Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: amanat seorang sultan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» amanat seorang sultan

Please Mendaftar To Post


Oleh amanat seorang sultan

putera_sufi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1188
Posting: 48
Dari: ardhuLLAh

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 23:27


KUBANG PASU, 13 Julai (Hrkh) – Umat Islam pasti beroleh kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa serta kejayaan di akhirat jika mereka kembali mengambil Islam sebenar sebagai landasan kehidupan.

Kerana itu, umat Islam tidak mempunyai pilihan lagi selain Islam untuk mengembalikan kekuatan umat dan berupaya menimbulkan kegerunan pada musuh, seru Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah pada rakyat jelata di negeri ini.
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah demikian ketika merasmikan upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah majlis tilawah Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darul Aman tahun 1426 / 2005 malam tadi.



Majlis selama tiga malam itu diadakan di pekarangan Masjid Bandar Darul Aman, Jitra dekat sini dengan selesa dan nyaman sejak 10 Julai dan berakhir 12 Julai.

Menurut Baginda lagi, agama Islam datang di zaman Nabi Muhammad saw. ketika itu dengan membawa mesej membersihkan kegelapan aqidah.

Sehingga sampai di satu peringkat ekoran kesungguhan Baginda menyampai Islam untuk membersihkan masyarakat dari kekufuran, Baginda diancam untuk dibunuh, titah Sultan lagi.

Baginda Sultan menyeru lagi agar rakyat menerima pakej keselamatan yang ditawarkan oleh Nabi Muhammad saw. sebagai menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Setelah itu, titah Baginda, umat Islam hendaklah mengerjakan amal soleh dan mesti mengekalkan kehidupan beragama sepanjang hayat mereka.

Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mahu menerima tawaran berupa pakej keselamatan yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad ini, titah Sultan lagi.

Justeru mereka sanggup melakukan pecah amanah yang membabitkan kedudukan dan jawatan mereka, tegas Baginda di dalam majlis yang dihadiri semua golongan masyarakat itu.

Di akhir titah, Baginda sekali lagi menyeru umat Islam agar melakukan perubahan dengan kesediaan untuk menuntut ilmu Islam sebenar daripada tuanguru-tuanguru dan alim ulamak yang mampu menunjukkan jalan kebenaran.

Sementara itu, Saudara Mohd Tarmizi Mustafa dari Sungai Dedap, Yan muncul sebagai johan qari dengan mendapat mata 83.5 peratus dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan johan qariah pula disandang oleh Hajah Halimah Jusuh dari Kubur Panjang, Pendang dengan mata 78.5 peratus.

Mereka akan mewakili Negeri Kedah untuk majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 14 Ogos depan.

Semua hadiah disampaikan oleh Tengku Bendahara Kedah, Dato’ Seri Anwar Bin Almarhum Sultan Badlishah yang juga mewakili Sultan Kedah mencemar duli ke majlis itu serta menyampaikan titah ucapan.

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_sufiProfil   Hantar PM kepada putera_sufi   Pergi ke putera_sufi's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 10:57


... Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku! eeeeeiii... Tuanku kalau 'menyeru'...macam bagus saja. buat lawak pulak, Tuanku ni! Sudah-sudahlah Tuanku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

wany_shera
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13926
Posting: 23
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 14-07-05 11:00


saya sebagai rakyat negeri tuanku...
ingin menjunjung daulat tuanku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wany_sheraProfil   Hantar PM kepada wany_shera   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101996 saat. Lajunya....