji..indahnye ciptaan Tuhan...
|
cikgu84
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 17-07-08 02:06
Pada 15-07-03 12:57 , luMInosiTY posting:!!! QUOTE !!! kepada semua peminat warna biru...ana adalah seorang dari berjuta peminat warna yang best ni..tak tau lah Kenapa ana minat sangat warna ni..bukan sengaja buat-buat,tapi naluri semulajadi..pendek kata semua benda yang warna biru ana suka...setelah sekian lama meminatinya..barulah ana tau..rupa-rupanya warna ni boleh melambangkan peribadi dan kecenderungan kita...setiap kejadian Allah tu terlalu uniq dengan rahsia2 yang tersembunyi..
same lah kita...saya pun suka warna biru...asal beli apa saja..pilihan pertama mesti biru...sampailah 1 masa...baru saya terperasan yang baju saya 90% warna biru kesemuanya...huhuhu...barulah tersedar..saya xbyk pilihan..hanya kerana dah jatuh cinta pada warna biru...heheh tapi tak tahulah warna tu berkaitan dengan peribadi....biarlah insan lain yang menilainya.....  ----------------- diriku...hamba ALLAH banyak kekurangan & kelemahan...
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 17-07-08 08:40
warna itu ekspresi diri! dan setiap diri kita, ada warna tersendiri.. itu jika nak percayainya.. siapa yang pernah join terapi warna, mesti tau pasal "warna diri" dulu saya obses juga warna biru! setiap hari isnin (sebab hari mula belajar/ kerja) mesti pakai warna biru.. tak kisahla biru laut ke, biru muda..gelap..tua.. asalkan spesis biru! kononnya nak bangkitkan mood.. tapi bagi saya menjadi lah.. tapi..selepas tu baru perasan, usia bertambah warna pun boleh berubah.. bila tanya pakar terapi warna, dia cakap pemikiran dan sikap kita akan menyebabkan kita cenderung pada sesuatu warna.. contoh: kalau perempuan tu dilamun cinta- dia akan sukakan pink.. kalau dia ceria saja satu masa tu- dia akan sukakan oren.. tapi, dia mudah berubah mood.. litu katanya lah.. ianya bergantung kepada persekitaran dan mereka yang mempengaruhi tindakannya.. wallahua'lam.. p/s- tapi, bagi saya pemilihan warna pakaian tetap kena sesuaikan dengan majlis dan keadaan
|
aierah_me
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-07-08 09:47
dua-dua jenis biru ana suka..hehe.. tak tahu lah kenapa....dari dulu lagi... kalau kecil-kecil dulu semua nak wrna biru sampai kat matrik kena tegur dengan kawan.. pakai baju asyik color biru saja lepas itu terus variasikan warna baju..hehe
|
umar_muiz
Warga Rasmi Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34051
Posting: 4
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 17-07-08 10:05
betul ke fakta dari alwalid. tarikh lahir dipadankan dengan warna...... mengikut fakta yang diberi, tarikh lahir saya adalah antara 14-23 okt (perak) tetapi saya sebenarnya peminat warna biru.... macam mana tu.......
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 17-07-08 11:07
BIRU...suka juga..tapi lebih suka semua warna yang terang tapi lembut.
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 17-07-08 12:15
ye betul saya memang suka ungu..heheungu warna ceria.. tapi tak tahulah Kalau orang lain...
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 22-07-08 16:44
warna biru..sejuk saja mata..cool..
|
reyn
Warga Rasmi Menyertai: 14.07.2004 Ahli No: 10048
Posting: 11
|
Posting pada: 22-07-08 16:56
suka warna biru juga
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 22-07-08 17:18
Dulu 'hantu' warna biru..sekarang 'hantu' warna hijau pula.hehe..mungkin zaman muda ni masa untuk memahami diri dengan lebih mendalam..sebab tu kaitkan diri dengan warna dan sebagainya..bila dah meningkat dewasa, contohnya dah ada anak, dah jadi ibu bapa, hal-hal warna ni tak diendahkan sangat, asal sejuk mata memandang..jangan merah2 bahaya.hehe..
|
ismi_syaz
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14542
Posting: 68
Dari: USMkkj
|
Posting pada: 02-08-08 16:37
salam... dulu dulu saya sangat suka warna biru tua..biru muda tak minat...sekarang suka warna biru tua, hitamdan silver...memag suka sangat-sangat 3 warna ini...
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 02-08-08 21:03
salamun alaik..ana pun suka juga wrne biru..ana paling suka dark blue yang ala2 hitam da pun..hehe.. ingat lagi masa form 3 cikgu tuisyen pernah cakap siapa yang suka wrna biru or pakai wrna biru maksudnya dia sedang dilamun cinta..malu sangat sebab masa 2 kebetulan ana tengah pakai bju wrne biru..lepas itu semua org dok usha ana smbl senyum-senyum..pdhl ana memang suka wrne biru..huhu..sekolah rg da suka wrne dark choc pula dan lime green..hehe..
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 02-08-08 21:41
suka sangat warna biru. kalau pakai baju warna biru, rasa tenang saja.
|
na_jieba
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.08.2008 Ahli No: 34408
Posting: 34
Dari: bumi_Allah
|
Posting pada: 13-08-08 21:33
Pada 14-07-08 14:00 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
macam kena sikit lah dengan personaliti tu..but i prefer light blue, green & pink..hmm macam mana tu 
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 14-08-08 11:10
suka warna biru? suka.. tenang.. damai.. asyik saja.. hmm kalau boleh,rumah pun nak warna biru macam celcom...
|
ctMarz
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.02.2006 Ahli No: 22837
Posting: 62
Dari: jb
|
Posting pada: 14-08-08 12:42
salam..ana pun peminat warna biru...suka sangat biru lembut
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 14-08-08 13:06
Pada 17-07-08 10:05 , umar_muiz posting:!!! QUOTE !!! betul ke fakta dari alwalid.
tarikh lahir dipadankan dengan warna......
mengikut fakta yang diberi, tarikh lahir saya adalah antara 14-23 okt (perak) tetapi saya sebenarnya peminat warna biru....
macam mana tu....... tu bukan fakta yop....cuma berdasarkan kajian.. lagipun it's just for fun, not to believe ma..... and lagi satu, tak semestinya warna yang awak minat tu, itu adalah warna awak...... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 15-10-08 17:20
dulu ana suka warna biru.. tapi bila dah kerja suka warna hijau sebab warna ni banyak bagi ana semangat dan keyakinan.. betul kata kak rumaisha.. warna jadi terapi diri..
|