Oleh |
Konsert Inul Dingin....hanya warga asing penuhi stadium |
ezad_75
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15379
Posting: 96
|
Posting pada: 03-05-05 12:31
source: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Hrkh) - Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang berlangsung 1 Mei 2005 lalu menerima tamparan hebat setelah ianya gagal mendapatkan sambutan dari rakyat Malaysia.
Menurut jurucakap Kempen Ekspedisi Dakwah III, Herman Samsudeen, wakil penganjur yang ditemui telah mengesahkan bahawa banyak lagi tiket-tiket yang gagal dijual.
Kempen Ekspedisi Dakwah III adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) sempena bantahan terhadap konsert Inul.
Kata Herman, pihak kempen juga mendapati bahawa sambutan peniaga yang kebiasaannya berniaga di luar stadium agak dingin di mana hanya sekitar tujuh hingga 10 buah gerai sahaja yang dilihat di kawasan luar stadium.
Sementara, tempat letak kereta pula banyak yang kosong, ternyata jumlah yang hadir terlalu sedikit dan tidak mencukupi 'korum' konsert yang diingini oleh penganjur.
Menurut Herman, stadium hanya dikunjungi oleh penonton dari negara jiran, Indonesia.
Ujarnya,antara penonton dari Indonesia yang ditemui sememangnya mengakui bahawa kehadiran mereka di situ bukannya untuk mendengar Inul menyanyi tetapi ingin melihat ‘goyang gerudi’ Inul secara ‘live’.
"Dewan Pemuda PAS melihat itulah modal utama para penganjur dalam mempromosikan konsert tersebut sebelum ini dengan harapan Inul mampu untuk ‘mengerudi’ Stadium Merdeka dan juga hati – hati kering para penonton untuk disumbatkan dengan najis hedonisme,"kata Herman.
Sementara itu kata Herman, ekspedisi edaran risalah dakwah telah dimulakan sekitar pukul 6.50 petang setelah para petugas diberikan taklimat.
Ujarnya,lebih kurang pukul 7.20 malam petugas berhenti rehat untuk menunaikan solat dan kemudian meneruskan operasi edaran risalah.
Ekspedisi ini katanya, dipimpin oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berserta beberapa orang pimpinan pemuda.
Menurut Herman, ekspedisi kali ini juga telah disambut baik masyarakat yang juga turut berminat untuk menyertai program edaran risalah.
Pada kali ini katanya, Muslimat PAS juga telah turun untuk bersama dalam mengerakkan risalah dakwah yang kita yakini mampu memberikan sedikit 'goyangan' kepada para penonton yang hadir pada malam tersebut.
"Walaupun ramai rakyat Indonesia yang hadir namun usaha dakwah tetap diteruskan kerana risalah yang diedarkan tidak dibatasi oleh sempadan negara bangsa. Agenda mendaulatkan akidah Islamiyyah menjadi tongkat kepada ekspedisi ini,"katanya.
Sementara itu bercakap bagi Dewan pemuda PAS Wilayah pula, Herman berkata, DPPWP berharap pihak penganjur dan Inul memahami mesej yang cuba disampaikan rakyat Malaysia yang kini sudah bosan dengan konsert - konsert artis dari negara luar.
Katanya ini kerana,golongan artis pada hari ini telah gagal menjadi teladan yang baik pada masyarakat.
"Cukuplah dengan wujudnya isu artis - artis yang menagih dadah, sumbang mahram, bergaduh di kelab malam dan sebagainya.
"Kedatangan Inul pula, hanya sekadar memanjangkan lagi plot kebobrokan golongan artis yang kini sudah tidak releven dengan apa yang diingini rakyat,"katanya.
Katanya lagi, Kementerian Kesenian dan Warisan perlu sedar dan bangkit dari kerusi malas mereka untuk bekerja memartabatkan budaya bangsa Melayu yang berhibur dalam erti kata tidak melanggar batas norma masyarakat.
Budaya canggung mengerudi pentas dengan punggung artis menodai kesucian akhlak masyarakat muslim haruslah ditolak dan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas ini. - mks.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 03-05-05 12:41
Alhamdulillah, nampaknya rakyat Malaysia dah mula buka mata. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 03-05-05 13:19
 malu sebagai seorang wanita islam..
 sedih masih ada yang tidak sedar dunia dah di akhir zaman...
 gembira sbb Allah masih memelihara hamba2-Nya yang dikasihi...
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 03-05-05 13:53
goyang gerudi???? ermmmm memang lucah dan tak sesuai kat M'sia nie..harap2 lps ni Inul sedar yg org malaysia ni memang tak minat dangdut versi Inul..dan utk penganjur..lupakanla kalau ada niat nak buat lagi..  padan muka!!!!!!
|
tumpang
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak
|
Posting pada: 03-05-05 14:41
kat berita tv3 bg tau lain pulak... err.. berapa puluh ribu yg hadir ntah... x ingat... siap tunjuk sedutan lagi... mmg menyampah sungguh...
goyang mcm tu boleh pulak... tp... ceramah agama disekat dan di pantau...!!
|
SuhailMdAsri
Warga 2 Bintang Menyertai: 25.03.2005 Ahli No: 15308
Posting: 51
Dari: Brunei Darussalam
|
Posting pada: 03-05-05 15:01
heheh, ape dah jadi dgn islam hadhari??? inikah yg dinamakan islam hadhari.. membuat konsert amal dgn menjemput pendatang maksiat... ini dah kira bid'ah yg besar.... wlupun buat konsert amal tapi ini lah yg membawa kepada kemungkaran.. Silap2 Allah hantar 'azab... Na'uzibillahi min zalik...
|
QILIN
Warga Rasmi Menyertai: 03.05.2005 Ahli No: 16269
Posting: 6
Dari: kl
|
Posting pada: 03-05-05 15:30
sudah sudah la tu.. nnt bnyk plak bencana menimpa kat sini...
kat indon tu ha dah banyak sgt dah...
qilin pernah dgr satu lagu inul nih,,,
masa tu qilin dgn bf qilin dekat dgn bank...
malu tau... isk...
inul ni nyanyi mcm pompuan gile seks...
eii yucks...
huh
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 03-05-05 16:19
Quote:
| goyang mcm tu boleh pulak... tp... ceramah agama disekat dan di pantau...!! |
|
mmglah..kalau ceramah agama mmg bnyk tpt kosong..org kita tak minat dgr ceramah2 ni,diorng lebih suka konsert2,tpt plak penuh sanggup berdiri berjam2 lamanya...
Quote:
| heheh, ape dah jadi dgn islam hadhari??? inikah yg dinamakan islam hadhari.. membuat konsert amal dgn menjemput pendatang maksiat... |
|
salah satu drpd konsep islam hadhari yg baru..sesuai dgn peredaran zaman
|
kakyongju
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.04.2004 Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak
|
Posting pada: 03-05-05 16:25
dunia dah penghujung...apalaa pemerintah kita..tak sedor mengundang tsunami lagi..menurut paper harian,siap cakap inul bergelek dengan cara yang sopan lagi..apa takrifan sopan mereka pun kita tak tau...yang pasti program tu semuanya nak memenuhi napsu-napsi rakyat supaya tidak boleh berfikir benda-benda yang lebih intellektual.wallahua'alam.
assalamualaikum
|
uhud147
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.04.2005 Ahli No: 15907
Posting: 143
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 03-05-05 21:11
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 03-05-05 21:27
Islam Hadhari = Islam konsert
Setelah diisytiharkan islam hadhari, nampaknya konsert-konsert maksiat makin mudah mendapat keizinan dan lesen / permit.
Betullah.....ia Islam sesat. Patut juga disenaraikan oleh Jakim sebagai ajaran sesat
|
mariana
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12405
Posting: 148
|
Posting pada: 03-05-05 22:51
innAllaha sarii'ul hisab..
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 03-05-05 23:26
Takbeer! Allahu akbar! masa tu saya kat kampung kat seremban sbb kenduri kawen kakak sepupu. bila malam tu kat kampung hujan betul2 lebat dgn ributnya, masa tu terus saya berdoa agar kat kl benda ni lagi hebat agar konsert tu batal. apapun tahniah kpd sahabat2 dlm pemuda kerana komited dlm membenteras kemungkaran, cuma rasanya malam tu wakil pemuda selangor tak dpt hadir sebab kebetulan muktamar pemuda negeri sedang berlangsung ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 04-05-05 00:01
Mintak sahabat-sahabat tengok paper ( berita hairan dan metro ) pada 2 mei bagaimana aksi Inul....
Kononnya dia tidak gelek gerudi dan sebab itulah dia di'halal'kan membuat konsert....
Yang nyata...gelek gerudi atau tidak.....pakaiannya dan geleknya yang biasa pun sudah membuatkan penonton naik gila....
Penonton naik gila....inul pun gila lupa diri bergolek.... YANG LEBIH GILA IALAH ORANG YANG PUNYA KUASA, MENGAKU ISLAM TAPI MEMBENARKAN MAKSIAT PERUNTUH AKHLAK DAN MORAL MASYARAKAT
Kalau nak ikut kasar percakapan, orang yang zahir bercakap Islam tapi membenarkan tarian lucah inul ini dengan aman, dengan diizinkan, golongan apa yang patut kita label....
Di dalam Al-Quran jelas meletakkan mereka dalam kategori .............
Wallahua'lam....
Walaupun indon yang memenuhi stadium, indon pun islam jugak.....kita bukan nak selamatkan aqidah dan akhlak orang melayu malaysia sahaja, kita nak selamatkan aqidah umat islam semuanya....
|
NurulJihad85
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.01.2005 Ahli No: 14003
Posting: 69
Dari: Di mana bumi dipijak.....
|
Posting pada: 04-05-05 15:14
Salam MujahadatunNafs...,
Em......takut.. balasan Allah...
Takut kalau Allah turunkan azab....semua akan kena......bukannya pada ahli ma'siat saja........
Bukankah konsert sudah diharamkan di Malaysia "semenjak"bencana Tsunami??
Apa dah jadi...??????
pelopor Islam Hadhari....."AFATU'MINU NA BI BA'DIL KITAB.........
|
humairak
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13040
Posting: 57
Dari: kedah
|
Posting pada: 04-05-05 16:26
salam perjuangan fi- sabilillah...
Alhamdullillah masih ada lagi remaja yang menegakkan syiar islam...moga kat m'sia ni ramai lagi shabab yang macam korang semua... itulah Islam hadhari siapa yang pangkah pemimpin dia tangungg la sekali dosanya.... dan doa saya moga saya sentiasa di bawah ptunjuk dan hidayah Allah...Amin...
|