Oleh |
TOLONGLAH......FAHAMILAH............ |
izyanie
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 251
Posting: 4
|
Posting pada: 16-05-03 11:13
ASSALAMUALAIKUM...manusia nie kalau tak ada masalah tak dinamakan manusia..... boleh tak saper2 bagi nasihat untuk ana supaya ana lebih gembira... macamni masalah ana... ANA NI TAK SUKA GADUH2 TAPI ADA ORANG CARI PASAL....DIPENDEKKAN CERITA...ANA DOK RUMAH SEWA BERSAMA KAWAN2....RUMAH SEWA ANA 6 ORG.ANA DENGAN KAK ANA...YANG LAIN ANA TAK KENAL....LEPAS TU ADA SORANG KAKAK TU...ANA BARU MASUK JADI ANA CUBA BERBAIK DENGAN YANG LAIN...YANG LAIN SUMER OK TAPI YANG SORANG TU TAK TAHULAH MACAMANA ANA NAK BUAT BAGI DIA BERBAIK DENGAN ANA...UMUR DIA DAH 26 THN...SUATU HARI TU ANA JATUHKAN H/P DIA SECARA TAK SENGAJA...ANA MINTA MAAF..TAPI SAMPAI SEKARANG DIA TAK TEGUR ANA...DAH BANYAK KALI ANA CUBA BERBAIK...TAPI TAK BERHASIL...HARI2 ANA SAPA DIA TAPI DIA BUAT DEK JE...BETAPA SAKITNYA HATI.... ADA HARI TU...BILA 6 ORANG BERKUMPUL UNTUK MKN PETANG. DIA TAK AJAK ANA MKN PUN...ANA PUN BUAT MUKA TAK MALU MASUK BILIK... ADA LAGI DIA SELALU MASAM MUKA JE...BILA ANA SAPA DIA ,DIA BUAT TAK DENGAR JE... TOLONGLAH HAMBA YANG LEMAH NI....
|
baiduri_aiman
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 34
Posting: 242
Dari: Kedah
|
Posting pada: 16-05-03 11:22
Assalamualaikum... kesian yer kat awak..saya turut bersimpati .. bagi saya camni la,awak dah minta maaf dan bertegur sapa ngan dia..so terpulang la kat dia nak terima ke atau tak..org yg memaafkan lebih baik dr yg meminta maaf..tapi kalau dia tak nak maafkan jugak,itu dia kena tanggung sendiri la akibatnya..tanggungjawab awak dah selesai sbb awak dan minta maaf kat dia..kiranya dia yg nak memutuskan ukhuwah ngan awak.. ttg perangai dia tu,saya harap awak sabarlah banyak2 yer..nak wat camna..kita hanya boleh doakan semoga dia berubah...nanti lama2 bila dia dah tak larat nak bermasam muka tu,insyaallah,berubah la tu..takkan selama-lamanya dia nak cam tu.. itu hanyalah pandangan saya..mungkin sahabat-sahabiah ada pandangan2 lain.. wassalam..
|
putera_manis
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat
|
Posting pada: 16-05-03 15:00
kesiannye kat awak...... kalau dah minta maaf... dah la........terpulang pada dia.... buat penat awak jer..... nanti kalau dia dah penat dia carik awak punyer.... sampai bila dia boleh mengelak.... -----------------
MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..
|
heizam
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 182
Posting: 107
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 16-05-03 15:57
|
wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu
|
Posting pada: 17-05-03 12:36
|
pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS
|
Posting pada: 17-05-03 12:50
hermmm.... ana turut bersimpati dgn anti.... ana rasa..tanggungjawab anti dah habis...anti dah mintak maaf,dier nak terima ke tak,terpulang pd dier.... yg penting..anti jgn balas blk kat dier dgn kejahatan...teruskan berbuat baik kat dier.... moga² dier lembut hati dan termakan budi.... ----------------- Kuli kepada Dakwah... Hamba kepada Allah... hidup mulia @ mati syahid..!!
|
Ibnu_Mohammad
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 335
Posting: 52
Dari: Down Under
|
Posting pada: 18-05-03 07:30
Assalamualaikum Cerita ni lebih kurang sama dgn cerita adik ana...kenapa org perempuan macam ni ek??? Allah Knows Best
|
hub_addin
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 19
Posting: 73
Dari: Perak No.1
|
Posting pada: 18-05-03 19:15
Quote:
| On 2003-05-18 07:30, Ibnu_Mohammad wrote: Assalamualaikum Cerita ni lebih kurang sama dgn cerita adik ana...kenapa org perempuan macam ni ek??? Allah Knows Best
|
| ahaa...jangan kata perempuan, lelaki pun ada camni tau. ahli keluarge terdekat(lelaki) ana sendiri pun ada berlaku begitu. tapi, banyak2lah bersabar ye izyanie. suatu hari nanti kalau betul ita tak bersalah, allah akan tunjukkan jalan yang benar. ----------------- "Laailaahaillallah (tiada Tuhan melainkan Allah)...
kerananya kita hidup...
kerananya kita mati...
pada jalannya kita berjuang...
dan dengan kalimah ini juga kita akan bertemu Allah."
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 18-05-03 22:35
erm..,saya rasa dalam masalah ni..awak tak bersalah..biasalah manusia kan tak latri dari kesilapan...so..aper salahnya kita memaafkan kesalahan org lain..sedangkan nabi pun ampunkan umat...tak baik kalau kita bermasa muka lebih 3 hari kan??takpelah ...harap..awak bersabar lah yer...pasti ader hikmah di sebalik masalah awak ni.. tuhan sentiasa bersama ngn org2 yang sabar.... -----------------
|
hurulain
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 9
Posting: 111
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 19-05-03 01:31
rasanya dia sayang sangat h/p tu..sebab tu dia marah sangat bila awak jatuhkan h/p dia..takpe jangan putus asa..sentiasalah berdoa semoga dia memaafkan awak.. [ Posting ini telah di edit oleh: hurulain pada 2003-05-19 07:39 ]
|
rebana
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting
|
Posting pada: 19-05-03 03:58
betul..betul...mahal sgt kot hp tuh...xpun..dia beli guna duit dia kot...
|
Arcaine
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor
|
Posting pada: 20-05-03 14:53
A'kum Jangan ambil hati dengan apa yang berlaku. Anda sudah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang islam. Apa yang perlu anda buat berdoa kepada Allah agar diberi hidayahnya. pst: Ketenangan yang hakiki milik Allah. ----------------- Hidup ini suatu perjuangan
|
Jundullah_Al_Asad
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 623
Posting: 93
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 20-05-03 15:20
Assalamualaikum... Ana pun sedih gak ngan apa yg telah berlaku... Ana tak der apa yg nak dikongsi.. Sebab yg kat² atas tu dah cukup bagus... Apapun.. Ana doakan semoga satu hari nanti perdamaian akan timbul... InsyaALLAH... PERSAHABATAN yang IKHLAS; Bermula dari HATI yang IKHLAS; Bertaut menitipkan UKHUWWAH yang IKHLAS; Berkekalan SELAMANYA dengan IKHLAS.
|
widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 647
Posting: 199
Dari: bumi allah
|
Posting pada: 20-05-03 19:13
assalamualaikum... ermmm,besar masalah nih..sebab kita mesti tak selesa tinggal satu rumah tapi tak bertegur saper... ermmm,camnihlah..bila kita dah mnta maaf..maknanya kita dah terlepas dr tanggungjawab...kita dah dikira "sofi" takper...mungkin suatu hari nnti baru akak tuh akan sedar yg dia tak patut buat camtuh...teruskan jerlah tegur dia cam biasa... "yg bersalah aderlah manusia..yg memafkan kesalahan adalah kemanusiaan" wallahua'lam... ----------------- "haza fadlhu min rabbina"
|
izyanie
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 251
Posting: 4
|
Posting pada: 23-05-03 12:58
assalamualaikum.... TERIMA KASIH ANA UCAPKAN UNTUK KAWAN-KAWAN YANG BANYAK BAGI NASIHAT YG BERGUNA....ANA AKAN PRAKTIKAN......SEBAB SEKARANG NIE,ANA DAH NAK PUTUS ASA DAH....DAH TAK SANGGUP TINGGAL KAT RUMAH SEWA TU.... BAYANGKANLAH KALAU KAWAN2 TINGGAL DIRUMAH YANG DIRI KITA NI TAK DISEGANI.... SYUKRAN...ANA UCAPKAN SEKALI LAGI.......ANA HARAP SUATU HARI NANTI AKAK TU AKAN BERUBAH PERANGAI....WASSSALAMMM
|
izyanie
Warga Rasmi Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 251
Posting: 4
|
Posting pada: 23-05-03 13:05
UP...TERSILAP SEBENARNYA ANA NAK CAKAP TAK DISENANGI BUKAN DISEGANI....MAAF YER... SEKALI LAGI ANA UCAP TERIMA KASIH KEPADA: widad,jundullah,baiduru aiman,arcani,rebana,permaisuri hati,rebana,hurulain,zahratul,hub_addin,ibnu_muhammad,putera manis,heizam,wan pasir... KERANA BANYAK MEMBERI NASIHAT YG BERNAS DAN ANA BERTERIMA KASIH KERANA KALIAN SUMER PRIHATIN TERHADAP MASALAH ANA.....
|
suterakasih
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 208
Posting: 107
Dari: muar
|
Posting pada: 23-05-03 13:22
Quote:
| izyanie cuba siasat dahulu mungkin sebab handphone jatuh! atau mungkin ader sebab-sebab lain |
| sutera rase eloklah kalu izyanie gunakan akak sebagai orang perantaraan antara dia ngan izyanie... semoga buleh berbaik-baik semula... ----------------- mengharap cinta sejati...
mendamba kasih Ilahi...
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 23-05-03 13:28
assalamuaalikum...... hmm.. kesian pada awak... saya dapat merasakan betapa sedihnya awak tatkala diperlakukan sebebgitu rupa... situasi di rumah sewa mmg mcm tu.. bila terlalu ramai, mcm-mcm ragam, sampaikan kita sendiri payah nak membacanya.. sememangnya dlm sebuah rumah sewa tu akan ada jugak seorang yg mencabar kesabaran kita. itu ada sesuatu yg normal.. saya sendiri pernah melalui mcm mana yg awak lalui.. cumanya mungkin sbb berlaku asalah tersebut agak berbezaa.. rumah sewa saya ada 10 org.. awak cuba bayangkan bagaimana saya nak mendalami seorang demi seorang dan, ada di antara kawan saya tu agak bermasalah.. tapikan awak... ada ketikanya kita boleh biarkan aja.. kita dah minta maaf... dan la ni, biarlah masa yg mengatasi masalah awak tu.. nanti, bila dia tu dah rasa ok.. dia akan berbaik balik dgn awak.. awak pulak, kalau boleh jgn sangka buruk dgn dia sbbnya, mungkin dia ada masalah lain dan disebabkan itu, dia belum bersedia utk bertegur sapa. positif thinking ok. terukan rutin harian hidup awak seperti biasa. teruskan keremahan awak.. saya percaya.. awak tabah dlm menghadapi karenah sebegini.. 'ala kullihal, masalah seumpama ini akan membuatkan diri kita lebih memahami diri seseorang itu......positif thinking.. ----------------- believe, persist and archive
|
ii
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 738
Posting: 64
Dari: ITB
|
Posting pada: 30-05-03 10:19
Terkadang ada sifat-sifat kita yg mungkin orang lain kurang suka. Menurut kita, hal itu tak menjadi masalah. Namun menurut dia itu adalah masalah besar. Nah... disinilah muncul masalah tu!
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 03-06-03 04:57
Assalamualaikum, Yeah, memang betul apa yang kalian semua cakapkan tu. Takkan temu kemanisan andai kepahitan tak bisa dijejak. Sepertimana yang kita semua maklumi, hidup kita tak ubah macam persada yang penuh dengan penipuan, pergelutan, permasalahan, etc. Tika kita dok senang menyulam masa bertamu bahagia, ada aja halangan yang datang mengaco. Bahtera kita baru saja berlabuh meninggalkan pelabuhan dikala ufuk langit masih kegelapan. Nun disana, bermaacam2 lagi halangan yg cuba menyekat penjejakan kita. Kita hiudp sebagai abdullah yang bermusafir.. berjuang.. For sure byk halangan yang mendahului kita. Jauh mungkin kita dapat lari dari semua ni. Pecut 1450 KM seminit pun x mungkin. Tapi, tu x bermakna yang kita xmampu nak atasi semua ni kan. Tabahkan hati dalam berhadapan dgn segala macam kerenah dunia. Pahatkan ketabahan. Biar kecekalan bertugu menjadi penghuni setia di hati. Ukhtie mampu. Jangan airmata dibiar gugur hanya kerana peraangkap samar syaitan ni. Mungkin disinilah titik permulaan perjuangan kita dalam menghadapai pelbagai mehnah yang lainnya. whateva, ingat, untuk apa kita dicipta andai bukan untuk diuji setia ? Mungkin ini menunjukkan pd kita bahwa telah sampai masanya kita mentarbiah diri sendiri. Bermacam perkara yang perlu kita selami utk mengerti sesuatu maksud yang tersembunyi. Dan terlalu byk hikmah yang terselindung dibalik setiap sesuatu. Mungkin sebelum ni, kita pernah terbuat macam tu kat org ke. Andai benar laa.. itu tandanya Allah sayang kat kita, Allah nak kita celikkan mata kita. Bersyukurla. Allah bagi peluang pada kita untuk belajar bernafas dalam sesak. Jangan fikir thats the end of the world tunnel. Jangan cepat rasa usaha kita sia2. Tu suma suntikan dari syaitan. Syaitan sentiasa nak pancing aqidah kita. kekuatan kita, hati kita. Umpan tu, org disekeliling kita jugak laa. Orag yg kita kasihi. Waspada la.. Jangan terlalu mudah menyerah. Usaha selagi termampu. Andai tak berjaya, takpe, redha. seribu satu nikmah menunggu disana. Ukhtie dah mintak maaf kat akak tu kan? sebolehnya. Tapi, akak tu sendiri yang taknak bertegur sapa. Mungkin dah lama dia maafkan n mungkin dah lama dia nak berlaku mesra dengan akak, cuma, ego dia yg tak mengizinkan.. Takper laa.. tak begitu berhemah andai kita bicara perihol ego individu disini. yg pasti, kita turut punyai ego yg sama kan. harapnya..lebih bijak mengendalikan ego kita.. Ukhtie x bersalah dalam hal ni, Tak pula ana nak menyalahkan Akak yg sorang tu. Kita x begitu jelas dengan keadaan dia. Mungkin ader sejarah lama yang menghantui dia yang boleh dikaitkaan dengan ukhtie dr segi nama ke... raut wajah ke... maybe, balaman kat hati dia tu masih tak redha. Maybe dia sendiri sentiasa dihantui masalah yang menyepak dia n akhirnya dia tersungkur di pintu ambangan... who knows,, kot dia ada masalah cenggitu. Tak perlulah kita timbulkan kemarahan mana2 pihak ye tak ? Tapi, x sepatutnya Ukhtie dihukum sebegini diatas kesilapan yang x disengajakan.. Ana simpati..Yeah, tak sepatutnya.. Tapi, tak perlulah kita merungut diatas sedikit ujian. Tiada masa untuk merajuk. hati kecewa, diri merana, cuma selingan semata2. Dalam hal2 berhubung hati ni, kita perlu byk berfikir. hati manusia trlalu mudah terkesan. KIta punyai naluri untuk merasa terasa dan dirasa.. Hati kita kan sampai dengan sentuhan barisan kata,, bicara hemah.. tumpahan kasih fisabilillah... andai akak tu mampu merasa, masih punyai naluri yang sama... dia pasti satu hari nanti akan tersentak dr lena.. Akak tu akan fikir sendiri..tika lelapnya. sutera atau batu berbara yang menjadi alas kamar pembaringannya..Dia akan ngerti hati budi ukhtie yang mengahrap ukhwah berpanjangan.. N dia akan sedar kesilapan dia bagi dulangan habuan utk setan durjana tu. percayalh, andai hemah n doa sejata ukhtie, akak tu pasti terkesan.. Ana kira, kadar ini pena mampu menari rata. Andai ader salah silap tolong betulkan.. Ana masih muda utk mencoret kata nasihat utk ukhtie, cuma ana cuba utk sampiakan sentuhan selgi terdaya. Pembetulan dr kalian amat ana hargai..Ana pohon tulus pinta maaf..andai bicara ana menyentuh perasaan kalian.. Afwaan byk2. Assalamualaikum..
|
jilul_QURAN
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 05-06-03 22:51
ramai dah pakar kaunseling.bagus wahai sahabat teruskan perjuangan..
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 07-06-03 05:21
a'kum.... biasa la.. ahli komunitikan selalu tolong menolong.......... ----------------- believe, persist and archive
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-09-03 13:11
sedihnya bila aza baca...aza pun dapat rasakan kalau benda macam ni berlaku pada diri aza... apa2 pun...aza sokong semua nasihat yang telah diberikan kepada izyanie. yang sorang kawan izyanie tu pu tak baik buat macam tu...sedangkan nabi Muhammad pun akan memaafkan kesalahan seseorang tu walaupun kesalahannya berat...ini setakat h/p jatuh pun tak nak maafkan...tak patut...
|