Oleh |
Perkahwinan Kontrak |
Juhaida
Warga Rasmi Menyertai: 19.07.2005 Ahli No: 17376
Posting: 16
Dari: sarawak
|
Posting pada: 12-08-05 22:36
...Maaf kalau saya salah tempat..tapi berkaitan dengan perkahwinan jugak..kepada sesiapa yang arif ...saya ada satu kemusykilan yang ingin dikemukan berkaitan perkahwinan ni..Iaitu berkaitan dengan perkahwinan kontrak..Adakah wujud dalam Islam atau dibolehkan ke perkahwinan kontrak ini dalam Islam?
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 12-08-05 23:28
Ana rasa tidak! Perkahwinan adalah suatu proses kehidupan jangka masa untuk selama2nya,dan insyaAllah hingga ke syurga. Bukan untuk sehari dua.... Dan Islam juga tidak pernah menganjurkan perkahwinan sebegini walau apa jua sebab.Perkahwinan seperti yang diketahui ramai,bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan. p/s: betulkan andai ana tersilap
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 13-08-05 03:22
kahwin kontrak @ nikah mut'ah.. diharuskan pada zmn awal kedatangan Islam, tapi kemudiannya telah diharamkan hingga ke hari kiamat.. Allahu a'lam.. ---------------------------------- Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith shahih sebelum Baginda wafat, dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali. Antara hadith-hadith tersebut ialah: Daripada Ali bin Abi Thalib: "aku mengkhabarkan kepada Ibn Abbas: Bahawa pada hari peperangan Khaibar Rasulullah SAW melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai peliharaan (jinak)." (Riwayat Bukhari) Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai peliharaan (jinak)." (Riwayat Muslim, Ibn Majah dan an-Nasa'ie) Daripada Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi SAW semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya." (Riwayat Ibn Majah) Daripada Ibn Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian Baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah SAW telah menghalalkannya setelah Baginda sendiri telah mengharamkannya." (Riwayat Ibn Majah) "Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi SAW telah mengharamkan nikah mut'ah." (Riwayat Abu Daud) - JAKIM: Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 13-08-05 03:26 ]
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 13-08-05 06:21
bukan ke kahwin kontrak ni, menghalang tanggungjawab suami isteri?.. huhu, seolah-olah menganggap perkahwinan ni satu permainan pula.. Yurp, memang haram. tapi penulis novel suka buat konflik perkahwinan macam ni. hehe tapi last2 kontrak pun entah ke mana.. ada lagi ke nikah mut'ah zaman sekarang ye?.. jeng jeng.. semestinya! hehe.. manusia~ p/s : siapa tengok cerita 'Full House'?.. berkaitan kahwin kontrak.. hehe cute heroin!! ops.. WaLLahua'LaM
|
fiafarha
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.06.2003 Ahli No: 1209
Posting: 79
Dari: t`ganu
|
Posting pada: 13-08-05 07:07
setahu saya p`nikahan masih di amalkan oleh puak syiah.....
|
mawa
WARGA SETIA Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin
|
Posting pada: 13-08-05 18:14
dia nak kontrak ka apa ka...biar dialah.... 'kita' yang tak kontrak ni pun masih lagi bercelaru.... kalau ikut statistic dari jabatan agama, orang 'kita'lah yang ranking paling tinggi bercerai tiap2 tahun...mmmm... kan kita kata orang lain semuanya 'sesat' jadi tak payah dok layanlah!
|
husna_493
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.07.2005 Ahli No: 17529
Posting: 32
Dari: dari sini
|
Posting pada: 13-08-05 18:52
kawin kontrak memang haram!tapi tak tau lah sekarang ni ada ke tak orang yan buat macam tu.kalau dalam novel banyak saja kisah kawin kontrak ni.macam yang syaheeda cakap.ustaz saya ada bagitau,ayah pin ada isteri melalui perkahwinan mut'ah.tapi,lantak lah dia kan?asalkan kita yang ada kat sini tak buat perkara macam tu.setakat kerja kontrak dah lah..
|
Ramzi
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17780
Posting: 26
Dari: Melaka
|
Posting pada: 15-08-05 18:58
daripada apa yang saya belajar, perkahwinan kontrak tak sah bagi sesebuah prkahwinan. ia akan terbtl dengan sendirinye.
|
wehdah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau
|
Posting pada: 15-08-05 19:45
assalamualaikum kahwin kontrak ni kan ada tempoh , hbs tempoh berlakulah penceraian , sedangkan talak tu perkara yang paling Allah benci...
|