Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: mengumpat / mengutuk dalam ukhwah?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» mengumpat / mengutuk dalam ukhwah?

Please Mendaftar To Post


Oleh mengumpat / mengutuk dalam ukhwah?

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 19:02


Assalamualaikum

sedar tak sedar selama ni kita semua saling berkongsi pendapat,berkongsi masalah , berkongsi ilmu...tak kira dari mana kita datang , tak kira umur...kita selalu menemui jalan penyelesaian ...sedar tak sedar juga dalam mencari buruk baiknya suatu perkara kita telah mengutuk orang lain ,mengumpat yang tak sepatutnya berlaku dalam laman yang kita cintai dan sayang ni....oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi segala kata-kata yang menginggung perasaan orang lain.

LIDAH PEMBUKA PINTU SYURGA
LIDAH JUGA PEMBUKA PINTU NERAKA
TEGURAN LAH DENGAN CARA BERHIKMAH
SEORANG TU BUKAN SAHABAT SELAGI DIA TAK DIUJI DENGAN PERKARA YANG MEMBUATKAN DIA MARAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-05 19:21


betul tu, apakata lain kali jangan bagitahu nama..just sifulan bin sifulan pun dah memadai......biarlah berbentuk general, dan ada percambahan pemikiran supaya segala ide2 yang bernas boleh diforwardkan ke pihak yang lebih tinggi lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 19:33


Motif penubuhan Ukhwah.com jangan diabaikan.
Banyak pujian yang diterima (Ukhwah.com lebih ilmiah, kata mereka), tak kurang juga kritikan yang diterima. Tapi kritikan tanpa penyelesaian adalah 'kata-kata angin' sebab mengkritik tanpa menyertakan penyelesaian adalah kerja paling mudah di dunia.

Teguran dari wehdah dan cadangan songkok_aji02 ini mesti diambil serius.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 20:37


al ghibah ......asalnya satu amalan yang perlu dihindari di dalam islam, ada yang boleh dan ada yang tidak...kita perlu faham dengan jelas antara kedua, jangan mengumpat kerana ia seperti memakan daging saudara kita sendiri, umpatan terhasil dari ungkitan anatara dua orang atau lebih perihal keburukan peribadi seseorang tanpa pengetahuan peribadi itu, maka ia dianggap kesalahan kerana ia tidak ditegur atau diceritakan terus kepada tuan peribadi kerana niat memburukkan peribadinya, membuka keaiban orang lain, menabur fitnah dan melakukan adu domba, semua perkara ini akan menyebabkan permusuhan dan perbalahan dan sudah tentu perbalahan akan mengakibatkan perpecahan di kalangan umat islam, perlu diingat....kesalahan yang dilakukan perlu diperbetulkan dengan berbagai cara sebelum kita memarahi atau memukul, mnghukum dsbg.... peringatan dan teguran perlu diberikan dengan anggapan mungkin dia terlupa atau leka, jahil dan sebagainya, atau mungkin ia di dalam keadaan tidak terkawal dan beremosi, semua keadaan ini menjadikan manusia tidak sempat menggunakan akal dengan sempurna dan bertindak waras.. selepas itu, cuma dalam beberapa hal yang amat diperlukan dibolehkan kita menyebut nama untuk menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang lain, ditakuti perkara itu akan diteladani atau ditanggapi sebagai perkara betul atau benar , juga dalam keadaan sopan dan tidak beremosi, ..... niat yang ikhlas perlu dalam melakukan apa jua perkara,...


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 10-08-05 20:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 22:11


contoh mudah yang boleh saya berikan ialah ASTORA JABAT... kenyataannya amat merbahaya, kabur, meragukan dan tidak konsisten dengan fakta yang dipegang, banyak cenderong kepada asas rasional dan logik, kurang fakta dan dsbgnya, sebut namanya tidak salah demi memberi penjelasan dan sempadan kepada orang lain... wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 11-08-05 22:34


kalau ayah pin, astora jabat tu lain...sebab umum tau mengenai mereka...lagipun dikuatkan lagi dengan fakta2 yang kukuh yang mereka ni dah sesat...maksud yang tak boleh ni jgnlah sampai kita jadi macam dan.A.T.O... "dan"o "A"ction "T"alk "O"nly..memang bagus kalau kita saling menasihati antara satu sama lain....... saya gunakan info dalam ukhwah untuk meningkatkan pengetahuan...jadi biarlah menerusi ukhwah.com ni kita dapat lihat satu percambahan pemikiran dan lagi bagus kalau kita dapat menyalurkan segala ide, atau bantahan yang ada dengan cara hikmah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 22:48


MENGUMPAT/GHIBAH

1. Mukaddimah

Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari
kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan
seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang
dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah
bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan
sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah
menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.

Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang
mengumpat dalam firmannya :

Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah
seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati,
tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;
(Surah Hujurat ayat 12)

Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai
hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk
kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah
mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa
mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa
Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun
dirahsiakannya).

Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali
tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung
kerumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita
tersebut.

Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya
kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan
kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut
kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:

Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang -
orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan
akhirat;
(Surah Al-Nur ayat 19)

2. Definasi mengumpat/ghibah

Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila
engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak
disukainya.marah benci dan sebagainya.

3. Perkara-perkara yang sering menjadi umpatan:

3.1 Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu
gemuk, tempang dan sebagainya.

3.2 Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau
keburukan lain dalam keturunan seseorang.

3.3 Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah,
pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.

3.4 Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim,
lemah ibadat seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang
tuanya dll.

3.5 Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll.
Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika
beliau tahu marah sama ada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat,
tulisan yang bermaksud mengumpat.

4. Apakah orang yang mendengar juga termasuk melakukan umpatan/ghibah?

Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama mengumpat/bersubahat
jika :

- Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu pendorong agar
yang mengumpat lebih giat dan bersemangat untuk mengumpat terus.
- Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari
cubaan yang sedemikian.
- Berdiam diri sewaktu mendengar ada orang mengumpat orang lain.

5. a. Reaksi sewajarnya elak bersubahat

- Baiknya diwaktu kita mendengar orang mengumpat, langsung kita
mengingkari dengan lisan iaitu menyuruh berhenti mengumpat.
- Alihkan perbicaraan lain.
- Jika gagal hendaklah mengingkari dalam hati (takut menentangnya).

b. Cara mengelak mengumpat

i. Pesanan Ibnu Abbas;

Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cobalah
dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada
dalam dirimu sendiri;

ii. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa
orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan padanya.

iii. Sibukkan diri mengubati kekurang diri supaya kelemahan dan
kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati
cela orang lain. Seperti Rasullah S.A.W, Berbahagialah seseorang yang
disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang
lain;

iv. Obat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana
kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala
ucapan buruk.

6. Implikasi dari umpatan :

i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

Bidalan Melayu berkaitan dengan lisan dan kesan umpatan

i. Lidah lebih tajam dari mata pedang.
ii. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana .

7. Sebab-sebab yang mendorong orang mengumpat

i. Ingin melenyapkan kemarahan:

Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan
keburukan/kelemahan orang yang dimarahi.didendami. Jadi ia mengumpat
mengata yang bukan-bukan. Punca disini ialah kemarahan serta dendam dalam
hati.

ii. Kemegahan diri:

Keinginan agar disifatkan lebih tinggi martabat lebih megah dan mulia
dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

iii. Kedengkian:

Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi ia mencari
jalan/kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi
dipuji atau dimuliakan.

iv. Saja suka-suka:

Bersendagurau untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu
memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut cela-cela orang lain
tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya dari segi
meniru perlakuan orang yang diumpati.

v. Penghinaan:

Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini
ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta
ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

vi. Sifat-sifat lain:

Sukar dianalisa banyak sebab tetapi semuanya lahir akibat tipudaya syitan
belaka sebagai janji menyesatkan umat. selain dari itu juga merupakan
sifat mazmumah yang perlu dikikis.

8. Hukum mengumpat

Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain.
Hukumnya sama haramnya dengan mengata seseorang secara lisan. Namun
dikecualikan bagi hanya sekadar lintasan buruk orang lain yang mudah
lenyap. Sangkaan buruk yang tidak dibenarkan ialah tanda kecenderungan
hati dan dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras,
sebagaimana Friman Allah S.W.T.:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu
sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah dosa;

Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam hati hendak menyangka buruk
kepada orang lain, baiklah ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu
kerana syaitan adalah sefasik-fasik kaum yang fasik. Firman Allah S.W.T.:

Hai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang fasik datang padamu
dengan membawa suatu berita, maka carilah kenyataannya lebih dahulu
(periksalah dengan saksama) supaya kamu tidak sampai mencelakakan
suatu kaum dengan tidak diketahui sebenarnya;
(Surah Hujurat ayat 6)

9. Alasan-alasan mengumpat dibolehkan

i. Dalam hal penginayaan

Ketika dizalimi/dianiaya orang, lalu mengadu pada hakim agar haknya dapat
diperolehi semula. Maka dibolehkan mengumpat seperlunya dengan dibatasi
mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan perkaranya sahaja. Sabda
Rasullah S.A.W.:

Orang -orang yang mempunyai hak itu boleh mengucapkan alasan-alasannya.

ii. Membetul yang terpesung

Khusus kepada orang yang bermaksiat agar kembali kejalan baik. Namun
masih umpatan dibatasi seperlunya sahaja. Dalam keadaan ini pelajar
yang melapurkan prilaku maksiat atau bersekedudukannya pelajar lain
adalah merupakan tanggungjawap dan bukanlah mengumpat; jika
ternyata; lapuran yang diberikan adalah betul; kerana tergolong dalam
amal makruf dan nahi mungkar.

iii. Sewaktu meminta fatwa/penerangan hukum agama

Seperti suami yang kedekut yang tidak memberi nafkah yang cukup, lalu
mengadu pada hakim/mufti. Seperti kisah Hindun bte. Uthbah
menceritakan kepada Rasullah untuk mengelak dari terus dizalimi oleh
suaminya.

iv. Menakut-nakutkan agar tidak berbuat jahat
Melihat kejelekan itu pernah dilakukan oleh orang lain. Kemudian kita
beritahu padanya akan bahaya atau kesukaran yang dialami sebab
perbuatan itu. Tujuannya semata-mata agar bahaya tidak terkena.

v. Diwaktu bertanya orang yang lebih dikenali dengan gelaran :

Bertanya alamat seperti menyebut gelar orang yang dicari seperti Si
Pincang, Si Bongkok dll. Semata-mata bertanya minta penjelasan dan
diketahui tidak memberi kesan kepada yang dicari ( gelaran mahsyur ).

vi. Memang terang kefasikan orang yang diumpati

Orang yang fasik itu berbangga pula dengan perbuatan cela yang
dilakukannya seperti Firaun, Qurrun dan Hannan.

10. Tebusan/Kaffarat mengumpat

Bertaubat, menyesali atas perbuatan mengumpat yang dilakukan seterusnya
meminta maaf dari yang diumpati agar dimaafkan seterusnya
menghilangkan kemungkinan dendam yang berpanjangan dari yang diumpati.
Yang penting dari masa ke semasa cuba menghilangkan sifat mazmunah dalam
diri dengan membanyakkan amalan zikir supaya masa yang ada tidak terluang
untuk mengumpat.

www.bicarasufi.com


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 22:55


Setuju!

Biarlah Ukhwah.com terus lead dan menjadi pemimpin kepada portal (atau komuniti kalau tak layak disebut portal).

E-mel yang diterima mengatakan Ukhwah.com sentiasa ditiru dan menjadi ikut-ikutan. Hatta nama perniagaan yang mengendali pun ditiru. Pengendali kita ialah: HANAN NETWORK (atau membawa maksud: Jaringan Kasih Sayang), pun ditiru, diletak perkataan Network juga,...... isk, isk, isk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 23:47


tak patut..
tak patut...

ukhwah fillah abadan abada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 16-08-05 05:57


kritikan yang bagus itu adalah kritikan yang m'bina, yang terselit sifat2 ilmiah, yang m'betulkan apa yang perlu dibetulkan, yang m'benarkan apa yang perlu dibenarkan, & bukan semate2 bersifat telus & tulus.


-----------------
pengalaman itu ibarat guru
yang mengajar di sekolah hidupmu


Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 06:36


minta ampun dna maaf jika ada terkasar bahasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.233671 saat. Lajunya....