Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 24 hari yang lalu
ronniefinancehome: 36 hari yang lalu
MTMKi: 46 hari yang lalu
usop79: 47 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Jodoh kena cari?


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Jodoh kena cari?

Please Mendaftar To Post


Oleh Jodoh kena cari?

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-04-05 10:23


kekadang tu confuse gak...jodoh kiter mmg ar telah di tentukan ...tp kiter kena usha kan..selain dr kiter berdoa boleh tak kiter mencari??? means...bercinte ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 10:28


Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar

seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,

aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli

dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang

berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang

sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga

sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia

akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-04-05 10:39


mekasih di atas hwp yg jitu itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

sakuraku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15625
Posting: 21
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-04-05 12:39


kata2 dr tuah sentiasa memberi motivasi buat diri ini..kadangkala kata2nya itulah yg menjadi penguat diri ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakurakuProfil   Hantar PM kepada sakuraku   Pergi ke sakuraku's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-04-05 13:01






Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 13:24




sekadar berkongsi....

SAYA sering mendengar bahawa ajal dan jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Jika sudah ditakdirkan, mengapakah nabi berpesan supaya umatnya mencari dan memilih jodoh?

Benarkah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik kerana dalam keadaan sekarang saya lihat ramai wanita yang baik masih hidup bersendirian walaupun sudah mencecah 40 tahun?

MOHAMAD HAFIZ Kedah

JAWAPAN

Memang benar sebahagian hidup manusia adalah dalam ketentuan Tuhan, yang mana manusia tidak diberi hak membuat pilihan atau dinamakan takdir.

Manusia tidak boleh memilih siapa ayah ibunya, bila dia mahu dilahirkan, bila dia mahu mati, mahu menjadi lelaki atau wanita misalnya dan termasuk jodoh dan ajal.

Semua ini dalam ilmu Allah saja dan bukan dalam pengetahuan manusia. Oleh itu manusia mesti berusaha kerana dia tidak tahu. Allah sudah menentukan rezeki, tetapi manusia mesti berusaha mencarinya.

Allah menentukan ajal, tetapi manusia mesti berusaha menjaga kesihatan dan nyawanya sebaik mungkin, begitu juga jodoh sudah ada dalam ilmu Tuhan, tetapi manusia mesti berusaha mendapatkannya dan bukan bersikap menunggu takdir itu terjadi.

Takdir tidak boleh disalahfahamkan dengan usaha. Takdir adalah hak Tuhan dan usaha adalah tanggungjawab manusia. Usah pertikai hak dan kerja Allah, sebaliknya berusahalah dengan bersungguh-sungguh.

Memang benar wanita baik untuk lelaki baik kerana itu firman Allah dalam al-Quran.

Bagaimanapun, ‘baik’ itu adalah pada ukuran Allah yang Maha Mengetahui, bukan pada ukuran manusia.

Malah, sifat baik ini sangat subjektif dan berbeza-beza bagi setiap individu. Tidak semestinya bersendirian itu tidak baik kerana mungkin lebih baik hidup bersendirian daripada menderita dianiayai orang lain.

Sumber harian Metro
bersama Dr Mashitah Ibrahim

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 23-04-05 15:08


erm pernah la sembang2 dengan orang yang lebih faham, lebih arif tentang hal ni...

cari...tak tahu lah pulak...

tapi usaha memang kena ada. nak orang baik2, orang yang taat perintah Allah, orang yang kita kata memenuhi ciri2 yang kita kehendaki (even tak cukup sikit2..yela, sedar diri la kite pon tak perfect!); kena lah mula dengan diri sendiri. didik diri dengan akhlak mulia. Allah tu Maha Adil dan Saksama...DIA bagi yang sepadan dgn kita la...

lepas tu, cari la orang tengah. orang tengah ni akan suaikan calon2 dengan diri anda. takkan nak bagi orang pendiam dengan orang lincah, orang yang 'gila' internet dengan orang yang fobia internet, tak gitu? kira mereka akan di'match'kan mengikut peribadi la...iyelah, nak biar kufu. sebab kahwin bukan individu aje tapi dengan family + sedara mara dia jugak..antara matlamat kahwin kan nak hubungkan silaturrahim..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 17:10




kena cari...

jodoh adalah sebahagian daripada rezeki Allah yang dikurniakanNya kepada insan sejagat... sebagaimana rezeki yang lain dicari, maka jodoh juga perlu dicari... bertemu atau tidak, cepat atau lambat, sesuai atau tidak itulah yang ditentukanNya...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

khaulah_al_azwar
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2005
Ahli No: 14297
Posting: 13
Dari: bumiwaqafan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 09:59



pada saya,jodoh tu mmg di tangan Allah,ttp kita sebagai hambanya kena usaha gak kan...
so,bila mencari tu,carilah yg benar2 boleh membimbing kita ke jalan yg benar...klu blh tu,carilah org yg agamanya lebih tinggi dari kita.
mestilah mencari yg berkualiti,bkualiti dari segi agamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_al_azwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_al_azwar   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-04-05 13:49


Seiring dan sejalan~ nEnEnEne~~.......

Usaha dan jodoh seiring

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

hudmj
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.03.2005
Ahli No: 14847
Posting: 22
Dari: JOHOR

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-05 13:56


klu ramai yg asyik bertanya bila nak kawin ia menjadi bebanan pd diri.sampai boleh jatuh sakit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudmjProfil   Hantar PM kepada hudmj   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 24-04-05 14:16




usaha tu memang la kena usaha tetapi bukan bermaksud kita kena bercinta cam yang kita lihat dalam sembilu tu....



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-04-05 15:04




-----------------
\' aKu IngIN sEgAlA2 NyA DaMai....\'


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

aiman_tuah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2005
Ahli No: 14293
Posting: 3
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 01:48


Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar

seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,

aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli

dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang

berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang

sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga

sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada
kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia

akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


-----------------
Memenjara kata adalah diam. Berkatalah yang baik atau diam. Memendam rasa biar berpada jangan sampai berdendam, redha dan syukur dengan apa yang kita peroleh.
Kita pasti akan GAGAH selagi kita tunduk dan berserah kpd ALLAH.


Bookmark and Share

    


  Member Information For aiman_tuahProfil   Hantar PM kepada aiman_tuah   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 14:32


usahanya???
kita jadikanlah diri kita yang terbaik!!!
walau apapun... saya yakin dengan ketentuan Allah...
ada hikmah setiap sesuatukan...
tapi apa gunanya doa tanpa usaha dari kita...
so berusahalah tuk jadi muslimin n muslimah sejati!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 14:35


Setuju sgt dgn pandangan Dr HM Tuah tu.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 25-04-05 14:40


Cinta akan datang dgn sendirinya... tanpa ada paksaan..., Jodoh kan ALLAH dah tentukan?? Hm.. bestnya kalau diri disayangi .."...I love u, Pretty boy.." AMiN NuR with ALLAH's Love 4-eVeR...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 22:51




urm, ana pun ada jugak fikir tentang hal ni, rasanyer pendapat 'edlin' tu ada kebenarannya, jodoh memang ditakdirkan, tetapi sebagai hamba Allah, kita berusaha la untuk memperbaiki diri kita sedaya upaya supaya bersedia tatkala ditemukan dengan jodoh yang bertakwa,

tentang komen yang mengatakan bahawa kini ramai perempuan yang 'baik' tetapi masih tidak berumah tangga, ana nak ingatkan bahawa kita ini sekarang merupakan umat akhir zaman, sememangnya Allah telah mengatakan bahawa perempuan akan melebihi lelaki dengan nisbah yang cukup besar, jadi... fikir2kanlah sendiri, tidak berumah tangga, tidak bermakna diri seorang perempuan tidak lengkap, mungkin dah ditakdirkan begitu.. redha jela..

wallahualam, ini sekadar pendapat ana,


p/s- ana nak tambah, yang 'usaha' yang ana maksudkan dalam hal perkahwinan ialah usaha mendekatkan diri kpd Allah, bukan 'usaha' = couple/ dating/ bergaul bebas dengan lelaki/ bergayut 1000 jam atas hp, <<< 'usaha' mcm ni bukan 'usaha' dah, 'dosa' ada lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 13:47


Ana teringat satu kata hukamak.."Jodoh dan Pertemuan ditangan tuhan tapi segala perlaksanaan,pilihan dan ikthiar ditangan kita.."

-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-05-05 13:56


benda tu dah Allah tentukan tapi kita kena berusaha mendapatkannya yakni berlandaskan jalan yang terbaik.jika semuanya berjalan lancar dan berusaha sebaik mungkin,maka yang ditentukan itu akan diperolehi.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100039 saat. Lajunya....