Oleh |
Ulamak Saudi sudah haramkan ''Akademi Fantasia'', ulamak kita bila lagi? |
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 19-05-05 12:48
...
sumber dipetik dari harakah..
Dilaporkan para ulamak Saudi telah mengeluarkan fatwa mengatakan satu program hiburan realiti tv yang mengumpulkan remaja sebagai jenayah kepada Islam dan meminta semua pihak yang terlibat termasuk para penontonya bertaubat.
Di Malaysia, kita ada berbagai-bagai rancangan tv yang merosakkan akhlak, seperti yang dimaksudkan oleh ulamak Saudi itu. Yang paling diminati dan hampir menyerupainya ialah Akademi Fantasia.
Kini Akademi Fantasia siri ketiga pula dalam pembikinan. Program ini juga mengumpulkan pelajar, lelaki dan perempuan, di suatu 'akademi' untuk dilatih 'melalak' sebelum beradu nasib di pentas.
Mustahil para ulamak di Malaysia tidak tahu hal ini kerana ia disiarkan secara langsung melalui tv dan nampak jelas pelajar lelaki dan perempuan berpelukan apabila keputusan diumumkan.
Kita hanya mendengar teguran dan nasihat dari ulamak di luar kerajaan sahaja tentang program ini. Ulamak dalam kerajaan seperti tidak berani berkata benar di depan pemerintah.
Atau apakah mereka belum berjumpa nas yang melarang perbuatan mungkar itu. Atau mungkin mereka ada alasan lain untuk terus membisu?
Kita harap ulamak dalam kerajaan dapat memandu pemerintah ke arah jalan yang benar. Yang salah tetap salah. Bila yang salah dikatakan salah oleh pihak pembangkang, kerajaan akan menuduh pembangkang sentiasa cari kesalahan mereka.
Nanti bila dikatakan ulamak 'terompah kayu' baru sibuk melenting sana sini. Waktu itu keluarlah ayat-ayat al-Quran dan Hadis tentang dosa-dosa menghina ulamak! - um
----------------- Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.
|
Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.11.2003 Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth
|
Posting pada: 19-05-05 13:23
bila Pak Lah bagi lampu hijau
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 19-05-05 13:32
Kerajaan Hadhari telah menghalalkan...masakan ia boleh diharamkan.
p/s: Tunggu sajalah azab Allah yg berikutnya... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
ndyna
Warga Rasmi Menyertai: 22.07.2004 Ahli No: 10235
Posting: 6
|
Posting pada: 19-05-05 17:53
tulah dia...
deme tak fikir ke... gejala sosial kat malaysia ni dah melambak2... dok dgn prog cam tu lagi.
dah terang lagi bersuluh bende cam tu tak de manfaatnyee.. bende tu gak yg d green lightkn...
tak tau la ape nak jadiiii
cite kat tv pun dah melampau2...iklan jgn cakap la...dedah dedah tu dah jadi perkara biasa...
sbb tu la byk mslah sosial....
heee tak tau la apenak jadi...
|
zalfa
Warga 2 Bintang Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15731
Posting: 49
Dari: iskandariah,mesir
|
Posting pada: 19-05-05 18:04
akademi fantasia mmg patut dihapuskan..rancangan seperti ini hanya mampu merosakkan aqidah para remaja kita..byk lg perkara berfaedah blh dilakukan..
|
puteri_nailofar
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.05.2005 Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan
|
Posting pada: 19-05-05 18:39
Apa boleh buat,bila perkara yang ditegah itulah yang disukai....
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 19-05-05 19:17
dah termaktub dlm salah satu drpd syarat2 utk remaja yg gila glamour..
mcm la tak ada kerja lain nak buat.
|
kuahdurian
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam
|
Posting pada: 19-05-05 22:31
Quote:
|
On 2005-05-19 13:32, suhaimi_sr wrote:
Kerajaan Hadhari telah menghalalkan...masakan ia boleh diharamkan.
p/s: Tunggu sajalah azab Allah yg berikutnya...
----------------- JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...
|
|
hah, nak tunggu azab Allah yg berikutnya? jangan harap sangat... masa bencana tsunami yg merupakan azab Allah tu melanda negara, makin galak artis2 melalak kat konsert2 haram yg dihalalkan atas nama "tabung mangsa tsunami", "konsert amal" dsb.
|
tuyup
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~
|
Posting pada: 19-05-05 23:33
|
islamic_bazinjan
Warga Rasmi Menyertai: 08.05.2005 Ahli No: 16382
Posting: 2
Dari: johor
|
Posting pada: 22-05-05 10:41
bukan af shj harus diharamkan, kesemua rancangan hiburan yang tidak ada dalam islam wajib diharamkan. sama juga seperti rokok, rokok itu haram, hiburan yg melampau juga haram.
|
srikandi_islam
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB
|
Posting pada: 22-05-05 10:53
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 22-05-05 12:54
rasanya mmg patut diharamkan semua rancangan2 hiburan...banyak sgt gejala2 sosial yg hakikatnya berpunca dr industri hiburan yg tak mendatangkan apa2 faedah langsung...makin ramai artis yg ditangkap sebab dadah...tak kurang gak yg masuk pub kan....wallahua'lam
|
nawra_albahira
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2003 Ahli No: 3005
Posting: 141
Dari: taman tun dr ismail
|
Posting pada: 22-05-05 14:15
rimaskan?lepas AF..Malaysian Idol,Audition,Mentor dan lain2 lagi..kalau semua nak menyanyi..siapa yg bakal ajar mengaji??tahu kejar glamour je...hiburan yg lain kan ok jugak...nasyid contohnya...hiburan yg mendidik jiwa..tak salah apa..fikir2kan la...
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 22-05-05 16:10
eleh...mendidik jiwa....pada saya nasyid laa yg merosakkan minda anak2 muda kita...menghalalkan cinta dan mencipta cinta islamik yg kononnya halal.....apa kata kalau lepas ni letak artis nasyid jd mentor....kita amik kumpulan mirwana....sepatutnya....kita amik hiburan sebagai suatu yg positif....ye betul mmg af tu bercanggah...tapi kalau sesiapa yg nak sanggah mentor....sy rasa tak patut sbb rancangan tu ok dan most contestant menjaga adab n tak berpakaian seksi......tak macam af....sudah laa laki pompuan campur...
|
srikandi_islam
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.10.2003 Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB
|
Posting pada: 22-05-05 22:32
yg pandai bc alquran 2 ramai,yg nak blaja 2 ramai,tp brape ramai yg nak mengajar alquran n brape ramai yg amalkan isi2 alquran dlm khdpn sehrian?-same2 kite fikirkan...kate2 ni yg dicakapkan oleh guru silat saye kat kem silat kat tg malim hr 2...
fikirkanla..... ----------------- 2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH
|
nawra_albahira
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2003 Ahli No: 3005
Posting: 141
Dari: taman tun dr ismail
|
Posting pada: 22-05-05 22:50
[quote]
On 2005-05-22 16:10, Putra_Aiman wrote:
eleh...mendidik jiwa....pada saya nasyid laa yg merosakkan minda anak2 muda kita...menghalalkan cinta dan mencipta cinta...
erm..yg mana baik..ambil lah..yg mana kurang...sendiri fikir la...hati milik masing2...kalau da besar panjang...pandai menilai bukan??
|
sukri96
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas
|
Posting pada: 23-05-05 08:30
baru jer dengar kuliah subuh tadi..
AF = pemenang no 1 dapat RM250,000
Hafazan Alquran = pemenang no 1 RM10,000
bayangkan bertapa rendahnya nilai islam dinegara islam sendiri...
|
ac
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11304
Posting: 27
Dari: teranu
|
Posting pada: 23-05-05 10:12
eh...ye ke dah haram....?
macam tak caye lak....abih pesal duk tayang lagi ka tv tu....macam tak de pape je....ke isu af ni same cam isu arak, judi...kate haram ...tp tetap berdiri teguh perniagaan mereka.....
em...sy harap, pihak berwajib perlu mengambil tindakan yg wajar bagi menangani perkara ini...
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 24-05-05 06:33
Quote:
|
On 2005-05-22 22:50, nawra_albahira wrote:
[erm..yg mana baik..ambil lah..yg mana kurang...sendiri fikir la...hati milik masing2...kalau da besar panjang...pandai menilai bukan??
|
|
abis tu buat apa nak pertikai af tu semua...dah tau salah...pandai2 laa nilai yer...
|
nawra_albahira
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2003 Ahli No: 3005
Posting: 141
Dari: taman tun dr ismail
|
Posting pada: 26-05-05 20:15
On 2005-05-24 06:33, Putra_Aiman wrote:
abis tu buat apa nak pertikai af tu semua...dah tau salah...pandai2 laa nilai yer...
[/quote]
oh ye..begitu juga dgn lirik nasyid zaman skrg ni...pandai2 laa MENILAINYA... ma'alish ala kulli haal...afwan kathiran minniy......
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 27-05-05 02:19
hmm...itu sy sokong...hati2 dgn lirik nasyid....ada org guna lirik nasyid utk pancing cinta...kalau boleh kita hayati lirik nasyid berunsur zikir...dari dgr nasid cinta baik korang layan lagu rock May ke,Wings ke.....
|
Yob
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL
|
Posting pada: 27-05-05 12:15
A'kum...
AF ke Malaysia idol ke mentor ke...dan yg seangkatan dengan nya...semua itu hanya melahirkan MAKHLUK PEROSAK untuk agama bangsa dan negara....
|
mubtasim
Warga Rasmi Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16652
Posting: 0
Dari: perlis
|
Posting pada: 29-05-05 11:21
salam ukhwah..
bg pandgn ana..ana 100% tak setuju dgn AF dan rancgn seumpama dgnnya..bg ana..klu semua nak jadi penyanyi sapa lagi yg nak jadi doktor..peguam..polis ker..guru ker..masalah ni akan membawa kepada masalah ekonomi negara..kita mgkin tak terpk tapi inilah hakikat yg akan kita lalui pada masa akan dtg..so before buat apa2 please pk utk jgka masa panjg...
rancgn ni takan diharamkan jika pihak tertinggi tak haramkan..harapnya faham jela maksud ana ni..
so apa tugas kita..jgn tonton rancgn cmtu..ini tidak kita pun sama gak sokong..bila kita tonton tu samalah kita menyokongnya..jadi faham2 je la ye..
sama2 lah kita memartabatkan Islam di rtanah air kita sendiri..
waallhua'lam..
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-05-05 21:52
tak tahu la... nak kata ulamak kita ni takut dapur tak berasap.... sekarang dah serba moden....
nak kata ulamak kita ni takut periuk nasi ditutup... bini dia yang masak...
kita kena la tanya ulamak yang masih sokong AF tu... mungkin dia pun nak vote sama kot... nak bagi sokongan kat peserta...
----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|
fieyza
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.09.2003 Ahli No: 3560
Posting: 39
Dari: Perak
|
Posting pada: 31-05-05 14:11
Itula tanda2 dunia hampir kiamat dimana hiburan menjadi fokus utama umat akhir zaman ni. Perkukuhkanlah iman dan takwa supaya kekuatan agama yg ada ini dpt mendidik generasi yang seterusnya supaya tdk terdidik dgn hiburan semata2. Jauhkanlah kaum keluarga kita supaya terhindar dari kemungkaranNYa. Siapa lagi yg akan mempertahankan agama kalau bukan dari diri kita yg sedar akan kelemahan ini. Sesungguhnya setiap kamu adalah khalifah Allah di muka bumi...
Nasihat-nasihatilah sesama kita disamping banyakkan berdoa untk kesejahteraan semua..
|