Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 20-02-2025 |
|
Cerpen
|
Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kuliah Tahun 5 |
---|---|
Meow ![]() ![]() |
![]()
Cerita baru lepas Saat Bahagia....
![]() ![]() ======================================================== Part I Kuliah Tahun 5 “Along… along… cepatlah sikit long… lama benar along ini bersiap..” suara jeritan Usu memecah kedamaian tengahari. Isy.. damai ke tengahari? Panas membahang membakar macam microwave oven National kat dapur tu ada lah. Oven yang pernah masuk ‘hospital’ sebab aku dulu. Ah, siapa suruh letak benda alah tu tepi cabinet. Orang nak cepat, tersiku sikit jatuhlah. Tapi, kerana teknik menyiku oven tahap 21 aku tu lah. Aku di ‘fire’ oleh mama aku selama seminggu. Tak campur dengan kuliah-kuliah pendek yang aku kena attend lepas tu selama berminggu-minggu. “Alonggggggggggggggg…..” suara Usu semakin dahsyat. Haih adik aku seorang ini dah tak sabar-sabar gamaknya nak ke Bandar ini. apa kejadahnya nak pergi bandar panas-panas macam ini pun tak tau lah aku. tak ada ke masa lain yang lebih cun nak pergi? Dah lah tu, mengacau Along pulak suruh temankan. Nasib baiklah Along ini stok along yang budiman. Hehe.. masuk bakul angkat sendiri nampak?? :-p aku bergegas keluar dari bilik. Kulihat Usu dengan muka air 14 sedang menantiku di atas sofa. Nampak macam nak merajuk aje tu. Alahai budak perempuan, kasi aiskrim sikit ok lah tu. “Jom…” aku melemparkan senyum separa ikhlas untuknya. Malas nak pujuk lagi kalau dia tak tunjukkan rajuk dia tu. Ehehehe. saja saja aku nak test… “Bersiap macam anak dara…” Usu memuncungkan mulutnya. Mak oi, mengalahkan hidung Pinnochio aje. Sah. Merajuk. Dan serentak dengan itu juga otak aku ligat mencari formula baru nak pujuk adik bongsuku. Dah macam-macam skill yang aku dah pakai. Hari ini nak pakai skill apa pulak ye. Cepat lah wahai sang otak. Kenapa lah hari ini aku lembap semacam saja ini. ini mesti kes tidur lewat semalam lah ini. tak mengapa. Rileks Along rileks. Small matter saja ini. “Ala… takkan tu pun nak merajuk? siapa suruh Usu tak bagi tau awal-awal nak ajak pergi bandar.” Ayatku nak cari helah. Kehkehkeh. Macam tak logik aje. Kan ke dia bagi tau semalam. Ah, lantak lah. Janji mengayat mesti power. Ehehe. Pinjam ayat Pojie @ FauziJiwang. Member sekuliah aku. Jangan kantoi sudahlah. “Eh, cepatlah. Nak pergi tak nak ini? Karang along naik atas balik, padan muka...” gayaku sedikit garang. Huhu. Acah saja ini. Nak test kepoweran kuasa seorang abang long. Hmmm... menjadi ini. Power lagi jugak kuasa aku. Usu bangun menuju ke pintu. Walau pun masih monyok tapi janji menjadi taktik aku kali ini. Hmmm skill ini aku nak namakan Teknik Mengancam Dalam Kesopanan dan Kesusilaan. Isy.. macam Rukunegara lah pulak dah. Jangan lupa. Kempen berbudi bahasa. Kehkehkeh. “Along nak pergi bandar dengan Usu ke?” tiba-tiba aje suara mama menerjah gegendang telinga aku. Getarannya terus ke tulang Osikel (osicle) dan pergi ke Koklea (cochlear) dan tertukar jadi impuls untuk dihantar ke otak. Wuisy... power jugak lagi fisiologi aku. Tenkiu very much buat Prof. Manjit yang tak putus-putus asa mengajar kitorang semua. Masih ada lagi ilmu yang tersepit seketul dua di celah-celah neuron otak aku ini. “A’ah. Mama ada nak pesan apa-apa ke?” balasku ringkas. Aku memandang wajah mama. Menanti jawapan. “Belikan mama barang-barang dalam list ini ye Along”. Mama menghulurkan sekeping kertas kecil padaku. Ayam 1 ekor, rempah kari Baba’s 3 paket, gajus 100 gram, kismis kuning 3 kotak, beras basmathi 5 kampung... bla bla bla... aku terkesima. “Pakai duit ini”, sambung mama. “Ma nak buat kenduri ke ini? banyak betul barang” balasku setelah mengambil wang RM 100 dari mama. Wajah mama lantas mengukir senyum. Penuh misteri. Seram siot. “Nak masak untuk along lah. Mama nak jamu along biar gemuk sikit. Dah kurus benar mama tengok” balas mama. Biar betul ini mama. Nak jamu ke nak sumbat ini. Hehehe. Tapi tak mengapa. Janji masakan mama, the best dalam dunia. Kalah chef Wan dengan chef Ismail kat tv tu. Alamak, ini tahu dek chef-chef berdua tu mahu kena saman aku ini... ![]() “Along pergi dulu ma. Cik mek molek tu dah nak merajuk kali ke 99 dah tu” kataku sambil menjeling ke arah Usu yang sedang memerhatikan aku sedari tadi di pintu. Aku bersalam sambil mencium tangan mama. Jaga adab wei. Anak lelaki pun kena jaga juga adab sopan. Ingat anak dara aje ke? aku melangkah menuju ke kereta Perodua Kenari di luar rumah. Kereta mama ini. Dah setahun lebih dah mama pakai. Sejak mama jual kereta Proton Iswara Aeroback dulu tu. ini lah kereta yang mama guna ke pejabat. Ayah pulak pergi kerja dengan Perdana V6 dia. Tak boleh mama nak tumpang sekali. Ayah ke utara, mama ke selatan. Ehehe. Enjin kuhidupkan dan air-cond aku kuatkan. Nak sejukkan hati cik mek molek kat sebelah ini. Dah lah tu Usu. Malas lah Along nak pujuk. Boring betul lah orang perempuan ini. sikit-sikit merajuk. Tak best langsung. “Dah lah tu Usu... takkan nak merajuk lagi agaknya? Tak syok lah macam ini...” pujukku. Setelah 10 minit memandu, kulihat Usu masih diam membatu. Selalunya dialah yang paling becok. Ada saja benda nak dicakapkan. “Janji jangan buat macam ini lagi..” erk.. terkeluar jugak ayat mengalah adik aku ini. Hehe. Dah nak cairlah tu. Dahsyat lah along kau ini Usu. Sepatah dua saja dah cair rajuk Usu. “Ok... along janji... lepas ini along tak lambat lagi... ok... tunjuk gigi sikit?...” Nah keluar lagi ayat-ayatku. Hehe. Tunjuk gigi? Senyumlah tu. Tunjuk gigi tu simpulan bahasa aku dengan Usu aje. Err sebenarnya banyak lagi koleksi simpulan bahasa kitorang. Dah boleh buat kamus pun. Alhamdulillah. Cair jugak adik aku seorang ini. Jelas kehebatanku mencairkan adikku menjadi lagi. Aik? Masuk bakul lagi ini. Istighfar Jenal... taubat wei.. anda ini riya’ betul lah. Usu tersengih menunjukkan giginya. Berderet macam pagar. Keskeskes. “Puas?” ejek Usu padaku. Alah apa yang best sangat dengan gigi kau tu Usu. saja saja nak anda happy balik. Ambik hati. Huhu. “Ok.. puas.. tapi bau semacam saja lah. Gigi tak shower ke pagi tadi Usu?” balasku mengusik. “Tolong sikit eh.. gigi ini mandi pakai syampu Colgate tau. Siap ada conditioner lagik. Jangan-jangan gigi along tu yang tak mandi agaknya...” balas Usu. Hmmm dah ok lah tu. Ehehe. Hoorey. Mission accomplished! “Usu nak pergi mana ini sebenarnya? Along kena pergi Pacific tau. Nak belikan barang-barang mama ini.” ujarku menukar topik. Anyway, topik memujuk dah selesai. Hehe. “Usu nak pergi BodyShop. Nak beli perfume..” balasnya ringkas. “Hah? Nak beli perfume?” terkejut? Hehe. Memang tergezut. Usu aku ini dah melambak perfume dia kat meja solek dia tu. Sebutlah apa jenis semua ada. Tak pernah pulak beli perfume ajak aku. apa barang tiba-tiba ajak aku pulak beli perfume ini? “A’ah... perfume atau dalam bahsa jepun... minyak wangi...” balasnya lagi. Buat lawak lah konon tu. kurang lagi skill ini. Kena belajar dengan Along lagi ini. “Nak buat apa beli perfume? Usu kan dah ada satu kapal perfume?” tanyaku inginkan kepastian. “Usu nak belikan hadiah lah Along. Sebab tu lah Usu ajak Along” jelasnya. Riak muka seposen tak berperasaannya macam tak puas hati saja kena soal siasat dengan aku. “Oic... untuk siapa?” ehehe soalan seterusnya. Buat-buat senyum sikit supaya dia tak perasan aku tengah blur lagik. “Kawan” “Mak Andeh or Pak Pandir?” “Pandir” “siapa?” Maknanya along nak tau nama and apa hal spesel sangat sampai dapat present ini. Jeles ini. “Kawan sekuliah” “No name?” ha.. kan dah keluar ayat ganaz. “Muhd Hafizi Bin Muhd Kamil... fullstop” balasnya. Uisy.. marah ke? Nak tanya lagi sebenarnya ini. Boleh ke tak? Oit.. Jangan Jenal... jangan... tadi pun dia dah panas. Karang meletup dalam Kenari ini.. Jadi Kenari goreng pulak dek kedahsyatan letupan Usu anda ini. Hmm Kenapa lah Usu aku ini hangin 15 haribulan pulak hari ini. Maintain budiman Jenal maintain... Kau kan calon anugerah Along Budiman 2005. hehehe. “Kita pergi beli barang-barang mama dulu lah ye... nanti tak payah pusing balik dah... lepas beli perfume kita pergi KFC, ok?” hehe. Teknik menenangkan adik aku. Teknik ini dah banyak kali aku pakai. Memang menjadi. Usu aku ini kaki KFC dengan McD kalau nak tau. Tengah malam pun boleh jadi dengan dia ini. Nasib baik KFC tak bukak 24 hours kat tempat aku ini. “ok...” sambil senyum meleret. Ha... kan aku dah kata tadi. Memang menjadi punya lah teknik KFC aku ini. ............. aku melangkah memasuki Pacific Hypermarket yang luas gedabak tu. Hmm maju betul negara Malaysia ini. Macam ini punya hypermarket pun dah ada kat sini. Yang masih tak maju lagi, pemikiran orang Malaysia. Negara kelas pertama, pemikiran kelas ketiga lagik. Alamak.. macam kena batang hidung sendiri aje ini. Huhu. Insaf. aku mencari-cari tempat jualan barang-barang dapur. Alahai.. ini yang aku boring ini. Masuk hypermarket macam ini. Slot barangan dapur entah mana lah mereka ini sorokkan. Usu pulak entah mana pergi. Aku bukannya kenal sangat dengan barang-barang dapur mama pesan ini. Beras basmathi dengan rempah tu aku tau lah. Yang jintan-jintan, halba apa kebenda semua tu benda alah apa agaknye. ini mahu 10 jam aku mencari sesorang ini. Bosannye... “Along...” ini yang aku paling alergik ini. Main sergah-sergah aku time-time bengong macam ini ini. Kang tak pasal-pasal kena penampau kuih pau baru tau. Nasib baiklah aku tak ada heart problem.. kalau tak, mahu kena left bundle branch block leading to left heart failure ini. Fuyyo.. apa bendalah yang aku merepek ini. ‘Jenal.. Jenal.. anda ini bab mencipta penyakit baru memang pakar...’ kihkihkih ayat Kak lah time trigger discussion zaman muda-muda tahun satu dulu... ekeke.. “Hah.. apa benda Usu?” balasku ringkas. Kening aku angkat macam Ziana Zain tengah melalak Madah Berhelah... Ah... tu lagu lama lah.. lagu barulah.. Sembilu Kasih... huhu.. “Along buat apa kat bahagian ini? Cik abang nak beli ‘tu’ kat wife ke?” kata Usu dengan muka sengih macam Giant nak belasah Nobita sambil menuding ke rak di sebelahku. Erk... alamak... bagaimana aku boleh tersesat masuk bahagian tuala wanita pulak ini? Isy.. malunya.. malu.. haru betul lah anda ini Jenal... Haru biru kelabu ungu dan segala macam colour lagik lah.. Patutlah dari tadi nampak macam kenal saja jenama whispers semua ini.. hehehe.. rupanya dah sesat ke alam wanita rupanya anda Jenal... “Along nak... aa nak pergi sana tu lah..” balasku meng‘cover line’ hehe. Walau pun nampak dah terkantoi sangat dah ini. Rileks Jenal... cool beb... “Ye lah tu... berangan sesorang... nak beli apa kat bahagian periuk belanga tu? Mama pesan ke?” erk.. kena lagi sejibik aku kali ini.. malang betul lah aku.. ini tak boleh jadi ini.. kena fire balik ini.. come on Jenal.. fire.. fire.. “Usu mana tau.. along nak jalan-jalan pun tak boleh ke? Dah.. jom..” ehehe.. tu aje yang aku mampu balas balik.. guna kuasa abang long lagi.. huhu.. dah kantoi.. entah masa bila lah pulak aku melangkah masuk bahagian tuala wanita tu entah lah. “Along... sana lah” Usu membetulkan arahku yang memang tengah biol kena sergah and perli tadi. “Ah.. taulah..” balasku ringkas. ............. aku melangkah masuk ke restoran makanan segera KFC di tingkat atas pasaraya. Aduh.. nampaknya kopaklah duit along kau ini Usu. Tadi dahla kena bayarkan harga perfume present dia. ini kena belanja KFC lagi. Duit tak cukup nak jugak beli perfume tu. Hmm untunglah kau Muhd Hafizi Bin Muhd Kamil oi... dapat perfume RM 250.. aku ini pun tak pakai perfume mahal begitu tau. Sayang adik punya pasal, RM 150 kena lah jugak aku bagi.. saham aku lebih dalam present dia ini.. ada chance lah nak korek rahsia lagik.. kuikuikui... idea setan dah datanglah tu.. istighfar Jenal woi.. “Along... RM25.69” Usu berpaling padaku sambil menghulurkan tangan kanannya. Sengih lagi kau Usu? Along kau ini dah hampir nak kemarau kau tau tak? Nasib baiklah biasiswa baru masuk. Kalaulah along kau ini dah kerja, mahu habis duit gaji belanja anda aje Usu... aku mengeluarkan dompet dan membuka zip. Wang RM 10 tiga keping aku keluarkan dan kuhulurkan pada Usu. “Thanks along... sayang along..” itu sajalah ayat kau Usu oi.. Nak bodek untuk next time lah tu.. “tak ada diskaun ke dik? Hujung-hujung tahun macam ini takkan KFC tak buat sale?” kataku pada gadis cashier tu. “Isy.. encik ini macam tak tau pulak... KFC mana ada buat sale..” katanya sambil mengukir senyum. Ha.. oklah tu dari tadi masam semacam saja. Ingatkan facial nerve palsy... rupanya intact lagi.. Apelah KFC ini.. letak cashier cun tapi stok facial nerve palsy... Huhu.. “Ello.. ingat ini kedai kain batik ke? Along ini entah apa-apa lah” Usu menyiku aku. Kacau daun betullah Usu ini. “Budak-budak diam...” balasku. “Oklah kak... kitorang balik dulu ye.. assalamualaikum...” Usu berbahasa dengan cashier tu. Aik.. macam kenal pulak mereka ini. “Kenal ke?” tanyaku ringkas sejurus keluar dari pintu masuk KFC. “Dah selalu jumpa.. Usu kan selalu datang sini..” jawabnya. Ye tak ye jugak. Usu aku ini kan johan malaya makan KFC.. “Oic..” balasku ringkas.. ========================================================== Bersambung...... ![]() ![]() p/s: memandangkan Ukhwah.com menggunakan sistem automatik tukar ke bahasa baku bagi beberpa perkataan tertentu, diharap sahabat-sahabat semua tidak berasa kekok membaca bahagian-bahagian yang ditukar secara automatik yang saya tak perasan semasa mengedit cerita ini.. ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ [ Telah diedit oleh: Meow pada 31-07-05 02:08 ] |
SHAMR ![]() ![]() |
![]() |
salsabiila ![]() ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]()
syabas doktor meow!! lama tak dengar cerita. ingat dah dormant tahap petala lapan.
![]() ----------------- We are the youth Let us Bring Islam Back We did it in the past So let us do it again [ Telah diedit oleh: kinobaik pada 01-08-05 19:35 ] |
syahidatul ![]() ![]() |
![]()
waaah doctor meow...ada kemajuan lah.... makin mantap... ni pengaruh siapa ni ek??? hehehhe.. gaya penulisan macam gaya2 GBR kino.
eheheh p/s: welcome back meow.. |
kilauansyifa ![]() |
![]()
best juga cerita ni...selumber juga..bila nak sambung?boring boleh baca..berguru dengan siapa buat cervel(cerpen+novel) ni???
|
Meow ![]() ![]() |
![]()
SHAMR.... ni karya asli tau...
![]() thanks to salsabilaa, kino, shye dan kilauansyifa... to kilauansyifa.. cikgu kita nama dia ........ ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Part II
aku duduk berehat di meja rehat di beranda rumah. Angin petang yang sepoi-sepoi ‘language’ ini memang syok. Tenang rasanya lepas solat Asar. Sempatlah jugak aku berzikir sikit-sikit sekadar yang aku tahu. Belajar dengan Najib, naqib usrahku di kampus. Budak Najib ini memang aku tabik spring lah dengan kehebatan dia dalam ilmu agama. Setakat doa selamat tu, pejam mata saja dia baca. Aku? Hehehe... jangankan pejam mata, bukak mata pun belum tentu lancar lagi.. aku bukan sekolah agama macam Najib tu.. ‘Tak sekolah agama bukannya alasan untuk tak dalami agama... sikit-sikit lama-lama jadi bukit..’ teringat aku kata-kata Najib masa sesi taaruf usrah dulu. Masa tu aku segan gila nak join mereka. Maklumlah aku tak pernah terdedah dengan semua tu. Aku sekolah menengah pun kat sekolah biasa saja. Mana ada usrah-usrah tu semua. Sekolah asrama ada lah. Tapi sejak aku join usrah tu.. banyak benda tentang Islam aku belajar.. rupanya Islam yang aku tahu selama ini sangatlah sikit.. very much superficial.. sekadar melepaskan diri dari terjerumus ke lembah kekafiran sahaja.. Nauzubillah min dzalik.. Benda asas sangat sahaja yang aku tahu.. Dalam bahasa perubatannya, Islam yang aku kenal sekadar epidermis layer saja... sedangkan di bawah sana ada dermis dan muscles segala mak nenek yang masih tersembunyi... cewah.. falsampah pula.. hehe.. ‘Tapi... yang asas tu paling penting... dalam sebuah bangunan, basement paling penting... lemah basement runtuhlah bangunan.. malah Islam itu seumpama bangunan... syahadah sebagai asas, solat sebagai tiang, puasa menjadi dinding, zakat menjadi pintu dan haji sebagai bumbung... salah satu rosak... maka runtuhlah bangunan itu..’ kata-kata Najib masih terngiang-ngiang di telinga. Syukurlah Allah bukakan hatiku nak join usrah Najib. Buku karangan Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya bertajuk “Penipuan Evolusi: Keruntuhan Sains Darwinisme dan Latarbelakang Ideologinya” terjemahan oleh Rohidzir Rais itu aku buka. Mencari muka surat terakhir aku berhenti semalam. Semakin aku baca, semakin aku nak tahu kesudahan penjelasan Harun Yahya ini. Kagum betul aku dengan Harun Yahya. Semasa mudanya sudah menjalankan tugas dakwah. Bayangkan macam mana keadaan seorang diri berjuang menegakkan kebenaran Allah sebagai pencipta makhluk seluruhnya di Universiti Mimar Sinan yang terkenal dengan fahaman atheisme tu. Semangat Harun Yahya memang teguh. Aku.. belum tentu dapat bertahan sepertinya. aku menyambung bacaanku dari muka surat bertajuk: Kisah Peralihan Dari Air Ke Darat.. Hmm memang tak logik langsung haiwan di dalam air nak berevolusi menjadi haiwan darat. Peparu dan semua kelengkapan hidupan darat berbeza dari haiwan air. Teori Darwin ini memang salah. Bengong jugak rupanya orang putih ini ye. Rupanya golongan Yahudi dan materialisme serta komunisme ada plot jahat terhadap Islam. Patutlah mereka beriya-iya menentang Harun Yahya dan menyokong teori yang tak saintifik langsung ini. Mujurlah ada ilmuan seperti Harun Yahya dan Scientific Research Foundation ini yang membidas teori ini dengan bukti-bukti saintifik macam ini. Baru ternganga mat saleh sana nun. ‘Ya Allah.. berilah kekuatan pada ilmuan Islam akhir zaman ini untuk menegakkan kalimah suciMu.. ameen..’ tiba-tiba terdetik sekuntum doa di hatiku. “Baca buku apa tu along?” suara di belakangku menghentikan bacaan aku pada muka surat 34. Aku berpaling. “Eh.. ayah.. ini ha buku Harun Yahya.. kawan along pinjamkan.. best jugak..” jawabku panjang lebar. Aku menghulurkan buku tersebut pada ayahku. Aku tahu, ayahku memang berminat tentang kajian-kajian saintifik semua tu. Maklumlah orang sains jugak. Ayahku bekerja sebagai Penasihat Kajian Sains Biologi Maritim di Institut Kajian Biologi Negara. Benda-benda alam semulajadi macam yang dijelaskan dalam buku ini memang dalam perngetahuan ayahku lah. “Hmm sejak bila anak ayah baca buku-buku ilmiah pulak ini? Selalunya APO?, Gila-gila, Pedang Setiawan entah apa lagi lah” balas ayahku. Tangannya menggosok-gosok bahuku yang dibalut kemeja T Adidas itu. “saja tukar angin lah ayah...” balasku tersengih. “Eloklah tu... tak lama lagi dah nak jadi doktor... tambah ilmu tu..” sambung ayahku sambil melepaskan punggungnya atas kerusi di sebelahku. “Ayah tak kerja ke hari ini?” tanyaku mengubah topik. “Hai.. along.. apa hal lah along ini... kan hari Ahad ini..” balas ayah sambil menepuk bahuku. Alamak tiba-tiba pula kantoi dengan ayah. Tu lah.. cuti lama sangat sampai hari pun dah tak ingat. Mini Mental State Examination fail lah kalau macam ini. Tak aware dengan time, date and year. Kehkehkeh. “Along saja saja lah ayah... along tau ayah cuti hari ini..” balasku. Nak cover line jugak tu dengan ayah sendiri. Kuikuikuikui. “Cover line nampak along? Hehehe” ayahku menguji. Kantoi lah ini. aku tersengih. Ketawa pecah di keheningan petang. Best jugak anak beranak ketawa macam ini. “Bila nak balik kampus?” tiba-tiba ayah pulak ubah topik. Ehehe. “Seminggu lagi ayah.. along ingat along nak balik awal sikit. Banyak benda nak settle.. lagi pun ada camping faculty.. yang along bagitau hari tu” balasku serius. tak boleh buat lawak banyak-banyak dengan ayah. Kena tazkirah free aje nanti. Hehe. “Hmm...” aik? Hmmm aje ke ayah? tak ada komen panjang-panjang lagi ke? Selalunya ayah lah yang selalu bantah kalau aku nak balik kampus awal. Kali ini macam ok pulak. Huhu. ............................................. aku melangkah ke kaunter check-in penerbangan MAS. “Selamat pagi encik” sapa pramugari di kaunter. Amboi.. kempen budi bahasa lagi ke ini? keskeskes “Selamat pagi akak” balasku. Urusanku di kaunter selesai sekejap aje. Alah nak check-in tu lima minit pun tak sampai. Aku bergerak ke arah keluargaku yang sedang menunggu di lobi. Adoi.. ini drama swasta mama nak mula lagi lah ini. Cerita sedih hantar anak-anak pergi belajar. Adoi.. aku paling tak tahan time ini lah. Bukan apa. Aku pun kekadang tersampuk berlakon sekali drama tu. Adik-adik aku pun join jadik pelakon tambahan jugak. Ayah aje.. maintain jadik pengarah. Huhu. “Along dah nak kena masuk ini mama.. ayah..” kataku seraya mendapatkan mama dan ayah. Ah.. sudah. Mata mama dah mula nak hujan dah. Alahai Jenal.. cool man cool.. jangan sedih-sedih. anda bukan nak pergi luar negara. pergi sarawak aje. Eh tu pun oversea jugaklah. Kehkeh. Oit sempat buat lawak lagi tu. “Belajar elok-elok long.. isk isk isk” hmm macam biasa. Mama dah tak boleh tahan. “Baik ma..” aku bersalaman dengan mama. Tangannya kucium mendapat berkat seorang ibu. Kemudian mama memelukku dan mencium pipiku. Aku kemudian bersalaman pula dengan ayah dan adik-adikku. Angah, Alang, Ateh dan Usu. “Along.. nanti Usu kasi balik duit Along tu ye.. jangan bagitau mama dengan ayah..” bisik Usu. Ala Usu. Tak payahlah nak buat-buat membalas budi. Macam tak biasa saja anda sebat duit along anda ini. “Tak payah lah Usu.. along halalkan saja.. tapi kalau nak bayar jugak kena kira bunga lah” balasku tersengih. Pinggangku lantas dicubitnya. Adoi jangan kuat-kuat Usu. Buah pinggang ini nak pakai lama lagi lah. aku menaiki pesawat dan mendapatkan tempat di sebelah tingkap. Memandang keluar pemandangan lapangan terbang KL. Luas gila. tak ada benda yang aku boleh buat kecuali rutin tiap kali aku naik flight. Aku memasang telinga dengan earphone discman SONY. Lagu Numb dari CD Linkin Park tu terngiang di lubang telinga. Aku humming sesikit aje. Nak nyanyi karang mensumbangkan lagu saja. Kekeke. Bengong betollah anda ini Jenal. Tahap nenek ultraman. aku tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 3.30 petang. Hmm awal lagi ini Jenal. Lepak kat airport dulu lah. pergi solat lepas itu apa lagi.. makan lah. Perut pun dah nyanyi lagu dangdut dah tu. Usus pun tengah gelek gerudi Inul tu. Hehehe. Mesti dah banyak hidroklorik acid yang dirembes kat dalam perut aku ini. makan kat atas flight tadi sikit sangatlah. Buat cuci gigi saja banyak tu. Oit.. nak banyak anda bawak bekallah Jenal oi.. ingat rumah kau ke? aku melangkah ke surau airport. Hendak menunaikan solat fardhu Zuhur. Tinggal setengah jam lagi saja ini. Aku bukan taknak jamak tapi... ehehehe tak reti sangat... kuikuikui... kang salah niat jadik solat jenazah pulak. Huhu. Ah tak mengapa. Balik ini aku berguru dengan Najib. Lepas ini boleh lah praktik time balik cuti. anda jangan gelak kat aku lah. Selesai solat aku melangkah menuju ke kafe di tingkat tiga. Erm petang-petang macam ini tak ramai pulak orang makan. Bagus juga ini. Bolehlah aku lepak lama sikit kat sini. Huhu. Aku tak makan banyak pun. Mee goreng hailam dengan teh ais a.ok.a teh peng’ aje. Hehe. bagaimana lah orang Sarawak dapat nama teh peng’ untuk teh ais ini. Kreatif gila. Selesai makan aku berangkat turun. Cewah. Berangkat turun tu... macam raja-raja pula. Aku beli tiket teksi dan terus menuju ke arah hentian teksi. RM 17.50. Nasib baik fakulti aku kat Kuching aje. Kalau kat Kampus Samarahan sana mahu kering kontang aku. Ah, banyak songeh pulak kau ini Jenal. Nak free jalan kaki lah. tak ada fee tak ada road-tax. Huhu. Setibanya aku di kolej.. aku dah nampak dah kelibat Pojie a.ok.a FauziJiwang. Geng satu apartment aku yang jiwang karat habis. Tahap ultraman taro lah kejiwangan mamat sekor ini. Aku sendiri pun tak tau lah bagaimana Najib boleh jadik roommate dia. Berasap kepala dengan ayat-ayat jiwang dia. Hehe. “ ![]() “Waalaikumussalam naqib.. eh eh Najib...” balasku. Sempat buat lawak antara benua lagi tu. tak mengapa. Najib sempoi punya naqib. Tak macam sesetangah tu. ada ilmu tapi berlagak sangat. Sampai orang tak berminat nak timba ilmu dari mereka. Tapi Najib ini lain dari yang lain. Naqib yang sempoi and can go lah. Bukanlah dia main-main, tapi dia rapat dengan anak-anak usrah macam kawan baik. Tu yang aku salute habis tahap keluangman tu. “Oit.. buat lawak anda Jenal... flight kul bape tadi?” tanya Najib sambil membantu aku angkat beg. Hehehe. Bagus betul lah anda ini Jib. Memang stok kempen budi bahasa cemerlang gemilang terbilang betul. ini yang buat Pak Lah sayang anak muda macam anda ini Jib. Huhu. entah apa-apa lah kau ini Jenal. Mamai ke? Sampai Pak Lah pun join dalam kepala otak anda ini. “Kul 1.30 tadi.. sampai sini 3.30” jawabku ringkas. Aku dan Najib melangkah naik ke apartment kesayanganku 110. Aku di bilik A dengan roommateku Zaim manakala Najib dan Pojie di bilik B. Bilik C pulak dihuni oleh dan . Akhir sekali bilik D dihuni oleh mamat kaki tidur dalam kuliah paling berjaya si Akmal dan Azmal. Nama pun dah macam kembar, duduk sebilik pula tu. Cuma kembar ini lain mak lain bapak saja. Hihi. Penat gila babas lah hari ini. Macam-macam ada. Perjalanan dengan flight pun penat jugak. Huhu. Sambil mengemas barang aku memasang discman dengan lagu FarEast.. ehehe.. CD Ke’on ini... mamat sekor ini pulak minat tahap cipan dengan nasyid. Semua CD group nasyid best-best dia ada. Aku Cuma tolong tumpang dengar aje. Huhu. Aku CD Linkin Park ada lah. Tapi apa salahnye sekali sekala dengar nasyid. Bak kata Kak Line terwarak lah pulak. tak mengapa selagi tak melalaikan dari Allah dengar saja lah. Mekar di taman hati.. cinta pertama Engkau ciptaan seni.. idaman kasih Antara bibir tersiratnya pekerti Kelembutan yang mendamaikan jiwa Bermula kau di sini.. penentu bicara Kalam kebenaran tiada berdusta Dirimu berharga dari segala-galanya Bertakhta keimanan untuk dipertahankan Hadirlah cinta.. cinta pertama Hadirlah cinta.. cinta utama Sayangi diri ini cinta.. cinta pertama Hati ini cinta.. cinta utama... Wuisy lagu ini memang tahap giga bestlah. Aku memang suka sangat dengar. Erk.. sejak bila pulak Jenal jadik mamat jiwang ye? Ehehe.. tapi lagu ini tersangatlah best.. . Hmm.. aku tak dapat nak tahan terus nyanyi sekuat hati. Aku tahu kejap lagi adalah pengkritik tetap Malaysian Idol dan AF datang tu. Lantaklah... janji aku suka... hihihi saya sangat suka.. “Woit... pitching lari tu... kalau setakat menjerit aje baik anda pergi nyanyi kat kambing saja...” Ha.. kan dah aku cakap tadi... mesti datang lah adik Kudsia Kahar ini.. Kehkehkeh.. siapa lagi kalau bukan Akmal Kahar.. Perah santan betul mamat sekor ini. nak jadi pengkritik aku konon... dia nyanyi lagi sumbang.. tak sedar diri... astaga Jenal... jahat betul lah anda ini... tobatlah wei Jenal... “Oi.. aku punya pasal lah...” balasku tersengih pada Akmal.. Dia pun membalas sengih tiga kupangnya padaku semula. Akmal melabuhkan punggungnya atas katilku. “anda dah pergi daftar masuk ke Nal?” tanya Akmal. Alamak... aku belum daftar masuk Kolej lagi lah. Selamba badak aje aku masuk tak daftar. mahu kena saman ini dengan dari. Latif kejap lagi. “Alamak mal... aku lupa lah... pejabat dah tutup ke?” tanyaku. Buat muka cemas macam doktor-doktor kat A&E Department attend patient. Kuikuikui. “Hihihi.. rileks lah brader woi... hari ini dengan esok office bukak 24 jam... ramai yang akan sampai tengah malam karang ini... tapi jangan lah pulak anda buat-buat lupa nak daftar... unless anda nak sedekah RM50 kat Ayahanda dari. Latif tu silakanlah...” balas Akmal.. Hmm dah maju rupanya pejabat kolej aku ini. sebelum ini bukak sampai pukul 8 malam aje time-time student balik cuti... anjakan paradigma yang sangat memberangsangkan ini... cayalah ayahanda dari. Latip... “Ye ke? Alhamdulillah... eh anda jaga barang aku kejap ye... nak pergi daftar... karang aku lupa lagi...” pintaku pada Akmal. Aku tahu si Akmal ini kalau suruh jaga barang, habis disepah-sepahkannya. Cari makanan. entah apa-apa entah mamat ini. tak ada benda lain ke anda nak cari? Ingat aku ini tokei kedai makan ke apa? “And one more thing... my biskut is in that bag... this and this tarappapa...” sambungku menerangkan bag mana yang ada makanan. Senang. Tak payah sepah-sepah barang aku. Telus dan bersih. Bak kata Pak Lah. Huhu. “Wokey... itu yang kita cari....” balas Akmal dengan muka seposen kening Ziana Zain. aku menuruni tangga kolej menuju ke arah pejabat yang terletak di bahagian hadapan. Kolej kediamanku terdiri dari dua buah bangunan. Satu apartment untuk pelajar lelaki dan satu lagi macam biasalah. Mestilah perempuan. Takkan untuk maknyah pulak kan... hehehe.. By the way, jarak apartment lelaki dengan perempuan bukanlah jauh sangat pun. Cuma surau dan pejabat kolej aje yang memisahkan. Kira surau jadi pelindung buat mamat-mamat kaki skodenglah. Mana taknya... surau dua tingkat dengan bumbung nalla punya tinggi ditambah dengan kubah ala-ala masjid negara tu. Itulah tempatnya aku solat jemaah ramai-ramai dan juga join usrah Najib. aku masuk ke dalam pejabat. Macam biasalah kan siapa lagi yang ada dalam pejabat tu kalau tak tiga orang yang tak payah nak diperkenalkan dah. Popular bangat kata mat Indon. Kekeke. Kak Liza, Kak Ina dan Pengetua Ayahanda dari. Latif. Muka lepat liat dari. Latif dari jauh dah aku tangkap. Kak Liza dengan Kak Ina tengah borak. Orang perempuan tak ada kerja lain lah tu. Mengumpat. Tak pun cerita pasal Akademi Fantasia 3 tu. entah apa yang syok sangat pun aku tak tau. Mawi, Felix entah siapa lagilah.. boringlah.. “ ![]() “Waalaikumussalam... awak ini Jenal tak ada benda lain ke? Asyik buruk sangka saja.. akak tengah bermuzakarah tentang AF3 ini... nak join ke?” balas kak Liza. Err tak ada maknanye aku nak join muzakarah cik kak-cik kak oi.. boleh... blah.. “Ha.. Jenal... lama tak jumpa ini makin handsome pulak akak tengok...” sapa kak Ina. Aik... nak bodek ke ikhlas ini? kembanglah hidung aku kejap lagi. Kikiki.. sekali sekala kena puji ini best jugak. Hehe. Isy.. riya’... riya’... tau dek Najib ini.. mampos...peti pos... “Oi.. agaknya ye pun nak mengayat mamat ini biarlah beradat sikit... depan aku pula tu” siku kak Liza. Erk... saling jeles menjelesi pulak akak berdua ini. “Akak-akak yang budiman... cik abang kat rumah nun nak letak mana? Tau dek cik abang nun... perang dunia ke-120 akak oi...” balasku berseloroh. Kenapa pula aku jadik blur ini. Perang Dunia baru dua lah Jenal woi... apa menda sampai 120 tu? Biol tahap doraemon lah anda ini. Selalunya akak berdua ini dah jadik geng borak aku hari-hari. Hmmm bengong lagi pasal naik flight lama sangat lah ini. habis tu.... takkan nak datang Sarawak naik keretapi pulak... gila meroyan ke apa? Huhu. “Akak... nak daftar... tapi dah masuk bilik... hehe.. jangan bagitau ayahanda ye..” bisikku pada kak Ina. Tau dek dari. Latif aku masuk apartment tak daftar mampus. mahu kena lecture sampai subuh besok. Peraturan tu peraturan ini. apa kebenda banyak sangat peraturan pun aku tak tau. “Beres... janji KFC esok petang ye...” kenyit mata kak Ina. “JPA dah masuk kan... bila lagi...” kak Liza pulak menyokong. Ui... ini stok Usu jugak ini. Geng-geng penyokong kuat KFC.. keringlah kalau selalu macam ini. “ok... set... 5.00 petang...” balasku. Bukan rasuah eh... aku dah janji dengan akak berdua ini before cuti dulu lah... sebengong-bengong aku pun merasuah tu haram.. mana boleh buat benda-benda macam tu.. Selesai mandaftar... aku melangkah nak balik bilik. Erk.. alamak... bagaimana ustazah ini pun ada kat sini jugak? Jatuh dari langit ke? Atau keluar dari perut bumi? Haru betol lah macam ini. Mana nak elak ini. fikir... Jenal... fikir... sampai berasap cerebrum pun tak mengapa... janji ada tindakan pantas, ligat dan tepat di kala saat genting macam ini... nampak gayanya aku terpaksa jugak melalui rintangan ini. Lantaklah apa nak jadi... jadilah... “ ![]() ============================================================= ....bersambung.... :-p ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
SHAMR ![]() ![]() |
![]()
wah akhirnya.. dah ada sambungan dia. menarik2. teruskan meow, kami kat ukhwah akan tunggu dengan sabar bahagian yang seterusnya, Insyaalah..
![]() ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!" |
puteri_nailofar ![]() ![]() |
![]()
hmm... meow ini!
kalau buat cerita tu tak sah kalau tak habis cepat...mesti ada sambungannya. suka lah tu buat orang tertunggu2 cerita dia yang best ini. |
salsabiila ![]() ![]() |
![]() |
azmir ![]() ![]() |
![]()
cerita yang sempoi..best sebab bhasa senang nak paham.....dia punya cerita pun pasal student life..tap yang pelil asal kalau cerita macam ini mest yang kaitan dengan bdak medic saja....tak ada ke cerita pasal bdak engineering ke....
|
kinobaik ![]() ![]() |
![]()
ngehngeh..sebab meow ini budak medic...Kalau nak cerita pasal budak engine, try pergi baca rizal sharifuddin. (err..tak hingat sangat tajuk..lebih kurang begitu lah tajuknya)
|
SHAMR ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-08-05 07:39 , kinobaik posting:
!!! QUOTE !!! ngehngeh..sebab meow ini budak medic...Kalau nak cerita pasal budak engine, try pergi baca rizal sharifuddin. (err..tak hingat sangat tajuk..lebih kurang begitu lah tajuknya) hehehe, rizal hafizuddin.. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!" |
nur_ila ![]() ![]() |
![]() |
puteri_nailofar ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-08-05 08:08 , nur_ila posting:
!!! QUOTE !!! cerpen tentang adam dan zulaika tu pun meow buat sendiri ke? ![]() [ Telah diedit oleh: puteri_nailofar pada 16-08-05 23:20 ] |
nur_ila ![]() ![]() |
![]()
mmm, rupa-rupanya doktor meow pengarang cerpen tu, ana dah pernah baca di melayu.com, dapat juga kenal dengan pengarangnya
![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
cerita Adam dan Zulaikha tu bukan cerita saya lah... saya dapat dalam email... kawan baik saya hantarkan...
thanks semua sebab sudi baca cerita merapu saya ini.. hehe... thanks juga ntuk kino sebab tolong jadi jurucakap saya.. hehehehe... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART III
Sapaan gadis comel bertudung labuh warna biru laut dengan jubah tu aku buat tak tau saja. siapa lagik. ‘Ustazah” tu lah. Malu siot bila teringat peristiwa hitam legam tu... gila babas lah malu... sebabkan aku terlampau seronok sangat baca komik APO? tu lah... dengan penuh sopan dan kurang asam keping garam belacannya aku tersembam masuk longkang fakulti yang air hitam legam macam kopi pak Belalang tu. Dah lah tu. Depan ustazah tu pulak. Aku angkat saja muka masa tu, muka dia tengah sengih-sengih kat aku sambil tutup mulut dia. kurang betol lah. Nasib baik tak ada orang lain. Kalau tak... mahu aku tukar universiti... huhu. “Waalaikumussalam...” Itu aje. Getus hati kecilku. Nak cakap terasa malu pula. Dah lah buat akrobatik baik punya dalam longkang aritu.. hampeh punya Jenal... Dengan selamba badaknye aku blah terus dari pejabat kolej. ................................................................ Hari ini hari cuti lagi kat kampus aku. Disebabkan aku balik awal ke fakulti, maka aku kenalah menghabiskan lagi seminggu cuti aku di fakulti ini dengan geng-geng yang balik awal. Pagi ini aku bangun awallah jugak.. standard bebudak U lah time-time cuti.. hehehe.. lepas solat subuh kat surau pagi tadi aku terus balik bilik.. cadangnya nak baring-baring aje... tak tersangka pulak boleh koma 2-3 jam... keskeskes.. sunyi betul kolej aku.. macam duduk dalam hutan pulak rasanya. Hmmm biasalah.. pukul 8 pagi time cuti.. cuba kalau hari kuliah, mahu sesak bilik mandi tu.. Hari ini aku kena pergi pelabuhan kuching. ada something spesel arriving today. Hehe. Syoknye. Aku ajak Pejol temankan aku. Actually, sebab Pejol budak Kuching, so dia taulah jalan nak pergi port tu. Harapkan aku.. sampai subuh tak jumpa.. aku nampak Pejol dah bangun tadi.. pergi mandi agaknya.. biarlah dia mandi dulu.. rileks kejap lah.. aku pasang discman aku.. kali ini In-team pulak.. fuh.. sedar tak sedar dah 5 CD Ke’On aku selesaikan semalam.. kehkehkeh.. “Oit Jenal.. cakap nak bangun awal lah apa lah.. 8 pagi baru nak celik mata..” Pejol menyapa aku.. dengan bertuala.. baru habis mandi lah tu.. “Err.. apa?!!” jawabku.. Kelabu mata ke apa Pejol ini.. aku tengah dengar discman ini ditanya.. mana nak dengar.. volume sure lah the higest aku bukak.. kalau tak... tak rock lah beb.. aku mencabut earphone.. sambil tu aku buat ayat bahasa isyarat.. ‘apa’.. tu lah seketul dua bahasa isyarat yang aku dapat ingat pun.. aku dengan Pejol saja yang ambil bahasa isyarat time 2nd year dulu.. lain-lain semua stok pak arab semua.. Najib surelah kan.. kuikuikui.. “kata nak pergi port... bila?” tanya Pejol. “A’ah.. pukul 9 ok dak? Agak-agak office dah bukak ke?” aku bertanya semula. “Dah agaknya.. ala pergi saja.. kalau tutup lagi kita makan dulu.. kat situ ada pot makan best” balas Pejol. “Canteeeekkk...” balasku sambil menunjukkan ibu jari macam iklan minyak masak Seri Murni pemeringkatan dua kali tu.. Selesai mandi dan bersiap. Pejol dah ready lama dah. Tengah tengok cerita kartun. apa lah mamat ini. dah besau panjang begitu pun tengok cerita kartun. Ateh aku bolehlah geng dengan Pejol ini. Hmm.. tiba-tiba rindu pulak dengan adik-adik aku tu.. Alang sekarang ini dah masuk tahun 3 kejuruteraan mekanikal kat UTM.. Angah pulak tahun dua Pengajian Islam di UIAM.. Ateh pulak tahun ini daftar kat UUM.. wuisy jauh tu.. Sintok, Kedah.. aku sendri pun tak pernah jejak ke sana.. Usu di matrikulasi Kolej Mara Seremban.. Hmmm.. Ateh.. boleh ke dia nak duduk jauh-jauh ini.. InsyaAllah.. boleh tu.. walau pun aku macam tak yakin saja.. huhu.. “Oit.. jom..” aku mengajak Pejol yang tengah layan cerita Spongebob.. “Nak pergi dengan apa ini Jenal?” Tanya pulak dia ini.. Bas lah agaknya... Ulangan.. agaknya.. hehe.. “entah..” balasku ringkas. “lah.. Kenapa lah anda ini..” balasnya. “Sebab tu aku ajak anda.. kan anda budak kuching.. mesti tau..” aku memberi reason yang paling ampuh dalam mempertahankan setiap hujah aku. Macam dalam sesi perdebatan antara IPT tu.. “Naik teksi mahu RM 15 lebih.. naik bas dalam RM 2.50 seorang, but kena tukar bas kat kuching dulu lah.. kalau jalan kaki free..” fuh.. ini baru namanya pemandu pelancong.. hampeh.. jalan kaki tu kucing pun tak nak.. eh ye ke? Huhu.. “gila kau nak jalan kaki.. jomlah naik bas saja.. murah...” balasku. “Jom.. cepat sikit... 9.10 bas lalu depan tu..” balas Pejol segera bangun menutup suis tv SONY kitorang tu. ................................................................... “Waaa.. lepas ini bolehlah kita pergi bandar hari-hari ye tak Nal...” Pejol membuka bicara. “Boleh..... blah...” balasku sambil tersengih. “Kedekutlah anda ini Nal...” balasnya.. “Alah memain saja lah wei..” balasku.. “Tak sangka ye... Zainal Ariff kawan aku ini anak orang kaya ye..” tiba-tiba pulak dia mengungkit bab latar belakang aku.. aku paling tak senang kalau orang cakap-cakap pasal benda ini. Walau pun boleh dikatakan keluarga aku keluarga berada sikit, tapi kami tak pernah nak beza-bezakan orang kaya ke miskin ke.. semuanya rezeki Allah.. Mama dengan ayah pun sama.. tak kisah kalau kitorang adik beradik kawan dengan anak orang susah.. ‘sekurang-kurangnya kita boleh bantu sekadar mampu...’ kata mama.. “apa yang kaya miskinnya Pejol... semuanya rezeki Allah lah..” balasku merendah diri.. aku tak nak lah dia terasa merendah diri ke apa ke kawan dengan aku.. sebab aku tak pernah rasa kurang pun geng dengan dia walau pun dia just anak seorang nelayan saja kat Santubong sana nun.. “Ye lah... Perodua Kembara tu wei... dapat free dari ayah anda lagi tu... tak kaya lagi ke?” balasnya.. “Ah.. ramai lagi anak orang kaya lebih kaya... tak payah lah borak pasal tu.. tak menariklah..” aku cuba nak tukar topik lain lah.. karang panjang lebar entah apa-apa pula.. “anda dah prepare ke Pejol?” hehe tukar topik baru pula... Perodua Kembara berwarna biru gelap hadiah dari ayah aku meluncur laju menuju ke arah bandaraya Kuching.. Cadangnya nak pergi round-round dulu sebelum balik kolej. “Prepare apa benda pulak?” ek elleh mamat ini... ketinggalan ketapi ke? “Khemah Waja Diri lah beb... apa lagi... takkan dah dimensia agaknya? Ke alzheimer...?” balasku... “Hotak anda alzheimer... tu orang tua lah... sah tidur kuliah dari. Kyaw Lin ini... actually aku cadang nak pack barang hujung minggu ini.. hehe.. ok dak?” Huhu macam tau pula aku selalu tidur kuliahDr. Kyaw tu.. hehe.. walau pun dia ok.. tapi mata aku memang tak boleh kontrol kalau bab tidur kuliah dia... entah lah.. tak tau Kenapa.. i dont know why lah.. huhu.. “Gila kau.. baik anda pack tahun depan ke? Tahun 2020 ke? Awal sikit..” ada ke siput betul lah mamat ini.. khemahnya hujung minggu ini nak pack barang hujung minggu jugak.. “aku dah ready lah wei.. anytime..” balas Pejol. Khemah Waja Diri anjuran fakulti kitorang setiap tahun khusus untuk pelajar tahun 4 program perubatan. Kalau student nurse pulak mereka ada Khemah 3P (Pantas, Pintar dan Pasti).. apa kebendanya yang pantas, pintar dan pasti pun aku tak tau. Yang pasti khemah mereka lain dari yang student medic kena lalui. Kali ini khemah kitorang buat kat Santubong. Hampir-hampir dengan rumah budak Pejol ini lah. Kitorang stay kat tepi pantai lagi tu.. “anda nak pergi naik bas ke bawak Kembara baru anda ini Nal?” “Naik bas agaknya.. ramai-ramai lah best..” Tak bestlah kalau naik kereta sesorang saja. Kalau dengan bas ada ramai geng sekepala. Taklah boring. .................................................................... Tepat jam 4.00 petang 3 buah bas fakulti dengan muatan seramai 80 orang student tahun 4 perubatan tiba di kawasan pantai santubong. Apa nama pantainya aku pun tak tau dah... namanya aje dok Sarawak 4 tahun. Kuikuikui. Aku tengok keluar melalui cermin tingkap bas. Boleh tahan cun jugak tempat ini. Kira memenuhi citarasa antarabangsa lah. Hehe. aku, Pejol, Zaim, Akmal, Azmal, Ke’on, Pojie dan Najib turun dari bas bersama rakan-rakan yang lain. Bas budak lelaki satu saja. Bas budak perempuan sampai dua bijik. Nampak sangatlah tanda akhir zaman. Perempuan semakin ramai dari lelaki. Bak kata dari. Rukhsana dulu ‘endangered species’. Huhu. “Siswa tolong kumpul kat sebelah kiri ye.. siswi sebelah kanan.. cepat sikit.. cepat..” kedengaran suara macho Penolong Pendaftar kitorang pun. Salbiah. Hehe. Garang semacam pulak pun. Salbiah ini. selalunya ok saja. Angin 15 haribulan macam Usu juga agaknya. Hehe. “Woit Ke’on... Kenapa tu? Garang semacam saja?” Zaim memuncungkan mulutnya ke arah pun. Salbiah yang sedang membaca sekeping kertas dari dalam fail biru di ribanya. “Datang bulan agaknya...” Balas Ke’on tersengih-sengih sambil mengangkat begnya. “Dosa wei mengutuk orang...kena minta maaf ini” tegur Najib pulak. Ha.. padan ke muka tu.. Mulut tu tak reti-reti nak jaga. Kan dah kena buah tangan dari Najib tu.. Dosa dengan Allah terhapus dengan taubat nasuha, dosa manusia takkan terhapus selagi tak minta maaf. aku buat dunno aje dengan mereka. Aku dengan Azmal dan Akmal dah ready dalam group siswa dah. Najib pun dah join sekali. “Macam mana lah awak semua nak jadik doktor kalau berkumpul pun lambat macam ini? Macam tak makan aje!” jerit pun. Salbiah. Huish ini Kenapa pulak nak marah-marah orang ini? “Kerek pulak pun. pasal ini hari ini..” kata Zul yang berdiri depan Akmal. “Ok... dengar sini... saya dah bahagikan kumpulan awak semua.. ada 10 kumpulan semua.. setiap group ada 8 ahli.. 2 siswa dan 6 siswi... awak semua akan stay dalam group ini sampailah habis khemah ini.. no changing member.. no excuses.. muktamad..” Fulamak.. bunyi macam arahan diktator lah pula. Gerun siot. “... Group 1.....” pun. Salbiah membacakan satu apa satu nama mengikut group. Sampai habis 80 orang.. berpanas jugaklah kitorang menunggu dia habis baca.. hampeh betul. Selesai kitorang mendengar khutbah pun. pasal tu, En Bahari pulak memberikan taklimat perjalanan khemah. Strict gilelah peraturan. Dah lah jadual pack gila babas. Seminggu pula tu menghadap azab ini. habis aje taklimat, kitorang diberikan masa 30 minit untuk mendirikan khemah, mencari kayu api, menyediakan peralatan ‘hidup’ yang lain macam dapur, ampaian baju, meja letak barang dan lain-lain. Hilang akal ke apa mereka ini? Mana nak sempat buat semua tu. “Woit Jenal... serebrum terbalik ke mereka ini? setengah jam nak buang air pun tak sempat anda tau tak? Ini nak buat semua-semua tu pula..” gerutu Suhaimi yang sedang memegang tiang khemah. “aku rasa bukan terbalik lah Mi.. bengong sikit saja tu...” balasku. “Oi Mi... anda dah habis buat khemah ke? mari ikut aku cari wood fire atas bukit tu...” Izham pulak menyampuk. “Sedap bahsa omputih anda Am.. wood fire ke fire wood?” jampuk aku pula. “Janji bunyi macam omputih.. jom lah wei.. ramai-ramai lagi best..” sambung Izham. “Lima belas minit lagi ini.. sempat ke ini?” Risau pulak si Suhaimi ini. Rileks lah. Tak sempat kena denda aje. Huhu. Tak sanggup aku kena denda. Malu siot. Dah lah ‘ustazah’ ada. Cukup lah sekali aku buat pertunjukan sarkas dulu tu. Insaf siot. Kami bertiga meninggalkan rakan-rakan yang lain di dalam group lelaki yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing. Aku, Mie dan Am memanjat bukit kecil di tepi pantai. Nak cari kayu api. Janji jumpa kayu kering.. besar ke kecik ke semua kami sebat semacam saja. Asalkan boleh nyala api kira boleh aje. Teringat pulak aku kata-kata En. Bahari tadi. Katanya makanan akan disediakan sendiri oleh kami. Maknanya, kenalah ada di kalangan bebudak lelaki ini yang jadi chef. Kalau geng-geng perempuan nun rasanya takdelah masalah besar sangat. Kaum Adam ini aku rasa boleh bilang dengan jari aje yang boleh memasak. Itu pun belum tentu kesedapannya lagi. Huhu. Kalau aku jangan haraplah. Jangankan nak memasak, barang-barang masak pun aku tak berapa kenal lagi. Pendek kata kalau campak aku dengan beras. Aku beli nasi kat kedai mamak saja lah. Hehe. Buta masakan. Asam keping dengan limau kering pun tak kenal. Main sebat saja. Masak air aku tau lah. Mee segera tu memang aku expert lah. Hehe. Dalam sibuk-sibuk kitorang tengah mengutip kayu-kayu tu, terdengar lah pula suara budak-budak perempuan balik bukit sana nun. entah apa benda yang dibuat aku pun tak tahu lah. Dengar-dengar sekali macam bincang, dua kali dengar lain macam bunyinya.. gaduh ke? Huhu.. biar betol ini. takkan gaduh tarik-tarik rambut agaknya. “Mie... girls tu gaduh ke?” aku memecah kesyahduan Suhaimi yang tengah syok mengutip kayu di kaki pokok mati tu. “entah.. biarlah” balasnya menoleh pada aku. Alah aku pun bukannya busy body sangat. Saja nak ambik tahu aje. Hehe. kira busy body jugak lah kan. Kehkehkeh. “Bukan gaduhla.. tengah carik kayu macam kita jugak..” tiba-tiba Izham pulak menyampuk. “Mana anda tahu?” tanyaku “Tu....” Izham menuding jari ke sebalik pohon beluntar. Segerombolan bebudak perempuan kuliah aku sedang mencari kayu api. Ehehehe. Cari kayu api ke cari ranting kering tu? Semuanya ranting saja yang mereka kutip. Ambiklah kayu besar sikit.. barulah namanya ‘kayu api’. Huhu. “Am, anda dapat mana ek kayu besar-besar tu?” tanya Aini sebaik saja muncul dari balik pokok. Wuisy dia ini. Bagilah salam dulu ke apa ke. Main sergah aje. “Ambik kat Giant...” selamba badak saja Izham balas. Nak kata tak sekolah, dah masuk U. Takkan dalam hutan suku belantara macam ini tak tau nak cari kayu kat mana agaknya? Sengal tahap Nobita lah tu. “Oooo sombong ek anda Am...” balas Aini. “Bagilah salam dulu ke apa ke... ini main sergah aje.. kalau aku kena heart attack siapa yang menyesal? anda... jugak..” balas Izham berseloroh. “Eh.. tak ada maknanye nak nyesal... Jenal kan ada..” balasnya tersengih. Eh apa pulak ini. Memasukkan aku dalam cerita wayang mereka pulak. “Oi.. nak libatkan aku pulak..” balasku ringkas sambil mengangkat kening Ziana Zain. “Aini anda satu group dengan aku kan? siapa lagi ha?” tanya Izham. Suhaimi dah hilang balik semak nun mencari kayu sendirian. Aku pulak sesaje gerak ke arah longgok kayu mati tepi batu besar tu. Malas nak layan Izham dan Aini. Biarlah. Group Aini pun ramai kat situ. Takkan kena tangkap basah punya. “ini... mereka ini semua group kita lah.. kecuali Izah tu saja.. group Jenal” Erk!!! Biar betol ini... bior bebenor kata orang Perak... biaq betul kata orang utara ini.. Alah tak ada orang lain ke nak join group aku? Mana aku pergi ada saja dia ini. Aku kat dalam hutan ini pun dia ada jugak ke? “Am.. aku nak balik khemah dulu lah.. karang anda bawak kayu lebih ini dengan Mie ye...” kataku cepat-cepat nak elakkan diri dari ‘ustazah’ tu. “Aik cepatnya... Mie mana?” tanya Izham “Tu.. balik semak tu.. Mie!!” tunjukku sambil memanggil nama Suhaimi “Woit... Kenapa?” balas Mie dari balik pokok senduduk agaknya. Ehehe aku pun tak kenal pokok apa entah tu. “aku balik dulu..” balasku ringkas “Roger..” balas Suhaimi. aku mengambil langkah cipan. Meredah semak sebelah batu besar dan melongsor turun melalui akar pokok. Aku tak ikut jalan datang tadi. Malas. ada ‘ustazah’ kat situ. Langkah aku dicepatkan. Aku nak cepat sampai ke khemah. Tiba-tiba... Gedebuk!!!! Erk apa benda tu? Bunyi macam nangka busuk jatuh aje... Mana pulak datang pokok nangka tengah-tengah belukar macam ini. Aku menoleh ke belakang... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]() ![]() kepada sahabat2 yang selalu membaca cerita ini... terima kasih banyak2... minta maaf sebab tak dapat nak habiskan cerita ini... sebenarnya cerita ini panjang lagi... cuma saya tak ada masa nak abiskan sekaligus... jadi saya letakkan part by part... insyaAllah setiap minggu saya akan letakkan 1-2 parts... sekarang ni tengah busy dengan kelas... so may be one part each weekend saja agaknya... soweee... ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
SyAhEeDa ![]() ![]() |
![]()
puiyort... pekena cerita Meow.. fuh~ marvellous.. hehehe..
My new favourite author : Meow ![]() Chaiyo! chaiyo.. p/s : bro Meow bukan course sastera kan? ihik.. sc ke? |
SyAhEeDa ![]() ![]() |
![]()
wo'o.. medic rupanya.. akakaka.. ok ok.. go go dari Meow.. hehe.. nanti orang terbitkan buku pasal medic, dia terbitkan novel
![]() ![]() |
afizam ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum...
cerpen anta sangat menarik....tak kering gusi ana dibuatnya....tapi ana nak tanya satu soalan.....what's the main point of this story.....i still don't get it...hehe wassalam... |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 24-08-05 12:59 , afizam posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum... main point dia rasanya pasal cinta agaknya ... dia nak cerita macam mana nanti cinta berputik antara ustazah tu dengan Jenal ... |
kinobaik ![]() ![]() |
![]()
hukhuk.. let me guess... jenal tu minat ustazah tu, tapi bertepuk sebelah tangan sebab rupa-rupanya ustazah ni minat orang lain. iaitu naqib si Jenal...
ahaks!! meow, come on, ubah jalan cerita. i'm willing to work on it (lepas itu siap sekerat jalan saja. hehe) |
razman ![]() |
![]() |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 24-08-05 23:31 , kinobaik posting:
!!! QUOTE !!! hukhuk.. let me guess... jenal tu minat ustazah tu, tapi bertepuk sebelah tangan sebab rupa-rupanya ustazah ni minat orang lain. iaitu naqib si Jenal... OK lah tu jatuh cinta dengan naqib ... kalau jatuh cinta dengan si Jenal sebab Jenal jatuh longkang tu dah kira tak logik .. kalau realiti ada yang macam tu , setiap kali jumpa mana-2 ustazah saya pun nak terjun dalam longkang lah .. |
aleya_maisara ![]() ![]() |
![]() |
syahidatul ![]() ![]() |
![]() |
sanada_yukimura ![]() |
![]()
huhu.... meow ni ada masaalah mental sikit ni. hihihi....lwk saja. anyway, memang kreatif!! siapa agaknya yang buat cerita zulaika dengan adam tu ek??nak kena cari ni!
[ Telah diedit oleh: sanada_yukimura pada 29-08-05 08:10 ] |
tru_frnshp ![]() |
![]() |
farhanna ![]() |
![]() |
hudahasnan ![]() |
![]()
tahniah buat meow...cerpen yang menarik...teruskan usaha anda mghiburkn kami d ukhwah ni...saya tertarik dengan ingatan2 yang secare tak lgsung wujud dalam cerpen anda...alhamdulillah...untuk kebaikn kita bersama...
![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
huh sahabat2 semua ini... teka lah sendri ending cerita tu... hehe... agak-agak ini cerita cinta ke????
![]() ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART V...
====================================================================================== “Aduh....” suara itu macam aku kenal.. tapi di mana ya? “Ya Allah.....” itu aje yang terkeluar dari mulutku apabila terpandang pada dia yang terduduk dengan luka di tapak tangannya. Darah merah mengalir dari tapak tangannya menitis ke atas tanah. Aku segera melangkah cepat ke arahnya. “apa awak buat kat sini? bagaimana boleh jadi macam ini?” tanyaku lantas mengeluarkan sapu tanganku dan membuka tudung botol air mineral yang kubawa bersama tadi. “Jatuh dari atas batu tu..” balasnya. Riak wajahnya menunjukkan kesakitan yang dirasa. Kelopak matanya juga kulihat dah bergenang dengan airmata. Satu demi satu menitik jatuh. Aku terus memegang tapak tangannya dan menjiruskan sedikit demi sedikit air ke atas lukanya. “Tahan sikit ye.. sorry..” kataku padanya. Memanglah pedih. Luka macam tu dituangkan air pulak. Tapi itu sajalah emergency action yang boleh aku ambik dalam hutan macam ini. Luka tu nak tak nak mesti dicuci dulu sebelum dibalut. Nanti jangkitan kuman pulak lagi susah. “ada tisu?” tanyaku padanya. Dia mengangguk sambil mengeluarkan sepaket tisu yang masih baru dari poket beg sandangnya. Aku lantas mengambilnya dan membuka. Aku perlu cepat sebelum darahnya mengalir keluar dengan lebih banyak lagi. Aku mengelap kawasan sekeliling lukanya. Kemudian kawasan luka pula aku lapkan perlahan-lahan. Risau jugak aku kalau-kalau lukanya jadi semakin buruk kalau aku terkasar tika mengelapnya. Dia tidak berkata apa-apa ketika aku sedang sibuk merawat lukanya. Aku pun tak pandang sangat dia. Lebih banyak perhatian aku tertumpu pada lukanya saja. Cuma yang aku perasan dia memandang muka aku sepanjang masa aku merawatnya. Aku rasa dalam keadaan darurat macam ini tak salah aku terpaksa pegang tangannya. Kalau tak, macam mana aku nak tolong. Lagi pun bukan aku lebih-lebih pun. Pergelangan tangan dia aku pegang dengan tiga jari saja. Sekadar cukup untuk memudahkan tugasku mencuci luka saja. Selesai mencuci lukanya aku mengambil dua helai tisu yang masih bersih dan meletakkannya di atas luka. Kemudian. Aku balutkan tangannya dengan sapu tanganku. Dia mengaduh kesakitan ketika aku mengikat balutan. “Tahan sikit ye..” itu aje yang aku dapat cakap dekat dia. kasihan pulak aku tengok dia menahan sakit. Nak buat macam mana. Bukannya ada painkiller tengah-tengah hutan macam ini. Terpaksalah tahan. “Nah, awak ambiklah air ini.. belum buka lagi..” aku menghulurkan sebotol lagi air mineralku yang belum dibuka. “Terima kasih Zainal..” balasnya kembali. “Sama-sama” balasku. Aku bangun mengutip kayu api yang berterabur. Beg sandangnya aku angkat. Kotor habis. Aku tepuk-tepukkan begnya lantas meletakkannya di atas batu kecil di tepinya. Dia sekadar memandang tindakan spontan aku. “Boleh bangun?” tanyaku sambil memandang padanya. Dia memandang tawar. “Boleh rasanya..” balasnya sambil cuba untuk bangun. Hanya baru separuh jalan hendak berdiri, dia dah terduduk semula. Mungkin terseliuh agaknya. Alamak, apa aku nak buat ini? Alahai Jenal.. takkan nak papah anak dara orang pulak. Tak biasa aku buat kerja-kerja ini. Nak pergi panggil yang lain.. takkan nak tinggalkan dia dalam hutan ini seorang-seorang. Dahlah cedera pula tu. Nak tak nak. Aku terpaksa menghulurkan tanganku padanya. “Saya tolong..” kataku. Dia menyambut tanganku dengan tangan sebelah lagi dan memegang dengan kuat untuk cuba bangun lagi. Merah padam mukanya. Aku rasa muka aku pun dah merah menyala dah. Ya Allah, bantulah. “Awak pegang kayu ini buat tongkat..” arahku padanya. Dia mengikut saja dan menggenggam kayu yang aku hulurkan. Genggaman tanganku dilepaskan. Dia memandang ke arah beg sandangnya di atas batu. “tak mengapa.. saya bawak beg awak..” balasku seolah-olah faham akan bahasa isyarat dia. “Khemah awak kat mana?” tanyaku lagi. “Sebelah sana tu. Jauh sikit dari tempat khemah siswa..” balasnya. Setahu aku khemah siswi lebih dekat dengan Bilik Urusetia dan juga resort. Aku berjalan beriringan dengannya menuju ke arah pantai dahulu, kemudian senanglah sedikit nak ke kawasan Urusetia. Risau jugak aku tengok dia berjalan dalam keadaan bertongkat dalam hutan ini. Langkahnya kadangkala terhenti mengambil nafas. kasihan betul. ............................................................. Di bilik Urusetia. “Betul puan... tadi dia ada dengan kitorang semua...” Azwa memberitahu. “Lepas tu?” tanya Puan Salbiah sebagai ketua urusetia siswi. “Dia cakap nak cari bunga orkid hutan kat tepi batu tu..” balas Ai Ling “Kami pergi kutip kayu api kat tempat Izham dan Suhaimi cari kayu” balas Aini. “Kenapa awak semua berpecah dari kumpulan? Kan saya dah cakap buat kerja berkumpulan!” suara pun. Salbiah meninggi. Semua yang ada di dalam bilik urusetia terdiam. Azwa, Aini, Ai Ling, Gheeta dan Adrine adalah kumpulan yang bersama-sama Izah tadi. Tapi entah bila, kelibat Izah hilang dari pandangan mereka. Tok! Tok! Tok! Pintu bilik urusetia diketuk. “Masuk” balas pun. Salbiah. Pintu bilik Urusetia dibuka. Kelihatan Zainal dan di belakangnya dengan memegang kayu tongkat; Izah. “ ![]() “Zainal... Izah... kamu berdua dari mana?!!” tanya pun. Salbiah. Wajahnya yang bengis tu aku bayangkan seperti seekor singa yang sedang menantikan habuan daging segar. Ehehe. Gilelah kecut perut. Bukan setakat perut aje yang kecut, usus besar, usus kecil, pankreas sampai rektum lah kecut tengok muka Puan Salbiah. “Saya jatuh tadi puan.. nasib baik Zainal ada tolong hantarkan..” balas Izah setelah lama dia diam membisu. Mata pun. Salbiah tertancap pada tapak tangan Izah yang berbalut. Keningnya berkerut. “Kenapa dengan tangan awak tu Izah?” Dah agak dah. Mesti tu lah soalannya. “Tangan dia luka sikit Puan. Aku pulak ambik turn menjawab. aku tengok Azwa dengan Aini dah asyik senyum-senyum aje tengok gelagat aku dan Izah. Isy.. minah dua ekor ini... nak kena pelempang agaknya.. sengih-sengih. Sengih keji. Geramnya aku. kenapa lah pun. pasal ini tak pandang minah dua ekor ini. Pandanglah dengan muka ganas tu. Biar terkancing gigi minah kebayan dua ekor ini. “Dah... awak semua boleh balik ke khemah masing-masing.. Izah.. pergi bilik rawatan.. cuci luka tu..” arah pun. pasal. Fuh lega. Ingatkan nak kena khutbah ke apa ke tadi. Alhamdulillah.. selamat. aku pun dengan selambanya pusing menuju ke pintu. Dalam beberapa langkah aje aku keluar dari bilik tu... “Awak... awak...” eh siapa pulak dengan lantangnya panggil aku awak ini. Aku ada nama lah. Zainal Ariff a.ok.a Jenal.. sesedap kacang goreng aje panggil aku awak. Aku berpaling... lah... dia panggil aku awak? Tadi dalam hutan tau nama aku Zainal.. “Ye...” balasku. “Beg saya...” katanya. Kuang kuang kuang kuang... kantoi anda Jenal. Nak bawak ke mana beg Izah kat bahu tu? Huhu. Macam mana boleh terlupa pula. “erkk.. Sorry.. terlupa” balasku. Haih... kalau dengan ‘ustazah’ ini aje sure ada peristiwa memalukan aku terjadi. Badi gamaknya. Dulu jatuh longkang, hari ini nak angkut beg dia bawak balik pulak.. Sengal betul lah aku ini. Hehe. Aku menghulurkan begnya dan terus berjalan balik. aku tiba di kawasan perkhemahan siswa setelah berjalan di tepi pantai. Peristiwa di dalam hutan tadi bermain-main di dalam kotak fikiran aku. Macam wayang gambar pulak. Buat apa lah si ‘ustazah’ cute tu pergi main kat batu tu? saja nak cari penyakit. Aku mengomel sendirian dalam hati. “Nal, anda pergi mana hah? Balik awal dari kami sampai lewat dari kami..” suara Suhaimai menerpa ke telinga aku. “anda berjalan ke merangkak?” Izham pula bertanya. “aku naik helikopter...” Hah.. ambik.. nak buat lawak lagi dengan aku. Rasakan lawak selamba badak aku tu. “anda pergi mana?” Suhaimi bertanya lagi. “pergi khemah siswi..” balasku dengan muka seposen. “gila kau.. pergi kem siswi.. nampak dek pun. pasal mampus..” kata Izham. “A’ah Nal.. anda pergi buat apa kat sana?” Tanya Suhaimi sambil meneguk air nescafe di dalam mug biru kepunyaan Najib. “Hantar ‘ustazah’ balik.. dia jatuh dalam hutan tadi.. luka kat tangan.. aku tolong hantar dia balik lah.. takkan nak biar seorang-seorang dalam hutan tu..” Jawabku. Aik, mereka ini nak gelakkan aku lah tu. ini aku malas nak cerita-ceriti ini. “Oic... jadi hero hindustan lah anda ye..” balas Izham tersengih-sengih menampakkan gigi. “Hangguk kau..” Kulit limau yang ada di tanganku spontan aje terbang ke muka Izham. Hampeh. “Rileks lah Nal.. takkan marah agaknya.. alah kata orang kalau dah banyak sangat peristiwa kau dengan dia.. lama-lama bunga-bunga tu mulalah berputik.. ye tak Mie?” Wuisy mamat sekor ini dah pandai jiwang-jiwang dah lah ini. Nak kena flying kick gamaknye. Dia tak tau aku ini Presiden Kelab Tae-kwon-do kat sekolah menengah dulu. Karang free aje masuk hospital makan nasik bubur ini. “Bunga apa pula ini? anda ini mengarut lah” balasku. “Alah... buat-buat tak paham pulak.. bunga-bunga cinta.. mekar di hati..” balas Suhaimi sambil menyanyikan lagu Misha Omar tu. “Hotak kau..” kataku sambil berjalan meninggalkan dua ekor mamat hampeh tu. “Woit nak ke mana tu? kejap lagi roll-call untuk aktiviti malam ini wei..” Izham mengingatkan aku. “Mandi..” balasku ringkas sambil masuk ke dalam khemahku mengambil tuala. ............................................................. Selesai solat maghrib berjemaah kuliah maghrib dimulakan. Angin laut China Selatan menghembus lembut malam ini. Seronok juga sekali-sekala solat dalam tempat terbuka macam kat tepi pantai ini. Aku duduk barisan ketiga bersama Suhaimi dan Pejol. Najib di baris depan dengan Azmal dan Zaim. Yang lain-lain semua di belakang. Kuliah maghrib disampaikan oleh Dekan aku. Boleh tahan juga ilmu bapak Dekan ini. Hehe. Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Walau pun kadang-kala nyamuk mengganggu ketenteraman kakiku. kurang betol lah nyamuk ini. pergi lah gigit bebudak gemuk nun. Aku jugak yang dikacau. Memang bengong punya spesis nyamuk. Nasib baik aku tak bawak Ridsect ke Fumakilla ke.. Kalau tak free saja syahid tepi pantai ini. Selesai solat Isyak, aktiviti pertama kami bermula. Suaikenal saja. Ada jugak aktiviti untuk mengeratkan kerja sepasukan ke apa benda entah kata Zul dekat aku tadi. Dia yang baca tentatif aktiviti dekat bilik Urusetia petang tadi. Aku melangkah menuju ke kumpulan aku. “Eh.. Nal.. awak group ini juga ke?” tiba-tiba suara May Ling menyapa aku dengan pelat bakunya bila nampak aku di sebelah Pejol yang juga sekumpulan dengan aku. “habis tu.. takkan aku nak buang masa datang sini.. apela you ini Amu..” kataku. Geng-geng aku semua panggil May Ling ini Amu. Sebab dia ini suka sangat berleter macam makcik-makcik, so sesuwei lah gelaran Amu tu untuk dia. “Awak sangat jahatlah Jenal.. suka panggil saya Amu.. saya ini Amoi lah..” balasnya. Haha kelakarnye bahasa kau ini May Ling oi.. Erk.. kelakar ke? Tak terasa nak gelak pun. Huhu. “Ok.. kita ada dua tugas malam ini.. mula-mula kena berkenalan dulu.. walau pun dah kenal kan.. then lantik ketua.. cari nama group then buat trademark group kita yang melambangkan setiakawan dan keutuhan kerja sepasukan..” Intan memberikan penerangan. Dia jadi wakil group kitorang ke bilik Urusetia untuk ambil skrip tugas. “saya rasa tak payahla berkenalan tu.. dah kenal semuakan.. Jenal, Pejol, May Ling, Intan, Izah, Shanti dan saya Aldrina.. ha.. dah kenal semua.. buang masa aje..” Cayalah Aldrina. Tu yang aku suka tu. Lagi cepat habis lagi syok. Boleh aku balik khemah tidur ke layan lagu ke. Huhu. “Ha’ah lah Intan.. tak payah lah kan..” sokong Shanti pula. Minah dua orang ini pun sekepala dengan aku juga lah. Hehe. Ha.. siapa lagi nak join menyokong ini. Aku setakat sokong dalam hati saja. Malas nak menonjolkan diri. Cewah.. “Ok.. kita lantik ketua pulak.. then nama group..” tegas Intan. “Ha... aku cadangkan.. Jenal..” Pejol memberikan cadangan. “Woi.. apa pula aku.. anda lah.. tak nak lah aku jadik leader..” Kalau jadi leader tak dapat lah aku nak rileks-rileks. Mesti banyak kerja kena buat. Aku bukannya suka sangat. “Ok.. ada sokongan?” tanya Intan. Hampehnya anda Intan. Buat-buat tak paham dengan bantahan aku tadi. kurang gula betul lah dia ini. “Saya membantah..” “Bantahan ditolak..” balas Shanti sambil tersengih pada Pejol. Si Pejol pula angkat kening Ziana Zain dekat Shanti. Ooo komplot haram ini. tak mengapa-tak mengapa... ada lori ada treller.. ada keretapi ada feri.. ada kapal terbang ada LRT.. ada hari I will balas balik.... hmm.. “Izah.. senyap saja dari tadi.. tak ada cadangan apa-apa ke?” tanya Intan. Ha’ah. Senyap saja dari tadi. Masih sakit lagi agaknya tangan tu. “Ermm saya sokong kalau Zainal jadi group leader..” balasnya. “Ok.. majoriti menyatakan bahawa Zainal Ariff akan jadik leader.. setuju?” Intan menyambung lagi. “Mana aci wei.. tak ada pertandingan..” aku cuba menimbulkan keraguan dalam hujah pihak pencadang. Huhu. “Menang tanpa bertanding lah.. anda tak tengok pilihanraya ke?” Pejol pulak menyampuk. Aldrina dan Shanti tersengih. Aik? ‘ustazah’ tu pun tersenyum sekali? ini dah kira komplot besar ini. hmm.. Nasib anda lah Jenal.. kena jadi leader.. “Ok.. saya setuju jadik leader.. tapi saya nak pembantu leader.. hehe” balasku. “Banyak songeh lah awak ini Jenal..” gerutu May Ling. “Sibuklah you ini Amu..” balasku. “Ok.. siapa nak jadik pembantu leader?” tanya Intan. Hmm mana ada yang nak volunteer. Sampai subuh besok pagi pun takkan ada punya lah. “Saya rasa sesuai kalau Intan saja jadi pembantu leader..” Cadang Shanti. “Saya setuju” sampuk Pejol. Setuju aje anda ini Pejol. Mentang-mentanglah dah selamat dari jadi leader. “Saya juga.....” sambung May Ling. “Saya pun..” Amboi.. memang betullah orang cakap ‘ustazah’ ini pendiam. Boleh kira dengan jari bilangan perkataan dia cakap. “So.. majoriti menyatakan bahawa Intan Zurina akan jadik pembantu leader..” kataku mengulang cakap Intan padaku tadi. Huhu. “Woi balas balik eh?” Jawab Intan sambil membaling buku taklimat padaku. “Haha rasakan..” balasku. “Dah lah tu.. ketua dengan assistant mana boleh gaduh..” May Ling menyampuk. “Ya lah tu Amu.. so.. nama group kita?” aku mengambil alih tugas Intan pulak. Ehehe. gila kuasa siot. Kuang-kuang. “entah.. apa ek? anda tak ada cadangan ke?” tanya Pejol padaku. “ZTFS” balasku. “apa benda ZTFS tu? Macam nama alien aje..” Shanti menanyaku. “Zero Tolerance For Silence.. macam mana?” “Isy semacam saja bunyinya..” komen Intan. “Awak tak ada pendapat ke?” aku membuka soalan pada ‘ustazah’ seorang ini. senyap aje memanjang. Ceh.. ‘awak’ pulak. Hehe. Tapi dia pun panggil aku awak jugak petang tadi. Huhu. “Ha?!” lah.. berangan pulak dia ini. ‘Ustazah’ pun berangan ke? Izah.. Izah.. Comel pulak aku tengok anda dalam keadaan gabra ultraman ini. Huhu. “Any suggestion?” ulangku. Tapi kali ini dalam bahasa ‘penjajah’ pulak. Hehe. “tak ada..” balasnya ringkas. Hmm bagaimana nak buat kau ini cakap banyak sikit ye. Tanya 10 patah anda balas sepatah saja Izah? Hmmm.. “ZTFS pun ok juga lah.. lain dari yang lain..” May Ling membuka mulut. “aku ok saja.. anda Intan bagaimana?” Pejol memandang Intan yang tengah berkerut dahi. Takkan fikir nama group gila babas khusyuk sampai macam nak beranak pulak. “Ha?!.. aku.. mmmh bolehlah ZTFS pun.. bunyi macam canggih juga lah...” balasnya. “Awak setuju tak?” tanyaku pada ‘ustazah’. “Hmm” balasnya sambil mengangguk. “Ok.. nama group kita ZTFS.. Zero Tolerance For Silence.. means that ahli group kita peramah.. and banyak idea bernas and bersatu... cenggitulah agak-agaknya maksud tersirat..” terangku. entah apa-apa lah. “Orait boss” balas Intan sambil mengangkat tanda tabik padaku. ‘Ustazah’ di sebelahnya tergelak kecil. Ditutupnya mulut dengan tapak tangan. Sebelah tangannya yang luka tu berbalut dengan bandage diletakkan di atas pehanya. “Lagi apa benda assistant?” tanyaku pada Intan. “Er.. trademark group boss” balasnya sambil tersengih. “Ha.. suggestion... suggestion.. cepat.. nak balik dah ini..” kataku menggesa. Boringnya. Banyak pulak benda nak decide. “Logo lah apa lagi..” cadang Aldrina. “Saya boleh tolong designkan logo” Ha... tiba-tiba saja berubah. First time ‘ustazah’ ini bercakap tanpa di induce. Huhu. Satu perubahan ini. “Ok.. Izah design logo.. besok boleh siap tak? Kalau awak perlu bantuan, cakap dengan assistant ye..” balasku padanya. “InsyaAllah boleh. Tapi saya perlukan kertas A4 lah..” balasnya. Ooo dia minat melukis rupanya. Huhu. “Nanti sebelum balik, ingatkan saya nak kasi A4 paper ok..” kataku padanya. Dia mengangguk. Bagus. “Anything else?” tanyaku pada ahli kumpulan yang lain. “tak ada.. dah beres semuanya..” balas Intan. “Ok.. kalau macam tu, bagi yang muslim kita tangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-Asr..” kataku menutup majlis. Usai pertemuan pertama kumpulan kami. Aku menuju ke bilik Urusetia. Nak ambilkan kertas A4 untuk Izah a.ok.a Ustazah. En. Bahari memberikan aku 10 keping kertas A4. Aku berjalan menuju Izah yang sedang menunggu di luar bilik Urusetia. “10 keping cukup?” tanyaku sebaik keluar dari bilik urusetia. Dia menoleh ke arahku sambil memandang kertas A4 yang aku bawa. “Lebih dari cukup.. awak simpan lah selebihnya.. saya nak 4 keping saja” balasnya. “Jenal....” balasku. Hehe. Mengusik siot. “Opss Sorry.... saja..nal..” balasnya tersenyum. “Awak suka melukis ke?” tanyaku. “Izah…” katanya. Haih balas balik tu. Pergh.. aku tersengih. “Sikit-sikit tu boleh lah.. dulu ingat nak jadi arkitek.. tapi terjadi doktor pulak” sambungnya. Hmm.. boleh juga dia bercakap banyak rupanya. “Tangan macam mana? Dah ok? Boleh melukis ke macam tu?” tanyaku lagi. Wuisy curious pulak. Kehkehkeh. “Dah cuci tadi dengan antiseptic. InsyaAllah ok lah nanti.. jangan risau.. saya kidal.. boleh lukis..” balasnya semula. “Ooo. Aku tersenyum. Mati ayat. Huhu. “Jenal, thanks for your help petang tadi.. menyusahkan saja saya ini..” Hmm dia ungkit cerita petang tadi pulak. “Eh tak ada hal.. emergency kan..” balasku. Aku pulak jadi terbalik. Dia cakap banyak aku balas sepatah dua pula. “Ok lah ye.. awak.. saya balik kem dulu.. Intan dah tunggu lama tu..” sambungnya. “Ermm... awak lagi..” balasku. “Erk.. Jenal..” ungkapnya semula. Kertas A4 di tangannya digulung sambil tersngih macam budak-budak Tadika. Cutenye.. “Ok.. jalan baik-baik..” pesanku “Terima kasih.. assalamualaikum..” katanya memberi salam sambil mengukir senyum. aku menjawab salam di dalam hati. Aku berpaling ke belakang. Kulihat Suhaimi dan Izham sedang bertenggek atas tangga bilik urusetia yang jaraknya hanya 10 meter lebih kurang dari tempat aku dan Izah berbual tadi. Alamak.. kantoi lah pulak. Mamat reporter karat dua orang ini bukan boleh duduk diam. ada aje halnya nak kacau. Aku melangkah menuju ke arah mereka dengan gaya selamba seolah tiada apa yang berlaku tadi. “Ehem... tak ada apa-apa konon...” kata Suhaimi kepada Izham sambil menjeling ke arahku. “aku nampak anda berdua ini.. padanlah Jenal.. dua-dua budiman begitu..” balas Izham. “Dia tu NYDP (II) IMI lah wei.. aku ini baca Fatihah pun tak lulus…” balasku sambil duduk. “Alah kalau dia Naib Yang DiPertua (II) Ikatan Mahasiswa Islam, anda masuklah election nanti… jadik Yang Dipertua… ha.. macam mana?!” Suhaimi memberi cadangan yang sangatlah tidak logik di batu jembala patik. “anda jangan nak buat-buat cerita.. dia tu ahli group aku saja lah..” balasku. “Ahli group ye....” balas Izham sambil menjeling ala-ala harimau buat-buat tak nampak kancil depan mata.. Kejinye jelinganmu itu… Isy… isy.. isyyy… “Group anda nama apa Nal?” tanya Suhaimi. Pergh… nasib baik dia tukar tajuk dah. Hehe. “ZTFS, anda?” “Adrenaline” balas Suhaimi. Izham tergelak mendengar nama group Suhaimi. “kenapa lah anda letak adrenaline.. apa pasal tak letak progesterone ke.. estrogen ke.. tak pun letak lah insulin..” seloroh Izham. “kurang hasam anda.. gelakkan nama group aku..” Suhaimi menolak bahu Izham. “Tengok group aku.. Extraordinary Teens.. baru gempak.. eh Nal.. ZTFS tu apa benda?” tanya Izham. “Zero Tolerance For Silence...” balasku mengangat kening. “Desktop laptop anda...” Suhaimi meneka. “Yup” balasku. Zero Tolerance For Silence.. aku ambik dari tulisan dalam gambar background desktop laptop aku. Huhu. “Eh.. jomlah balik.. ngantuk siot..” ajak Izham. Kami lantas bangun menuju ke kem. Aku, Suhaimi dan Izham di dalam satu khemah yang sama. Menanti besok pagi. apa benda lagi yang menanti. ====================================================================================== bersambung.... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Farishah ![]() |
![]()
errmm....bestnya cerpen ni...kreatif meow memikir kan watak jenal...macam jenal tu diri meow sendri...cepat ye awak habes kan cerpen ni..supaya saya dapat baca...
![]() ps ![]() |
rexy ![]() ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
ainaa ![]() |
![]() |
ainaa ![]() |
![]()
seronot siott...
tapi macam...mesti malu dan segan izah tu kan dengan jenal tu...apelaa...panggil jenal...nama tak komercial lansun... ![]() ![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
farhanna ![]() |
![]()
aderker.......layanzzzzzzz!!!
melihat kelibat seorang lelaki yang usang lagi tidak terurus lalu depanku... aduh, aduh Kenapa dengan lelaki ini. Ku lihat setiap malam lalu depan rumahku. Bisik hatiku 'mesti lelaki ni dari surau'... dengan berkain pelikat melayu... Rupa-rupanya dia tinggal selang selot dengan ku sahaja. Macam orang baru saja dalam kampung ni, tak pernah nampak pun sebelum ni... hatiku semakin berbisik... Eh, nothing buat pa tu?sapa seorang makcik...menghentikan lamunannya... 'eh, makcik nab, sesajer tengok bunga2 efa ni dah banyak yang berbunga' balas efa ringkas. 'eh, tengok bunga ke tengok orang?? kata makcik nab bergurau...' walaupun dia amat mengetahui jirannya itu sangat pemalu orangnya. sambil menggaru kepala yang tak gatal "makcik, siapa orang tu, orang baru kat kampung ni ye??' 'ye nothing, Kenapa... oh, nak ngorat ya...kata makcik nab bergurau sambil menyapu kepala pa yang sudah dianggapnya anak itu... 'eh, tak ada lah makcik, nothing tanya saja... nothing selalu nampak dia lalu kat depan ni..." "menurut orang kampung lelaki tu baru kat sini, dia menyewa kat rumah tepi tu, kalau tak silap makcik dia seorang duda ditinggalkan isterinya makcik tengok dia tu cacat sedikit"...jelas makcik nab ringkas.... (bersambung) *** sorry ye potong stim ' |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-09-05 12:04 , Meow posting:
!!! QUOTE !!!
sebagai seorg muslimah yang memegang jawatan tinggi dalam sesuatu pertubuhan yang membawa nama Islam seeloknya biarlah digambarkan dengan perwatakan yang thiqah ... jaga adab pergaulan dan hanya berbual dengan lelaki ajnabi pada perkara-2 yang perlu sahaja tanpa terlalu menonjolkan kemesraan ... Maaf andai teguran ini dirasakan tidak betul ... ![]() |
SHAMR ![]() ![]() |
![]()
Pada 14-09-05 16:48 , farhanna posting:
!!! QUOTE !!! aderker.......layanzzzzzzz!!! farhanna, cerita ni macam menarik saja, kenapa tak buka saja topik baru? ![]() ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!" |
afizam ![]() ![]() |
![]() ![]() semoga Allah memberi anta kesihatan yang baik dan point yang berterusan untuk meneruskan karya anta ini.... wassalam.... |
Nadiahsolehah ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum...
bestlah meow punya cerite... tak sabar nak tunggu kisah selanjutnye... go...meow!go!! ![]() ![]() ![]() ![]() [ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 20-09-05 16:16 ] |
SHAMR ![]() ![]() |
![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-09-05 18:55 , Farishah posting:
!!! QUOTE !!! errmm....bestnya cerpen ni...kreatif meow memikir kan watak jenal...macam jenal tu diri meow sendri...cepat ye awak habes kan cerpen ni..supaya saya dapat baca... eheh.. macam kenal pula farishah ini dengan saya... ![]() thanks untuk semua yang sudi komen.... ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART V
========================================================== Ketenangan pagi disapa bayu pantai. Syahdu rasanya. Diiring kicau unggas bersahut-sahut pula nyanyian ombak China Selatan menghempas pantai Santubong. Cewah.. Kesusasteraan lah pulak. Pagi ini kami semua akan mengikuti program seterusnya. Merentas Desa. Antara aktiviti yang paling saya tunggu-tunggu dalam perkhemahan ini. Semenjak di bangku sekolah menengah lagi saya giat mengikuti aktiviti-aktiviti macam ini. Terutama sekali lepas saya join persatuan beruniform paling aktif kat sekolah saya dulu. Apa lagi kalau bukan Pengakap. saya awal-awal pagi lagi dah ready. Sejak lepas solat Subuh pagi tadi saya dah bersiap. Teringat pulak kenangan-kenangan lama saya time pergi perkhemahan dulu. Hehe. Poyo lah pulak bunyinya. “Hari ini kita semua akan menjalani latihan fizikal Merentas Desa… kita akan ikut denai-denai di hutan sana… pastikan semua berada di dalam kumpulan masing-masing… jangan sekali-kali berpecah walau apa pun keadaannya…” tegas En. Bahari. “Kami sediakan bagi kamu semua barang-barang asas iaitu sebilah pisau, sekotak mancis, peta dan kompas…” sambung pun. Salbiah. “Kamu akan bermula dari tapak perkhemahan ini dan kita akan bertemu di tempat bertanda tak di dalam peta tu… kamu kena buat keputusan sendiri untuk memilih jalan untuk sampai ke tak… Pastikan barang-barang serta ahli kumpulan kamu sampai ke tak dengan baik… dan… ada lagi satu… setiap kumpulan kena bawak sebiji telur ayam bersama dan jaga telur tu dengan baik.. jangan sampai pecah…” Arahan dari pun. Salbiah seterusnya. “Kalau ada yang pecah… seluruh ahli kumpulan akan didenda…ada apa-apa soalan?” sambung En. Bahari lagi. Fuyyo.. boleh tahan jugak jauhnya kawasan tak tu. Peta pun macam hampeh saja. Lukis dengan tangan lepas itu fotostat bebanyak. Kedekut betul. Semua masing-masing tidak bersuara. Nampaknya faham lah agaknya. Kepala otak saya ligat memikirkan apa tindakan pertama yang perlu saya buat sebagai leader. Semua pelajar berpecah mengikut kumpulan masing-masing. saya berkumpul di bawah pondok rehat di tepi bilik urusetia. “Nak buat apa sekarang ini?” tanya Aldrina sambil belek peta. Takkan lah nak basuh baju pulak. Apa dah… “Kita nak pergi ikut jalan mana satu?” tanyaku. Ada lima jalan yang ditanda dalam peta tu. Semuanya nampak macam gila babas mencabar saja. Tu baru dalam peta belum kenyataan lagi. “tak ada jalan paling pendek ke?” tanya May Ling sambil menggaru-garu kepala. “ada... naik helikopter...” Ambik sebiji hadiah dariku waktu pagi-pagi macam ini. May Ling menjuihkan bibirnya. saya tersengih sopan. Huhu. “Eh... kita nak buat macam mana dengan telur ayam ini? Kalau pecah tak sanggup saya...” tiba-tiba Intan bersuara. “mari saya tengok sikit telur tu...” pinta Aldrina. Dibeleknya telur ayam tu. Macam kera tengok bunga lah pulak. “Eh... ada cop fakulti lah...” tiba-tiba Aldrina menunjukkan pada Shanti logo fakulti yang dicop pada permukaan telur ayam itu. “Alamak... payahlah macam ini kan...” balas Shanti. “anda nak buat apa?” tanya Pejol terpinga. entah. saya pun tak paham sebenarnya. Tapi control macho saja. Hehe. “Ala macam tak pernah buat. Kalau pecah telur ini, apalagi.. singgah kedai beli telur baru lah... tapi dah ada cop ini kantoi lah..” balas Aldrina tersengih. Ceh. saya ingatkan budak lelaki saja buat kerja-kerja keji macam tu. Bebudak perempuan pun buat jugak ke. kurang betollah minah ini. “Ala.. apa susah... kita balut saja dengan kain tebal.. sure ok punya... masukkan dalam beg Izah tu..” cadang Shanti sambil menuding jari pada beg sandang Izah. Hmmm boleh tahan jugak cadangan meenachi ini. “Erk...” Izah tersentak. “Kenapa Izah? Boleh tak?” tanyaku. “Er... bolehlah...” balasnya. Kumpulan kami memilih jalan B untuk menuju ke kawasan tak. Terasa macam dalam Survivor pula. Kekeke. Dengan persiapan yang serba kekurangan, kami memulakan perjalanan. saya mengarahkan Pejol mendahului diikuti Shanti, Izah, Intan, Aldrina dan May Ling. saya berada di belakang sekali. Perjalanan setengah jam pertama tidak menimbulkan sebarang masalah. Kami melalui kawasan datar sahaja. Hutan semakin lama kelihatan semakin tebal. Laluan kami terpaksa ditebas dahulu oleh Pejol di hadapan. Masing-masing senyap saja. “Shanti!! Izah!! Intan!! May Ling!! Berhenti!!!!” jeritku. “Jangan gerakkan kaki!!!” sambungku. Semua terhenti terpaku macam patung. Pejol kat depan pun sama. Aldrina menoleh ke arahku. saya menunjukkan isyarat senyap. Beberapa ketika kemudian... “Ok... dah boleh jalan..” saya memberi arahan. “Kenapa Nal?” tanya Intan sambil berpaling padaku. “tak ada apa-apa...” balasku. Sebenarnya baru saja lepas ular hutan lalu betul-betul depan kaki Ustazah. Taknak lah saya nak gabrakan lagi mereka. Kalau bagitau dah tentu melompat semuanya. Takkan nak tengok Ustazah melompat agaknya? Huhu. Boleh buat lawak lagi anda Jenal... Hmmm.. Sejam berjalan meredah hutan tu tibalah masanya kitorang melalui jalan-jalan sukar. Ecewah... macam buat laporan Majalah 3 pulak. Hehe. Kitorang kena panjat bukit licin dengan batu-batu gedabak. Dan kalau ikutkan peta tu, lepas saja bukit tu kitorang akan lalui kawasan air terjun. Seperti tadi saya di belakang sekali dan Pejol di depan sekali. Tiba-tiba Izah berhenti... “Kenapa ini?” tanya May Ling. “Saya letih lah.. kita berhenti sekejap boleh tak?” katanya. lah... bila nak sampai kalau macam ini? Baru sejam lebih dah letih. “Macam mana Jenal?” tanya Shanti. “Kita berehat dekat kawasan air terjun. Terus panjat” arahku. Erk.. kejamnye. “Tapi Izah? Rehat kejap takkan tak boleh?” bantah Aldrina. “Bila nak sampai kalau asyik macam ini? Sekarang dah tengahari” balasku tegas. “Tapi awak mesti consider jugak... tangan dia cedera.. awak pun tahu kan...” kata Shanti. “Saya kata terus.. terus saja lah... siapa ketua sebenarnya ini?!” suaraku meninggi. Astaghfirullah.. saya gagal kawal emosi. “Tapi...” Intan belum sempat menghabiskan ayatnya... “Takpelah... saya rasa boleh lagi ini.. jom..” Izah menghentikan Intan. Lantas ditariknya tangan Intan sambil menguntum senyum padanya. Erk.. alamak.. rasa bersalah pulak. Ah.. lantaklah. siapa ketua sebenarnya. saya ke mereka? Kenalah patuh arahan ketua. Pejol terhenti memandang cerun bukit yang curam di hadapan. Akar-akar kayu berlumut melurahi cerun. saya melihat keadaan cerun. “Kena pakai tali ini untuk panjat...” kataku. “Mana ada tali dalam hutan macam ini” balas Aldrina. “Kita buat tali..” sahut Pejol. “Ha? Buat tali?” tanya Intan kehairanan. “Ye lah... kan Jenal?” balas Pejol. saya mengangguk. “anda tau buat tak?” tanyaku semula. “Bolehlah... kalau ada bahannya..” katanya yakin. “Intan, Izah dan Aldrina... cari akar pokok ini banyak-banyak, Shanti dan May Ling pintal akar-akar ini buat tali..” arahku sambil menunjukkan akar pokok hutan ditangan. saya menyerahkan sebilah pisau bekalan En. Bahari kepada kumpulan Intan. “Nak banyak mana?” tanya Aldrina. “Sebanyak mungkin... 15 minit lagi kumpul kat sini..” kataku. “ok” balas Intan. 15 minit berlalu Intan, Izah dan Aldrina masih belum kelihatan. saya sebagai ketua dah mulai rasa risau. Maklumlah hutan ini bukannya boleh buat main. Jam di tangan sudah berganjak petang. “Mana mereka ini? Lamanye cari akar tu...” getus May Ling. “A’ah lah kan... dah lebih setengah jam dah ini...” Shanti pula menyampuk. Pejol mengangkat keningnya tanda bertanya pada saya. Eh, mana saya tau ke mana mereka tu. “macam mana ini Nal... dah lama sangat mereka ini... saya takut mereka sesat aje.” Getus Pejol. Aduh mereka ini. Menyusahkan betul lah. Kalau dah tak biasa dalam hutan ini janganlah pergi jauh sangat. Eii geramnya. “Macam ini sajalah. anda tunggu sini. Biar saya pergi cari mereka” balasku lantas bangun dari tempat duduk. “Eh tu bukan Izah ke tu?” tiba-tiba Shanti bersuara. saya menoleh ke arah yang ditunjukkan Shanti. “Ha’ah lah. Aldrina dan Intan pun sekali tu. Wah.. banyak betul akar mereka dapat” sampuk May Ling. saya dah geram tahap gaban dah ini. Melanggar kata ketua. Ah lantaklah. Siaplah anda. “anda ini memang tak bertanggungjawab langsung tau!! saya bagi masa 15 minit saja anda dah buang masa 45 minit!!” bentakku sesampainya mereka dekat tempat kitorang berkumpul. Berubah wajah Izah tiba-tiba melihat saya marah. Rasakan. “Maaflah Nal... kami memang nak balik tadi tapi Izah pulak nak kutip bunga hutan tu.. jadi kami temankan dia sekejap..” Intan memberikan alasan. “Awak ini dari semalam lagi asyik cari bunga hutan tu!! Kalau dah suka sangat duduk aje dalam hutan ini!! Tak payah susah-susah kutip bunga tu!!” Mataku memandang tepat ke arah Izah yang tunduk memandang kasut sukan Nike berwarna putih yang dipakainya. “Sudahla tu Nal.. gaduh pun tak ada guna.. buang masa saja.. kita dah lewat ini..” Pejol menenangkan saya pulak. “Bukan masalah gaduh atau apa? Patuh pada ketua tu penting dalam keadaan macam ini.. tak taulah pulak kalau IMI tak ajar kepimpinan mereka tentang benda ini. saya menyindir Izah yang menjadi Naib Yang Dipertua II IMI. Muka Izah tiba-tiba merah padam memandang saya. Selamba aje saya buat-buat tak nampak. “Sebab bunga tu jugaklah semalam awak jatuh kan?! Sampai luka-luka di tangan tu.. hari ini awak buat hal lagi.. pasal bunga tu jugak..!” bentakku sambil menuding jari ke arah segenggam bunga orkid hutan berwarna putih bersih di tangan Izah. Satu apa satu kuntuman orkid tu jatuh ke tanah terlepas dari genggaman Izah. Semua yang hadir terpaku melihat tingkah saya yang agak pelik dari Jenal yang selalunya cool di dalam kuliah. “Sudahla tu Jenal.. Bila kita nak sampai kalau asyik sindir menyindir tengah hutan macam ini..” tegur May Ling pula. Kulihat kelopak mata Izah dah mula bergenang dengan air jernih. Erk... kejam lah pulak saya hari ini. Astaghfirullah.. saya gagal lagi kawal nafsu ammarah. Jauh di sudut hati saya tak berniat nak meninggikan suara pada Izah. Bukan kerana dia NYDP II IMI, tapi entahlah. saya risaukan sesuatu yang buruk berlaku aje. Tapi mungkin salah saya juga tak dapat menjadi ketua yang menegur dengan hikmah. Hmmm... Tali akar yang kami pintal membantu kami memanjat bukit. Seorang demi seorang dari kami memanjat dengan selamat. saya yang terakhir memanjat. Kami meneruskan perjalanan menuju ke arah air terjun. “Kita berehat kejap kat tepi air terjun ini” arahku pada semua ahli kumpulan. Semua berhenti dan meletakkan barang masing-masing. Sepanjang perjalanan tadi tiada sepatah kata pun keluar dari mulut semua orang. Agaknya masih terkesan dengan kata-kataku tadi. Hmmm... “Nal... saya cakap sikit anda jangan marah ye...” Pejol merapati saya yang duduk di atas batu di tepi aliran air. “apa?” tanyaku semula. “apa yang anda cakap tadi memang betul... tapi saya rasa kurang sopan bahasa kau tadi... sebagai muslim dan sekarang ketua, kau kena tunjukkan kepimpinan dan teladan terbaik untuk ahli kumpulan... saya rasa Izah terasa hati dengan sindiran anda tu..” “Ermm...” “Nal. saya tegur kau bukan sebab nak tunjuk baik, tapi sebab anda kawan saya dan juga sahabat seusrah dengan saya... jadi tanggungjawab saya untuk tegur something yang saya rasa tak elok kan?” Pejol menepuk bahuku. saya memandang ke arah Izah yang duduk di tepi gigi air tak jauh dari tempat kami. “Jol... saya minta maaf.. saya memang tak berniat langsung nak sindir Izah tadi tu.. tapi ... hmmm tak tau nak cakap macam mana yang saya rasa...” balasku kembali memandang ke aliran air sungai. “Kau bukan bersalah dengan saya... tapi Izah... memang salah melanggar arahan ketua... tapi cara menegur pun mesti kena pada tempatnya.. matlamat tak menghalalkan cara Nal...” sambung Pejol. saya tertunduk. “Terima kasih Jol..” Tu aje yang dapat saya ucapkan pada sahabat saya ini. “Dahla.. bila nak gerak ini? Dah pukul 2.30 petang ini...” tanya Pejol. “Kita solat zuhur dulu... lepas itu kita gerak.. tolong bagitau mereka ye..” saya memberitahu Pejol. “Ok..” Pejol bangun menuju ke arah Izah dan Intan kemudian memberitahu sesuatu. Izah dan Intan mengangguk. ....................................................................... “Kita menantikan satu lagi kumpulan terakhir.. yang belum sampai..” Encik Bahari menerangkan pada semua kumpulan yang telah tiba di kawasan tak. “Ala cik Bahari ini... bagilah kitorang rehat kejap...” Suhaimi menyuarakan usul. “Ok... awak semua duduk kat kawasan ini aje.. mana-mana kumpulan yang tak cukup ahli time saya call kejap lagi.. dikira kalah..” terang En. Bahari.. Semua pelajar berpecah. Suhaimi dan Izham duduk di atas sebatang tunggul reput. “Eh.. Mie.. group Jenal yang belum sampai kan?” Izham bersuara. “A’ah.. siap lah kena denda...” Suhaimi tersengih. “Isy... setahu saya Jenal terror bab-bab jungle tracking ini... takkan sesat agaknya?” balas Izham. “entah lah... agaknya Jenal dah tersalah baca peta sebab ‘ustazah’ cute dia ada sekali agaknya...” balas Suhaimi. “Ehehehe” serentak Izham dan Suhaimi ketawa terkekeh-kekeh. ....................................................................... Seperti yang dijangkakan group saya sampai paling lewat. Dan seperti yang dijanjikan juga lah group kitorang kena denda. Isy... malu siot. Tapi nasib baiklah dendanya kira ok lah. Memasak untuk semua group. Hehe. Yang pasti bukan saya lah yang masak. saya tolong-tolong apa yang patut ditolong aje. “Zainal... saya minta maaf..” “Erm..?” saya buat-buat tak dengar. Hihihi. Sambil potong bawang besar. “Saya minta maaf. Sebab saya group kita lewat.. dan kena denda macam ini..” sambungnya. “Hmmm... takpelah awak... dah nasib kita jadik tukang masak..” balasku sambil tersenyum padanya. “Tapi saya rasa bersalah sangat...” “Dah lah tu.. benda dah jadi pun.. saya tak ambik hati pun..” “Tapi...” “Er... saya pun nak minta maaf.. hari tu pasal bunga tu.. saya tak berniat langsung nak sindir awak.. sorry ye..” saya menghulurkan semangkuk bawang yang siap dipotong padanya. Dia mengambilnya dan mencuci. “tak mengapa.. saya tak ambik hati.. memang salah saya..” “Tapi apa pasal awak suka sangat bunga orkid hutan tu?” “entah.. suka.. tu aje..” balasnya tersenyum. “oic...” balasku sambil tersengih juga. Huhu. “Tapi Zainal nampak garang betul waktu tu.. seram rasanya..” katanya lagi. “Ye ke? Saya pun tak sangka saya garang...” balasku tersengih lagi. “Ehehe aura ketua agaknya...” balas Izah.. saya hanya mampu tersengih. ............................................................................. Perkhemahan kami berakhir 3 hari kemudian dengan jayanya. Semua pelajar berpuas hati dan penuh rasa lega. Termasuklah saya. Hehehe. Lepas satu bab. Lepas ini saya dengan kawan-kawan saya akan meneruskan tabiat kitorang semua. Mengadap buku-buku. Kadang-kadang naik biru bijik mata membaca buku. Isy.. biru mata putihku.. hehe. Kuliah pengenalan kepada tahun 4 mengambil masa selama 2 minggu. Sepanjang minggu itu. saya dan rakan-rakan sekuliah asyik melangok kat dalam dewan kuliah dari pagi sampailah ke petang. Boring tak dapat nak saya gambarkan dah. Tahap petala lapan bak kata Kinobaik. Huhu. Tapi saya gagahkan jugak bijik mata ini terbeliak dan saya cuba juga gegarkan gegendang telinga ini untuk dengar juga kuliah-kuliah tu. Walau pun majoritinya semua terlentok dalam kuliah. Ehehe termasuklah ‘ustazah’ cute tu. Keskeskes. Dua minggu memang tak lama. Kata orang pejam celik pejam celik dah habis seminggu. Tapi tu kata orang. Kata kambing, kucing, gajah dan harimau belang belum tahu lagi. Hehe. Terbengong sikit kepala otak saya ini. Berasap macam dapur KFC yang saya selalu pergi tu. Hehe. Seluruh pelajar tahun 4 dibahagikan kepada empat kumpulan. saya, Najib, Suhaimi dan Izham ditempatkan di dalam kumpulan District Hospital and Family Medicine posting a.ok.a District Posting. Dan...... seperti yang anda jangkakan... ‘ustazah’ tu pun sekali. Hihihi. Agaknya dah takdir agaknya. Kitorang sentiasa dimasukkan dalam satu kumpulan selalu. Ehehe. Perahsantan. ........................................................ “Nal... pergi tak malam ini?” sapa Suhaimi sebaik saja nampak saya keluar dari kafeteria. “pergi mana pulak?” tanyaku. Sandwich di tangan masih belum sempat saya sumbat ke dalam mulut. “Hmmm takkan pergi disko pulak... usrah lah...” balasnya. Suhaimi menghulurkan sekeping sampul surat berwarna hijau muda. Erk. apa benda pulak dah ini. “Macam saya selalu ponteng saja anda ini.. mestilah pergi. saya menyambut sampul hijau. “... apa ini?” sambungku. “anda datang usrah malam ini.. kita meeting penting.. amanah Najib jangan bukak lagi sampul tu..” balas Suhaimi. Ek elleh... main secret-secret lah pulak mereka ini. Buat suspen aje. “Ha?!” saya terpinga. “Jangan lupa bawak sampul tu malam karang... ok..” pesan Suhaimi sambil berlalu pergi. Membiarkan saya terpacak terpinga-pinga. .................................................................... Pertemuan usrah malam ini jadi suspen pulak buat saya. Sampul hijau tu macam pernah saya lihat.. tapi di mana ya.. ehehe.. tapi ye lah.. memang saya pernah nampak.. tapi tak ingat pulak bila. Pengisian usrah adalah sama seperti sesi sebelum ini juga. Cuma saya dikejut berukkan oleh pengumuman Najib. Ermm tentang sampul hijau tu. “Buat semua sahabat, terutama Zainal... pihak Jemaah Syuraa IMI dah memberikan cadangan untuk mencalonkan Zainal bertanding dalam pilihanraya IMI bulan depan...” umum Najib. Ha?!! Biar betul bebudak IMI ini? Dah buang tebiat ke? Dah tak ada orang lain ke nak pilih. saya?!! Oh... tiiiiiiidaaakkkkkkkk!!!! Seramnye dengar... patutlah saya macam pernah nampak sampul hijau tu. Borang pencalonan pilihanraya IMI. saya nampak dalam fail Izah dulu. Ha?!! Izah??!! Fail Izah!!! Minah ini memang selalu kacau hidup saya. Ni yang buat saya naik angin ini. “ ![]() “Waalaikumussalam... ada apa hal ini?” balasnya. “Eh... awak kan yang calonkan saya masuk IMI tu kan?!!” suaraku memenuhi kafeteria. “Erm ye... Kenapa?” balas Izah memandang saya bersahaja. “Awak dah tak ada kerja lain ke dari menyusahkan hidup saya?! Awak tau kan saya tak suka dibuat macam ini..” sambungku. Dalam perlembagaan IMI, sekiranya seseorang calon itu dicadangkan oleh Jemaah Syuraa IMI maka secara automatik dia akan dilantik menjadi Yang Dipertua IMI. Dan selama 13 tahun IMI wujud di kampus saya ini, 13 orang Yang Dipertua IMI sebelum ini telah dipilih secara syura oleh Jemaah Syuraa. “kenapa pulak? Awak layak Zainal.. kami pilih awak bukan main hentam aje.. kami ada kriteria pemilihan..” balas Izah. “Saya nak bagitau awak kat sini.. saya takkan terima... takkan!!!! Awak faham??!!!” balasku. Terbeliak biji mata Izah memandang tindakan saya. “Kami pilih awak sebab peribadi awak yang bersih, pengalaman dalam kepimpinan yang awak ada, wawasan dan visi yang kami dapat nampak dari dalam diri awak tu... bukan sebab thiqah saja menjadi kriteria utama...awak nak tengok IMI dipimpin oleh orang yang thiqah tinggi tapi lemah dalam kepimpinan?” Eh.. tanya saya pulak ‘ustazah’ ini. “Setahu saya thiqah yang tinggi dah memadai untuk dilantik menjadi pemimpin!! Dan saya kekurangan di sudut tu... awak faham tak?” saya mempertahankan keputusan saya. “Zainal, maaf kalau saya menyampuk hal awak dan Izah... mungkin awak lupa bahawa Nabi pernah menolak permintaan seorang sahabat untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran Baginda... bukankah sahabat Nabi semuanya tinggi thiqahnya? Tapi Nabi juga memandang ciri-ciri kepimpinan yang lain yang penting sebagai pemimpin...” Farihan yang merupakan ketua Naqibah IMI menyampuk. “Betul apa yang Farihan cakap tu...” belum sempat Izah menghabiskan ayatnya... “Saya takkan... takkan... takkkaaann terima.. faham!!? Cakap kat Jemaah Syuraa saya tolak!!! Saya tolak!!!”............................ Dengan tak semena-mena nya... “Woi Nal!!!!?? kenapa ini??!! apa yang tolak tolak pulak ini?!” Tiba-tiba saya terdengar suara roommate saya si Zaim. saya membuka mata. Erk allamak.. saya mimpi rupanya. Fuh, nasib baik mimpi aje. “Wei apa yang anda tolak??!! Terjerit-jerit pagi-pagi buta macam ini..” sambung Zaim. “Errr tak ada apa-apelah Im... dah subuh ke?” tanyaku dengan muka cekodok basi. “setengah jam lagi.. bangunlah...” Zaim meninggalkan saya yang masih mamai lagi. Hmmm nasib baik saya mimpi aje. Kalau betul-betul saya dilantik jadi YDP IMI mampus. Fuh... lega bila kembali ke alam nyata. Hehe. Bengong betul. Muka macam saya nak jadi YDP IMI ke? Hihihi.. apa pasal lah saya semenjak dua menjak ini asyik dok ingat kat ustazah ini? Sampai masuk dalam line mimpi saya pula dah ini. Angau ke? Takkan macam tu pun kira angau agaknya? .................................................................... “Nal, nak pergi mana laju sangat tu?” sapa teman baik Izah si Rohani. agaknya budak perempuan zaman moden ini tak reti nak bagi salam dah agaknya? Main redah saja tegur orang. Nasib baik saya punya jantung still sihat kalau tak, mahu terkeluar jantung jatuh atas lantai fakulti yang berkilat-kilat ini. “Oit... nak pergi library... ada apa-apa boleh saya bantu cik Rohani?” “Oooo pergi buat apa kat library tu? Aik? Dah senget ke cik Ani ini? Takkanlah saya nak jual burger pulak kat situ. Study lah. “Nak jual kereta kat situ.. ermm kalau tak laku saya nak bukak restoran McDonalds dalam library tu..” balasku. “Ek elleh... Nal.. Nal... macam saya tak tau... buat-buat tak tau pulak dengan saya...” balas Rohani berteka-teki. apa pulak saya buat-buat tak tau. Memang tak tau pun. Bak kata Imam Syafie tu.. orang yang pandai adalah orang yang tau dia tak tau. Macam saya lah. Hehehe.. masuk bakul tekan butang naik lif. “apa pulak tak tak tau cik Ani oi... memang tak tau.. amendenye?” “Eleh... baru saja tat sat cik Izah kita pergi library... ni encik Jenal pulak nak pergi library... ehem.. ada apa-apa ka? Takkan tarappappa agaknya?” Rohani mengangkat kening ala-ala akak Ziana kita. Pulak dah.. gosip lagi ini.. takkan nak pergi library pun ada paparazzi jugak? Punggah lah macam ini. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
syahidatul ![]() ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
nahdatul_adawiyah ![]() |
![]() |
Farishah ![]() |
![]()
Pada 01-10-05 00:31 , Meow posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-09-05 18:55 , Farishah posting: hehe....saya ada six sense...sebab tu saya tau...:p |
hudahasnan ![]() |
![]()
eh...tak perasan pula bila dah ada sambungan baru rupanya kuliah tahun 5 ni...nway,stay cool meow...
'man jadda wajada...man zara'a hasoda..." ![]() |
syahidatul ![]() ![]() |
![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART VI
“tak ada maknanya cik Ani oi... saya nak pergi study.. bukan dating..” balasku selamba meninggalkan Rohani yang masih tersengih-sengih. Macam mana la boleh saya terlibat dalam arena gosip liar ini. saya rasa dah low profile gila dah saya ini. tak ada kerja lain dah lah mereka ini. saya melangkah menuju ke perpustakaan yang terletak kira-kira sepemanggil dari tempat saya dan Rohani bertemu tadi. Beg sandang di bahu saya betulkan. saya mencari-cari kad matrik ku. Isy.. mana pulak kad ini? Rasanya baru tadi saya masukkan dalam kocek seluar saya. Takkan jatuh pulak? Eeii memang hampeh betullah kad ini. Waktu penting macam ini lah nak hilang pun. “ ![]() “Waalaikumussalam... kad matrik... nak masuk library ini... hilang pulak time-time macam ini...” balasku selamba tanpa memandang wajahnya. saya dah tak ambil pusing tentang dia yang tercongok melihat gelagat saya. Paling penting sekarang ini saya mesti masuk library jugak ini. Tak nak saya lewat pulangkan buku library ini. Denda selama ini pun masih saya hutang lagi. Hehe. Takkan nak buat koleksi hutang pulak lagi. Alamat kaya raya la library tu. “Awak nak buat apa ke library? Pinjam buku ke?” tanyanya lagi. Ai.. nasib baik saya segan dengan kau cik Izah. Kalau tak, mahu saya loyar buruk dengan kau ini. Macam tak faham pulak orang buat apa kat library. “Nak pulangkan buku... esok due date... hissyyy...” saya menghempas beg sandangku ke lantai. Erk... tindakan ini saya namakan refleks bersyarat. Hehe. Dalam keadaan tertekan macam ini impuls refleks bersyarat saya tersangatlah aktif. Anytime aje boleh muncul tak kira bila and di mana. As well as depan siapa pun..... “Nah...” Izah menghulurkan sesuatu kepadaku. Mataku tertumpu pada sesuatu di tangannya yang ditawarkan padaku. “????” saya buat muka pelik. “Guna kejap saja.. lepas pulangkan buku-buku tu.. pulangkan balik..” balasnya. Mana pulak dia dapat idea gaban ini... “Awak ini biar betul... saya lelaki la... takkan lelaki pakai tudung pulak... kantoi karang buat malu saja... lagi pun tak pernah dibuat orang...” balasku. ada ke patut nak suruh saya pakai kad matrik dia masuk library. gila apa Izah ini. agaknya ye pun nak tolong tu, patut-patut lah sikit. ini kira dah over budi bahasa ini. Walaupun saya memang selalu guna kad matrik Najib untuk masuk library ini, tapi tak pernah lagi la dalam sejarah Malaya eh salah.. sejarah saya... guna kad matrik perempuan masuk library. “ini bukan kad matrik saya... ini kad Najib.. dia tertinggal kat atas meja library tadi..kebetulan saya lalu dekat meja yang dia duduk.. ternampak kad dia ini... saya ambik la, takut hilang pulak...” balas Izah panjang lebar. “Oh ye ke... time kasih ye... nanti saya pulangkan dekat Najib... jumpa lagi ye.. assalamualaikum...” saya cepat-cepat blah dari situ. Kantoi la pulak tengah-tengah hari macam ini. Ingatkan dia nak pinjamkan kad dia... rupanya kad Najib dah... Huhu. ....................................................................... 6 bulan kemudian. saya bergegas menuju ke lif fakulti. Kata Izham, Prof. Hisham nak jumpa saya. apa ke hal pulak dia nak jumpa saya. Selalunya student yang ada problem dalam study saja yang dipanggil. Takkan pasal result exam saya agaknya? Risau juga saya. Memang exam hari tu saya rasa tak yakin masa jawab. Ya Allah... kuatkan semangat hambaMu ini. saya berdiri sendirian di hadapan lobi lif. Menanti lif dari tingkat 8 turun ke tingkat 1 ini. 8... 7... 6... 5... 4... Hmm may be ada orang di tingkat 4 naik lif jugak ini. 3... 2... 1... akhirnya lif tu sampai jugak ke tingkat 1. Pintu lif terbuka luas. Tercongok kat dalam lif tu junior-junior tahun 1. saya senyum saja kat mereka. Dah mereka senyum kat saya, balas balik lah. Karang orang kata senior sombong pulak. Tapi senyuman saya ini tak dapat nak sembunyikan persoalan dalam kepala otak saya ini. Kenapa Prof Hisham panggil saya ini? Tolooonnggggg... Sampai di tingkat 6. saya melangkah keluar dari lif. Sunyi saja pejabat Prof Hisham ini. saya menuju ke bilik Prof Hisham lantas saya ketuk pintu sambil bagi salam. “ ![]() “Waalaikumussalam... Zainal Arif..” lantas beliau melemparkan sekuntum senyum padaku. Tapi still. saya boleh baca seolah-olah ada something bad yang dia nak bagi tahu saya. ini yang buat saya suspen ini. “Prof nak jumpa saya?” tanyaku ringkas sambil melabuhkan punggung di atas kerusi empuk biru di hadapan meja Prof Hisham. Kesejukan air-cond membuatkan saya tambah berdebar-debar. Dub dab dub dab. Adrenaline rise. Jantung berdegup kencang, badan berpeluh, menggigil, rasa pening-pening. “Kenapa ini Zainal? Awak nervous sangat ini? Sampai berpeluh-peluh dalam air-cond ini..” Prof Hisham memulakan bicara. Alah Prof... straight to the check point aje la.. dah tak boleh kontrol dah ini.. “Erk.. takdelah Prof... saya ok.. saja ini.. pasal result exam ke Prof?” saya meneka. Dah lambat sangat orang tua ini nak bagi tahu. Biar saya jadi nujum pak belalang lah senang sikit. “Hmmm... bukan..” Fuh... dengan tiba-tiba saja jantung saya kembali normal, rasa berdebar-debar terus hilang, rasa pening-pening terus jadi excited. Kehkehkeh. “Bukan pasal exam?” tanyaku mencari kepastian. “Zainal, fakulti kita akan mewakili universiti ini ke Pertandingan Syarahan Perdana Peringkat IPT seluruh negara yang akan diadakan di Universiti Utara Malaysia bulan November nanti... kami dah pilih awak sebagai salah seorang wakil kita...” Keberterus-terangan Prof Hisham tu membuatkan adrenaline saya meningkat semula. Ingatkan dah boleh rileks. Berita ini pulak yang saya dapat. Syarahan?! gila ke saya nak masuk syarahan? Bahasa melayu pun tak betul lagi, nak masuk syarahan? Hehe.. nampaknya kalah teruk la universiti saya.. “Errr tapi saya tak tau Prof...” apa punya respon ini... tak tau pulak. Erm.. sebenarnya saya nak cakap saya tak nak. Tapi entah bagaimana terkeluar ayat lain pulak. “Saya tahu awak boleh Zainal...” balas Prof Hisham selamba. Eh Prof saya ini. Orang tak nak tu tak nak la. Toksah nak pujuk-pujuk la. Dah tahu saya jenis gabra dengan public speaking; nak cari nahas ke? Nanti sejarah johan tiga tahun berturut-turut tu hancur berkecai di tangan Zainal Arif kang... siapa nak tanggung? Mereka dan keluarga mereka juga la.. Termasuk saya la tu.. “Tapi saya tak nak Prof... saya tak rasa saya boleh buat semua tu..” balasku terus terang. Bukan main-main punya keputusan ini. Maruah universiti ini ada dalam tangan saya. Ecewah... Eh betul la ini. Kalau kalah macam mana? Kalau saya tergagap-gagap time syarahan tu macam mana? Kalau saya hilang idea macam mana? Bukan calang-calang universiti yang saya kena lawan. UM, UKM, UPSI, USM antara jaguh-jaguhnya. Lagi berat bebannya adalah harapan satu U ini pada saya. Ye la... mesti mereka harap saya dapat johan untuk tahun ke-4 berturut-turut pulak.. Eiii seram.. tak nak lah saya. “Awak balik fikir dulu... kita ada banyak masa lagi... ambik surat tawaran dari TNC ini... balik fikir masak-masak... peluang yang datang hanya sekali saja..” Prof Hisham mematikan ayatku. ini saya lemah ini. Fikir sampai hangit pun tak nak punya.. “Saya balik dulu Prof... assalamualaikum..” saya melangkah keluar dari bilik Prof Hisham. Perasaan berbelah bagi, terkejut, berdebar, takut dan lain-lainnya bercampur aduk jadi rojak dah dalam diri saya. Sekali fikir macam best jugak pergi sana. Dua tiga empat kali fikir seram la pulak saya. Memang betul dulu masa sekolah menengah saya pernah masuk debat semua ini, tapi itu dulu. Dulu Kiran.... ehehe. Sekarang ini saya dah lama tak berlatih public speaking ini. Kalau ada pun time present case aje kat hospital. ............................................................. “saya bukan tak nak, tapi tak yakin la... benda besar anda tau ini...” “Ala Nal... cuba dulu.. kau dulu pun bukan tak pernah join benda macam tu...” Suhaimi meyakinkan saya. Nasi lemak cafe yang sedap gila tu disuapkan ke mulut. saya mengacau teh ais di dalam gelas kaca sambil berfikir-fikir. Nak pergi ke tak nak pergi. pergi... tak pergi... pergi... tak pergi... pergi... tak pergi... Hmmmm... entah. “Dulu... masa sekolah menengah.. sekarang ini dah berapa kurun dah... kalau kalah malu saja tau tak?” saya membalas. “Kalau kalah saja kau fikir? Kalau menang? Ha? Kalau menang macam mana? Cuba saja la. Bukan anda pergi kosong begitu aje, anda akan dilatih dulu kan?” Suhaimi ini dah jadi macam pakar motivasi la pulak. “Memang la. Tapi....” belum sempat saya nak habiskan ayat... “anda balik, solat hajat, solat istikharah... minta pada Allah swt... lebih elok...” Suhaimi memotong cakapku. “A’ah kan... betul jugak tu..” Tak teringat pulak dengan solat Istikharah. Tu la pasal. Orang zaman sekarang ini kalau bab nak kahwin aje pandai buat istikharah. Sedangkan istikharah bukannya disyariatkan untuk nak kahwin aje, semua keputusan dalam hidup elok diistikharahkan dulu. Hmmm... ala biasa la tu.. orang zaman moden konon.. nak kahwin banyak ikut sunnah... solat jemaah tak nak ikut sunnah pulak.. Ehe dah melalok pulak saya. “Dah bagitau Prof Hisham ke?” Suhaimi mematikan lamunan saya. “Bagitau apa. saya belum buat keputusan lagi..” balasku. “Bagitau yang kau nak fikirkan dulu tentang ini..” sambung Suhaimi. “Ah Prof Hisham yang beriya-iya suruh saya fikirkan dulu... peluang datang sekali sajalah apa lah... pandai saja Prof tu nak pujuk saya pergi..” Wah... luahan rasa la pulak. Ehehe. “Ye la... anda ada experience... sebab tu fakulti pilih kau.. kalau pilih saya dah gerenti kalah sebelum sampai Sintok nun...” Pandai pulak Suhaimi ini buat lawak antara benua. Walau pun taklah selawak mana pun. Demi kawan. saya gelakkan lah jugak. Hahahaha. ==============================bersambung... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART VII
saya baru saja selesai telefon mama dengan ayah. Bagitau keputusan saya. Nampaknya mama dengan ayah menyokong tindakan saya. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya dapat jugak obor pembakar semangat untuk saya bawak ke perbatasan UUM Sintok nun.. Ecewah.. madah berhelah.. Ayah pun ada bagitau saya dia ada kawan lama yang bertugas di UUM sana. dari. Abdullah. Tak pulak dibagitau kerjanya apa kat sana. Ah pedulikanlah. Akmal dan Zaim akan join saya. Termasuk seorang junior tahun 2, Fatihah. Akmal dengan Zaim sebagai wakil debat. saya dengan junior tu syarahan. Dengar kata ramai juga kerabat fakulti saya akan pergi sana tak termasuk orang-orang besar universiti. Isy... gementar pulak rasa saya. Hmmm tapi saya dah buat keputusan dah. Prof Hisham pun dah dibagitau. Lagi pun saya yakin istikharah saya tu. Latihan syarahan saya dijadualkan setiap hari Sabtu dan Ahad sebelah pagi. Nasib baik bukan saya seorang aje yang kena ikut latihan tu. Zaim dengan Akmal pun join sekali. saya segan jugak nak jumpa dengan Prof Hamidah tu. Ye la kan. Mana biasa jumpa dengan Dekan Pusat Pengajian Bahasa. Dengar kata orang dia tu cerewet la apa lah. Tapi sepanjang lebih dua bulan dah saya hadir ke kelas latihan dia, kira standard lecturer biasa saja style dia. Memandai aje bebudak ini buat cerita palsu a.ok.a fitnah dekat Prof Hamidah ini. Hubungan saya dengan dia pun dah jadi akrab; begitu jugaklah Zaim, Akmal dan Fatihah. Dah boleh keluar pergi makan dekat kafe semeja lagi. Aha.. baru semalam ayah call. Dia cakap dia akan pergi UUM jugak. Nak tengok saya dengan pasukan. Mama pun akan ikut sekali. Dan seperti biasalah, kalau mama dengan ayah pergi mestilah cik adik saya si Usu tu ikut sekali. Kebetulan pulak time tu dia cuti semester. Wah, kira angkut geng jugaklah saya ini. Huhu. InsyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin. saya tak nak hampakan rakan-rakan sepasukan, warga universiti saya dan jugak keluarga saya. InsyaAllah kejayaan untuk tahun ke-4 berturut-turut. ........................................................ Hari ini saya bersiap sedia untuk berangkat ke UUM. Kami akan menaiki penerbangan Malaysia dari Kuching ke KLIA sebelum menyambung penerbangan seterusnya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas Alor Star. Lepas tu, naik bas UUM pulak ke kampus universiti tu di Sintok nun. Wah... mesti letih gila ini. mahu sehari suntuk baru sampai. Blazer hitam dengan logo universiti terjahit kemas di sisi kiri tu saya tenung. Baru semalam Prof Hisham kasi blazer tu. Untuk saya pakai semasa pertandingan nanti. ‘Blazer turun temurun’ katanya. 3 orang johan syarahan sebelum ini pakai blazer tu la. saya menaiki pesawat Boeing 747-300 penerbangan Malaysia bersama rombongan universiti. Sebelum berangkat tadi, doa dibacakan oleh YDP IMI abang Nazirudin Hilmi. Dengar kata dia akan konvo tahun depan. Dua tahun tua dari saya. Antara pemimpin mahasiswa paling dihormati dan disegani di universiti saya. Sebut aje abang Nazir... semua orang kenal. saya mengambil tempat duduk di tepi tingkap pesawat. Dah jadik tabiat saya suka bebenor menengok keluar bila flight nak berlepas dan mendarat. Konon dulu-dulu nak jadi pilot. Tapi tak layak la pulak. Terjadi doktor. Hmm... macam Izah la.. Nak jadi arkitek terjadi doktor. Eh, tiba-tiba teringat pulak dengan ustazah tu. Tak nampak pulak dia dekat airport tadi. Ah, Kenapa pulak dia nak pergi airport. Nak hantar saya. saya bukannya suami dia pun.. bukannya orang istimewa untuk dihantar-hantar macam dalam cerita tv tu. Melalok lagi.. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kira-kira dah 30 minit kitorang berlepas dari Kuching. Lebih kurang sejam 15 minit lagi nak sampai KLIA. saya nampak Zaim dengan Akmal dah terlentok dah. Fatihah pulak nampaknya asyik membaca ‘Going Places’; in-flight magazine. saya membuka beg sandangku mengeluarkan discman. Earphone saya pasangkan ke telinga. Butang ‘Play. saya tekan. Serentak dengan itu alam saya bergema dengan alunan lagu Balqis nyanyian UNIC. CD ini sempat saya beli kelmarin semasa keluar ke bandar. Selepas beberapa buah lagu berputar. saya dah rasa mengantuk dah. Entah bila entah saya terlena. saya pun tak sedar. ‘Tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mendarat sebentar lagi. Sila kembali ke tempat anda, tegakkan tempat duduk dan pasangkan tali keledar. Pastikan meja telah dikembalikan ke tempat asal’ Ayat typical flight crew time nak mendarat. Huhu. Dah boleh hafal dah. saya tersedar setelah dikejutkan oleh seorang pramugari sebelum pengumuman dibuat tadi. saya mematikan discman dan menyimpannya kembali ke dalam beg sandangku. saya memerhati keluar. Kelihatan macam biasa ladang kelapa sawit dan jauh nun di hujung sana; bandar Putrajaya. Dalam beberapa minit lagi saya akan mendarat di KLIA. Kulihat jam tangan menunjukkan pukul 1.45 petang. Elok-elok aje masuk waktu zuhur kat KL ini. ....................................................................... “Awak semua boleh la kalau nak jalan-jalan di KLIA ini.. flight kita ke Alor Star lambat lagi.. pukul 5.30 petang nanti. Kita berkumpul di surau tingkat 3 nanti..” dari. Hafizah, Dekan Pusat Pemajuan Pelajar selaku ketua rombongan memberitahuku dan yang lain. “Ok...” balasku sambil menunjukkan isyarat tangan kepada Akmal dan Zaim untuk bergerak ke arah McDonald’s. Lapar siot. Makan kat atas flight tadi bukannya kenyang pun. Ehehe.. typical Jenal.. Ingat flight tu kedai mamak ke? Dah la tadi makan sambil mamai terkejut dari tidur. Nasib baik akak pramugari tu kejut saya, kalau tak melepas la saya makan nasi beriyani. Hehe. Alhamdulillah. “Ayah anda dengan mak kau kata nak datang UUM?” Zaim membuka bicara setelah kami membeli makanan di McDonald’s. Langkah kami menuju ke arah sebuah meja kosong di tepi dinding. “Malam ini mereka fly ke Alor Star...” balasku sambil meletakkan dulang di atas meja. “mm..” balas Akmal mengangguk. apa yang dia faham pun saya tak tau. “Eh anda tak ajak Fatihah sekali ke? kasihan dia seorang-seorang..” Pertanyaan Zaim membuatkan saya hairan. Kenapa pulak tiba-tiba si Zaim ini jadik peramah. Tak ada ribut tak ada hujan, tiba-tiba saja banjir. Hehe. Falsafah siot. “Seganlah saya... lagi pun dia mesti join Prof. Hamidah dengan dari. Hafizah...” saya buat tekaan sendiri. “Lepas ini nak pergi mana?” tanya Akmal. “kita pergi solat dulu.. lepas itu apa kata kita pergi KL Sentral kejap...” cadangku. “saya on saja...” Zaim membalas. “ok juga tu..” Akmal menghirup oren. Selesai makan dekat McDonalds kitorang pergi solat Zuhur di surau tingkat 3. Selesa sikit surau tu. Tak ramai sangat yang guna surau tu. Selesai solat, kami bergerak ke tingkat bawah untuk ke terminal KLIA Express. Bagi saya bukanlah sekali dua saya naik KLIA Express ini. Tapi bagi Zaim, ini kali pertama dia naik KLIA Express. “Eh ramai la pula orang hari ini..” saya mengomel sendirian sambil membelek tiket. “Eh sure ke naik sebelah sini Nal? Karang salah tempat pulak sesat kita kat KL nun...” Zaim mengeluarkan ayat-ayat kebimbangan dia. Alahai Zaim.. Rilekslah.. KL ini dah macam tempat tidur saya dah. tak ada maknanya nak sesat. “Ello.. saya dah biasa naik KLIA Express ini la beb... jangan risau.. tapi sebab ramai ini, anda jangan melenggang pulak time tren sampai kejap lagi...” saya memberikan arahan. Ehehe. Pemandu pelancong yang berjaya. “Kenapa pula?” Zaim bertanya kebingungan. “Sebab tren tu berhenti kat sini kejap saja. kalau anda lambat... bye-bye lah” balasku. Akmal tersengih melihat gelagat saya dengan Zaim. Sementara menanti tren sampai saya membuka beg sandangku. Buku motivasi Anthony Robbins “Awakening the Giant Within. saya keluarkan. Tapi..... dengan tak semena-mena pandangan saya tersentak melihat buku tu terbang ke udara dan pada masa yang sama beg sandang saya terleret dari bahu saya. Debuk... bahu saya terasa perit dilanggar seorang remaja lelaki yang saya tak kenal langsung. kurang asam betul la mamat ini. saya agak umur dia mesti dalam lingkungan 20 tahun macam tu. Dengan gaya selambanya dia cakap kat saya ‘sorry bang...’ tu saja. Ingatkan nak tolong angkat beg saya ke.. kutip buku saya ke.. ini blah macam tu aje. Isy... nasib baik anak orang.. kalau adik saya buat macam tu, mahu kena pelempang doraemon dengan saya. Harapkan muka aje nampak baik. Perangai macam belacan. “Isy.. mamat ini... kalau ikutkan hati saya mahu saya.....” geramnye.. “Sabar Nal... dia tak sengaja tu.. tengoklah tu... dia macam emergency saja tu...” Akmal menenangkan saya dengan formula logik dia. Ermm memang nampak macam emergency aje mamat tu. Macam kena kejar dek hantu pocong... tengah-tengah KLIA yang moden ini ada ke pocong? Huhu... kena tanya Persatuan Hantu-hantu Se-Malaysia la agaknya... “Ye la... emergency pun tengok-tengokla orang sikit... dah tu blah macam tu saja.. bukan nak angkat beg saya ke... apa ke..” “May be dia belum join Kempen Budi Bahasa agaknya...” Zaim buat lawak dua kupang terima-time tak berapa nak sesuai ini. “Ah.. dah la tu... tak payah pikirkan sangat benda remeh-temeh tu.. kita nak pergi KL Sentral ini nak buat apa?” Akmal menukar topik. “entah!” serentak saya dengan Zaim menjawab. Hehe. Tak tau tujuan la pulak dah kitorang ni. “Erm... kita jalan-jalan la kat situ... kan ada kedai-kedai kat sana... kita buat lawatan sambil belajar saja la... apa susah sangat.. kan Nal kan?.. kan?..” Zaim menyambung bicara. “Ha’ah... macam tak pernah buat kerja-kerja sosial tu...” balasku menyokong Zaim. Hmmm... KLIA Ekspres tiba juga akhirnya lima minit kemudian. Kami naik di gerabak belakang sekali. Orang pun tak ramai sangat. Destinasi kitorang... KL Sentral. Nak jalan-jalan cari pasal kata orang... ![]() Sejam setengah kemudian, pemandangan sawah padi menguning terbentang luas saujana mata memandang. Trademark Negeri Kedah Darul Aman. saya terpegun sebentar. Dalam seumur hidup saya belum pernah saya tengok sawah padi seluas ni. Kalau ada pun kat Tanjung Karang tu takdelah seluas yang di depan mata saya ini. Dengan gunung Jerai kat sebelah selatan.. pemandangannya memang cantik. Dan satu benda lagi... lapangan terbangnye kat tengah sawah padi. Tiba di lapangan terbang kami dijemput oleh pegawai UUM untuk bertolak ke Sintok. Kampus UUM. ==================================bersambung== ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
syahidatul ![]() ![]() |
![]() |
chibi_maruko ![]() ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
Farishah ![]() |
![]()
hehe jln2 cari pasal...erm..tak pernah pula cuba....jln2 cari makan pernah lah...nak cuba pula lah....
|
faizah_aa ![]() |
![]() |
fizah_862000 ![]() |
![]() |
hudahasnan ![]() |
![]() |
Farishah ![]() |
![]() |
ainaa ![]() |
![]() |
afizam ![]() ![]() |
![]() |
Firdaus15 ![]() ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
Nadiahsolehah ![]() ![]() |
![]() |
fizah_862000 ![]() |
![]()
haah..bila sambungan nya...?
![]() ----------------- "Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129 |
nurinsan ![]() |
![]() |
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART VIII
Ketibaan rombongan kami disambut dengan ramah oleh para pegawai UUM. Semuanya nampak letih saja. Termasuklah dengan saya sekali. Kalau ada Dreamland punya tilam ini mahu koma dua tiga jam ini. saya disambut oleh kawan ayah. dari. Ahmad. Dahlah kawan lama ayah... nama pun sama jugak pulak tu... Hmmm... saya menelefon Ateh yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di UUM ini. agaknya-agaknya la dia tak busy. Bolehlah bawak saya dengan kawan-kawan saya pergi pusing-pusing UUM ini. Hehe.. “Hello... assalamualaikum...” “Waalaikumussalam... eh Along... apa hal tiba-tiba call Ateh ini...” “Ateh tengah buat apa tu? Busy ke buat-buat busy?” tanyaku. “Ewah ewah Alongku ini.... buat-buat tanya pulak... Ateh tengah cakap dalam telefon ini... Kenapa?” Amboi... dah pandai buat lawak antarabangsa dah adik saya seorang ini. “saja saja call... rindu...” balasku. “Ha apelagi.. datanglah lawat Ateh kat sini... eh aritu cakap nak datang kan... Along join Syarahan inter-campus tu kan...” “Ha’ah... tapi Along kat Kuching lagi ini... may be kejap lagi sampai agaknya...” balasku selamba. “Eh? Along Kenapa? Nak buat lawak Kluangman lah tu.. Kuching dengan Sintok ini bukannya boleh naik basikal Along oi...” balasnya. “Nak Along buat magic tak?” tanyaku “Magic apa? Jangan nak mengada-ngada...” “betul... ini... Ateh pejam mata sekarang ini... sebut nama Along 3 kali...” “Dah... dah buat dah.... lepas itu??” “Jeng..jeng..jeng.. guess what?! Along’s here...” “Ha!?! Biar betul ini Along? Jangan nak mentipahkan Ateh pula...” “tak ada maknanya... eh betul ini.. Along baru saja sampai sini... baru jejak kaki... tapak kasut pun tak panas lagi ini...” “Along kat mana ini? Cepat la cakap... mari Ateh pergi jemput...” Wah...wah.. beriye-iye la pula adik saya ini. “Susah-susah saja... ini ha dekat depan Kolej Proton... tak nampak pulak Kolej Volkswagen Ateh tu...” sambungku. “Mana ada Kolej Volkswagen... jangan nak kutuk-kutuk UUM pula eh..” “Gurau saja... jange marah deh...” huhu.. kecek kelate la pulok dah... “Tunggu situ ok... Ateh turun kejap lagi... bye... ![]() Erk... budak ini... belum habis saya cakap lagi dah letak dah... Triit...triit..triit.. Belum sempat saya simpan telefon saya dalam kocek dah bunyi lagi. SMS pula.. Along, kami flight kul 8.30 malam.. tunggu Usu kat sana tau.. bagitahu Ateh sekali.. kawan ayah jemput kat a-port... Macam tulah ayat-ayat SMS yang saya terima dari adik bongsu saya si Usu. agaknya dari Ahmad tu agaknya yang pergi jemput kat airport sana. Mungkin mama, ayah dan Usu tinggal kat rumah dari Ahmad agaknya. Siapa agaknya dari Ahmad ini? Nampak macam rapat benar dengan ayah. Dari cara dia layan saya tadi pun macam kami dah kenal terlalu lama. Sedangkan saya baru saja kenal yang ayah ada seorang kawan lama kat UUM ini. Tapi, dapat saya rasakan seolah-olah macam ada chemistry antara saya dan dari Ahmad ini.. rasa macam ada satu hubungan yang sangat rapat dengan dia. Walau pun tak jelas di mata, tapi hati dan perasaan saya dapat detect. Ecewah... poyo. “Along!!!!” ... Pap! Satu penampar lekat di bahu saya. Tergezut beruk juga saya, tengah-tengah melayan perasaan ini kena bom atom macam ini. saya menoleh ke belakang... “Ateh!!! Nak Along mati cepat agaknya?! Amalkanlah buat macam tu selalu... Salam pun dah tak bagi...” saya pula ganti mama berleter. Huhu. “Sorry...Sorry... orang excited sangat ini.. Along datang... ![]() “Waalaikumussalam... waras lagi la... Ateh datang seorang saja ke?” Erk.. apa jenis soalan la yang saya tanya adik saya ini... Huhu “La... nak datang dengan siapa lagi? seorang saja la...” balasnya. “Hmmm ingatkan bawak kawan-kawan Ateh yang cun-cun tu...” balasku men’cover’... “Uiiii gatai dah Along saya ini..” Ateh memukul lengan saya dengan buku yang ada di tangannya. “Mana ada gatai... chek melawak saja no..” balasku. “Eh Long.. jom... orang bawak Along jalan-jalan...” Hmm ayat ini la yang saya tunggu-tunggu... “Ajak kawan Along sekali boleh?” tanyaku. “Boleh... ermm lelaki ke perempuan kawan tu?” tanya Ateh. “lelaki... 2 orang... Kenapa?” “Ala... tak ada perempuan ke? tak ada geng la.. lagi pun seganlah..” Pulak dah adik saya ini. Tadi beriya-iya nak bawak saya pusing-pusing UUM. “ada seorang... junior Along... Along pun tak berapa rapat sangat dengan dia... nak ajak dia ke?” “Ha... kalau boleh... ada geng lagi best... taklah kekok sangat Ateh nak jalan nanti.. nama dia siapa?” “Fatihah... kejap ye Along pergi panggil mereka” Untuk memendekkan cerita yang dah sedia panjang berjela-sajalah ini. saya simpulkan saja la sesi jalan-jalan saya tu. Ateh dah jadi rapat dengan Fatihah. Maklumlah. perempuan dengan perempuan la katakan. Letih juga la kami jalan-jalan dalam kampus gedabak besar ini. saya terasa nak tanya tentang dari Ahmad tapi tak ada peluang la. Takkan nak tanya Ateh depan-depan kawan saya pula. Yang Ateh cakap pun, dari Ahmad tu salah seorang pensyarah kat sini. Tu saja. Lepas jalan-jalan. saya balik ke hostel dengan Zaim dan Akmal. Malam ini pulak, mama, ayah dan Usu sampai. mereka akan datang hostel saya dulu. Then, baru pergi ke rumah dari Ahmad. Esok pagi, perjuangan saya untuk universiti saya bermula. Pertandingan syarahan inter-campus pusingan pertama. Zaim dengan Akmal pun akan memulakan sesi pertama debat Piala Menteri Pelajaran Tinggi besok petang. Fatihah pulak akan mula pusingan pertama syarahan petang lusa. Padat jugakla jadual kami. Tapi semuanya depend kepada keputusan pusingan pertama besok. Kalau berjaya, insyaAllah kami akan teruskan perjuangan. Kalau kalah nampak gayanya angkut beg la. Hehe. Harap-harap kami berjaya. Amin.. ............................................................................ Hari ini hari kedua pertandingan. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi halangan pertama. Semua ke-empat-empat kami berjaya melayakkan diri. Dahsyat jugalah kami nak mencabar pasukan lain. Dari UM pun bukan main ganas lagi hujah mereka. Strategi kena tukar ini. Pakai plan B pulak agaknya. Hehe. saya tak ada sesi hari ini. Tapi saya still pergi tengok pertandingan tu. Nak jugak saya tengok strategi yang lawan saya guna semasa berhujah. agaknya-agaknya la boleh try. Hehe. Ateh pun join jugak sekali. Mama, ayah dan Usu sekali. Mama gembira sesangat tengok saya layak ke pusingan kedua. saya pulak berdebar-debar dan semakin gabra bila fikir-fikir balik. dari Ahmad ajak saya pergi rumah dia malam ini. saya dah cakap dengan Prof Hamidah. Dia ok saja. Relax minda katanya dekat saya. Takkan nak tensionkan otak saya pula. Ye la. pergi rumah dari Ahmad tu dapat jugaklah tenangkan debaran hati saya ini. Sebab besok saya akan teruskan dengan pusingan kedua pulak. Lagi pun mama, ayah dengan Usu ada kat sana. Ateh pun nak pergi jugak. Nak tak nak kena jugakla saya pergi. Walau pun saya bukannya kenal sangat dengan lelaki separuh abad bernama dari Ahmad ini. Langkah saya memasuki banglo dua tingkat berwarna putih di tepi jalan raya utama milik dari Ahmad tu terhenti apabila saya terpandang sesuatu yang terpampang di dinding ruang tamu. Nak kata mimpi, takkan lah saya boleh rasa sakit bila dicubit. Tapi terasa terkejut pun ada, tak sangka pun ada. Macam-macam ada la. Nak kata silap pandang, tak mungkin. saya familiar sangat dengan wajah tu. Tak mungkin la. Nak tau apa??? Gambar Izah!! kat dinding rumah tu. Bergambar sama-sama dengan dari Ahmad dan isteri dia Puan Khuzaimah. Biar betul ini. Ke mana saya pergi, bayang izah mesti ada. saya masuk hutan dulu tu pun si Izah tu ada. saya pergi library dia ada jugak. saya datang Kedah ini pun dia ada jugak??? Tapi saya diamkan saja perasaan saya. Tak naklah nampak obvious sangat saya tergezut. saya gunakan sepenuhnya skill lakonan saya. Menyembunyikan perasaan curious saya yang tengah membuak-buak macam sup ayam yang terhidang atas meja makan depan saya ni. Mama dengan pun Khuzaimah nampak macam rapat benar. Ayah dengan dari Ahmad pun. Mama dengan pun Khuzaimah saya tengok kat dapur tu kejap-kejap borak, kejap-kejap senyum, kejap-kejap pulak pandang kat saya. Isy... ada yang tak kena ke? Hidung saya senget ke? Macam ada perancangan mega saja.. “Zainal... jemput ayah dan.... un..cle.. Ahmad makan” Tiba-tiba saja dalam dok berangan-angan kat meja makan ini pun. Khuzaimah menyuruh saya. Adik saya si Usu dengan Ateh baru saja turun dari tingkat atas bersama-sama dengan anak bongsu pun. Khuzaimah; Azreen. Perwatakan Azreen ini nampaknya sejibik macam kakak dia kat dalam gambar tu; si Izah. Sopan santun, bersih wajahnya dan terlalu pemalu. Erk... saya rasa bab terlalu pemalu tu Azreen lebih agaknya dari Izah. Sebab dia ini memang tak bercakap sepatah pun dengan saya masa first time jumpa kat UUM kelmarin. Atau mungkin saya ini agaknya yang nampak macam sombong sikit. Hehehe... saya bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Kulihat ayah saya dengan dari Ahmad rancak berbual. “Ayah... uncle... dinner dah siap...” tuturku. Ayah memandang ke arah saya dengan satu pandangan yang bagi saya rasanya aneh dari biasa bila mana mendengar saya memanggil dari Ahmad sebagai uncle. Kenapa pulak... takkan salah agaknya. Takkan nak saya panggil dari Ahmad? Kayu sangat la pulak macam tu. “Biarlah Mad... dia masih tak tau lagi...” dari Ahmad memberitahu ayah. Seraya dengan itu wajah ayah kembali biasa. Fuh.. lega.. Tapi, timbul lagi satu persoalan dalam benak hati saya ini. Apa yang saya tak tau tu? Dahlah setakat ini pun soalan siapa Izah kepada keluarga ini masih belum terjawab, datang lagi soalan yang pelik. apa yang saya tak tau tu, macam yang dari Ahmad cakap kat ayah. Macam ada rahsia saja antara Mama dengan pun Khuzaimah, ayah dengan dari Ahmad. saya mengambil tempat di kerusi paling hujung berdekatan dengan sinki. Di sebelah saya ayah dan di sebelah lagi satu dari Ahmad. Mama dan pun Khuzaimah makan di meja lain di dapur. “Ha... Zainal.. makan ini... kegemaran Zainal kan? ini masak khas untuk Zainal ini...” dari. Ahmad menyendukkan ayam masak merah dengan kacang peas kegemaran saya semenjak kecil lagi. Pantang ayah saya belikan ayam, mesti resipi ini terhidang atas meja. saya tersenyum kelat. Tak tau nak kata apa. Erk... terima kasih paling sesuai kan? “Terima kasih uncle...” balasku ringkas. Peha ayam di hujung pinggan saya cubit perlahan-lahan. Nanti tiba-tiba melanting pulak mampos saya. Mana nak sumbat muka ini. Lagi pun saya memanglah tersangat hebat bab-bab buat aksi-aksi memalukan macam tu. Termasuklah aksi stunt saya dalam longkang depan Izah dulu tu. Takkan saya nak ulang depan dari Ahmad pulak. “Hai... Jenal... janganlah malu-malu... Uncle Ahmad ini bukannya orang lain dengan kita...” ayahku bersuara. Kalau bukan orang lain, siapa? Sedara ke? Tak pernah pulak saya tau ada sedara nama dari Ahmad selama ini. “Ha’ah Zainal... Uncle anggap Zainal macam anak Uncle sendiri... mmm by the way, macam mana dengan pertandingan syarahan tu? Ok?” dari Ahmad pulak bersuara. Kenapa semua orang macam tertumpu dekat saya saja ini? Bosannya. “Errr ok la Uncle... team UUM pun bukan calang-calang jugakan?” balasku sedikit ramah.. “Tapi rasanya tak sehebat bekas johan syarahan antara sekolah menengah ini kan?” dari Ahmad menepuk bahuku dengan tangan kirinya. Erk.. mana dia tau semua ini? Mesti ayah saya yang bagi tau ini. Alahai cepatlah jam berputar. saya rasa semakin lama semakin kekok duduk di rumah dari Ahmad ini. Nak saja saya balik ke hostel UUM cepat-cepat. saya merenung jam di dinding. 8.30 malam. Aduh... lamanya... “Biasa-biasa saja uncle...” balasku merendah diri. Kali ini tak masuk lif tekan butang naik sendiri dah. Hehe. “Besok macam mana?” ayahku bertanya. “Erm... besok pusingan kedua... UUM, USM dan UiTM sekali...” balasku. Ayam saya dah tinggal tulang dah. Segan la pulak nak tambah lagi. Huhu.. Kesopanan la kononnya. Kalau kat rumah saya, mahunya saya bedal semua ayam dalam mangkuk tu. Hehe. Tapi kat sini control macho la sikit. Gelojoh sangat la pulak kalau macam tu. “Eh... tambah lagi Zainal... makanlah banyak sikit... tak gemuk punyalah...” dari Ahmad menyedari nasiku dah hampir habis. Er... nak tambah ke tak nak ini... kalau tak tambah... isy.. rugi pulak saya tengok ayam-ayam kat dalam mangkuk tu menantikan saya memakannya. Hehe. Segan pun ada ini. “Ermmm cukuplah uncle... dah kenyangla.. petang tadi saya dah makan dengan kawan-kawan kat kafeteria...” balasku berhelah. Sedangkan saya makan roti saja kat situ. Kenyang apa bendanya. Selesai dinner, kami berehat-rehat dekat ruang tamu sambil menonton tv. Ayah dan dari Ahmad nampaknya rancak berbual berkenaan kenangan lama mereka dulu. saya pulak dok tercongok kat depan tv macam patung saja. Boring betullah. tak ada kawan berborak. Azreen dah naik atas dengan Usu. Tinggal Ateh saja kat bawah. Hmmm Ateh..... “Ateh... jom dok luar...” saya menepuk bahu adik perempuanku yang sedang khusyuk membaca majalah al-Islam tu. “Hissy... kalau tak buat orang terkejut tak boleh ke?” Ateh mencebik bibirnya. saya tersengih melihat gelagatnya. “Jomla... mama mana?” tanyaku. Tak nampak pulak mama dengan Aunty Zai. “Mama kat dapur tu ha... borak dengan Aunty Zai...” Ateh bingkas bangun mengikuti saya. “Ateh... nampak macam Ateh dengan Usu rapat saja dengan Azreen tu...” saya memulakan bicara sambil melabuhkan punggung di atas buaian besi di hadapan kolam ikan. Kelihatan anak-anak ikan berwarna keemasan berenang-renang girang di dalamnya. Err.. saya agak saja ikan-ikan tu girang... Hehe. “Oooo Along dah ehem-ehem dekat Kak Reen ke?” balas Ateh tersengih-sengih. “Isy... tapi kak Reen tu baik kan?” balasku. “Hmmm sah!! Along saya dah jatuh cintan ini...” balas Ateh. Ek elleh budak ini. saya tunjal kepala tu baru tau. “Bukan la.. Along saja tanya saja..” balasku. “Kak Reen memang baik hati... sopan santun... kuat agama pulak tu.. dan... peramah...” Ateh mengambil handsetku di tangan. Sambil bermain-main picit-picit butangnya. “Peramah??!! Peramah apenye.. tak pernah tegur Along pun.. sepatah ditanya.. setengah patah dia jawab.. Along senyum dia tunduk buat tak tau saja...” saya memprotes pendapat adik saya. “Along.... dia tu perempuan la... ajnabiyyah... faham? Takkan nak ramah-tamah dengan Along pulak...” balas Ateh. Ehehe ye tak ye jugak kan. “Tapi kakak dia ok saja dengan Along...” balasku cuba memasukkan cerita baru pulak. “Kakak? Along kenal? siapa?” Ateh bertanya. “Nurul Izzah... budak bertudung labuh warna hijau muda dalam gambar kat dinding tu...” “La... tu memangla kakak Kak Reen tapi bukan kakak dia...” Ateh menekan ringtone ‘Dari Tuhan’ nyanyian Raihan. “Ateh ini apelah... kakak Kak Reen tapi bukan kakak Kak Reen.. tak paham Along...” balasku mencungkil rahsia Izzah di dalam keluarga ini. “entah... Ateh pun tak paham... tapi tu la yang Kak Reen bagitahu Ateh...” Ateh menukar ke ringtone ‘Untitled’ dari Simple Plan pulak. “Along... nak ringtone ini... Ateh ambil ek...” Kata Ateh tersenyum. Nak kenen saya la tu. Tau la saya ini Along budiman.. semuanya dia nak ambil. Usu saya lagi la dahsyat. “Boringla Ateh ini...” bentakku.. “La... tadi cakap nak dok luar... orang ikut dia boring pulak... Along nak borak pasal apa ini? Pelik la Along ini semenjak dua tiga empat menjak ini...” gerutu Ateh. saya tersengih. “Along cakap Ateh jangan bagitau sesiapa ye..” pintaku. “Ok.. janji.. apa dia.. cakaplah..” “Along rasa kan... errr... hmmm... mmm... Along suka tengok peribadi Kak Reen tu...” kataku. “Maksud Along?” tanya Ateh. Alahai adik saya ini. Tak paham ke buat-buat tak paham. “suka la... tu saja.. suka..” balasku ringkas. “Along jatuh hati ke?” tanya Ateh macam teruja pulak. “Eh Kenapa ini... excited pula dia..” “Ye la kan... Ateh memang suka kalau Kak Reen jadi isteri Along.. lepas itu jadi kakak ipar Ateh... dia baik... ada ciri-ciri wanita dan isteri solehah tau...” balas Ateh. Aik.. dia pulak lebih-lebih ini.. Menambah belacan dalam sambal la tu. “Aik macam menambah-nambah cerita saja Ateh ini..” balasku. “Eh mana ada... original story mah..” “Agak-agak sesuai ke?” “Ala Along... doktor dengan akauntan... kira ngam la tu.. ideal kata orang.. hehe” balas Ateh. “Dahla tu... merepek la Ateh ini..” “Betullah Along...” balasnya. “Oooo dua beradik ini kat sini rupanya... Zainal... mari ayah hantar balik hostel... dah pukul 9.30 dah ini... besok lewat bangun pula...” suara ayah mengganggu ketenteraman. Huhu.. “Ok... mari balik handset Along...” saya mengambil handsetku kembali. saya melangkah merapati mama dan bersalaman sambil mencium tangannya. Kemudian saya bersalaman dengan dari Ahmad. “Saya balik dulu Aunty... sedaplah ayam masak merah tu... hehe” balasku berseloroh. Aunty Zai tersenyum. “Kalau nak rasa selalu kena la jadi menantu aunty... sebab chefnya kat sebelah ini ha...” Erk... ambik anda Jenal. mahu merah padam muka saya ini. Nak sangat bergurau. Gurauan Aunty Zai ini nampaknya gurauan ganas ini. kasihan Azreen. Tertunduk dia. Mesti malu dengan kata-kata Aunty Zai tadi. saya melangkah menuju ke kereta BMW milik dari Ahmad tu. Ayah dah menghidupkan enjin dah. “Along...” saya menoleh ke belakangku.. “apa Ateh?” balasku perlahan. “ada chance nampaknya tu... jadi menantu Cik Khuzaimah... hihihi...” balas Ateh berbisik. “Diam!!” balasku selamba melangkah masuk ke dalam kereta. ***************************************************** bersambung lagi daa... ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Sorilah ye... sekarang ini tengah busy dekat A&E Department... so... kadang-kadang saja boleh menulis ini... anyway... ada sesiapa nak bagi cadangan tentang ending cerita ini? boleh PM saya ye... agaknya-agaknya boleh buat collaboration sesame... hehe...
|
kinobaik ![]() ![]() |
![]() |
syahidatul ![]() ![]() |
![]()
nakkan izzah ke, nakkan azreen ini... mana satu daa
p/s: dah cuti dah heheeh.. doc meow bila nak cuti juga? |
niesham ![]() |
![]() |
hudahasnan ![]() |
![]() |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-11-05 12:19 , Meow posting:
!!! QUOTE !!! Sorilah ye... sekarang ini tengah busy dekat A&E Department... so... kadang-kadang saja boleh menulis ini... anyway... ada sesiapa nak bagi cadangan tentang ending cerita ini? boleh PM saya ye... agaknya-agaknya boleh buat collaboration sesama... hehe... habiskan setakat tu saja .. tak payah la nak jiwang-2, cinta-2 pula .. bosan la cerita jiwang-2 ni ... perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ... perempuan yang tak sosial untuk lelaki yang tak sosial ... |
amira_aqilah ![]() ![]() |
![]()
salamzzz....
wahhh...bagusnya story nihh.... sempoi, menarik & seangkatan dengan nyerr...huhu gogocaiyo.... macam tunggu cerita episod pula....kwang3 |
nisacyber ![]() ![]() |
![]()
salam abang meow!!
Alfu Mabruk atas cerita yang sangat menarik.. ada satu cadangan bernas ini...awat abang meow tak hantaq karya best ni pada majalah ilham maahad?aik...takkan dah lupa agaknya sekolah lama??pasti gempak nya....cg faridah pun bertambah kagum dengan kebolehan luar biasa bekas anak didiknya ini...ambil medik pula itu....tau kan Ustazah Adilah baru saja kembali ke rahmatullah...AL Fatihah!! SyaBas buat abang meow...(pss..macam kucing saja bunyinya...tanya sikit..cmna boleh minat nickname ni?) p/s...untuk saudara transmission... bercakap biar berlapik sikit...plis learn how to respect others.. bohong lah kalau awak pun tak ada perasaan sayang kurniaan Allah itu...tak salah rite?tapi salurkannya pada yang betul.. better awak tak payah posting memberi komen kalau ianya dirasakan bakal menyakitkan hati...bukannya komen yang membina...ada faham????????????fikir3kanlah |
Meow ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Pada 02-12-05 09:44 , transmissionline posting: ...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ... perempuan yang tak sosial untuk lelaki yang tak sosial... ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-12-05 23:21 , nisacyber posting:
!!! QUOTE !!! salam abang meow!! terima kasih sebab bagitahu berita ustazah adilah tu... abang dah tau sehari lepas allahyarham meninggal... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-12-05 23:21 , nisacyber posting:
!!! QUOTE !!! salam p/s...untuk saudara transmission... aik .. sikit punya marah nampak ... rasanya saudari la yang hantar posting jiwang bertajuk "Akhie...mengasihimu dalam diam adalah rahsia kasih ana.." dalam suara hatiku tu kan ... kat situ pun saya ada kasi komen yang sikit pedas ... komen menyakitkan hati tu biasa la .. bukan saya seorang saja .. kalau awak rajin bukak posting lama-2 macam-2 komen awak boleh jumpa ... saya dalam bab-2 jiwang-2 ni saja saya bagi kaw-2 punya komen ... pasal saya ni menyampah sikit benda-2 jiwang ni .. maaf lah kalau ada yang terasa ... pada saudari nisacyber sudi-2lah baca komen-2 saya dalam ukhwah ni agar saudari dapat buang apa-2 sangkaan buruk yang bermain di fikiran ... |
fizah_862000 ![]() |
![]() |
hudahasnan ![]() |
![]()
em...rasanya saya dah beberape kali komen pasal cerita yang best ni...kali ni...bukan lah nak komen tapi hanya nasihat buat diri saya sdr & sahabat2 terutama buat "nisacyber" & "transmissionline"...
buang yang keroh,ambik yang jernih.. setiap orang ada interest yang berlainan..ada pendapat berlainan.. asal tak bercanggah dengan agama, tak salah rasanya teruskan pendapat kita... sekian saja,thank you ![]() ![]() ![]() ![]() ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya |
kinobaik ![]() ![]() |
![]()
hmm.. dah lama cik kino tak mengonlinekan diri..hm.. macam2 posting ada kat sini.
as doc meow's PA-in writing..lantik diri sendiri-, kino setuju dengan hudahasnan. udah2le. jangan bertekak kat thread nieh. kalau nak berbahas about this story or others, baik giey bukak new thread. sekian. regards. cik kino. |
Meow ![]() ![]() |
![]()
time kasih kino...
![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
syahidatul ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-12-05 09:44 , transmissionline posting:
!!! QUOTE !!!
alahai encik transmission.. hm, kalau ye pun tak nak jiwang-jiwang dll yang sewaktu dengannya, takkan nak ending kan terus cerita ni? |
puteri_nailofar ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-12-05 09:44 , transmissionline posting:
!!! QUOTE !!! Pada 26-11-05 12:19 , Meow posting: meow, bila lagi nak sambung? p/s; bukan jiwang |
nisacyber ![]() ![]() |
![]()
YUP!betul tu abang meow...bila lagi nak sambung cerita ini???
2minggu saja berbaki nak mula semester baru..lepaih ni tak dan pula.... Al Maklumlah...kita ni sama-sama ambil kos yang berat.. kalau time dah mula kuliyah susah ana nak berposting saudara transmission.... kasih sayang tu fitrah manusia.. Allah telah menciptakan satu benih untuk dicampakkan ke dalam diri manusia iaitu itulah CINTA.. Ia bukannya JIWANG KARAT seperti yang enta sangkakan tu.. ia satu fitah yang suci lagi murni...tapi manusia itu sendiri yang mencemarkannya dengan munkar... Asalnya......IN Short...CINTA itu suci dengan Syarat..!! Ia dipandukan dengan landasan yang betul... pss...enta ni pernah dikecewakan ke??? |
hudahasnan ![]() |
![]()
huhu...i'm waiting lah mr.meow....
![]() ![]() ![]() ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya |
transmissionline ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-12-05 09:55 , syahidatul posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-12-05 09:44 , transmissionline posting: maaf la .. saya sebenarnya tak la bermaksud nak suruh habiskan .. cumanya tak payah la nak jiwang sangat .. rasa macam pelik pula .. dari cerpen remaja yang santai tiba-2 jadi jiwang ... tapi apa pun terpulang lah pada penulis nak corakkan cerita ni macam mana ... di kesempatan ni saya dengan rendah dirinya nak mohon maaf dari saudara Meow atas keterlanjuran komen-2 saya ... mungkin kerana citarasa saya yang agak berbeza dari yang lain ... maaf sekali lagi .. tapi at least saya tak la kata yang cerita ni bosan KESELURUHANNYA pasal ada jugak ahli ukhwah lain kat cerita ni bosan .. rujuk balik posting lepas .. namun, saya seperti sahabat yang lain tetap mengikuti perkembangan cerpen ini ... cuma kalau panjang sangat saya baca ringkas-2 saja ... |
hudahasnan ![]() |
![]()
Pada 14-12-05 11:54 , transmissionline posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-12-05 09:55 , syahidatul posting: ![]() ![]() ![]() ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya |
HuSsNa ![]() ![]() |
![]()
cerita ni memang fuhh..giga best..hehhh...tahniah buat saudara meow. saya paling respek dengan ayat2 saudara meow yang slumber wawa tu... sebab memang hakikatnye pun kita selalu pakai ayat begitu saja...satu lagi..ni la first time saya baca cerita yang ditulis oleh kaum adam.. memang ada kelainann...
boleh free nanti smbung lah..saya akan setia menanti..InsyaALLaH.. tapi kann.. saya macam tak faham sangat lah part Viii ni tang... ****************************************************** “Tapi kakak dia ok saja dengan Along...” balasku cuba memasukkan cerita baru pulak. “Kakak? Along kenal? siapa?” Ateh bertanya. “Nurul Izzah... budak bertudung labuh warna hijau muda dalam gambar kat dinding tu...” “La... tu memangla kakak Kak Reen tapi bukan kakak dia...” Ateh menekan ringtone ‘Dari Tuhan’ nyanyian Raihan. “Ateh ini apelah... kakak Kak Reen tapi bukan kakak Kak Reen.. tak paham Along...” balasku mencungkil rahsia Izzah di dalam keluarga ini. “entah... Ateh pun tak paham... tapi tu la yang Kak Reen bagitahu Ateh...” Ateh menukar ke ringtone ‘Untitled’ dari Simple Plan pulak. ******************************************************* konpius jugakla saya..siapa sebenarnya watak2 ni dalam cerita ni... harap next episode akan menguraikn segala misteri nusantara nihh... ![]() [ Telah diedit oleh: HuSsNa pada 17-12-05 17:12 ] |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART 9
PART 9 Setelah lebih kurang seminggu saya berkampung di UUM ini. Pelbagai pengalaman pahit manis saya dah rasakan. Kena marah dengan Prof Hamidah sebab lewat pergi latihan, tertinggal teks isi penting masa pertandingan dan macam-macam lagi lah. Semuanya bakal menjadi kenangan manis buat saya. Termasuklah berjumpa dengan dari Ahmad dan keluarga dia, makan ayam masak merah kacang peas dan juga gambar Izah berpotret dengan keluarganya. Dan hari ini, adalah hari penentuanku. Keputusan penuh akan diumumkan bagi Pertandingan Syarahan Inter-campus dan juga Debat Piala Menteri Pelajaran Tinggi. Dag dig dug jugalah jantung saya ini. Duduk bersebelahan Zaim dalam dewan serba megah ini. Luas gedabak. saya tawakkal sajalah apa yang nak jadi pun. saya redha. Kalau ada rezeki tu, adalah. Kalau dah bukan rezeki. saya redha saja. Kalah menang adat pertandingan. Tapi, hakikat yang sebenarnya... saya menang dalam pertandingan tu. Alhamdulillah... Usaha kami semua membuahkan hasil.. Piala Pusingan yang selama ini disimpan di kampus saya kembali terus dibawa balik ke Bumi Kenyalang... Untuk tahun yang ke-empat berturut-turut. Jejak langkah Kak Safina, Abang Ikhwan dan tahun lepas Kak Zulaiha saya ikuti dan teruskan lagi tahun ini. Mempertahankan kejuaraan tradisi. Zaim dan Akmal mendapat tempat ketiga. Alhamdulillah juga. Semoga diberkatiNya. Ameen. Setelah berkampung di UUM yang indah permai ini, tibalah masanya kami semua kembali ke kampus. Membawa berita gembira. Alhamdulillah. Kenangan manis, masam, masin, kelat dan payau di sini menjadi memori indah dalam hidup saya. Ateh dan Usu, Mama dan Ayah, Uncle Ahmad dan Auntie Khuzaimah, Izzah dan Azreen.. semuanya terpahat dalam minda.. Cuma persoalan minda saya saja yang masih belum terjawab. InsyaAllah. Tiba masanya, jawapannya pasti tiba. dari Ahmad dan Auntie Khuzaimah menghantar rombongan saya di airport Kepala Batas, Alor Star. Mama, Ayah dan Usu dah balik sehari lebih awal dari rombongan saya. Semalam mama sempat berpesan... “Jaga diri baik-baik... belajar rajin-rajin... ingat Allah selalu... doa dan sembahyang jangan lupa...” Rasanya setiap ibu di dunia ini akan berpesan yang sama untuk anak-anak yang tinggal jauh dari mata. “Nanti kalau cuti semester datanglah lagi Zainal...” Kata-kata dari Ahmad mematikan lamunan saya ke arah sawah padi luas terbentang di hujung landasan kapal terbang. saya menoleh ke arahnya. “InsyaAllah uncle...” balasku sambil sekuntum senyum diukir di bibir. “Zainal tak payahlah kekok sangat dengan uncle dan auntie...” Auntie Khuzaimah pula menyampuk. saya sekadar mengangguk kosong saja. Tak tau nak balas macam mana. Layanan keluarga dari Ahmad istimewa di mata saya. Seolah-olah saya ini somebody yang istimewa di mata mereka. saya sendiri tak faham. Lebih-lebih lagi bila pikirkan tentang misteri si Izzah tu. Kakak Azreen tapi bukan Kakak Azreen. Tak paham.. Betul-betul saya tak paham. “Nanti kalau nak datang, call uncle dulu.. boleh uncle jemput..” Kata dari Ahmad sambil menghulurkan satu bungkusan padaku. “Eh, apa ini uncle?” tanyaku. “Zainal mesti janji dengan uncle dan auntie... sampai di Kuching nanti baru bukak bungkusan ini... jangan sekarang tau...” Auntie Khuzaimah menerangkan pantang larang bungkusan itu. Eh eh macam drama swasta la pulak saya rasa. “Ok la auntie... uncle... Zainal janji.. InsyaAllah...” balasku. Pesawat Boeing 747-300 Penerbangan Malaysia berlepas dengan selamat dari landasan sepanjang kira-kira lebih kurang 3 kilometer tu. Ermmm saya agak-agak saja panjang landasan ini 3 kilometer. Hihi. Apa pun yang pastinya kenangan di negeri kelahiran Mahsuri dan Puteri Lindungan Bulan ini tetap tersemat kukuh di dalam neuron memori otak saya. saya memandang keluar tingkap pesawat dengan rasa bercampur baur. Gembira sebab saya berjaya menggondol juara, gembira nak balik ke kampus, sedih nak tinggalkan UUM dan Ateh, syahdu mengenangkan layanan uncle Ahmad dan auntie Khuzaimah... Sawah padi kebanggaan negeri Kedah terbentang luas mata memandang. Memang sesuai dengan gelaran Jelapang Padi. “Ehem... termenung jauh nampak?” Lamunan saya terhenti. Terasa perit bahu saya ditepuk. tak boleh nak layan blues sikit. ada saja yang nak mengacau. “anda ini Akmal... saya nak layan blues sikit pun nak kacau...” balasku sambil menumbuk ringan ke bahunya semula. Hehe. Rasakan. Kalau saya tumbuk betul-betul mahu demam si Akmal ini. “Ek ellehh Nal... sejak bila pula anda pandai main jiwang-jiwang ini? Setahu saya anda ini jenis selamba saja...” balas Akmal. “Sedangkan pantai pun berubah... inikan pulak manusia wei...” balasku. “Fuyyo... falsampah la pulak... ok lah wei... saya blah dululah... taknak kacau orang nak tut.. tut...” Akmal lantas bangun menuju ke tempat duduknya semula. Kebetulan tempat duduk sebelah saya kosong. jadinya senanglah sikit saya nak berjiwang karat sesorang. Hehe. .................................................................................... Langkah saya laju. saya nak cepat sampai ke bilik. Letih rasanya penerbangan sepanjang hari dari Kedah ke Kuching. Alhamdulillah kami semua selamat sampai. Akmal dan Zaim melangkah laju di depan saya. saya ikut slow-slow di belakang. Sesampai di bilik saya terus merebahkan badan atas katil. Ermm best siot. Terpandang bungkusan uncle Ahmad yang saya letak di atas meja. saya bangun mengambilnye. saya membuka dengan hati-hati. Wah...... saya tersenyum seketika memandang hadiah dari uncle Ahmad. Memang dah lama saya teringin, baru sekarang ini dapat merasa. Macam mana uncle Ahmad tau saya suka benda ini ye. Hmm mesti ayah atau mama yang bagi tahu ini. Ah pedulikan. Janji hajat dah tercapai. Keesokannya... “Tahniah Jenal...” saya menoleh. “Erm??!” saya menjungkit kening. “Tahniah” Ucapnya lagi. Erk. siapa lagikan. Kalau bukan..... Suhaimi la. anda ini mesti fikir Izah kan? Hehe. anda ke saya? Huhu. “Thanks... sebab bagi semangat kat saya dulu tu...” balasku mengukir senyum. “Kan saya dah kata kau mesti boleh punya...” balasnya. “Ye la tu... Eh.. saya ada something nak cerita ini...” “cerita apa? Gosip ke? Tak nak saya buat dosa ngumpat ini...” Suhaimi membalas. “Ini cerita kisah benar la... wujud di alam nyata lagi..” “Ooo silakan...” “masa saya kat UUM tu... saya pergi rumah kawan ayah saya... nama dia Doc Ahmad... isteri dia nama Khuzaimah... saya panggil Doc Ahmad tu uncle Ahmad and isteri dia saya panggil auntie Khuzaimah...” “Ya Rabbi... gila babas menariklah cerita anda ini Jenal.. boleh buat buku ini...” kata Suhaimi sambil ketawa. Isy mamat sekor ini saya tempeleng kang jadi lempeng free saja... “Oi... saya belum habis lagi la...” “lah belum habis ke? Ohoh.. silakan sambung...” “rumah dia lawa siot... ada kolam ikan bagai... memang syok la rumah dia tu.. lepas itu satu malam tu dia ajak saya dengan family saya dinner... ayam masak merah dengan kacang peas dia memang kaw punyelah.. sedap siot...” sambungku. “Nal... anda nak cerita pasal apa ini? rumah saya pun ada kolam ikan jugak... anda tak pernah cakap cantik pun rumah saya... straight to the checkpoint la senang sikit” protes Suhaimi. “Dalam rumah tu ada gambar ustazah anda tau tak. saya sendiri pun tak tau apa kaitan antara si ustazah tu dengan uncle Ahmad tu...” “Ha?! anda pergi rumah Izah ke kat sana?” tanya Suhaimi semula. “entah...” “lah... takkan anda tak tau anda pergi rumah siapa?” “saya pergi rumah uncle Ahmad... tapi tak tau pula tu rumah Izah... dia tak pernah cakap pun dia tinggal kat sana...” balasku. saya membuka beg sandangku dan mengeluarkan sesuatu. “Memangla anda tak tau... sebab anda tak pernah nak ambil tau.... Izah memang asal dari Kedah... tapi tak tau la bapak dia doktor...” Suhaimi memandang ke arah barang di tanganku. “Wei Nal... bila anda beli ini? Fuyyo mahal siot... jenama branded ini...” Suhaimi membelek-belek hadiah uncle Ahmad yang diberikan padaku. “saya tak beli... dapat hadiah... uncle Ahmad tu yang kasi saya... time nak fly balik sini” “Ui... bagaimana dia tahu anda suka benda ini ek?” “entah...” balasku menjungkit bahu. “anda ini ada apa-apa ke dengan Izah tu? Dah sampai dapat hadiah ini... pergi rumah dia la.. apa la...” Suhaimi bertanya. “mana ada apa-apa... saya sendri pun tak tau tu rumah dia... tak tau pun ayah saya kawan dengan ayah dia...” balasku selamba. “Ye la... drama kan selalu buat cerita begitu... memula bapak kawan dengan bapak... lepas itu anak mereka kawin...” balas Suhaimi yang masih lagi terbelek-belek hadiah tu. “Tapi ada satu benda lagi... adik dia... err.. bukan adik dia...” sambungku. “Adik Izah?” “A’ah... eh bukan adik Izah...” balasku. “Habis tu?” “Erm.. kira macam adik dia jugaklah... Azreen...” balasku. “Kenapa?” tanya Suhaimi. “tak ada apelah... jomlah.. pergi kelas...” “Woi... cerita separuh macam ini buat saya hangin sebadan ini... woi...” saya melangkah meninggalkan Suhaimi yang masih tak puas hati dengan cerita saya. Hehe. Malu la pula nak cerita yang seterusnya. Hehe. ......................................................................................... Perasaan dalam diri kita ini kan bukan kita yang kontrol. Mana ada orang yang dengan sendirinya plan nak gembira, nak sedih atau nak suka dalam masa 5 minit dari sekarang ini. Betul tak? Segala-galanya ditentukan Allah swt. Dan saya dah dapat rasakan hakikat benda ini sekarang ini. Sebab apa? Sebab kalau nak diikutkan kawan-kawan saya, semua mereka sangka saya dengan Izah tu ada something. Tapi sebenarnya. saya tak ada sedikit pun rasa yang mereka fikir tu. Anehnya lagi. saya rasa suka dengan adik dia pulak. rasa suka ke, tak suka ke datang sendiri dalam hati kita. Tak boleh nak paksa. Dan kadangkalanya tak ada sebab yang boleh menjelaskannya Kenapa dan mengapa. Setakat ini Ateh saja yang tahu. saya rasa Ateh saya ini masih lagi boleh dipakai dalam menyimpan rahsia. Lain lah kalau Usu saya. Kalau Usu saya tahu ini, mahunya dah satu ASEAN ini tahu. Sekarang ini saya terfikir pulak. Kalau saya suka dekat Azreen tu, takkanlah nak dia layan saya. Tengok dari gaya gerak geri dia pun saya dah segan. Agaknya betullah kata orang, kalau gadis bertudung labuh ini payah nak didekati. Payah nak berkawan dengan mereka. Silap-silap langkah, mahunya kena khutbah free saja. Tapi, mereka pun manusia jugak kan? Takkanlah tak ada perasaan kasih, sayang, cinta, suka dan yang sewaktu dengannya? Takkan bersifat alien pulak kan? Isy... payah-payah... Payah betul nak faham golongan macam ini. Nak tegur sebarangan saya pulak yang segan. Sepatah saya cakap setengah patah saja dia jawab. Itu pun nasib sebab bapak dia Doc Ahmad tu ada kat situ. Kalau tak, rasanya saya cakap dengan dinding dewan saja hari tu. Ermm... hari ini. Actually petang tadi. saya mesej Ateh. saja tanya-tanya khabar dia. Manalah tau ada berita apa-apa. Ateh pun sefakulti dengan Azreen. Err.. se sekolah kalau kat UUM nun. Junior dengan senior. saya tak pasti sangat macam mana rasa cinta ini. Betul ke atau sekadar suka. Tapi lain macam saja saya rasa semenjak dua menjak ini. Kadang-kadang terkhayal sesikit. Isy... isy... isy... Ateh bagi saya nombor telefon Azreen. Dia kata cuba try call. Erk... nak call? Kena fikir tiga empat puluh kali ini. Kalau call, nak cakap apa? Takkan nak cakap ‘ ![]() “Err Jie... tanya sikit boleh?” Pojie yang tengah study Clinical Medicine tergezut. Ye la kan. saya pun satu hal. tiba-tiba saja bersuara sejak tadi dok melangok kat atas katil ini. Jangankan Pojie, pontianak pun terkejut beruk. “Nasib baik jantung saya ini original... kalau jantung aluminium dah lama dah padam... yang kau ini Nal... tiba-tiba saja...” Pojie menoleh ke arah saya. Meja study dia menghadap ke tingkap. Membelakangi katil. “Sorry Jie... nak tanya ini...” saya bangun dari baring. saya bersila kat atas katil sambil bantal kepala saya letakkan kat atas peha saya. Alah... anda mesti dapat bayangkan... macam dalam drama swasta tu... ![]() “apa? Kau ini Nal... unpredictable la... kejap begitu kejap macam ini...” Ek elleh mamat ini. “Macam mana rasanya bila first time anda kenal Suhana?” Isy... pelik dua macam saja soalan saya ini. Ha... lupa pula nak habaq kat anda semua. Kawan saya si Pojie ini dah berpunya. Suhana nama dia. Student nursing. Kira pasangan doktor dan nurse la mereka berdua ini. Masa pertengahan tahun 3 mereka dah melangsungkan pertunangan. Dalam batch kami, depa la yang paling advance setakat ini. “Nal... kau demam kepialu ke? apa pasal tiba-tiba anda jadik macam ini?” balas Pojie. Dah tu, dia gelakkan saya lagi. Nak kena flying-kick saya la gamaknya tunang Suhana ini. Tak reti-reti lagi. Pojie bangun dari kerusi study dia. Duduk sebelah saya sambil lengan dia atas belakang saya. Ala-ala anak dengan bapak dalam drama-drama tu. “Serius ini... saya malaria ini... puas hati?” balas saya. Tak reti sangat nak serius mamat ini. Ambik. “Oit... janganla marah Nal... saya gurau saja.. Kenapa ini?” Bunyi suara dia dah sedikit bernada serius kata orang. Lega sikit rasa hatiku ini. Hehe. “Kalau saya cakap boleh kau simpan rahsia ini?” Ambik precaution la beb. Jangan dia pergi cerita kat orang sudah la. “InsyaAllah... kau ini macam tak percaya dengan saya saja... amendenya ini?” “saya confius... rasa cinta tu macam mana?” Makin pelik la soalan saya ini. saya sendiri pulak rasa pelik. “Kau dah jatuh hati kat siapa-siapa ke Nal?” Bukan jawapan yang si Pojie ini bagi, ditanya saya balik pulak. “entah lah...” “anda tau Nal... mak saya cakap, cinta tu datangnya macam gula dalam air yang jernih... anda tak nampak. saya tak nampak, sama-sama tak rasa... hanya mereka yang minum air tu saja yang dapat rasakan manis gula tu... lain orang... lain manisnye... tapi yang pasti gula tu merubah air tu dari tawar kepada manis... anda paham dak? Falsafah mak saya tu?” Dahsyatnya kejiwangan mamat ini. agaknya anak beranak jenis jiwang ini. Unik juga falsafah gula mak dia ini. “Sesikit... cuba guna ayat yang senang saya nak faham sikit...” “Cinta tu pelik... cinta yang saya rasa untuk Suhana lain dari cinta yang baru berputik dalam hati anda tu... tapi yang tentunya. saya berubah dengan cinta tu dan anda jugak akan berubah sebab cinta anda tu...” “Err makin pening saya Jie...” balasku. Nampak gayanya saya masuk kuliah cinta la pulak. habis la... pakai tak study la saya dengan Pojie malam ini. “Dulu saya seorang... lepas tu sekarang berdua... dulu saya orang biasa, sekarang ini saya jadi tunang orang, dulu saya tak ada tanggungjawab... sekarang ini Suhana tu tanggungjawab saya... reti? Tu la maknanya perubahan dengan cinta... tapi. saya tetap diri saya... saya tetap main bola sepak dengan geng kita, tetap study kat library macam dulu dan tetap lagi jadi kawan kau” Agaknya tu la maksud mak dia jadi air jernih tu agaknya. Tetap jernih walau pun hakikatnya dah berubah jadik manis. “Tapi kalau betul saya serius... apa yang patut saya buat?” Wah, ambik consultation la pulak. Hehe. “Nal... kita tak boleh main-main dengan anak orang... kalau betul suka... buat cara serius... lagi pun tak ke mana kalau setakat cinta begitu-begitu saja... ini libatkan tanggungjawab tau...” Buku Clinical Medicine di tangan Pojie tu diletakkan ke tepi. “Jadi...?” saya tak pasti sangat maksud dia dengan cara serius tu. “Kalau kau betul serius, meminang la... bertunang... then nikah... lepas tu nak bercinta bagai nak rak pun tak ada orang nak kacau dah...” “Tapi kita kan study lagi...” saya macam nak berdebat pulak. Huhu. “tak ada dalam undang-undang negara mana pun atau ajaran agama kita pun kalau study macam kita ini tak boleh kahwin... berapa ramai yang sebaya kita dah kahwin masa study... tak ada orang halang pun..” sambung Pojie. Mamat ini memang otak dia matang la. Patutlah dia saja yang dah bertunang. “Kenapa anda tak kahwin?” Dah masuk tajuk lain la pulak. “Nak bagi Suhana makan pasir ke? Atau makan ini... buku ini...?” Pojie menghempaskan buku Clinical Medicine yang tebalnya empat inci tu atas peha saya. Dia lantas berjalan keluar dari bilik sambil tersengih. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART 10
Fakulti saya mengadakan pameran Elektif Posting. Senior saya tahun 5 sekarang ini yang organize pameran tu. mereka tunjukkan gambar-gambar masa mereka buat posting Elektif tahun 4. seronok jugaklah saya tumpang sekaki payung join mereka. Tolong-tolong lekatkan poster. Hehe. Macam-macam ada... Paling menarik rasa saya pameran senior saya yang pergi Arab Saudi tu. Fuyyo... hospital mereka mengancam siot. Canggih betul. Memang jauh beza dari hospital kat sini. saya bercadang nak buat elektif dekat hospital besar Alor Star saja agaknya. Lagi pun saya dengar tak ramai kawan saya yang nak buat dekat sana. saya ini lebih suka buat kat tempat yang kawan-kawan saya tak ramai pergi. Privacy la kononnya. Hehe. Ayah saya ada jugak tanya saya nak buat kat oversea ke? Tapi saya rasa dengan bahasa omputih cap belacan saya ini, bukan setakat mat salleh, mohamad salleh pun tak berapa nak faham. saya pun kadang-kadang tak paham apa benda yang saya cakap. Belasah saja. saya pun dah daftar dengan pejabat fakulti nak buat dekat Alor Star. Dengar-dengar cerita ada jugak kawan-kawan saya yang poket tebal pergi Australia dengan New Zealand. Ada seorang kawan saya, Chinese pergi US. Fuh. saya tak pernah mimpi nak pergi sana. Dengan keadaan pengganas sana sini ini, lagi la saya seram nak pergi. Sepupu saya kat London sana nun pun selalu cakap pasal terrorism ini. Muslim dekat kota London sana tu dah jadi macam ayam di tengah-tengah kawanan serigala. sama ada bersalah atau tak, di mata penguatkuasa depa tu kalau muslim = terrorist. Kadang-kadang saya pun terfikir jugak. Kenapa kalau orang Buddha ke Hindu ke Kristian ke atau Yahudi ke yang buat sebarang kekejaman, nama agama tak pernah disebut langsung. Tapi kalau muslim seorang saja yang buat, Islam pulak yang kena masuk mahkamah. Tak adil betul. Ramai betul student dekat lobi fakulti ini. Dari tahun 1 sampai lah tahun 5. semua pakat dok belek pameran-pameran yang ada. saya pulak jalan seorang-seorang. Nak ajak Suhaimi, dia ada hal. Pojie pulak entah ke mana. Najib dengan lain-lain pergi mana pun saya tak tau. Isy... apa pasal lah hari ini saya jadik boring sesangat ye? Tahap petala 17 setengah dah ini keboringan saya. Pameran yang ada kat lobi ini dah saya ulang tiga empat kali. Dari pameran dalam negeri ke pameran luar negeri; lepas itu patah balik ke pameran dalam negeri, lepas itu pergi pameran luar negeri. apa ini? Biol betul la saya ini. Hari ini paling bosan saya rasa. saya sendiri pun tak tahu apa pasal. Nak kata tak ada program, rasanya pameran ini kira boleh tahan syoknye jugak. Cuma mungkin sebab tak ada geng agaknya hari ini saya jadik macam ini. Kita kan selalunya kalau pergi mana-mana dengan kawan-kawan, then tiba-tiba saja tinggal sesorang ini mati kutu jadiknye. Dah tak ada benda lagi dah saya nak buat. Tadi saya tolong kak Asmah dekat booth pameran dia, lepas tu pergi booth abang Azimi pulak. Kemudian saya tolong angkat barang-barang pameran untuk booth kak Sufiah. Banyak betul barang-barang pameran dia. Maklumlah orang buat elektif O&pergi. Hujung-hujung semester macam ini rasa macam dah habis exam pulak. Err.. walau pun saya belum exam lagik. Tak aci betul la fakulti saya ini. Year 1, year 2 and year 3 dah habis exam dah. Year 4 saja belum exam lagi. Adik-adik junior dah syok-syok kitorang still kena study lagi. Jelesnyer... saya rasa dari saya dok melangok tak ada kerja kat lobi ini, lagi baik saya balik hostel. Study ke... tidur ke... tak pun saya boleh bukak email dulu ke... “ ![]() “Abang Jenal... seorang saja?” sapa satu suara dari belakang. Ehem... ada orang lain ke kat sebelah saya ini? Tak nampak ke saya seorang saja ini? Hehe. “A’ah...” balasku sambil berpusing ke belakang. Aduh... malasnye saya nak layan dia ini. Geli geleman saya rasanya. Harap muka saja lawa, perangai Ya Rabbi tak sanggup saya... “Err... emm tak pergi pameran ke?” Alahai Midah... anda dah tak ada ayat lain nak tanya ke? Toksah nak buang masa saya la. “Dah... nak balik dah...” kataku. saya terus saja melangkah menuruni anak tangga lobi menuju ke arah hostel. saya rasa meluat tengok perangai si Midah ini. Tersengih-sengih macam kerang busuk. apa jenis perempuan la macam ini. Jagalah sikit sopan santun tu. Dah la junior dengan saya. Terhegeh-hegeh saja. Kalau adik saya perangai macam ini, eiii mahunya makan pelempang saya. saya berjalan menyusuri laluan pejalan kaki ke asrama. Nak cepat sampai saja. Pagi-pagi macam ini ramai student yang keluar. Lebih-lebih lagi time-time nak cuti macam sekarang ini. Ramailah yang keluar outing ke bandar. saya membelek jam tangan jenama Adidas hadiah dari ayah tahun lepas. 9.41 pagi. Masih awal lagi ini. saya meneruskan langkahku. Beg sandang saya bukak dan mengeluarkan MP3 player hadiah dari Doc Ahmad. Dah lama saya berhajat nak beli. Tak sangka la pulak dapat free. Huhu. saya memasang earphone sambil menekan butang play. saya memilih lagu kegemaran saya Warkah Berlagu Pilu... ehehe.. jiwang siot. saya hummingkan lagunya sesikit. Nak nyanyi tak reti. Sesampai saya di depan pintu apartment saya dapati ada surat dalam letter box. Eh, dari AJK Surau la. saya meneliti surat tu kat depan pintu. Oh... ada program la malam Jumaat ini. Ceramah dari Ustaz Khairudin. Best ini. saya membuka pintu dan memberi salam. Senyap saja. tak ada orang ini. saya meletakkan surat AJK Surau tu atas meja dan melangkah menjenguk ke bilik Azmal dan Akmal. tak ada orang. Terus saya melangkah ke bilik saya. Terasa nak online la pulak. saya bangun dari katil dan menuju ke arah meja belajar saya yang menghadap betul-betul ke surau. Laptop ACER milik saya dihidupkan. saya membelek-belek handphone saya sementara menantikan loading. Eh.. ada mesej pulak. Tak perasan saya tadi ada mesej masuk. Nal... tolong saya... bukak email anda... saya cerita dalam tu... terima kasih sahabat... Hai Kenapa pulak dengan kawan baik saya ini? Tak pernah-pernah dia hantar mesej minta tolong macam ini. Masalah apa pulak ini. Macam tau-tau saja saya nak online. Selesai loading. saya terus bukak email saya. Tak sabar la pulak rasanya. Sebelum sempat saya baca email dia saya bangun bukak suis kipas dulu. Panas la rasanya. From : [email protected] To : [email protected] Subject: ![]() ![]() Nal... saya tengah frust gila ini wei. saya tak tau nak cakap kat siapa dah. anda seorang saja kawan baik saya. saya percaya dengan anda seorang saja. saya dah break-off dengan Nurul... saya ingatkan balik ke Malaysia ini nak rapatkan hubgn dengan dia, tapi lain pula jadinya. saya tak faham la dengan perempuan ini... apa salah saya pun saya tak tau... tiba-tiba saja minta putus... dua minggu lepas kata rindu lah apa la... ini saya dah sampai sini... minta putus... saya faham kalau anda rasa terbeban dengan problem saya ini... anda pun mesti ada problem sendri juga kan... tapi please wei... saya tengah bengong ini... bengang betul la.. bila saya tanya apa pasal nak putus dia senyap saja... apa saya ini tak cukup setia ke untuk dia? Jahat ke saya ini untuk dia? Dulu ok saja... apa pasal sekarang ini baru ada hal. saya dah cakap dengan dia tapi dia berkeras nak putus juga... apa saya nak buat ini Nal?.. tolong lah wei... Salam... Khairil Err kesiannya dengan kawan baik saya ini. Nurul... siapalah agaknya wanita yang kejam sangat ini? Setahu saya Khairil ini dah baik gila. Bukannya jenis kaki perempuan ke, kutu rayau ke. Nak kata dia ini masa depan tak kukuh, tak logic la pulak. Bakal engineer lulusan United Kingdom lagi tu. siapa ye Nurul ini? Isy kalau ikutkan nak saja saya bersemuka dengan dia ini. Yang si Khairil ini pun satu apa pasal tak pernah nak kenalkan saya dengan si Nurul ini. Suka sangat berahsia. Jadik masalah macam ini baru nak tergagai cari saya. apa saya nak buat? Setakat nasihat tu... bolehlah. Tak dapatlah saya nak nasihat lebih-lebih. saya pun bukan ada pengalaman bab-bab ini semua. From : [email protected] To : [email protected] Subject: ![]() ![]() saya ini bukannya experienced sangat bab cinta ini... anda pun tahukan saya bagaimana... saya setakat cakap bersabar tu bolehlah... lagi pun anda kena bersemuka dengan Nurul tu agaknya... bincang dengan dia lagi sekali... maybe anda ada communication gap agaknya... ye la... seorang di sini seorang di UK nun... anda pun setahu saya sekali dua saja jumpa dia... dah tu pula jumpa pun bertiga dengan adik dia... mesti agak saya dia rasa macam tak ada cinta agaknya.. entahlah... saya yakin anda dengan dia boleh berbaik semula... try la jumpa dia... Kalau kau ada problem apa-apa just contact saya... insyaAllah... kalau saya boleh tolong tu saya tolong la... Doa banyak-banyak la... Salam.... Jenal. Butang send saya tekan. saya termenung sekejap depan laptop saya. Agaknya ini la dia cabarannya dalam cinta. Macam-macam ada. Nasib baik saya tak ada terlibat dalam hal-hal macam ini. Agaknya betul jugak kata Pojie. Lebih baik bercinta lepas kahwin, lebih mesra dan akrab. ................................................................ Minggu depan final exam saya. Hopefully saya lulus la. Dapat ke tahun 5. Study group saya pun dah semakin rancak buat discussion. Kekadang tu rasa penat gila. Semangat sesangat mereka ini study. Kekadang tu saya terlentok kejap tengah discuss. Nak buat macam mana. Mengantuk ubatnya tidur lah. Tapi Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang komited macam mereka semua. Kawan dengan penjual minyak wangi dapat lah bau wangi, kawan dengan kambing dapat lah bau kambing. Khairil masih lagi berkabung. Lebih kurang sekali sehari dia balas email saya. Jadi kaunselor tak bertauliah kejap. Walaupun saya sibuk nak exam, kasihan pulak saya nak biarkan dia seorang-seorang. Sejak sekolah menengah lagi saya dah kawan baik dengan dia. Lagi pun saya yakin kalau kita tolong kawan-kawan, nanti Allah akan tolong kita pulak... Terus teranglah... kadang-kadang saya mati akal nak cakap apa dengan si Khairil ini... tak balas email dia rasanya kejam bebenor la pulak... kalau nak balas saya tulis ayat-ayat yang sama saja setiap kali saya balas... sabar la... sabar... itu saja la ayat saya... tapi kata orang masalah ini kalau ada orang tolong dengar pun dah kira lega dah... saya berjalan seorang diri di kaki lima asrama. Petang nanti saya ada discussion lagi. saya pulak tu yang kena buat presentation discussion tu. Dah la topik pharmacology yang dah lama saya tak belek bukunye. Dah berkarat gamaknye dalam otak saya. 1st dan 2nd year dulu ada la saya attend lecture pharmacology. Lepas tu saya dah tak ada formal lecture lagi dah. kira belajar sendiri la bab tu. Sambil berjalan tu saya belek-belek handphone saya. Mana la tau ada mesej ke... misscall ke... Nal... jangan lupa ptg ini... pharmaco... kat tempat biasa SMS dari Ke’on. Haousemate saya. Ala yang tinggal sebilik dengan Pejol aka Faizul tu. Hehe. Apartment saya ada dua study group. Satu group saya dan satu lagi group Akmal. Group saya terdiri daripada saya, Zaim, Pejol, Ke’on dan Suhaimi. Group Akmal pulak terdiri dari Akmal, Azmal, Pojie, Najib dan Izham. Walau pun kitorang lain-lain group, tapi study kat tempat yang sama saja. Presentation pun sama-sama. Setiap topik dua orang akan bentangkan. Macam topik pharmacology ini saya dengan Izham akan bentang. Collaboration work la ini. Selesai saya tutup message box handphone saya, terkeluar pulak missed call list. Aik ramai pulak yang contact saya hari ini. Dalam dok ghairah membelek handphone saya tu, hampir-hampir saya nak tergolek depan tangga fakulti. Nasib baik tak ada orang nampak. Maklumlah saya ini memang pakar buat akrobatik free ini. ada dua missed call. Satu dari Izham dan satu lagi dari siapa entah. saya tak ada simpan nombornye dalam phonebook saya. Ah.. lantaklah. saya call Izham. “ ![]() “Waalaikumussalam... Nal, bila anda nak datang ini? Dah berakar saya tunggu kat sini...” balas Izham dengan suara dia sikit berbisik. Eh Kenapa mamat ini. Hilang suara pulak. “anda kat mana ini Am? Vocal cord paralysis ke ini bisik-bisik dengan saya?” balas saya. “saya dalam library la gonjol... cepat la wei...” Erk alamak. Teringat saya dekat ex-schoolmate saya si Ila. suka sangat sebut gonjol. Sesikit gonjol. Itu sikit gonjol ini sikit gonjol. kat universiti ini si Izham pulak. Hmm. “ok... rileks... saya kat bawah ini ha... on the road...” balasku. saya menekan butang lif untuk ke tingkat atas bangunan fakulti. Library ada di tingkat 4. Beberapa saat kemudian, lif terbuka depan saya. Kosong. tak ada orang. saya melangkah masuk. Butang tingkat empat saya tekan. saya membuka beg sandang saya. Kad matrik saya keluarkan dan lekatkan di kolar baju T-shirt putih yang saya pakai. Kalau tak ada kad ini alamatnye tak boleh masuk library. Sensor kat depan pintu tu pandai saja detect sesiapa yang masuk tak pakai kad. Teet.... teet.... teett... bunyi. Abislah satu library dengar. lepas itu semua mata akan terfokus dekat kita. Masa tu rasanya muka tu dah setebal 12 kaki dah. Beberapa ketika kemudian datanglah pakcik guard. Minta kad matrik dik... ayat skema. Hehe. Sebaik melangkah masuk ke dalam library, terus saya menuju ke pigeon hole. Tempat menyimpan beg kegemaran saya adalah di hujung sekali. saya keluarkan exam pad, pen dan beberapa buah buku rujukan yang saya bawak sekali. Dan.. tak lupa juga discman kesayangan saya. Hehe. Kekadang duduk dalam library ini boring sangat. Kena juga ada sumber hiburan. Huhu. Jaket biru gelap tertulis nama universiti saya tak lupa. Sejuk bebenor dalam library ini. saya melilau mencari-cari kat mana Izham duduk. Dah puas saya pusing tingkat 1 ini tak ada pun. saya melangkah ke arah tangga kecil ke tingkat atas library. Ramai juga junior yang duduk kat tingkat bawah tadi. saya tahu selalunya senior duduk kat tingkat atas. Sebab lebih banyak buku klinkal kat sana. Dan saya agak Izham pun ada kat atas jugak. Terpacul saja saya kat tingkat atas, Izham melambai-lambai saya dari meja hujung sekali, di tepi tingkap. Bertimbun-timbun buku dan nota-nota kat atas meja depan dia. Mamat ini kalau study memang dahsyat betul. saya membalas lambaian dia semula. Lantas saya berjalan menuju ke arah Izham. saya menghempaskan exam pad atas meja. Terkejut Izham yang sedang menulis. saya tersengih. “Woi... tak sekolah ke? ini library bukannya pasar malam...” sindir Izham. Pen di tangannya diketuk-ketuk ke atas meja. “Ek elleh... rileks la... dah sampai mana anda study?” saya menghempaskan punggungku ke atas kerusi empuk library. saya membetulkan duduk saya. Terus saya bukak buku Lippincots di depan saya. “Dah sampai ini ha... part hyperlipidemic drugs dah... eh anda ambil satu tajuk lagi boleh tak? Anti-arrhythmic drugs ini banyak la saya nak cover...” lah dia ini. Minggu lepas beriye sangat nak bahagi seorang empat tajuk.. ini nak tambah lagi satu kat saya pulak dah. “lah... aritu beriye sangat nak ambil part tu...” balasku protes. Bahagian saya dah saya kira sebagai selesai. Sebab saya dah prepare minggu lepas lagi. Hari ini saya datang pun sebab nak bincang apa-apa yang belum clear lagi saja. “Tolongla Nal... banyak ini ha... tengok dah dekat 10 muka surat dah ini saya buat summary presentation saya... lunch pun saya skip ini... tolongla wei... anda la satu-satunya kawan saya... please wei...” Amboi boleh tahan jugak dia ini. kasihan la pulak. Terpaksa la saya pun skip lunch hari ini. Dah pukul 12.30 tengahari dah ini. “ok... tapi saya ambil anti-hypertensive drugs saja...” balasku. Terus berubah riak dia. “terima kasih Nal... fuh lega sikit...” Izham menyambung bacaannya semula. Sementara saya terpaksa la bukak balik buku pharmacology ini. saya dah study sesikit bab anti-hypertensive tu, tapi tak ada la saya prepare untuk presentation. Lebih kurang setengah jam saya mentelaah handphone saya berdering. Nasib baik tak ramai orang kat tingkat atas ini. saya pun satu hal jugak. Pelupa sangat. bagaimana entah boleh tak silent kan handphone masuk library ini. ada la jugak dua tiga orang student yang pandang saya. Ah, lantakle. Bukan saya sengaja. Ada jugak yang tersengih, mengutuk la tu. Hampeh. Dalam keadaan kelam kabut saya nak silentkan handphone saya, tersedarlah saya pada somebody yang tengah duduk memandang ke arah saya. Dari anak mata saya. saya yakin dia tengah tengok saya. Cuma saya tak pasti dia tengah sengih ke tengah gelakkan saya. Dan dengan beraninya saya pandang tepat ke arah mata dia. Ha ambik kau. Terkejut beruk dia. Terus dia pandang ke arah lain. “Woi...” Izham menepuk lengan saya. Giliran saya pulak terkejut beruk. Hehe. “apa?” tanyaku. “anda pandang siapa?” tanya Izham. “Tu... ustazah tu...” balasku selamba. “Jaga mata Nal... anda ini mata bola keranjang jugak ye... ingatkan soleh...” balas Izham. “Bukan saya tengok dia... dia yang tengok saya dulu...” protesku. “Alah... dari mata tu boleh jadi maksiat... nauzubillah... tak ingat ke pesan Najib... zina mata tu sangat bahaya...” pesan Izham. saya beristighfar panjang di dalam hati. Inilah agaknya sifat manusia. Dalam keadaan berusrah pun masih jugak kadang-kadang tergelincir. Macam mana la agaknya mereka yang tak ada join usrah ini. Terus saya tundukkan pandanganku ke arah buku di depan. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Meow ![]() ![]() |
![]()
PART 11
Hari ini saya selesai exam. Alhamdulillah. rasa lega dan puas. saya dah berkira-kira tarikh nak balik kampung dah ini. Hehe. Cuma saya belum pasti lagi la. Pasal Khairil cakap nak datang sini la pulak. Nak tengok kampus saya. Nak tolak kasihan pulak. Dah lah baru lepas kecewa. Serba salah jugak saya ini. Mama suruh saya balik cepat, Khairil pulak nak datang. Terpaksa la saya tangguhkan seminggu tarikh saya balik kampung. Rasanya seminggu dah cukup agaknya nak bawak dia pusing Kuching ini. Khairil berkawan dengan saya semenjak form 1. Orangnya boleh tahanlah. Baik hati dan yang paling saya suka dia menghargai persahabatan kami. Sebab tu lah sampai sekarang ini kitorang still berkawan baik. Dia ini memang minat melampau-lampau dalam bidang kejuruteraan. Sekarang ini dia dah tahun 4 dalam bidang engineering di UK. Tak lama lagi jadik engineer lah mamat tu. Tentang Nurul tu. saya sendiri pun tak kenal sangat. Si Khairil ini mula berkenalan dengan dia kira-kira dua tahun dulu. Masa tu kalau tak silap saya dia jumpa si Nurul ini dekat KL masa dia balik cuti musim sejuk. saya pun masa tu tengah cuti, Cuma tak berpeluang nak bertemu muka lagi dengan Nurul ini. Khairil kata orangnya baik, sopan, lemah lembut dan macam-macam lagilah. Ermm.. kalau dah suka tu, semuanya elok saja kan. Nurul ini katanya ada adik lelaki. Tapi dah dekat 20 tahun tak jumpa. Mak ayah Nurul ini meninggal dunia semasa mereka kecik lagi. Lepas tu keduanya terpisah sebab si Nurul ini dipelihara oleh sebuah keluarga di utara dan adiknya diambil oleh keluarga lain. Dengar kata Khairil, sampai sekarang Nurul sendiri tak pernah menatap wajah adik lelaki dia tu. kasihan dia. Nasib kita di dunia ini macam-macam. Ujian Allah swt. Macam Najib selalu cakap, kita takkan diuji selagi kita tak mampu menanggung ujian tu. Semakin berat ujian, semakin sayang Allah swt pada kita. Mungkin juga Allah nak temukan si Khairil ini dengan Nurul; untuk mengajar Khairil erti hidup. Kemudian hari nanti ditemukan dengan insan sejati untuk hidup bersama. Ecewah. Memandai saja saya ini. Hehe. Hari ini saya tak ada kerja nak buat. Nak study, dah habis exam. Nak jalan-jalan tak larat. Nak pergi makan, awal pagi lagi. Dalam duduk-duduk ini, teringat pulak dengan ‘adik’ Izzah. Betul-betul saya terpesona kata orang menengok sopan santun dia. Memang payah nak dapat jumpa perempuan yang macam tu zaman teknologi canggih ini. Semuanya yang ada robot berupa manusia saja. “Err... hello... assalamualaikum...” Fuh. Payah benar nak buat keputusan ini. entah macam mana saya boleh jadi tertelefon dia. Dah lama dah nombor telefon dia saya simpan. Tapi hari ini baru ada kekuatan nak call. Macam poyo saja ayat saya. “Waalaikumussalam warahmatullah... siapa tu?” Sejuk perut ibunya mengandung dapat anak macam ini. “Err... ini Azreen ke?” Waduh... saya tak tau Kenapa berani sangat pulak saya hari ini. “Iye saya Azreen... siapa tu?” dia bertanya lagi. “Err... saya... Zainal... Zainal Ariff...” jawab saya. “Err......” Kelu lidah ke cik Azreen? Hehe. “Ingat saya lagi?... saya pernah pergi Sintok dulu...” sambungku. “Err maaflah Zainal... saya ada hal... ![]() Triit... triit.. “Hello... assalamualaikum...” “Waalaikumussalam... Nal...” “Khairil... Kenapa?” tanyaku. “Malam ini saya sampai pukul 8.30 malam tau... anda jangan lupa ambil saya kat airport..” Khairil menjawab. “Awal lagi la... pagi lagi ini... rileks la.. saya pergi ambil punya... jangan risau... anda kat mana ini?” tanyaku lagi. Risau benor mamat ini. Macam tak pernah naik flight. pergi UK seorang-seorang tak risau, travel dalam negara sendiri seorang-seorang risau pulak. “saya kat rumah la... kejap lagi nak keluar” balasnya. “Wei... dah nak fly sini pun anda nak keluar jalan lagi?” Tanyaku. “saya punya pasal la... eh jangan lupa... saya chow dulu... assalamualaikum...” Kenapa semua orang hari ini cakap pendek-pendek ek? Hari bahasa pendek sedunia ke? “Waalaikumussalam...” saya menjawab salam Khairil. ....................................................................... saya mengenakan baju ala kadar sahaja. T-shirt putih dan juga seluar slack hitam. Selesai solat Isyak di surau tadi. saya bergegas bersiap untuk ke airport. Kejap lagi Khairil sampai bising la mamat tu. saya ajak Pojie ikut sekali. Cadangnya lepas ambil Khairil. saya nak pergi makan malam. Kenalkan dia dengan makanan Sarawak la. “Jie... jom...” saya memanggil Pojie yang sedang memakai jam tangan. “Ala tak lari airport dikejar la...” balasnya tersengih. Setibanya di airport. saya mencari tempat meletak kereta. Fuh nasib baik tak ramai sangat orang malam ini. Kalau tak terpaksalah saya park kereta saya bawak pokok tepi jalan. Selesai meletak keretaku. saya dan Pojie melangkah ke Balai Ketibaan. Ramai juga orang di sini. Flight baru sampai 10 minit lepas. Semuanya tengah busy mengambil bagasi masing-masing. saya tercangak-cangak mencari di mana la si Khairil ini. “Nal!!....” Dari jauh saya dengar nama saya dipanggil. saya menoleh ke kanan saya. “Woit... Khairil...” saya mengajak Pojie menuju ke arah Khairil yang sedang mengangkat begnya ke atas troli. “ ![]() “Waalaikumussalam...” “Ha.. kenalkan... kawan saya... Fauzy... kitorang panggil Pojie saja...” saya mengenalkan Pojie kepada Khairil. “Fauzy...” Pojie menghulurkan tangan. “Khairil...” Khairil menyambut tangan Pojie. “anda dah makan belum?” tanyaku. “Alah makan atas flight mana nak kenyang... macam anda selalu merungut tu...” balasnya. “Jom makan dulu la... lepas itu pergi hostel saya...” balasku. “saya ok saja...” balasnya. “Makan kat Sadat lah... sedap kat situ...” cadang Pojie. “ok juga...” balasku. “Sadat tu apa benda Fauzy?” tanya Khairil. saya dan Pojie memandang satu sama lain. Satu... dua... tiga... Kahkahkah... “Sadat tu nama restoran la...” jawabku. “Ermm...” balas Khairil. Pojie masih tersengih lagi. “Dah la tu wei... dah macam kerang busuk dah tu...” saya menepuk bahu Pojie. Makanan di Sarawak ini tak ada banyak bezanya sangat dengan tempat lain. Cuma mungkin cara masaknya atau bahan masakan yang berbeza. Itu pun sikit saja bezanya. Tapi, yang paling saya ingat tentang masakan sini, kalau order nasi goreng ayam tu, maknanya akan dapat nasi goreng biasa tapi diletak ayam goreng kat atas nasi tu. Tak macam kat tempat saya, isi ayam tu digoreng sekali dengan nasi. Dan satu lagi, laksa Sarawak tu memang sedap. Kalau orang kampung yang masak. Memang best betul. Khairil tinggal sekali dengan saya di hostel. Sebab dah ada dua tiga orang yang dah balik, so saya apply dengan pejabat kolej untuk dia duduk sini saja. Tak payah buang duit kat hotel tu. “Woit... menung panjang nampak?” saya menepuk bahu Khairil yang sedang duduk menghadap ke tingkap di bilikku. “tak ada la...” balasnya. Eleh.. macam saya kenal dia semalam pulak. Tengok muka dua kupang dia tu pun saya dah tau dia susah hati. “Ala Khairil... macam saya tak kenal anda... anda ingat kat Nurul tu lagi ke?” “Mana boleh senang-senang saja nak lupa Nal... dia cinta pertama saya...” Wajah Khairil berubah suram. Silap ke saya tanya dia time dia nak bercuti macam ini? Bengong jugak saya ini. “saya tau... sorry la wei... kau datang nak holiday saya ungkit cerita ini pula...” kataku. “No hal... sekurangnye lega sikit saya rasa...” balas Khairil. “saya tanya sikit kau jangan marah pulak...” “apa? Tanya saja la...” balasnya. “Seserius mana hubungan anda dengan dia?” “saya balik kali ini dengan hajat nak bertunang dengan dia... seserius tu la...” balas Khairil. “Dia dah tau hajat anda ini?” Khairil menggelengkan kepalanya. “La... Kenapa anda tak bagitau dia?” kataku lagi. “Hari saya nak bagitau dia tu la dia minta putus... habis dah orang tak nak takkan saya nak cakap lagi...” balasnya. Kesiannye. “saya simpati dengan kau Khairil... sabarlah...” “tak mengapa... saya yakin ada hikmah semuanya...” balasnya. “InsyaAllah...” jawab saya. “Ha... asyik cerita saya saja... kau pulak bagaimana? Takkan tak ada lagi?” Dia tukar topik pulak dah. “saya... macam ini la... macam mana lagi?” jawabku. .................................................................... “Nal...... Khairil panggil anda... dia tunggu kat bawah...” Zaim memanggilku sebaik saja dia masuk ke dalam bilik saya. “ok...” saya bingkas bangun dari kerusiku. Laptopku saya biarkan saja terbuka. saya turun ke bawah. Kenapa pulak dengan Khairil ini. Dari jauh saya nampak muka dia macam tengah marah saja. Aduh. Kenapa ini. Kecut jugak saya tengok muka merah padam dia tu. “Kenapa Khairil?” tanyaku sebaik sampai di depannya. Tapi... malang nasibku. Belum sempat berbuat apa-apa sebijik penumbuk sulung hinggap di muka saya. Pedihnya sampai ke serebrum. Kenapa ini. Dunia sekeliling saya tiba-tiba gelap. saya jatuh terlentang di atas tanah. Habis kotor baju saya terkena tanah. saya cuba bangun. Tapi, Khairil lantas merenggut kolar baju saya dan dush... sejibik lagi kena di sebelah kiri muka saya. Darah merah mengalir dari hidungku. Pedihnya hanya Tuhan saja yang tahu. Kesabaran saya pun ada hadnya. Takkan nak biar dia saja bermaharajalela. Tak kenal ke saya ini bekas presiden persatuan tae-kwondo dulu. Memang nak cari penyakit lah mamat ini. Dengan serta merta saya melawan balik. Dengan kudrat yang tinggal dalam diri saya, sebuah penendang tanpa bayang-bayang saya hentakkan ke perut Khairil. Dan dengan serta merta dia terjelepok di atas tanah. Hilang terus bayang dia. saya bingkas bangun. “Kenapa ini? Yang kau belasah saya tak pasal-pasal ini Kenapa?! Naik setan!!!” balasku sambil memandang ke arahnya. Darah merah dihidungku saya lapkan dengan tapak tanganku. “saya setan ke kau tu setan!!! Tak guna punya kawan... konon nak tolong saya... simpati la... apa la... boleh belah la wei!!! Setan gondol!!!” Balasnya. Aik mamat ini semakin hilang kesopanan dan kesusilaan dah ini. “apa hal?!!” tanyaku lagi. Zaim dan rakan-rakan saya yang lain berlari-lari turun. Bebudak perempuan pun turut berduyun-duyun datang macam tengok orang shooting filem hindustan. “Kenapa?!!! anda tanya diri kau sendiri...” balas Khairil yang bangun berdiri dan cuba menyerangku semula. Tapi, nasib baik kawan-kawan saya yang lain dah pegang tangan dia dari belakang. Kalau tak, mesti kena lagi sebijik dia ini dengan saya. Sabar. “Awak!!!.... dah la tu... awak tak malu ke? Semua orang tengok ini...!!” tiba-tiba saja saya terdengar suara yang saya rasa macam pernah dengar. saya menoleh ke belakang. Izzah terpacak kat belakang saya. Aik? Izzah kenal Khairil? “Wah... wah... backing setan ini ye... sayang betul nampaknye!?...” balas Khairil. “Awak... bukan sebab dia!! Tolonglah jangan buat kecoh kat sini...” balas Izzah lagi. Semua orang sedang melihat drama swasta free saya, Khairil dan Izzah kat tengah dataran Kolej saya. “Ah...!! awak dengan dia.. sama saja!! Berlakon baik...” balas Khairil sambil melangkah pergi meninggalkan saya dan Izzah yang terpaku di tengah-tengah orang ramai. “Kenapa ini?” tanyaku pada Izzah. Dia diam. “Izzah!” saya menguatkan suara saya. Kelihatan dia sedikit terkejut. Fatihah datang merapati Izzah. Dia memeluk bahu Izzah. saya nampak Izzah dah mula menitiskan air mata. Fatihah memeluk dia dan mententeramkan. Najib pula kelihatan menyuraikan pelajar-pelajar lain. Sedikit demi sedikit mereka bergerak meninggalkan tempat kejadian. “Dah la tu abang Zainal...” Fatihah bersuara. Tangannya menggosok-gosok bahu Izzah. “Saya tak faham...” balasku ringkas. Memang pun saya tak faham. apa pasal pulak tiba-tiba si Khairil ini belasah saya? apa salah saya? saya berjalan meninggalkan tempat tadi. Macam satu mimpi saja. Pagi tadi saya ok saja dengan Khairil, sekarang ini dah bergaduh. Dengan sebab yang saya tak tau pulak tu. Izzah pulak macam dah kenal benar dengan Khairil. Pening saya macam ini. Petang itu. saya tak naik ke bilik. saya tau Khairil mungkin tak senang dengan saya. Jadi. saya rehat kat bilik Izham saja. Nasib baik tak ada staf kolej yang ada time kami gaduh tadi. Kalau tak mesti dah kena halau si Khairil tu. Ye la kan. Datang menghuni sekejap dah bergaduh. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |