Oleh |
Kota Bharu bandar paling ramai penagih |
ami_haiqal
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia
|
Posting pada: 03-05-05 11:10
KOTA BHARU 2 Mei - Kota Bharu merupakan satu-satunya bandar bukan bertaraf bandar raya yang mencatatkan jumlah penagihan najis dadah paling tinggi di negara ini. Dalam senarai terbaru jumlah penagih dadah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Kota Bharu menduduki tempat kelima selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh. Sehubungan itu Pengarah ADK Kelantan, Yusoff Che Mamat menyifatkan, gejala dadah yang melanda Kelantan kini berada di tahap yang cukup serius dan memerlukan sokongan semua pihak untuk membanterasnya. ``Sebagai perbandingan, dari 3,516 kes penagihan najis dadah tahun lalu, 2,127 kes berlaku di Kota Bharu manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini pula daripada 332 kes penagihan najis dadah, Kota Bharu mencatatkan 119 kes,'' katanya dalam pertemuan khas dengan Utusan Malaysia, di sini, hari ini. Pada 26 April lalu, Utusan Malaysia menerusi sisipan Mega mendedahkan bagaimana Pengkalan Chepa yang terletak dalam daerah Kota Bharu diancam penagihan dadah yang agak serius sehingga salah sebuah kawasan di Sabak dianggap `Colombia kecil.' Malah, pihak polis juga meletakkan perkampungan terbabit sebagai kawasan hitam akibat aktiviti penyalahgunaan dadah yang semakin serius di kawasan itu. Yusoff berkata, senario ini amat membimbangkan kerana Kota Bharu bukan sebuah bandar bertaraf bandar raya tetapi diancam gejala penagihan najis dadah yang serius. Beliau menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang mendorong penagihan dadah meningkat di Kota Bharu, termasuklah kedudukannya yang terletak berdekatan dengan Thailand. ``Dengan jarak sempadan hampir 102 kilometer dan terdapat 140 pengkalan haram sepanjang Sungai Golok, ia telah memudahkan penyeludupan dadah termasuk pil khayal berlaku. ``Selain itu, Kota Bharu turut menjadi tumpuan remaja dan disebabkan tidak ada aktiviti, mereka mudah terpengaruh dengan gejala dadah,'' katanya. Faktor ketiadaan peluang pekerjaan, kata Yusoff turut menjadi penyumbang kepada ramai belia terlibat dengan penagihan dadah di Kota Bharu. Beliau mengakui masalah dadah di Kelantan semakin serius dan tiada satu pun daerah di negeri ini yang boleh dianggap tidak diancam oleh masalah itu. Tambahnya, bilangan umur penagih tertinggi yang dikesan diseluruh negeri ini dari 2000 sehingga Mac tahun ini pula adalah belia berusia 20 hingga 24 tahun. Yusoff berkata, apa yang membimbangkan jumlah penglibatan pelajar dalam penagihan dadah juga meningkat di Kelantan berbanding tahun-tahun sebelumnya. ``Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja 21 pelajar disahkan positif mengambil dadah dan keadaan ini agak serius kerana sepanjang tahun lalu hanya 32 pelajar disahkan terlibat,'' katanya. Beliau menjelaskan, penglibatan 21 pelajar itu dikesan hasil ujian air kencing yang dijalankan oleh ADK ke atas 554 pelajar di 23 buah sekolah menengah di Kelantan. ``Kita percaya jumlah ini lebih tinggi jika pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan di sekolah menengah seluruh negeri ini yang berjumlah lebih 100 buah,'' katanya. Berikutan keadaan yang semakin serius di Kelantan, Yusoff menyeru semua pihak memberikan kerjasama bagi membanteras gejala itu kerana ia boleh mengancam masa depan generasi muda. kate bandar paling ramai...dah dok tempat ke 5 paling ramai ape tu???bahasa melayu dapat berape ni???
|
ezad_75
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15379
Posting: 96
|
Posting pada: 03-05-05 12:05
mutakhir ini, masalah dadah sebenarnya bukanlah masalah setempat spt yg dikaitkan dgn KB, malah ia merupakan masalah nasional atau lebih besar lagi masalah global. ia ada dimana-mana samada negara maju mahunpun mundur. sbg seorang Islam, kita perlu melihat masalah dadah ini sbg satu ujian/bala drp Allah s.w.t. akibat kelalaian hambaNya menurut segala perintahNya & meninggal segala laranganNya. sebenarnya masalah utama kenapa manusia terjebak dgn najis dadah adalah sangat berkait rapat dgn IMAN. kemunduran iman boleh mendorong manusia melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah spt yg termaktub dlm Al-Quran & Al-Hadith. oleh itu, pihak berkuasa adalah disarankan mengunakan pendekatan agama spt yg digariskan dlm Al-Quran bg menangani masalah ini. Yg paling penting, keberkatan & pertolongan dr Allah.
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 03-05-05 12:43
best nyer korang cakap..news paper kadang2 xleh percaya sangat. aku dah lama duk klate of course la aku tahu situation kat kb..but not 4 all la.. walaupun kb tidak jadi bandar bertaraf bandar raya at least ia ia dah jadi banda raya islam kat malaysia ni....
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 03-05-05 13:07
dadah......... bukan saja masalah setempat.. bukan termaktub sebagai masalah nasional.. tapi ianya masalah global.. p/s..masalah yg takkan selesai ...
|
Shuhada_nha155
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16080
Posting: 121
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 03-05-05 13:31
Teringin nak g KB...pantau dulu. Ambik maklumat pas tu baru leh komen n ulas. Tak leh nak kata apa..news paper skrg susah nak cayer....Maklum lah..KB kan kat Kelantan. Kelantan pulak kawasan pembangkang... No komen...
|
ezad_75
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15379
Posting: 96
|
Posting pada: 03-05-05 14:28
|
QILIN
Warga Rasmi Menyertai: 03.05.2005 Ahli No: 16269
Posting: 6
Dari: kl
|
Posting pada: 03-05-05 15:33
org klantan sila defend ,.. ehehe
|
sukri96
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas
|
Posting pada: 03-05-05 15:44
mmg klantan terdedah kpd penyalahgunaan dadah.. faktor2nya seperti yg dinyatakan tadi.. sejauh mana?? hanya org kelantan saja yang tahu... yang hairannya kenapa kelantan yg difokuskan sebagai negri yg paling banyak penagih..w/pun ianya kelima selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh.adakah unsur2 untuk menjatuhkan kerajaan kelantan??? kenapa tak di katakan Kuala Lumpur bandar yang paling ramai penagih....??
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 03-05-05 16:37
oohh...really?? ape pun..setuju dgn sasuke-kun...tak percaya pada newspaper, apetah lagi newspaper utusan meloya...bile melibatkan cakap2 org politik atau elit2 kerajaan kat malaysia nie, kite kene kembali ingat kata2 Mark Twain cakap... "perangkaan adalah satu penipuan"...bab agama pun diorg berani kelentong dgn menggunakan astora jabat, inikan pulak bab2 yg lain....sorang menteri besar pun berani bohong kat parlimen and dewan undangan negeri kate RM 21 juta, padahal RM 40 juta, inikan pulak orang2 bawahan. seperti biasa...inilah amalan demokrasi kat malaysia yg menghalalkan hentaman ke atas pembangkang menggunakan media national...kalau kat UK, French atau negara2 eropah yg lain, jgn haraplah...silap hari bulan media yg mengutuk tue jika takde hujah ataupun bukti, nescaya bankrap gulung tikar bile bawak kes ke mahkamah.
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 03-05-05 16:50
Quote:
| Dalam senarai terbaru jumlah penagih dadah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Kota Bharu menduduki tempat kelima selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh. |
| hehehe...apasal plak kota bharu plak yg dicanang sbg bandar plg ramai penagih? bukan ke kota bharu ni bandar yg kelima bnyk penagih slps k.l,j.b,penang ngan ipoh? apasal tak kata k.l bandaraya paling ramai penagih?
|
ezad_75
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15379
Posting: 96
|
Posting pada: 03-05-05 16:55
buat sdr qilin, ana rase org klate x perlu defend apa2 sbb masalah dadah ni bukan hanya berlaku di klate shj ttp dimana-mana & boleh terkena kpd sesiapa shj. ana x berani mendabik dada menuding jari kpd mana2 pihak sbb ana sendiri pon x blh gerenti apa yg akan berlaku kpd generasi ana pd masa depan. apa yg kita mampu hanyalah memberi penekanan kpd pendidikan agama, berdoa dan selebihnya tawakal kpd Allah. senario masa kini, generasi kita terpaksa berhadapan dgn mcm2 pengaruh dr segala sudut spt sek, media, internet, vcd, kekwn, guru, masy materialistik dsbg. tambah lg dgn dasar2 sekular, maksiat & kemungkaran dimerata-rata, ulama di hina, gol artis di puja..........
|
muawwiz
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 03-05-05 21:26
assalamualaikum... terpulang lah pada anda nak percaya atau tidak ape yg tertera di akhbar tu....mungkin jg betul mungkin jg x...
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 03-05-05 21:38
lorr.. ni sumer kes tak baca teliti ker.. Quote:
| Kota Bharu merupakan satu-satunya bandar bukan bertaraf bandar raya yang mencatatkan jumlah penagihan najis dadah paling tinggi di negara ini |
| sbb tu letak dlm rank bandar pertama, tak termasuk bandaraya.. apa pun, mslh dadah adalah t/jawab bersama.. tak boleh guna alasan tu utk memburukkan mana2 pihak.. sbb majoriti yg terlibatnya adalah Melayu.. jd mana2 tempat yg ramai org Melayu, tmpt tu la yg bermasalah.. tak kira lah KL ker, JB ker, KB ker.. Allahu a'lam..
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 04-05-05 00:08
dadah....ermmm...takleh ke bagi tepung susu pd penagih ganti dadah.... p/s:minum dutch lady
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 04-05-05 00:14
Setuju dengan sahabat ana alea13. Tidak perlu kita bezakan sempadan. Perbezaan hanya akan menjauhkan kita daripada tanggungjawab. Tidak kiralah bandar mana, hatta di bulan sekalipun,jika ada, selagi yang terlibat adalah mereka yang bersama kita, kita punyai tanggungjawab.Ya, kita punyai tanggungjwab, walaupun sekadar untuk berdoa... Permasalahan tempat bukan perkara besar...
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 04-05-05 00:14
Mungkin salah satu sebabnya ialah kelantan dekat dengan Thailand, sempadan Golok....memang disinilah pengkalannya dan port utama dadah naik ke kelantan. Kalau tak naik dari rantau panjang, ia akan naik dari bukit bunga. Antara sebab dadah berleluasa juga ialah masalah rasuah di kalangan penguatkuasa kerajaan yang memudahkan penghantaran dan penyebarannya kerana dilepaskan oleh manusia yang makan duit haram ni.... Dan rasuah ini dididik dan diasuh oleh Institusi Rasuah yang utama dalam negara Malaysia iaitu .... Kalau dah bapak makan rasuah, anak-anak pun makan rasuah lah.... Sekalipun betul fakta kelantan yang tertinggi kesnya, penyebab utamanya ialah keseluruhan manusia umumnya di malaysia sudah rosak akibat tidak ada pegangan agama ...... Kelantan masih lagi ditembusi oleh anasir-anasir jahat, maksiat yang dianjur dan ditaja oleh ....., walaupun cuba untuk melaksanakan Islam Yang buruknya ialah kelantan, yang baiknya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Genting Highlands ( tempat-tempat syaitan berdangdut dan berdisko ). Dan yang memberi lesen kepada tempat-tempat si syaitan ni berdangdut sampai pagi ialah manusia....
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 04-05-05 13:50
hehhee,,, segi tiga emas kuala lumpur... penang... kg majidee...jb.. kg manjoi ipoh...... entahlah.... memang lasat giler tempat ni.. polis macam tak kacau je..... mmm..pelikkan.. tangkap 3..esok timbul barunya punya 3.. p/s..mmmmm...masih pelik..
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 05-05-05 22:27
Kalau baca akhbar baru-baru ni, polis didapati menjadi dalang melindungi Kelab-kelab malam. Dan satu lagi berita ialah kelab malam tempat dadah disebarkan... Tapi ia tidak di havoc kan beritanya sebagaimana berita buruknya negeri kelantan di bawah kepimpinan tok guru... Nak gelar apa pada puak-puak ni.....apa yang dibenci sangat pada negeri kelantan yang cuba nak melaksanakan Islam..... Depa laksana thagut......lebih teruk dari United Kingdom membenarkan kelab malam beroperasi sampai 3, 4 pagi......
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 05-05-05 23:51
KL byk pusat hiburan...knapa x jd isu....knapa x suruh bijak pandai ulas pasal ni....knapa tutup xtvt maksiat....
|
wasatiah3
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2005 Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 08-05-05 12:44
sedih... sesapa nak komen datanglah kelate tengok dulu..biar berfakta. apa-apa pun husnu zon (sangka baik)..betul salah tak pasti.. mungkin ni teguran dr Allah klu betullah..klu fitnahpun...ambil kebaikannya juga mungkin kerajaan kita bleh clean and clearkan kan tempat tu supaya tiada langsung atau minimum jumlah penagih tu sebagai persediaan yang lebih bagus sebagai bandaraya Islam..mean clear dr penagih dadah.. pendapat hambaNya yang daif- "jangan takut jika Kau beriman"
|
walllessmeem
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2004 Ahli No: 9000
Posting: 35
|
Posting pada: 08-05-05 15:06
ana stuju ngan wasatiah3.mungkin lebih berat ujian yang ALLAh kenakan kat krajaan yang cuba selesaikan masalah dadah mengikut cara ISLAM ni.nak wat canne.sabar je la.org nak kate,kate lah.tu hak dia.kita teruskan wat ape yg ALLAH suruh.tak gitu rakan-rakan?
|