Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 103
Ahli: 0
Jumlah: 103




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Cinta Internet...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Cinta Internet...

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta Internet...

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-08-05 02:20


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan
Hazlan
>>tepat jam 12 malam dalam irc. Itulah kawan baiknya sejak
dia
>>mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang
>>mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar
>>bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.
>>
>>Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun,
mereka
>>belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya
tidak
>>berpeluang bertemu di IRC.
>>
>>Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan
nama
>>'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'.
Namun,
>>malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan
>>mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.
>>
>>Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang
>>beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya
ialah
>>mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah
>>menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi
janjinya
>>beberapa malam lepas.
>>
>>Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada
mereka
>>juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah
lama
>>Hazlan tidak masuk IRC.
>>
>>Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy'
muncul.
>>
>>
>>Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.
>>
>>
>>nurheart : Lan...
>>
>>
>>hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.
>>
>>
>>nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
>>
>>
>>hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
>>
>>
>>nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
>>
>>Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab
>>pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar
namun
>>tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan
rasa
>>sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.
>>
>>"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu
Shahirah
>>melangkah lemah ke biliknya malam itu. "aku tak faham betul. Kenapa
Hazlan
>>dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?
>>
>>
>>"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh
menyamar
>>bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau
>>kecewa,"kata Samirah. "aku berbual dengan dia malam ini tapi dia
tiba-tiba
>>hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan
>>Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia
menyarankan
>>agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan
>>perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.
>>
>>
>>Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi
Hazlan
>>esok selepas dia pulang dari kelas malam.
>>
>>Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah
ke
>>Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia
masuk
>>IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan
sebelum
>>dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila
Hazlan
>>masuk IRC.
>>
>>
>>Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.
>>
>>
>>hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
>>
>>
>>nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu
>>tidak mahu berbual dengan saya?
>>
>>
>>hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya
masih
>>sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi
seperti
>>dulu.
>>
>>
>>nurheart : Kenapa?
>>
>>
>>hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu
>>bertemu dengan awak, ingat?
>>
>>
>>nurheart : Awak teruk ke?
>>
>>
>>hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang
darah
>>yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan
>>keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi
semak
>>batu 6.
>>
>>
>>nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
>>
>>
>>hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang
membantu
>>saya.
>>
>>
>>nurheart : Maksud awak?
>>
>>
>>hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat
saya.
>>Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah. Shahirah tersentak dan lantas
>>meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia
berlari
>>menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan.
Memang
>>Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang
>>menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita
menjawabnya.
>>
>>
>>Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan
>>dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba
suara
>>wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke
>>rumah.
>>
>>
>>Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara
yang
>>bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan
di
>>dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak
gagang.
>>Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
>>
>>Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat
seorang
>>siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam
keadaan
>>cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke
dalam
>>gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat
>>akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam
diam
>>dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu
dia
>>masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita
yang
>>sedih bahawa dia sudah tiada lagi.
>>
>>
>>
>>
>>
>>p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih
lagi
>>simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan
agar
>>ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......AMIN"

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 07-08-05 02:33


ish seram tu cerita ni...tapi macam mana ye...simati yang dah mati boleh sihat di int...adekah itu roh nya...atau.....ermm....pelik tapi benar.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-08-05 02:57


Tak taula ana....bagaimana jadi begitu..Wallahuaa'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

narato
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16524
Posting: 143
Dari: jb...ukm,bangi

Johor  


posticon Posting pada: 07-08-05 04:38


macam mana hazlan boleh berbual dengan ira, sedangkan dia kat dalam semak.... :-? :-? :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For naratoProfil   Hantar PM kepada narato   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-08-05 19:58


Roh dia agaknya...ana pun tak tau....hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

Sweetie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14340
Posting: 121
Dari: Galaksi Bima Sakti

Perak  


posticon Posting pada: 13-08-05 01:49


saya baca posting ini pukul 2.30 pagi..
iskk..seram pulak rasanya..dah laa duduk sensorang..
iskk..nak pergi tidur lahh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SweetieProfil   Hantar PM kepada Sweetie   Pergi ke Sweetie's Website   Quote dan BalasQuote

khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.

Selangor  


posticon Posting pada: 13-08-05 02:14


Assalamualaikum

Betul ke cerita ni>>???
hehe...Macam pelik sebab mana ada orang dok dalam semak dah mati pulak tu boleh pulak chatting dengan ira tu...huhu...apa lah nak jadi...erm..
Wallahua'lam


-----------------



    


  Member Information For khazinatul_asrar47Profil   Hantar PM kepada khazinatul_asrar47   Pergi ke khazinatul_asrar47's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-08-05 03:35


Assalamualaikum....

awat cerita ni seram sangat.....bagaimana dah mati boleh pergi sihat lagi...aiii..nasib baik baca posting ni bukan dimalam hari ..masa dok sorg2..hehe
wallahua'lamm

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 13-08-05 05:51


assalamualaikum...

Atas kehendak dan izin ALLAH SWT, tiada yang mustahil di dalam dunia ni boleh berlaku...
benda-benda yang difikirkan tak logik dan di luar batasan akal fikiran kita pun boleh berlaku, umpamanya ulat di dalam batu boleh hidup...dia mana ada keluar cari makan tapi macam mana boleh survive ek...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 05:55


wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 18-08-05 04:59


Pada 07-08-05 02:33 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

ish seram tu cerita ni...tapi macam mana ye...simati yang dah mati boleh sihat di int...adekah itu roh nya...atau.....ermm....pelik tapi benar.....



Assalamualaikum...
tak tahu lah nak cakap apa...
mungkin itu adalah niat dia sebelum mati...
tapi peli betul lah...
seram pula rasa...
entah lah..
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 10:49


WALLAHU'ALAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

eriza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13069
Posting: 80
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 10:54


saya dah baca cerita ni...
kalau tak silap katmajalah mingguan wanita....
tapi kan ada jugak jiran akak saya... cinta mereka berputik masa tengah sihat...
mereka dah kawin pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erizaProfil   Hantar PM kepada eriza   Quote dan BalasQuote

eriza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13069
Posting: 80
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 10:55


saya dah baca cerita ni...
kalau tak silap katmajalah mingguan wanita....
tapi kan ada jugak jiran akak saya... cinta mereka berputik masa tengah sihat...
mereka dah kawin pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erizaProfil   Hantar PM kepada eriza   Quote dan BalasQuote

intan3103
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11388
Posting: 106
Dari: JoeHoe>>key ell>>S'gor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-09-05 13:05


Pada 01-09-05 10:49 , sweet_srikandi posting:

!!! QUOTE !!!

WALLAHU'ALAM



-----------------
~ DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita pulang.. ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For intan3103Profil   Hantar PM kepada intan3103   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12847 saat. Lajunya....