Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 99
Ahli: 0
Jumlah: 99




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
nur_takwa88: 26 hari yang lalu
kismis: 27 hari yang lalu
qaulah_atrah: 38 hari yang lalu
muaz9768: 42 hari yang lalu
Rashdin: 48 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kematian raja fadh.. tanda munculnya imam mahdi?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kematian raja fadh.. tanda munculnya imam mahdi?

Please Mendaftar To Post


Oleh Kematian raja fadh.. tanda munculnya imam mahdi?

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 17:48


Ana dapat artikel ni dari kawan... harap kita dapat kongsi dan fikirkan bersama dan berikan pendapat sahabat2 sekelian..

!!! QUOTE !!!



PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.


Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1



Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.


Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.



Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.


Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi


HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN    BULAN & TAHUN    PERISTIWA
Ogos2005    Rejab 1426    Kematian Raja Fadh
September 2005    Syaaban 1426    
Oktober 2005    Ramadhan 1426    1.    Gerhana di awal bulan2.    Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*3.    Gerhana di ditengah bulan(siang)4.    Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
November 2005    Syawal 1426    Peperangan dan huru hara
Disember 2005    Zulkaedah 1426    Konflik antara Negara Islam/suku kaum
Januari 2006    Zulhijjah 1426    Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
Februari 2006    Muharam 1427( Hari Asyura)    Imam Mahadi di bye’at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.









-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 10-08-05 18:03


!!! QUOTE !!!

HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN    BULAN & TAHUN    PERISTIWA
Ogos2005    Rejab 1426    Kematian Raja Fadh
September 2005    Syaaban 1426    
Oktober 2005    Ramadhan 1426    1.    Gerhana di awal bulan2.    Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*3.    Gerhana di ditengah bulan(siang)4.    Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
November 2005    Syawal 1426    Peperangan dan huru hara
Disember 2005    Zulkaedah 1426    Konflik antara Negara Islam/suku kaum
Januari 2006    Zulhijjah 1426    Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
Februari 2006    Muharam 1427( Hari Asyura)    Imam Mahadi di bye’at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.


Assalamualaikum

jawapannya pada topik: Tahun 2005 Yang Gempar

kiamat itu pasti.. tanda-tandanya juga sudah dikhabarkan.. tapi siapalah kita untuk meramalkan apa-apa yang bukan diberitakan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam..

Allahu a'lam..


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 20-08-05 04:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 18:15


hampo biaq betui... semua tu hanya Allah Yang Maha Mengetahui tahu segala-galanya..

waallahua'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 10-08-05 18:31


Hanya Allah yang tahu.. Namun, ia sebagai tanda peringatan kepada kita.. Waspada!


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

tentera_berkuda
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16444
Posting: 1327
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-08-05 20:25


mesti ada tentera berkuda

Bookmark and Share

    


  Member Information For tentera_berkudaProfil   Hantar PM kepada tentera_berkuda   Quote dan BalasQuote

RuhulShahid
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17711
Posting: 23
Dari: utec

iraq  


posticon Posting pada: 10-08-05 22:42


berusaha kamu sebagaimana kamu akan hidup 1000 tahun lagi,
beribadahlah kamu sebagaimana kamu akan menemuiNya sebentar sahaja lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuhulShahidProfil   Hantar PM kepada RuhulShahid   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 22:58


Ya Allah betul ke ni?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 18:52


saya pun tak tau betul ke tak.. kita nantikan saja lah.. tanda2 ini.. kalau betul tu jadikan pengajaran..

tahun ni banyak peristiwa pelik yang berlaku.. tsunami.. ikan naik kat pantai.. tanah arab turun salji.. tanda dekatnya kiamat...

semoga tanda2 ni dapat meningkat keimanan kita kepada Allah... ya Allah jauhi kami dari fitnah dajjal......

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 19:04


!!! QUOTE !!!

Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.



Cuba lawati this link : http://www.templeinstitute.orang/main.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 19:17


emm..ana pun ada terbaca juga pasal artikel gempaq ni!!!
Tapi..wallahu a'lam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

cahaya82
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-08-05 19:52


assalamualaikum........

sahabat2 semua.....sedarlah.....sudah terlalu banyak tanda2 dunia akan kiamat akan tiba....perang sana-sini....manusia lalai akan perintah yang diamanahkan Allah......untuk membicarakan tentang kiamat terasa kerdil diri ini....Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan golongkan kita semua di dallam golongan yang benar dan beriman....Amin Ya Rabb.......Hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya82Profil   Hantar PM kepada cahaya82   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 23:06


tapi kita bsiap sje lah mungkin ada bnar artikel ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 11-08-05 23:26


saya dah pergi laman web zionis tu..memang mereka dah bersiap sedia bina kuil , muzium dan macam2 lagi...mereka lagi yakin..kita apatah lagi.... kiamat pasti menjelma..yang penting tingkatkan amal,dan doakan untuk semua muslimin dan muslimat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-08-05 23:40


assalamualaikum...

erm...just one thing we can do.. sentiasa bersiap sedia atas apa yang bakal berlaku...

tapi.. ustaz ada ada kata.. kemungkinan perkara (yang tersebut diatas) adalah rancangan orang-orang yahudi untuk melemahkan umat Islam.

apa-apa pun.. siapa lah kita nak meramal bila berlaku kiamat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 01:39


entahla... Allah lebih mengetahui kebenarannya...
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 12-08-05 01:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 01:41


Allah lebih mengetahui.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-08-05 02:38


yasalunaka anisaah...kul inamal ilmuha indaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

kilauansyifa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15817
Posting: 116
Dari: mesir

egypt  


posticon Posting pada: 12-08-05 03:33


hanya allah saja yang maha mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kilauansyifaProfil   Hantar PM kepada kilauansyifa   Quote dan BalasQuote

guest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2005
Ahli No: 17289
Posting: 72

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 10:49


If you doomsday fanatics could pull your head out of your a$$ for a just a short moment, then you'd realise that you guys are nuts.

In the past, many misguided 'ulamas' have claimed themselves as imam mahdi. Why? because they were surrounded by zealous twits who would believe in anyone who walks around wearing turban and sports a long beard.

It's okay to constantly remind ourselves of the Day of Judgment in order to better ourselves spiritually, but if you are raving about the qiamat in order to spark an inter-religious war, then that's just f*cked up.
[ Telah diedit oleh: guest pada 15-08-05 10:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For guestProfil   Hantar PM kepada guest   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 16:11


cool..... what a guest!!!

What I’ve felt, what I’ve known never shined through in what I’ve shown.never be
never see, won’t see what might have been, never free never me..... You labeled me I’ll label you.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 15-08-05 16:31


persoalannya bukan bila dtgnya kiamat tapi...apakah persediaan untuk kita bagi menempah kehidupan yang abadi di akhirat nanti...bnyk2anla amal dan memohon keampunan Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 19:37


please dont use bad words...! :-(
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 15-08-05 19:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 01:31


renungilah sajak ni.... tak paham2 lagi ke mereka ni...?

Sikap ulama’ kini.

aku hairan dan sedih dengan sikap ulama’
Terutama kepada ulama’ melayu Malaysia
Mengapa tidak membuat kajian
Bahawa diakhir zaman Melayu akan jadi empayar melalui Islam….
Memberitahu orang melayu islam agar berjuang kearah itu
Dengan membawa 5 prinsip; Tuhan, pemimpin, ajaran, jemaah dan system sebagai pengisian…

Padahal Yahudi tahu kerana membuat kajian
Bahawa kebangkitan Islam kali ke2 di akhir zaman bermula dari timur, khususnya Malaysia
Kerana itulah mereka bersama Amerika membuat pelbagai percubaan menghalang kebangkitannya
Dengan pelbagai cara dan saluran
Percubaan mereka itu tetap gagal demi gagal kerana janji Tuhan
Kalau bukan kerana janji Tuhan kita sudah jadi seperti Afghan dan Iraq

Kalau ulama’ Islma faham kebangkitan Islam kali ke2 ini di Malaysia
Mereka akan faham bagaimana berjuang kearah janji Tuhan
Sudah tentu merekalah menjadi ulama’ yang memberi panduan

Tapi hari ini jika orang bertanya tentang kebangkitan Islam diakhir zaman
Hingga hari inilah tiada jawapan
Jika ada jawapan pun ianya tidak jelas, tanpa ketegasan
Ulama’ Islam inilah tidak boleh dijadikan pegangan…bagaimana mahu berjuang?

Disini lemahnya ulama’ akhir zaman
Sepatutnya kebangkitan Islam kali kedua mereka faham
Sepatutnya mereka telah membuat kajian
Takkanlah tiada panduan untuk berjuang
Tidak munasabah tuhan tidak memberi panduan
Kalau di buat kajian mesti nampak jalan
Mesti ada â€guide line’ dari Tuhan
Tidak munasabah orang Melayu akan jadi empayar kalau tiada jalan
Jika tidak nampak jalan disebabkan kerana tidak ada kajian

Disinilah yang kita sedihkan terhadap para ulama’ di akhir zaman
Ulama’ hari ini bukan kerja mereka, mereka lakukan
Yang sepatutnya kerja mereka, mereka abaikan
Jadi orang islam tidak ada panduan dan ikutan
Kerana kecuaian para ulama’ diakhir zaman…..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 01:33


imam mahdi.

ps: sempat ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 04:06


apa maksud mukasyaf...ps:sempat ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 04:29


Pada 16-08-05 01:33 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

imam mahdi.

ps: sempat ke?



maksudnya daripada menunggu
apa persiapan kita..
kalau pun di panjangkan umur..











Ana: takut kita bukan tergolong dari pendokong dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 18-08-05 04:35


Pada 18-08-05 04:29 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-08-05 01:33 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

imam mahdi.

ps: sempat ke?



maksudnya daripada menunggu
apa persiapan kita..
kalau pun di panjangkan umur..











Ana: takut kita bukan tergolong dari pendokong dia...



Assalamualaikum....
entah lah...
apa yang pasti...
kita takkan dapat tahu semua tu...
bila tarikhnya...
jangan jadi macam orang yahudi...
takkan lah sehari sebelum khiamat baru nak bertaubat...
kalau nak... taubat sekarang..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 18-08-05 05:28


Pada 18-08-05 04:29 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-08-05 01:33 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

imam mahdi.

ps: sempat ke?



maksudnya daripada menunggu
apa persiapan kita..
kalau pun di panjangkan umur..

Ana: takut kita bukan tergolong dari pendokong dia...

Betul tu...
Menunggu adalah perkerjaan yang membosankan. Lebih baik mempersiapkan diri "menjadi Imam Mahdi" atau "menciptakan Imam Mahdi" melalui dakwah atau kerja2 amal kita.....

Bisa jadi ini trik musuh Islam agar umat menjadi jumud...
Imam Mahdi adalah haq namun jika hanya menunggu.. ini rasanya kurang bijak..

[ Telah diedit oleh: abu_muaz pada 18-08-05 05:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-05 07:45


mmm... ada tetamu akan datang ketempat kita (bukan 'guest' yang seorang tu!) bagaimana mungkin kita nak sambut beliau sdgkan kita pun tak kenal dia ni yang mana satu. memang segala macam persiapan dah pun dibuat, yalah! tetamu istimewalah katakan...karpet merah, pulut kuning ka... sirih junjung ka... Tapi kita hanya tahu namanya sahaja. sapa2 pun boleh mengaku sebagai tetamu yang dimaksudkan tu atas kepentingan tertentu... dalam kes ni, bila sampai masa dan ketikanya tidakkah 'tetamu' ni merasa sedih/kecewa kerana tak siapa pun mengenalinya. tak ada pun wakil dari kita yang dok tunggu2 tetamu yang dah sampai ni ucap selamat datang ka... welcoming reception ka...... Ada pemimpin besar dari sebuah negara datang ke tempat kita, fuh!!! macam-macam acara sambutan dibuat, paling mudah...mula2 sekali dia akan dapat kalungan bunga. Tapi tetamu yang kita yang satu ni, sapa nak kalungkan bunga pada dia... sebab tak pernah kenal, macam mana rupa pun tak tahu...
Kita pun kalau pergi check in kat hotel 5 star tgklah macam mana depa layan kita sebagai tetamu ... pulak tu kalau kita nak kasi tips 2/3 ringgit tu tak kisah punya.... kalau duit banyak mungkin kita bagi RM10 ka.... tapi dalam kes ni tetamu mana yang nak bagi kita tips? tetamu mana yang kita nak layan? Pulak tu tetamu ni bknlah datang nak bercuti atau berseronok2 kat tempat kita. Tetamu ni datang sebagai 'pemimpin' seluruh umat diakhir zaman dan rasanya sekarang ni dah akhir zaman dah agaknya? datang untuk menyelamatkan kita... dari segala macam fitnah! menegakkan yang haq menolak segala macam kebatilan, dia bukan datang ajak kita pergi berkelah di tepi pantai... hatta Nabi Isa a.s (seorang Nabi) pun solat jemaah jadi makmum diblkg beliau. patutkah kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat? Kalaulah kita sebagai 'tetamu' tersebut, apa perasaan kita bila tak ada yang menyapa kita... (ada hadis ....akhir zaman, bagi salam pada yang kenal sahaja!) Besok apa nak jawab dengan Allah s.w.t ..... tak kan nak jawab tak sempat agaknya?(dah kojol)... sdgkan tetamu tu dah pun ada kat tempat kita (contohlah...) Tidakkah kita teringin bersama2 dengan tetamu ini memperjuangkan yang haq dan menghapuskan segala yang batil?
Yahudi kat Israel tu... untuk apa depa buat tembok yang lebarnya 3-4 mtr dan tinggi pun dekat2 sama macam pokok kelapa... tak kan nak elak dari lastik budak2 Palestin agaknya? Depa(Yahudi) pun buat persediaan ... kita pulak masih lagi dok tunggu dan lihat? at the end kita punya karpet merah tadi pun jadi masam, pulut kuning pun basi, sirih tadi pun dah kering.... bla...bla...bla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

mulimahsejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-08-05 14:17


sekarang ini..kita semua hamba Allah..sujud pada Nya..apa pun yang terjadi...REdha saja betul tak...kita hanya hamba.....menurut perintahnya................

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulimahsejatiProfil   Hantar PM kepada mulimahsejati   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 14:50


Yang penting kita kena buat persiapan IMAN & AMAL...
maut pasti datang...


-----------------
Jana Gaji Anda Sendiri
http://www.GajiBulanan.Com/?id=etijarah
http://



    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-05 14:53


audara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah menyelamatkan dirimu daripada terus
ditipu oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak email di internet yang mengatakan gerhana 2 kali di
bulan Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan kedatangan Imam Mahdi. adakah ia benar?
penulisan ini akan mengupas isu berkenaan.

Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda kiamat memang banyak hadith sahih yang
menceritakannya. Kita wajib meyakini kerana itu akidah kita. Bagaimanapun, ana telah mendapat
maklumat daripada jabatan falak syarie yang mengkaji tentang fenomena gerhana serentak matahari
dan bulan atau gerhana serentak bulan sahaja dan kaitannya dengan kedatangan Imam Mahdi.

INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani, Bahai, Aurad Muhammadiah (rufaqa' kini) dan
Syiah....

Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah
disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil
pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah
yang diiktiraf dalam al-Quran.

SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan
dalam sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana
tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. Terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya
mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan
mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi atau
pemuda Bani Tamim. Berikut adalah tarikh dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan ramadhan
yang berlaku sepanjang selepas rasulullah wafat: dan setiap kali itulah Imam Mahdi lahir????

Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311
Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana
berpasangan. Berikut adalah tarikh gerhana 2 kali berlaku dan ajaran sesat yang timbul bersamanya:

1.        Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam
Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan
takhta kepada anaknya.
2.        Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam
Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini,
mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.
3.        Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah),
Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua agama dan seorang nabi.
Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.
4.        Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi.
Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan.
5.        Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan
nabi. Pengikutnya dikenali sebagai Qadiani.

dah banyak kali sebenarnya gerhana 2 kali bulan ramadhan... semuanya ada ajaran sesat yang timbul
kemudiannya. DI Malaysia sudah ada kelompok yang memperjuangkannya. BERHATI_HATI.
jangan terpengaruh. Pertahankan Akidah ahli Sunnah wal Jamaah.

BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA DUA KALI RAMADHAN
ITU ADALAH TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN HADITH PALSU @
HADITH SYIAH...

Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal
Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk> menetapkan atau meramalkan apa yang akan
berlaku pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah Allah.

PS: CARILAH ILMU ISLAM BERDSARKAN SUMBER SAHIH DAN MUKTABAR.
BERGURULAH DENGAN RAMAI ULAMA'. ANDA AKAN DAPAT MENCARI
KEBENARAN YANG SEBENAR.

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 15:11


huh. Terima kasih. Ana hampir-hampir percaya. Alhamdulillah. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t........

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 15:22


baru saja dengar tazkirah tadi pasal benda ini.. ustaz tu cakap tak boleh percaya benda ini...


sebenarnya saya pun tak pasti dengan berita ni.. pengharapan saya cuma kat kawan-kawan sekelian... terima kasih kerana membantu..

niat saya hantar posting ni pun nak minta pandangan daripada sahabat2 sekelian.. supaya apa yang salah dapat diperbetulkan..

nak berguru dengan alim ulama tu.mungkin memakan masa.. tapi dengan adanye forum macam ini .. Alhamdulillah..

terima kasih semua.. fahamla saya sekarang.. jangan mudah terpedaya dengan berita2 yang kurang jelas.. tak bersandarkan nas2 hadith dan quran...


ikutlah alquran dan assunnah.. nescaya kita takkan sesat.. Sunnah wal Jamaah...


-----------------

Koleksi Busana
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 19-08-05 15:49 ]



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ainjoe
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14719
Posting: 43
Dari: Utm Skudai

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-08-05 17:01


saya pun pernah terbaca artikel tu dan saya memang hampir2 percaya dengan 2..tapi, bila fikir2 balik.....semua 2 kehendak Allah kan..
apapun, syukran bagi yang saling memperingatkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainjoeProfil   Hantar PM kepada ainjoe   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 17:29


KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya. "Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat. "Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan," katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. "Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat,qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas," katanya.

Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu. "Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu.

"Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk `Tahun Gempar 2005' itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober. Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.

Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini. Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.

Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu. "Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah. "Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan," katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan. Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya. Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan. "Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.

"Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya. Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah.

"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 17:36


Kedatangan Imam Mahdi sudah tidak dapat dielakkan lagi. Sama-samalah kita berdoa agar kita berada digologan kebenaran atau kumpulan Muhammad Al-Mahdi alMuntazar. Imam mahdi ini bukan Imam Mahdi Besut, Bukan juga Imam Mahdi Jawa(Abuaya) dsb. Tetapi ianya adalah dari keturuan Fatimah melalui Saidina Husein.

kedatangan membawa kemakmuran dan keadilan serta kesejahteraan. Kematian Raja Fahd itu hanyalah sebahagian daripada tanda-tanda kemunculan al_mahdi. Bila al-mahdi akan MUncul itu hanyalah diantara Muhammad al-Mahdi dan Allahs.w.t.

Keadaan di TimTem(Timur tengah juga adalah sebahagian dari tanda-tanda nya. Soal terjadi nya dua gerhana ini bukannya fahaman syiah semata-mata tetapi juga dari kita ahli sunnah wal jamaah. Sila rujuk kitab karangan Muhammad isa bin Dawod sebanyak 3 jilid yang membicarakan tentang khusus perihal al Mahdi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 17:55


makin lama makin confuse :O

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 17:58


yep..

baca buku karangan Muhammad Isa Dawud

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 18:03


Tak perlu nak pening-pening. Cukuplah sekadar mempercayai tentang kemunculan al mahdi dan kepimpinan beliau. Berdoa semoga kita berda didalam kumpulan al-mahdi bukannya golongan kesesatan yakni dajjal laknatullah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 19-08-05 18:05


tak payah pening2...just tumpu pada keimanan terhadap Allah swt (6 rukun iman)..rajin2 lah buat ibadat dengan hati yang ikhlas serta berilmu terhadap ibadat tersebut (tak buat bida'ah yang merapu)....secara otomatik anda akan berada di pihak yang benar, insyallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 20-08-05 04:01


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim..

penat dah ulang isu ni, tapi masih ada juga yang percaya.. :-)

"Sesungguhnya Allah, HANYA pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.." (Luqman: 34)

bahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan Jibril 'alaihissalam sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah tidak mempunyai pengetahuan tentang bilakah terjadinya hari yang dijanjikan tersebut.. dalam satu hadith shahih yang panjang, yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:

".. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.." (HR Imam Muslim, Tirmidzi, an-Nasa'ie, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad)

Pernah satu ketika para sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan kejadian gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kematian putera Rasulullah yang bernama Ibrahim.. maka Baginda menyangkalnya dengan sabdanya yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solah.." (HR Imam Muslim)

gerhana yang berlaku tidak disebabkan oleh kematian atau kelahiran sesiapa.. ia juga tidak menjadi tanda kemunculan Imam Mahdi.. begitu juga dengan kematian raja fahd, ia hanyalah satu daripada sunnatullah yang pasti akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.. jgnlah dikaitkan kematian tersebut dengan perkara-perkara ghaib yang kita tiada pengetahuan tentangnya..

Allahu 'alam bisshawab..


p/s: sedikit pembetulan pada posting songkok_aji.. Imam Jaafar Shadiq bukanlah seorang syiah (w/pun dimasukkan sebagai seorang daripada 12 imam oleh pengikut syiah).. beliau merupakan seorang yang faqih pada zamannya (kalau tak silap Imam Malik juga pernah berguru dgnnya), dan merupakan Ahlul Bayt, iaitu keturunan Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam..


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 20-08-05 04:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 11:45


dah lama tunggu nak dengar komen alea13 tentang benda ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 12:42


artikel tu bukann nak suruh percaya atau takk...
itu peringatan agat cepat2 sedar....
manusia ni..Kalau tak diketu...tak berjalan..
so...dengan teks tu...mungkin ada yang terpikir amalan dah banyakke belum...
Kalau benda tu terjadi... tak pela...at least kita ada persediaan..
Kalau tak...naya saja...yang dia tahu..asyik nak menolak2 saja...
dalam kes sebegini sepatutnya kita bertawaqquf... tak tolak...tak terima... memang tak masuk dalam aqidah pun..tapi... kena lah ada bekalnya.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 15:20


Kita harus mempercayai tentang kedzuhuran imam mahdi sama ada kita suka atau tidak. E-mail itu adalah peringatan sahaja. Mengambil sikap bertawaquf, bukanlah cara yang terbaik. Sebaiknya kita harus mencari akan kebenaran tentang peristiwa besar ini. Soal tentang imam mahdi ini bukanya dibincang kan dalam islam, malahan konsep penyelamat ini juga dibincangkan dalam buddha- kelahiran semula buddha, yahudi _sang messiah dan kelahiran elia dan kristian sebagai nabi Isa. Istilah ini di sebut kristologi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 20-08-05 15:46


Assalamualaikum

syermaly & al_farisi: memberikan peringatan dan mengambil pelajaran itu tidak salah, bahkan amat dituntut.. akan tetapi, menjadi kesalahan yang amat besar sekiranya melakukan pendustaan atas nama Rasulullah, walaupun dengan niat yang baik.. sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)

ana tidak salahkan pembuka topik ni sebab dia pun hanya minta pandangan.. cuma harus diingat, terdapat begitu banyak hadith shahih berkaitan tanda-tanda Qiamat (tidak kurang daripada 40 hadith).. begitu juga hadith-hadith tentang kemunculan al-Mahdi, sangat banyak jumlahnya hingga dianggap sebagai mutawatir (ma'nawi)..

maka ambillah nas dari sumber yang shahih yang begitu banyak jumlahnya, dan tinggalkan sumber yang meragukan..

Allahu a'lam.. :-)


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 20-08-05 15:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 20-08-05 15:53


terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Memang tidak dapat dinafikan banyak hadith-hadith tentang imam mahdi yang muwatir atau dhaif. Tetapi banyak juga yang sahih dan hasan. tentang surat tu memang lah mungkin ia tulis sebagai peringat tetapi konsep tentang imam mahdi dan tanda tanda kemunculan tidak dapat di sangkal lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 20-08-05 16:03


Ana juga nak jawab sedikit artikel ni & artikel sebelum ini (Tahun 2005 Yang Gempar).. Disebabkan ia membincangkan isu yang sama, maka digabungkan dalam satu artikel saja..

* Artikel 1 merujuk pada topik Tahun 2005 Yang Gempar, manakala artikel 2 merujuk pada topik ini (Kematian Raja Fahd)..


1. Di antara kandungan artikel 1 adalah petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam saja'afar Shadiq rahimahullah:

!!! QUOTE !!!

"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.." (Ikmal ad-Deen ms 361)


Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi lantas menyangkalnya dengan sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.." (Shahih Muslim)

Rasulullah menegaskan kepada para Sahabat bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak harus dikaitkan dengan kematian atau kelahiran seseorang. Justeru kejadian gerhana yang dijangka berlaku Ramadhan ini tidak harus dikaitkan dengan kemunculan al-Mahdi. Desas desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd dengan kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.


2. Turut dinyatakan dalam artikel 2 (kesinambungan daripada artikel 1), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:

!!! QUOTE !!!

* Ogos 2005/Rejab 1426 - Kematian Raja Fadh
* September 2005/Syaaban 1426    
* Oktober 2005/Ramadhan 1426
     - Gerhana di awal bulan
     - Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
     - Gerhana di tengah bulan (siang)
     - Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
* November 2005/Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
* Disember 2005/Zulqaedah 1426 - Konflik antara negara Islam/suku kaum
* Januari 2006/Zulhijjah 1426 - Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
* Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) - Imam Mahdi dibai'ah


Bahkan dalam artikel 1, tarikh-tarikh kejadian tersebut dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini disangkal melalui firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.." (Luqman: 34)

Harus diingat bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta Jibril 'alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya Qiamat. Baginda juga tidak memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah dikhabarkan oleh Allah kepadanya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:

.. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat." Baginda bersabda, "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.." (HR Imam Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Sedangkan makhluk ciptaan Allah yang amat mulia dan amat hampir kepada-Nya pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi Allah, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui lisan Rasulullah?

Di samping itu, Ibn Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu' - tanpa perlu melihat kepada sanadnya - adalah matan yang menceritakan secara terperinci perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb. Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan terperinci, maka ia adalah tertolak!


3. Diceritakan lagi dalam artikel 2, bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan Rasulullah dari Bani Jawi:

!!! QUOTE !!!

Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan "masuk jawi" dan tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.


Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam, yang mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh Muhammad Abdullah as-Suhaimi, seorang kiyai yang dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia (Bani Jawi lah tu). Tidak mustahil penulis email tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari Muhammad.

Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi yang secara terang menyatakan bahawa al-Mahdi merupakan keturunan Baginda dari bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh:

"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.." (Musnad Ahmad; dengan catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)


4. Pada bahagian akhir kedua-dua artikel tersebut, umat Islam diseru agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam artikel 1 dinyatakan:

!!! QUOTE !!!

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: "Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya - beras, gula, susu, garam, lada, gandum, bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol, benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi, basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan perlu.."


Difikirkan dengan logik akal, bilakah agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan pada zaman Rasulullah ataupun zaman Sahabat!

Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah mendahului Allah dan Rasul dengan membuat ramalan tanpa sandaran nas yang shahih. Takutlah kepada Allah dan renungkanlah firman-firman Allah yang tercatat di dalam al-Quran, di antaranya yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia.." (al-An'aam: 59)

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).." (an-Naml: 65)


Memadailah dengan hadith-hadith shahih yang begitu banyak jumlahnya, untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman dan kedatangan al-Mahdi sebagai panduan kita, di samping peringatan Allah yang berulang kali di dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan ketetapan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Laa hawla wala quwwata illa billah..

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi, tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.." (al-Hujuurat: 6)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberikan amaran keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas nama Baginda, dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)


Akhirul kalam, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman yang penuh cabaran dan mehnah ini, melalui sabda Baginda yang diriwayatkan dari seorang Sahabat yang bernama ibn Sariyah, yang membawa maksud:

Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa lah-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.." (HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi)

Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah Rasulullah dan petunjuk para ulama', serta menjauhi segala bentuk bid'ah yang sesat dan menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang berjaya dan sentiasa diredhai. Ameen.

Allahu a'lam bisshawab..


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 20-08-05 16:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-08-05 17:14


saya telah bertanya kepada Ustaz Syamsuri Ahmad bebrapa bulan yang lalu, dan Ustaz Syamsuri Ahmad mengatakan bahawa cerita tu karut, dan hanya Allah Taala sahaja yang berkuasa atas tiap2 sesuatu.... Manusia tisak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tambah ustaz Syamsuri lagi, hadith yang dinyatakan ialah hadith dari mazhab Syiah dan ianya tidak shahih..... apa pun, kita kena sentiasa beringat, bahawa hari kiamat akan jadi hanya dengan keizinan ALLAH... janganlah kita pandai-pandai mereka fakta yang salah... terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-08-05 17:16


lagipun ajal maut adalah kehendak ALLAH... Bukan manusia yang menetapkannya... Kita pun boleh mati bila-bila.... Jangan terlalu percaya sangat dengan benda-benda macam ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 00:49


faham lah ana sekarang... banyak2nye berita karut sesuai dengan apa yang tertulis dan tercatit dalam hadith junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w

!!! QUOTE !!!

Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "aku berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa lah-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.." (HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi)


Mengetarkan dan menitiskan air mata para sahabat nabi mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w tu.. ya Allah.... begitu hebatnya bid'ah akhir zaman ini.. beruntunglah orang yang sentiasa mencari ilmu Allah yang tak kunjung padam ini..

Sahabat2 gigitlah sunnah Rasulullah s.a.w.. bermakna berpegang teguhlan dengan Sunnah2 Rasulullah saw ni... berpegang teguhla.....

Terima kasih buat sahabat alea kerana sanggup menolong sahabat2 sekelian dari terus sesat ditelan bid'ah yang wujud ini.. sedangkan Rasulullah s.a.w insan termulia pun tak tau tentang peristiwa hari kiamat ni.. inikan pula orang biasa... yang boleh meramal begini.. alangkah malunya kita sebagai umat Islam yang lebih percaya kata-kata orang lain lebih dari junjungan besar kita.. maafkan kami ya Rasulullah...

Terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-08-05 12:29


Assalamualaikum wbt.
Walaubagaimanapun, ketahuilah sahabat-sahabat sekalian, kita telah berada di akhir2 ambang kewujudan al-mahdi dan dajjal. Pelbagai fitnah dan keburukan telah timbul dalam dunia hari ini, yang lebih buruk daripada zaman jahilliah, yang mana segala keburukan umat-umat yang lepas telah ada dalam umat kita sekrang, yang tidak perlu diceritakan lagi secara detail. Bukan kata orang lain, bahkan diri kita sendiri sendiri pun termasuklah diri ana yang hina dina ini yang terdapat penuh dengan fitnah dan keburukan. Segala tempias keburukan suasana telah menyelinap masuk dalam kehidupan kita sehari-harian. Yang akhirnya dalam tidak sedar, kita sebenarnya adalah ahli munafiq, yang bertopengkan islam. Berjaga-jagalah sahabat-sahabat sekalian, Ayah Pin telah berjaya mempengaruhi puluhan ribuan orang dengan ajaran sesatnya sehingga tersebar ke negara-negara jiran dengan kuasa sihirnya. Kehebatan sihir dajjal yang dengan izin Allah berlaku adalah lebih berkuasa dalam menyesatkan jutaan manusia kelak termasuklah ulama'2. Seperti yang kita tahu dalam satu hadis mengatakan, tidak ada seorang nabi yang diutuskan ke satu-satu kaum melainkan diceritakan tentang kedasyatan al-masih dajjal. Tanpa persediaan untuk membentengi diri kita, maka diri kita pun turut akan terjerumus.. Kita bukan tuhan untuk meramalkan sekian2 hari itu dan ini yang berlaku, tetapi kita mengambil intipati dan pengiktibaran daripada hadis2 Rasulullah SAW, termasuklah hadis2 yang tidak terlalu dhaif yang digunapakai oleh ulama'2 muktabar sebagai fadhoil a'mal.

Wallahua'lam bissowab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

timah_18
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10563
Posting: 42
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-08-05 13:37


Baru saya dengar kuliah subuh pagi tadi,kata ustaz tu Imam Mahdi akan lahir di Madinah dan akan bangkit di Palestin.Namanya pula sama dengan Nabi kita,Nabi Muhammad saw,cuma orang mengenalinya dengan nama Imam Mahdi.Dan ustaz menerangkan beliau bukan dari keturunana jawi,dia menjelaskan keturunan jawi adalah keturunan JAWA.

Allah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kerana semua itu aturannya.Berdoalah supaya kita selamat daripada fitnah dajjal.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For timah_18Profil   Hantar PM kepada timah_18   Quote dan BalasQuote

Atif_Haziq
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-08-05 18:44


assalamualaikum..
erm pasal kiamat ni,memang dah dikhabrkan oleh nabi...tentang tanda kecil dan besarnya...jadi kalau nak diikutkan dengan sekarang,tanda2 kecilnya dah hampir semua berlaku....cuma tinggal tanda2 besar saja....jadi wajib kita umat islam mempercayainya...

pasal imam mahadi pula tu,memang akan datang kepada kita pada zaman islam yang mutakhir,dimana islam itu semacam nak hancur...mahadi dalam bahasa arab bermaksud pemimpin...orang yang memberi hidayah,tunjuk ajar dengan keadilan...dan nama beliau sebenar ialah seperti nama Nabi Muhammad bin Abdullah...dan beliau sekarang sudah wujud cuma kita tidak mengetahui siapakah orgnyer...dikalangan orang arab....dan beliau akan dibai'ahkan dihadapan kaabah...dan disitu bermulalah era pemerintahan islam yang adil....

betula lah...orang-orang yahudi sekarang tengah mempersiapkan kubunya,kerana mereka tahu melalui kitab mereka...sebagai contohnya...satu tempat yang bernama Armagedon...yang berdekatan dengan israel dan palestin...dan kalau nak diikutkan dalam bahasa arab "har" bermaksud wadi di padang pasir..."majedon"kalau tak silap saya teluk...dan inilah bukit golan yang menjdai rebutan israel dan palestin....kerana mereka tau,sesiapa yang dapat merebut teluk tersebut...mereka sukar dikalahkan...

dan maklumat hasil perbincangan saya dengan ustaz saya yang membuat kajian tentang imam mahadi,dajal dan berkenaan dgnnyer....jadi itu sajalah idea yang dapat dikongsika..kalau ada aper2 pendapat bolehlah hulurkan,dan kalau terdapat kesalah bolehlah tegurkan....

ok wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Atif_HaziqProfil   Hantar PM kepada Atif_Haziq   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 26-08-05 16:27


Assalamualaikum...
kalau ba ni shah tak berani nak komen apa-apa...
bukan bidang shah...
takut nanti tersalah cakap...
sekadar baca postinng sajalah..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

razman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-08-05 17:49


:-? :-? :-?
[ Telah diedit oleh: razman pada 26-08-05 17:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For razmanProfil   Hantar PM kepada razman   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 21:45


kat sini saya nak minta maaf andainya artikel yang saya poskan tu mengganggu minda sahabat2 sekelian..

berpegang teguhlah kepada AlQuran dan As Sunnah nescaya kita tidak sesat.. selidiklah hadith2 yang kita dengar sama ada hadith tu sahih ke tidak.

Artikel ni memang tak boleh dipercayai, sapalah kita nak meramal kiamat sedangkan nabi Muhammad sendiri tak tau... inikan pula kita manusia biasa.

!!! QUOTE !!!

"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain, Nabi menyebut: "Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 27-08-05 21:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-05 12:57


tunggu dan lihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.162549 saat. Lajunya....