Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: KISAH SEORANG ANAK


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» KISAH SEORANG ANAK

Please Mendaftar To Post


Oleh KISAH SEORANG ANAK

tajjdidd
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14790
Posting: 14
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 11:02


KISAH SEORANG ANAK
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport dari ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya yang merupakan seorang hartawan ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu, ternyata si anak dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang ayah sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang itu. Si anak tersenyum puas, di ruang fikirannya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima.
“Bukan itu yang kuhajatkan”, bisik hatinya.
Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.
Lantaran itu, si anak tetap membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Setelah penutup kotak itu dibuka.
“Apa makna semua ini?”, hati kecilnya tertanya-tanya.
Sebuah Al-Quan kecil, comel dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak.
“Ayah sengaja mempermainkan saya”.
“Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta itu”.
“Bukannya ayah tak mampu untuk membelinya”.
“Sudah ayah, bukan Al-Quran ini yang saya nak!”, katanya keras.
Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi peluang sedikit pun untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.
10 tahun berlalu...
Si anak kini merupakan seorang yang berharta, punyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh, sudah 10 tahun semenjak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering. Panggilan dari peguam ayahnya dan memberitahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia semalam. Dengan mewariskan semua harta milik ayahnya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan perwarisan harta dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya, hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan ayahnya, Al-Quran yang dihempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini.
Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ, mengambil Al-Quran itu, membelek-beleknya dengan penuh rasa keharuan. Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari celah-celah Al-Quran itu iaitu segugus kunci dan sepucuk sampul surat ternyata terselit di situ. Kunci itu segera dipungut, hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali, di dalam sampul surat terdapat resit pembelian kereta idamannya yang dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh ayahnya. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. ‘HADIAH TERISTIMEWA UNTUK PUTERA KESAYANGANKU’. Air mata si anak mengalir deras, hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang, namun semuanya sudah terlambat....
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA:-
Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak ‘dibungkus’, didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati??



Bookmark and Share

    


  Member Information For tajjdiddProfil   Hantar PM kepada tajjdidd   Pergi ke tajjdidd's Website   Quote dan BalasQuote

bLAcK_pEArl
Warga Rasmi
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15554
Posting: 7
Dari: egypt

egypt  


posticon Posting pada: 02-04-05 22:48


assalamualaikum..
tahniahla buat tajjdid krn berjaye tulis cerpen yang best!em..kdg2 kite sbg anak tak pernah pun memikirkan berapa dalam luka hati mak dan ayah kite dengan perbuatan kite..hem..same2la berdoa agar kite menjadi anak yang soleh dan solehah
ami~n

Bookmark and Share

    


  Member Information For bLAcK_pEArlProfil   Hantar PM kepada bLAcK_pEArl   Pergi ke bLAcK_pEArl's Website   Quote dan BalasQuote

tajjdidd
Warga Rasmi
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14790
Posting: 14
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-05 08:02


waalaikumusalam...
syukran terima kasih kerana sudi membaca ..
sebenarnya sahabat ana yg bagi..
ustazah dia yg tulis cerpen ni...
mmg best ..heheh..
moga sama2 mendapat manfaat...
wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tajjdiddProfil   Hantar PM kepada tajjdidd   Pergi ke tajjdidd's Website   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 09:52




bertindaklah dengan rasional...

-----------------
[IMG]http://photos.friendster.com/photos/92/17/15417129/9850787836953s.jpg[/IMG]

'ukhwah itu indah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 01:18


Bagus.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 06-07-06 01:33


Pada 02-04-05 22:48 , bLAcK_pEArl posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..tahniahla buat tajjdid kerana berjaya tulis cerpen yang best!em..kadang-kadang kita sebagai anak tak pernah pun memikirkan berapa dalam luka hati mak dan ayah kita dengan perbuatan kita..hem..sama-samalah berdoa agar kita menjadi anak yang soleh dan solehah
ami~dan


betul tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-07-06 23:02


tahniah... ana suka posting ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091311 saat. Lajunya....