Oleh |
KEKELIRUAN MUSLIMAH dalam MENYATAKAN PERASAAN kepada LELAKI SOLEH |
radioactive
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14256
Posting: 28
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 24-06-05 13:59
 ,saya ada kekeliruan mengenai perkara ini.boleh ke seseorg wanita itu menyatakan perasaannya kepada seorg lelaki samada secara terus terang atau berkias..ada ke istilah mengurat dalam islam.maksud saya mengurat yang xmelampau iaitu dengan memberi hint.saya ada bc artikel ni (mengenai bolehnya wanita melamar lelaki)dalam portal ukhwah ni.di bwh ni adalah cebisan daripada artikel tersebut. Fiqh Khitbah (siri 2): Cara meminang Cara #6: Wanita menawarkan dirinya (offer) kepada lelaki Soleh Imam alBukhari (alSahih # 4726) meriwayatkan dari Tsabit alBunnani bahawa ketika dia sedang bersama RasuluLlah saw yang turut ditemani oleh Anas dan anak perempuannya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan dan dia menawarkan dirinya kepada RasuluLlah saw. Putri Anas mencela perempuan tu sebagai tidak ada sifat malu lantas ditegur oleh Anas bahawa perempuan itu lebih baik dari dirinya (anak Anas) kerana sifat telusnya ingin menawarkan diri kepada RasuluLlah SAW. Berkata alHafiidz dalam alFath (11/79) maka dari hadith ini dibolehkan perempuan menawarkan dirinya kepada lelaki kerana menyukai kesolehannya. dan yang ini: Wa'alaikumsalam Wr Wb Rasulullah SAW tidak melarang seorang perempuan melamar lelaki. Bahkan, ada beberapa wanita yang pernah mengajukan diri untuk diperistri oleh beliau. Walau tidak diterima, Rasulullah SAW tidak marah atau melarang. Kisah yang paling terkenal adalah ketika Siti Khadijah RA melamar Rasulullah SAW dengan mengirimkan utusan. Dan akhirnya Rasul menerima pinangan tersebut. bukan apa,saya ada baca juga bahawa kalu seseorg wanita tu ada perasaan pd seseorg lelaki,dia perlu berdiam diri sahaja seperti cerita di bwh: Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatinah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum ana bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. ana sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu ana simpan di dalam hatiku” kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi ana?” tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau” jawab Fatimah. Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalm hati. JADI,APA PANDANGAN SAHABAT2 SEMUA?BUKAN APA,INI untuk KEBAIKAN saya DAN KWN2 yang LAIN.MANA TAU dalam KITA TIDAK SEDAR,KITA TLH MELAKUKAN KESALAHAN yang TIDAK DISENGAJAKAN.WALLAHUA'LAM. ----------------- ~Bagaikan permata,di celahan kaca,kerdipnya sukar untuk dibezakan,kepadaMu Tuhan,ku pasrah harapan,moga tak tersalah pilihan~
|
ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.03.2005 Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..
|
Posting pada: 24-06-05 14:09
waalaikumussalam warahmatullah.. menjawab persoalan ni,ana syorkan anti selidik kepentingan dan natijah dari tindakan yang bakal anti ambil..situasi setiap orang berbeza2 dan sudah tentu jalan keluar baginya tidak pula sama.. wallahu'alam.wassalamualaikum warahmatullah.. ----------------- ISLAM is the perfect way to live..
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 24-06-05 15:18
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah bab jodoh ni adalah hak Allah Subhanahu wata'ala yang menentukan cuma kita diberi petunjuk dan hidayah serta akal untuk berusaha ke arah mendapatkan jodoh yang Allah redhai. Sekiranya menurut sunnah Sayidatina Khadijah telah meluahkan perasaannya terhadap Rasulullah Sollallahu a'alaihi wassalam kepada Sayyidah Nafisah yang menjadi orang tengah. Begitu juga kisah Sayyidah Fatimah yang sekedar memendam perasaan namun Allah azza wajallah telah menjodohkan dengan idaman hatinya - Sayyidina Ali radiallahu 'anhu. Umi setuju dengan pandangan dari anakanda ana_muslimah2606 dan berharap agar anakanda radioactive teruskan solat istikhorah kerana malu itu sinonim dengan fitrah wanita. Dan menurut pengalaman umi, kaum lelaki walau soleh macam mana pun mereka tidak gemar di kejar tetapi biarlah mereka yang membuat pilihan dan wanita hanya memberi keputusan terima atau tidak. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - 'Allah tidak membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kemampuannya' (mafhum Al Baqarah:286)
|
radioactive
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14256
Posting: 28
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 24-06-05 15:54
terima kasih ana dan ummimq...sekadar pengetahuan untuk saya dan rakan2 yang lain.maafla krn bertanya,mungkin pd sahabat2 semua ini tidak penting,tapi pd saya...ia melibatkan kebanyakan remaja masa sekarang.mungkin segelintir dr kitamengatakan tidak mengapa,tapi sebenarnya ia kurang baik.terima kasih.
|
ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.03.2005 Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..
|
Posting pada: 24-06-05 18:35
Pada 24-06-05 15:54 , radioactive posting:!!! QUOTE !!! mungkin segelintir dr kita mengatakan tidak mengapa,tapi sebenarnya ia kurang baik.. apakah ada yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh rasul junjungan..?setiap butir bicara mu pasti disoal..awas.! ----------------- ISLAM is the perfect way to live.. [ Telah diedit oleh: ana_MUSLIMAH2606 pada 25-06-05 03:41 ]
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-06-05 21:46
assalamualaikum... shah rasa tak salah kalau kita luahkan tu adalah untuk mengikat ikatan yang sah tetapi bukan untuk dibawa ke hulu ke hilir... kebanyakan perempuan ni ramai yang couple lepas tu ikut pula lelaki tu ke hulu ke hilir... shah pernah dengar ustaz cerita tentang seorang perempuan yang menawarkan dirinya kepada rasulullah tetapi ditolak.. lalu mendapat pujian dari sahabat nabi... maaf lah kalau tersilap.. kalu ada yang tersilat sila ummimq perbetulkan... wassalam
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 25-06-05 14:34
Wa'alaikumussalam wr wb Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah sebenarnya tugas menjodohkan anak-anak adalah tanggungjawab terakhir ibu bapa (sila rujuk kitab Abdullah Nasih Ulwan (Jilid 2). Jadi dalam Islam tidak sepatutnya timbul masalah menawarkan diri atau sebagainya tetapi ibu bapa yang uruskan agar anak-anak mereka bertemu jodoh yang kufu dan sesuai insyaAllah. Tetapi memandangkan suasana hari ini di mana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sejak dari kecil lagi maka faktor luaran banyak mempengaruhi pemikiran dan juga keinginan seseorang insan itu. Namun bagi anak yang soleh dan solehah mereka akan cuba untuk menurut perintah ibu bapa dan ibu bapa hari ini hendaklah jelas bahawa sekiranya anak mereka telah bertemu yang berkenan di hati maka bagilah ruang untuk sama-sama solat istikhorah dan merestui sekiranya didapati mempunyai kriteria Islam. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan.
|
musafir_alan
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15302
Posting: 67
Dari: Quantan
|
Posting pada: 25-06-05 17:17
Menyatakan perasaan kepada insan yang lain adalah perlu kerana jika kita pendam apa yang ingin kita luahkan akan menjadi beban kepada diri kita sendiri. Tapi, sebelum kita berbuat demikian, tetapkanlah di hati kita apakah kita dapat menerima kesan daripada tindakan kita 2. Every person wants to be love and love someone. kita memang tak boleh nak elak perasaan itu dari diri kita. Andainya bercinta, tetapkanlah batas2 pergaulan antara pasangan kita. Jangan terpengaruh ngan cara hidup pasangan2 lain. Insyaallah perhubungan itu akan diberkati.
|