Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 266
Ahli: 0
Jumlah: 266




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: ~khas buat wanita~SAH ke sembahyang kita?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» ~khas buat wanita~SAH ke sembahyang kita?

Please Mendaftar To Post


Oleh ~khas buat wanita~SAH ke sembahyang kita?

nonamegilsz
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14191
Posting: 3

Pahang  


posticon Posting pada: 22-04-05 20:09


.
Sepertimana yang telah kita ketahui, SEMBAHYANG adalah wajib keatas semua umat Islam dan ia merupakan tiang agama. Dan salah satu syarat sah sembahyang adalah menutup aurat.
Daripada pemerhatian saya terhadap rakan rakan saya di asrama dan juga dirumah, rata rata wanita yang bersembahyang tidak menutup aurat dengan sempurna. Walaupun mereka memakai mengkana atau lebih dikenali dengan kain sembahyang tetapi tetap jelas kelihatan aurat mereka. Ini disebabkan kain sembahyang yang nipis dan bewarna putih. Dari pemerhatian, kebiasaannya wanita wanita ini memakai pakaian yang menampakkan lengan, kaki, betis dan juga rambut dirumah atau di asrama. contohnya baju tidur, t-shirt dan seluar pendek ketika sembahyang. Disebabkan kain sembahyang yang nipis maka jelas kelihatanlah aurat mereka ketika mereka sembahyang WALAUPUN mereka memakai kain sembahyang. BETUL TAK???
Persoalannya...adakah sembahyang kita para wanita diterima Allah??? Jadi saya syorkan supaya para wanita ini memakai pakaian yang menutup aurat ketika hendak sembahyang. contohnya memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan tidak lupa 'tudung tiga segi untuk menutup leher'. Selepas itu barulah mengenakan kain sembahyang untuk lebih berhati hati lagi dalam menutup aurat ketika hendak sembahyang. Conclusionnyer...pakailah kain sembahyang yang bewarna gelap cam warna hitam ke, ijau ke, biru tua ke..

harap maaf jika ada tersalah dan tersilap ketika menulis artikel ni sebab saya pun tak berapa expert bab agama ni, ini sekadar menyatakan pendapat sahaja.






~KNOWLEDGE IS POWER~

Bookmark and Share

    


  Member Information For nonamegilszProfil   Hantar PM kepada nonamegilsz   Quote dan BalasQuote

insannulkamil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4978
Posting: 50
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 22-04-05 21:37


assalamualaikum...
terima kasih di atas peringatan anti tue..
memang betul pun apa yang anti katakan tue..
kat sekolah ana pun para ustazah selalu ingatkan kami semua mengenai hal tue..
oklah..
harap kita dapat perbetulkan lagi solat kita semoga diterima oleh Allah...
amin...
wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insannulkamilProfil   Hantar PM kepada insannulkamil   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 23-04-05 00:00



memang kesilapan umum...kat mana2 pun terjadi..surau asrama ker..surau kat kampung ker ada gak..
kain solat pakai yang gelap- satu alternatif...tak nampak 2 tiang klcc tu bila solat
kalau kain tudung jahit 2 lapis biar tebal sket.
lepaih tu sebelum pi solat, belek depan cermin tengok jarang ke tak.. tak pun tanya kawan...

semoga solat diterima olehNya...InsyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

Hasmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14966
Posting: 34
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-04-05 07:57



Saudari Nona,kita telah diajar sembahyang dari kecil dengan memakai kain sembahyang yang menutupi seluruh badan.Sebenarnya pakaian yang berwarna putih itu adalah sebagai tanda suci, bersih dan aman.Yang menjadi persoalan sekarang ialah kain sembahyang yang nipis dan jelas menunjukkan susuk tubuh.SEpertimana Nona kata klu pakaian kat dalam tu lengkap dan menutupi semua Alhamdulillah tapi nampak itu, nampak ini salah dari segi cara dia.Kenapa mesti membeli yang nipis?Nnak suruh sapa tengok yg itu ini.Itu namanya tak tutup aurat semasa sembahyang.klu camtu tak yah pakai kain sembahyaang,pakai seluar pendek ngan baju t-shirt tu je.
Itu tetap aurat terutama dalam sembahyang.Sama jugak klu kat luar, pakai baju tak cukup kain,nipis nampak itu nampak ini,dia ckp tutup aurat habis klu boleh membuatkan orang lain nampak dengan jelas maka salah.Takkan tak boleh nak beza mana betul mana salah.
Renungkanlah.Kita mengadap Allah dgn sempurna, taknak ada cacat cela klu boleh.Allah tentu lebih suka.Tutuplah semuanya dengan sebaik-baiknya kerana setiap yang kita lakukan di dunia ini akan ditimbang di Akhirat.
Kalau ada silap sila betulkan.
Hasmie yang masih belajar ingin tunjuk ajar dari semua.Terima Kasih
Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For HasmieProfil   Hantar PM kepada Hasmie   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 08:21




memang telekung yang ada kat pasaran sekarang nipis2..kene pandai pilih..memang seelok2nya pakai pakaian yang menutup aurat masa nak sembahyang...


p/s :barang siapa yang rasa panas tu adik beradik syaitan

-----------------
[IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]

'ukhwah itu indah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 09:15


yurp.. yg nipis tu, pepandai la tutup aurat.. [pki bju lengan pnjg n etc]... no hal..
nak pakai telekung warna gelap pun, no hal kalau tgk kat mekah, diorg pakai jubah besar diorg tu je... yg warna hitam tu.. adat kita je pakai telekung nih... even nk solat x guna kain telekung pun, no hal... kesemuanya dgn satu syarat iaitu ia menutupi sgla aurat kita.. So, jgn pndg enteng hal solat nih..

Tazkirah buat diriku yg sering lupa..

WaLLahua'LaM

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

nurul_iman87
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 10:27




Trime kasih x terhingga atas peringatan Nonamegilsz tue... memang x pernah terlintas dlm fikiran ana yg lemah nie psal hal tersebut... sbb kite dah biase sgt tengok wanita2 lain memakai kain sembahyang begitu jer.... so most of us don't pun much thought into it.......

Insya Allah ana akan lebih berhati-hati dlm masa yg akan datang.... Semoga Allah SWT memberkati anti for reminding us all.... Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_iman87Profil   Hantar PM kepada nurul_iman87   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-04-05 22:03




setahu sy tidak ada di dalam syarat sah solat supaya muslimat memakai telekung putih.. sudah menjadi kebiasaan bagi majoriti umat Islam kecuali muslimat dari Iran (yg paling ketara) yang selalunya memakai telekung hitam.. memang betul disebabkan telekung tu nipis maka boleh jatuh hukum batal solat kerana aurat itu tak ditutup.. saya ada satu pandangan la.. sy tgk sendiri beberapa muslimat kat kolej sy diorang pakai mcm nie... telekung kepala sahaja kain putih dilapis dengan tudung biasa... kainnye diorg pakai kain batik labuh... memang kali pertama nampak agak lawak le... bila saya tanya kenapa buat camtu diorg kata nak elakkan dari pakai telekung solat nipis la... lastly dah jadi kebiasaan dah musliimat di sini pakai kain batik labuh semasa solat...



-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-04-05 23:26




dari dulu sampai sekarang mak saya memang anti tahap max! kalau pakai kain semayang jarang, sebab betul seperti yang ditegur oleh si-yang-post ni, kalau jarang, macam mana lak nak penuhi syarat menutup aurat?

dia selalu cakap: korang semayang dah ler kain tu putih, jarang lak tu, kat dalam korang pakai shorts, semua nampak, sedangkan biler keluar rumah- pandai pulak tutup semua. macam tak padan, jumpa manusia tutup aurat, jumpa Allah- aurat tu di ambil sambil lewa je...

alternatif : pakai la pakaian yang sepadannya kalau kalau nak jugak pakai kain semayang putih (kaler favourite Rasulullah)

ATAU

kalau rasa malas nak bertutup likup setiap kali nak semayang, pakai la kain semayang berwarna gelap/ hitam.

wallahualam, ni opinion saya je..


[ Posting ini telah di edit oleh: JuStIsLaM pada 2005-04-25 23:28 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 02:43


betul tu... aurat kena tutup betul2.. kena selalu hati2. belilah telekung yg tak jarang.. saya pakai yg nenek saya jahit (nenek saya berniaga jahit telekung).. so tak jarang..lawa lak tu.

tapi kan, yg paling dilihat Allah, hati manusia yg solat tu...
nak dikongsi cerita, mak cik saya, dia ni bertuah orgnya sbb selalu nampak dan alami perkara2 ajaib, yg dtgnya dari Allah.. kerana ada satu amalannya yg dia rajin buat..

mmg banyak sgt, saya amat kagum. sedangkan telekung yg dia pakai mmg jarang, pakaiannya pulak seluar pendek dan baju sleeveless pula.. orgnya tak bertudung di luar. tapi, cintanya pada Allah, mmg tak dinafikan..

mmg macam2 yg dia alami... saya hairan juga.. kalau saya cerita apa yg dia alami, pasti semua terpegun.......

sekadar iktibar utk kita semua.. Allah sayang pada hamba2 Nya yg ikhlas, dan tak pandang rupa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-04-05 11:59


tumpang baca untuk bekalan masa depan...
untuk bakal isteri dan anak2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139996 saat. Lajunya....