Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 117
Ahli: 0
Jumlah: 117




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 2 hari yang lalu
wadud: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Majlis Persandingan (Antara Adat dan Hukum)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Majlis Persandingan (Antara Adat dan Hukum)

Please Mendaftar To Post


Oleh Majlis Persandingan (Antara Adat dan Hukum)

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 08:46




Ana nak mintak pendapat para sahabat sekalian. Sebenarnya ana konfius sket tentang majlis persandingan...Apa hukumnya dalam islam dan bagaimana pula untuk elakkan dari kedua orang tua di kedua belah pihak kecil hati sekiranya majlis ini tidak dibuat. Adakah ini membuatkan kita derhaka terhadap kedua ibu bapa kita.

Berdasarkan pengetahuan saya majlis ini tiada dalam hukum islam...Boleh sahabat2 sekalian beri sedikit pendapat??

~Sekadar sebagai persediaan~



[ Posting ini telah di edit oleh: Nurul_Amin pada 2005-05-26 08:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 09:49


...em isu bersanding dh lama di utarakan..pada pndapat pribadi sy sebagai seorang muslimah,bersanding ni kene brgantung pada situasi kite..tk salah bersanding kalau yg menyaksilannya tu adalah kaum keluarga kite dan yang pntin muhrim kite..tp bg sy tkpayah la bersanding kalau niat tu nk menunjuk2 pelamin yg indah2 dan mahal sebab tu dh menyimpang dari ajaran islam...WALLAHUALAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 09:49


...em isu bersanding dh lama di utarakan..pada pndapat pribadi sy sebagai seorang muslimah,bersanding ni kene brgantung pada situasi kite..tk salah bersanding kalau yg menyaksilannya tu adalah kaum keluarga kite dan yang pntin muhrim kite..tp bg sy tkpayah la bersanding kalau niat tu nk menunjuk2 pelamin yg indah2 dan mahal sebab tu dh menyimpang dari ajaran islam...WALLAHUALAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-05 21:20




Sekadar pendapat....bersanding sememangnya tiada dalam ISLAM...ianya cuma adat Melayu,jika kita kaji sejarah,orang Melayu dahulu kala mengambil adat persandingan ini dari orang Hindu....pastu diubah kepada lebih kemelayuan...
Sebenarnya bila kita lihat bersanding ni banyak membawa keburukan dari kebaikan,contohnya dari segi kos,baju pengantin yang mahal,pelamin.ISLAM itu mudah...ikutlah apa yg telah ditetapkan ISLAM...Lagi satu boleh menimbulkan fitnah dan umpatan org pada kita...ialah pada waktu itu semestinya menjadi tatapan umum...Kita tak kan jadi anak derhaka if tak ikut cakap kedua ibu bapa kita sebabnya perkara ini sememangnya tiada dalam ISLAM...cuma terangkan pada mereka dgn penuh hikmah....

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

multazam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 105
Posting: 60
Dari: Kelantan Darul Naim

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-05-05 22:04




Saya sokong pendapat serikandi syahadah tentang persandingan ni.Persandingan tak salah kalau kita ikut hukum syarak.Memang adat melayu tapi bukanlah nak ikut 100%.Bersanding secara ringkas,tutup aurat,kaum keluarga terdekat sahaja yang melihat.tak ada masalah.

-----------------
"Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari dukacita dan susah hati,aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,aku berlindung kepada-Mu dari pengecut dan kedekut dan aku berlindung kepada-Mu dari timbunan hutang dan paksaan orang"

Bookmark and Share

    


  Member Information For multazamProfil   Hantar PM kepada multazam   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 27-05-05 02:30


hmm..tak berani nak hukum...tapi yang pasti...pasangan yg bersanding mmg enjoy..takde pun derang rasa bersanding tu menyusahkan...kalau nak sewa baju kahwin tu sekali seumur hidup...takkan nak berkira....tapi kalau haram...knapa Majlis Fatwa tak keluarkan Fatwa....kalau diberi pilihan...sy pun pilih bersanding....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Tawel-Sensei
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.04.2005
Ahli No: 16001
Posting: 88
Dari: Ireland

ireland  


posticon Posting pada: 27-05-05 05:47


Bersanding tu memang sah haram hukumnya. Dah banyak ceramah pasal ni saya dengar. Tak pernah dengar lagi mana2 ustaz yang kata ia halal. Ustaz Ismail Kamus pun pernah cakap begitu.

Sebabnya, terlalu banyak adat-adat Hindu yang terselit dalam hal-hal bersanding ni. Cuma masih ada sedikit kelonggaran dalam hal ni. Antara yang saya ingat, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang boleh melihatnya..

Saya lebih suka tak bersanding. Leceh la bersanding ni..yang paling leceh lagi, dosa pun dapat



-----------------
[url=http://hembusan.blogspot.com/][img]http://www.geocities.com/omicron_zeta/mylink.gif[/img][/url]

A man's maturity consist in having found again the seriousness one had as a child - at [b]PLAY![/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tawel-SenseiProfil   Hantar PM kepada Tawel-Sensei   Pergi ke Tawel-Sensei's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_aishah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.04.2005
Ahli No: 15657
Posting: 54
Dari: Kelate - KL

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-05-05 09:05




Saya pon selalu terpikir pasal bersanding ni..pelik sebenarnye...kalo nak bersanding kene hias lelawa, memahal, dah membazir kat situ.,,.pastu nak bersanding kol 2 kol 12 dah siap make-up sume, bersanding, amik gamba sane sini, tetibe dah masuk asar..zuhur kemane...bleh wat solat jamak eeh?...

pendapat saya..pakai lelawa sekali seumur hidup tu boleh..tapi biarlah berpatutan, asal org bleh kenal dan bleh bezakan mana satu pengantin mane satu tetamu..

kalo saya..personally saya tak nak bersanding, setakat bergambar biase biase tu bleh...kalo nak wat grand sangat pon biarlah grand dr sudut meraikan tetamu sebaik mungkin dan jangan lupakan org yg kurang bernasib baik...raikan mereka juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_aishahProfil   Hantar PM kepada puteri_aishah   Quote dan BalasQuote

nur_zhukhruf
Warga Rasmi
Menyertai: 16.05.2005
Ahli No: 16559
Posting: 8
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 11:49



Pada pendapat ana, bersanding ni memang tak dibenarkan dalam Islam. asal-usul bersanding ni sebenarnya datangnya dr Hindu.dah banyak kali sebenarnya isu ni dibincangkan,dan rata-ratanya semua para ulama tidak bersetuju dengan adat bersanding ni.Sebabnya:

1. yang wajib dalam perkahwinan hanyalah akadnya sahaja. kenduri kendara hanyalah untuk memberitahu orang bahawa si anak sudah berumah tangga, untuk mengelakkan fitnah di kemudian hari di samping menjamu hadirin.
2. bersanding ni mengikut amalan Hindu.
3. lebih banyak keburukan daripada kebaikan. cthnya, pembaziran: kos untuk baju,pelamin, tepung tawar, dll
4. di samping tu boleh mewujudkan masalah hati seperti riak, taksub, fitnah mengumpat dll. (yela, dah orang tengok si pengantin punya baju, lawa ke tidak, wajahya sepadan dengan pasangan ke tak, pelamin cantik ke tidak dan yang sewaktu dengannya) sepatutnya kita hadirin menginsafi dan ambil teladan dari ikatan perkahwinan tu.
5.si pengantin dan keluarga pulak dah jauh dari niat asal untuk memberitahu orang ramai bahawa si anak dah berkahwin, dan timbul lah riak untuk menunjuk-nunjuk. betul tak?
6. kalau nak mewujudkan persandingan, cukuplah sekadar majlis ringkas untuk kaum keluarga terdekat sahaja. tak perlulah nak buat pelamin yang grand-grand. tak perlu tepung tawar, atau nak kena sewa baju mahal-mahal. sekadar memberitahu hadirin inilah pasangan yang sudah berumahtangga hari ini, untuk mengelakkan fitnah di kemudian hari.(yela takut orang mengata sebab asyik ke hulu ke hilir berdua tapi orang tak tau yang dia ni dah kahwin.)

itu je yang ana dapat simpulkan daripada semua pemerhatian dan kajian ana terhadap isu bersanding ni. ini bukan kata-kata kosong tapi hasil perbincangan dengan beberapa ustaz dan uztazah. betul tak?? kalau tak betul apa yang ana tuliskan ni, boleh diutarakan dan ana akan usulkan semula dengan yang lebih arif.
wallahua'lam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_zhukhrufProfil   Hantar PM kepada nur_zhukhruf   Pergi ke nur_zhukhruf's Website   Quote dan BalasQuote

Nurul_Amin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2005
Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 14:56



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT2 KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN2 YANG BERNAS...,SEKARANG DAPATLAH SKET GAMBARAN...,SEMOGA KITA DAPAT MENEGAKKAN APA YANG BENAR DAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI KITA. INSYAALLAH



Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurul_AminProfil   Hantar PM kepada Nurul_Amin   Pergi ke Nurul_Amin's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-12-05 02:26


- bagi saya, kita seharusnya elakkan pembaziran, dan langsungkanlah majlis perkahwinan secara sederhana...

- orang yang membazir adalah saudara syaitan

- Islam mementingkan kesederhanaan dalam setiap perkara

- sebaik2 perkahwinan adalah yang ringan perbelanjaannya


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-12-05 02:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hamaki
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2004
Ahli No: 8765
Posting: 20
Dari: AlOr StAr

Kedah  


posticon Posting pada: 24-12-05 05:45


assalamualaikumm...

bersanding?pada pendapat sya....

ia merupakan adat yang telah lama dilakukan..

hmm..hukumnya harus... kerana tak bercanggah dengan islam dan tak terdapat dalil yang mengaharamkannya... tetapi dengan syarat...

-wanita bersanding hanya untuk dipamerkan pada wanita dan lelaki bersanding hanya untuk lelaki..

-tak melakukan upacara tepung tawar dengan tujuan yang tak tahu apa faedahnya...

-menutup aurat dengan baik dan sempurna...

tetapi adalah lebih baik tidak melakukan upacara bersanding sebab takkan tak kenal agaknya sapa bini dia,... hehehe

bersanding hanyalah adat semata-mata.... mengikut adat hindu, tapi jangan dok keliling api sudah laa.. hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamakiProfil   Hantar PM kepada hamaki   Pergi ke hamaki's Website   Quote dan BalasQuote

aku_eus85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2005
Ahli No: 13619
Posting: 86
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-12-05 07:46


barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia bukanlah dari golonganku...siapa kata bersanding tiada dalam hukum???

lain kali p belajar ilmu feqah tu dari A sampai Z...

belajar lah dengan ustz2 yang memang betul-betul nak jaga agama, jangan duk cari ustz hadhari yang duk nak punah agama, sebab tu fatwa hanya berdsrkan atas kpntingn saja!!!

pasal bersanding, bayangkan orang ramai yang tengok sampai ada yang terjungil butir mata... lepas tu ada yang membanding2kan antara psng...psngn xbrpa secocok la.. perempuan cun tapi llki..huh.. semuanya boleh terdetik kat hati.. syaitan ni ganas, dia hias muka pngantin lagi lawa dari mak andan, lepas itu sorg2 pakat buat tilikan..dashat itu... perkara yang membuka kepada FITNAH ni boleh dikata HALAL ke??? ermm.. macam-macam lagi la...tak mahu state banyak-banyak, sebab kalau yang xfhm tu akan terus mngatakn memang akan sntiasa brdalih....

sory kalau kasar sdikit...

wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_eus85Profil   Hantar PM kepada aku_eus85   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-05 10:51


sapa2 yang hidupkn sunnah Nabi dizaman faskh dan mungkar..ganjarannya 100 pahala shahid...
sapa2 yang xikut sunnah maka jadi punnah....

adat tak ada nilai disisi Allah
adab sunnah lebih mulia dari arasy Allah

think saudaraku...nak jaga hati famly ke nak jaga hati nabi s,a.w?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121508 saat. Lajunya....