Oleh |
Anak saman bapa enggan jadi wali |
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 08-08-05 03:55
PASIR MAS: Seorang bapa yang bekerja sebagai pemandu teksi disaman anak perempuannya, seorang pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kerana enggan menjadi wali bagi perkahwinannya. Mahkamah Rendah Syariah di sini mendengar permohonan Nurul Fadilah, 22, pada Khamis lalu dan akan membuat keputusan mengenai saman itu pada 1 September ini. Bapanya, Osman Besar, 54, berkata dia tidak faham Kenapa anaknya yang kini mengikuti pengajian Pengurusan Perniagaan di UiTM Shah Alam bertindak sedemikian. “Saya rasa dihina, sedih dan marah dengan perlakuannya. Saya yang membesarkannya sejak kecil dan sepatutnya tindakan ini (saman) tidak harus berlaku,” kata Osman yang masih mempunyai dua anak perempuan, masing-masing berumur 20 dan sembilan tahun.Osman, yang ditemui di stesen teksi di sini dengan peguamnya, Othman Wahab, berkata tidak timbul langsung soal enggan menjadi wali pernikahan kerana beliau hanya mahu Nurul Fadilah menamatkan pengajiannya. Beliau juga mahu teman lelaki anak perempuannya itu menghantar kedua-dua ibu bapa atau warisnya untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan soal pertunangan dulu. Menceritakan kejadian itu, Osman berkata, Nurul Fadilah tidak pulang ke rumahnya di Kampung Banggol, di sini ketika cuti semester selama tiga bulan kecuali duduk beberapa jam di rumahnya bagi membawa adik bongsunya, Nurul Anisa ke Kuala Lumpur. Katanya, Nurul Fadilah ada menelefonnya untuk meminta wang dan dia menghantar RM100, selain memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Osman berkata, dia terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki pada suatu malam yang meminta kebenaran untuk menikahi anaknya. “Lelaki itu bercakap kasar dan tidak menghormatinya. Saya meminta mahu bercakap dengan Nurul Fadilah tetapi lelaki itu mahu saya berurusan dengannya dan ini menyebabkan saya enggan meneruskan perbualan itu,” katanya. “Saya anggap perkara itu sudah selesai. Bayangkan perasaan saya apabila pegawai Mahkamah Syariah Pasir Mas datang berjumpa saya dan memberitahu saya perlu menghadirkan diri di mahkamah pada 23 Jun lalu,” katanya. Osman berkata, pada tarikh berkenaan, mahkamah meminta plaintif iaitu Nurul Fadilah dan teman lelakinya, Shahrizan Sulaiman memenuhi beberapa keperluan sebelum kes itu didengar tetapi mereka gagal. “Secara ikhlas saya tidak menentang perkahwinan mereka. Teman lelakinya seharusnya menghantar keluarga atau wakilnya untuk bertemu kami sekeluarga. Bayangkanlah, mahu mengahwini anak saya hanya menggunakan telefon,” katanya. Sementara itu, peguam Osman, berkata mengikut undang-undang syariah, plaintif hanya boleh memfailkan kes ke atas walinya jika dia menolak permintaan sebanyak tiga kali tetapi dalam kes itu, prosedur tidak dipatuhi.
|
nieha
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.11.2004 Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-08-05 04:07
Anak yang tak reti bahasa,ayah dia jaga dia sampai besar,sampai masuk u tapi buat macam tu.kalau dapat kahwin pun,mesti tak berkat hidup.
|
nieha
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.11.2004 Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan
|
Posting pada: 08-08-05 04:10
Anak yang tak reti bahasa,ayah dia jaga dia sampai besar,sampai masuk u tapi buat macam tu.kalau dapat kahwin pun,mesti tak berkat hidup.
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 08-08-05 05:14
Ni mesti kes dah terlanjur ni....... isk isk isk......... dahsyatnye..... moga-moga dijauhkan dari kita...
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 08-08-05 07:02
Astaghfirullah, apa nak jadi remaja sekarang ni? tak reti nak bersyukur langsung. Sedihnya kalau dapat anak macam ni, Nauzubillah.. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 08-08-05 07:11
hemm..terukkan..inilah d namakan..anak yang tak sedar d untung..kalau mak bapak dia tahu kejadianya macam ni..bagus tanam hidup2 saja....kecil2 dia d asuh d didik dengan baik..sampai nyamuk sekor pun tak boleh rapat..nikan pulak nak gigit..tapi bila dah besar boleh nak saman ayah pulak..dia tu orang tua anda..masyaAllah..
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 08-08-05 07:25
anak kurang ajar. derhaka. bukan ayah dia tak kasi kahwin, just suruh habis belajar. lagipun sipompuan tu dah tahun akhir. sabar lah sikit
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 08-08-05 17:54
kurang ajo punya anak....kalau saya still kat shah alam, sure saya akan cari budak fadhilah ini sampai dapat....bagi sikit penumbuk dan penampar dan penerajang kepada dia dan boyfriend dia....biar lebam-lebam muke mereka berdua.....biar bila si hakim dan peguam-peguam yang wakili mereka tengok mereka lebam2, mereka ini sedar sikit yang mereka ini actually tolong seorg anak derhaka. well, nielah hasil didikan kerajaan sekarang pada anak2 muda...nielah golongan dan generasi akademi fantasia...generasi malaysia idol....generasi konsert....generasi yang tak segan silu buat maksiat dan zina....jom ucapkan tahniah dan terima kasih pada kerajaan. jangan ada lepas ini yang kata...ini semua salah mak bapak....diorg2 yang dikatakan cerdik pandai seperti professor2 dan pemimpin2 kerajaan tak habis-habis cakap mak bapak....mak bapak...mak bapak....yang si pemimpin2 kerajaan tak bersalah ke dalam hal ini???....suka kambing hitamkan orang lain....ingat mereka pemimpin2 kerajaan itu maksum sangat ke???...dahlah bersandiwara buat majlis perhimpunan agung....bersandiwara dan berlakon depan camera bila di interview...cakap manis saja depan camera...ingat rakyat kebanyakkan bodoh ke??? :-| [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 08-08-05 18:00 ]
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 08-08-05 18:08
Memang menyedihkan betul. Adake minta nak kahwin cara begitu, melalui telefon sahaja. Lepas tu saman pula. Dah terdesak sangat ke nak kahwin, umur muda lagi. -----------------
Hargai semasa ada....
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 08-08-05 18:12
... dah terang2 lelaki tu tak ikhlas nak berkahwin dengan perenpuan tu...haii anak2 zaman sekarang dah tak pandai nak bezakan intan permata...kalau betul si lelaki tu nak mengahwini perempuan tu, dia takkan buat macam tu... na'uzubillahi minzalik... Wallahu A'lam... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 08-08-05 18:16
patutnya si ayah fadhilah itu bunuh saja fadhilah itu masa kecik....tapi apa boleh buat, si ayah itu bukanlah berilmu seperti Nabi Hizdhir A.S
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-08-05 01:51
Pada 08-08-05 05:14 , MohdHanafi posting:!!! QUOTE !!! Ni mesti kes dah terlanjur ni.......
isk isk isk......... dahsyatnye.....
moga-moga dijauhkan dari kita... Assalamualaikum... sabar... jangan tuduh melulu.. kita tak tahu apa yang terjadi... mungkin ada sebab yang tertentu.. tapi memang tak patut.. benda begini terjadi... wassalam... ----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 09-08-05 22:01
nak jaga kambing sekandang lagi mudah daripada nak jaga anak dara seorang. ps: sedar2 dan jaga2lah diri dan keluarga.
|
aref_geomatik
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.01.2004 Ahli No: 6458
Posting: 78
Dari: KB
|
Posting pada: 09-08-05 22:46
Pada 09-08-05 22:01 , mukasyaf posting:!!! QUOTE !!! nak jaga kambing sekandang lagi mudah daripada nak jaga anak dara seorang.
!!! QUOTE !!!
hehe....betul tu,setuju sesangat
----------------- Berilmu, Beriman, Beramal & Beristiqamah. [ Telah diedit oleh: aref_geomatik pada 09-08-05 22:52 ]
|
zaid3246
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.01.2006 Ahli No: 21710
Posting: 45
|
Posting pada: 19-01-06 20:09
apa punya bapak lah.. bapak macam 2 pergi mampus saja..
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 19-01-06 21:04
Hmmm ....inilah anak2 zaman sekarang...????walau apa pun ..tak perlu la bertindak keras....Mereka ini akan tahu bahawa perkahwinan bukan di atas dasar kejujuran dan tak mendapat restu ibubapak akan membawa porak puranda nanti. "Perkahwinan itu menyeronokkan ...tapi jika silap langkah perkahwinan bagaikan neraka"
|
Subuhku
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8613
Posting: 209
|
Posting pada: 19-01-06 22:25
Saya rasa kes ini bukan saman yang juta2 tu tapi saman yang memaksa kehadiran wali untuk hadir ke mahkamah.Biasanya kes ni berlaku jika wali enggan mewalikan pernikahan itupun setelah pemohon membuat permohonan dimahkamh syariah.sebab setau saya undang2 syariah tiada kuasa untuk mendengar kes saman menyaman macam kes mah sivil.Jika wali enggan hadir setelah dipaksa mahkamah maka mahkamah akan mbuat 1 keputusan.tapi anak tu memang tak tau mhormati bapa dia."Yaa Allah jangan lah KAU jadikan zuriat keturanan ku seperti YA ALLAH.. Hamba mu berlindung kepada mu YA ALLAH... "
|
ibnuabbas
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif
|
Posting pada: 19-01-06 23:13
jika ada titik hitam di hati dedeotg maka semua perkara dilakukan mengikut nafsu..
|