Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 134
Ahli: 0
Jumlah: 134




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: salahkah kahwin dengan suami orang???


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» salahkah kahwin dengan suami orang???

Please Mendaftar To Post


Oleh salahkah kahwin dengan suami orang???

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-05 08:18


assalamualaikum...

boleh tanya pendapat kwn2 semua...salah kah kalau jatuh cinta pada suami orang? bagaimana kalau isteri pertama setuju dimadukan???cinta hadir bila2 masa..samaada kita dah berpunya atau belum....ia datang dan pergi tak kira masa...salahkah kalau perempuan tu jatuh cinta dengan suami orang..dan salahkah seorg suami jatuh cinta lagi???

wassalamm

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 08:26


Waalaikumsalam

begheh.. dengan syarat berkemampuan ...

p/s: 'berkemampuan' tu panjang ceriteranye tu...


-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...




Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 08:32


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah cinta itu abstrak dan sesuatu yang boleh dipengaruhi oleh nafsu bilamana iman lemah. Jadi perlu pada satu suasana yang terkawal oleh iman dan akhlak Islam barulah dapat dikenalpasti cinta yang tidak terlarang. Walau apapun bercintalah selagimana masih dalam lengkongan syarak. Maksudnya bercinta dalam ertikata sebenar setelah bernikah secara sah. Cinta sebelum nikah lebih banyak mengundang maksiat dan dosa dan jauh dari rahmat dan keberkatan hidup yang diredhai Allah SWT. fikir-fikirkanlah ya ....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - cinta itu buta tapi bila berasaskan iman maka ia menjadi celik dan dapat membezakan antara benar dan salah di sisi syarak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.10.2003
Ahli No: 4002
Posting: 173

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-05 08:48


assalamualaikum..thnks ummimq...cinta memang abstrak...pandangan umum pun abstrak juga...Kenapa mesti dipandang serong pada isteri kedua...tak brmakna dia perampas...kalau kita di tempat mereka...baru kita sedar segala yang berlaku adalh takdir...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shaharatul_qibtiahProfil   Hantar PM kepada shaharatul_qibtiah   Quote dan BalasQuote

missy_jannah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.09.2004
Ahli No: 11510
Posting: 40
Dari: Perut ibu~

singapore  


posticon Posting pada: 01-08-05 11:23


w'salam...

takdir??

kalau isteri itu dah sempurna..tak cukup ke?
apa perasaan suami, kalau isteri menduakan suami pula?

saya tahu, islam membenarkan..
tetapi tidak bermaksud, suami boleh menggatal...

maaf, bahasa saya kesat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For missy_jannahProfil   Hantar PM kepada missy_jannah   Pergi ke missy_jannah's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-05 19:55


assalamualaikum....

seeloknya jangan lah kahwin dengan suami orang..
isteri setuju atau tidak kita tak pasti..
jangan lukakakn hati kaum kita kerana cinta kita..
kalau dah jodoh instant tu tak apa lah..
kalau boleh shah pun nak juga kahwin ramai...
sampai 4 saja..
tapi mampu ke isteri shah nak terima hakikat tu..
mungkin dia bagi tapi hati dia bagaimana?
jangan lah hancurkan hati wanita lain..

wassalam..


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-08-05 22:55


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah semoga anak-anak tenang terutama yang wanita ya bila berhadapan dengan poligami. Allah mengizinkan poligami tetapi bersyarat. Dan antara syaratnya ialah bila isteri itu tidak mampu melahirkan zuriat, sering sakit dan juga ada masalah yang berkaitan (rujuk Al-Quran dan Hadith). Jadi bila disebut bersyarat itu maka wanita hendaklah akur sekiranya ada kekurangan pada dirinya sehingga suami kawin lagi. Yang jelas kini ialah hak suami itu untuk berpoligami demi ketenangan hatinya. Jika suami itu berkawin tetapi tambah gawat hati dan juga rumahtangganya bermakna tiada barakah di dalam perkawinan itu.

Sekiranya adalah wanita yang menyintai suami orang maka ia bermula setelah kawin atau sebelum kawin? Dan bagaimana pula suasana cinta yang dilalui? Adakah syarak atau tidak? Maksudnya adakah disebabkan hubungan sulit yang berlarutan dan juga tanpa batas pergaulan?

Soal hati ini memanglah agak rumit untuk diselesaikan seperti masalah lain namun insyaAllah bila berpegang pada Al-Quran dan Hadith maka akan selesai segala masalah. Usahakan ke arah yang syarak dalam percintaan dan usahlah sedih sekiranya ditaqdirkan menjadi isteri nombor dua atau tiga atau ke empat jika suami itu beriman dan adil serta mampu memberi nafkah zahir dan batin.

Bagi isteri-isteri yang menjadi nombor dua, tiga dan ke empat hendaklah sedar diri bahawa mereka hendaklah saling menghormati dan memahami isteri pertama yang lebih dulu dan banyaklah bersabar dan usah terlalu emosi dalam menghadapi hidup berpoligami.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - redha itu kunci kepada ketenangan dalam rumahtangga yang berpoligami

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-05 23:20


tak semua isteri setuju untuk dimadukan... apapun nawaitu suami kahwin bukanla sekadar kerana nafsu semata..... kalau isteri pertama dah setuju lagi bagus.. apapun tanggungjawab amat berat untuk dipikul kalau tak penuh iman didada.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-05 23:20


Assalamualaikum

tak salah...
tapi tak perlu lah...
bercintalah dengan celik..
jangan buta kerana cinta...
ramai lagi bujang ....



Ana : cinta tak buta , manusia yang buta kerana cinta..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 03-08-05 00:07


kawin saja laaa.... hehehe... kalau dah sampai msnya.... jagan tguh2 lagi... nanti jmput yee... jangan lupa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 03-08-05 01:37


tak salah untuk jatuh cinta dan mencintai..
tapi fikirlah baik2..
jangan kerana izin untuk dimadukan oleh yang pertama
membuat kita alpa..
kemungkinan kita bukan yang terakhir... :-)

__________________________________________________

ana: pengalaman mengajar erti kehidupan yang sebenar..
     luka di hati paling susah untuk sembuh..:-)
     YA ALLAH..BERIKAN KU KEKUATAN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

wehdah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13170
Posting: 196
Dari: Ranau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 17:32


pendapat ana , seorang suami boleh jatuh cinta buat kali kedua , ketiga dan keempat, demi menolak perkara2 yang boleh membawa kepada zina islam membolehkan suami berpoligami, agama kiristian pula tidak membenarkan suami berkawin lebih dari satu,kalau masalah ni berlaku suami terpaksa menceraikan isteri pertama.itulah salah satu keindahan islam,suami tak perlu ceraikan isteri pertama, berkahwin dengan persetujuan isteri pertama, bukan kah poligami meyempurnakan kecacatan kehidupan, bila isteri mengalami masalah lain misalnya sakit, tak dapat memenuhi permintaan suaminya, suaminya pula kuat semua tu dapat diselesaikan oleh kemudahan ini, maaflah kalau lari tajuk...bila seorag perempuan jatuh cinta pada suami orang,perempuan tersebut mesti menyembunyikan perasaannya dan menahannya kerana takut membawa kepada perbuatan keji dan mungkar yang boleh membawa kepada dosa. siankan perempuan tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wehdahProfil   Hantar PM kepada wehdah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 23:08


Wassalamu'alaikum wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah semoga berkawinlah dan jangan ditinggal sunnah perkawinan ini. Hanya dengan perkawinan yang sah akan lahir zuriat-zuriat yang bakal menjadi pelapis dan pemimpin Islam masa akan datang. Sebab itu Rasulullah Sollallahu 'alaihi wassalam menggalakkan perkawinan dan telah terbentang luas dalam seerah akan kisah perkawinan yang hebat dalam Islam.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - rujuk al-Quran di mana kawinlah dan dapatkan seramai mana zuriat tanpa takut kepada kemiskinan sebab itu dalam Islam memerlukan pemimpin yang adil bermula dengan suami yang adil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

khumaira
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4331
Posting: 23
Dari: Sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 04-08-05 02:42


Kahwin dengan suami orang? Memang tak salah, kerana jumlah wanita di dunia sekarang lebih ramai berbanding lelaki. Malah sunah Rasul bahawa wanita perlu diselamatkan daripada hidup seorang diri, tanpa kasih sayang daripada seorg insan yang bergelar suami. Lelaki wajib membimbing insan yang bernama hawa (amat lemah dari pelbagai aspek).

Bookmark and Share

    


  Member Information For khumairaProfil   Hantar PM kepada khumaira   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 06:11


macam mana pulak kalau bini orang syok kat lelaki lain? heheh....

macam mana pulak kalau suami dia tak dapat puaskan dia contohnya lumpuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 06:35


kahwin dengan suami orang, tak salah. kalau semua pihak setuju, segerakan pernikahan.

bercinta dengan suami orang, tak reti nak bagi hukum. tapi fikirkanlah perasaan isteri pertama tadi, walaupun mulut kata setuju, dalam hati Allah saja tahu. kalau wanita tak faham hati kaum sejenis, nak harap kat siapa lagi kan.

tapi jangan ada pula isteri yang minta cerai bila suami nyatakan hasrat nak bernikah satu lagi. & jangan pula jadi macam kes suami yang kena simbah dengan asid baru-baru ni.

!!! QUOTE !!!

macam mana pulak kalau bini orang syok kat lelaki lain? heheh....


hukumnya berdosa.

!!! QUOTE !!!

macam mana pulak kalau suami dia tak dapat puaskan dia contohnya lumpuh...


isteri boleh tuntut fasakh di mahkamah.

wAllahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 07:03


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah jazakillahu khairon katsiro kepada anakanda fairuzah yang mengutarakan satu persoalan yang baik sekali.

Sekiranya suami lumpuh dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami maka isteri diizinkan meminta fasakh. Kebiasaannya suami itu akan redha menceraikan isterinya demi kekurangan dari aspek nafkah batin. InsyaAllah Islam telah menjelaskan dalam Al-Quran dan Al-Hadith tentang ini.

Tetapi seringkali seorang isteri yang berakhlak mulia tidak akan sanggup untuk membiarkan suaminya yang dalam keadaan lumpuh itu bersendirian. Terutama sekiranya semasa suami itu sihat adalah seorang suami mithali. InsyaAllah ehsan dari iman akan menjadi kekuatan dalam jiwa wanita yang beriman dan solehah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Sesungguhnya hamba-hamba Allah itu dihimpun dalam pembentukan dalam rahim ibunya 40 hari berupa nutfah (mani), kemudian berubah menjadi segumpal darah selama waktu itu juga, begitu juga menjadi segumpal daging dalam masa waktu itu juga, kemudian Allah mengutus malaikat kepadanya lalu ditetapkan pada dirinya 4 kalimah -
1. ditetapkan rezekinya
2. ditetapkan ajalnya
3. ditetapkan pekerjaannya
4. ditetapkan nasih bahagia / susah
(mafhum HR Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-05 02:42


kahwin dengan suami orang memang tak salah tapi.............kalau sudah dikira merampas suami orang memang bersalah..........kat dunia ni tak ada yang sempurna...boleh ke seorg suami berlaku adil kepada isteri2 nya.........sedangkan kadangkala tidak mampu berlaku adil pada seorang isteri..........inikan beristeri 2, 3 ,4..........wassalam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

ar_raze
Warga Rasmi
Menyertai: 14.12.2004
Ahli No: 13042
Posting: 16
Dari: bahanj

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 02:23


nabila..jawapansoklan nabila tu ada...Baginda s.a.w..Nabi pun boleh berlaku adill dengan isteri-isterinya...adakah sidatina aishah dikira perampas..? jawab..erm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ar_razeProfil   Hantar PM kepada ar_raze   Pergi ke ar_raze's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 03:05


tiada seorang pun yang mampu berlaku adil 100%. hatta Rasulullah pun pernah berdoa kepada Allah, agar diampunkan daripada kelemahan Baginda dalam hal membahagikan kasih-sayang sesama isteri Baginda. kita sedia maklum, Ummul Mukminin Aisyah mempunyai kelebihan di sisi Nabi berbanding Ummahaatul Mukminin yang lain.

tapi keadilan dalam bentuk material dan layanan batin adalah dituntut. seorang suami dikira menzalimi isterinya jika gagal memberikan keadilan tersebut.

wAllahu a'lam.
[ Telah diedit oleh: n_farhanah pada 09-08-05 03:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 11:30


erm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 12:37


:roll: :roll: :roll: hhmmmm.....

:lol: :lol: mana ada salah,lagi pun isteri pertama dah setuju,apa lagi,tapi si lelaki kena lah pandai membahagi2 kan masa nya di antara isteri pertama dan juga isteri kedua,dan si isteri2 pula,jangan lah dok cemburu tak tentu pasal pula :-P :-P :-P


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 12:51


assalamualaikum...

ana mugkn tak sehebat mana untuk memberi pendapat dan pandangan...emmm..salahkah kawin dengan suami orang???

bagi ana...soalan ni cukup sensitif bagi sesetngah kaum hawa. apatah lagi dalam penerimaan untuk berpoligami..dengar perkataan POLIGAMI pun dah boleh naikkn kemarahan kaum hawa dan ia menjadi perkataan yang digeruni oleh semua kaum hawa....

Tak semua boleh menerima poligami.kalau terima pun, sejauh manakah keikhlasan dalam kita menghadapinya???salahkah kita insan dan hambaNYA jika ditakdirkan jodoh dengan suami orang???bersalahkah isteri ke2,3,4???adakah isteri ke2,3,4 semuanya GATAL dan PEREMPUAN TAK BERMARUAH seperti yang semua orang gelarkan utuk isteri ke2,3,4???mungkin ada segelintir yang sanggup jadi isteri kedua hanya kerana harta..tapi kita sebagai seorg hamabaNYA yang beragama, kita haruslah berfikiran telus dan terbuka kerana tak semua isteri ke2, ke3,ke4 ni hanyalah "perampas" kawin semata2 kerana harta...jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....

Poligami telah disyariatkan olehNYA keatas setiap hambaNYA...setiap apa yang telah disyariatkan itu, mesti ada kemanisan dan kebaikan pada setiap hambaNYA...

bila suami nak kawin lagi, 1st wife mengamuk...2nd wife dipersalahkan..suami dituduh curang...tapi, pada isteri pertama..pernah tak terfikir salah kita sebagai seorg isteri..tak semua suami yang kawin lagi semata2 kerana nafsu...mungkin ada salah dan silap kita sebagai seorg isteri...menyebabkan kasih suami berpaling pada orang lain ...

jika ada salh dan silap, minta diperbetulkn dan harap dimaafkan....

wasalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

nina_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10542
Posting: 104
Dari: di mana bumi dipijak..

Selangor  


posticon Posting pada: 15-09-05 14:08


errr.. kahwin dengan suami orang..??
memang lah tak salah..
cuma berharap tak berlaku pada diri ini :-)


-----------------
~jangan biarkan aku tanpa cinta-MU~


Bookmark and Share

    


  Member Information For nina_nurProfil   Hantar PM kepada nina_nur   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-09-05 14:13


assalamualaikum....
bagi saya... lebih baik hindari daripada kawin dengan suami orang...
kalau boleh saya pun tak nak kawin dengan suami orang.....
bayangkan kalau kita di tempat orang yang kita ambik hak dia... macam mana perasaan....
tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 15:35


emmm...jika dah jodoh kita dengan suami orang, dah ketentuanNya...boleh ke kita mengelak?...kita kena terima seadanya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.206823 saat. Lajunya....