Oleh |
"ku menantimu di pintu syurga..." |
cikacung
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.05.2005 Ahli No: 16419
Posting: 23
Dari: changloon
|
Posting pada: 18-05-05 08:21
kepada ahli ukhwah sekalian saya nak berkongsi pendapat..apa pendapat kita tentang lirik lagu artis-artis di malaysia sekarang yang lirik lagunya masyaALLAH ingin menuju ke syurga ALLAH,sedangkan dengan pakaiannya,tariannya,semuanya haram...tetapi macam dah confirm nak dapat syurga...satu lagi artis perempuanke,lelakike,yang bagi 'pose' kat kolam renang,bila ditanya,semua cakap nak yang beriman,yang da agama..masyaALLAH tak sedarkah diaorang seperti mempersendakan ALLAH...minta pandangan sahabat sekalian....
|
GHAIZAH_8485
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.01.2005 Ahli No: 13898
Posting: 140
|
Posting pada: 18-05-05 09:15
Itu menunjukkan mereka tu artis-artis kita nie...kurangnya iman di dada...Bile tengok AIM ari tu...terfikir juga...Kejayaan dapat trofi tu ke yang Allah swt nak....terlalu menjurus ke arah ke maksiatan dan duniawi...bergaul sesama artis...bersalam...aurat ntah ke mana....Masya Allah...
|
adneen
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan
|
Posting pada: 18-05-05 09:18
Kalau kita renung lirik-lirik lagu ni, ada yg boleh memesongkan akidah..cnthnya memuja wanita melebihi segala2nya..selain tu,.."ku menantimu di pintu syurga"..penyataan tu seolah-olah dah confirm kita ni masuk syurga je.Sedangkan dlm doa taubat ade menyebut.."aku tak layak masuk syurgamu dan x sanggup menahan siksa nerakaMu"..dah cukup ke amalan kita sehinggakan begitu yakin dapat masuk syurga?
kalau bincang bab artis ni memang x habis.kita doa je smoga diaorg dibukak pintu hidayah untk bertaubat.peranan bg kita yg sedar ni, sama2 dakwah kwn2, keluarga, dan sesape shj agar tk terpengaruh dgn kehidupan glamour artis.x bawak ke mana jgk sbb dah jelas dan nyata perbuatan mereka bertentang dgn agama.
Wallahu'alam bissawab..
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 18-05-05 11:35
Seronoknya sekiranya dapat masuk syurga Allah.
Mudah-an aku diterima sebagai hamba-Nya diakhirat kelak....Ameen..
Takut bila memikirkannya.......Sesuatu yg tak pasti bila akan terjadi..tapi pasti akan terjadi.
|
al_farafisya
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6673
Posting: 49
Dari: ardhilLah
|
Posting pada: 18-05-05 15:02
Bismillahirrahmanirrahim..
![](images/forum/smilies/icon_salam.gif) wrt..
"ALHAMDULILLAH,akhirnya saya berjaya juga menyandang gelaran 'penyanyi terbaik' & INSYAALLAH saya akan teruskan kerjaya saya ni selagi nyawa dikandung badan'"...fikir2kan..
Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada mereka..insyaAllah
Salaam ----------------- Ya Rabbana...tHaBbiT QuLUbaNa 'ALa DiiNiK wa 'ALa to'aTiK..
|
ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.03.2005 Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..
|
Posting pada: 18-05-05 19:31
kemungkaran n kebaikan ibarat minyak n air..
menjadi keajaiban alam kalau minyak n air dapat disatukan!
Rasululullah S.A.W. pernah memberikan keterangan tentang erti iman di dalam suatu majlis bersama-sama sahabat ketika didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai iman dan Rasulullah menerangkan:
"Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya serta hari Akhirat dan engkau beriman kepada taqdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya."
Iman bererti:
1. Percaya dengan sebenarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
2. Segala jenis ketaatan hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
3. Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.
Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan segala peraturanNya. Kepercayaan yang mutlak ini hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu;
1. Iqrar dengan lidah
2. Tasdiq (dibenarkan) dengan hati
3. Dilakukan dengan anggota
Abul Ala Maududi, seorang ulama' terkemuka, menjelaskan hubungan antara iman dengan Islam;
"Hubungan antara Islam dengan iman ialah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya, demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi muslim tanpa mempunyai keimanan."
wallahu'alam ----------------- ISLAM is the perfect way to live..
|
cahayainsani
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-05-05 08:40
mmm...mudah-mudahan...InsyaAllah...
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 19-05-05 10:20
mcm tu la dunia artis..
ku kan menantimu hingga ke pintu syurga..hekeleh...ingat confirm ke leh masuk syurga?lagu inggeris pun tak sampai mcm tu..
|
ayuAnnisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.09.2004 Ahli No: 10900
Posting: 148
Dari: perak
|
Posting pada: 19-05-05 12:23
itu namanya..cakap tak serupa bikin...biasalah manusia...mahukan kesempurnaan tapi tak pernah menilai diri sendiri tu macam mana...
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 19-05-05 18:42
Ntah la. Tak tau nak cakap ape dah. Orang skrg buat maksiat pun bangga lagi. Ish ish ish...
|
NazRie
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.03.2005 Ahli No: 15491
Posting: 53
|
Posting pada: 23-05-05 10:55
Ana cuba berfikiran positif.
Oklah, stakat mana yg ana perhatikan sekarang nie, dalam dunia hiburan, berlaku satu persaingan yg hebat antara hiburan yg menyesatkan, dan juga hiburan yg berunsur dakwah. Ana nampak bende nie berlaku sejak akhir2 nie. Sentuh pasal dunia nasyid, ana dah nampak peningkatan dalam usaha mereka. Walaupun masih ader yg cube mempertikaikan usaha murni nie, namun pada ana, selagi msg yg dibwa tak lari daripada kemanisan islam, ana tetap akan menyokong mrk. Tahniah kpd Raihan, Hijjaz, In-team dan rakan2 seperjuangan. Jasa dan pengorbanan kalian, besar ertinya kpd kami, umat Muhammad. Tapi, ana masih risau, sejauh mane mereka dpt pergi. Kalao tanpa sokongan masyarakat. Sedangkan mereka sekarang nie sedang bertanding dengan dunia hiburan yg satu lagi nie. Tengok rr sekrag nie, mcm2 prog yg cube mencungkil bakat umat2 islam. Berani saya katakan, sumenye akan menyesat dan mengakhayalkan. Antaranya, termasuklah malaysian idol, AF, audition, mentor dll. Mane plak perginya rancngan yg cube mencungkil bakat untuk dunia hiburan berunsur islam. Ader memang ader, tapi jarang dpt liputan meluas. Memang saya akui, lebih penting popular di sisi Allah berbanding manusia, tapi dlm usaha ini, popular di sisi masyarakat juga adalah penting...
Alhamdulillah, masih ader lagi siaran yg berunsurkan islam , tapi, masalahnya, mampukah usaha yg sekecil ini,menandingi, konco2 syaitan yg sedang bermaharajalela skrg nie. Time kasih kat IKIM n RTM yg turut menyelitkan hiburan berunsurkan islam. Tanpa kalian, mungkin ana sendiri masih lagi alpa dengan hiburan yg melalaikan. Alhamdulillah.
Sentuh pasal dunia artis skrg nie, alhamdulillah, ana tengok OKlah gak, artis yg pakai tudung pon dah ramai(walaupun, ader sdikit cacat cela, kiter sawajarnya doakan smoga penghijrahan mrk itu, mencapai matlamat islam sejati, kiter jgn sekali2 mengutuk mereka!)
Pada ana, pasal artis yg slalu menyebut nama2 Allah ketika di atas pentas ataupun mane2 tmpat yg tak sepatutnya, pada ana, it's still ok. Alhamdulillah, mereka masih ingat kat Allah, ade lagi tanda kesyukuran dlm diri mereka. Cuma, sayangnya, mereka nie, masih lagi jahil, or maybe belum trima hidayah. (arap2 ramailah yg sudi doakan artis2 kiter terutamanya yg berpengaruh mcm siti, buat penghijrahan. Saye pasti, masyarakat tentu akan buka mata. Mungkin, siti akan menceburi bidang nasyid pula, Wallahu'alam(ingat tak kisah pengislaman saidina umar)). So, dlm usaha kiter nak bagi kesedaran kat artis2 nie, dunia hiburan yg berunsurkan islam seharusnya lebih mendahului mereka. Biar dorang buka mata.....
Sori yer, terpanjang plak. Kalao tersilap, ana harap, kalian tgurlah ana yer!
wasslam
|
MaWaR84
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.04.2005 Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu
|
Posting pada: 23-05-05 11:58
ragam manusia d akhir zaman...
semoga kiter dihindari drp perbuatan yg melampau.... ----------------- \' aKu IngIN sEgAlA2 NyA DaMai....\'
|
shah_sobriyanie
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2003 Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-05-05 14:23
begitu la manusia... cakap tak serupa bikin...
buat konsert penuh dengan maksiat tapi kata ikhlas kerana Allah...
----------------- cinta itu hanya kerana allah, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....
|