Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kisah pelajar luar negara... Duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kisah pelajar luar negara... Duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah pelajar luar negara... Duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 13:37


Kisah duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir
Thursday, March 31 @ 10:37:22 MYT


Oleh ANTI-ZALIM

Izinkan kami menceritakan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak Selangor yang belajar di Mesir, khususnya yang tinggal di asrama Hayyul Asyir, membabitkan penindasan dan kezaliman dua orang pegawai.

Setelah kami diugut dengan berbagai-bagai ugutan -- dari akujanji, kemudian dihantar dua pegawai yang kononnya untuk kebaikan dan keselesaan kami, ditambah dengan jaga yang mengongkong kebebasan kami di sini.

Baru-baru ini beberapa pelajar perempuan diugut untuk dihalau keluar dari asrama Selangor dan diugut akan ditarik pemberian zakat. Apa sebenarnya "dosa" anak-anak Selangor ini?

”Dosa" mereka hanya kerana mengikut program PMRAM yang berbentuk ilmiah dan tsaqafah. Dan pada malam itu diadakan qiyamullail dimana mereka telah bermalam di tempat yang disediakan untuk mereka. Apakah itu satu kesalahan yang terlalu berat dan besar?

Apabila ditanya kepada dua pegawai tersebut, mereka mengatakan PMRAM haram. Sedangkan semua maklum PMRAM yang sudah lebih 70 tahun bertapak di bumi Mesir banyak memberikan perkhidmatan yang tiada tolak bandingnya terutama hal ehwal kebajikan serta peningkatan pelajaran pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini.

Adakah dua pegawai yang tugaskan di sini terlalu bodoh dan dungu serta jahil sehingga tak mampu nak membezakan antara maksiat dan kebajikan?

Dosa qiyamullail

Adakah pelajar-pelajar perempuan itu keluar kerana membuat maksiat atau adakah PMRAM menganjurkan pesta dangdut atau tarian gelek atau PMRAM mengajak anak-anak Selangor masuk disko The Zouk?

Kami dimaklumkan ramai pelajar wanita dipanggil masuk ke pejabat dua pegawai tadi untuk diugut dengan berbagai-bagai ugutan semata "kesalahan" mereka pergi ke majlis qiyamullail!

Dalam kes kedua, pelajar-pelajar lelaki Selangor dijemput untuk membuat persembahan nasyid di Damanhur (sebuah daerah di Mesir) bersama dengan penuntut Malaysia di sana. Mereka berlatih nasyid dalam tempoh beberapa hari, sampai merah tangan pemain kompang. Pelajar ini kemudiannya meminta sedikit peruntukkan untuk ke sana. Pegawai berkenaan menolak.

Pelajar tadi meminta izin pergi ke Damanhur dengan duit poket sendiri, tidak dibenarkan juga, sambil pegawai itu mengugut: "Kalau kamu pergi juga, saya akan buat apa yang termaktub dalam akujanji. PMRAM adalah badan haram!”

Astagfirullah, sudahlah pelajar luar nak ziarah kawan-kawan di rumah Selangor tak diizinkan naik, malah pelajar Selangor yang hendak pergi ziarah mahabbah di samping persembahan nasyid pun tak diizinkan juga. Hubungan silaturrahim anak-anak Selangor dengan pelajar negeri-negeri lain diputuskan begitu saja.

Akhirnya rombongan tersebut dibatalkan kerana ada anak-anak Selangor di kalangan ahli kumpulan nasyid tersebut yang mendapat bantuan zakat dan dikhuatiri bantuan zakat mereka akan disekat pada tahun depan! Bayangkanlah …

Kes ketiga, berlaku pada 15 Mac 2005. Telah dikeluarkan satu iklan di rumah Selangor meminta pelajar Selangor yang sampai di Mesir sebelum 2003 diminta keluar dari asrama. Setelah usaha dari dahulu lagi untuk menghalau pelajar lama, gagal kemudian disusuli dengan usaha untnk menghalau AJKT BKSAM dari asrama pada musim peperiksaan baru-baru ini sehingga berlaku kekecohan.

Sekarang dua pegawai yang zalim ini mencuba untuk menghalau pelajar lama dari asrama. Kalau dahulu, semasa persatuan lama (BKSAM), tak pernah timbul kes halau menghalau, tak pernah kami diugut, tak pernah kami di zalimi, tak pernah kami dihina sedemikian rupa, tapi dengan kedatangan dua pegawai yang tak tahu adab ini, berbagai-bagai masaalah telah berlaku dan bertalu-talu pula.

Nak dihalau bagai anjing kurap

Sudahlah kebanyakan pelajar Selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat, dalam keadaan duit tak menentu, rumah sewa mahal dan susah nak cari kemudahan penginapan, tambahan musim sejuk, dan lagi dua bulan peperiksaan, tiba-tiba kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama!

Walhal rumah untuk anak-anak Pahang yang ada pegawai dari dahulu lagi menjaga kebajikan pelajar Pahang, dengan penuh amanah dan tanggungjawab, dan sepatutnya dua pegawai tak beradab Selangor itu perlu belajar dari Encik Jazmi yang tak pernah bertindak untuk menghalau pelajar dari asrama.

Lagipun asrama Pahang itu terbuka kepada semua anak-anak negeri dan tidak pernah mereka diarahkan supaya berpindah keluar. Tidak dapat dibandingkan dengan asrama anak-anak Selangor yang masih banyak kekosongan!

Sesungguhnya dua pegawai Selangor ini langsung tidak berperikemanusiaan, tiada rasa belas kasihan terhadap anak-anak Selangor yang rata-ratanya miskin, yang mengharap bantuan zakat, yang datang ke Al-Azhar semata-mata mencari ilmu Allah.

Buat pegawai dari Selangor itu, apakah kamu belum rasa puas dengan dosa kamu menutup surau dan masjid di Selangor, atau sengaja kamu menunggu bala bencana dari Allah Taala?

Kes keempat, berlaku pada 16 Mac 2005. Pelajar perempuan mendapat arahan dari penjaga keselamatan berbangsa Arab, yang diberi taklimat oleh pegawai Selangor. Mereka tidak dibenarkan pulang lewat dari pukul 9 malam. Soalnya mengapa akhawat terpaksa keluar malam? Mereka terpaksa keluar malam semata-mata untnk belajar kitab di kelas tambahan, setelah segala kelas pengajian agama diharamkan serta diberhentikan di rumah Selangor.

Sekat usaha tambah ilmu

Jadi mereka terpaksa keluar untuk belajar di asrama anak-anak negeri lain. Sudahlan rumah Selangor tiada pengajian agama, mahu disekat pulak pelajar untuk menambahkan ilmu agama di tempat lain. Betapa besarnya dosa mereka yang menyekat orang-orang yang ingin mendalami Ilmu, sedangkan Allah memuliakan serta memudahkan kerja penuntut ilmu Allah.

Tetapi dua pegawai Selangor itu begitu berani dan aktif membuat berbagai undang-undang untuk menyekat kemajuan akademik anak Selangor di Mesir. Sebenarnya apa motif mereka di sini,mahu menjaga kebajikan anak-anak Selangoratau ada tujuan negatif lain yang tersirat?

Inilah realiti sebenar yg berlaku terhadap anak-anak Selangor di Mesir. Kami mengharapkan supaya ibu bapa anak-anak Selangor dapat memahami segala tekanan dan kezaliman yang berlaku.

Semoga Allah memberikan kekuatan serta hidayah kepada kami dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya' ini. Akhirnya sebagai tatapan, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Beruntunglah seseorang yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan, dan celakalah bagi mereka yg menjadi pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan." - um





-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 31-03-05 14:21


sbg ank selangor im...

who do they think they are(d officers)??what kind of human beings are they?
they really have NO right to treat u guys like that..hope the ordeal will only make u a better and stronger person.ALLAHUAKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

fathy
Warga Rasmi
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14153
Posting: 15
Dari: ....di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 14:42



malam td kami ahli2 PMRAM mengadakan solat hajat utk ahli2 selangor ......dlm majlis yg berjaya mengumpulkan lebih dr 1000 pelajar menyaksikan kami akan bersama2 ngan ank2 selangor menghadapi kezaliman dua org pegawai yg tdk berperikemanusiaan.....derma jihad juga dilancarkan dlm majlis tersebut guna utk membantu kewangan anak2 selangor ......majlis ini menyaksikan kami ahli2 PMRAM tdk akan berdiam diri menyaksikan kezaliman yg dilakukan kpd sahabt2 kami......majlis diakhiri dgn penyerahan memorandum kpd dua org pegawai tersebut...namun kedua2nya mengunci pintu tdk membenarkan memorandum tersebut diserahkan....namun memorandum tersebut juga akan diserahkan kpd PM.....sama2lah kita membantu sedaya mampu kita terhadap sahabat2 kita anak2 selangor..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathyProfil   Hantar PM kepada fathy   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 31-03-05 15:30




disbbkan hal macam nie lah....saya tolak tawaran any scholarship...saya benci diperlakukan seperti banduan... ....saya tak kisah susah skit, terpakse cari sumber kewangan yg lain...yg penting takde sape dpt kawal saya....saya nak mereka tahu takde sape boleh beli saya walaupun dgn scholarship.

mmg geram bile jadi camnie...rase macam kalau ade pistol dan kayu baseball....rase macam nak tembak dan hempuk2 je 2 ekor pegawai tue termasuklah ketua mereka (MB) yg berkelulusan pergigian tue sampai mati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sMiLeY_gURLz85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3456
Posting: 57
Dari: petaling jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-05 16:47



memang sedih...!!!kami diperlakukan macam banduan...ana turut terlibat dalam program ilmiah tu...sedih betul!!macam la kami ni gi merompak rumah orang...kami gi menuntut ilmu...akal dan fikiran dapat membezakan yang mana baik...yang mana buruk...geram!!
sekarang ni kami hanya mampu berdoa...segalanya kami serah 101% pada yang ESA...doakanlah kami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sMiLeY_gURLz85Profil   Hantar PM kepada sMiLeY_gURLz85   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 17:07




buat sahabat2 semua kat bumi anbiya' sana.. bersatulah... kerana hanya dengan kesatuan hati dan pemikiran... kita akan jadi kuat... anda semua adalah ramai sedang pegawai tu berdua aje...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 18:49


Quote:
Sudahlah kebanyakan pelajar Selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat, dalam keadaan duit tak menentu, rumah sewa mahal dan susah nak cari kemudahan penginapan, tambahan musim sejuk, dan lagi dua bulan peperiksaan, tiba-tiba kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama!



Dzolim....

Kalau sesiapa pernah terdengar berita ini....

Exco Kerajaan Negeri Selangor (kalau tak silap bahagian kewangan, kurang pasti) membuat perancangan untuk mengadakan lawatan ke Mesir, selain melawat pelajar-pelajar di sana, lawatan ke piramid dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Dan salah satu aktiviti yang dimaklumkan dalam mesyuarat para Exco Bangang ni ialah Melihat Tarian Gelek.

Oleh kerana wakil DAP terlibat sama dalam lawatan ini, Wakil DAP yang tidak beriman kepada Allah, yang Non-Muslim, yang tidak sembahyang, yang tidak puasa, tidak bersetuju untuk melihat tarian gelek dan bercadang menarik diri dari lawatan.

Dan dikhabarkan juga Exco-exco selangor yang melayu Islam ini menyaman Wakil DAP kerana telah mengakibatkan kerugian kos persiapan untuk ke Mesir.

Yang Kafir tak mahu tengok Tarian Gelek, yang mengaku Islam masuk dalam jadual lawatan nak tengok Tarian Gelek. Nama saja Exco, tapi mentaliti macam orang terencat akal.

Bantuan yang sepatutnya diberi kepada mereka yang belajar agama dinafikan, sebaliknya duit kerajaan yang ada digunakan untuk benda-benda thagut.

Tak cukup dengan pecat Mufti, Robohkan Surau Jubli Perak, Tindakan JAIS yang dipersalahkan apabila halang pesta arak di The Ship, Memusnahkan alam di bukit Cerakah........apa lagi selepas ni....



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 31-03-05 22:26


dukamu....dukaku jua

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

ratu_balqis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4645
Posting: 38
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 11:41


kakak ana pun student kat mesir..
anak selangor yg m'dpt biasiswa..
hr tu dia call,dia pun ada ckp..pasal benda ni..
kena halau dgn JAIS..
sedih ana dengar..
baru nak menuntut ilmu,dah dtg dugaann..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_balqisProfil   Hantar PM kepada ratu_balqis   Pergi ke ratu_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

karkunn
Warga Rasmi
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15413
Posting: 8
Dari: terengganu

Selangor  


posticon Posting pada: 01-04-05 16:38


sabarlah allah maha kuasa, segalagalanya milik allah, berikan pada ana no tel ker,alamat ker utk ana dpt contek 2 org pegawai'kebajikan'tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For karkunnProfil   Hantar PM kepada karkunn   Quote dan BalasQuote

baijuri
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8589
Posting: 11
Dari: ardhul kinanah

Perlis  


posticon Posting pada: 02-04-05 03:11


PETIKAN AKHBAR

Ribuan pelajar bantah tindakan HEP usir pelajar
Friday, April 01 @ 18:19:55 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 1 April - Hampir 2,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berhimpun membantah tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor mengusir 68 pelajar yang berasal dari negeri itu daripada asrama yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk anak-anak Selangor yang menuntut di sana.

Menurut sumber yang memberitahu Harakahdaily, pelajar tersebut berhimpun di Haiyu Asyir kira-kira jam 6.00 malam di samping melakukan solat hajat dan menandatangani memorandum bantahan beramai-ramai.
Para pelajar dikatakan membantah tindakan tersebut memandangkan kesukaran yang bakal dialami oleh pelajar yang terlibat dengan pengusiran memandangkan rumah sewa di luar agak mahal dan mereka juga bakal menghampiri peperiksaan tidak lama lagi.

Alasan HEP Selangor mahu mengosongkan asrama itu dikatakan untuk tujuan menempatkan pelajar baru yang akan datang bagi sesi 2005/06.

Bagaimanapun para pelajar mendakwa alasan tersebut tidak munasabah kerana kedatangan pelajar baru kebiasaannya pada bulan sembilan.

Selain itu, sumber yang sah juga memberitahu HEP Selangor telah menarik bantuan zakat kepada para pelajar dan hanya memberikannya pada golongan tertentu yang rapat dengan pegawai HEP.

"Pada mulanya pihak HEP meletak syarat kepada para pelajar yang gagal melebihi empat subjek tidak akan diberikan bantuan.

"Namun apabila senarai penerima bantuan dikeluarkan, pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tidak diberikan bantuan tetapi pelajar yang gagal lebih daripada 10 subjek tetapi mempunyai hubungan rapat dengan pegawai HEP pula diberikan bantuan zakat," kata sumber tersebut. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For baijuriProfil   Hantar PM kepada baijuri   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 02-04-05 04:34



Astaghfirullahal Azim...
Tidak pernah terlintas di benak ana, saudara² ana diperlakukan begitu. Tidak kira apa alasannya, ana mengutuk tindakan sedemikian.
Memang telah lama ana dapat tahu bahawa PMRAM sekarang tidak lagi PMRAM yang dahulu. Ana pernah berbincang mengenainya dengan beberapa bekas pimpinan PMRAM yang ana kenali.Namun, ana tidak sangka sampai begitu kronik...
Sungguh ana tidak faham realiti masyarakat kini. Kenapa ingin dihalau mereka yang ingin menuntut ilmu ALLAH? Kenapa ingin diganggu mereka yang berjuang fi sabilliLLAH? Kenapa mereka diperlakukan sedemikian rupa?
Sangat memeningkan kepala apabila majlis ilmu disekat. Teringat ana pada satu kenyataan gila seorang bekas pemimpin negara yang menganggap qiamullail punca prestasi merosot. GILA!
Ana tak kisah apa yang akan berlaku selepas ana menulis di sini.Sekali lagi ana bersimpati pada saudara² ana di Mesir dan ana mengutuk sekeras²nya tindakan pegawai berkenaan, tidak kira apa alasannya. Ana tidak menganggapnya perkara remeh.Ia perkara besar. Jika tidak, luahan hati mereka tidak akan ada di sini.
Sangat menyakitkan hati apabila duit zakat dijadikan alasan dan senjata. Mereka hanya amil, dan rasanya mereka akan menganggur sekiranya tiada student mereka di sana. Duit zakat bukan perkara remeh. Hasil titik peluh prang Islam, untuk jalan ALLAH. Pernahkah anda semua terfikir untuk mempermainkan amanah ALLAH?
Apa salahnya majlis agama? Sedang Rasul saw menganjurkan umatnya supaya berqiamullail, kenapa ada manusia jahil yang menghalangnya?
Apakah bagi mereka menuntut ilmu hanya dengan mengikuti kuliah wajib? Hanya apa yang ada dlm jadual rasmi?
Justeru, kenapa mereka bersusah payah ke bumi Anbia'? Setakat untuk tahu, sudah berlambak kitab² di bumi Malaysia. Kenapa golongan ini masih bersusah payah ke Mesir?

Mungkin inilah yang disebut sebagai usaha menjahanamkan masa depan agama dan bangsa. Usaha² ini hanyalah untuk mewujudkan ular² dlm semak yang hanya tahu mengangguk membabi buta. Melahirkan ilmuan yang kurang berilmu.Kenapa ana celupar sangat?
Ana langsung tidak berharap ia akan berlaku pada saudara² ana di sana.Nauzubillah. Tapi, apabila ada usaha nahi makruf sebegini, ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pelajar di sana. Periuk nasi dan bumbung sebagai ugutan, bukan perkara kecil. Ana takut, lambat laun, akan ada generasi robot kawalan jauh.Bangun pagi, ke sekolah, petang balik.Malam tidur.Esok, teruskan amalan sama. Bukan ini tuntutan ilmu.
Maaf kalau ana banyak membazirkan ruang di sini. Tapi ana tidak puas hati.Sedih. Marah.Takut.Pelik.
Kami di bumi Napoleon masih dihormati dan bebas mengamalkan agama. Masih ada prof yang sanggup melewatkan kelas untuk memberi peluang kepada kami untuk solat Jumaat.Kami dibenarkan solat di dalam kelas...
Bagaimana bagi akal ana yang cetek ini untuk menerima hakikat sebegini?
Marilah kita sama² doakan kejayaan mereka dalam menghadapi mehnah ini.Juga,untuk semua Muslimin dan Muslimat.Semoga mereka yang terlibat dan kita semua diberikan hidayah oleh-NYA...




Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

zujlah_mj
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14517
Posting: 69
Dari: ^PermatA JohoR^

Johor  


posticon Posting pada: 02-04-05 07:52


tabahlah m'hadapi dugaan...kamu sentiasa diuji jika kamu beriman....

jgn sedih dan berduka,kamu paling tinggi darjat jika beriman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zujlah_mjProfil   Hantar PM kepada zujlah_mj   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 09:01


tak tahulah apa berlaku kalau sya ada kat sana..
-bagi yang berada d sana tu,sabarlah dengan semua ni...dugaan yang mendatang pasti diakhiri ngan kegembiraan dan kemenangan...amin...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

fathy
Warga Rasmi
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14153
Posting: 15
Dari: ....di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 20:20


alfu syukran di atas sokongan drp sahabat di tanahair bagi sahabat2 yg berada di bumi anbiya' sama2lah kita mengeratkan ribat kita utk menentang sebarang kezaliman kepada ahli PMRAM realisasikanlah tema PMRAM tahun ini "KESATUAN WAHDAH MENYEMARAK ILTIZAM"....SIRRU ALA BARAKATILLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For fathyProfil   Hantar PM kepada fathy   Quote dan BalasQuote

seripelangi
Warga Rasmi
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15552
Posting: 1
Dari: bandar bersejarah

Melaka  


posticon Posting pada: 02-04-05 20:24


semoga anak-anak Selangor di beri kesabaran yang tidak sedikit dalam menempuh ujian ini, mudah-mudahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For seripelangiProfil   Hantar PM kepada seripelangi   Pergi ke seripelangi's Website   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 02-04-05 23:44


..
Ya Allah..kesiannya kat sahabat sahabaih ana kat sana...smoga tabah berhadapan dgn cabaran hidup sbg perantau ilmu..,

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

u_medina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7453
Posting: 59
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-04-05 10:07


a`kum,
x tahu la btul ke cite ni, mungkin pegawai tu ade alasan munasabah.apa pun tindakan tu keterlaluan

Bookmark and Share

    


  Member Information For u_medinaProfil   Hantar PM kepada u_medina   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-04-05 04:15


erm.. dugaan bg kami kt sini.. semoga anak² selangor tabah dlm menghadapi perjuangan ilmu..


keranaMu PMRAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-05 14:30




Masa ana baca kisah ni kat online PMRAM, ana rasa pelik gak sebab akh kat situ dia marah org2 yang mengkhabarkan padanya bahawa ada demonstrasi malam tu (solat hajat). kemudian pimpinan mengatakan tiada demonstrasi pada hari itu tapi sebenarnya hanyalah solat hajat... ana tak faham kenapa akh tu terlalu marah dengan pimpinan kerana hal tersebut. dia memang nampak marah sangat, tapi dah ada akh akh lain yang tenangkan dia dan menerangkan duduk perkara sebenar segala yang berlaku pada malam tu...

ana yang membaca dari Malaysia ni pun nampak betapa kucar kacir nya hal malam tersebut, kena halau laa dan macam macam lagi...

pilu hati, terhiris jiwa bila tau saudara saudara ana diperlakukan sedemikian oleh orang Islam, melayu lagi tu... pilu pilu pilu sepilu pilunya.... sangat sedih dan keciwa....!

abang ana yang berada di sana tak pula menceritakan apa-apa pada kami kat sini. agaknya abang tak tahu yang adik dia ni ikuti perkembangan pelajar-pelajar malaysia di sana...

PMRAM memang dah dikenali sejak lama dulu... ana selalu lawati webpage PMRAM... (jarang diupdatekan) tp tetap banyak info yang ana dapat..

Moga saf pimpinan PMRAM yang baru ni dapat melakukan yang terbaik untuk semua ikhwah akhawat di sana dan semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan antum...

waLlahu ta'ala a'lam


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-04-05 14:47




ini mmg dugaan pd para penuntut ilmu...

tp mmg JAIS sejak dipimpin oleh org yg tak reti bab agama nie....makin teruk....dari student2 Mesir sampai imam2 di Selangor...semuanya menerima tekanan...

tak per...kita bersatu dalam perkara kebenaran....ana beri sokongan kuat....

err....mcm mane dgn BAKANS....ade tak beri sokongan pd BAKSAM dlm hal nie?....

p/s : ana graduan UM jer...bukan graduan azhar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 12:21


Pelajar Selangor di Mesir dakwa dinafikan hak
Wednesday, April 20 @ 15:41:33 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) – Sekumpulan pelajar
Selangor di Mesir mendakwa dinafikan hak keistimewaan
penuntut termasuk sebagai penerima zakat dan penghuni
Rumah Selangor di negara itu.


Mereka mendakwa tindakan itu diambil berdasarkan sikap
keterlaluan dua pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) di
rumah tersebut.

Bagi menyatakan bantahan, wakil pelajar Selangor di
Universiti Al-Azhar telah menyerahkan 'Memorandum
Bantahan Terhadap Penafian Hak-hak Anak Selangor'
kepada Perdana Menteri melalui wakilnya, Fatimah Abdul
Rahman di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pihak rombongan pelajar cuba mengadakan perjumpaan
dengan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato'
Mohd Tajuddin dan Setiausaha Politiknya, Dato' Osman,
tetapi kedua-duanya dikatakan mempunyai urusan.

Dalam memorandum itu, pelajar-pelajar tersebut
menuntut diadakan perbincangan yang adil mengenai
kebajikan anak-anak Selangor antara mahasiswa Selangor
dengan pihak kedutaan, Jabatan Penuntut Malaysia
Kaherah dan Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka juga meminta agar hak-hak asasi mahasiswa
Selangor seperti pengagihan zakat dibuat secara adil
dan telus, manakala program kecemerlangan akademik dan
ketenteraman sosial tidak diabaikan.

Malah pelajar-pelajar terbabit juga menuntut agar
digantikan pegawai HEP di Rumah Selangor di Mesir yang
lebih profesional, mesra pelajar serta tidak
mengamalkan sistem kroni semasa menjalankan tugas.

Menurut salah seorang penuntut di sana, Mohd Ikmal
Izwan Rosli, berkata kerajaan negeri Selangor telah
memberi kepercayaan penuh kepada pelajar untuk
menguruskan dua kediaman iaitu Rumah Selangor Rabaah
Adawiyah dan Rumah Selangor Haiyu Asyir, amanah ini
dilaksanakan dengan jujur.

Katanya, tahun 2003, pengurusan kediaman tersebut
diambil alih oleh dua pegawai HEP dari Malaysia dan
dibantu oleh seorang kerani.

Tambahnya, Rabaah Adawiyah menampung 12 penghuni tetap
dengan kelengkapan yang mencukupi manakala Haiyu Asyir
menampung seramai 162 penghuni.

"Kini bilangan pelajar yang tinggal di Haiyu Asyir
hanya 106 orang, kali pertama pelajar keluar dari situ
sebab kerja-kerja membaik pulih seluruh bangunan itu
malah pegawai terlibat juga menjanjikan penempatan
semula pelajar di rumah tersebut," katanya dalam satu
kenyataan.

Malangnya, kata beliau, apabila selesai kerja pembaik
pulih hanya pelajar terpilih sahaja yang mendapat
penempatan semula dan ada di kalangan pelajar
dinafikan hak sebagai pelajar ijazah lanjutan untuk
tinggal di Rumah Selangor dan mengaitkan perkara
tersebut dengan 'Dokumen Perjanjian Zakat Selangor dan
Akujanji'.

Sementara itu, katanya, pada Julai 2004 pula pelajar
di Rabaah Adawiyah terpaksa juga keluar kerana alasan
yang sama di samping berjanji untuk menempatkan
semula, akhirnya dilaporkan pegawai terbabit telah
menjual rumah tersebut.

Jelasnya, pada kali ini pegawai HEP telah mengeluarkan
arahan mengusir seramai 68 orang pelajar pada 30 Mac
dengan alasan mengemaskinikan asrama untuk persediaan
kedatangan pelajar baru 2005 yang akan memulakan
pengajian pada September. – lanh




-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

as_samakandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2005
Ahli No: 16564
Posting: 35
Dari: amerika syarikat

usa  


posticon Posting pada: 13-07-05 16:55


Idris Mastor peroboh masjid Selangor mengganas di Mesir


anak-sel-mesir menulis - "Sebelum berlaku kejadian roboh masjid di bujal beberapa bulan lepas, kita pernah digemparkan dengan kisah penutupan dan perobohan masjid secara biadab yang berlaku di negeri selangor yang mana orang yang bertanggungjawab dalam maksiat ini ialah IDRIS MASTOR.

Kini makhluk ini telah berada di bumi anbia' mesir yang kononnya dihantar sebagai pegawai kebajikan Rum Selangor di mesir ini. tetapi hasil daripada maklumat yang boleh dipercayai dia ke mesir untuk melarikan diri daripada kes yang memalukan JAIS yang masih dalam perbicaraan mahkamah syariah iaitu kahwin lari di golok untuk isteri kedua dan ketiga (masih boleh dikaji lagi). dan sejak makhluk ini datang ke mesir banyak perkara yang telah dilaksanakan oleh dia termasuk penghalauan pelajar lama dari asmara dengan alasan penghasut dan lebih cenderong kepada pembangkang..... kasihan pel agama kat sini dahla zakat tak diberi kena pulak merempat kat luar macam pemintak sedekah... kasihanilah.... dengarlah rintihan anak-anak selangor di mesir
IDRIS kalau tersasul IBLIS ni mula bertugas di mesir pada bulan 12 tahun 2004, tak sampai 2 minggu bertugas dia telah mengeluarkan satu surat menggesa pelajar lama keluar dari asrama serta merta dan ketika itu pelajar yang keseluruhannya menuntut di uni Al Azhar kaherah sedang menduduki peperiksaan.... tetapi kerana kedegilan ditambah dengan keras hati makhluk ini dia tidak memperdulikan rayuan pelajar untuk mengadakan perbincangan mengenai hal ini selepas tamat peperiksaan... maka berlakulah insiden pergaduhan yang suatu ketika dulu pernah disiar di dalam laman web ini..... pada pagi 9hb julai hari sabtu beberapa pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama kerana alasan mereka pelajar lama yang tidak membayar yuran setahun dan merupakan penghasut... jadi pelajar ini cuba untuk berbincang dengan IDRIS MASTOR tapi dia buat mahal....

Maka terpaksa 5 orang pelajar ini solat tidur dan makan di luar perkarangan asrama selangor... masuk hari sudah tiga hari dari 9hb. pegawai yang ada langsung tidak berhati perut samalah seperti pemimpin umno terengganu yang meroboh rumah rakyat tanpa prikemanusiaan. doakn bakal2 ulamak selangor yang berada di mesir terus cekal dan thabat dengan dugaan yang menimpa mereka.... dan kami akan cuba mengirimkan beberapa gambar penghalauan pel dari asrama secara peksa.... nantikan "

Bookmark and Share

    


  Member Information For as_samakandiProfil   Hantar PM kepada as_samakandi   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-07-05 17:11


IDRIS MASTOR ye..

ingat betul2...IDRIS MASTOR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.594607 saat. Lajunya....