Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 171
Ahli: 0
Jumlah: 171




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Malaikat jamin lindungi orang berselawat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Malaikat jamin lindungi orang berselawat

Please Mendaftar To Post


Oleh Malaikat jamin lindungi orang berselawat

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 16:51


APAKAH kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Baginda bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allahmengampuni orang itu.”

Izrail pula berkata: “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi.”

Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan:

“Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah. “Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda?”

“Siapakah anda ini,?” tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri,” jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi.

"Katanya: "aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian.

"aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam. Aku menutup wajahnya dengan kain.

"aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah.

"aku terus bertafakur dan tertidur. "Dalam tidur. Aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan.

"Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya.

"Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

"Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati."

"Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan.

"Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali. Aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya.

"Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

"Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi.

"Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?

"Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"aku ini Muhammad," jawabnya.

"Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi.

"Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran," jelasnya.

"aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia.

"Inilah dia Rasulullah," aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun.

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya.

"Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu.

"aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 19:16


syukran akhi suhaimi...
semoga selawat kita kepada Baginda Rasulullah s.a.w mendapat Syafaat daripada Baginda..insyaAllah..

Banyak kelebihan bagi ummat Islam yang berselawat kepada Baginda..disamping berselawat kepada Baginda s.a.w..kita juga perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana itu lebih afdhal dan memjadi syafaat kita di akhirat dan cahaya di dalam kubur.

"Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat – yakni pertolongan kepada orang-orang yang mempunyainya" riwayat muslim

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

Memperolehi selawat dari Allah s.w.t.
Memperolehi syafaat dari Rasulullah s.a.w.
Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
Menghapuskan dosa.
Mendapat pertolongan
Tercapai keperluan hidup.
Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
Memperolehi nur zahir dan batin.
Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
Memperolehi ucap selamat dari Allah s.w.t.

"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." riwayat imam Ahmad

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah s.w.t, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w dan lain-lain lagi itu,

Oleh itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah s.a.w yang menjadi kekasih Allah s.w.t.


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 19:48


Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......
Nabi Muhammad saw junjungan mulia

ALLAHU AKBAR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 20:57


Allahumma SolliAla Muhammad WaAli Muhammad....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 22:43


Assalamu'alaikum....
marilah bersama2 kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
jadikanlah ia suatu kebiasaan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

putrimuslimah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16138
Posting: 43

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-07-05 06:30


habiballah..rasulullah..habiballah...
Allahumma Solliala Saidina Muhammad..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putrimuslimahProfil   Hantar PM kepada putrimuslimah   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 03-08-05 23:22


Innallaha wamalaaikatuhu yusolluna alannabii yaa ayyuhalladzina amanu shollu alaihi wasalimutaslimaa...

Allaahumma sholli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad kama solaita ala Ibrahim...

Jazakallah Suhaimi

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

KucingIslam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1331
Posting: 36
Dari: Ampang Waterfront,K.L.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 10:03


Insyaallah!

Salallah Alahi Wassallam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KucingIslamProfil   Hantar PM kepada KucingIslam   Pergi ke KucingIslam's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 19:38


Assalamualaikum


ana dah dengar Album Selawat 10 Hajat oleh Nowseeheart....pada ana sangat mengesankan...


Ana : moga kita semua menjadi mecintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113038 saat. Lajunya....