Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 251
Ahli: 0
Jumlah: 251




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 15 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: "do the right job, do the job right"


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» "do the right job, do the job right"

Please Mendaftar To Post


Oleh "do the right job, do the job right"

inas_syamimi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15728
Posting: 29
Dari: kota tinggi

Johor  


posticon Posting pada: 17-04-05 19:08


askum wahai saudara saudari yang budiman....
leh mintak pendapat anda semua tak?tntg kata-kata di ats....
dan macam mana nak aplikasikan dalam kehidupan seharian mahupun dalam perspektif Islam...


Bookmark and Share

    


  Member Information For inas_syamimiProfil   Hantar PM kepada inas_syamimi   Pergi ke inas_syamimi's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-04-05 19:18


baik pada semua,baik juga pada kita.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 18-04-05 11:30



Twice is think.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-04-05 11:52




ETIKA KERJA Oleh Ustazah Nora’inan bt. Bahari (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam)


Terdapat pelbagai ungkapan mengenai etika seperti Etika Kewartawanan, Etika Perubatan, Etika Pengurusan Bank, Etika Berpakaian, Etika pengurusan Islam dan Etika Kerja.

Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic yang diambil dari bahasa Greek ethos yang bermaksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Beretika bermaksud mematuhi nilai-nilai moral. Moral pula tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat. Oleh itu etika kerja boleh diistilahkan sebagai sikap terhadap kerja. Pekerja yang beretika pula ialah pekerja yang mematuhi nilai-nilai moral.

Bagaimanapun apakah yang membezakan etika kerja Islam berbanding dengan etika kerja yang lain. Dengan ringkas etika kerja Islam ialah sikap yang menentukan tingkah laku pekerja mengikut etika yang ditentukan oleh Islam bukan rasa dan naluri semata-mata. Selain daripada itu, etika kerja Islam lebih menyeluruh, mempunyai ciri dinamisme dan profesionalisme yang sempurna. Ini berpunca daripada kesempurnaan asas dan sumbernya. Asas etika kerja Islam ialah akidah, syariah dan akhlak manakala sumbernya ialah al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan erti kata lain etika kerja Islam bersumberkan wahyu dan akal manusia berfungsi memperkukuhkannya. Ini kerana kekuasaan akal itu terbatas dalam alam nyata sedangkan etika merupakan hal yang abstrak yang perlu digarap oleh Wahyu. Bahkan segala yang baik dan buruk tidak pernah bertentangan dengan akal dan fitrah manusia. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa”. Ringkasnya, etika kerja utama dalam Islam ialah keadilan, perseimbangan, ihsan dan amal makruf nahi mungkar. Di samping itu, ia menekankan aspek-aspek seperti kebenaran, amanah, sederhana, berdisiplin, kesabaran dan sebagainya. Kesemuanya itu wajar dihayati dan dipatuhi oleh semua insan yang bergelar pekerja sebagai nilai sejagat.



Anda seorang pekerja?

1. Anda bersedia bekerja pada hari ini?

2. Adakah anda tumpu kan perhatian dalam kerja anda?

3. Adakah anda tunaikan hak majikan anda


Sumber : Suara Masjid Jilid 10 Kisdar


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10145 saat. Lajunya....