PUNCA KEGEMUKAN Kalori Berlebihan Punca Utama Kegemukan 1. Pemakanan yg tidak seimbang Masalah kegemukan kini mungkin menjadi fenomena biasa di kalanganĀ kanak-kanak akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang atau teratur.Ā Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori daripada yang dapat digunakan oleh tubuh adalah antara penyebab utama masalah kegemukan.
2. Lebihan tenaga Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak.Ā Sebaliknya jika kalori yang diperolehi daripada makanan adalah kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.
3. nafsu makan Dalam keadaan normal, pengawalan nafsu makan (apostat) seseorang akan berfungsi dengan baik, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, dua kemungkinan boleh terjadi, iaitu samada seseorang itu ingin makan sepanjang masa atau terus tidak ada selera makan.
4. Kurang bersenam Selain itu, kegemukan juga berkait rapat dengan jumlah kalori yang diambil dan banyaknya tenaga yang digunakan. Sebagai contoh, seseorang yang banyak menggunakan tenaga akan kurang berlemak tetapi bagi mereka yang kurang bersukan atau menggunakan tenaga akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk.
5. Keabnormalan hipotalamus Kegemukan juga mungkin terjadi disebabkan kerosakan hipotalamus dan semua sarafnya akibat kecederaan di kepala atau disebabkan kelainan setempat yang boleh menjejaskan fungsi hipotalamus berkenaan.
6. Faktor2 lain Bagaimanapun, faktor lain yang turut menyebabkan masalah kegemukan adalah seperti dari segi fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma serta psikologi dan faktor berkenaan saling berkaitan antara satu sama lain.
KESAN KEGEMUKAN Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih cenderung untuk menghidap penyakit tertentu yang tergolong dalam penyebab utama kematian.Ā Penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, penyakit pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang sering dikaitkan dengan kegemukan.
p/s: tak semestinya org kurus tu pun sihat...
wassalam
-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...