Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 253
Ahli: 0
Jumlah: 253




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: kisah Cintaku..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» kisah Cintaku..

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah Cintaku..

sutrajihad
Warga Rasmi
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16592
Posting: 20
Dari: gurun

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 21:33




Kisah cintaku

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat
mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji
Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia
sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di
sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu
mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak
mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika
kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu
akan mencitaiKu? Aku tergamam seketika. Aku
lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan
tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari
kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap
mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu
ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi
segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku
untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak
mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai
orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar
bagiku membayangkan keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap
menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya
lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu
akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku
pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar
itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapimenggunakan hati. Aku jawab, Walaupun
takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap
menyintaiMu. Dia menyambung lagi
persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah
kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi,
bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku
terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya
dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting
bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku
menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk
mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap
memujiMu. Dan...

Dia terus betanya lagi, Adakah kamu benar-benar
menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh
keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar
Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-
satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk
menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus
bertanyakan lagi, Kalau begitu kenapa kamu
masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku
cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak
sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu,
kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan
kenapa ketika kamu susah dan mahukan
bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu
datang dekat dan merayu kepada Aku? Aku tidak
mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan
panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat
begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan
kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya
ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu
meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir
deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu
tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa
ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang
lain sedang Aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat
alasan ketika Aku memberimt peluang untuk
berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk
mengucapkan patah-patah perkataan bagi
menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini
lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat
mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa
yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah
kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu
keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain
untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap
berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau
menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata
kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada
melihatnya. Aku turunkan kepada kamu
pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika
sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan
semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai
cara. SambungNya lagi, Kini... adakah kamu
menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya
lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam
tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah
aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya
alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang
boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku
merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala
dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya
Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon
keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku
bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon ampun
berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu
terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah
ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku
akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala
rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan
Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku
akan memberikanmu semangat. Apabila kamu
jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu
keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap
bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir
dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis
sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku
ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali
segala dosaku selama ini. Dan..buat kali
pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar
solat dalam ertikata yang sebenar.

Waallahualam...

Peringatan buat diri ana dan sahabat2 sume..
Insafilah segaal kesalahan yang pernah kita lakukan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutrajihadProfil   Hantar PM kepada sutrajihad   Quote dan BalasQuote

widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah

malaysia  


posticon Posting pada: 06-07-05 15:28


Assalamualaikum....

Ya Allah Ya Tuhan kami...ampunkanla dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami.....amin Ya Rabb

berkatilah hidup kami..dan redhaila kami dengan segala keredhaan Mu ya Arhamar Rahimin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For widadProfil   Hantar PM kepada widad   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 15:54


sayu rasa hati ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

HaNanI
Warga Rasmi
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 4956
Posting: 7
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-07-05 15:57


betul tu?..ana mencariMU di saat hiba..
tapi selalu melupakanMU di saat ana gembira..
Ya ALLAH..berikanlah ana petunjuk dan hidayahMU sentiasa..
[ Telah diedit oleh: HaNanI pada 06-07-05 15:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For HaNanIProfil   Hantar PM kepada HaNanI   Quote dan BalasQuote

Ghufranallah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.06.2005
Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir

luxembourg   avatar


posticon Posting pada: 06-07-05 16:12


tabahkan hatimu Hanani...smg hidup diberkati.amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For GhufranallahProfil   Hantar PM kepada Ghufranallah   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 18:04


Assalamu'alaikum...
SubhanaAllah.... betapa kerdilNYA diri ini...
Ya Allah terlalu banyaknya kekurangan dalam diri....terlalu banyak juga kesalahan diri ini....
Ampunkanlah diri ini juga semua insan2 di muka bumi ini...
Hanya padaMU ku pohon Tuhan RabbulIzzati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

srikandi_impian
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2004
Ahli No: 10903
Posting: 52
Dari: UTM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-05 19:28


syukran... diatas peringatan yang di beri... semoga kita semua sentiasa di bawah payung rahmat ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_impianProfil   Hantar PM kepada srikandi_impian   Quote dan BalasQuote

awa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 17:40


Assalamualaikum....

Syabas kepada sahabat ukhwah... Anda telah buktikan kepada sahabat kita di luar sana bahawa cinta bukan sahaja sesama insan tetapi cinta yang Hakiki adalah cinta kita terhadap Tuhan

Bookmark and Share

    


  Member Information For awaProfil   Hantar PM kepada awa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095485 saat. Lajunya....