Oleh |
Rahsia 5 jari.... |
cahayainsani
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 16-05-05 12:50
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda
sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala
amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi
lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu
dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap
jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda
|
eiza86
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2004 Ahli No: 12182
Posting: 161
Dari: Gombak,Selangor
|
Posting pada: 16-05-05 13:14
Besar gak makna nyer 5 jari kita nie yer?  Mendalam tu info cahayainsani....
Thanks 4 that information....  Pas ni leh la terangakn kat kwn2 lak
|
Azri
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.09.2004 Ahli No: 11001
Posting: 75
Dari: Tupak Kelate(Tumpat Kelantan)
|
Posting pada: 16-05-05 14:43
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 16-05-05 14:46
tq...besar maknanya yg tersirat
|
narato
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2005 Ahli No: 16524
Posting: 143
Dari: jb...ukm,bangi
|
Posting pada: 16-05-05 15:50
|
imansyazwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2005 Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 17-05-05 11:19
|
mujahid_timur
Warga Rasmi Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16443
Posting: 18
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 17-05-05 11:26
goooooooood!!!!!
|
puteriaina
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2004 Ahli No: 13247
Posting: 37
Dari: Johor
|
Posting pada: 17-05-05 11:33
 ...
syukran,satu info yang cukup baik.tersingkap jua rahsia alam dan penciptaan.undefined
|
DinnaFatiha
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.12.2003 Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor
|
Posting pada: 18-05-05 11:10
kepentingan kesemua jari ini akan tercalar dengan kepincangn satu darinya
|
burujislam
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12352
Posting: 63
Dari: luas bumi Allah....
|
Posting pada: 19-05-05 12:26
betapa tiap anggota kita punya kerahsiaan....
|
ayuAnnisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.09.2004 Ahli No: 10900
Posting: 148
Dari: perak
|
Posting pada: 19-05-05 12:30
time kasih kak jue ats inf0 tue...
|
cahayainsani
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.08.2004 Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-05-05 14:09
|
ayuAnnisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.09.2004 Ahli No: 10900
Posting: 148
Dari: perak
|
Posting pada: 23-05-05 13:35
ye...sama kasih....hehehe....
nanti posting lagi yg best2 ek..bleh ana tengok..
|
faizhaikal
Warga Rasmi Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17628
Posting: 13
Dari: tanah merah
|
Posting pada: 07-08-05 19:27
terima kasih lah.. banyak juga ilmu dapat dari awak ini.. percaya lah
|
e-zam
Warga Rasmi Menyertai: 21.07.2005 Ahli No: 17431
Posting: 13
Dari: wangse maju
|
Posting pada: 08-08-05 23:08
assalamualaikum... oh, bgitu rahsianya..mm, nanti postlah tentang makna pada telapak tangan pula ok.. mesti best ...
|
eimah
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.02.2004 Ahli No: 7066
Posting: 37
Dari: Nilai,N.Sembilan
|
Posting pada: 09-08-05 02:10
terima kasih atas information ini
|
maisarah_nur
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8175
Posting: 157
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 09-08-05 06:04
|
ibnu-albaytar
Warga Rasmi Menyertai: 16.09.2005 Ahli No: 19039
Posting: 16
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-10-05 16:41
erm informasi yang amat berguna....
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-10-05 17:20
Pada 16-05-05 13:14 , eiza86 posting:!!! QUOTE !!! Besar juga makna nya 5 jari kita ini ye? Mendalam tu info cahayainsani....
Thanks 4 that information.... Pas ni boleh la terangakn kat kawan-kawan pula
 ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 10-10-05 17:22 ]
|
muslimahmuar
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.08.2005 Ahli No: 18544
Posting: 38
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 10-10-05 17:58
terima kasih bannyak-banyak info ini.......
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 10-10-05 20:35
Thank you! dapat belajar benda baru... Alhamdulillah.. ciptaan Allah, seseni mana pun pasti ada hikmah dan kebesarannya, tidak pernah sia2.. Subhanallah
|
khuwailid
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.11.2003 Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha
|
Posting pada: 10-10-05 23:02
kalau ambil jari kumpul untuk dijadikn satu tumbukan hebat.. dahsyat juga..  apapn setiap penciptaan Allah ada rahsia.. thank you 4 di'info..  ----------------- Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou...
|
Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.05.2005 Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu
|
Posting pada: 12-10-05 23:36
assalamualaikum... thank you for the information.. memang setiap ciptaan Allah ada hikmahnyer..gunekanlah dengan sebaik2nye dan penuh rasa syukur.. [ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 12-10-05 23:36 ]
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 23-10-07 13:46
 wwt... Nice info ''Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia".. Wassalam ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 23-10-07 13:59
Subhanallah... hebat sungguh ciptaanMU... ----------------- [ Telah diedit oleh: Nuranys pada 23-10-07 14:00 ]
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-10-07 14:43
di sebalik tu juga ada juga dikaitkan dengan khalifah ar-rashdin..diceritakan oleh kawan ana. ibu jari=jari yang paling utama,besar dan lain dr jari2 lain di nisbahkan atas baginda nabi muhammad.ketua bagi umat akhir zaman dan paling utama jari telunjuk=jari yang diguna untuk menunjuki,dinisbahkan atas saidina abu bakar yang menjadi jurutunjuk kepada umat selepas nabi wafat.yang mana umat islam seperti kehilangan petunjuk setelah kewafatan nabi dan naik abu bakar main jadi pemimpin umat jari tengah=jari yang paling menonjol dalam banyak jari dan paling terserlah dinisbahkan atas saidina umar.zaman yang paling unggul dan gemilang.sesuai dengan sifat saidina umar yang tegas jari manis=jari cincin yang mana bersifat dengan kelembutan dinisbahkan atas saidina usman yang mana bersifat lemah -lembut jari kelinking=jari yang paling kecil dinisbahkan atas saidina ali yang mana kanak-kanak pertama memeluk islam
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 10-01-08 02:35
Pada 23-10-07 14:43 , pejuang_terakhir posting:!!! QUOTE !!! di sebalik tu juga ada juga dikaitkan dengan khalifah ar-rashdin..diceritakan oleh kawan ana. ibu jari=jari yang paling utama,besar dan lain dr jari2 lain di nisbahkan atas baginda nabi muhammad.ketua bagi umat akhir zaman dan paling utama jari telunjuk=jari yang diguna untuk menunjuki,dinisbahkan atas saidina abu bakar yang menjadi jurutunjuk kepada umat selepas nabi wafat.yang mana umat islam seperti kehilangan petunjuk setelah kewafatan nabi dan naik abu bakar main jadi pemimpin umat jari tengah=jari yang paling menonjol dalam banyak jari dan paling terserlah dinisbahkan atas saidina umar.zaman yang paling unggul dan gemilang.sesuai dengan sifat saidina umar yang tegas jari manis=jari cincin yang mana bersifat dengan kelembutan dinisbahkan atas saidina usman yang mana bersifat lemah -lembut jari kelinking=jari yang paling kecil dinisbahkan atas saidina ali yang mana kanak-kanak pertama memeluk islam irOnik sungguh.... sungguh indah ciptaanmu Ya Allah..... ***tapi,ada jugak org yang ada 6jari.... wallahua'lam....
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 16-01-08 09:06
bagus-bagus..berguna jugak ye...tak sangka banyak betul rahsianya..tapi ni hanya pendapatkan?...
|