Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 9 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 19 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 20 hari yang lalu
eme86: 20 hari yang lalu
sunan-faqih: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: diari isteri solehah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» diari isteri solehah

Please Mendaftar To Post


Oleh diari isteri solehah

alhafiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2003
Ahli No: 3038
Posting: 48
Dari: pondok usang

columbia  


posticon Posting pada: 22-05-05 18:20






4.30pagi



Terasa hangat kucupan pada dahi ini. Ku lihat zauji di sebelah sudah siap berjubah putih dan berkopiah. Lantas daku hadiahkan sekuntum senyuman buat zauji. Sungguh semangat dia pagi itu. Mungkin kerana malam semalam dia tidak ada tugasan di luar. Kalau tidak nampak juga wajah keletihannya jika pulang lewat dari mesyuarat atau usrah cawangan. Namun, ianya tidak pernah tinggal.



Ya Allah, bersyukurnya aku padaMu kerana dikurniakan aku seorang suami yang soleh. Kau tetapkanlah imannya, kekalkanlah ketaqwaannya padaMu, dan eratkan lagi kasih sayang yg telah Engkau berikan kepada kami. Ameen!



6.30pagi



Selesai menunaikan solat subuh dan mengaminkan doa kudus zauji, seperti biasa zauji akan memberikan sedikit kuliah buatku. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ku tahu disebalik ketenangan itu terlalu banyak tugasan yang perlu zauji selesaikan. Jawatan sebagai Ketua Pemuda Kawasan membuatkan waktu untuk kami bersama amat terhad. Jadi, waktu beginilah zauji manfaatkan bersamaku. Aku redha dan pasrah, malah aku bangga miliki zauji. Dialah suamiku dunia akhirat.



8.00pagi



Pagi sabtu begini zauji ada mesyuarat mingguan di Taman Melawati. Lagipun pula sekarang sedang hangat isu pilihanraya umum, semakin sibuk insan kesayanganku itu, kekadang tak sampai hati melihat keadaan zauji. Ke sana dan ke mari menjalankan tugas. Namun tak pernah ia merintih dan mengadu. Aku persiapkan kelengkapannya untuk mnghadiri msyuarat. Baju dan seluarnya telah siap ku gosok. Kopiah, sapu tgn, dan stoking sudah pun kucuci, ku susun rapi di atas katil. Zauji kata hari ini dia perlu bawa fail Tarbiyyah dan Siasah. Aku capai fail2 yg sedia tersusun rapi di atas rak dan ku satukan bersama pen dan beberapa helai kertas kosong utk zauji membuat catatan dan ku letakkan ke dalam briefcasenya.



Aku bergegas ke dapur. Melihat pisang yg ku goreng. Zauji sedang menikmati teh panas, aku suakan pisang goreng ke mulutnya. Zauji tersenyum, katanya pisang gorengku sedap, lantas cubitan manjaku singgah ke pipinya yg semakin usang dibawa usianya yg semakin meningkat.



Ya Allah, bahagianya aku pagi ini. Kau lindungilah suamiku, permudahkanlah tugasnya dan peliharalah dia. Kekalkanlah kemesraan ini hingga ke akhir hayat kami?



Sebelum zauji pergi ke Taman Melawati, dia berpesan padaku agar menjaga diri baik-baik. Zauji berjanji akan pulang selepas sahaja habis mesyuarat. Aku betulkan kopiah zauji yg senget sedikit. Aku pastikan segala kelengkapan yang perlu zauji bawa tidak tertinggal. Aku kucup tangan kasar zauji yg telah banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walau tak seberapa gaji zauji terima, namun keberkatan dari Allah, wang yang sedikit itulah mengajar kami bersifat zuhud dan bersederhana dalam apajua keadaan. Zauji mengucup dahiku. Sebak rasanya di dada. Aku rangkul tubuhnya yang nampak letih namun di dalamnya membara darah hangat semangat seorang pejuang yg bakal mengalir titisan saga seorang mujahid. Jelas di wajahnya kerisauan utk meninggalkan diriku berseorangan di rumah. Namun ku yakini zauji bahawa aku pandai menjaga diri. Zauji mengucapkan terima kasih kepada ku kerana menyiapkan kelengkapannya pagi itu dan sarapan untuknya.



Sama-sama zauji, berjuanglah wahai mujahid Allah.



10.00pagi



Alhamdulillah, Semuanya telah selesai. Baju sudah siap ku cuci dan ku sidai. Aku pastikan keadaan rumahku berada dlm keadaan bersih. Walau kecil rumah yg zauji sediakan untuk kami berteduh, namun aku tidak pernah merungut. Di rumah kecil inilah kami menyemai kasih sayang. Aku redha bahawa seorang isteri solehah tidak akan mengungkit-ungkit akan pemberian yg diberikan oleh suami, apatah lagi meminta-minta sesuatu yg diluar kemampuan zauji.



Selepas selesai segala kerja-kerja rumah, aku ke bilik khas tempat di mana zauji dan aku menyimpan fail-fail jemaah dan tempat kami berbincang. Rak buku yg mengandungi buku zauji dan buku ku yg kami kumpul sejak di universiti lagi. Zauji memang minat membaca.



Aku membelek-belek planner dan sesekali aku mengerling ke arah jadual yg sedia terlekat di dinding. Sepatutnya aku ada usrah tetapi terpaksa dibatalkan. Waktu yg lapang ku cuba siapkan kerja-kerja zauji. Zauji kata, kalau ada masa lapang, buatkan teks tazkirah dan ceramah utknya. Zauji selalu juga mendapat undangan ceramah dan tazkirah setiap malam isnin, zauji akan memberi kuliah maghrib di surau berdekatan rumah kami. Zauji tahu aku tidak mempunyai ilmu yg mantap sepertinya, namun zauji selalu memberikan ku keyakinan padaku yg aku boleh. Jika ada kesalahan pada teks ku, zauji akan memperbetulkan dan memberi penerangan kepadaku.



11.45 pagi



Zauji baru sahaja telefon. Katanya mesyuarat baru sahaja habis. Aku bergegas ke dapur melihat asam pedas yg ku masak tadi. Tentu zauji suka, aku pastikan segalanya dalam keadaan sedia. Diriku bersih dan terurus, itulah tanggungjawab seorang isteri. Kedengaran bunyi motor zauji dari kejauhan. Aku buka sedikit pintu, tersenyum zauji melihatku. Gembiranya hati ini melihat zauji tersenyum. Lapang rasa hati, tenang pula dijiwa. Aku sambut kepulangannya dengan mengucup tangannya. Zauji lantas memegang tanganku, dihulurkan satu bungkusan kepadaku. Di dalamnya ada sepasang jubah berwarna merah jambu. Aku senyum kepada zauji., tanda terima kasihku.



Ya Allah, semoga zauji menjadi suami yg soleh dan ku menjadi pendampingnya yg solehah. RedhaMu adalah kemuncak segala cita-cita, moga baitul muslim ini kekal hingga akhir hayat kami, amin!



3.00petang



Petang ini seperti biasa zauji duduk bersamaku menyelesaikan tugasan jemaah. Zauji selalu berpesan kepadaku jika ada sesuatu yang perlu dibicarakan, maka luahkanlah, zauji memang tidak pernah mengabaikan perasaanku. Aku selalu meyakinkan pada zauji agar jangan risau tentang diriku. Aku takut diriku menjadi asbab akan gugurnya zauji dari perjuangan ini. Tidak ingin sekali-kali.



Ku dambakan hati setabah Khadijah, minda secerdik Aisyah, jiwa setenang Fatimah dan diri sehebat Sumayyah. Ingin aku hadiahkan ketabahan, kecerdikan, dan ketenangan itu kepada zauji. Moga zauji bangga memiliki zaujah seperti itu. Namun, kurasakan diriku amat kerdil dan jauh untuk ku capai maqam setinggi itu.



Zauji selalu meyakinkan bahawa aku zaujah yang baik, itulah doa buatku, moga doa zauji dimakbulkan Allah.



9.00malam



Malam ini zauji ada tugasan di luar. Zauji diarahkan ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat bersama Tuan Guru. Aku siapkan kelengkapannya. Zauji kata, urusan ini mengambil masa seminggu. Sedih juga di hati ini, tapi aku harus terima hakikat bahawa zauji bukan milikku seorang. Allah adalah punya mutlak zauji kesayanganku. Maka aku mesti redha miliki suami ahli gerakan Islam. Sebelum zauji pergi, zauji menghulurkan sampul surat kepadaku. Aku tersenyum, zauji pun tersenyum. Pastinya surat buatku. Zauji pasti akan mengarang surat untukku jika dia bertugas di luar. Zauji akan menasihatiku dan memberikan perangsang buatku. Terima kasih zauji.



Zauji semakin hilang di kepakatan malam yg hening itu. Dia pergi utk menunaikan tanggungjawabnya kepada Islam. Selamat berjuang wahai mujahid Allah! Aku sentiasa di sini menanti kepulanganmu dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Ketahuilah zauji tercinta, tidak pernah walau sekelumit aku menyesal menjadi surimu walau selalu ditinggalkan. Malah, aku bersyukur dan merasa amat bangga kerana diizin Allah untuk bersamamu. Biarlah dunia ini penjara buat kita, namun di akhirat sana Allah pasti akan memberikan ganjaran pada hamba yg ikhlas dan sabar.



Bookmark and Share

    


  Member Information For alhafizProfil   Hantar PM kepada alhafiz   Quote dan BalasQuote

zalfa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15731
Posting: 49
Dari: iskandariah,mesir

egypt   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 18:40


syukran pd alhafiz..sayu dan bersemangat rasa lepas bace diari ni..tak dinafikan status wanita solehah menjadi impian setiap wanita..

"sebaik2 perhiasan di dunia ialah wanita solehah"..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zalfaProfil   Hantar PM kepada zalfa   Pergi ke zalfa's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-05-05 18:47


.. suatu diari yg baik.. ana harap ana dapat membacanya lagi tetapi dikarang oleh zaujah ana suatu hari nanti... i/Allah...

................................................

mAsa MengUBah sEgaLanYA



Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-05-05 18:58




slm ukhwah...

alhamdulillah..mudah-mudahan daku dan wanita-wanita di bumi Allah ini mampu dan berupaya menjadi muslimah solehah, mujahidah najahah dan sekaligus menjadi zaujah yg diredhai Allah...dicintai suaminya...dan sebaik-baik hamba di sisi Allah s.w.t. ....

insyaAllah...


-----------------
Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada....maka berjuanglah untuknya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

aidabdullah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.05.2005
Ahli No: 16510
Posting: 24

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-05 16:37



Al Hafiz...saudara nampaknya telah bersedia unutk menjadi pemimpin kelurga. Moga Allah swt memakbulkan impian saudara. Jadilah pemimpin keluarga yang terbaik. Mingkinkah lelaki2 soleh sanggup menyahut cabaran untuk memilih gadis2 bermasalah sebagai teman dengan hasrat untuk membimbing dan mendidik mereka agar kembali kepada jalan yang diredhai Allah swt. Mungkinkah perjuangan ini diterima? Mungkinkah ada lelaki soleh mampu menyahut cabaran untuk mendidik para gadis seperti ini. Sebagai gadis saya kecewa melihat rakan sekaum saya terus hanyut dengan hidup mereka yang alpa (ingatan unutk diri saya) tanpa bimbingan. Tiada lelaki yang sudi mendampingi untuk mendidik mereka. Malah mereka terus hanyut dgn lelaki yang makin menyesatkan mereka. Sudikah para lelaki soleh menyahut cabaran ini?
Betulkan andai saya salah.


-----------------
...dari kaca mataku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aidabdullahProfil   Hantar PM kepada aidabdullah   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-05-05 21:43


...
ingin rasanya menulis diari seperti ini pada suatu hari nanti....

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-05-05 22:32


seindah perhiasan dunia..SUBHANALLAH

muslimat ukhwah..kalian pula bagaimana?

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 14:38






a very cute husband and wife..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nuzra_awatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 27-05-05 16:03



indahnya hidup ini jika semua kerana ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzra_awatifProfil   Hantar PM kepada nuzra_awatif   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 16:51


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah ada juga suami yang baca diari isteri dia ya . kisah benar atau rekaan ni? sekedar ingin tahu. Semoga tercapai cita-cita alhafiz.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Berkata Imam Nawawi:

Tiga keadaan dusta dibolehkan:

1. ketika peperangan
2. mendamaikan orang yang berselisih
3. ucapan suami untuk menyenangkan isterinya atau sebaliknya

(alAzkar, 324)


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 16:55


From: cromox ®

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-
rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini
untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.

Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,
saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika
dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang
begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk
sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan
anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan
lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu
makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan
dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah
biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar
menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap
suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah
peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. ALlah menciptakan Hawa
semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga
dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa
Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya
menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja
di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama,
iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat,
adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke
rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat
tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi
masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih
dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya
dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
ketentuan ALlah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu
dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang
perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap
untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana
seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing
penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta
agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di
sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan
anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam

11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan,
bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok.
Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan
paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12
barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang
kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan
mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur
lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya
separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya
sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya
menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam
mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama
sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat
dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya
bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. ALlah
lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun
redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah
tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam
terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir
untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya
dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak
berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi ALlah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga
kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir
ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada ALlah.
Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan
mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan
mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang
dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ...semoga
ALlah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 541
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-05-05 20:36


hehe.. zauji sembahyang subuh berjemaah kat rumah dengan isteri. Mana sunnah beb!!


-----------------

[ Telah diedit oleh: skater pada 09-07-05 16:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 28-05-05 21:17


ya Allah kau jadikanlah aku seorang hamba yang taat pada perintah Mu dan menjadi seorang wanita yang solehah di dunia dan akhirat dan dikurniakan seorang suami yang soleh yg dpt membimbing ku kejalan yang engkau redhai... semoga impian antum semua akan tercapai hendaknya...insyAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-05-05 11:10




sedih cerita ummi ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 31-05-05 11:46


seronoknyeeee... jika semua pasangan begini...tertegaklah kalimah ALlah di muka bumi dan terlahirlah generasi yang rabbani..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-05 08:55


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah teguran anakanda skater itu amatlah tepat dan betul. Seorang zauji yang aktif akan cuba untuk solat berjemaah di masjid terutama subuh. Barulah seimbang peranannya sebagai da'i. Kemungkinan masa diari ni ditulis zauji perasan akan jiwa zaujah yang merindui kehadirannya di rumah. Mumkin! Dan mungkin zauji tidak berapa sihat untuk ke masjid.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - 'Seorang Muslim yang bergaul dengan orang ramai dan sabar atas tindakan-tindakan mereka yang menyakitkan adalah lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan mereka yang tidak sabar atas tindakan-tindakannya yang menyakitkan.' (mafhum HR Ahmad)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 27-06-05 17:16


asssalamualaikum..
:-D :-D :-D

memang seorangb isteri yang terbaik... sejuk rasa hati...
wwassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-06-05 16:23


lebih baik kalau zauji tadi ajak zaujahnya semayang sekali pukul 4.30 pagi tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

permata_albi
Warga Rasmi
Menyertai: 16.03.2005
Ahli No: 15173
Posting: 9
Dari: mesir

Kedah  


posticon Posting pada: 09-07-05 20:22


buat sahabat2 sekelian.....yakinlah dengan janji ALLAH......AT-thoiyyibunalitthoiyibat....... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_albiProfil   Hantar PM kepada permata_albi   Pergi ke permata_albi's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-05 01:35


Indahnya nikmat dunia, oh ALangkah besarnya ganjaranMu di syurga ya ALlah.

Alhamdulillah....Ya ALlah ya Tuhanku, inilah hambaMu2 yang sering mendambakan kasih dan cintaMu, berkatilah mereka, lindungilah mereka...Restuilah permintaan kami ya Allah...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 21:28


Assalamualaikum...

!!! QUOTE !!!

hehe.. zauji sembahyang subuh berjemaah kat rumah dengan isteri. Mana sunnah beb!!


sabar skater,,mana tahu hujan lebat ke diluar, ada sebab barangkali..
betullah, dai ni kena menjadikan masjid sebagai tempat ibadat dan rumah keduanya...tapi jangan kita syukzhan terhadap perkara yang kita amat sedikit pengetahuan tentangnya..

Alhamdulillah..corak seharian seorang zaujah yang baik..Moga-moga ianya sesuai dengan doa yang kita sentiasa bacakan setiap hari..RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZURRIYATINA QURRATAA'YUNIN WAJAA'LNA LIL MUTTAQI NA IMAMA..


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

cahaya82
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 17051
Posting: 125
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-07-05 00:16


:-) seindah perhiasan adalah wanita solehah.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya82Profil   Hantar PM kepada cahaya82   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 08:57


>>moga zauji ku jua adalah ahli gerakan Islam..AMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 09:56


tak ada masa nak tengok TV lansung atau berbual kosong, alangkah indahnya kalau ini kenyataannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ilahnurani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2005
Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 10:31


seronok dan terharu baca dairi ni......
moga-moga dikurniakan suami yang soleh suatu hari nanti..amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilahnuraniProfil   Hantar PM kepada ilahnurani   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 11:00


sebak baca diari ini.. nak jadi begini gakk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-05-06 11:12


tak ada masa nak mengadap komputer...
hmm..bila nak jadi kenyataan ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 00:49


boleh guna diari ni....hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 01:22


terkesan sungguh di hati...
terima kasih buat saudara alhafiz dan ummi...
sedih betul baca cerita ummi...
moga dapat ambil iktibar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

irhanan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24445
Posting: 34
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 13:47


bahagianya kalau dapat pasangan yang sebegini. saling memahami dalam hal perjuangan. bukan perkara yang mudah untuk menghadapi hari2 tanpa suami di sisi kan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For irhananProfil   Hantar PM kepada irhanan   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 17:42


indahnya dunia ini jiwa dihuni ramai wanita solehah. semoga ana salah seorang daripada-Nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-06 20:23


hmm..bahagianya.....huahua.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 01:00


bahagianya...semoga baitul muslim yang bakal dibina diberkati Allah...Ameen...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 24-06-06 01:16


A'ah sentuh betul la artikel ini...ramainye teringin..aminn semua!moga-moga dapat la ikut diari ini sebagai petunjuk di masa hadapan.

p/s : kecuali solat subuh..maybe kat sana hujan agaknya...jadi marilah kita berjemaah di masjid

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

snawan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2006
Ahli No: 24573
Posting: 152
Dari: kiri ke kanan

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 09:24


:)
:)
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For snawanProfil   Hantar PM kepada snawan   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 13:02


Assalamua'laikum
Rasanya nak belajar tulis diari lah lepas ini :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

eriza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13069
Posting: 80
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 13:48


alhamdullilah sejuk rasanya hati ini.....
semoga ana pun di kurnukan zauji yang beriman moga dapat membimbing ana...insyAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For erizaProfil   Hantar PM kepada eriza   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-06-06 14:24


ameen............
:):):):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 15:11


Pada 24-06-06 13:48 , eriza posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdullilah sejuk rasanya hati ini.....
semoga ana pun di kurnukan zauji yang beriman moga dapat membimbing ana...insyAllah.


Ameeenn


-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH



Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 17:20


semoga diri ini berpeluang menjadi zaujah solehah pada seorang zauji sejati..amin.. ya allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 24-06-06 20:04


Pada 24-06-06 17:20 , comel21 posting:

!!! QUOTE !!!

semoga diri ini berpeluang menjadi zaujah solehah pada seorang zauji sejati..amin.. ya allah..



Amin...999x


-----------------
Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran..
Doa-doakanlah ek..
Hidup dan matiku kerana ilahi..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 20:10


moga ana menjadi zaujah solehah bgnya seorang zauji yang soleh.. amin ya rabb

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

mahirah_ab
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24948
Posting: 1
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-06-06 01:02


Assalamualaikum wbt...

Kenapa ya...sebak sangat masa baca diari ni..

Aku teringatkan dia kah? :roll:


-----------------
::ukhwah Itu Indah Bila Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah SWT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For mahirah_abProfil   Hantar PM kepada mahirah_ab   Quote dan BalasQuote

pires
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24906
Posting: 11
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-06-06 10:35


ya allah kurnialah aku isteri yang solehah

Bookmark and Share

    


  Member Information For piresProfil   Hantar PM kepada pires   Pergi ke pires's Website   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-06-06 14:18


ya allah..semoga kami dapat menjadi zauj dan zaujah solehah..AMIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 01-07-06 11:24


semoga aku dapat isteri yang solehah.... amin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 01-07-06 11:25


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 21:47


posting ni menarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-07-06 22:54


bismillah...

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik
lelaki yang beriman untuk perempuan yang beriman

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
perempuan yang beriman untuk lelaki yang beriman

ana ni baik ke??
ana ni beriman ke (dengan sebnr2 iman)??

TEPUK DADA TANYA IMAN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

KIKO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 11:28


Berinformasi...begitu sistematik ahahah harap ada lagi pengarang yang sedemikian rupa....Kalau macam ni aku nak juga pasang internet kat rumah baru dapat pula aku mengarang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For KIKOProfil   Hantar PM kepada KIKO   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 12:07


adakah mimpiku akan jadi realiti?

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 11:47


Pada 25-06-06 14:18 , comel21 posting:

!!! QUOTE !!!

ya allah..semoga kami dapat menjadi zauj dan zaujah solehah..AMIN..


ameen.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 27-07-06 16:45


semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 00:10


Pada 24-06-06 20:10 , smile_roses posting:

!!! QUOTE !!!

moga ana menjadi zaujah solehah bgnya seorang zauji yang soleh dan Hafiz al-Quran.. amin ya rabb


InsyaAllah...


-----------------
Get graphics at Nackvision.com



Bookmark and Share

    


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 17:10


masyaALLAH... :-)

syukran jazilan.
wassalam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

putri_syiffa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16476
Posting: 67
Dari: Malaysia

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 11-03-07 14:53


macam pernah bacalah ....tapi kat mana ekh

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_syiffaProfil   Hantar PM kepada putri_syiffa   Quote dan BalasQuote

nafas
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29298
Posting: 355
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-05-07 09:46


mudah-mudahan ana dapat jadi seperti zaujah tersebut...Amin
hukhukhuk...tinggi angan2...

xpekan pasang cita-cita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafasProfil   Hantar PM kepada nafas   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.183067 saat. Lajunya....