Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 4 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: secarit tinta..permata ayahbonda..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» secarit tinta..permata ayahbonda..

Please Mendaftar To Post


Oleh secarit tinta..permata ayahbonda..

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-05 22:38


Secarit tinta..

        Ketika saya sedang menunggu bas untuk kembali ke kampus selepas menghabiskan cuti pertengahan semester di kampung,tiba-tiba saya disapa oleh seorang budak perempuan di sebelah saya yang secara kebetulan turut menunggu bas yang sama .ā€¯Orang perempuan pun hisap rokok jugak ke kak?ā€¯soalnya penuh tanda tanya sementara matanya redup memandang ke hadapan. Saya mengalih pandangan ke hadapan. Di hadapan kaunter bas kelihatan seorang gadis melayu sedang bergelak ketawa bersama sekumpulan remaja lelaki. Asap rokok bergumpal keluar dari rekahan bibirnya,bak kabut hitam yang sungguh menyesakkan. Baju merah ketat yang dipakainya menampakkan susuk tubuhnya yang sememangnya langsing dan ramping.Saya mengalihkan pandangan kepada seluar yang dipakainya.Bukan sahaja labuh menyapu menyapu lantai bahkan dihiasi carikan-carikan kasar yang menampakkan lututnya
     Teringat akan soalan yang diajukan oleh budak perempuan tadi,saya menoleh kembali kepadanya.Matanya bersinar memandang saya seolah-olah menanti satu jawapan yang akan memuaskan hatinya.Saya terkedu sebentar.Alangkah sucinya hati anak ini. Alangkah bersihnya jiwa dan pemikiran anak kecil ini dari noda-noda yang menyesatkan.
    Inilah kain putih yang sedang terbentang untuk dicorakkan. Akan hitamkah warnanya nanti atau akan kekalkah kain itu dengan kesucian warna putihnya?. Sesungguhnya perjalanan anak ini masih jauh. Di luar sana terdampar lorong-lorong yang gelap dan penuh duri untuk ditempuhinya.Bekalan didikan agama dari ayahbonda mungkin akan menjadi lentera yang menyuluh kembara perjalanannya namun ingatlah di lorong itu menderu-deru taufan dugaan yang mampu memadamkan api lentera yang dibawa,andainya minyak yang diisi tidak mampu menghidupkan cahaya hingga ke akhir kembara tuannya
    Justeru,lengkapkanlah ilmu kita sebagai seorang ayah dan seorang ibu sebagai bekal untuk kita melengkapkan pula permata hati kita dengan senjata ampuh yang mampu menyelamatkannya daripada panahan godaan syaitan yang amat berbisa.Didiklah permata hati kita dengan kasih sayang dan penuh berhikmah.Pengorbanan kita mendidik mereka janganlah diungkit tetapi ikhlaskanlah hati dalam menjalankan amanah dan janji kita kepada Allah.Tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin juga perlu diamalkan demi melihat anak-anak harapan agama ini syahid dijalanNya sebagai seorang pejuang yang mulia.
    Anak yang soleh dan solehah,keberkatannya menerangi kegelapan kita kelak.Mujahid dan mujahidah inilah yang akan mengangkat martabat Islam ke puncak yang gemilang.Tidak sebakkah hati kita jika cara hidup gadis dan remaja2 tadi adalah gambaran hidup permata hati kita di masa hadapan kelak?

srikandi_jilbab
3 ogos 2003
3.27 a.m 2e 214 kolej tnb,uum

:-) :-) :-)
[email protected]

ikim...pilihan utama..dengar online..


-----------------

**Aku Hidup,Aku Berjuang,Aku mati kerana Islam**



Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 29-07-05 23:00


Assalamualaikum....


tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya dalam kejahilan..tiada disiplin dan moral diri...

memberi didikan adalah sesuatu yang sukar...perlu kesabaran dan kretiviti dalam menyampaikan ajaran..tidak perlu terlalu kasar..dan tidak pula terlalu lembut...cukuplah dengan besederhana...

bagi ana...anak2 zaman sekarang sangat bijak...pandai bermain dengan mimik muka...kadang kala,bila di nasihati dengan sopan mereka mengangguk...tapi dalam hati mereka penuh dengan rasa benci..tak suka dkongkong dan dnasihati..

ibu bapa pula...cepat merasa puas hati..anak begini baik...bila nasihat dengar..kalau dperhatikan,bnyak kes..ibu bapa terkejut bila anak jadi kaki buli di sekolah...sebab di rumah anak mereka baik..

tiada jalan penyelesaian..melainkan kita kembali kepada Islam..cara mendidik anak dalam Islam sgt2 fleksibel...

sahabat2 ukhwah.com...boleh cuba cari kitab "cara mendidik anak dalam Islam"...karangan naasih ulwan..

ada dua versi bahasa melayu&bahasa inggeris...

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: widad pada 29-07-05 23:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089779 saat. Lajunya....