Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 16 hari yang lalu
nur_takwa88: 22 hari yang lalu
kismis: 22 hari yang lalu
qaulah_atrah: 33 hari yang lalu
muaz9768: 37 hari yang lalu
Rashdin: 43 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Kerana mahu rakyatnya baik Tok Guru dicerca


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Kerana mahu rakyatnya baik Tok Guru dicerca

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerana mahu rakyatnya baik Tok Guru dicerca

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 04:57





Saya sudah menjangkakan yang isu garispanduan pakaian untuk para pekerja wanita di premis perniagaan (yang ingin diperkenalkan MPKB) pasti akan dipolitikkan oleh pelbagai pihak. Telahan saya memang benar.

Pada hari ini Ketua Wanita MCA berterusan memukul dan menyerang tindakan MPKB itu termasuklah pandangan Tok Guru MB Kelantan. Tak cukup dengan Dr Ng, Sisters in Islam juga tidak mahu ketinggalan dalam kerja memperlekehkan pandangan Tok Guru MB.

Ekoran usaha MPKB untuk menerbitkan garispanduan sedemikian Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan telah memberikan pandagan. Kata beliau pelbagai gejala sosial yang berlaku ketika ini menyebabkan Kelantan memperkenalkan kod etika berpakaian kepada semua premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Tiba-tiba Ketua Wanita MCA Dr Ng melenting dan menyerang Tok Guru dengan mengatakan (sebagaimana dilaporkan THE STAR):

I have come to a stage where I have given up (commenting) on what Datuk Nik Abdul Aziz says. Doesnt he realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women.

Saya sudah bosan mengulas pandangan Datuk Nik Abdul Aziz. Apakah beliau tidak menyedari bahawa kebanyakan mangsa jenayah seksual adalah mereka yang berpakaian lengkap dari kepala ke hujung kaki termasuklah kanak-kanak? Seseorang yang mempunyai minda sedemikian terhadap isu gender sebenarnya adalah penghalang kearah pembangunan wanita

Wakil Sisters in Islam, Nabila Nasir pula berkata:

If the way women dressed made them victims of sexual crimes then women in baju kurung and headscarves as well as girls in school uniforms would not be raped and killed.

Sekiranya cara berpakaian seseorang wanita itu mengakibatkan merek menjadi mangsa jenayah seksual bermakna wanita yang berbaju kurung dan bertudung termasuklah kanak-kanak berpakaian seragam sekolah tidak akan dirogol dan dibunuh.

Allah swt berfirman di dalam Al Quran (al Ahzab:59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Allah swt berfirman lagi (an Nur : 31)

Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Memang pada umumnya kita melihat si binatang yang dinamakan perogol memang tidak memilih mangsanya, namun sebagai manusia Muslim kita diperintah oleh Allah swt untuk berjaga-jaga dan mengambil usaha pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Inilah yang cuba diterapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Tok Guru.

Sebagaimana kata Tok Guru dalam hal ini:

Saya sebagai bapa yang menjaga sebuah negeri kena pastikan anak-anak saya berada pada tempat yang betul agar dijauhi segala masalah yang boleh berlaku kepada mereka.

Tidakkah ini satu sikap prihatin dan bertanggungjawab seorang pemimpin yang sepatutnya dialu-alukan dan dijadikan contoh!

Kerajaan pusat sendiri mewajibkan penggunaan topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motosikal. Namun kalau berlaku kemalangan serius biasanya penunggang dan pembonceng menjadi mangsa walaupun menggunakan topi keledar. Lalu patutkah kita mengesyorkan agar terpulanglah pada penunggang dan pembonceng samada mahu ataupun tidak bertopi keledar?! Kalaulah pandangan Dr Ng dan rakan-rakannya mahu diterima.

Usaha pencegahan yang ingin dilaksanakan oleh Kelantan ini berdasarkan wahyu Illahi dan bukannya ciptaan Tok Guru. Sebagai kerabat BN yang mana Umno merupakan tonggaknya Dr Ng seharusnya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. Kalau sekadar nak singgung Tok Guru tak mengapa tapi jangan sampai ke peringkat menyinggung Islam dan penganutnya.

Kenapa hiruk-pikuk atas usaha Kelantan? Kenapa tak persoal apa usaha kerajaan BN dalam hal ini? Rogol dan bunuh berlaku saban hari, dimana formula penyelesaiannnya? Pesalah rogol dihukum seberat-beratnya namun kes rogol terus berlaku, kenapa?

Sepatutnya kita belajar dari formula Kelantan kalau pun tak sanggup nak sokong, lihat sahaja dari tepi padang, tapi awas jangan sampai keperingkat memperlekeh dan menghina. [email protected]



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 29-04-05 12:28


yer ker???????? semoga berjaya kat beliau......

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 19:55





"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) MAKA DENGAN ITU MEREKA TIDAK AKAN DIGANGGU.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

al-Ahzab ayat 59


susah sangat ker nak paham ayat tu????!!!! Allah dah jelaskan MEREKA TAK AKAN DIGANGGU!!!!! Ini janji Allah kepada kita.... dain ingat sampai mati jangan lupa JANJI ALLAH ADALAH BENAR


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

timah_18
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2004
Ahli No: 10563
Posting: 42
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 20:15


kalau tok guru ckp jer, mesti sume tak betul!
tapi kalau Allah da janji, berani mrk still nak kate tak betul!
segeralah bertaubat!

-----------------
moga cahya yg lelatu tak membutakan mataku, moga segala puji ku tak meninggi diri,moga dapat ku hadang tikaman dari belakang

Bookmark and Share

    


  Member Information For timah_18Profil   Hantar PM kepada timah_18   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-05 20:36


mmg mcm tu..benda baik mmg bnyk halangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 03-05-05 15:52


syabas tok guru..pedulikan mereka yg tak reti2... Allahu Akbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-05-05 16:39


Merka, SIS dan wanita MCA mempersoalkan satu pokok pangkal...Kalau berpakaian mendedahkan body menyebabkan seseorang itu dicabul/rogol, kenapa yang bertudung, berpurdah, kanak2 turut menjadi mangsa?

Ho..sy blh jawab soalan itu..

1.Kenapa budak2 jadi mangsa?

-dah, kat tv, tepi2 jalan, disko asyik tunjuk orang2 separul telanjang..org yang tgk tu naik la nafsu dia..ditambah dgn dalam majalahpun sama gak pendedahannya..persembahan gelek gerudi petroleumpun sama..

so, sesetengah org ni, dia nak rogol mak budak,kakak budak tak boleh sebab tak mampu, so lepas terangsang dia carila bebudak..kecik dan mudah dikuasai..PAHAM tak makcik2 SIS?

2.Org bertudung/bj kurungpun jadi mangsa
i) cuba korang bilang, berapa banyak kes melibatkan yang bertudung dan berpakaian sempurna berbanding yang seksi-seksa?

ii)Kenapa isu org tudung kena rogol je didedahkan? iyalah, kerana jenayah rogol tu tanpa kerelaan si perempuan..so kalu pi kat disko2, kelab2 malam, bersepah org buat 'rogol' ni..tapi sebab dua2 rela, so tak jadila isu..bukti?? kes allahyarham noritta...kena masuk mahkamah bukan sebab buat *** tapi sebab kes bunuh..hampes

iii)bagi SIS, cuba korang tgk, kenapa bala TSUNAMI kena jugak kat acheh dan kena jugak kat malaysia..kan kat malaysia, acheh banyak gak org semayang? org solat? org wat ibadat? orang buat amal? so sama gak mcm kes ni...dalam 10000 pakai seksi, tak mustahil seorang yang kena diantra 100 tu berpakaian sempurna..

Quote:
Memang pada umumnya kita melihat si binatang yang dinamakan perogol memang tidak memilih mangsanya, namun sebagai manusia Muslim kita diperintah oleh Allah swt untuk berjaga-jaga dan mengambil usaha pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Inilah yang cuba diterapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Tok Guru



sokong..!

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-05-05 16:52


itulah akhir zaman....ulama'2 yg mengajak kpd bende yg baik akan dikutuk dan dicemuh....artis2 yg mengajak kpd hiburan yg melalaikan dan mengajak menjauhi agama diangkat, dipopularkan, dan disanjung.

so....kite yg ahli2 ukhwah nie....Allah SWT dah bagi akal fikiran....fikir2kanlah nak ikut golongan yg mane....nak jadi pengikut ulama'2 yg mengajak kpd jln Allah SWT ker....atau nak ikut artis2 yg merapu dan mengarut???

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 11:57


itulah zaman sekarang...zaman menuju kemusnahan...ulama' dicerca kerana ingin menyampaikan kebaikan...ulama' dihina kerana memperjuankang agama islam yang suci...ulama ditindas kerana mempertahankan rakyatnya dari melakukan kemaksiatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

haura_akhas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14612
Posting: 118
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-05-05 12:05


haah...betul tu Faryzan_Islamic

Bookmark and Share

    


  Member Information For haura_akhasProfil   Hantar PM kepada haura_akhas   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-05 12:20


kawan2...fikirlah sendiri..
adakah ini menunjukkan malaysia ini adalah negara islam ataupun negara umat islam?takkan ulama' spt tok guru dicerca..takkan tiada sebarang tindakan yang diambil kepada orang yang menjatuhkan maruah ulama'?
Rasulullah sendiri bersikap lembut kepada umatnya, tetapi tegas dengan penganut agama lain..
renung sejenak..tepuk dada, tanya iman antum semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 21:48




Quote:
itulah zaman sekarang...zaman menuju kemusnahan...ulama' dicerca kerana ingin menyampaikan kebaikan...ulama' dihina kerana memperjuankang agama islam yang suci...ulama ditindas kerana mempertahankan rakyatnya dari melakukan kemaksiatan...



Betul tu...inilah yang dinamakan politik zaman sekarang...semoga Allah merahmati perjuangan Tok guru...sama²lah kita doakan agar politik di Malaysia ini supaya berada di landasan yang sebenar...


::: Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah ::: Go Muslim Power!! :::

::: Mendermalah untuk memajukan dan memantapkan lagi Portal Ukhwah kesayangan kita :::




-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-05 23:32


ilmu agama yg mengutuk tu kurang...

kiranye dia dengki tok guru la tu..

bodoh sombong katakan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

ratna
Warga Rasmi
Menyertai: 10.09.2004
Ahli No: 11050
Posting: 2
Dari: cambodia

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-06-05 00:00


Yg. baik selalunya ditentang dan yg mungkar diiakan.
Diakhir zaman ini , Bila ulamak bercakap sedikit yg mendengarnya tapi bila penyangak @ artis bercakap @ berteriakan ramai pulak yg mendengarnya. Masyallah
Teruskan usahamu wahai Tok Guru Kerana Tuhan lebih mengathuinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratnaProfil   Hantar PM kepada ratna   Pergi ke ratna's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 01-06-05 04:13


Tidaklah pelik sangat.
RASULULLAH saw, yang tiada siapa mempertikaikan keikhlasannya pun pernah dituduh ahli sihir dan gila...

-----------------
Image hosted by Photobucket.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-05 12:57


sebagai da'ie,dalam menjalani kegiatan da'wah ni, memang terpaksa menempuh cabaran dan cemuhan yang sebegini, terutama pada keadaan dunia sekarang.tujuan
dalam 'amal jamaie bergerak bersama untuk berusaha menyebarkan da'awah dan menegakkan syiar Islam akan dipandang serong.kalau kita susuri sirah nabawiah, Rasulullah SAW sendiri terpaksa menempuh berbagai halangan dalam usaha untuk berdakwah. sebagai contoh kita lihat gerakan dakwah Rasulullah yang pada mulanya bergerak secara sirr (sembunyi) sebelum dapat bergerak secara terang-terangan. ana juga bersetuju dengan contoh yang diberi oleh saudara mohdnurhakimin. insan semulia Rasulullah yang terjamin maksum dan tidak dapat diragukan keikhlasan baginda dalam melaksanakan dakwah pernah dituduh gila dan ahli sihir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

moony
Warga Rasmi
Menyertai: 18.07.2005
Ahli No: 17353
Posting: 5
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 19:51


ana setuju dengan mohdnurhakimin.normal lah.bila seseorang tu bawak akhlak yang baik, insyaAllah semua orang suka dan boleh terime tapi kalau orang tu bawak dah'wah Islam, ada saja yang tak kena.macam Rasulullah juga.siapa yang tak suka akhlak Rasulullah?even orang musyrikin masa pun pun suka,tapi disebabkan Rasulullah bawak Islam, ramai pulak yang jadi penentang.tapi nak tanya lah pendapat antum semua,kita beri pendapat2 begini,means dalam portal ukhwah,insyaAllah semua akan terima malah menyokong sebab mostly yang ekses laman ni ialah orang yang berfikiran islamik (may be....).persoalannye, macamane kita nak bawak topik macam ni dan minta pendapat serta arguing pasal topik macam ni dengan orang yang tak sependapat dengan kita?hehe...boleh paham ke apa yang ana cuba nak beritahu ni?comment please....

Bookmark and Share

    


  Member Information For moonyProfil   Hantar PM kepada moony   Quote dan BalasQuote

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-07-05 23:26


KAlau dah tak nak ikut hukum Allah...carilah dan hiduplah di bumi selain dari bumi Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 19-07-05 23:59


(SURAH AN NASHR) (PERTOLONGAN) PERTOLONGAN DAN
KEMENANGAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH MAKA PUJILAH
DIA. JANJI BAHAWA PERTOLONGAN ALLAH AKAN DATANG
DAN ISLAM AKAN MENDAPAT KEMENANGAN; PERINTAH
DARI TUHAN AGAR BERTASBIH MEMUJINYA DAN MINTA
AMPUN KEPADANYA DI KALA TERJADI PERISTIWA YANG
MENGGEMBIRAKAN. SURAH INI MENGISYARATKAN
BAHAWA TUGAS NABI MUHAMMAD S.A.W. SEBAGAI RASUL
TELAH MENDEKATI AKHIRNYA.


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103412 saat. Lajunya....