Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 238
Ahli: 0
Jumlah: 238




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: IPTS Bumiputera semakin `tersepit


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» IPTS Bumiputera semakin `tersepit

Please Mendaftar To Post


Oleh IPTS Bumiputera semakin `tersepit

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 06-07-05 07:04


KUALA LUMPUR 5 Julai - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera semakin `tersepit' ekoran masalah kekurangan pelajar apabila hanya 500 pelajar yang mendaftar bagi mengisi 10,000 tempat yang ditawarkan untuk sesi pengambilan pertama tahun ini.

Berdasarkan maklum balas daripada sebahagian 90 IPTS bumiputera aktif di seluruh negara mendapati, rata-rata daripada mereka hanya memperoleh antara enam hingga 25 orang pelajar bagi sesi pengambilan untuk bulan Julai.

Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia, Prof. Datuk dari. Ismail Md. Salleh berkata, masalah itu timbul berikutan keputusan drastik Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk tidak lagi membiayai pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTS.

``Situasi ini amat mengejutkan saya. Kesan keputusan Mara itu betul-betul menampakkan kesan kerana kami kehilangan jumlah pelajar yang sangat besar,'' katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sidang akhbar itu bertujuan menghebahkan mengenai Konvensyen Pendidikan Tinggi Swasta Melayu yang akan diadakan di Presint 16 Putrajaya, pada 10 Julai ini.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia, Datuk Muhamad Nasir Hamzah dan Setiausaha Agungnya, Abdul Malik Alwi.

Ismail menambah, perkembangan itu menunjukkan kemerosotan yang sangat mendadak jika dibandingkan dengan prestasi jumlah pengambilan pelajar oleh IPTS bumiputera sebelum ini.

Katanya, faktor masalah pinjaman sangat jelas apabila sebilangan besar pelajar yang sudah mengesahkan tempat untuk melanjutkan pengajian di institusi itu sebelum ini bertindak menarik diri apabila mengetahui mereka tidak diberi jaminan pembiayaan.

``Contohnya Kolej Teknologi Timur yang sudah mendapat pengesahan bagi mengisi 200 tempat bagi program matrikulasi sebelum ini tiba-tiba hanya diisi 24 orang sahaja pada hari pendaftaran,'' katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan laporan mengenai 123 IPTS bumiputera terpaksa `gulung tikar' manakala 30 lagi tenat ekoran masalah kekurangan pelajar yang sangat kritikal.

Kemelut ini timbul ekoran badan-badan yang biasanya menaja pelajar ke IPTS bumiputera sudah tidak `berkeupayaan' berbuat demikian.

Penaja utama di kebanyakan IPTS bumiputera ialah Mara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Masalah dihadapi oleh IPTS bumiputera juga dikatakan ekoran penubuhan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Kolej Komuniti yang menyebabkan berlaku perebutan pelajar.

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan masalah yang dihadapi IPTS bumiputera disebabkan oleh sikap mereka yang terlalu bergantung kepada kerajaan beliau menegaskan:

``Itu pandangan salah kerana bukan kami yang bergantung tetapi pelajar-pelajar kita yang bergantung kepada kerajaan kerana mereka tidak cukup kemampuan kewangan untuk melanjutkan pengajian.''

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 09:52


Hm...sebab kekurangan student kebanyakannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 06-07-05 15:57


emmmmm....bukan senang nak dapat pinjaman...susah..ada prosuder2 tertentu...

student2 sekarang ini pun apa kurangnya...dapat pinjaman...enjoy..paling ketara tukar telepon bimbitla...yang canggih2...

bila dah habis duit baru heboh nak beli buku rujukanla...nak bayar yuran asramala...macam2 lagi

tak dinafikan ada juga student2 yang berjimat..hinggakan boleh bayar blik pinjaman untuk 2-3 bulan sebelum dapat kerja,,,

tapi adatla..seorang bersalah semua dapat hukuman..so saper2 nak bagi pinjaman pun kena fikir bnyak kali..supaya tak jadi membazir..bagi duit sruh belajar..tapi grade tiada kualiti..

jadi sebab tuhla ramai antara kita takut nak masuk ipts..lagi2 kl tak dapat loan...mahal yuran ipts ini...

walau bagaimana pun...ada cara lain untuk kita teruskan menuntut ilmu...bnyak bank2 boleh buat loan untuk student..

andai dapat...belajar rerajin...

moge satu hari kita dalam golongn org2 yang berjaya...amin

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 09:12


din_arif....tiada komen? ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 12:12


macam tuan moderator pula syahidatul ni. :-D

ps: ana kasi satu vote untuk syahidatul. (angkat tangan) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 12:47


Telefon saja 999..minta bantuan bomba....

:-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-07-05 13:16


mula2 ana ingat saudara Nurul_Amin ni serius orangnya (refer topik "Kerana Perbezaan Politik...Kenapa Masjid Menjadi Mangsa???").

rupanya pandai berjenaka juga, :-D

ps: dah tepon bomba, tapi depa redirect ke MOE.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 01:00


huhu...mukasyaf.. bukankah saudara mukasyaf sendiri yang kata, jangan copy paste saja.. tapi include lah sekali dengan pendapat sendiri.. ;-)

ps: sama-sama kembangkan minda..

ps lagi: saya tiada pengalaman jadi moderator lah. :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 09:10


ye ye betul itu. jangan copy and paste saja. kasi lah comment sikit. baru nampak intelek sikit. sikit saja lah. :-D

ps:kembang-kembangkan minda...

ps lagi: senang saja syahidatul, rasa2 tak suka, lock saja topik. :-)
[ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 08-07-05 09:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 08-07-05 23:30


hmm...kasihan kolej2 tu?...tapi pada pendapat saya,kebanyakan kolej perlu meningkatkan kualiti maisng2 supaya dapat menarik lebih ramai pelajar untuk belajar di kolej mereka.dalam berita tu? ada dinyatakan Kolej Teknologi Timur sebagai contoh.daripada apa yang saya dengar,kemudahan kolej kat situ sangat tak memuaskan.Lab tak lengkap,asrama tak selesa dsb.so tak bolehla nak salahkn pihak lain saja.pihak kolej pun kenala ada inisiatif untuk menarik pelajar2.

hi kak syahidatul,lama tak dengar cerita.eh dah jadi moderator pula ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 09:39


tu? betul cerita pasal KUTPM lagi tu?.

ps: marah sebab saudara ana kena tipu dengan kolej uni tu?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-05 10:33


lock topic? ok apa topic ni.. kembang2 minda.. eheh

hyunckel_asyraf.. ada saja ni.. kita bercerita di ukhwah :-)

ps: saya matrik di Kolej Teknologi Timur dulu.. hukhuk~ hyunckel_asyraf ni lagi tahu daripada saya pasal kolej tu? ye ;-)
[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 09-07-05 10:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-07-05 18:38


Assalamualaikum...

Kali ni serius...,hem rasa Analah..IPTS sekarang ni lebih kepada nak berniaga dari mementingkan kualiti pendidikan....dahla yuran mahal...sampai tahap student yang S.A.P pun boleh masuk IPTS...

Ana rasa baiklah fikirkan betul-betul sebelum buat keputusan...Fikirkan betul-betul apa matlamat anta/ti, apa yang anta/ti minati..jangan minat saja...biarlah kursus senang nak dapatkan kerja. Jangan merugukan duit...belajar penat-penat tapi tak dapat kerja...

Tapi memang tak dinafikan sekarang ni ramai pelajar melayu tak mendapat tempat di IPTS jugak di IPTA....tapi kalau result teruk sangat susahla....kenalah rajin2 belajar..jgnlah nak salahkan IPT pula

Tapi ana tak berapa setuju dengan sistem merit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 00:35


Pada 10-07-05 18:38 , Nurul_Amin posting:

!!! QUOTE !!!


Ana rasa baiklah fikirkan betul-betul sebelum buat keputusan...Fikirkan betul-betul apa matlamat anta/ti, apa yang anta/ti minati..jangan minat saja...biarlah kursus senang nak dapatkan kerja. Jangan merugukan duit...belajar penat-penat tapi tak dapat kerja...


ye lah... sadis... terkena batang hidung sendiri.. huhu :-(


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 00:53


ades.. adess.. adesss...

tu ujian namanya cik syahidatul..(bercakap tanpa pengalaman).. uhuk...

sekarang ni, keadaan lagi menyepitkan diri....
yuran IPTS agak mahal... dan berganda2...
ditambah dengan tekanan dari segi nafsu dan politik lagi... uhuk uhuk...
PTPTpu..... uhuk uhuk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 20:27


Pada 08-07-05 01:00 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

huhu...mukasyaf.. bukankah saudara mukasyaf sendiri yang kata, jangan copy paste saja.. tapi include lah sekali dengan pendapat sendiri.. ;-)

ps: sama-sama kembangkan minda..

ps lagi: saya tiada pengalaman jadi moderator lah. :-P




sila kembali ke topik asal.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-08 21:08


ana bukan IPTS Bumiputra heh! :D

ana IPTS non-Bumi :D
duduk kat sebuah planet name Cyberjaya...
berdekatan dengan Planet Namek, so ana selalu lah jumpa Pikoro... tapi Son Goku jarang lagi jumpa huhu! :P :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-01-08 16:38


salam mAAL hijrah..

erm.. topik apa yang nak dibincangkan..
pasal LOCk.. MAngga ke?

pasal isu COpy paste ke?

pasal Son Goku..??

diskusi dengan berHIKmah..
ish...ish....ish..

jangan MElagho kan topik ni...
mohon kerjasama...!!

tak perlu nak QUOTE ayat ana ni..
antum boleh fikir.. dengan AKAL..
jadinya.. teruskan berdiskusi...

wallahu'alam...

( dengan nada yang agak garang...dan tegas.. hehe..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 10-01-08 20:36


Janganlah garang sangat......topik ni bukan topik ringan. Kebanyakan yang masuk kat forum lebih suka topik ringan nampaknya.....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129292 saat. Lajunya....