Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Terhangat di Pasaran


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Terhangat di Pasaran

Please Mendaftar To Post


Oleh Terhangat di Pasaran

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 01:32




ni bukan citer ana, copy & paste jek dr laman Tokeikedai..

-------------------------------------------------

Tina tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Dia sedar dia sudah terlewat dari perancangan awal. Tanpa mempedulikan beg kertas barang-barang runcit yang sedang dikendongnya, terus dicampakkan semua beg itu ke atas meja. Dan dirinya sendiri, terkocoh-kacah mengambil tempat di atas sofa, di ruang tamu. Kebetulannya Sharifah sedang bersandar senang di situ, dan gadis itu kelihatannya tersenyum jempul menyaksikan keadaan dirinya yang bagaikan atlit baru lepas membuat larian pecut.
Tina tidak kuasa mahu memikirkan apa yang sedang Sharifah fikirkan. Apa yang paling penting, tumpuannya harus diberikan sepenuhnya kepada rancangan realiti terbaru, “Terhangat di pasaran”, terbitan channel Senyum. Dan satu kemestian utama buat kipas susah mati (die hard fan) rancangan ini ialah menyediakan sebuah handset yang lengkap berisi kredit. Kredit itu semua akan digunakan untuk mengundi (TDPUNDI) bintang pujaannya, iaitu Harry, Natsuda, Ken dan Nick, supaya mereka semua terselamat daripada disingkirkan minggu ini.

Oh ya..terlebih dahulu.. biarlah dia menjelaskan serba sedikit berkenaan rancangan Terhangat di Pasaran ini. Rancangan ini bermula dari episode pertamanya, memperkenalkan 10 orang jejaka tampan dari pelbagai pelusuk negara. Mereka akan diajar mengikuti pelbagai bentuk kursus penjagaan diri, peragaan, grooming, lakonan dan fotografi. Selama sebelas minggu diberi pelbagai tunjuk ajar dari jururunding berpengalaman, mereka juga akan diberikan keselesaan menginap di sebuah istana diraja yang disewa khas untuk mereka. Setiap minggu seorang peserta lelaki yang paling kurang undiannya akan disingkirkan keluar. Dan pada minggu terakhir, dua orang peserta akan bersaing sesama sendiri untuk merebut juara pertama terhangat di pasaran. Mereka akan diberi kontrak menjadi model terkemuka, cover untuk majalah MASKULIT, seterusnya menjadi pelakon terkemuka filem terbitan Berdosa Picture Production.
Ah, sudahlah… Dia terlalu banyak bercerita. Sekarang program Terhangat di Pasaran sedang ditayangkan di kaca tv. Marilah kita mengalihkan perhatian kepada episode kedua yang tampaknya semakin menarik ini…
“Hoi Tina.. waktu mahgrib dah nak habis ni.. kau dah sembahyang maghrib ke belum?” tiba-tiba Sharifah menepuk bahu Tina dari belakang.
Tina tersentak dan terganggu. Dia menarik muka bengang.
“Apalah kau ni.. ganggu konsentrasi aku je..” rungutnya sambil menepis tangan Sharifah dari bahunya.
Sharifah menggelengkan kepala agak kesal.
“Aku cuma nak tahu..kau dah sembahyang maghrib ke?”
“Hari ni aku cutilah!”
“Aik..takkan setiap hari sabtu malam ahad jer..kau cuti?”
“Kau ni sibuklah.. nanti lepas habis rancangan ni, aku sembahyanglah..”
Semakin dalam keluhan kesal terbit dari sudut hati Sharifah apabila mendengar pengakuan bersahaja dari bibir kawannya itu. Memang begitulah keadaan Tina tatkala sedang menonton rancangan Terhangat di Pasaran. Tina bukan sahaja tidak boleh ditegur, malah sebarang temujanji paling mustahak sekalipun pun tidak boleh dibuat sekiranya ia bertembung dengan waktu konsert mingguan program berkenaan. Dia tidak mengerti apa menariknya melihat lelaki-lelaki gagah menggayakan pelbagai pakaian dan menayangkan susuk badan, sedangkan mereka juga sama seperti manusia lain. Mereka juga ada kelemahan dan kekurangan. Sekiranya topeng kosmetik dan sarung pakaian berjenama mereka ditanggalkan, mereka akan kelihatan sama seperti manusia biasa yang lain. Manusia yang perlu makan apabila lapar, perlu minum apabila dahaga, perlu tidur apabila keletihan dan perlu ke tandas untuk menyahut seruan alam.
Sudah banyak dia berdebat dengan Tina mengenai perkara ini. Pertama, sikap Tina yang gemar menangguh-nangguhkan solat semata-mata kerana enggan terlepas menyaksikan babak-babak menarik bermula dari tujuh setengah petang lagi. Kedua, Tina sanggup menghabiskan puluhan ringgit hanya kerana mahu mengundi jejaka pujaannya supaya terus kekal dalam persaingan bagi minggu yang berikutnya. Dan yang paling tidak dapat diterima oleh kewarasan Sharifah ialah, Tina seringkali menangis tersesak-esak apabila jejaka pujaannya dimarahi oleh jururunding ataupun jejaka itu terpaksa pula disingkirkan kerana kekurangan undian.
Banyak kali dia menasihati Tina tetapi Tina belum bersedia untuk mematuhinya. Sering dia menegur sikap fanatic dan ketaksuban Tina yang sia-sia itu, tetapi nyata semua usahanya tidak mendapat reaksi yang sewajarnya. Segala-gala kata-katanya dipermudahkan, segala kebimbangannya dipersendakan, bahkan Tina mengganggap dia merupakan spesis kolot yang kini semakin terancam bilangannya. Kata Tina, orang konservatif seperti dirinya sepatutnya sudah tidak wujud lagi di zaman ini.
Sharifah terima semua itu dengan hati redha. Dia sedar bukan keupayaannya untuk merubah hati manusia. Hidayah dan petunjuk datangnya dari yang Maha Esa. Tanggungjawabnya cuma untuk memberi peringatan, dan selebihnya terpulanglah kepada Allah untuk menentukannya. Akhirnya, tatkala azan isyak mula berkumandang, Sharifah pun bingkas dari atas sofa meninggalkan Tina sendirian di situ. Perlahan-lahan dia menghilangkan diri ke bilik air dan dia sudah pun bersedia untuk menunaikan kewajipannya kepada Tuhan yang telah menciptakan sekalian manusia.
Terduduk sendirian di sofa, mata Tina tidak berkelip-kelip menyaksikan peserta-peserta akademi menggayakan pelbagai baju kasual di atas pentas. Hatinya menjadi lebih tenteram setelah Sharifah berlalu. Kini dia dapat menumpukan perhatiannya seratus peratus tanpa diganggu oleh sesiapa. Ustazah tak sekolah tadi sudah pun pergi sembahyang, dan sekarang tinggal dia sendirian. Dia dapat menarik nafas lega, tersenyum-senyum sendirian menyaksikan lelaki pujaannya yang bertubuh kekar dan mempunyai lirikan mata yang mempesona, memberikan pose-pose istimewa di atas pentas berbentuk T itu.
“Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.. siapakah gerangan pelajar yang akan pulang meninggalkan akademi untuk hari ini!” begitu ucap Karimah, pengacara wanita yang memang seksi dan bertubuh padat, pengacara yang bukan sahaja popular kerana kepetahannya berbicara tetapi dalam masa yang sama turut terkenal dengan keberaniaannya mengenakan pakaian-pakaian singkat dan menggiurkan.
Tina menarik nafas bimbang. Jantungnya berdegup kencang. Diperhatikannya satu demi satu jejaka yang sedang berbaris. Sembilan orang semuanya. Setiap seorang punya karisma dan keunikan tersendiri. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Tina mengekalkan kesemuanya dalam barisan persaingan yang akan datang. Tetapi dia sedar, konsep rancangan berkenaan tidak membenarkannya. Setiap minggu, seorang peserta terpaksa jua dibawa pulang. Dan untuk minggu ini, siapakah orang itu? Adakah Harry yang berwajah Melayu-Itali itu? Atau Natsuda, jejaka kacukan Jepun? Kalau tidak Ken pun yang berwajah cina itu, tentu sahaja Nick, jejaka berwajah keanak-anakkan itu akan menjadi mangsa.
Ah, dia tidak sanggup melihat salah seorang dari mereka disingkirkan keluar. Mungkin nasib kali ini menyebelahi Harry kerana gaya machonya semasa di kolam renang tadi berjaya memikat perhatian juri. Natsuda pula, aksi senamannya di gymnasium pun tidak kurang hebatnya. Apa barangkali Ken akan disingkirkan kerana kegugupannya sewaktu menjawab soalan pengaraca sebelum ini? Atau barangkali Nick kerana pakaian peragaannya yang kurang sesuai?
Atau Johan? Atau Azlan? Atau Ashraf? Zack? Chong?
Ah.. semua ini kebimbangan yang ketara! Nyata sekali dia tidak sanggup kehilangan seorang pun dari mereka!
“Keputusan sudah ada di tangan saya…” umum Karimah sambil mengukir senyuman mengusik. Ditayangkan kad undian sms di tangannya kepada peserta-peserta lelaki di sebelah kirinya. Dan sejurus, dia pun mengoyakkan pelekat kad itu, lalu membuka dan membacanya.
Tina menahan nafas. Gugup. Jantungnya bagai mahu berhenti berdegup.
“Peserta yang terpaksa dihantar pulang minggu ini ialah…”
Tina menanti.
“Peserta itu adalah…”
Mata Tina tidak berkedip.
“Ashraf!!!!” umum Karimah galak dan lantang. Bergemalah suara riuh-rendah penonton dari ruang ballroom, sementara peserta-peserta lelaki di atas pentas pula sedang berpelukan bersama Ashraf. Ada yang senyum kerana kelegaan dan ada juga yang senyum kehibaan kerana terpaksa berpisah dengan seorang lagi teman seperjuangan mereka.
“Sial!” Tina mencampakkan remote tv ke atas permaidani. Geram.
“Aku ingat Johan yang perasan tu terkeluar! Rupanyer Ashraf pulak! Prestasi dia ok je.. tak adil betul!” gerutu Tina tidak keruan. Dia tidak sama sekali menduga Ashraf akan menjadi mangsa undian sms kali ini. Dalam penilaiannya, Ashraf memang berbakat dan berkebolehan bagi menjadi seorang public figure terkemuka. Sayangnya, Johan yang perasan itu tampaknya lebih diminati dan digemari. Apalah daya Tina untuk merubah segala keputusan itu. Begitulah lazimnya keputusan hasil undian ramai. Biarpun seseorang peserta itu mungkin jauh lebih baik dari peserta yang lain, namun kehendak penonton tidak dapat tidak terpaksa jua dituruti.

Diari harian; minggu ke tiga, hari selasa..
(Siaran secara langsung) Karimah seperti biasa tampil mengenakan seluar jeans sendat dan t-shirt singkat, menyerlahkan perutnya yang cantik itu, berjalan-jalan di pinggir jalan Pasar Seni, menemuramah beberapa orang pesiar pejalan kaki. Gaya lincah dan tutur katanya yang galak dan memikat, memang mudah meraih tumpuan pengunjung. Untuk kali pertamanya, dia menarik tangan seorang remaja perempuan yang kebetulannya sedang berjalan berhampiran.
“Ok.. apa nama adik ni?” Karimah menghulurkan mikrofon kepada gadis itu. Mereka berdua sama-sama tersenyum memandang kamera. Karimah tampak yakin sementara gadis sebelahnya pula tampak agak gementar dan serba salah.
“Err..saya.. nama saya Ella..” jawab gadis itu malu-malu.
“Wah.. Ella ya? Macam nama penyanyi Ella yang popular tu ke?” celah Karimah merancakkan suasana.
“Eh.. tak lah.. nama saya bukan ikut nama penyanyi tu.. nama saya ikut nama betul kak Karimah la.. apa namanya tu, ah.. Siti Tumpella kan?”
Karimah terkejut sejenak. Berubah air mukanya gugup.
“Err.. macam mana awak tahu nama betul saya?”
“Ala.. kak Siti Tumpella.. kita kan sekampung dulu.. selalu nampak kak Tumpella pagi-pagi keluar pakai baju kurung pegi menoreh getah..”
“Issy.. adik ni..” bisik Karimah sambil mengetap gigi, malu. “Kita on air ni.. jangan lah pecah lobang, panggil aja Kak Carrie dah lah. Satu Malaysia ingat kakak ni kacukan pan Asia..”
“Alah kak.. dulu kemain pakai baju kurung.. tudung.. anak ustaz lah katakan. Tak sangka sekarang bila dah popular.. dah tak cukup duit nak beli kain labuh-labuh..”
“Erk..” Karimah tertelan sesuatu. Mukanya bertukar merah padam.
“Bert! O, Bert..!” panggilnya kepada jurukamera yang sedang merakamkan perbualan mereka.
“Apa?” Bert meninjaukan sedikit kepalanya dari lubang focus kamera, memandang Karimah.
“Commercial break! Commercial break!” teriak Karimah, memberi isyarat tangan.
“Apa dia?” ternyata Bert belum lagi mengerti.
“Orang kata Commercial Break, Commercial Breaklah bodoh!”
“Apa? Nak tekan brek?”
“Hoi bangang! Aku kata Cut! Cutlah!”
Terkikih-kikih Tina menahan ketawanya menonton adegan itu menerusi kaca television. Tersembur keluar beberapa keping pop corn dari dalam mulut, dan sisanya bertaburan di atas permaidani. Sharifah menggeleng-geleng jengkel menyaksikan tingkahlaku ganjil Tina. Lantas dia bingkas, meninggalkan gadis itu bersendiri.
“Aku dah agak.. pompuan ni mesti pompuan kampong punya! Karimah konon, padahal Siti Tumpella!” ujar Tina seorang diri. Untuk seketika perhatiannya kembali ke kaca tv setelah selingan penaja berakhir. Siaran TDP berputar semula di kaca tv. Karimah muncul sekali lagi, kali ini dengan riak muka yang agak malu dan tutur kata tersekat-sekat.
“Maafkan saya penonton semua..err.. tadi ada kesilapan teknikal..” ucap Karimah dalam kesipuan. “Sekarang mari kita temuramah adik yang comel ni pulak..” sambungnya lantas menghampiri seorang gadis berambut pony dan berskirt pendek, di bawah pohon pinang, tempat kebanyakan muda-mudi melepak bersama kawan-kawan mereka.
Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Julia. Dia tersenyum di hadapan kamera, memberikan pose menggoda buat tatapan para penonton.
“Okey.. Kak Carrie nak tanya Julia, agak-agaknya sapalah pelajar yang akan Julia undi hujung minggu ni nanti?” tanya Karimah sambil menyuakan mikrofon kepada Julia.
Julia mengikik ketawa mendengar.
“Oh, undi ya?” dia mengangkat keningnya. “Hemm..mestilah I want to vote for Harry.. wait.. I think I’m gonna vote for Natsuda..”
“Ha, kenapa nak vote Natsuda, or sebelum tu Harry?” celah Karimah penuh semangat.
Julia membungakan senyum miang.
“Of course lah sebab dia orang handsome, macho dan menggegarkan hati I..”
“Tapi bukan ke Natsuda selalu menimbulkan masalah semasa aktiviti berkelompok?”
“Hey, who care?” jeling Julia manja. “I tak kisah semua tu…janji dia gorgeous. Dalam pandangan I, dia sorang aja yang layak merangkul anugerah jejaka terhangat di pasaran sebab he’s hot!”
Karimah mengangguk-angguk kagum. Lega sedikit hatinya berhadapan dengan seorang sukarelawan yang ‘sporting’. Biarpun kegedikan Julia berjaya menyelamatkan keadaan, namun batinnya masih lagi berasa malu atas keterlanjuran peristiwa sebelum ini.
Selepas melayan beberapa rangkai lagi bicara sukarelawan tadi, Karimah beralih pula menyerbu seorang pemuda berkacamata yang kebetulannya baru keluar dari dalam pintu kaca Pasar Seni. Terpinga-pinga remaja berkenaan menyaksikan cahaya spotlight dan lensa kamera tiba-tiba difokuskan menghala ke arahnya.
“Ha.. sekarang kita nak temuramah remaja handsome ni pulak!” teriak Karimah kepada sekalian penonton. Dia berlari-lari anak menarik tangan remaja lelaki berkenaan dan mengajaknya duduk di atas bangku batu.
“Err.. N..nama saya Mohsen..” beritahu remaja lelaki itu, gugup dan gementar.
“Ha.. Mohsen.. Boleh tak kak Carrie panggil you Sean aja?” balas Karimah lembut lunak.
“Err.. sebenarnya saya tak faham apa yang berlaku ni?”
“Ala Sean ni.. takkan lah tak kenal kat akak, Kak Carrie, C.A.R.R.I.E yg vogue the vast, pengacara hot Terhangat di pasaran tu?”
“Apa dia? Terhangat di pasaran?” terkejut besar Mohsen mendengar. “Astagfirullah.. program maksiat tu! Program khurafat! Program zina! Berdosa besar program tu!”
“Eh.. Sean..” lidah Karimah menjadi kelu disembur oleh kata-kata mencemuh dan menjatuhkan air muka. Dia cuba hendak tersenyum tetapi rasa cemasnya pula tampak lebih ketara.
“Sudah! Sudah! Saya tak mahu bersubahat dengan program maksiat ni! Sudah!” terus Mohsen bangun menunjukan kemarahannya.
Karimah kancing gigi dan matanya terkebil-kebil.
“Bertaubatlah! Program macam ni boleh merosakkan masyarakat!”
Bert mengalihkan kameranya, merakam pergerakan Mohsen meninggalkan medan temuramah. Setelah lelaki itu pergi kian jauh, dia mengalihkan semula kameranya merakam air muka Karimah yang sedang pucat lesi dan tergamam. Namun, reaksi itu cuma untuk seketika , dan apabila Karimah sedar tingkahlakunya sedang menjadi perhatian umum, cepat-cepat dia menjerit, memaki Bert supaya mematikan lampu kamera.
“Bodoh! Rakam muka aku buat apa! Kau saja nak spoil aku! Tergugat akak hari ni!”
Sekali lagi Tina ketawa terbahak-bahak di hadapan kaca tv. Dia melontarkan beberapa keping pop corn ke skrin tv sebagai tanda mengutuk nasib malang menimpa Karimah. Entah kenapa program Terhangat Di Pasaran yang sepatutnya bercorak cabaran realiti itu, tetapi hari ini kelihatan seperti sitcom jenaka yang dilakonkan oleh badut-badut negara.
“Bengong punya betina.. puas hati aku! Kena fire sikit dengan mamat mohsen tu..cayalah Mohsen!” Tina terus menghamburkan ketawanya. Akan tetapi ketawanya itu tiba-tiba hirap apabila Sharifah mendadak muncul di hadapannya bersama sepasang telekung. Gadis itu menutup tv sambil bercekak pinggang.
Tina mendengus menyampah, memalingkan mukanya.
“Ha.. kau ni ketawakan si Carrie, Kau tu dah sembahyang ke belum? Asar dah nak habis..maghrib pula dah nak masuk.” Tegur Sharifah lantang dan tegas.
Tina menarik muka masam.
“Sibuklah kau ni.. aku nak enjoy sikit pun tak boleh..” rungutnya.
“Dulu..kau tak macam ni pun! Sejak ada program Terhangat di Pasaran, aku tengok kau ralit sangat. Sampai sembahyang pun tunggang langgang..!”
“Eh, suka hati akulah! Aku bukannya kacau kau !”
“Apalah besar sangat peserta-peserta lelaki tu sampai kau fanatik macam orang hilang akal!”
“Eh kau ni..” tingkah Tina, tercabar. “Overlah!”
“Memang aku over! Buat apa nak diagungkan mamat-mamat tu semua! Kalau mereka tu berak ke, kentot ke, busuk gak!”
“Hei!” Tina bingkas meradang. “Apa kau cakap benda-benda kotor macam ni! Kalau nak sound orang pun biarlah berpada-pada..”
Sharifah menggeleng-geleng kepala kekesalan. Ternyata usahanya untuk menyedarkan kawannya itu belum lagi membuahkan hasil. Hati Tina terlalu keras. Jiwanya sudah mabuk dirasuk oleh ketaksuban kepada manusia yang serba lemah dan kekurangan, sedangkan minat sebenar harus ditujukan seratus peratus buat Allah yang Maha sempurna lagi suci dari segala cacat cela.
“Natsuda dan Harry aku tu takkan kentot dan berak. Mereka tu suci.. kalau dia orang pegi tandas pun.. mesti wangi..” Tina masih cuba membela dirinya, biarpun hujahnya itu ternyata daif dan kosong.
Sharifah senyum lucu mendengar. Kenyataan Tina itu langsung tidak boleh hendak diterima oleh logik akal. Masakan seorang manusia boleh terpelihara dari pergi ke tandas atau melepaskan hajat, sedangkan itu satu keperluan dan kemestian. Tanpa hakikat itu, seseorang manusia mungkin boleh jatuh sakit atau mengalami keracunan tubuh badan.
“Sudahlah Tina.. aku tak mahu bertekak dengan kau pasal perkara ni.. This is nonsense.. you’re too fanatic!” putus Sharifah akhirnya. Mengalah bukan kerana kalah tetapi kerana ia hanya usaha membuang masa. Kepala Tina sudah terlalu membatu sehinggakan air paling dingin sekali pun belum tentu dapat melembutkannya.
“Ha.. tahu pun nonsense.. so lain kali jangan memandai-mandai nak sound aku!” tempelak Tina bangga.
“Whatever!”
Sharifah memalingkan tubuhnya lantas beredar. Tina terkikih-kikih ketawa sendirian apabila mengenangkan hujah bodohnya tadi. Baru disedarinya betapa dia terlalu meminati lelaki-lelaki itu sehinggakan pada pandangannya mereka terlalu sempurna, sedangkan setiap manusia itu hakikatnya Tuhan ciptakan dengan 1001 kelemahan dan kekurangan.
“Ah, biarlah aku nak imagine apa-apa..” dia membuat kesimpulan mudah. “Kepala otak aku, aku punya sukalah! Lagi pun bukannya kena bayar!” lanjutnya bersahaja sambil melenggang malas menuju ke bilik air.

Bersambung….

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 01:33


Pagi masih terlalu awal untuk menyambut ketibaan mentari. Sharifah mengintai sejenak menerusi pintu bilik. Tina sedang terbongkang di atas katil ditemani sebuah majalah hiburan memaparkan empat orang peserta Terhangat di Pasaran sebagai cover. Dia menggeleng-gelengkan kepala kesal. Hampir tujuh kali dia kejutkan kawannya itu supaya bangkit menunaikan solat subuh, tetapi keputusannya tetap sama. Tina terus tidur nyenyak menggomoli bantal dan teddy bear tanpa menghiraukan tanggungjawabnya menyembah kepada yang Maha Esa.
Sharifah singgah ke ruang tamu. Dia menghidupkan kaca tv. Menonton siaran Malaysia Hari Esok. Sambil menghirup air koko yang baru dibancuhnya, terkebil-kebil matanya menatap kepetahan perantara rancangan, Baby Fana sedang menemuramah dua orang tetamu, yang segera pula dikenali sebagai Azlan dan Ashraf. Ceria sekali dua jejaka reality tv tersohor itu menjawab soalan Baby Fana, ditambah dengan lagak selamba mereka menjawab soalan-soalan dari talian telefon.

Dalam hati Sharifah berdetik; jika Tina tahu bahawa jejaka pujaannya sedang muncul secara langsung di kaca tv, tentu melompat terus gadis itu dari peraduannya, tergopoh-gapah hendak menghadap television. Dan hakikat itu sangat membimbangkan Sharifah. Dia bimbang dengan kesanggupan seorang manusia mengetepikan keletihan semata-mata mahu mengikuti rancangan tv, tetapi jika ia berkaitan kewajipan dan tuntutan terhadap Illahi, manusia akan bermalas-malas dan sedaya mungkin cuba untuk melengahkannya.
Dalam konteks ini, ia berkait rapat dengan akidah. Yang mana satukah lebih besar di hati kita? Adakah Tuhan yang menciptakan sekalian manusia ataupun makhluk yang serba lemah itu? Ah, kadangkala kita cepat melenting jika ada orang mempertikaikan kesahihan iman dan islam kita, tetapi sebenarnya perbuatan kita sedang menjurus ke arah itu.
“Ok.. sekarang saya nak tanya pada Azlan..” potong Baby Fana bijak, mencantas percakapan Ashraf tadi yang kedengarannya terlalu meleret-leret, panjang tetapi kosong. Ashraf masih mahu menyambung kata-katanya tetapi apabila menyaksikan Baby Fana tidak lagi menumpukan perhatian kepadanya, dia menjadi malu sendiri.
“Ok Azlan..saya ada soalan cepu mas untuk awak..” ujar Baby kepada jejaka berbaju jarang dan berambut ala-ala hero filem hong kong, di sebelahnya.
Azlan senyum ‘control’ sambil membetulkan kedudukan seluar hitam plastiknya yang sendat.
“Saya nak tanyalah..” Baby memulakan soalan. “Ramai orang cakap peserta-peserta terhangat di pasaran terdiri daripada mereka yang perasan diri mereka tu handsome, tampan.. macho dan yang sewaktu dengannyalah.. jadi Azlan sendiri sebagai seorang peserta, apa pendapat anda terhadap pandangan seperti ini?”
“Oh.. pandangan itu ke?” Azlan menarik nafas gugup. “Sebenarnya pendapat saya.. negara kita adalah sebuah negara berdaulat. Saya sukakan penyanyi Shasha Omar.. saya juga suka makan pizza.. kadang-kadang berenang dapat menyihatkan badan..”
“Eh, saudara Azlan.. jawapan tu tak menjawab soalan saya..” potong Baby Fana cepat-cepat.
Azlan tersentak. Matanya terbeliak tetapi masih sempat mengawal gaya dan penampilannya.
“Soalan saya tadi, apa pendapat anda tentang komen-komen yang mengatakan kononnya korang ni perasan, overacting, syok sendiri… dan sebagainya?”
“Biar saya jawab cik Baby!” celah Ashraf tiba-tiba, mengangkat tangannya tinggi-tinggi.
Baby terkejut dan tergamam. Tidak diduganya Ashraf boleh bertindak sedemikian, satu tingkahlaku yang dikiranya kurang sopan, lebih-lebih lagi di hadapan kamera. Dia masih berkira-kira hendak membuat keputusan tetapi Ashraf terlebih dahulu sudah menyambungnya.
“Saya memang tak boleh tahan dengan komen-komen seperti tu..” ulas Ashraf bersungguh-sungguh. “Ada ke dia orang kata yang kami ni perasan, syok sendiri! It’s too much okey..”
Mata Baby Fana terkelip-kelip mengikuti gerak tangan Ashraf turun naik ke atas, persis seorang senator berbahas dalam parlimen. Azlan di sisi pula senyum-senyum mengangguk, sambil membetul-betulkan lagi kedudukan seluar hitam plastic sendat yang mengancam keselesaannya.
“Kami sedar yang kami ni memang handsome.. bertubuh menawan.. gorgeous.. macho.. gagah dan hebat. Tapi kami bukan orang yang perasan!” Ashraf sudah mula mengentak-hentak meja. “Biarpun kami menjadi kegilaan remaja, kerana susuk tubuh memukau.. bijak berbicara.. romantik dan ada sensuality istimewa.. tapi kami bukan perasan! Kami tak suka orang salah sangka terhadap kami.. kami jejaka berkualiti dan sempurna, bukannya kumpulan jejaka perasan!”
“Okey..okey.. sabar saudara Ashraf!” Baby Fana terpaksa menenangkan suasana. “Kita ada dapat satu panggilan ni… dari johor dengarnya.. dia nak bercakap dengan saudara Azlan kita.”
Baby Fana mengalihkan pula perhatian penonton kepada Azlan. Azlan senyum-senyum bangga. Sekali lagi dia berkalih membetulkan kedudukannya di atas sofa.
“Hallo? Kak Baby Fana ya?” bergema suara seorang gadis dari corong telefon.
“Ya..ya..anda sekarang bersiaran secara langsung.. sila tanyakan soalan cik kepada saudara Azlan kita!” balas Baby Fana, ramah sekali.
“Hallo Azlan!” sapa suara tadi, manja.
“Hallo!” jawab Azlan agak gugup.
“Saya Sofea.. dari Kulai..”
“Oh.. cik Sofea.. apa khabar?”
“Eh..saya bukan cik lah.. panggil saya encik!”
“Apa?”
“Nama betul saya Yusof.. tapi kawan-kawan kat sini panggil saya Sofea.. auww!”
Mata Azlan terbeliak. Cemas.
“I memang minat kat U! U memang taste I.. auw!”
“Err..” Azlan hilang kata-kata.
“Tiap-tiap minggu I vote for you… tiga puluh ringgit you!” ucap Sofea dalam nada manja dan tergedik-gedik. Azlan kian cemas dan kelu. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
“You bagilah alamat you kat I.. boleh kita jumpa!”
Azlan kancing gigi.
Akhirnya Baby Fana terpaksa memotong talian. Sambil menunjukkan lagak bersahaja, dia tersenyum memandang kamera. “Alamak.. talian terputuslah para penonton.. Minta maaf ya kepada ‘encik’ Sofea tadi.. ada sedikit kesilapan teknikal..” ujarnya dalam senyuman menyeringai. “Okey.. sebelum kita teruskan perbincangan yang hangat ni.. kita berehat dulu! Commercial break please!”
Klik! Sharifah mematikan television. Jam telah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Dia perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Dan apabila dia bingkas dan berpaling, dilihatnya Tina sudah terdiri di hadapannya bersama gumpalan selimut dan wajah yang termangu-mangu. Dia benar-benar kaget. Dia tidak sedar sejak bila kawannya itu tiba di situ.
“Huh, kejam!” tempik Tina bengang.
“Erk.. apa yang kejamnya?” balas Sharifah pura-pura tidak mengerti.
“Saja nak sabotaj aku, tak bagi tahu pun Azlan dan Ashraf kuar kat kaca tv!”
“Hey, please!” tingkah Sharifah sinis. “Jangan nak salahkan aku pulak. Aku dah kejutkan kau dari pukul enam tadi lagi, ok?”
“Tapi kau tak cakap pun pasal dia orang!”
“Oh.. kalau pasal dia orang ni, sanggup nak bangun pagi-pagi.. kalau sembahyang subuh, malas!”
“Hissh.. menyampahlah.. tak habis-habis nak fire aku!” Tina memuncungkan mukanya, masam.
“Ini bukan fire..” tegas Sharifah serius. “Ini peringatan namanya.. nasihat!”
“Eleh.. nasihat konon.. aku tahulah yang kau sebenarnya minat gak dengan dia orang kan?” Tina cuba menaburkan serkap jarang. “Kalau tak takkanlah kau sampai hati nak tengok sorang-sorang.. aku tahu kau takut aku nampak, kan?”
Sharifah mengetap bibir geram. mendengar dugaan ‘kurang asam’ Tina. Direnungnya gadis itu tajam sedangkan Tina pula hanya memberikan senyuman puas kerana berjaya menyakitkan hatinya.
“Kau ni overlah Tina!” gerutunya. “Kau ingat aku ni macam kau ke? Minat kat jejaka-jejaka plastik tu!”
Tina menjeling menyampah.
“Macamlah aku tak tahu.. salah seorang peserta terhangat di pasaran tu adalah bekas kekasih kau!”
Sharifah tersentak. Serta-merta air mukanya berubah.
“A..apa kau cakap ni?” suaranya tiba-tiba bertukar menjadi tidak menentu.
“Jangan ingat aku tak tahu.. Zack adalah buah hati kau, kan?”
“Err..” dia terperangkap. “Macam mana kau tahu?”
“Aku nampak gambar kau dengan Zack masa kat universiti dalam album.” Tina menjelaskan bersama lagak bangganya.
“Ah.. itu kisah lama aku..” potong Sharifah cepat-cepat. Dia sudah tidak tertahan mahu menghadapi perbualan serupa itu. Sebelum rahsianya terus terdedah, baik sahaja dia menghayun langkah kaki, pergi.
“Kau berpisah dengan Zack sebab dia masuk program ni kan?”
Langkah Sharifah termati. Jantungnya seakan mahu berhenti berdegup. Tangan dan kakinya menggigil kuat menahan gelisah.
“Aku tahu pendirian kau. Dan aku tak akan hairan kalau kau sendiri yang meminta untuk berpisah dengan dia..”
Sharifah memejamkan mata. Air jernih mengalir perlahan membasahi pori-pori pipi.
“Ia tak adil Ifa..” lanjut Tina terus-menerus. “Ia tak adil bagi Zack. Kau menghukumnya hanya kerana dia masuk pertandingan tu!”
Telinga Sharifah bertukar panas dan dadanya seakan terhimpit. Kata-kata Tina terlalu tajam. Dia tidak betah membiarkan dirinya diserang sebegitu. Ia hanya membangkitkan luka lama dan perasaan serba salahnya.
“Apa salahnya kau bertolak ansur dengan Zack.. sedangkan kalian berdua saling mencintai.. Apa salahnya kalian berdua berdamai demi meraih satu perhubungan yang membahagiakan?”
“Cukup!” bentak Sharifah tiba-tiba. Begitu kuat jeritan itu sehingga kecut tubuh Tina jadinya. Belum pernah dia melihat reaksi Sharifah sedemikian. Dan ternyata ia berjaya membuatkan dia diam.
“Cukup Tina..” ulang Sharifah semula, dalam nada yang lebih lembut. Dia berpaling merenung Tina dan pandangannya mengandungi semacam perasaan sayu serta terkilan.
“Aku tak akan bertolak ansur dalam perkara agama. Mungkar tetap mungkar.Kalau dia tak boleh hendak mentaati perintah Allah, aku juga tak boleh hendak terus mengasihinya, mengerti?”
Tina mengangguk takut-takut. Sedia diketahui betapa teguh pendirian kawannya itu, dan betapa kukuh pula Sharifah mengamalkan perintah-perintah agama. Dia sangat kagum akan keberanian gadis itu mengorbankan cinta dan kasih-sayang demi mentaati perintah Allah. Itulah satu bentuk amalan yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh manusia pada zaman ini. Diperhatikan longlai Sharifah menghayun langkah kaki pergi meninggalkan dirinya terkedu sendirian. Entah kerana simpati atau terharu, matanya serasa basah ditakungi oleh air-air hangat. Dan ia dapat pula dihapuskan secepat mungkin tatkala ingatannya melayah kepada rancangan Malaysia Hari Esok yang masih bersiaran di kaca tv. Cepat-cepat dia mencapai remote control berhampiran, melompat duduk di atas sofa dan terus menghidupkan kaca television. Harap-harapnya biarlah segmen bermesra bersama Ashraf dan Azlan masih ke udara dan dia dapat mengenali dua ‘beautiful man’ itu dengan lebih dekat lagi.
Wajah Baby Fana muncul pada skrin television. Anggun, sopan dan menawan seperti selalu.
“Okey.. sekarang kita berpindah kepada segmen tazkirah.. kita menjemput tetamu kita Ustaz Roomai Nor Husin dari Fakulti pengajian Islam UIA masuk ke studio..” umum Baby Fana sepatah demi sepatah. “Tajuk kita hari ini ialah pengaruh reality tv kepada masyarakat Islam!”

Tina mengeluh kecewa mendengar. Pantas jari-jemarinya menekan butang off pada remote control. TV terpadam dan dia kembali terbongkang menyambung tidurnya. Krooh..kroohh..suara dengkurnya bergema memecah suasana..

Bersambung….

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 01:34


Teguran Tina pagi tadi masih mengganggu fikiran Sharifah. Terngiang-ngiang setiap susunan kata-kata, dan satu-persatu terbit menjadi cambuk yang memukul-mukul. Bibirnya terketar dan jantungnya bergelodak. Sesungguhnya dia tidak dapat membohongi diri bahawa dia masih menyintai Zack. Cinta yang mereka bina sejak sekolah berasrama masih kukuh dan harum sehingga kini. Zack, seorang pemuda yang dahulu dicintai kerana kesederhanaan dan keteguhan pendirian agamanya, tiba-tiba berubah menjadi seorang jejaka liar dan bebas Kerjayanya sebagai pegawai pengiklanan di sebuah agensi pengiklanan, telah merubah satu demi satu pendirian Zack, dari seorang pemuda yang pemalu dan taat kepada perintah agama, tiba-tiba bertukar menjadi seorang jejaka tampan bergaya, sosial dan gemar berlibur. Setiap hari Sharifah memendam rasa menyaksikan perubahan kekasihnya, semakin lama semakin jauh dari perintah Allah. Sangkanya dulu, inilah bakal suami soleh yang akan menjadi lorong memandunya pulang bertemu Illahi, tetapi sekarang dia sudah tidak begitu yakin lagi.

Memang Zack masih mencintainya. Memang Zack masih penyayang dan ambil berat kepadanya. Tetapi tingkahlaku lelaki itu, yang kini gemar menggauli wanita, gemar mengenakan pakaian mendedah aurat, gemar berpeleseran di kelab-kelab malam, semua itu mencabar prinsip dan pegangan yang dipertahankankannya selama ini.
Sharifah memajamkan mata. Air hangat mengalir membasahi pori pipi. Seakan berputar imej pertengkaran mereka beberapa bulan yang lalu. Pertengkaran yang memusnahkan semua perkara indah dan menghapuskan segala kemanisan. Seakan terbit wajah-wajah sugul Zack menerusi tabir jendela yang melambai-lambai. Dan tiupan angin itu, adakah suara rintihan Zack menagih belas simpati atau deru nafasnya yang hangat ?
“Cukup Zack.. cukup..!” bentak Sharifah dalam jaringan perasaan paling pilu. Dia merenung surat kelayakan Zack di atas meja makan. Bibirnya terketar-ketar menahan kecewa. Tidak diduga lelaki itu akan meneruskan juga hasrat menyertai program terhangat di pasaran biar dia telah berkali-kali menentangnya.
“Kenapa Ifa? Kenapa?” tingkah Zack berserta kerutan dahi yang juga menggambarkan perasaan kecewa. Jika Ifa kecewa kerana keinginannya tidak ditunaikan, Zack pula kecewa kerana Ifa tidak sedikit pun mahu mengucapkan tahniah atau kata-kata dorongan atas kejayaannya terpilih menjadi sepuluh peserta akhir TDP.
“Kenapa Ifa benci sangat dengan program ni?” lanjut Zack bersemuka. “Hina sangatkah Zack di mata Ifa? Mengapa tergamak Ifa putuskan perhubungan kita semata-mata kerana perkara ni?”
Sharifah tunduk berjurai tangisan. Dadanya turun naik mengawal sebak. Batinnya berperang antara perasaan simpati dan pegangan diri. Dia sedar keputusannya terhadap Zack terlalu kejam. Tapi apalah dayanya. Dia tidak sanggup melihat lelaki yang dicintainya menjatuhkan maruah sendiri di hadapan jutaan masyarakat Malaysia. Berpakaian renang dalam keadaan separuh bogel dan memperagakan pakaian-pakaian jarang, saling tak tumpah seperti masyarakat arab zaman jahiliah.
“Ifa rasa dah tak ada apa nak kita bincangkan. Semuanya dah jelas. Zack bukan kurang ilmu agama. Apalagi singkat akal fikiran. Zack sendiri tahu apa hukum agama kalau Zack menyertai program seperti ni..”
Zack tertindih mendengar.
“Zack tahu.. apa yang Zack buat ni salah. Tapi takkan sampai sebesar ini hukuman harus Zack terima? Zack tak sanggup kehilangan Ifa..”
“Zack..” Sharifah menelan liur pahit. “Hukuman Tuhan lebih dahsyat dari ini. Takutilah Allah.. Apabila Dia melarang sesuatu perkara itu, maka ada hikmah dan pengajarannya. Mengapa kita nak ikut cara hidup masyarakat barat yang jahil dan sempit pemikiran? Jika benar tubuh dan rupa kita cantik, ia bukan untuk diperagakan kepada sesiapa.. ia adalah untuk kita mensyukuriNya, mengasihiNya dan menggunakan ke arah jalan kebajikan..”
Zack sedar, Sharifah memang tidak boleh hendak ditolak ansur lagi. Sekiranya dia merayu seperti pengemis sekalipun, gadis itu tetap tidak akan menghiraukan dirinya. Dia sudah putus harapan memujuk. Memang dia sangat mencintai Ifa, tetapi kalau kekasihnya itu tidak mahu bertolak ansur, dia enggan memaksa. Biarlah Ifa membuangnya dan biarlah dia disisihkan. Namun, cintaya tidak sekali-kali akan berkurang. Dia percaya sesudah tamatnya program TDP nanti, Ifa akan kembali ke pangkuannya. Dia akan kembali dimaafkan dan perhubungan mereka juga akan kembali pulih seperti sediakala.
“Maafkan Ifa, Zack..” ucap Sharifah kemudiannya sambil bangun dari meja kafetaria. Dia menentang muka lelaki itu kali terakhir. Dan hatinya menjadi cukup terkilan. Mengapakah ketampanan atau kecantikan seseorang seringkali disalahgunakan? Mengapakah nikmat serupa itu selalunya membuat manusia semakin jauh dari rahmat Allah? Mengapa?
“Ifa..” Zack menegur lemah.
“Ifa minta maaf Zack..” Sharifah memalingkan mukanya ke arah lain. “Ifa dah nekad. Perhubungan kita berakhir di sini.. Janganlah cari Ifa lagi..”
“Ifa.. Zack tak akan mengalah..”
“Itu hak Zack.. tapi keadaan tak akan serupa lagi selepas ini..”
“Biarlah.. biarlah.. Zack tak kisah. Zack akan terus menyayangi Ifa..”
Sharifah menghela nafas berat. Dia mencapai tas tangannya di atas meja lalu bergerak mahu meninggalkan restoran. Tetapi sebentar, Zack memintasnya langsung bertekuk lutut di situ. Dia tergamam menyaksikan.
“A..apa Zack buat ni?” tegurnya cemas sambil memandang-mandang ke sekeliling. Ada beberapa orang pelanggan sedang berbisik-bisik memperkatakan mengenai diri mereka.
“Z.. Zack nak merayu pada Ifa.. tolonglah jangan buat Zack begini..”
“Zack! Stop it!”
“No! Zack tak akan bangun selagi Ifa tak maafkan Zack..”
Sharifah mendengus bengang. Dia menarik kakinya dari pautan tangan kasar lelaki itu. Cepat-cepat juga dia mengasingkan diri dalam beberapa jarak, sebelum meluahkan kata-katanya yang penghabisan.
“It’s over Zack!” tegasnya. “Jika awak tak boleh undur diri dari program tu.. Ifa juga tak boleh nak terima Zack dalam hidup Ifa..”
“Tapi.. Zack masih sayangkan Ifa..”
“Just stop it! It means nothing okey..”
Sharifah terus menghentak kaki pergi. Tinggallah Zack terdampar kesedihan seorang diri di atas permaidani. Sesungguhnya bukan mudah Sharifah mahu bertindak sedemikian. Dia terpaksa mengatasi perasaan simpati dan cintanya, dan dalam masa yang sama dia juga harus mendahulukan perintah Allah dan RasulNya. Biarlah jiwa dan keinginannya terkorban. Biarlah impian dan cita-citanya hancur berkecai. Biarlah semua kesusahan ini ditanggunginya sendiri asalkan di akhirat kelak, kebahagiaan yang hakiki bakal menjadi miliknya.
Sebentar Sharifah dikejutkan oleh kedatangan seseorang ke dalam bilik, yang kemudiannya segera disedari sebagai Tina. Pantas diseka sisa air matanya, dia bingkas membuka pintu.
“Ha Ifa..!” sapa Tina termengah-mengah.
Sharifah mengerut dahi, kehairanan.
“Kenapa ni, Tina?”
“Mari sini kejap..” Tina terus menarik tangan Sharifah.
“Eh, ada apa?”
“Mari la sini kejap..!”
Sharifah kelihatan serba salah dan terpinga-pinga tetapi kakinya sudah pun didepangkan mengikuti Tina turun ke ruang tamu. Mereka berhenti betul-betul di hadapan kaca tv. Siaran diari harian TDP sedang ke udara. Dan Sharifah menjadi semakin terpinga-pinga. Dia masih belum dapat menduga apa tujuannya dia dibawa ke situ. Tina langsung mempelawanya duduk.
“Ha.. tengok tu, sapa yang ke udara..” beritahu Tina sambil memuncung bibir ke kaca tv. Tina mengalihkan matanya sepertimana diarahkan. Diperhatikannya skrin empat segi yang bercahaya terang di depannya itu. Dan secara tiba-tiba dia menjadi gugup. Terbit peluh-peluh dingin membasahi dahinya; dan jantungnya, berdegup tidak tentu arah. Gelisah.
Zack, lelaki yang pernah dikasihinya itu muncul di kaca tv. Bergaya sekali Zack mengenakan pakaian serba putih sambil ditemuramah oleh Karimah. Rupa-rupanya diari harian hari itu dikhususkan istimewa untuk Zack. Mereka sedang duduk berduaan di tepi kolam renang. Karimah, bersama senyuman menggodanya, lincah sekali bertanya pelbagai perkara kepada Zack. Dari isu hobi, minat, tabiat, termasuklah isu peribadi, semuanya dapat dijawab dengan tenang. Namun, ketenangan Zack tidak lama. Air mukanya tiba-tiba berubah apabila Karimah secara mendadak mangajukan soalan tentang cinta dan gadis pujaan.
“Ramai gadis di luar sana nak tahu ni..” ujar Karimah manja sambil bersandar selesa pada sofa putih di tepi kolam renang itu. “Dengar cerita Zack ni dah ada gadis pujaan hati.. betul ke?”
Zack senyum pahit. Dia memandang tepat ke dalam lensa kamera. Renungannya itu terlalu tersirat sehingga Sharifah dapat merasakan Zack seolah dapat memandangnya dari sana. Dia menekup mulutnya resah. Dicubanya melupakan sesuatu yang sedang mengganggunya. Namun ternyata, sesuatu itu menjadi semakin kuat.
“Okey.. Zack.. berbalik kepada soalan saya tadi..” suara Karimah kembali menggamit. “Bukan peminat-peminat you aja yang nak tahu, but actually I pun nak tahu jugak. You ni dah berpunya ke belum..?”
Kali ini Zack tampak lebih berkeyakinan. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian berpaling memandang Karimah. Karimah tersipu-sipu malu dipandang demikian.
“Sebenarnya..” Zack memulakan.
Karimah menunggu dengan ghairah.
“Sebenarnya saya pernah mempunyai seorang kekasih. Dialah wanita paling menarik pernah saya temui. Dialah cinta hati saya dan dialah gadis idaman saya. Sehingga kini pun saya masih lagi menyintainya.”
“Wow..” Karimah bertepuk tangan kagum. “This is like a titanic movie.. tentu bertuah gadis tu ya. Dah lah ada pakwe yang handsome, berbakat dan, oh my God, he also hot and sexy!”
“Nope! She’s not that type!”
“What?”
“Gadis tu tak seperti gadis kota yang lain..”
“Apa maksud awak?” terkejut Karimah bertanya. Dia memandang muka Zack.
“Dia bukan seperti gadis-gadis kota lain yang bebas dan liar. Dia adalah seorang gadis yang cukup teguh berpegang kepada ajaran agama. Dia cukup bersopan dan sangat menjaga aurat serta pakaiannya. Kecantikannya pula hanya untuk Allah. Bukan untuk didedah atau ditayangkan kepada sesiapa. Sangat kurang bilangan gadis seperti itu sekarang. Dialah gadis idaman saya. Saya akan terus mencintainya walau kami sudah pun berpisah..” bersungguh-sungguh Zack memberi penjelasan sehingga merah padam muka Karimah mendengar. Kata-kata bersahaja Zack seolah satu sindiran membakar telinga. Karimah tidak tahan ditempelak sebegitu. Cepat-cepat dia menukar topik perbualan dan cepat-cepat juga dia tersengih menyembunyikan perasaan malunya.
“See..” Tina menepuk peha Sharifah bangga.
Sharifah tersentak.
“Kan aku dah cakap.. dia masih sayangkan kau..” pujuk Tina lembut. “Kau tu angkuh sangat. Kau harus beri peluang kepada dia..”
Sharifah kaku tanpa jawapan. Dadanya kembang kuncup memikirkan kebenaran kata-kata Tina tadi. Mungkin betul juga dia patut memberi peluang kepada Zack. Setiap manusia ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Dan Zack sendiri tidak terlepas dari kelaziman itu. Mengapa harus dia menghukum lelaki itu sedangkan kemaafan kiranya lebih menenangkan dan membahagiakan?
“Ifa!” jerit Tina spontan.
Sharifah terkejut. Dia terpaling memandang tv.
“Tengok tu.. wah..” Tina ketawa menyeringai. Adegan temuramah tampaknya sudah beralih kepada aksi imbas kembali Zack bergaya menerusi lensa kamera. Ada beberapa gaya Zack beraksi di atas pentas, memperagakan baju jarang dan seluar denim yang sendat. Ada juga gambar Zack sedang berenang di dalam kolam. Termasuk gambar Zack di kamar mandi, sedang bergaya dengan sehelai tuala warna putih. Semua aksi itu mungkin sangat menarik bagi gadis yang memandang dengan pandangan nafsu. Tetapi bagi Sharifah, dia tidak sedikit pun berasa terpikat apalagi tumpang berbangga. Sebaliknya dia berasa amat kesal dan tersinggung.
Tingkahlaku Zack seolah sengaja mencabar pendiriannya. Apakah erti semua ini? Manusia sesama sendiri berbangga-bangga dengan dosa masing-masing, sedangkan masyarakat pula ghairah sekali memberi sokongan serta galakan. Apakah ini petanda dunia akhir zaman. Perintah Allah tiada lagi diendah. Manusia saling berlumba-lumba melakukan kemungkaran. Sedangkan kebaikan langsung dianggap sebagai amalan ketinggalan zaman.
“Heh,” tingkah Sharifah keras lalu bingkas.
Tina tersentak.
“Kenapa?”
“Aku tak sanggup tengok Zack dalam keadaan macam tu..” luah Sharifah terus terang.
“Alah.. kau ni.. mana ada manusia yang sempurna.”
“Memang tak ada manusia yang sempurna. Tapi aku terlalu sayangkan dia. Aku tak sampai hati tengok dia memusnahkan diri sendiri..” ucap Sharifah sambil mengalirkan air mata pilu.
Tina tergamam.
“Sebagaimana aku tak mahu tengok kau terlalai, seperti tu juga aku tak mahu tengok Zack melanggar perintah Allah..”
“Ifa..”
“Akhirat itu terlalu dahsyat. Hukuman Allah tersangat berat. Itulah harinya di mana setiap manusia akan kesal dengan amalan masing-masing..”
Tina tunduk keharuan. Perbualan mereka berakhir di situ. Tidak termampu dia mahu menghalang Sharifah berlalu. Dia sedar betapa besar maksud kata-kata kawannya itu. Dia juga tahu betapa dia telah jauh terseleweng dari landasan kebenaran. Namun, entah kenapa, keinsafannya selalu hadir bagai setitik embun. Belum sempat hendak dirasainya kemanisan iman, esok dia kembali dipengaruhi keasyikkan dunia.
Petang itu, Tina tidak menonton habis rancangan TDP. Entah kerana teguran Sharifah tadi atau kerana insafnya, dia menunaikan solat maghrib lebih awal dari kebiasaannya.

* * * *
Bersambung…

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 08:30


nak lagi......

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 13:28


pergh!! sangat pedas dan menarik hati membacanya. umpama mencecah kacang botol dengan sambal belacan!! err..bila nak sambung?eheheh...

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 12:03




la...
bila nak sambung ni...??
menarik..

-----------------
[IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]

'ukhwah itu indah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

Nabilz_Farabiz
Warga Rasmi
Menyertai: 26.05.2005
Ahli No: 16711
Posting: 2
Dari: Taman Permata

pakistan  


posticon Posting pada: 30-05-05 10:23


A'kum....Tengah online ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nabilz_FarabizProfil   Hantar PM kepada Nabilz_Farabiz   Pergi ke Nabilz_Farabiz's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 10:35




ingatkan dah sambung...


-----------------
[IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]

'ukhwah itu indah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

ayu_ayunie
Warga Rasmi
Menyertai: 13.04.2005
Ahli No: 15770
Posting: 1

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 16:09


bila nak sambung lagi citer ni?....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_ayunieProfil   Hantar PM kepada ayu_ayunie   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 22:27


Hm.. mari kino tolong sambungkan...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bilang saja berapa mata yang memandang ,
Mengekori langkahku…
Itu pun baru sahaja, kuacah lagak gaya penampilan segakku,
Wajarkah kau buang masa, melayan jejaka, sekadar petah bicara,
Usah runsingkan fikiran, pilihlah ana saja,
Pakar jurusan wanita.

Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa,
Kepuasan dijamin seratus peratus buatan Malaysia,
Dapatkan segera sementara masih ada,
Jantan rebutan terhangat di pasaran..

Tirai konsert TDP minggu ke sembilan diselak perlahan-lahan. Enam orang jejaka naik ke atas pentas. Masing-masing mengenakan pakaian kulit hitam, berjaket, berkaca mata hitam dan berambut cacak, ala-ala Keanu reeves dalam filem The Matrix. Setelah dua bulan bersaing sesama sendiri, kini hanya enam orang peserta dapat meneruskan cabaran sebelum tibanya konsert kemuncak TDP yang akan dilangsungkan di negara jiran, Thailand. Zack, Natsuda, Harry, Ken, Nick dan Chong, keenam-enam mereka adalah jaguh terbilang. Mereka terpaksa berhempas pulas hari ini untuk meraih undian para penonton supaya dapat melayakkan diri menjadi barisan top five finalist program berkenaan. Apabila muzik tema TDP dimainkan, setiap seorang dari mereka mula menyanyi dan menari. Bermandikan sinaran lampu neon berwarna-warni, dan sorak sorai suara para penonton memenuhi dewan, keenam-enam mereka tampak begitu gagah dan hebat.
Zack muncul ke hadapan pentas. Dia memutarkan badannya ala-ala tarian hip-hop. Membuat satu putaran balik kuang ke belakang. Dan kemudiannya terus menunduk hormat kepada barisan para gadis di bawah sana yang sedang terjerit-jerit melaung namanya. Kemudian Chong pula mengambil giliran. Dia melenggok badan ke kanan dan ke kiri persis ahli akrobatik Cina. Diikuti oleh Ken dengan gaya Kapoeiranya. Harry dengan gaya Wolverin. Nick dengan gaya stuntman dan akhir sekali Natsuda pula muncul bersama gaya seperti Saturday Night Fever. Dia menari dengan lincah, ligat dan aktif, memutarkan badannya ke sana sini. Akhir sekali dia menanggalkan jaket dari badannya lalu membuangkannya ke tengah-tengah sidang penonton.
Maka berebut-rebutlah ratusan anak dara di bawah sana cuba mendapatkan jaket miliknya. Ada yang kelihatannya bagai orang sedang diserang penyakit hysteria. Tidak kurang juga yang aksinya saling tak tumpah bagai kera baru terlepas dari taman negara.
“Wow.. I like this!” teriak Tina tergedik-gedik di hadapan kaca TV. Kebetulannya hari itu dia tidak bersendirian. Dia telah ditemani Susy, kawan sekerjanya yang juga turut mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Sengaja mereka berkumpul berdua di situ sambil mengunyah kacang. Sudah beberapa hari mereka berdebat, bertelagah dan berbincang, meneka siapa lima peserta yang akan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir. Pelbagai ramalan dan andaian telah dibuat, tetapi ternyata persaingan terlalu sengit. Mereka tidak dapat mengagak seorang pun yang mungkin.
“Tengok tu.. Natsuda, that mix Japanese guy.. I like him so much..” ujar Susy geram, sambil memeluk teddy bearnya erat.erat. “Kalaulah ana dapat jaket dia.. eii..”
Tina ketawa terbahak-bahak.
“Ek eleh.. kau ni banyak sangat tengok cerita jepun lah!” dia menyeringai. “Memang Natsuda tu gorgeous..tapi I don’t think he’s going to make it! Dia terlalu poyo..!”
“Sedap-sedap mulut kambing nenek kau saja nak cakap Natsuda macam tu.. Habis, kau ingat Harry tu tak poyo ke?”
“Of course he’s not!” tempelak Tina bangga. “Dia seorang jejaka smart and intelligent. Jejaka yang selalunya mendapat undian tertinggi setiap minggu..”
“ok.. we will see this week.. either he’s going to survive or not!”
Tina mencebik mengejek. Dengan bangganya dia mengangkat telefon bimbitnya tinggi-tinggi.
“Tengok ni..” tunjuknya bersahaja.
Susy terkebil-kebil memerhati.
“Hands set ni akan memastikan Harry terus layak ke pusingan seterusnya.. ana dah top up enam puluh hinggit hari ni. Dan ana akan sms semuanya untuk Harry..”
“Wow..” Susy tergamam dalam kekaguman. “This is too much.. nampaknya ana pun kena vote for Natsuda..” Giliran Susy pula mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian dia berpaling menjeling Tina. Geram.
“See.. ana pun ada handset juga.. jangan ingat kau seorang saja yang boleh vote ok!”
Semerta mereka berdua ketawa kelucuan.
“ok.. kita berlumba dan tengok sapa yang menang..! Satu, dua…tiga! Start SMS sekarang!”
“Baik!” balas Susy sepenuh keazaman.


Tak henti-henti panggilan, berdering untuk merebut peluang bertemu,
Kira barisan beratur, hingga ke Singapura menunggu janji temu,
Ramai lelaki mengaku macho tapi hancur, hanya omong kosong,
Lainlah ana yang tampan, susuk tubuh menawan,
Dapat kau pasti beruntung,

Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa,
Kepuasan dijamin seratus peratus buatan Malaysia,
Dapatkan segera sementara masih ada,
Jantan rebutan terhangat di pasaran..

“ok.. ok..” Karimah naik ke atas pentas, bersuara lembut menenangkan penonton, sebaik sahaja keenam-enam jejaka tadi turun meninggalkan pentas untuk bersalin pakaian. Tampil anggun malam itu, Karimah mengenakan sehelai gaun hitam labuh mendedahkan dadanya, tajaan Christian Dior. Leher jinjangnya pula tampak berkilauan dibaluti berlian tajaan House of diamond, London. Rambutnya yang perang hitam itu sendiri disanggul tinggi mendapat sentuhan dari Beauty Hair Broadaway.
Tepukan penonton kian berkurang dan Karimah tersenyum-senyum memandang ke sekitar dewan. Bangga hatinya menyaksikan sambutan luarbiasa yang diberikan. Berkeyakinan pula kerana dandanannya malam ini berjaya memukau mata ramai jejaka termasuk barisan panel hakim yang sebahagiannya terdiri daripada penggiat seni terkemuka.
“Malam ini, tema kita adalah romantika cinta..” umum Karimah sepatah demi sepatah. “Setiap peserta akan menggayakan busana Tuksedo ciptaan Micheal Tong.. Kasut tajaan Giorgio TakMandi, dan jangan lupa.. dandanan rambut dari Beauty Hair Broadaway.. Tepukan untuk semua penaja!”
Untuk kesekian kali tepukan para penonton kembali memenuhi dewan.
“Bagus.. bagus..” pujinya galak. “Kita akan lihat hero-hero kita ber catwalk di bawah cahaya lampu romantis.. menari tarian tango.. dan jangan lupa.. mereka juga akan berlakon dengan model-model wanita pilihan kami minggu ini..”
Tepukan bergema lagi.
“Okeylah.. tanpa membuang masa.. kita persilakan peserta pertama kita..” Karimah berpaling ke belakang. Dipanjangkan tangannya menuding kepada kelibat seorang lelaki yang samar-samar muncul dari sebalik papan latarbelakang. Apabila kelibat lelaki itu kian hampir, barulah jelas siapa gerangan orangnya.
“Give a big hand for, Natsuda!” laung Karimah bersemangat.
Suara sorak sorai penonton gemuruh bunyinya menggegarkan suasana. Natsuda melangkah gagah memijak permukaan pentas yang mewah dan berkilat. Lampu sorot dari bumbung menyinari segenap tubuh kemasnya . Terserlahlah gaya memukau seorang lelaki berbaju tuksedo serba hitam dan bow merah, menakluki pentas peragaan. Kemudian Natsuda menghilang dari tempat dia mula-mula keluar tadi. Digantikan pula Zack, bersut penuh serba putih, keluar mengambil giliran. Sekali imbas, rambut lurusnya yang berjuraian itu kelihatan berkilauan indah, persis watak hero dalam animasi jepun. Digantikan pula Nick, kemudian Harry, kemudian lagi Chong dan akhir sekali Ken. Masing-masing punyai kredebiliti dan kelebihan tersendiri. Setiap orang tampak hebat dan berkeyakinan sehingga sukar untuk para penonton membuat telahan.
“Issy.. konfius ana nak buat pilihan..everybody looking great..” rungut Susy sebaik sahaja rancangan TDP diganggu oleh siaran iklan.
Tina bersandar malas pada bahu sofa sambil menjeling mengajuk.
“Apa susah sangat.. pilih saja Harry ana..”
“Hey, buat apa?” tingkah Susy cepat-cepat. Dengan selambanya dia mencapai air Pepsi di atas permaidani, lalu meneguknya perlahan. Kemudian pandangannya kembali tersorot kepada seraut wajah comel Tina. “ I’am not going to change my mind.. Natsuda still maintain as my boy.. and he’ll always be my boy, ok!” tegasnya dalam suara mengada-ngada.
Tina mencemik muka meluat.
“Setakat lelaki jepun celup macam tu, ana boleh beli di petaling street, berlambak!”
“Excuse me!”
“Of course.. kau tak rasa ke Natsuda tu very the plastic one..?”
“What?” Susy tercabar mendengar.
“Lainlah kalau Harry..lelaki Melayu terakhir.. mukanya menepati konsep rancangan TDP iaitu mencari seorang pemuda berwajah tempatan. I confident sangat yang dia memang boleh menang!”
“Eleh.. lelaki Melayu terakhir konon..” giliran Susy pula menempelak. “Kalau betullah Harry tu lelaki Melayu terakhir.. Kenapa tak guna saja nama Melayu macam Seman ke, Budin ke? Mikrofon ke? Kenapa nak guna nama orang putih?”
“Eh, suka hati dialah nak guna nama apa.. Yang kau tu jeles sangat apasal?”
“What? Jeles? Oh, apa’lease! Tak kuasa akak nak jeles-jeles ni..”
Lama mereka bertengkar dan bertelagah. Tetapi semuanya pantas berlalu apabila rancangan TDP kembali ke kaca TV. Susy menjeling Tina menyampah. Sementara Tina pula dengan lagak angkuhnya, terus mengalihkan posisi badannya menghadap skrin television.
“Kembali semua penonton sekalian, menyaksikan rancangaan…”
“Terhangat Di Pasaran!!!!” sampuk sekalian penonton di dalam dewan.
Karimah ketawa kelucuan. Sambil memberikan ciuman layangnya kepada kamera, dia menarik nafas lega. Menunggu suasana kembali tenang, dia mula menyusun kata-kata.
“Till now.. kita nak dengar komen juri-juri kita.. apa pendapat mereka tentang persembahan hero-hero terhangat Malaysia malam ini.. Sekarang saya persilakan hakim kita yang pertama, siapa lagi kalau bukan penyanyi lelaki idaman ramai, Anuar McKenzie..!!!”
Tepukan bergema merancakkan suasana.
Anwar McKenzie tersenyum malu memandang kamera. Dia mengetuk mikrofon berkali-kali bagi memastikan suaranya dapat didengari ke seluruh Malaysia. Beberapa orang juri yang duduk semeja dengannya, memerhatikan dari kerusi masing-masing bersama renungan meluat.
“ok.. hari ni saya nak beri komen pada you all..” ucap Anwar McKenzie dalam suara lemah lembut, seakan suara anak dara tertelan biji kurma. Dia memerhatikan setiap seorang peserta TDP yang sedang berbaris di atas pentas, dan dia mengulum senyuman.
“You all memang great.. you all memang handsome..! I kagum you.. I bagi lima bintanglah pada you all.. ok, you all jangan lupa bagi I bintang jugak tau.. I nak harimau bintang, ok?”
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan kaku. Semua sidang penonton seolah tergamam dan kelu mendengar komen yang tidak dijangkakan. Mujur Karimah cekap mengawal keadaan. Menyedari keganjilan reaksi Anwar McKenzie tadi, cepat-cepat dia memintas, lalu mempersilakan juri seterusnya pula memberikan pendapat serta pandangan.
“Ha ha ha..” Karimah terpaksa berpura-pura ketawa. “You ni Anwar, memang pandai bergurau.. tak sangka pula dalam majlis seperti ini pun you boleh membuat lawak, ya..?”
“Eh.. I tak bergurau.. tadi tu I memang b..tol..b..”
“Terima kasih banyak-banyak Anwar McKenzie atas komen you yang bernas tadi.” Potong Karimah cepat-cepat.
Anwar McKenzie tergamam. Ada perkara lagi hendak dikatakannya tetapi ia tidak terlangsung kerana Karimah sudah pun memeprsilakan juri di sebelahnya pula memberikan pandangan.
“ok.. I tak ada perkara nak komen sangat..” ucap Maya Kena Karen tenang, selaku juri kedua. “You all memang hebat.. I salute you all!” Dia membelek-belek kukunya yang berkilat. “And.. I sendiri tak dapat nak agak sapa yang akan dibuang minggu ni.. and kepada semua penonton..” dia menjeling manja kepada lensa kamera. “Jangan lupa untuk membuat pilihan yang bijak..!”
Sekalian penonton bertepuk tangan tanda sokongan padu kepada Maya Kena Karen, selebriti popular yang terkenal lakonannya sebagai watak toyol dalam filem seram Toyol Busuk Sundal Siang. Dia bukan sahaja dikagumi kerana kecantikannya, tetapi turut dipandang tinggi kerana bakat lakonannya yang sering sahaja meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Baru-baru ini Maya Kena Karen telah mendapat anugerah aktres terbaik dalam satu festival filem peringkat asia.
Sekarang tiba giliran juri kelima, iaitu Paul Pott untuk memberi komen. Beliau merupakan juri paling digeruni di akademi kerana ulasan kata-katanya yang tajam dan berbisa. Dia merenung penuh makna kepada setiap para peserta dan kemudian tersenyum sinis.
“I think you are doing rubbish tonight, guys.” Komennya selamba. “I can see your dance are worst. Your fashion are worst. Your acting also worst. There are the most terrible thing that I’ve ever seen in my life..”
Semua penonton tergamam termasuk para peserta. Sebahagian mereka sudah mula menge’boo’ Paul Pott, tetapi Paul Pott terus yakin dan bersemangat.
“I don’t think you can do better than that.. you’re just like a dangdut dancer.. or cripple crab..” cemuh Paul Pott sambil berkerut-kerut muka. “If I am being the one who able to choose.. I’ll fired all of you, guys!!!”
“Boo…!!!!” semua penonton mengejek Paul Pott.
Karimah menggeleng-gelengkan kepala geli hati.
“Jangan bimbang penonton semua..” ucapnya mengulum senyuman. “Paul Pott is just a machine that programmed to say â€bad thing’ to people ok?”
“ok!!!” sokong penonton beramai-ramai.
Paul Pott menarik muka masam. Dia tahu dia dibenci oleh ramai orang. Tetapi dia tidak pernah kisah apa tanggapan khalayak ramai, apa yang penting padanya ialah kepuasan apabila dapat mengutuk dan mencemuh. Dia percaya, karektornya yang sedemikian itulah menaikkan popularitinya. Selama ini dia cuma dikenali sebagai pencipta lagu-lagu sampah, tetapi kini setelah menjadi juri, namanya makin dikenali dan disebut umum. Inilah strategi pemasaran rancangan realiti tv. Juri kontroversi seperti dirinya sangat diperlukan bagi menaikkan â€rating’ siaran. Walaupun lagu-lagu ciptaannya semuanya buruk, tetapi dia masih mampu bertahan dalam industri ini kerana kecabulan dan kelancangan kata-katanya.
“Meluat ana tengok Paul Pott tu..” gerutu Susy sejenak. Dia mengeluarkan sepotong jeruk mangga dari peket plastic di atas meja lalu menyumbatnya ke dalam mulut. “Dia ingat dia tu sapa, nak cakap macam tu? Mulut tiada insurans! Kalau handsome tak mengapa juga.. ini cuma mumia buncit bernyawa..!”
“Syy..” potong Tina pula sambil meletakkan jari telunjuk ke atas bibir.
Bertambah masam muka Susy ditegur, dia mencapai sepotong lagi jeruk mangga.
“Keputusan dah nak diumumkan ni.. ana kena concentrate betul-betul..” tambah Tina menebalkan lagi rasa bengang dalam hati kawannya. Susy berpaling ke kaca TV. Dia mencapai pula jeruk ke tiga. Dikunyahnya jeruk itu lumat-lumat dan sebentar, matanya terbeliak menyaksikan Karimah mendaki anak-anak tangga, naik ke atas pentas.
“ok.. penonton semua.. tibalah kini detik-detik yang paling mendebarkan..” Karimah menggoncang-goncangkan kad keputusan SMS minggu itu kepada semua penonton.
Tina dan Susy menarik nafas gugup. Air muka mereka tidak jauh berbeza berbanding air muka peserta-peserta TDP itu sendiri. Sungguhpun perserta-peserta lelaki berkenaan tampak gagah menawan bersama persalinan masing-masing, namun ia tidak mampu menyembunyikan gelojak debaran dalam dada masing-masing. Susy dan Tina berpegangan tangan. Mereka saling berpandangan. Terasa pada waktu itu diri mereka seolah sedang bertarung antara hidup dan mati.
Barisan panel juri tenang menanti dari meja panjang yang elegan itu. Kelompok penonton sedang menahan nafas. Jari-jemari Zack, Ken, Chong, Natsuda, Harry dan Nick, dingin persis air batu. Nafas mereka turun naik kencang. Sukar sekali hendak diduga siapa bakal disingkirkan hari itu dan siapa pula bakal melayakkan diri ke pertandingan akhir.
“Pelajar yang tersingkir minggu ini..” sambung Karimah sambil mengoyakkan sampul pelekat di tangannya. Dia membuka kad itu lalu meneliti. Dan kemudian senyum pahit. Dia berpaling merenung wajah-wajah peserta di atas pentas. Kemudian lagi berpaling kepada barisan panel hakim dan penonton, dia menghela nafas berat.
“Peserta yang tersingkir ialah..”
Susy dan Tina mengetap bibir.
“Dia terpaksa meninggalkan akademi dan pulang membawa begnya. Jejaka yang dimaksudkan ialah..”
Seisi dewan menjadi sunyi sepi.
“Dia ialah…”
“Nick!!!”
“Oh my God..” tiba-tiba Susy menjerit. Tina di sebelahnya terbeliak.
“Eh, Kenapa kau ni?”
“This is too sad.. lihatlah muka Nick tu..”
Mata Tina tertancap ke kaca tv. Wajah Nick kelihatan mendung dan sayu. Dia tersenyum pahit memeluk rakan-rakan seperjuangannya di persada pentas. Dari emosi debaran dan gugup, kini suasana bertukar dihujani kesedihan dan kepiluan.
“Nick.. peserta kita yang paling dikenali kerana sifat pendiam dan baik hatinya.. kini terpaksa meninggalkan kita semua..” ulas Karimah dalam nada sayu.
Nick menyorong bagasi pakaian turun ke bawah. Zack, Ken, Chong, Natsuda dan Harry melambai-lambai sayu dari atas. Mereka terpaksa menghadapi satu lagi kehilangan di akademi itu. Sungguhpun mereka gembira kerana berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir, tetapi itu tidak bererti mereka harus melupakan nasib malang melanda sahabat mereka Nick. Kalau tidak kerana undian penonton menyebelahi mereka, sudah tentu mereka juga mungkin menerima nasib yang sama hari itu. Dalam sesetengah perkara Nick memang jauh lebih berbakat, tetapi kehendak penonton adalah muktamad. Mereka telah sebulat suara memilih untuk menyingkirkan lelaki itu dari pentas pertandingan Terhangat Di Pasaran.
“Oh.. I need tissue.. I need tissue..” Susy sudah mula mengalirkan air mata.
“Iyalah..” sokong Tina. Dia mencapai sekotak tisu berhampiran lalu mencampakkannya kepada Susy. “Tengoklah tu.. muka Nick, sedih ana tengok.. tak sampai hati ana melihatnya..”
Susy mengangguk-angguk pilu. Dia mencabut beberapa helai tisu, kemudian menonyohkan kesemuanya pada hidungnya. Scrueet.. satu hembusan hingus yang likat dan pekat tersembur keluar, terus melekat pada permukaan tisu.
“Takpa Nick.. tak apa.. although you have been eliminated.. I still love you..” giliran Tina pula mengesat hingusnya.
“Tak adil kan..” rungut Susy.
Tina mengangguk-angguk setuju.
“Nick tu baik.. Kenapa bukan Chong ke.. Ken ke..” lanjutnya dalam sebak suara.
“Iyalah… he almost perfect.. dia patut jadi final top five..”
Menangislah dua dara itu atas satu perkara yang kiranya tidak patut menjadi kesedihan mereka. Demikianlah kelaziman perilaku penonton setiap kali konsert mingguan TDP berada di penghujungnya. Ramai manusia lebih mudah mengalirkan air mata apabila melihat insan pujaan mereka kecundang, tetapi jarang sekali manusia yang menangis apabila menyaksikan peristiwa gempa bumi atau malapetaka melanda melanda negara kejiranan mereka. Begitu juga kebanyakan manusia sanggup menghabiskan puluhan ringgit untuk mengundi dalam rancangan bercorak realiti, tetapi sangat sedikit bilangan mereka yang sudi menghulurkan derma untuk membantu golongan yang susah dan menderita.

Bersambung….

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 22:29


Sharifah melangkah melewati beberapa batang pokok berembang di pinggir jalan. Daun-daun hijau yang lebat dan suram dibayangi belak-belak malam, memayungi dirinya. Angin bertiup lembut mendesirkan bunyi dahan berlaga, dan menerbangkan sebahagian daun kering merata-rata. Bunga api-api dan balung ayam tampak kejang dan kaku di dalam pasu batu. Sekali-sekala ia melenggang-lenggok diusik bayu, menjuraikan daun urat selarinya, berkilau dan bersinar memantulkan cahaya jingga dari lampu jalan.
Sharifah melangkah lagi. Dia baru sahaja pulang mendengar ceramah dari madrasah, bertajuk “Dunia Akhir Zaman”. Kata-kata berhikmah dari ustazah tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya. Seakan tergambar imej ustazah berkenaan di hadapan matanya sedang berkhutbah dan menghayunkan tangan, turun naik.

“Para jemaah yang dirahmati Allah sekalian..” Ustazah Hindon bersyarah sepatah demi sepatah. “Agama itu asalnya dagang, dan akan kembali menjadi dagang. Pada zaman ini, agama tempatnya cuma di masjid-masjid. Ia ada di dalam Quran, di dalam perlembagaan, di dalam buku-buku ilmiah dan kitab-kitab hadith. Tetapi sayang, agama itu tidak ada dalam hati kita.. Agama hanya tinggal dalam diri kita melalui nama sebagai muslim. Tapi amalan kita jauh sekali menggambarkan ciri-ciri orang beriman. Adakah dalam keadaan seperti ini kita mahu mempersembahan diri kita kepada Allah? Adakah kita beriman ikut kehendak kita, atau ikut kehendak Allah?”
Sharifah menghela nafas berat. Fikirannya runsing. Ingatan-ingatan ustazah Hindon berbanir-banir dalam jiwanya. Dan ia menjadi semakin jelas apabila dia duduk melabuhkan punggungnya atas bangku batu menghadap kawasan tasik buatan di hadapannya. Entah Kenapa, dia belum terfikir mahu pulang. Diperhatikan riak-riak air yang bersisik-sisik itu, dan alunnya berolak-alik membentuk satu objek; iaitu ilusi bulan retak di air.
Tiba-tiba dia menangis. Hatinya runsing bukan kepalang. Sudah satu minggu dia begitu. Sejak dia diberitahu Tina, Zack layak masuk ke pusingan akhir, hatinya tidak lagi menjadi tenteram. Jantungnya tertikam oleh perasaan cinta dan kesal. Dia sedar kasihnya kepada lelaki itu mana mungkin dapat dipadamkan. Bohonglah kalau dia mengatakan Zack sudah dilupakannya. Selama ini dia hanya memaksa diri mentaati perintah Illahi. Jika bukan kerana takwa dan imannya, pasti diterima sahaja Zack dalam apa jua rupa bentuk yang dipersembahkan kepadanya.
Zack sangat mencintainya. Dan cinta itu telah terbukti dengan pengakuan dan kesungguhan yang diserahkan. Dia tidak perlu ragu akan kesetiaan dan kejujuran lelaki itu. Tetapi bagaimana? Dia tidak boleh memilih seorang lelaki yang ingkar sebagai suaminya. Jika Zack tidak mampu menjadi hamba Allah yang baik, bagaimana dapat dia menjadi suami yang baik?
Ah, perasaan memang sering mempermainkan hati manusia.
Sharifah mendongak memandang langit. Pola-pola awan yang kemerah-merahan menutupi dada angkasa, menyembunyikan cahaya bintang-bintang dan sinar rembulan. Sebegitulah agaknya keadaan batinnya, terpaksa menyembunyikan cinta dan kerinduannya. Kadangkala dia berasa seperti orang hilang akal apabila kesedihan tiba-tiba menombak dada. Pernah juga, dia didorong oleh satu perasaan mahu menemui Zack. Perasaan itu tersangat sakit. Seperti ada paku melonta-lonta. Lalu dia cepat-cepat mengambil wudhu’ dan membaca kitab suci Quran, maka dia menjadi tenang kembali.
Dan riak air kali itu seolah membentuk bayang-bayang Zack berdiri di belakangnya. Diperhatikan bayang-bayang itu lalu kenangan mereka bersama berpusar-pusar menjelma di ruang mata, bagaikan korakan kabus dibelah cahaya mentari di pagi hari.
“Ifa..” panggil Zack lunak sambil berdiri menyeluk saku menentang menara kuliah di hadapan mereka. Sharifah tunduk membungakan senyuman.
“Zack mahu jadi seperti Rasulullah..”
“Iya?”
“Hemm..” angguk Zack. “Zack mahu jadi seorang lelaki sebaik Rasulullah. Baginda adalah kekasih paling unggul. Kekasih yang tidak pernah melukai hati orang yang dicintainya..”
“Jika begitu.. biar saja Ifa jadi Siti Khadijah.. Tongkat yang menyokong perjuangan suaminya..”
Zack berpaling merenung Sharifah. Gadis itu sedang duduk di atas bangku. Dia tersenyum kagum.
“Iya Ifa.. kita akan jadi suami isteri contoh. Kita akan jadikan agama itu sebagai lampu yang menerangi alam perkahwinan kita nanti..”
“InsyaAllah..” janji Sharifah keharuan.
Sehingga ke saat ini pun Sharifah masih memegang janji mereka dengan erat. Dia masih mengharapkan impian murni itu bakal menjadi kenyataan. Tapi sayang, hati manusia cepat berubah. Iman jika tidak dipelihara atau diusaha untuk ditingkatkan, ia akan semakin terhakis sebagaimana pantai menyisih dihempas ombak. Demikianlah perubahan mengupas pekerti-pekerti muslim Zack satu persatu. Dari seorang lelaki kuat beramal dan cantik pula budi bahasanya, dia berubah menjadi seorang manusia rakus mengejar pujian dan sanjungan manusia.
Bukan kuasa Sharifah untuk membetulkan manusia. Hidayah dan petunjuk dalam kekuasaan Allah. Dia sudah menegur dan memberi nasihat, tetapi kalau Zack sendiri enggan menerima, dia tidak boleh memaksa. Seingatnya, Rasulullah sendiri pernah kecundang menasihatkan bapa saudaranya Abu Talib supaya beriman kepada Allah. Mungkin beginilah perasaan baginda di kala itu. Kecewa, hampa, kesal, dan sedih… Mencuba sedaya upaya untuk merubah sesuatu.. tetapi sesuatu itu di luar batas keupayaannya.
“Ifa..”
Tiba-tiba Sharifah terdengar namanya dipanggil. Dia tersentak gugup. Lamunan-lamunannya tadi pantas terhapus, langsung membawa dirinya berpijak semula di alam nyata.
“Zack..” Sharifah tergamam menyaksikan Zack terdiri di belakangnya. Dia tidak sedar sejak bila lelaki itu berada di situ. Namun keadaan Zack amat muram. Dia bagai dirundungi sesuatu. Baju kemejanya yang berwarna krim itu banyak melempiaskan warna jingga dari lampu jalan. Dan seluar jeans birunya itu sengaja disingsing agak tinggi ke pangkal betis. Sharifah dapat lihat urat-urat roma kaki Zack, halus dan meluncus sehingga ke buku lali. Terus hilang di sebalik kasut sukan Reebok warna biru. Dan apabila dia mendongak, dapat diperhatikannya pula rambut Zack yang berjuntaian, menutupi hampir separuh permukaan dahi. Bayang-bayangnya agak ke dalam, melindungkan maksud sebenar renungan dari sepasang mata seorang lelaki.
Sharifah tidak betah menghadapi keadaan itu. Pertama dia gementar kerana berdua-duaan di dalam taman, jauh dari pandangan umum. Kedua dia terkejut kerana menghadapi kunjungan yang tidak dijangkakan. Tuhan seperti memahami rindunya kepada lelaki itu. Ditemukan juga mereka berdua biar untuk seketika cuma.
“A..Apa Zack buat di sini?” soal Sharifah tertahan-tahan. Dia menggenggam dan membuka jarinya berkali-kali. Malam itu terlalu dingin. Lututnya menggeletar. “B..bukan kah Zack sepatutnya berada di akademi waktu begini?”
“Iya, Zack memang patutnya berada di akademi..” balas Zack membuat pengakuan. “Tapi Zack curi keluar. Zack mahu jumpa dengan Ifa..”
Sharifah naik gementar mendengar.
“Tiba-tiba Zack merasakan apa yang sedang Zack lalui ini tidak bermakna.. Tiba-tiba Zack tersedar bahawa Ifa lebih penting dari segala-galanya..”.
Batin terpanah dan tertusuk. Sharifah kancing gigi kuat-kuat.
“Tiba-tiba Zack tersedar, Zack bukan lagi lelaki yang dulu.. Zack sudah menjadi hamba yang ingkar. Zack sudah melanggar perintah Allah sewenang-wenangnya. Tak hairanlah kalau Allah menghukum Zack dengan hukuman kehilangan orang yang paling Zack sayangi.. Itulah hukuman paling sakit. Hukuman paling setimpal untuk menyedarkan diri Zack..”
“Zack..” celah Sharifah kemudiannya. Dalam kesamaran cahaya malam, dia menoleh. Dia dipaut oleh wajah suram Zack. Tangan lelaki itu menggigil-gigil seperti memendam sesuatu. Kerutan dahinya, getar kerongkongnya, semua itu mendatangkan simpati yang bukan sedikit di hati Sharifah.
“Jangan salahkan diri sendiri Zack. Allah tidak pernah membenci hambaNya. Pintu kemaafan sentiasa terbuka.. Jika Zack sudi kembali ke pangkal jalan.. Ifa juga akan menyambutnya dengan senang hati..”
Zack cuba hendak tersenyum, tetapi senyumannya tidak menjadi.
“Zack sudah terlalu jauh hanyut Ifa.. Masihkah ada kemaafan untuk dosa sebesar Zack?”
“Jangan cakap begitu, Zack. Ketahuilah bahawa Allah maha pengasih lagi maha penyayang.. Dosa sebesar mana pun, selagi kita tidak syirik, selagi itulah ada keampunannya.”
“Apa betul kata-kata Ifa ni?” getus Zack, menagih kepastian.
Angguk.
“Tuhan masih akan memaafkan dosa-dosa yang dah Zack buat?”
Angguk.
“Walaupun dosa itu sebesar dunia sekalipun?”
Angguk.
“Dan..” suara Zack terhenti seketika. Dia merenung sayu kepada seraut wajah gadis bertudung labuh hijau muda di hadapannya. Batinnya berbalam-balam tidak menentu. “Dan.. kalau Zack pulang ke pangkal jalan, sudikah Ifa terima Zack semula?”
“Ifa.. Ifa..” Sharifah tercampak ke lembah serba salah. Suara Zack begitu sayu, kata-kata lelaki itu amat menusuk. Bagaimana dapat dia menolak harapan setinggi itu sedangkan jiwanya masih lagi menyayangi? Tidakkah terlalu cepat dia mengalah kalau terus diberikannya persetujuan?
“Ifa?” suara Zack kembali menggamit. “Macam mana Ifa? Sudikah Ifa terima Zack semula?”
Sharifah tidak tahu apa jawapan harus diberikan. Dia terdesak. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan Zack terus diancam pertanyaan dan kesedihan. Akhirnya dia mengumpulkan segala kekuatan untuk menyatakan kesediaannya. Dia tersenyum nipis menatap wajah bungkam lelaki itu. Dia mula menyusun kata-kata yang hendak diluahkan.
Akan tetapi tiba-tiba mereka diganggu oleh satu sinar terang di sebalik pohon-pohon tempinis berhampiran. Cahaya itu terlalu terang sehingga silau mata memandang. Zack dan Sharifah terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Oh… di sini rupanya kalian bercengkerama ya?” tegur Karimah bersahaja, sambil menggenggam tongkol mikrofon. Dia yang diiringi beberapa orang wartawan dan jurukamera bergerak menghampiri Sharifah dan Zack. Dengan manjanya dia menyuakan mikrofon kepada Zack. Lelaki itu terpinga-pinga.
“Wow.. ini rupanya cinta hati awak ya, Zack?” usik Karimah menyeringai. “Kami dah rakamkan aksi kalian berdua secara langsung tadi. Semuanya untuk tatapan penonton Terhangat di Pasaran. Kami percaya, awak tentu dapat undian yang banyak masa pertandingan akhir nanti. Awak ni memang bijak lah Zack. Pandai awak merancang strategi. Tentu tergugat peserta-peserta yang lain nanti..”
Zack naik berang mendengar. Dia takut kalau Sharifah salah menaksirkannya. Ini semua satu perangkap. Rupanya dia telah diekori dan diintip sejak dari tadi lagi. Patutlah senang benar dia dapat mencuri keluar dari istana penginapan sebelum ini.
Sharifah sendiri sangat kecewa menghadapi keadaan serupa itu. Dia bingkas meradang. Dia merenung Zack bersama pandangan hampa, kesal dan rasa diperdaya. Kemudian dia merenungi pula wajah menggeletis Karimah. Dan kemudian lagi kepada krew-krew penerbitan. Akhir sekali dia mendengus nafasnya dengan keras. Hatinya bengkak.
“Ifa.. Ifa tak percaya Zack tergamak tipu Ifa macam ni..” luah Sharifah dalam nada paling kesal. Air matanya gugur bagai tali gerimis di musim basah.
Zack tertindih dan serba salah.
“Kalau betul Zack nak menang sangat. .ini bukan caranya!”
“Ifa.. awak dah salah faham.. biar Zack jelaskan!” rayu Zack sepenuh pengharapan.
“Nope!” tempik Sharifah. “Sekarang Ifa dah sedar siapa Zack yang sebenarnya. Zack cuma menggunakan Ifa dan topeng agama untuk mencapai kemenangan. It’s too much Zack.. Its too much..!”
“Ifa.. dengar dulu penjelasan Zack.. please!” Zack terus merayu dan mengharapkan keampunan tetapi sayang Sharifah telah pun berlalu. Tinggallah dia terpacak di atas tanah bagai lembing tergadai. Dia sangat mengesali keterlanjurannya berada di situ. Niat sucinya telah disalahertikan. Dia telah menjadi mangsa kepada taktik licik penganjur TDP. Karimah di sampingnya hanya tersenyum bangga. Bukan simpati hendak diberikan sebaliknya gadis itu tampak puas kerana berjaya mendapatkan isu paling hangat. Satu Malaysia sedang menonton siaran itu secara langsung. Dan Karimah tentu sahaja akan meraih rating tertinggi sebagai pengacara sensasi untuk musim itu.
Hujan turun dengan lebat semasa Sharifah berjalan pulang ke rumah. Seluruh pakaiannya basah. Dan air mata mengalir sealiran bersama titisan hujan. Dia duduk terpaku di atas bangku batu di luar rumahnya. Sekali-sekala gema guruh menggegar alam buana. Bunyi irama air jatuh menimpa bumi berkeletak-keletuk, mencambuk jiwa yang rapuh diterajang kesedihan.
Mengapa begini?
Mengapa Zack harus mempermainkan perasaannya? Lelaki itu benar-benar sudah berubah menjadi orang lain. Dia tidak lagi mengenali Zack.. Tergamak Zack mempergunakan cinta mereka demi meraih satu kemenangan yang sia-sia…
“Ifa..” tegur Tina di pintu pagar. Segenggam payung merah jambu tergenggam kukuh pada tangan kanannya. Dia memandang Sharifah bersama perasaan simpati.
Sharifah tunduk menangis. Sukar untuk Tina bezakan yang mana satu air mata dan yang mana pula adalah titisan hujan. Kedua-duanya sudah bercampur-baur, dan sebentar dia menyedari, tingkahlaku mereka berdua sedang diperhatikan oleh kebanyakan jiran dari tingkap rumah masing-masing.
“Ifa.. mari kita masuk..” pelawanya lembut.
“ana tak mahu masuk Tina..”
“Isyy.. marilah.. kau sudah basah tu. Jiran-jiran semua sedang perhatikan kita..”
Untuk seketika jiwa Sharifah benar-benar terluka. Dia mengangkat mukanya yang sembab kerana terlalu banyak menangis.
“Ifa..” Tina tergamam memerhati.
“Oh.. jadi rupanya kau juga dah melihat ana di kaca tv, tadi?”
“Hemm..” angguk Tina.
“Dan jiran-jiran juga..?”
Angguk lagi.
“Bukan ana dan jiran-jiran saja.. tapi satu malaysia..” beritahu Tina dalam nada berat.
“Oh Tuhan..”
Sharifah tidak dapat membayangkan betapa terhina dirinya. Sambil menekup muka, dia kembali digenangi tangisan. Tersengguk-sengguk dadanya mengawal ombak-ombak kekecewaan. Serasa hujan yang membasahi diri adalah tangisan langit memujuk dan mengusap dengan lembut. Mengapa sebesar ini dugaan Tuhan timpakan untuk menguji dirinya?
Oh Tuhan.. ana adalah gadis yang lemah. Jangan timpakan ana dengan ujian yang tidak termampu untuk kutanggungi.
“Ifa.. sudahlah tu..” pujuk Tina semula.
Tangis Sharifah semakin melebat.
“Jom kita masuk.. Nanti kau sakit, sapa yang susah?”
Sharifah mengalah juga akhirnya setelah dirayu Tina berkali-kali. Dia bangkit dari bangku batu, bergerak menghampiri Tina. Dia didakapi dan dipayungi. Di dalam jaringan perasaan yang sungguh memilukan, mereka melangkah masuk meninggalkan halaman. Kini tiba ke dalam rumah. Pintu kayu buatan mahogany itu ditutup perlahan-lahan. Tamatlah satu lagi kisah sedih melanda umat manusia untuk malam itu. Esoknya, siang masih panjang dan sinar mentari bakal menunggu. Apakah ada riang atau keuntungan untuk Sharifah? Atau sahaja satu lagi bentuk kesedihan akan menimpa dirinya?



Bersambung….

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 22:30


Ombak selat sunda berdebur-debur menghempas pantai. Dari tengah lautan ia kelihatan garang seolah mulut raksaksa ingin membaham mangsanya, tetapi apabila tiba ke tepi pantai, gulungan air itu menjadi kian kecil lalu pecah berderai. Buih-buih putih menyongsang arus, bertebaran tidak tentu hala, meninggalkan sisa-sisa buangan laut ke persisiran. Kulit-kulit siput, ranting-ranting mati dan entah apa jenis objek lagi bergelimpangan begitu saja. Sudah berapa jauh objek-objek itu belayar sebelum sampai ke mari. Dan adakah nasib dirinya juga seperti bahan buangan itu? Di mana letak harga dirinya sehingga dia dipinggirkan sedemikian jauh oleh kekasih hatinya sendiri?
Mengapa keadaan selalunya tidak berlaku seperti yang diharapkan?
Mentari pagi mengangkat hari makin tinggi. Sinarnya yang jingga dan dan lembut menjelajah permaidani langit, membiaskan jalur-jalur indah di sebalik kepul-kepul awan. Ada terdengar suara burung berkicauan. Adakah itu suara camar ataupun burung laut terbang mencari makan?

“Hoi..!” tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit dari belakang. Bila dia berpaling, dilihatnya Natsuda sudah pun terdiri di belakangnya bersama sehelai seluar Bermuda warna kuning. Rambut lelaki itu yang disikat dengan gaya “spike” teguh berdiri melawan hembusan angin pantai. Tubuhnya yang kekar dan berketul ketul, sengaja dibiarkan terdedah, supaya dapat dipertontonkan kepada beberapa orang pelancong wanita asing yang sedang berjemur berhampiran.
“Kenapa menung ni?” tegur Natsuda bersahaja.
Zack senyum pahit. Dia mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.
“Kau masih ingat di awek lama kau tu?”
Angguk lemah.
“Sudahlah tu.. buat apa diingat orang yang tak mahukan kau..” Natsuda memaut bahu Zack mesra. Mereka berdua tegak berdiri menghadap pantai. “Orang macam kita tak perlu menangis kerana wanita. Lihatlah kita, apa yang tidak kita miliki? Kita punya segala-galanya. Kita ada rupa, gaya.. susuk tubuh menawan. Dan diri kau sendiri.. tengoklah.. gagah, tampan.. digilai wanita. Kau boleh cari wanita lain yang lebih menarik dan memahami. Pada waktu ini, beribu-ribu wanita sedang tergila-gilakan kau. Cari saja pengganti yang baru. Lupakan saja perempuan ego macam awek lama kau tu!”
“Tidak Natsu.. ia tak semudah yang kau fikirkan..” tingkah Zack tegas. Dia menjatuhkan tangan Natsuda dari bahunya, lalu menjauhkan diri dalam beberapa jarak. Dia duduk mencangkung. Diperhatikannya pasir-pasir putih bergelumang dengan buih-buih ombak, bermain-main di celah-celah jari kakinya. Dan fikirannya menjadi bersimpang siur.
“Memang ramai perempuan boleh menggantikan Sharifah.. tetapi untuk mencari seseorang seperti Sharifah, ia terlalu sukar. Sharifah adalah segelintir wanita beragama yang masih tinggal dalam dunia ini..”
Natsuda tersenyum sinis mendengar.
“Apalah kau ni Zack…” gerutunya. “Wanita kolot macam tu jugak yang kau inginkan.. Kau tak segan ke bila kahwin dengan dia nanti, kau terpaksa tayangkan rupanya yang berselimut dengan kain cadar tu depan kawan-kawan kita?”
Zack diam kaku. Dua tiga ekor umang-umang keluar dari lubang-lubang pasir menambat perhatiannya.
“Tak layak perempuan seperti Sharifah bersuamikan teruna tampan macam kita.. Gadis yang cocok dengan kita adalah wanita-wanita seksi dan bertubuh menggoda.. tengok ni..” Natsuda berpaling kepada seorang gadis berpakaian mandi warna merah jambu yang sedang melenggang lenggok menghampirinya. Dengan bangga dia merangkul pinggang gadis itu lalu mengucup rambutnya.
“Ha, gadis macam ni lah baru sepadan.. body cantik lentik.. badan harum.. hemm..”
Zack bingkas berdiri. Dia senyum nipis, menghormati pendirian Natsuda. Dia sedar, ramai manusia zaman ini terlalu cetek pengetahuan mereka tentang agama. Dia tidak boleh menyalahkan Natsuda berkata begitu kerana lelaki itu memang dibesarkan di negara asing, tetapi bagi dirinya pula bagaimana? Dia telah dibesarkan dalam suasana agama dan mendapat didikan nilai-nilai Islam sejak dari kecil lagi. Dia telah difahamkan tentang maksud islam dan tujuan hidup di dunia ini, tetapi mengapa dia masih menginginkan kehidupan yang lain?
Adakah kehidupan yang lebih baik lagi selain dari kehidupan Islam? Tidak.. tidak ada..
“Sudahlah Natsu.. ana tak mahu bertelagah dengan kau pasal perkara ni..” putus Zack akhirnya.
Natsuda senyum mengerti.
“ana faham…” ujarnya. “Dan sebenarnya ana ke mari nak panggil kau masuk ke dalam bilik persalinan..”
“Oh.. ada apa?”
“Pereka fesyen kita tu.. nak kita cuba pakaian untuk pertandingan malam ni..”
“Hmm..baiklah.. kejap lagi ana datang..” Zack memberi jaminannya.
“Kau jangan lambat pulak.. ana malas nak dengar mak nyah tu berleter nanti!”
“Janji!”
Zack kembali ditinggalkan bersendiri. Natsuda dan wanita yang dikenalinya sebagai Jessica itu sudah pun jauh berlalu. Dari sini, dia dapat melihat susunan khemah-khemah berwarna-warni diaturkan di sepanjang-panjang pantai. Kira-kira lima belas ela dari tempat dia berdiri, tersergam megah sebuah pentas terbuka warna kuning, ada beberapa orang juruteknik sedang tekun memeriksa itu ini di atasnya. Gerai-gerai penjaja pula mulai dikerumuni orang. Ratusan bendera warna-warni dan belon-belon TDP termasuk banner-banner para penaja, asyik bergayutan dipukul angin. Namun semua itu tidak mampu memikat hati Zack. Dia lebih senang memandang pantai. Ombak yang datangnya dari laut, dinantikannya dengan sabar, berpintal-pintal menyembah ke pantai. Ombak ini, ombak yang lembut dan mesra ini, apakah boleh menjadi garang secara tiba-tiba? Adakah manusia yang berbangga-bangga dengan tubuh masing-masing itu dapat menangkis asakan ombak ini sekiranya ia mengamuk secara tiba-tiba? Apakah cukup kekuatan mereka untuk mengatasi kedahsyatan kuasa alam yang sukar dijangkakan itu?
Entahlah…
Zack menjungkit bahu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa tiba-tiba sahaja dia terfikirkan perkara sedemikian. Namun, di kala itu terbit keinsafannya tentang hakikat diri manusia yang sebenar. Dia hanyalah seorang manusia kerdil, lemah lagi tidak berdaya. Tubuh yang kekar dan tegap ini tiadalah apa-apa kiranya hendak dibandingkan dengan kebesaran kuasa Illahi.
Oh Tuhan, maafkan diri hambaMu yang telah jauh lalai dan terseleweng.. Jika tidak kerana memikirkan kontrak perjanjian sudah ditandatanganinya dengan pihak penganjur sebelum ini, tentu sekali dia tidak akan teragak-agak mahu mengundur diri dari pentas pertandingan. Dia mahu kembali menjadi dirinya yang asal. Seorang lelaki sederhana yang tidak dikenali manusia tetapi cukup dekat dan manja dengan Penciptanya. Dia mahu mengejar kejayaan yang abadi, iaitu kesenangan hidup di akhirat.


* * * *

Sejak jam tujuh setengah lagi Susy dan Tina sudah tercegat di hadapan tv. Sementara menunggu pertandingan TDP bermula, ada pelbagai acara peragaan karpet merah ditayangkan. Ramai selebriti terkemuka hadir menggayakan pelbagai fesyen terkini dari jenama terkenal. Mereka juga tidak dapat lari dari meminati rancangan TDP kerana pengaruh dan tarikannya yang tersendiri.
Di atas permaidani merah kini, penyanyi terkenal Diana Din sedang berjalan anggun, menggayakan busana labuh warna kundang berkilat ciptaan Pak Wan Pak Wil. Berlian berbentuk hati menghiasi dadanya itu ditaja oleh House of diamond, London. Ratusan penonton berhimpit-himpit di kiri kanan jalan, melambai-lambai tangan kepada selebriti kesayangan mereka. Tidak kurang juga dengan cahaya kamera, berkelip-kelipan memandikan Diana Din. Artis wanita itu melambai-lambai manja kepada peminat-peminatnya. Kemudian Karimah pula muncul di situ mengenakan gaun putih bertatah manik berwarna-warni. Dia bergerak menghampiri Diana Din dan mula menjalankan tugasnya untuk menemuramah.
“Amboi.. kak Diana.. cun melecunnya…” puji Karimah galak.
Diana Din senyum malu-malu.
“Sekali tengok macam selebriti hollywood….”
“Alah..janganlah puji lebih-lebih.. Akak malu tau kalau orang puji-puji akak ni..”
“Amboi rantai berlian, kak.. tak sanggup saya melihatnya.. bersinar-sinar macam bintang-bintang..”
“Iya?” Diana Din melirik bangga. Sengaja dipertontonkan dadanya yang dibaluti berlian itu buat tatapan lensa kamera. “Berlian sponsor ni.. tujuh puluh ribu! Jangan terkejut tau.. Berlian ni ditempah khas untuk akak.. jangan jeles!”
“Oklah… kak..” tingkah Karimah sejurus. “Saya nak tanya akak, agak-agaklah.. malam ni siapa agaknya peserta yang akan digelar jejaka terhangat di pasaran?”
“Akak sokong Natsuda sebab he’s gorgeous!”
“Really..?”
“Rupa dia macam Won Bin..but I like when he’s smiling!”
Karimah dan Diana Din tertawa sesama sendiri. Tiba-tiba angin bertiup agak kencang lantas mengerbangkan rambut mereka.
“Oh.. no! My hair!” dengus Karimah perlahan.Dia cuba mengelus lembut rambutnya tetapi tiba-tiba dia ditahan oleh Diana Din.
“Jangan bimbang..” pujuk gadis itu , tenang.
“Kenapa?” Karimah berkerut kehairanan.
“Tengok ni..”
Diana Din tersengih memandang kamera. Dia mengangkat kedua-dua belah telapak tangannya. Dan kemudian mula menggunakan pasangan jemarinya untuk membetulkan rambut yang kusut dan berserakan tadi. Sebentar, bagaikan satu pertunjukan silap mata, rambut itu kembali menjadi kemas dan terjalin.
“Wow!” Karimah terlopong menyaksikan. “Memang bergaya!”
“Ha lihatlah.. dengan syampu Rijois, guna jari pun boleh!”
Susy dan Tina terbahak-bahak ketawa di depan kaca tv sambil menekan perut masing-masing.
“Aduss.. sejak bila lah kak Diana Din jadi pak lawak ni?” ujar Tina menggeleng-geleng kelapanya kelucuan.
“Memang betullah! Tak sesuweii ana tengok!!” sokong Susy sungguh-sungguh.
Begitu galak mereka ketawa sehingga tidak disedari Sharifah telah muncul di situ bersama sepasang telekung warna putih. Terus hilang ketawa mereka apabila terpandangkan seraut air muka yang muram dan serius. Mereka diserang perasaan serba salah serta gugup. Serba salah kerana asyik bergembira di waktu sahabat mereka sedang berduka. Dan gugup pula kerana bimbang kalau-kalau Sharifah akan memarahi mereka.
“Err.. Ifa.. hai?” sapa Tina gementar suara.
Sharifah tidak membalas. Sebaliknya dia merenungi wajah Susy, kemudiannya Tina dan kemudian lagi ke kaca TV. Hati menjadi amat sedih dan pedih seolah sedang ditusuk oleh sembilu yang tajam.
“Kamu berdua dah solat maghrib?” soalnya dalam nada paling lembut.
“Err..” Susy dan Tina saling berpandangan. Mereka berdua tersengih membayangkan kedangkalan masing-masing. “Belum..” jawab mereka jujur.
Terdengar dengusan kecil Sharifah membelah suasana. Ada garis-garis kecewa terbit disebalik sepasang keningnya. Namun kali itu dia tidak meradang atau langsung memberi teguran seperti selalu. Tetapi dia terus sahaja mengorak senyuman lembut dalam pada sepasang mata jernihnya tampak bergenangan.
“Tak apalah.. nanti kalau rancangan TDP dah habis.. jangan lupa qadha’ solat kalian..” beritahunya perlahan.
Susy dan Tina mengangguk-angguk malu. Mereka sedar niat Sharifah berkenaan jujur maksudnya. Bahkan mereka amat mengagumi kesungguhan gadis itu memberi nasihat tanpa jemu- jemu. Dan apabila gadis itu sudah pergi meminta diri, perasaan malu tadi masih juga tebal dirasakan. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mencebik dan menyalahkan diri masing-masing. Kemudian spontan langsung tertawa apabila menyedari betapa nakal dan pemalasnya mereka tatkala disuruh menunaikan perintah agama.
Lewat selepas isya’, Sharifah mendamparkan dirinya di ranjang. Dia berbaring mengiring, menghadap jendela di tepi dinding yang terbuka. Langsir warna merah jambu itu berkibar-kibar perlahan, membiarkan angin malam dari luar melepasinya, tembus masuk ke dalam bilik. Lampu tidur di sebelah katil pula sengaja tidak dinyalakan. Sharifah selesa didakapi kegelapan malam. Kadangkala bermurung dan berkurung seperti itu, bisa membuat hati lebih tenang. Fikiran berputar-putar bagai roda yang sedang berputar. Kenangan dan cintanya kepada Zack muncul bersilih ganti, dan biar berkali dia cuba memadamkannya tetapi ingatan itu menjadi semakin kuat.
“Zack.. bisakah cinta kita ini bertahan?” soal Sharifah pada suatu ketika, di dalam salah satu siri sms mereka di waktu cinta masih hangat dan mekar.
“InsyaAllah Ifa.. cinta kita pasti bertahan..” balas Zack kurang satu minit selepasnya. “Cinta adalah satu amanah. Perjanjian dua insan yang tidak tercatat dalam mana-mana memorandum, tapi ia telah terpahat secara sendirinya dalam hati kita berdua. Selagi amanah ini kita pegang dengan sungguh-sungguh, selagi itulah cinta kita bakal bertahan. Melainkan..”
“Melainkan apa Zack?”
“Melainkan salah seorang antara kita memungkirinya.. mengkhianati dan meminta hubungan kita diputuskan..”
“Mungkinkah ada sesiapa antara kita tergamak melakukannya?”
“Entahlah.. kita tak dapat mengagak ketentuan takdir.. Hanya Tuhan saja tahu apa yang bakal berlaku..”
“Perpisahan sangat sedih, Zack.. sangat sedih!”
Sharifah menangis teresak-esak. Dia menyeka matanya yang basah dengan hujung jari. Dia tahu, percintaan antara Zack dan dirinya terputus kerana dia sendiri yang menginginkannya. Selama ini, dia menyangka, kalaulah hubungan mereka tidak kesampaian, tentulah bukan dia yang menjadi puncanya. Tentulah ada orang lain cuba memusnahkan atau mungkin sahaja Zack tiba-tiba berubah laku mencintai gadis yang lain.
Tetapi sekarang, mengapa begini pula jadinya? Hubungan mereka tidak dapat dipertahankan kerana pendirian agamanya yang terlalu kuat dan kukuh. Salahkah keputusannya mahu menjauhi Zack semata-mata kerana protesnya terhadap keterlanjuran lelaki itu menyertai TDP? Haruskah dia mengalah lalu memaafkan sahaja semua yang berlaku?
Tidak.. itu tidak mungkin. Zack telah membohongi dirinya! Zack telah menggunakan dirinya untuk meraih undian sms dari penonton! Perbuatan itu tak mungkin dapat dia maafkan! Perbuatan Zack keterlaluan!
Truut…truut..!
“Hah?”
Truut..truuut…!
Sharifah tersentak. Jeritan telefon bimbit di sebalik bantal menggamit perhatiannya. Segera dicapainya telefon itu lantas membaca nama yang tertera; “Zack”. Dia mendengus bengang. Berbelah bahagi perasaannya antara mahu menjawab atau membiarkan sahaja ia terus menjerit. Namun, akhirnya dia menjawab juga panggilan itu bersama hati yang berat.
“Assalamualaikum..” sapanya lemah.
“Ifa..Ifa…!” teriak Zack dari hujung talian. Suara lelaki itu menggemakan perasaan lega kerana berjaya menghubungi gadis kesayangannya.
Sharifah pejam mata kepiluan. Dia membisu tanpa suara. Dibiarkan Zack sahaja berkata-kata kerana dia sudah berjanji tidak akan termakan dengan pujuk rayu lelaki itu.
“Ifa.. Zack nak minta maaf pasal peristiwa hari tu!” rayu Zack sepenuh pengharapan. “Ifa kena percayakan Zack.. Zack tak rancangkan semua tu.. percayalah..!”
Pedih batin Sharifah mendengar. Apabila diri sudah seringkali dikecewa dan diperdaya, sukar untuk dia terima apa jua bentuk penjelasan. Dia takut dipermainkan sekali lagi. Dia bimbang kalau panggilan kali ini juga satu lagi helah Zack mahu meraih undian sms penonton. Malam ini adalah pertandingan akhir. Tentu Zack amat terdesak mahu meraih kemenangan!
“Ifa.. Kenapa Ifa diam? Cakaplah sesuatu Ifa! Cakaplah..!”
Diam kaku.
“Ifa.. jangan buat Zack macam ni! Tenteramkanlah hati Zack nak bertanding malam ni.. Zack tak minta apa-apa dari Ifa.. Zack cuma nak dengar Ifa maafkan Zack. Kalau benar antara kita dah tak ada jodoh, tak apa. Tapi tolonglah percayakan Zack.. tolonglah..”
Diam lagi.
“Ifa.. tolong percayakan Zack.. jangan curigai orang yang menyayangimu dengan bersungguh-sungguh.. Ia adalah satu pengkhianatan.. dan rasa dikhianati itu sangat sakit..!”
Bibir Sharifah terketar-ketar. Dia ingin bersuara memaafkan tetapi kerongkongnya tertahan.
“Ifa..! Ifa… Jangan buat Zack begini, Ifa..!”
Air mata berhamburan.
“Ifa.. maafkanlah Zack…! Zack sangat sedih!”
“Ifa……..!”
“Ifa….!”
“Ifa.”
Tuuu….tt…
Klik! Talian telefon terputus.
Zack terkedu pedih merenung telefon bimbitnya. Air matanya gugur bagai sungai mengalir lesu. Belum pernah hatinya diterajang seteruk ini. Dia benar-benar terkilan! Kecewa dan sedih! Mengapa Sharifah enggan mempercayainya? Apakah perkara paling menghiris melainkan dicurigai oleh kekasih sendiri? Bagaimana Sharifah boleh menyangka dia tergamak menggunakan cinta mereka demi meraih simpati penonton?
Ifa! Perbuatanmu sangat kejam Ifa..
Memang Zack bukan orang yang baik.. atau alim.. atau warak sepertimana yang kamu harapkan.. Tapi Zack tak mungkin tergamak mahu mempermainkan dirimu..
Zack sangat sayangkan dirimu..
Sangat sayang!
Untuk seketika Zack bagai orang gila menjerit di tepi pantai. Lututnya jatuh terjelepuk ke tanah. Dia menangis semahu-mahunya.. dan menumbuk tanah itu berkali-kali, menghamburkan segala perasaan kecewa.
Ombak pantai terus berdebur-debur dan angin selat sunda asyik berpuput menjengah daratan. Iramanya bersatu dalam satu simfoni, adakah itu lagu cinta yang sedih? Atau suara tangisan alam kerana menangisi nasib malangnya?
“Zack..!”
Natsuda berlari-lari anak mendapatkan Zack di tepi pantai.
“Hoi Zack!”
Dia menepuk bahu lelaki itu dari belakang. Dan apabila Zack berpaling perlahan-lahan, terkejut dia menyaksikan seraut wajah yang begitu sedih dan kecewa.
“lah.. ngapa kau ni?”
“ana tak mahu teruskan pertandingan ni..” ucap Zack terketar-ketar.
“Ishh.. mana boleh.. Pertandingan dah nak mula ni..”
“ana dah patah semangat..”
“Isyy..”
“ana sangat sedih Natsu!”
“ana faham.. tapi marilah!” Natsuda mendakap lembut bahu Zack.
“ana ni langsung dah tak berguna..!”
“Sudahlah.. kau bawa bertenang dulu.. lepas pertandingan ni kita sama-sama selesaikan masalah kau tu, ya?”
Angguk lemah.
“Ha, senyumlah sikit.. pergi touch up. Muka kau tu teruk sangat.. takkan nak naik pentas dengan muka macam tu..”
Angguk lagi.
Semasa Natsuda dan Zack bergerak perlahan meninggalkan persisiran pantai, ombak berdebur kian kuat dan menghempas-pulas. Hembusan angin telah bertambah deras, menggoncang kebanyakan daun-daun kelapa. Beratus-ratus ekor ikan secara mendadak menghempas diri tepian daratan. Burung-burung camar entah dari mana berterbangan ke sana ke mari, riuh rendah bunyinya seperti takut menghadapi sesuatu.

* * * *

Sharifah tidak sedar pukul berapa dia terlena malam itu. Apa yang nyata, banyak sungguh air mata dibazirkan. Sepanjang-panjang malam dia bertarung dengan kesedihan dan perasaan serba salahnya. Entah Kenapa tiba-tiba sahaja dia berasa seperti telah melakukan satu dosa yang amat besar! Tiba-tiba sahaja dia berasa seperti telah melukakan hati Zack dengan teruk! Siapa tahu Zack sungguh berkata benar? Siapa tahu Zack sebenarnya telah insaf dan betul-betul mahu kembali ke pangkuannya? Dan mungkin juga benar lelaki itu telah menjadi mangsa tipudaya program realiti yang gila mengaut keuntungan itu?
Mengapa baru sekarang dia terfikir akan perkara ini? Mengapa tidak dari awal lagi, sewaktu Zack menelefon memohon kemaafan dari dirinya tadi sepatutnya dia sudah pun menyedari? Sekarang Zack sedang sibuk di pentas pertandingan, mana mungkin dapat dia menghubungi lelaki itu.. Dia terpaksa menunggu lewat malam nanti selepas semuanya berakhir, barulah dapat dia meneruskan hajatnya untuk memohon kemaafan dan merungkaikan segala salah sangka antara mereka selama ini. Dan kerana menunggu itulah, Sharifah akhirnya terlena. Dia cuma terjaga tatkala Tina masuk ke dalam bilik, keesokkan paginya mengejutkan dirinya untuk bangun pagi menunaikan solat subuh.
Terkejut dan termangu-mangu, Sharifah bangkit sambil menggesek-gesek matanya. Hairan juga dia melihat keadaan Tina pagi itu. Selalunya, setiap pagi dialah yang lebih dahulu bangun dan terpaksa bersusah payah mengejutkan kawannya itu, tetapi pagi ini, suasananya agak berlainan. Tina tampak tenang sekali bertelekung putih. Gadis itu memandangnya bersama perasaan sayu lantas bergerak menghilang ke luar.
Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat, Sharifah mencapai telefon bimbit. Dia cuba menghubugi Zack tetapi panggilannya itu tidak berjawab. Bersama semacam sangkaan bahawa lelaki itu mungkin sedang tidur keletihan, dia keluar dari bilik mendapatkan Tina di meja makan.
Tina senyum pahit kepadanya. Susy yang kebetulan juga berada di situ turut memandang bersama perasaan simpati.
Sharifah dikelilingi kehairanan. Perasaan itu menjadi bertambah kuat apabila Tina menarik tangannya lalu mengajak duduk bersama, menentang wajah antara satu sama lain. Dia memerhatikan raut muka Tina. Wajah itu bungkam. Dia memerhatikan pula raut wajah Susy. Wajah itu juga bungkam.
Aneh! Mengapa semua orang kelihatan sedang berduka dan bermuram? Apa yang telah berlaku?
“Ifa..” panggil Tina dalam nada paling lembut.
Sharifah mendongak bersertakan renungan sangsi. Tangannya digamit lemah, diusap mesra oleh jari-jemari runcing Tina. Susy di sebelahnya, hanya tertunduk membisu memandang meja.
“ok..Kenapa anda ni?” terluah juga pertanyaan itu dari mulut Sharifah akhirnya.
Tina menghela nafas berat. Ada sesuatu hendak diajukan tetapi ia kelihatan begitu payah dan sukar.
“Sebenarnya kami ada perkara nak beri tahu kau..” ucap Tina tertahan-tahan.
Sharifah memasang telinga mendengar.
“Sebenarnya malam tadi.. ada sesuatu telah berlaku..”
Sharifah menarik nafas gugup.
“Sebenarnya malam tadi..”
Tina berpaling memandang muka Susy. Susy tidak berani hendak mengangkat muka.
“Sebenarnya malam tadi, ombak tsunami tiba-tiba melanda pantai tempat pertandingan Terhangat di Pasaran..”
Sharifah menjadi semakin terpinga-pinga.
“Ombak itu telah memusnahkan pentas serta khemah-khemah program..”
Diam kaku.
“Dan ia juga telah mengorbankan beribu-ribu nyawa mereka yang berada dalam program tu. Termasuk kebanyakan para peserta...”
Semerta suasana bertukar menjadi sunyi. Terlalu sunyi. Satu kesunyian yang total. Apa yang kedengaran hanyalah suara juruhebah dari kaca television kecoh mengumumkan laporan terkini tragedi ombak tsunami melanda pantai peranginan Thailand.
“Penonton-penonton sekalian.. inilah tragedy paling dahsyat melanda rantau ini. Beribu-ribu pengunjung yang menghadiri pertandingan akhir Terhangat di Pasaran telah terkorban. Usaha mencari dan menyelamatkan mereka yang masih hidup dan terperangkap sedang giat dijalankan. Antara mangsa-mangsa yang dipercayai telah terkorban adalah peserta-peserta akhir TDP sendiri. Mereka ialah…

Khairul Sani.. atau nama samarannya Ken..
Jason Liew Chong atau nama samarannya Chong..
Ahmad Zakuan atau nama samarannya Zack…
Hairi Rafei atau nama…………………………………………………….”

O, Tuhan..
Sekarang barulah Sharifah menyedari apa sebenarnya telah berlaku. Baru ketika itu jugalah dia mahu menangis kuat-kuat.
Dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga, sesuatu yang tak akan ada gantinya lagi! Dia telah kehilangan lelaki kecintaannya sebelum sempat dia memohon kemaafan dan mengubati luka yang telah ditinggalkannya.
“Kami minta maaf Ifa..” pujuk Tina kesal. “Kami tumpang simpati dengan apa yang berlaku.. Semalam kami dapat saksikan peristiwa itu dengan kaca mata kami sendiri. Ombak tsunami tu datang melanda tatkala para peserta sedang bergaya menayangkan tubuh badan masing-masing dalam pakaian renang, diiringi pula gadis-gadis jelita yang berpakaian mandi.. dan semua itu barangkali telah mengundang kemurkaan Illahi..”
Sharifah menekup mulut menahan sebak yang tiada terhingga.
“Sekarang.. tubuh mereka semua dah jadi bangkai, Ifa..” sambung Tina tersekat-sekat. “Tubuh yang kekar dan seksi sudah kembung, buncit, bengkak kerana dimasuki air..”
Hati menjadi kian pedih dan tertindih.
“Semalam kami juga nampak Zack.. Dia seorang sahaja yang pakai seluar Bermuda dan singlet malam tu..berbeza dengan peserta-peserta lain yang hampir tak berpakaian.. Masa ombak tu datang, Zack dapat selamatkan diri.. dia dapat panjat sebatang pokok ru besar.. tapi apabila dia lihat kawannya Natsuda sedang terkial-kial berenang meredah ombak.. dia terus turun hendak membantu.. tapi sayang, dia akhirnya turut terkorban sama..”
Berjurai-jurai air mata membasahi pipi Sharifah. Tahulah dia kali itu betapa gilanya perasaan. Dia telah melakukan satu dosa paling besar iaitu mencurigai dan menuduh lelaki yang paling mencintainya. Sekarang bagaimana dapat dia memohon kemaafan? Lelaki itu sudah pergi. Pergi untuk selama-lamanya…
“Ifa.. tolong percayakan Zack.. jangan curigai orang yang menyayangimu dengan bersungguh-sungguh.. Ia adalah satu pengkhianatan.. dan rasa dikhianati itu sangat sakit..!”
“Ifa..! Ifa… Jangan buat Zack begini, Ifa..!”
“Ifa.. maafkanlah Zack…! Zack sangat sedih!”
“Ifa……..!”
“Ifa….!”
“Ifa.”
Sejak dari hari itu, suasana rumah teres dua tingkat itu tiba-tiba bertukar sebegitu pantas. Tina dan Susy tidak lagi asyik digoda pujukan kaca tv. Sofa di ruang tamu jarang-jarang diisi melainkan jika ada rancangan berita atau program agama. Mereka semakin kuat mendekatkan diri ke surau, apalagi menghadiri kuliah-kuliah penyucian hati. Sementara Sharifah pula, setiap hari asyik berulang-alik dari mengunjungi pusara Zack. Setiap kali dia akan bercakap-cakap di hadapan kuburan lelaki itu. dia akan mendoakan potongan ayat-ayat suci Al-Quran, dan kemudian pulang membawa perasaan tenang dan hasrat mahu menjadi hamba yang paling taat dan bertakwa.
Demikianlah lumrah hidup manusia. Tatkala peringatan Allah datang melanda, mereka akan kembali ke pangkal jalan. Maka beruntunglah mereka-mereka yang mahu mengambil pengajaran tetapi sangatlah rugi bagi mereka yang kekal sesat dan terus bergelumang dengan dosa…

SEKIAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 22:31


kino tolong copy paste kan dari tokeikedai.hehe.
best cerita ni. penulisnya seorang lelaki. huuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

nauwirQalbana
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.01.2005
Ahli No: 13556
Posting: 39
Dari: jelapang yang permai

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-07-05 00:20


a;ahai..sedihnyer end dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauwirQalbanaProfil   Hantar PM kepada nauwirQalbana   Quote dan BalasQuote

syadia
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24691
Posting: 23
Dari: di mana-mana saja

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 19:26


sedih.....sedih

Bookmark and Share

    


  Member Information For syadiaProfil   Hantar PM kepada syadia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102116 saat. Lajunya....