Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: KDN rampas buku Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» KDN rampas buku Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari

Please Mendaftar To Post


Oleh KDN rampas buku Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari

ezad_75
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15379
Posting: 96

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-04-05 15:04


SETIU, 19 April (Hrkh) ā€“ Ketua Dewan Pemuda PAS Setiu, Ustaz Shahrizukirnain Abd Kadir melahirkan rasa dukacita serta kesal dengan tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak merampas buku 'Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari' karangan Presiden PAS, Datoā€™ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Katanya, buku Presiden PAS itu telah diambil oleh pihak KDN dari Kuala Terengganu di beberapa buah kedai buku di sekitar bandar Jertih, Besut, minggu lalu.

ā€œBeberapa hari lalu kebetulan saya berada di sebuah kedai buku di bandar Jertih, Besut telah didatangi oleh tiga orang berpakaian yang berlambangkan Kerajaan Persekutuan dan tertera Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Kuala Terengganu.

"Pegawai KDN itu kata, buku Presiden PAS telah ā€˜diharamkanā€™ kerana bertentangan dengan usaha kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari dan boleh mengancam keselamatan negara.

ā€œKita rasa kesal dan dukacita dengan tindakan pihak KDN itu yang bertindak merampas buku-buku itu yang berada di pasaran tanpa surat pengharamannya,ā€ jelasnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS kawasan kali ke-25 di Surau Wakaf Cagak, Batu Rakit.

Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Shahrizukirnain berkata, pegawai KDN itu telah meminta pihak peniaga kedai buku menyerahkan buku-buku 'Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari' kerana ā€˜telah diharamkanā€™ oleh kerajaan dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur.

Namun begitu, katanya pihak kementerian terbabit gagal menunjukkan sebarang bentuk surat pengharaman yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, beliau beranggapan tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai KDN berkenaan kerana desakan politik serta arahan kerajaan BN.

Katanya, pemimpin politik Umno dan kerajaan BN bimbang dengan kehebatan penjelasan buku yang ditulis oleh Presiden PAS berhubung isu Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari.

ā€œMasyarakat kita hari ini terkeliru dengan gagasan baru Islam Hadhari yang dibawa oleh pemimpin Umno dan kerajaan BN, Pemuda PAS bersedia untuk berdepan dengan mereka (Umno) dan inilah cabaran kepada kita sekarang,ā€ tegasnya.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 11 April lalu, beberapa orang wakil rakyat BN semasa membahaskan Titah Ucapan Sultan dengan lantang mendesak kerajaan Terengganu ā€˜mengharamkanā€™ pengedaran buku-buku tersebut.

Mereka mendesak buku yang menjelaskan berhubung buku 'Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari' itu supaya bukan sahaja diharamkan di negeri ini malah di seluruh dunia. ā€“ kam/ayu/lanh

biasa la tu!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ezad_75Profil   Hantar PM kepada ezad_75   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 15:23


BN dah takut akan bayang2 sendiri...

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

uhud147
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15907
Posting: 143
Dari: Kota Kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 20-04-05 10:56



eh..benar ke ni?minggu lepas ana ke kedai buku...nampak ade lagi..kat t'ganu je ke yg kene rampas??? tak faham...tak faham..

Bookmark and Share

    


  Member Information For uhud147Profil   Hantar PM kepada uhud147   Quote dan BalasQuote

penjejak_iman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6679
Posting: 35
Dari: alam ruh

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 14:42


nampak gaya kena jual stail MLM la plak..bleh ker nak jadi ejen?tak payah buat stokis pon takper kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For penjejak_imanProfil   Hantar PM kepada penjejak_iman   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-05 14:48


buku lucah yg berlambak-lambak kat pasaran takdak plak sebuk2 nak rampas..yg menjadi asas budak2 remaja nih nak belajar benda maksiat nih..pa la MALAYSIA ku ..klu la pak imam hadhari nih ada lagi..sampai bebila ...rakyat takkan memahmi islam yg syumul..takdak demokrasi langsung..bila hj hadi keluarkan buku ...semua panas punggung kerana sambutannya yg amat mengalakkan....tau la buku hang tak laku !!! wahahaha....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-04-05 16:02


pembaca buku2 dan juga video2 lucah telah dan akan sentiasa menyokong parti pemerintah dlm pilihanraya....so, sbg mengenang budi dan jugak strategi politik utk terus memerintah malaysia, kerajaan tidak merampas segala buku2 lucah dan jugak video2 lucah.

mmg inilah keadaan di akhir zaman...org yg menyuruh dan menasihati ke jalan yg baik dianggap jahat....manakala yg jahat, yg selalu main rasuah, yg selalu hina Islam, hina Rasulullah SAW, hina Allah SWT dianggap baik.

so....kpd ahli2 ukhwah sekelian....antum semua nak berada di pihak yg mane???....adakah kerana desakan dan dorongan nafsu, antum akan pilih golongan yg jahat tapi dianggap baik???....atau ketepikan dorongan nafsu utn berada bersama2 golongan yg baik tetapi dianggap jahat???

tepuk dada, tanyelah iman masing2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mia_sara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15946
Posting: 65
Dari: BUMI ALLAH

syria  


posticon Posting pada: 20-04-05 16:16




HEY..APA YG KURANG PD BUKU TU..SEMUANYA ILMU..MANA DEMOKRASI YG DILAUNGKAN..TAK BAIK BETUL

Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_saraProfil   Hantar PM kepada mia_sara   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 08:49


karangan astora taknak gam ka..???
mufti perak dah jelaskan dan dah keluar fatwa pun..

takut pada kebenaran...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141811 saat. Lajunya....