Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 7 hari yang lalu
Daeng_Jati: 14 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ada warga KL bercerai kerana langsir’


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ada warga KL bercerai kerana langsir’

Please Mendaftar To Post


Oleh Ada warga KL bercerai kerana langsir’

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 12:40


PUTRAJAYA: Kes perceraian di Lembah Klang kini meningkat, sesetengahnya disebabkan isu remeh seperti suami enggan menukar langsir atau perabot baru menjelang Hari Raya.



Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman (gambar), berkata alasan sesetengah pasangan itu mengejutkan kerana membabitkan isu remeh.

"Sepatutnya, kes nak tukar langsir atau kerusi meja baru tidak harus menjadi punca pergaduhan yang berakhir dengan perceraian. Ada juga kes kerana orang ketiga," katanya.

Beliau berkata, selain peningkatan kes perceraian, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan juga mengendalikan banyak kes tuntutan nafkah dan pembahagian harta, terutama harta sepencarian suami isteri, menyebabkan bilik perbicaraan terpaksa ditambah kepada 10 berbanding tujuh sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, peningkatan kes perceraian di Lembah Klang juga sejajar dengan pertambahan penduduk, yang kebanyakannya berasal dari negeri lain.

“Misalnya orang kahwin balik kampung ke Kelantan, Kedah, Johor atau Negeri Sembilan, tetapi bekerja di Kuala Lumpur dan di situlah suami isteri bergaduh dan bercerai. Bayangkan, di Kuala Lumpur saja ada 353 peguam syarie, iaitu paling banyak.

“Apa pun, ini menunjukkan kefahaman mengenai hidup berumah tangga tidak sampai ke tahap yang menjamin kerukunan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persetujuan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) di antara JKSM dan Arkib Negara di sini, semalam.

Arkib Negara diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Rahani Jamil. JPR adalah jadual yang mengenal pasti rekod yang mempunyai nilai arkib untuk dipulihara dan membenarkan pemusnahan rekod selepas lupus tempoh pengekalan ditentukan.

Sheikh Ghazali berkata, perangkaan dan analisis terperinci mengenai kes perceraian akan diumumkan tidak lama lagi berdasarkan hasil kajian lima tahun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, UIAM sedang menyiapkan kajian yang dijalankan antara 1998-2003 dan dijangka siap tidak lama lagi.

Menjawab soalan, beliau berkata, kes tertunggak di Mahkamah Syariah sudah berkurangan selepas kerajaan meluluskan tambahan hakim dan pegawai sulh.

Katanya, kini setiap negeri mempunyai dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah kecuali seorang di Perlis dan Melaka.

Mengenai JPR, beliau berkata, tidak semua fail kes mahkamah syariah akan dilupuskan.

“Misalnya, fail kes jenayah biasanya kita simpan selama tiga tahun sebelum dilupuskan. Bagi kes mal pula, seperti perintah nafkah anak, boleh disimpan sehingga 25 tahun.

“Nafkah anak biasanya sehingga berusia 18 tahun dan selepas itu bukan menjadi kewajipan ibu bapa kecuali dia memohon kepada mahkamah bagi mendapat perintah lanjut iaitu mendapat nafkah sehingga tamat persekolahan atau pengajian, mungkin sampai usia 25 tahun," katanya.


hai...kalau kerna ikan bilis logik la jugak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 13:37


hehhehe...
byk sebab kes kawin tak bape tahun cerai..
byk kes yg remeh temeh..
rasanya sbb belum cukup ilmu rumahtangga kot..
yg pastinya satu2 hubungan tu perlu ada landasnya.
byk yg kawin kurang ilmu agama..
maka tiad unsur bimbing membimbing..
toleransi tiada..
maka perang hari2..
dan pengakhiranya cerai...
bergegar arash...

p/s..sekadar pandangan org bujang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 14:46


apa nak jadi zaman sekarang ni..perkara remeh dijadikan masalah besar

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-04-05 16:43


takkan sebba langsir jer dah nak cerai kot..tak paham2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-04-05 16:44




Inilah masalahnya kalau takda persefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain..si suami taknak mengalah si isteri pun taknak mengalah...masa bercinta semuanya sanggupku harungi...lautan api sanggupku renangi tapi bila dah kawin dah dapat apa yg dihajati selama ni lupa terus janji2 manis masa bercinta...apa pun tak sanggup dah...kan ke senang kalau gilir2 tahun..tahun ni start dgn rumah sebelah suami...tahun depan rumah sebelah isteri lak...kan ke best cmtu...ada give and take...barula aman rumahtangga...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-04-05 16:45


Sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 17:03


Hmm...pandai pun!

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-04-05 21:56




lucu pun ade...

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 06-04-05 22:02




Mungkin tahap kesabaran dah hilang...
setelah di simpan bertahun2...
kalau setakat langsir aje...
tak mungkin kot...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-04-05 00:18


complicated...perempuan mmg complicated...patutlah lelaki selalu je tumbuh uban cepat....

tak bleh ker pakai langsir atau perabut lame2....pakai sampai 5, 6 tahun???...nape perlu ikut jiran2 yg suke tukar langsir and perabut??...kenapa perlu ikut mak2 datin yg selalu tukar langsir and perabot??...kenapa perlu ikut org lain??....Allah SWT dah bagi otak, so, fikirlah utk kebaikkan bersama...selagi boleh guna langsir and perabot, jgnlah cube mencadangkan supaya beli baru....sian suami.

Isteri2 perlu ingat....ade family2 lain yg masih kais pagi makan pagi and kasi petang makan petang di kala kite semua bergembire di pagi raya eidulfitri....sedarlah skit...insaflah skit....bersyukurlah dgn pemberian si suami...

karang suami cari wanita yg lagi solehah...yg pandai bersyukur dgn segala pemberian suami...baru padan muke...putih matelah mase tue....

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nasirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7101
Posting: 57
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-04-05 00:52


Quote:

On 2005-04-07 00:18, naruto-san wrote:
complicated...perempuan mmg complicated...patutlah lelaki selalu je tumbuh uban cepat....

tak bleh ker pakai langsir atau perabut lame2....pakai sampai 5, 6 tahun???...nape perlu ikut jiran2 yg suke tukar langsir and perabut??...kenapa perlu ikut mak2 datin yg selalu tukar langsir and perabot??...kenapa perlu ikut org lain??....Allah SWT dah bagi otak, so, fikirlah utk kebaikkan bersama...selagi boleh guna langsir and perabot, jgnlah cube mencadangkan supaya beli baru....sian suami.

Isteri2 perlu ingat....ade family2 lain yg masih kais pagi makan pagi and kasi petang makan petang di kala kite semua bergembire di pagi raya eidulfitri....sedarlah skit...insaflah skit....bersyukurlah dgn pemberian si suami...

karang suami cari wanita yg lagi solehah...yg pandai bersyukur dgn segala pemberian suami...baru padan muke...putih matelah mase tue....



hmmm.. aik naruto_san.. bengang nampak...
betul lh 2... bersyukur dgn apa yg ada...
fitrah wanita.. kekadang suka ke arah benda 2.. hias rumah lawa2..bajet x kisah..
si suami pun kena lh pandai didik isteri supaya bersyukur...
si isteri mesti memahami dan ikut ckp suami...
kan aman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nasirahProfil   Hantar PM kepada nasirah   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 07-04-05 10:26


cerai berai dh jadi hobi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-04-05 11:19


Quote:

On 2005-04-07 00:18, naruto-san wrote:
complicated...perempuan mmg complicated...patutlah lelaki selalu je tumbuh uban cepat....

tak bleh ker pakai langsir atau perabut lame2....pakai sampai 5, 6 tahun???...nape perlu ikut jiran2 yg suke tukar langsir and perabut??...kenapa perlu ikut mak2 datin yg selalu tukar langsir and perabot??...kenapa perlu ikut org lain??....Allah SWT dah bagi otak, so, fikirlah utk kebaikkan bersama...selagi boleh guna langsir and perabot, jgnlah cube mencadangkan supaya beli baru....sian suami.

Isteri2 perlu ingat....ade family2 lain yg masih kais pagi makan pagi and kasi petang makan petang di kala kite semua bergembire di pagi raya eidulfitri....sedarlah skit...insaflah skit....bersyukurlah dgn pemberian si suami...

karang suami cari wanita yg lagi solehah...yg pandai bersyukur dgn segala pemberian suami...baru padan muke...putih matelah mase tue....



haha. betul tu. apa yg penting tukar langsir baru, tukar kusyen baru n so on. apa faedahnya? buat perabis duit je. buat makan lagi ok. kenyang la jugak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-04-05 12:22




Quote:
kan ke senang kalau gilir2 tahun..tahun ni start dgn rumah sebelah suami...tahun depan rumah sebelah isteri lak...kan ke best cmtu...ada give and take...barula aman rumahtangga



mak ayah ana bergilir setiap tahun.. tak de la kitorang rasa susah ke ape.. tp dulu ayah ana susah skit nak tolak ansur.. kalau sampai giliran mak ana, pagi2 raya dah nak blk umah sebelah ayah ana.. kalau giliran first raya umah sebelah ayah, 3 4 hari dah balik.. seminggu pulak la baru dpt g umah sebelah mak.. tp bila kitorang dh makin besar.. ayah pun nampak boleh tolak ansur.. nak lama2 kat mana yg dpt giliran... ku bahagia.. ana pun nak wat mcm tue la nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-04-05 12:29


mmg kelakor.
tp, mmg betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-04-05 12:41


bab nikah cerai ni macam2 cerita kita dgr..
entahla..
nampaknya senang je nak kawin..
dan senang juga nak cerai..
nak kawin bukan cam bercinta..
tak suka lepas..
yg byk kes lak..dah dpt anak..
apa nak jadi ngan anak2...
sian diorg...
bapa keras pala..mak hati batu..
anak2 nak lepas tension..ponteng sek..
hisap rokok,kena gam..jadi bohsia.
lari rumah last2 hancus...
semua ni jadi dgn ketentuan ALLAH..
cuma sebagai manusia kenalah merancang sebaik2nya.ALLAH jadikan sesuatu perkara itu bersebab.

p/s..pas ni kita dgr lak cerai sebab team bola lak..
sorang sokong MU sorang lagi arsenal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 07-04-05 12:47


DAH BACA KAT AKHBAR...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-04-05 08:26


ye ke?...apa benda la... ..control la sikit perasaan tu..mungkin masa tu cinta da takde lg sama ada suami atau pun si isteri jadi perkara remeh temeh pun boleh jadi alasan mnyatakan tiada lagi cinta antara mereka.....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 08-04-05 09:02


erm bercerai sbb salah beli botol kicap pon ade...bygkan couple 8thn ..bila dah kawin si isteri suruh tolong suami beli kicap..si suami beli cap lain...gado2 pastu cerai...ini pon ade....mcm2 ade skang nie..xde yg mustahil...idup mau diperkemas skit.kalo tak bak kata pakcik macam2 ada

Yang Mencari Keredhaan ALLAH
@ MOD HAFEEZZUL ®

[ Posting ini telah di edit oleh: hafeezzul pada 2005-04-08 09:03 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

aleyasyafira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2004
Ahli No: 13015
Posting: 100
Dari: melaka

canada   avatar


posticon Posting pada: 08-04-05 15:53



jodoh xpanjang..
nk wat camner?
kuasa tuhan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyasyafiraProfil   Hantar PM kepada aleyasyafira   Quote dan BalasQuote

hazreenrashid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow

malaysia  


posticon Posting pada: 09-04-05 05:09


nak kahwin nie kena pilih yg btul2, bukan setakat rupa paras fizikal, yg penting keserasian dalam berkawan, kerana pasangan yg ideal mestilah best frens sampai ke tua

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazreenrashidProfil   Hantar PM kepada hazreenrashid   Pergi ke hazreenrashid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-04-05 21:30




Quote:
nak kahwin nie kena pilih yg btul2, bukan setakat rupa paras fizikal, yg penting keserasian dalam berkawan, kerana pasangan yg ideal mestilah best frens sampai ke tua



ini mmg betul sebenarnya....keserasian yg penting...karekter suami isteri mesti boleh serasi...baru jadi...

tp kalau tak serasi sdgkan nak telan pahit nak bang sayang, tu ada suami yg nak beristeri lain tu...

jadi fikir-fikirkanlah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 13:42


betul tu..keserasian

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-04-05 14:15


Quote:

On 2005-04-07 12:41, Firdaus_Azimi wrote:

p/s..pas ni kita dgr lak cerai sebab team bola lak..
sorang sokong MU sorang lagi arsenal..



lepas tu anak plak sokong chelsea. mau jadi perang 3 penjuru.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sahabat_ikhwan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5181
Posting: 117
Dari: kuala lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 16:33


kat sini ader jual langsir tak...

tuk komputer...

(mane ader komputer pakai langsir)


hello... komputer saye ader window...

-----------------
ku harap hanya keikhlasan...
dan ku rindukan keramahan...
aku inginkan kemesraan...
berkekalan berpanjangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ikhwanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ikhwan   Pergi ke sahabat_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12705 saat. Lajunya....