Petang itu seperti biasa Zamri balik dari kilang tempat kerjanya ..
Tiba-tiba seekor kambing menghampirinya sampil tersenyum kambing ..
Zamri terus blah dari situ
Akan tetapi kambing itu mengikut Zamri ..
Zamri tension lalu menyepak dahi kambing itu .. dish2
Lalu Zamri mengsound kambing tersebut supaya tidak mengekorinya lagi ..
Tetapi apabila Zamri balik rumah jer dan menoleh ke belakang kambing tersebut ikut beliau lagi .. adoi ~
Zamri sangat marah lalu melepaskan kuasa ultraungunya kepada kambing tersebut ..
Kesian kambing yang tak bersalah itu terpaksa merangkak pergi dengan penuh kesakitan
Keesokkan harinya semasa Zamri tgh melantak nasi ..
Tak sangka kambing yang di bencinya muncul kembali
Kehadiran kambing tersebut amat menensenkan belaiau ..
Zamri membaling kapak saktinya kepada kambing tersebut namun kambing tersebut pandai mengelak lalu blah dari situ ..
Pada petang itu Zamri ingin ke KeyElle dan dalam perjalanannya di dalam bas ..
Beliau btul tidak sangka kambing itu sangup naik bas nak ikut beliau ...
Zamri melompat keluar dari tingkap bas dan lari balik ke rumahnya
Peristiwa itu amat menghantui Zamri .. Zamri benar2 tensen dengan kemisterian yang beliau alami itu ..
Kenapa kambing itu selalu sangat hadir dalam hidup Zamri .. inilah persoalannya . apakah yang harus dibuat ?
Tiba2 kambing itu datang lagi ..
Zamri mengepit kepala kambing tersebut dan membelasah beliau dengan penuh kasih sayang .. Zmri menjerit kepada kambing tersebut " woi .. celaka kau datang lagi .. takder prevasi btul la"
Zamri fikir masak2 lalu terus mencari idea utk menyetlekan problem tersebut .. dier bercadang utk jumper bomoh ..
Suasana didlam rumah bomoh
Zamri : Tok , hidup saya diselebungi misteri tok. Kambing minat
sangat kat saya , sampai naik bas pun dier ikut ..
Tok Bomoh : Ye ke? Mari sini tok nak bisik skit .. Tok bisik2 pada
Zamri dan memberitahu aper yang perlu .. Zamri
buat //
Zamri mengikut segala petua yang diberikan oleh Tok Bomoh itu
Sejak Zamri mengikut petua tok bomoh itu kambing tersebut tidak lagi mengikuti Zamri malah langsung tak mengenali Zamri.Adakah anda tahu aper petua misteri tok bomoh tersebut
Rupa2nya petua Tok Bomoh itu : Zamri kau balik rumah guner sabun dan kau mandi sampai badan kau bersih , licin , gebu , sehingga tiada bau , rasa.
Selama ini kambing tersebut tidak bersalah langsung kerana beliau mengangap Zamri itu abang kandungnya ..
MORAL : Cari kesilapan sendiri jangan suka salahkan org lain