Pertamanya cerita nie bukanlah ciptaan saya.. saya dapatnye dr email jer... maaf kalau panjang sangat... baca je la...
Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, ke macho an lelaki.
Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu
penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran
masa yang berlainan arah. yang menjadi persoalannya, relakah kau
mengejarnya?
_________________________________________________________
Zai merenung seorang lelaki di belakangnya yang sedang asyik membersihkan
darah dari kesan luka di belakang badannya. Pedih, tetapi alis mukanya tidak
menggambarkan yang dia sedang sakit mahupun takut. Sudah biasa dipukul,
dihiris. Tetapi dia tidak biasa duduk kaku begini, sambil melihat seorang
lelaki yang setia menunggunya hingga larut malam untuk merawatnya.
"Awak tengok apa?" lelaki itu berbisik sambil tersenyum.
Zai merenung lagi anak mata lelaki asing itu. 'Dia tak menyesal ke?'
"Lepas abang balut bahu ni awak boleh tido, ye?" lelaki itu berlalu ke
dapur. Zai dapat mengagak yang lelaki itu akan kembali bersama segelas
horlick panas.
Zai baring mengiring di katil dan memikirkan peristiwa yang terjadi sebentar
tadi.
Semuanya disebabkan kerana penjual buah di tepi jalan itu. Kalau tidak
kerana dia yang mengugut Adam untuk membeli buah rambai itu, semua ini pasti
tidak berlaku.
"Hei, tauke. Aku dah kata, kalau kau minta maaf sekarang kita boleh settle
kat sini...!" Zai menuding jarinya pada seorang pemuda yang bergaya kerek.
"Apa!! Peraturan kat sini, kalau tanya harga mesti BELI !! Kalau tak,
nahas!!" lantas mencapai batang besi yang berdekatan dengannya.
"Eh, awak...Kita beli aje la. Tak payah sampai gaduh macam ni" Adam memegang
bahu Zai dari belakang untuk menenangkannya.
"Tak mahu. Dia mesti minta maaf dulu" Zai merenung tajam sekumpulan lelaki
bersenjata kayu dan batang besi menghampiri mereka. Pengunjung di kaki lima
semakin menjauhi kawasan yang dijangka akan tercetus pergaduhan itu. Pelik,
seorang perempuan yang tadinya manis dipandang mencabar sekumpulan samseng
jalanan.
"Hei bangsat! Kau memang carik pasal!" dengan pantas salah seorang lelaki
berkayu menghayun kayunya ke arah muka Zai.
"Awak..." Adam pantas menghayun kakinya tepat ke arah tangan lelaki
tersebut, lalu kayunya tercampak. Zai tidak membuang masa lalu menghayun
penumbuknya ke perut lelaki tersebut. Lalu menyiku bahu lelaki yang
tertunduk menahan senak itu.
"Iyahhh..." kedengaran jeritan geng samseng menyerbu ke arah Zai dan Adam.
Zai menyusun langkahnya menahan serangan kumpulan samseng yang mula
menggila. Keadaan semakin huru-hara apabila kemudahan disekeliling kawasan
pasar tersebut menjadi mangsa kerakusan samseng jalanan itu.
Satu demi satu samseng ditumbangkan oleh Adam. Sedang asyik Adam menumpukan
perhatiannya pada samseng-samseng yang mengerumuninya itu, keliahatan
samar-samar Zai terlantar di atas jalan.
"Awak..!!" Adam menjerit memanggil Zai.
DEBUK !! satu penumbuk hinggap di muka Adam, tetapi kesakitan itu tidak
dirasa sedikit pun, yang bermain difikirannya, keadaan isterinya!
"Cukup, kita settle baik-baik la..." Adam menjerit memberitahu hasratnya.
Harapannya agar pergaduhan ini akan cepat selesai dan dia mahu melihat
keadaan isterinya. "Cukupppp...." Adam sudah mula kehilangan sabarnya.
Tiba-tiba kedengaran siren polis.
"Awak..." Adam menjerit lagi. Orang awam disekeliling tidak kelihatan.
Kepada siapakah Adam harus meminta pertolongan? Isterinya terlantar di tepi
jalan!
"Polis!" samseng-samseng jalanan tersebut mula bertempiaran melarikan diri
apabila menyedari kehadiran polis. Adam terus berlari mendapatkan Zai
apabila samseng-samseng itu mula beransur.
"Awak?" Zai sudahpun berada di dalam dakapan Adam.
"Awak, jangan bagi saya risau la" Zai membuka mata dan keliahatan Adam
sedang memangkunya sambil tersenyum.
"Saye OK la" Zai mendiamkan dirinya dalam pelukan Adam, sambil merenung
wajah sejuk itu.
"Alhamdulillah" Adam tersenyum lega.
"Encik, boleh tak pergi ke balai membuat laporan?" suara dan kehadiran polis
berpangkat sarjan itu seolah-olah tidak wujud disekitar kawasan itu. Adam
asyik merenung isterinya yang layu dipukul tanpa belas kasihan itu. Tetapi
dia tidak berdendam pada samseng jalanan itu, dia mahu lupakan segala apa
yang terjadi sebentar tadi dan memulakan hidup baru.
"Minum dulu" Adam muncul bersama segelas horlick panas sambil tersenyum. Zai
merenung lagi muka sejuk lelaki asing itu. 'Itu suami aku? Tapi mengapa
dia?'
"Esok kalau awak dah baik, kita makan satay kajang nak? Dah lama tak makan
satay" Adam menghulurkan sepasang baju tidur dan beredar. Zai memerhatikan
Adam menutup pintu bilik. Ketika ini Zai termenung memikirkan kesabaran
lelaki itu. Selama tempoh seminggu mereka berkahwin ini, tidak pernah
sekalipun Adam menyentuh tubuhnya tanpa kebenaran. Manakan pula memaksanya
untuk bersama. Tetapi layanan lelaki itu sungguh lembut dan menyenangkan.
Zai memerhatikan dirinya pada cermin di depannya. Mukanya tidak pernah
senyum walau sedikit pun di depan lelaki itu. Berbual pun tidak pernah
panjang.
Dia cepat marah, lelaki itu penyabar. Mukanya tawar, tetapi lelaki itu manis
dipandang. Dia selalu menimbulkan pergaduhan, tetapi lelaki itulah yang
sering menjadi penenangnya. 'Dia ni betul ke tidak?'. Zai mencapai sepasang
baju tidur dan menyalin pakaiannya.
"Awak, saya dah sediakan makan malam..." Adam menyelak pintu bilik. Zai yang
masih menyalin pakaian cepat-cepat menutup tubuhnya dengan kedua belah
tangannya.
"Erk, sorry. Saya tak sengaja" cepat-cepat Adam mengalihkan pandangannya dan
menyorok di belakang pintu.
"Saya ingatkan awak dah salin. Tu yang saya...maaf ya. Saya tunggu di bawah"
tiada lagi kedengaran suara Adam. Zai diam membisu. Pipinya merah, hendak
ditahan tetapi kudratnya tidak mampu. Hatinya bergetar, diurut-urut dadanya.
"Astagfirullah al azzimm..." Zai benar-benar terkejut, hampir luluh
jantungnya mengenangkan Adam telah melihat susuk tubuhnya. 'Tetapi dia kan
suami aku?'. Zai duduk termenung.
Adam masih lagi menunggu Zai di meja makan. "12:30 ?" Adam merenung lauk di
atas meja itu tidak berusik. Diukirkan nya senyuman untuk mengubati hatinya.
Mungkin dia beristeri tidak seperti orang lain, bermanja bergurau senda.
Tetapi dia sama seperti pasangan suami isteri yang lain, kerana dia juga
berkorban demi pasangan. 'Selagi aku hidup dan waras, Zulaika kan tetap aku
pertahankan. Dia sudah cukup menderita selama ini'. Adam tersenyum lagi,
menunggu.
Tiba-tiba.
"Tak lapar ke?" Zai muncul memakai t-shirt putih dan berkain batik.
"Saya tunggu awak" cepat-cepat Adam mencapai senduk dan menyedok nasi untuk
Zai.
"Esok saya kene kerja" Adam memulakan perbualan. Zai sekadar memandangnya
sekejap dan menoleh ke pinggan nasinya.
"Awak nak saya carikan kerja ke?" Adam menarik perhatian Zai sekali lagi.
"Erm..." Zai tersentak.
"Saya cuma risau awak boring duduk kat rumah aje" Adam menyedokkan kuah
gulai ke pinggan Zai.
"Terima kasih" Zai tunduk. Adam mencuri pandang Zai yang makan disebelahnya
itu. Anak matanya tajam memerhatikan Zai menguis nasi panas.
"Apa?" Zai mula perasan.
"Tak...tak ada apa-apa" cepat-cepat Adam melarikan pandangannya pada ikan
gorengnya lalu dirobek-robek isinya. 'Nak tengok pun tak kasi. Orang nak
bermanja sikit. Cium kang.Ha,nak? Nak?'
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
"Erk! Sorry" Adam tersenyum sinis.
"Nak tambah ikan goreng..." Adam senyum meleret.
"..." Zai sekadar menggeleng kepala.
Selesai saja menolong Adam mengemas dapur, Zai bergegas ke bilik. Dia
semakin segan untuk meluangkan masa bersama Adam. 'Alahai, karang dia masuk
bilik. Ape aku nak buat ni? Ya Allah' Zai menekup mukanya. Seperti biasa Zai
akan berdebar-debar sewaktu menunggu Adam memasuki bilik dan tidur
disebelahnya. Mana la tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi? Sejak malam
pertama mereka lagi Zai sudah tidak keruan memikirkan hal ini. Kalau di
kampung dulu boleh la dia mengelakkan dirinya, kerana sudah semestinya Adam
akan segan menyentuhnya disitu. Lagipun dia boleh menjerit, dan emaknya
boleh bangun menyelamatkannya. Tetapi sejak berpindah ke KL malam semalam,
hatinya makin tidak tenteram. Malam ini adakan dia akan selamat lagi?
"
..." Adam muncul di muka pintu.
"..." Zai menarik selimut dan mengereng ke kanan. Dipejamkan matanya dan
berselawat tidak henti-henti. 'Ah, aku terlupa doa tolak bala pula...' Zai
mengetap bibirnya.
Adam baring disisi Zai dan menarik selimut ke arahnya.
Lantas Zai berpura-pura sedang tidur.
"Awak...awak dah tidur?" Adam memandang Zai yang sedang memejamkan matanya.
Tetapi keningnya bergerak-gerak. 'Pura-pura tidur la tu'. Adam tersenyum
memandang isterinya yang pelik itu.
'Awak jangan buat apa-apa, kalau tak saya jerit!' Zai berdebar-debar.
Hatinya tidak keruan selagi lelaki itu tidak tidur. Nafasnya makin kencang.
Tiba-tiba Zai terasa suatu benda sejuk di dahinya. Lembut, kesejukan itu
mula merebak ke hatinya. Matanya semakin layu. Ketenangan sudahpun
menyelubungi dirinya. Zai mula terasa kepenatan lalu tidur dengan lena malam
itu.
Adam pula, berdebar-debar setelah mencium dahi isterinya. 'Terima kasih,
awak. Kesian awak, kalau tak sebab saya yang menggatal tanya harga buah
petang tadi, awak tak jadi macam ni'.
Adam tersenyum, berbagai persoalan berlegar dalam fikirannya. 'Adakah itu
tandanya sayang? Ada tak perempuan lain yang sanggup memperjuangkan maruah
aku seperti Zai? Ah, apa salahnya aku hidup berumah tangga begini sekiranya
sayang itu wujud, cuma tidak dipamirkan terang-terangan.
Eh, atau aku yang perasan?' Adam memandang Zai yang lena disebelahnya.
'Tidak mengapa, awak. Saya akan tetap sayang awak...'
[mimpi Zai]
Dari tadi Zai hanya memandang suasana rumahnya yang dipenuhi orang kampung.
Fikirannya kosong. Zai memanjangkan pandangannya ke sawah ditepi rumah.
Angin yang bertuip melanggar padi yang hampir menguning seakan menghanyutkan
jiwanya bersama.
"Zai, kenapa tercongok kat tingkap tu? Tak manis bakal pengantin buat
perangai macam tu" Halimah bercekak pinggang memandang anak sulungnya dari
bawah rumah.
Zai memandang ibunya dengan satu pandangan yang kosong, lalu menutup tingkap
perlahan-lahan.
"bakal pengantin...bakal pengantin..." suara ibunya bergema dalam
fikirannya. Zai mendongak dan melihat keadaan sekelilingnya. Biliknya dihias
cantik. Macam bilik pengantin. 'Siapa yang nak kahwin ni?'. Mata Zai
terbeliak ketika melihat tangannya berinai.'Tidak...'
"Adam, berjanji dengan mak. Jaga Zulaika baik-baik,ya" mata Halimah sudahpun
bergenang dengan air mata ketika ini.
"Mak, saya kan dah janji. Saya akan sayangi Zai. Dah, tak mau nangis lagi"
Adam mencium tangan Halimah. "Senyum la sikit, mak" Adam menghadiahkan
senyuman.
"Mah, dah la tu. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Lupakan kisah lama tu"
Salwa, ibu Adam menghulurkan secawan kopi pada Adam.
"Minum, mak" Adam menolak cawan kopi mendekati Halimah.
"Terima kasih, Adam, Salwa. Aku betul-betul berterima kasih pada korang
anak-beranak" Halimah menyeka air matanya, sedikit riak gembira sudahpun
kelihatan.
"Aku tau Mah, semua tu fitnah. Daripada aku serahkan anak aku pada kutu
bendang tu, baik aku serahkan pada kau bulat-bulat Salwa, Adam" Halimah
mengetap bibirnya. Dia sudah sebati dengan kampung itu, mana busuk, mana
baik, sudah kenal benar.
Adam meluru masuk ke biliknya. Dia tidak tahan dengan perbincangan yang
melibatkan perkahwinannya. Malu...
"Adam...tolong hantarkan Mak Mah kau ni balik. Dah larut benar malam nya"
Salwa menghulurkan tudung pada Halimah."Kalau nak tengok-tengok Zai pun
boleh juga...iye tak mak nya?" Salwa ketawa kecil.
"Ha, molek tu. Adam?" Halimah memandang bakal menantunya dengan senyuman
yang bermakna.
"Hantar boleh la mak, tapi nak jumpe jugak ke? Esok kan nikah. Tak payah la
rasanya" Adam tunduk malu.
"Ala, katanya tak mau. Entah dihati siapa yang tahu?" Salwa mencubit lengan
Adam.
"Hehe...ade-ade aje mak ni. Along tak mau jumpe lagi la. Lagipun Zai tengah
terkejut tu, biar la dia berehat" Adam tersenyum.
Sementara itu di rumah Zai...
"Kak Long..." Siti menjenguk kakaknya yang berkurung di dalam bilik seharian
suntuk.
"Ha?..." Zai senyum melihat adik tunggalnya itu. Siti lah satu-satunya kawan
sejak dari kecil, Zai mana pernah bergaul dengan mana-mana orang tanpa hala
tujuan. Sampaikan orang kata anak Mak Mah sombong-sombong belaka.
Jika difikirkan kembali oleh akal fikiran Zai yang masih waras ini, fitnah
yang diterimanya seperti tidak logik lansung. Tiba-tiba sahaja dia difitnah
melakukan perkara sumbang dengan Kudin di tepi bendang pada malam seminggu
yang lalu. Bukankah dia melalui kawasan itu sewaktu pulang mengaji? Tak
logik...tak logik...
Siti duduk disebelah kakaknya lalu mencapai jari-jemari kakak nya itu. Siti
senyum.
"Siti, akak lapar..." Zai tunduk.
"Jap tau. Siti gi dapur ambikkan nasik" Siti bergegas bangun tetapi Zai
pantas merangkul tangan Siti. Air mukanya suram.
"Akak, Siti pegi kejap je. Lepas ni Siti temankan akak, ye? Kita
borak-borak" Siti menenangkan kakaknya.
Adam memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan orang kampung yang ringan
tulang masih lagi dengan kerja mereka. Walaupun kenduri kahwin esok diadakan
ala kadar, ia tetap meriah.
"Along, Sarah nak tidur sini malam ni boleh tak?" Sarah berbisik.
"Mak kasi ke?" Adam memerhatikan ibu dan bakal ibu mertuanya berjalan
beriring memasuki rumah pengantin perempuan.
"Ni sarah nak pujuk la ni"
"Hmm...iye la. Karang along datang balik bawak kain baju kamu"
"Yes!! Terima kasih along. Sayang along" Sarah separuh menjerit.
"Iye la. Masa ni aje la sayang along"
"Ala along tu..." Sarah menjeling manja.
"Along, cepat datang balik tau. Orang nak buat laporan" Sarah sudahpun
berlari memasuki rumah. Adam tersenyum melihat gelagat adiknya yang sentiasa
lapang itu. Maklumlah, baru lepas SPM.
"Eh, laporan ape?" Adam termanggu. Dilihatnya sekeliling rumah.
"Kalau boleh akak tak mau kawin lagi, Sarah" Zai menyeka air matanya. Sarah
sekadar mendengar, tidak mampu untuk membantu ketika ini. Dia tidak faham
apa yang dilalui oleh Zai ketika ini, yang pastinya kahwin kerana terpaksa
ini seolah-olah mengorbankan sesuatu. Tidak pasti lagi pulangannya, andai
keruh terpaksa diteguk. Sinar bahagia? Entahkan muncul entahkan tidak.
Sarah merenung Zai yang termenung dengan mata lebam. Ketika ini, Sarah dapat
rasakan, maruah seorang gadis tidak boleh dibuat main. Silap katanya
mengundang bencana, silap langkahnya mengundang fitnah. Kudin kutu bendang
itu memang sudah melampau. Sampai hati dia fitnah Zai sebegini rupa?
"Akak mesti kuat. Kalau akak tak dapat buktikan akak tak bersalah ketika
ini, mesti ada yang akak boleh buat suatu hari nanti. Akak akan tunggu masa
tu, Sarah. Akak takkan menangis lagi!" air muka Zai sudah pun berubah, dari
tadinya suram semacam, tetapi kini seakan kekuatan telah datang menyelubungi
nya. Sarah terpaku melihat perubahan itu.
Suasana tiba-tiba menjadi kabur lalu mengembalikan Zai ke alam nyata,
kembali kepada tempatnya disisi Adam.
Zai membuka matanya perlahan-lahan. Adam tidak berada disebelahnya lagi.
'oh, pukul 6 pagi...'Zai memeriksa pakaiannya. Entah-entah sudah berusik
tanpa diketahuinya.
"
" Adam baru saja keluar dari bilik mandi.
Zai memandang Adam yang tercegat memandangnya. "Saya nak pegi keje ni. Kalau
ada apa-apa call saya,ek" Adam bersuara.
"..." masih tiada balasan dari Zai.
Cepat-cepat Adam membuka almari. Buat-buat busy. Semua modalnya untuk
bersembang dengan isterinya sudah habis. Takkan nak bermain mata pagi-pagi.
Sudah la Zai mempunyai mata garang. Sekali dia jegil, takut juga dibuatnya.
Tetapi, setiap kali mereka bertentang mata, Adam segan memandang Zai
lama-lama. Berdebar-debar pun ada.
[office Adam]
"Hei, Adam! Lame kau ambik emergency leave ye. Sampai seminggu" Hamdi
bercekak pinggang di pintu pejabat Adam.
"Ler...Hamdi. Kau ni tak pernah yg nak bagi salam,ye. Meh sini jap" Adam
melambai-lambai memanggil Hamdi mendekatinya.
"Ape? Ada makan-makan ke?" Hamdi berbisik.
"Tak, aku dah kawin" Adam berbisik juga.
"Hah!!" Hamdi terkedu. Apesal direct to the point sangat? "Eih, Dam. Aku tak
paham ler wei!" Hamdi menggeleng.
"Apesal pulak tak paham nye. Kan ke terang tadi aku bagitau. Aku dah kawin
la" Adam tersenyum. Dia sudah dapat mengagak reaksi Hamdi sebegitu rupa.
"Kau ni senang-senang aje kawin ye. Macam tak percaya tahu tak? Yang aku
tengok kau ni...kalau nak bercinta punyalah susah. Tau-tau dah kawin? Ha,
ape ni? Tina yg kat luar tu bagai nak rak mengorat kau, kau buat dek aje. Ni
siapa lagi yg tahu ni?" Hamdi tersenyum.
"Tak ade siapa la. Aku tak mau orang lain tahu. Dan kau, tak boleh bagi tahu
siapa-siapa pun. Kecuali isteri kau. Heh heh" Adam mengurut-urut janggutnya
yg kemetot itu. Gayanya seakan-akan orang jahat dalam filem hindustan
mengatur rancangan.
"Tahpe hape la ko nih. Ah, sukati ko la" Hamdi memandang Adam mencari
kepastian dalam setiap kata.
"Eh, Tina tu macam mana?" Hamdi kembali berbisik.
"Ha? Kenapa tanya aku? aku tak pernah layan dia la" Adam terkejut mendengar
nama Tina dikaitkan dengannya.
"ala...mane la tau. Kot-kot ade syaiton nirrojim hasut ko pasang dua.
Bukannya ko tak mampu,kan?" Hamdi tersengih.
"Mmmphh...tak kuasa aku. Tu, yang sorang kat rumah tu pun dah punya susah.
Ini kan pulak nak pasang lebey? Nauzubillah...hehe" Adam menepuk kasar bahu
Hamdi.
"Aik, ape yg susahnye? Kan ke baru kawin, cinta tu banyak lagik. Hahahaha"
Hamdi mengekek.
"Ala, ko kan tau. Aku tak minat la ngan perempuan lembut lemah-gemalai macam
Tina tu. Cakap punya la perlahan, makan pun slow-slow, nak marah pun tak
menggambarkan reaksi marah. Eishh...mau sakit jiwa aku ngadapnye..."
"Lar...begitu ke? Kan ke Tina tu anganan setiap insan berstatus lelaki?
Eceh, cewah..."
"Cih!! Lelaki mane yg ko jumpe tu.Huhu" Adam ketawa.
"Ah, tak kisah la kat mane aku jumpe. Tapi...kat umah ko tu orangnya macam
mana? Semestinya tak macam ko cakap tadi, kan. So dia kasar, gelak macam
tapir masuk kandang ayam, pelahap selambe badak. Begitu ke?"
"Aih...sampai macam tu sekali? Kat umah aku tu ok je la. Relax, steady,
cool. My cool wife, you know...hehehehe" Adam tergelak lagi.
"Wow...ni yg unik nih. Bole lunch kat umah ko tak?" Hamdi seakan berminat.
"Hah? tak bley, tak bley..." Adam menahan senyum nya.
"Ohhh...saving ye! Selame ni ko nak simpan duit, kat umah aku le yg ko
bertandang. Air tangan bini aku tu jugak yg ko telan. Bila dah cukup duit,
ko kawin. Pastu ko menganak tirikan aku yg nak merase lunch kat umah ko.
Takpe la Adam, aku paham..." Hamdi menarik muka. Adam pula tergelak sakan
mendengar bebelan kawan rapatnya itu. Ini betul punye kecik hati nih.
"Eleh, ape yg ko paham?" Adam ingin meneruskan usikannya.
"Tak paham pun takpe. Buat-buat paham je udah la" Hamdi masih bermasam muka.
"Esok" Adam masih lagi tersengih melihat Hamdi.
"Ha?" Hamdi terkejut.
"Tak nak?"
"Nak..." Laju Hamdi menjawab.
"Tau ke nak ape tu?" Adam menduga.
"Entah..." Hamdi menjungkit bahu.
"Lunch la...lunch" Adam menggeleng kepala.
"Itu ler. Jauh sangat mengelamun. Kalau iye pun nak bawak diri tu, agak-agak
ler skit...huhuhu" Adam menumbuk bahu Hamdi.
"Janji aaa...janji..." sinar bahagia menyelubungi mata Hamdi.
"Iye, bawak Shima sekali tau. Boleh diorang jadik geng nanti" Adam
tersenyum.
[kat rumah]
Adam mengintai Zai di dapur. Hampir keseluruhan dapur diselongkar oleh Zai.
Apa yg dicarinya...entah? Tapi nampak kemas aje dapur tu. So, boleh ke
dikatakan Zai yg selongkar dapur? Atau dia kemas dapur tu? Ah, lantak la,
asalkan tak mengundang marah Zai sudah la.
"Hai..." Adam bersuara sejak mengintai dari balik pintu.
"Erm..." Zai menoleh memandang Adam sedang tersenyum, lalu kembali
menyambung kerjanya.
"Awak, tak payah la kerja berat sangat. Nanti awak penat..." Adam sudahpun
duduk di kerusi makan.
"mmm..." Zai selamba. Macam la dia tak pernah kerja berat sebelum ni? Hei,
ini anak Mak Mah tau. Semua kerja boleh buat! Sibuk aje dia ni. Pegi la
mandi...
"nak tolong?" Adam malas-malas bangun.
"Takpe.." Zai masih lagi dengan kerjanya.
"Nanti tangan awak luka..." Adam menggaru kepala. Apa yg dia cakap nih? Dah
tak ada modal ke?
Perlahan-lahan Zai menoleh menampakkan mukanya yg tak puas hati. Dah tak ada
benda lain ke yg orang tua ni nak merepek? Eiii...naye aje karang...
"Ehe he..saya rasa nak mandi dulu lar...karang kite sambung borak lagi
ye...bye!" tersekat-sekat Adam mencari alasan. Lalu bergegas menaiki anak
tangga.
Zai merengus. Ape la dia tu. Kalau nak tolong, buat cara nak tolong.
"Awak..." Adam berbisik.
Zai bangun perlahan-lahan dan bercekak pinggang. Sudah naik lenguh dari tadi
asyik bangun duduk, bangun duduk. Yg dia ni kenapa? Nak dera orang ke?
"Awak, jangan la marah saya. Saya nak minta maaf, ye..." Adam senyum dan
terus hilang di mata Zai. Zai tercengang. Mana ada dia marah? Cuma...dingin.
Tapi, kesian Adam. Lelaki sebaik dia tak sepatutnya bertemu jodoh dengan
orang macam dia ni. Hai...bila la dia ni nak serik.
"Alaa..hai. Camne nak bagitau dia ni? Kalau nak kensel plan ngan Hamdi esok
camne,ek.
ha? Gile ko, mau nye dia mengamok.
Tapi, ape aku nak cakap?
Ala, cakap je la kawan ko nak datang, abis citer.
Mmmphh...cakap senang la brother. kalau aku kene ketok ngan sendok kat dapur
sok camne?
Eishh..takkan la Zai sanggup buat camtu. Dia tu nampak je dingin, tapi baik
tau. Dari kecik ko membesar dengan dia kan?
Ye tak ye...Ah, tak kisah la. Ape nak jadik, jadik le. At least aku try!"
Adam berperang dengan dirinya sendiri, cakap sorang-sorang cam orang dah tak
senter. Cepat-cepat Adam menutup pintu berandanya dan mencapai kunci kereta.
"Aku nekad, aku nekad, aku nekad" Adam berkobar-kobar.
"Erm, awak?" Adam berdiri di sebelah Zai yang sedang mengelap meja makan.
"mmm..." sepatah kata dari Zai. Maksudnya 'Apa?'. Adam aje yg paham bahasa
ini.
"Saya nak gi market ni. Esok kawan saya nak datang" bulat anak mata Adam
menanti jawapan dari Zai. Agak-agak dia nak capai periuk ke kuali tu ha?
Alahai...
"Sekejap..." Zai membasuh tangannya dan berlalu menaiki tangga.
"Eh? Eh?" Zai meninggalkan Adam di dapur dengan seribu tanda tanya.
"Awak..." Adam terkedu.
"Eh? Entah-entah dia nak kemas kain baju dia tak? pastu suruh aku hantar kat
umah dia malam ni jugak...mak, ape along nak jawab ni? alaaa..." Adam
mundar-mandir di dapur mencari jalan untuk memujuk isterinya tak lari balik
rumah mak mertua.
"Buat ape tu?" berkerut dahi Zai melihat Adam yang cemas tak memasal.
"Erk! Tak...Tak ada apa-apa" Adam memerhatikan sekeliling Zai. Takde beg
pun. Tak nangis-nangis pun. eh, dia ni betul ke nak balik rumah mak ni?
"Okay, okay, kita bincang elok-elok..." Adam menarik nafas dalamĀ² lalu duduk
di kerusi makan.
"Bincang?" bertambah berkerut dahi Zai.
"Ha lar..." Adam mengangguk.
"tadi kata nak pergi market?"
"Aaa..kite nak pergi market la ni" Adam menggangguk kepalanya. Baru Adam
tersedar.
"Hei..." Zai menggeleng kepala.
Adam bingkas bangun dan dengan selambanya meninggalkan Zai dibelakangnya.
"Ei...awak jangan dera saya lar..." terus hinggap satu cubitan di lengan
Adam.
"Adeh! Maaf la. Kadang-kadang saya ni melalut skit" Adam tersenyum sambil
mengusap-ngusap lengannya. Sakit...
Sejak masuk kereta tadi, tak pernah lekang senyuman Adam. Happy giler! Sebab
tadi Zai cubit sampai sakit. Pastu Zai duduk kat sebelahnya dalam kereta.
Yak yak yey...
"Awak nak masak ape esok?" Adam mula abersuara.
"Tak tau" jawab Zai perlahan.
"Takpe. Biar saya yg masak. Awak rehat la dulu, saya tau awak tak rasi lagi
dengan tempat ni kan?" akhirnya Adam berkata-kata seperti orang dewasa.
Kalau tidak, asyik nak berteka-teki dengan diri sendiri aje kerjanya.
"Maaf..." Zai terdiam mencari ayat untuk menyambung perbualan. Zai sedar yg
dia sudah banyak menyusahkan Adam.
"Ala, takpe. Saya faham. Ambil masa sebanyak mana yg awak perlukan"
"Apenye?"
"Saya faham apa yg awak maksudkan tu" Adam memandang anak mata Zai
dalam-dalam. Zai tunduk.
"Eh, ape kata kita pergi tengok wayang nak?" Adam berbisik.
"Malam-malam ni?" Zai mencari kepastian. Dah pukul 9:30 malam ni.
"Ha lar...nak tengok citer katun. Nak? Ala, nak la..." Adam memujuk Zai yg
ragu-ragu. Ni dah melencong hala tuju ni. Tadi kata nak pergi market.
"Tak kisah la" Zai mengikut. Sejuk hati Adam. Memang baik asuhan Mak Mah.
Adam menerima Zai menjadi isterinya dulu pun mengenangkan Mak Mah yg baik
budi pekertinya. Kini, tak salah pilihannya.
"Dik, cerita Finding Nemo 2. Tiket belakang sekali tau" Adam melirik
pandangan pada Zai yg asyik memandang sekelilingnya. Tak biasa dengan orang
ramai agaknya. Di TGV KLCC ni mana pernah lengang?
"Eh, awak tengok couple tu. Macam suami isteri jek. Hehe" Adam memandang
tajam pada sepasang kekasih yg berkepit rapat tanpa peduli orang
disekelilingnya.
"Jangan nak ngada kacau bebudak tu..." Zai menarik lengan Adam dan
cepat-cepat melepaskannya.
"Ye la. Ye la" Adam mengekori Zai yg sudah berjalan di hadapan.
"Awak nak makan dulu tak?" Adam memintas Zai.
"Makan ape?" Zai memandang sekelilingnya. Tak nampak satu gerai pun. Yg ada
cuma kedai yg menjual pakaian berjenama. Wujud ke tempat makan dalam
bangunan seperti ini?
"Jom la. Makan Burger King nak? Kat situ refill air free tau. Saya
belanja.Hehe" adam tergelak kecil. Memang la dia belanja. Itu kan
isterinya...
"Nak" Zai menggangguk.
Adam tersenyum lebar. Zai kata nak? Hahaha dia kata nak. First time la...
"Awak nak makan ape?" Adam menarik Zai ke sisinya.
"Awak tengok gambar ni puas-puas, pastu awak cakap nombor berapa tau."
"Semua boleh makan ke?" Zai curiga. Ini kan makanan orang putih?
"Ha'aa...ni kan tanda halal ni" Adam tersenyum.
"Ah, tak kisah la. Ape-ape aje la" Zai buntu. Dia mana pernah memesan
makanan sebegitu? Nak bayangkan rasanya pun tak tahu.
"Okay. Dik, bagi apa-apa je dik. 2 set tau" Adam membuat pesanan.
"Eh? Jangan la macam tu bang. Cakap la nak set yg mana satu?" cashier muda
itu tersenyum memerhatikan Adam.
"Tak kisah la dik. Adik suka makan set yg mana satu?" Adam merumitkan lagi
keadaan.
"Hei, mana ada orang pesan macam tu?" Zai mula bersuara. Tak sangka yg Adam
ni suka menyakat. Sampaikan adik yg tak bersalah tu pun disakatnya.
"Hehehe...saya pun tak tau nak makan ape la" Adam tersengih.
"mmmph..." Zai menarik muka. Bermaksud 'sukati awak la'.
Nanti akan ada sambungannya... tunggu....
-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~