Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 11 hari yang lalu
wyd1014: 19 hari yang lalu
haykal77: 27 hari yang lalu
Kakngah: 27 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: ADAKAH ANDA SEORANG YANG IKHLAS????


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» ADAKAH ANDA SEORANG YANG IKHLAS????

Please Mendaftar To Post


Oleh ADAKAH ANDA SEORANG YANG IKHLAS????

Nuratiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17477
Posting: 121
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 07:29


KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang.Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas.Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita.Cuba-cubalah kuiz ini.......

1.Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur."Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz."Reaksi anda?
A.Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B.Terus melangkah dengan sopan sambil berkata,"Amin,mudah-mudahan begitulah hendaknya..."

2.Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.Bila berseorangan?
A.Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B.Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.

3.Ada orang mengutip derma untuk kebajikan.Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak.Bicara hati anda?
A."Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B."Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."

4.Anda dipuji seseorang.rasa hati anda?
A.Bangga tidak terperi.
B.Mengembalikan pujian kepada Allah.

5.Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.Komen anda?
A."Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B."Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."

6."Amboi! Alim nampak..."tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali bertudung.Reaksi anda?
A.Tersinggung,rasa macam kena perli.
B.Tenang dan masih boleh bermuka manis.

7.Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A.Susah
B.Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.

8.Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa.Bicara hati anda?
A."Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B."Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."

9.Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai.Reaksi anda?
A.Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B.Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.

10.Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok.Bicara hati anda?
A."Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B."Tak patut dia buat macam tu.Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap Allah terima."

(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')


ANALISIS MARKAH

10- Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.

7-9- Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

6 ke bawah- Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.

ps:dipetik dari kolum 'kenali diri', Majalah Anis:JUN 2001...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuratiqProfil   Hantar PM kepada Nuratiq   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-08-05 15:48


Alhamdulillah...semoga tahap keikhlasan yang ada dalam diri hamba ini terus bertambah dengan amalan2 kepada NYA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-08-05 18:46


ikhlas?/ bagaimana ye?
..memang senang untuk menyebutnya...

'saya ikhlas,pecayalah'
'saya ikhlas nak kawan dengan awak'
'terimalah..saya betul-betul ikhlas'
'ikhlas ni,betul!!! tak tipu'
'awak..saya ikhlas ni..hanya ALLAH saja yang tahu'
and so on..

tap,sejauh manakah keikhlasan sesorang itu?
bagaimanakh kita hndak menilai dan mentahkik keikhlasan ssorang???

..HANYA ALLAH S.W.T sahaja yang MAHA MENGETAHUI
             setiap kejadian di langit dan di bumi..
[ Telah diedit oleh: anis_najihah pada 05-08-05 18:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 00:15


Assalamualaikum

saya ikhlas?
bagi mira keihklasan itu biarlah Allah yanng mengukur nya.Kita manusia kekadang hanya mudah melafazkannya tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu.

keikhlasan itu seperti semut hitam yang berjalan di batu yang hitam :-)


-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 00:38


Jawapan saya:

B-B-A-B-NA-B-B-B-NA

*NA - tidak terlibat. Jumlah markah 6. tapi dapat bonus 2 markah.

so analisanya
"7-9- Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas."

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 06-08-05 06:32


Assalamualaikum....

sha akui shah seorang yang ikhlas dan jujur...
tapi kekadang tu ada lah juga tipu sikit..
itu kira tipu sunat untuk selamatkan orang..
itu saja.

wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 06:58


hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati ni...
sebab ana rasa diri ana tak sebaik mana...
tahap keikhlasan ana memang sangat2 perlu dipertingkatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 07-08-05 00:12


Pada 06-08-05 06:58 , nurhaziqah posting:

!!! QUOTE !!!

hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati ni...
sebab ana rasa diri ana tak sebaik mana...
tahap keikhlasan ana memang sangat2 perlu dipertingkatkan.


Assalamualaikum...
memang betul..
tapi hanya kita tahu sejauh mana kita boleh jujur..
kekadang orang kata kita ni baik..
tapi sebenarnya kita ni jahat macam setan...
ntah2 lebih jahat..
wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-05 00:22


terima kasih ye di atas kuiz ni. memberi peluang kepada saya untuk muhasabah diri kejap.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

nurjaj
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.04.2005
Ahli No: 15651
Posting: 48
Dari: Utara Perak

Perak  


posticon Posting pada: 07-08-05 00:27


ikhlas....
payah nak cakap...susah direalisasikan
hanya allah saja yang tahu apa yang terbuku dalam hati ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurjajProfil   Hantar PM kepada nurjaj   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 07-08-05 00:28


Ikhlas, macam mana nak ukur? hanya Allah dan empunya diri saja yang tahu

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

burujislam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....

Perak  


posticon Posting pada: 07-08-05 19:22


sejauh mana kita nak tahu keikhlasan seseorang....biar ia terus menjadi rahsia....buatlah dengan sebaik mungkin kerana Allah s.w.t
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For burujislamProfil   Hantar PM kepada burujislam   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 08-08-05 20:29


Pada 07-08-05 00:28 , maisarahlisa posting:

!!! QUOTE !!!

Ikhlas, macam mana nak ukur? hanya Allah dan empunya diri saja yang tahu



Assalamualaikum...
keikhlasan memang tak boleh diukur...
tapi kita mampu untuk buat sesuatu dengan iklhlas..
insya Allah..
diberkati..
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

eimah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7066
Posting: 37
Dari: Nilai,N.Sembilan

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 02:17


susah nak menyatakan ikhlas mana...kalau mulut lafaz ikhlas tapi hati busuk tak boleh jugak....Wallahhu 'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For eimahProfil   Hantar PM kepada eimah   Quote dan BalasQuote

maisarah_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8175
Posting: 157
Dari: bumi Allah

australia   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 06:02


ikhlas.. sesuatu yang tak dapat kita tafsir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarah_nurProfil   Hantar PM kepada maisarah_nur   Pergi ke maisarah_nur's Website   Quote dan BalasQuote

e-zam
Warga Rasmi
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17431
Posting: 13
Dari: wangse maju

iraq  


posticon Posting pada: 09-08-05 16:40


assalamualaikum...
mm, bagus juga kuiz diatas..ana dapat nilai dan muhasabah diri ini...
tapi, sedih.bila nak ikhlas, ada sahaja bisikan2 didalam hati yang mganggu kadangkala boleh menimbulkan sifat riya` yang dikeji itu..
amalan yang kita buat walau sebanyak mana sekali pun, tidak bernilai tanpa erti keikhlasan dalam hati...tetapi, untuk mendapat keikhlasan itu amat perit sekali..

Ya Allah bantulah kami dalam mencari keredhaanMu.dan terimalah segala amal kami..amiin

Bookmark and Share

    


  Member Information For e-zamProfil   Hantar PM kepada e-zam   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 00:41


ikhlas?
apa sebenarnya maksud ikhlas?
keikhlasan adalah bila kita membuat sesuatu perkara kita tidak mengharapkan pujian atau tumpuan mahupun balasan daripada orang ramai, cukuplah untuk mendapatkan keredhaandan keberkatan daripadaNya.
sebagai contoh dikala Rabiatul Adawiyah beribadat dan bermunajat kepada Allah. Rabiatul Adawiyah berkata, 'aku beribadat kepadaMU ya Allah bukanlah kerana hendakkan kepada SyurgaMu ataupun mahu lari daripada azab api nerakaMu, tetapi cukuplah untuk mendapat keredhaan daripadaMu."

Allah maha mengetahui sejauh mana keikhlasan seorang hambaNya.

wallahu a'lam
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 00:50


Susah nak istiqamah dalam perkara ikhlas ni, kekadang permulaannya Ikhlas tapi biasa lah syaitan dan nafsu sentiasa menggoda dari seluruh sudut...Ikhlasnya gugur di pertengahan .....



Ana : moga kita semua ikhlas hingga akhir...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 15-08-05 17:17


ikhlas itu seperti semut hitam diatas batu hitam dalam gua gelap di malam hari.. susah kan nak tau.itu rahsia kita dengan ALLAH.

pasal riya' pulak, kita teruskan saja amalan kita tu contohnya sedekah.mula2 memang akan buat dengan riya',lama2..hilang lah dia.

lepas itu kita kena rasakan kita memang kurang amalan berbanding orang yang menegur atau mengusik kita.

mudah-mudahan hilang lah sifat burok tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 17:23


Assalamu'alaikum....
keikhlasan seseorang itu bukan diri kita mahupun orang lain yang menilainya...
sesungguhnya nilai keikhlasan itu rahsia Allah...
hanya Allah yang Maha Mengetahui sejauh mana ikhlasnya seseorang itu...
oleh itu..
berdoala padaNYA semoga diri sentiasa tawaduk dalam apa jua yang dilakukan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 22:54


assalamualaikum...

keikhlasan seseorang hanya ALLAH sahaja yang dapat mentafsirkannya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-08-05 21:18


assalamualaikum...tahap keikhlasan kita atau seseorng tak dapat diukur dengan pndgn zahir...
biarlah Allah sje yang tentukan betapa ikhlasnye hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur

Pahang  


posticon Posting pada: 16-08-05 21:55


hanya Allah yang lebih mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarProfil   Hantar PM kepada mawar   Quote dan BalasQuote

su_maiyyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17420
Posting: 33

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-08-05 12:02


hanya Allah saja yang tau tahap keikhlasan seseorang....kita tak berhak mempertikaikannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For su_maiyyahProfil   Hantar PM kepada su_maiyyah   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 14:50


Pada 16-08-05 21:55 , mawar posting:

!!! QUOTE !!!

hanya Allah yang lebih mengetahui...


Semua benda kena buat dengan ikhlas. yang tak ikhlas jadi bebanan hisab. Betulkan niat di awal, pertengahan dan akhir setiap sesuatu amal. Istighfar dan ucaplah 'lahaulawalaa quwwata illabillah' selepas selesai sesuatu amal.

Sahabat ra.hum hampir2 berjaya pancung kepala musuh, bila niat berubah kerana kemarahan dalam hati sebab diludah oleh musuh, maka sahabat tinggalkan musuh tanpa membunuhnya kerana niat bertukar. Sampai begitu sekali. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 22-08-05 14:53


syuqran ada juga orang nak beringat..... syuqran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

love_fillah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15161
Posting: 88
Dari: bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 15:07


BISMILLAH WALHAMDULILLAH...

bestlah kuiz ni... erm...ikhlas ni memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata...tapi sekurang-nya dapat digambarkan melalui perbuatan seseorang...namun,hakikatnya... wallahu'alam...

sama2lah kita meningkatkan tahap keikhlasan kita...

strive 4 mardhatillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For love_fillahProfil   Hantar PM kepada love_fillah   Pergi ke love_fillah's Website   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 15:15


ikhlas....
semua kata ikhlas tapi hakikatny, sebalikny
hanya Allah saja yang tahu...
muhasabah diri...
moga sentiasa dalam redhaNya.. insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

shadina_snmsar
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2005
Ahli No: 14324
Posting: 2
Dari: kedah darul aman

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 16:08


assalamualaikum wbt.....
em pada pendpat saya keihklasan seseorang tak dapat diukur pada mata kita....hanya DIA YANG SATU dapat emnilainya......... sebab itu kita bila bercakap cubalah ucapkan insya ALLAH saya ikhlas ok tu saja ok kalos alah tolong tunjukkan jalan yang benar thank you''s

Bookmark and Share

    


  Member Information For shadina_snmsarProfil   Hantar PM kepada shadina_snmsar   Pergi ke shadina_snmsar's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 13:05


Pada 05-08-05 07:29 , Nuratiq posting:

!!! QUOTE !!!

KITA mungkin selalu mendengar orang berkata,"saya ikhlas." Tapi itu sekadar adat berbahasa kerana tidak ada siapa pun tahu keikhlasan seseorang.Malah hati sendiri pun susah hendak diteropong sama ada ikhlas atau tidak ikhlas.Tapi sekurang-kurangnya keikhlasan dapat dibaca pada sikap dan tindak-tanduk kita.Cuba-cubalah kuiz ini.......

1.Anda sedang melangkah ke majlis pengajian di surau apabila ada yang menegur."Rajin ke surau nampaknya, tak lama lagi bolehlah jadi ustazah/ustaz."Reaksi anda?
A.Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B.Terus melangkah dengan sopan sambil berkata,"Amin,mudah-mudahan begitulah hendaknya..."

2.Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.Bila berseorangan?
A.Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B.Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.

3.Ada orang mengutip derma untuk kebajikan.Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak.Bicara hati anda?
A."Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B."Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."

4.Anda dipuji seseorang.rasa hati anda?
A.Bangga tidak terperi.
B.Mengembalikan pujian kepada Allah.

5.Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.Komen anda?
A."Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B."Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."

6."Amboi! Alim nampak..."tegur seorang kawan apabila melihat anda pertama kali bertudung.Reaksi anda?
A.Tersinggung,rasa macam kena perli.
B.Tenang dan masih boleh bermuka manis.

7.Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A.Susah
B.Mula-mula memang susah, tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.

8.Anda dilucutkan jawatan dalam persatuan dan menjadi ahli jawatankuasa biasa.Bicara hati anda?
A."Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B."Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."

9.Anda telah bersusah payah menjayakan sesuatu projek, tetapi tiada siapa pun yang menghargai.Reaksi anda?
A.Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B.Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.

10.Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda untuk membeli rokok.Bicara hati anda?
A."Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B."Tak patut dia buat macam tu.Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku tetap Allah terima."

(Beri satu markah untuk diri anda bagi setiap jawapan 'B')


ANALISIS MARKAH

10- Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada hamba-Nya.

7-9- Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

6 ke bawah- Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah, kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk manusia.

ps:dipetik dari kolum 'kenali diri', Majalah Anis:JUN 2001...


saya nak tambah,
11. minat pada seseorang, yang mengajar kita, bila tau "not available" adakah anda,
A. Hilang minat nak hadiri kelas, ceramah, nasihat
B. redha sahaja, dia bukan jodoh anda.

12. Bagusnya tulisan dia, penuh ilmu, nampak baik soleh/solehah,nak kenal lah, nak dapatkan nasihat..tapi bila dah tau "status"
A. Macam tak best saja...
B. Anda nak ilmunya bukan orangnya.

Susah nak istiqamah dalam perkara ikhlas ni, kekadang permulaannya Ikhlas tapi biasa lah syaitan dan nafsu sentiasa menggoda dari seluruh sudut...Ikhlasnya gugur di pertengahan .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 14:20


hanya Allah yang mengetahui...
ikhlas ibarat semut hitam, yang berada di atas batu hitam, di dalam suasana gelap gelita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-07 14:59


ikhlaskan dirimu demi mencari keredhaan allah.... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_hatikuProfil   Hantar PM kepada cahaya_hatiku   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113966 saat. Lajunya....