Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: amina wadud: Iman solat jumaat pertama didunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» amina wadud: Iman solat jumaat pertama didunia

Please Mendaftar To Post


Oleh amina wadud: Iman solat jumaat pertama didunia

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-05 01:21


BAHANA TUNTUTAN GENDER EQUALITY TERHADAP ISLAM

Islam sentiasa menjamin hak wanita. Malah Islamlah yang tersohor memberikan penghormatan dan menaikkan martabat kaum wanita diketika dunia Eropah masih dalam belenggu kegelapan. Insan yang pertama memeluk Islam adalah seorang wanita dan demikian juga yang pertama syahid di jalan Allah adalah wanita jua.

Islam telah complete sebagai satu peraturan hidup yang diterima penganutnya, sesuai untuk sepanjang zaman sehingga hari akhirat. Cuma sejak akhir-akhir ini ekoran persitiwa September 11 Islam mula mahu disuntik kononnya dengan nafas baru oleh para pengganggunya dengan menggunakan individu dan badan Islam yang bobrok bagi menjuarai trend sesat ini.

Isu umpama GENDER EQUALITY ataupun persamaan hak khusus untuk golongan wanita mula diumpan dan dimain-mainkan. Sesungguhnya peruntukkan terhadap hak wanita dalam Islam tidak pernah menjadi isu. Kalau ada negara contohnya menafikan hak wanita untuk mengundi dalam pilihanraya, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi memberikan hak ini umpama Malaysia dan Iran. Kalau ada negara contohnya tidak membenarkan wanita menjadi calon, banyak negara Islam yang mengamalkan demokrasi mengizinkannya, malah Iran sehingga membenarkan calon wanita untuk Naib Presiden.

Yang tidak dituntut oleh wanita Muslimah adalah perkara-perkara yang telah menjadi amalan Islam sebagaimana yang diperkenalkan oleh Rasulullah saw, diamalkan dari zaman Baginda sehingga hari ini. Antaranya adalah bahawa Solat Jumaat cuma diwajibkan ke atas umat Islam lelaki dan khatib serta imamnya adalah lelaki belaka sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Tiba-tiba Jumaat lalu dunia Islam dikejutkan apabila ada segolongan kecil di Amerika Syarikat diketuai oleh Professor Amina Wadud, seorang professorPengajian Islam di Virginia Commonwealth University telah mengerjakan solat jumaat (dalam gereja) diimamkan oleh Aminah sendiri. Jemaah sekitar 100 lebih orang ini bercampur lelaki dan wanita.


Aminah mengimamkan solat Jumaat

Di dalam Harakahdaily bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudeen berkata:

Sembahyang yang diimamkan oleh wanita yang makmumnya terdiri daripada lelaki dan wanita adalah tidak sah.

Malah Sheikhul Azhar sebagaimana dipetik oleh BBC mengatakan Islam tidak membenarkan wanita menjadi khatib dan imam kepada jemaah yang termasuk kaum lelaki.

Bagi saya peruntukkan hukum telah jelas dalam hal ini. Soal samada Aminah merupakan professor tidaklah merupakan lesen bagi beliau untuk memberikan tafsiran sesuka hatinya dalam hal ini.


Aminah Wadud

Namun yang menjadi kebimbangan berikutan peristiwa ini adalah penerimaan mereka yang kurang jelas pemahaman Islamnnya dan memang pula merupakan juara dalam bab-bab memberikan tafsiran yang mengelirukan terhadap Islam. Sebagai contoh dalam UTUSAN hari ini Astora Jabat memberikan liputan meluas terhadap aksi Aminah dengan sokongan yang tinggi melangit.

Aminah memang merupakan rakan akrab kepada Marina Mahathir dan pertubuhan Sisters in Islam. Oleh itu atas nama perjuangan GENDER EQUALITY jangan terkejut perkara ini kelak dituruti secara buta oleh individu dan badan yang seumapama ini dalam negara kita. Oleh itu para mufti perlu segera bertindak menyelamatkan maruah dan martabat agama di negara kita, segerelah bertindak sebelum Stadium Bukit Jalil umpamanya menjadi lokasi solat jumaat pertama yang diimamkan oleh Marina ataupun Shahrizat ataupun entah siapa-siapa lagi wanita Islam keliru dalam negara kita.

Saya pasti dunia barat yang sememangnya tidak senang dengan Islam akan menaja dan menyokong usaha sesat ini demi memecah-belahkan agama kita, tambahan ada pula baruah yang sanggup mengerjakannya. Jangan biarkan perkara ini berlaku!


posted by Roslan SMS

prokasi amina wadud di Malaysia SIS dan beberapa org pimpinan negara...jauhi Islam Liberal

Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-05 03:42


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Inalillahi wa inna ilaihi rajiun. Inilah perkataan yang mampu umi katakan bila mengetahui tentang 'keangkuhan' amina ini. Amina ibu Rasulullah saw tidak terfikir satu hari nanti seorang insan yang menggunakan namanya akan 'mempermainkan' apa yang anaknya Muhammad Rasulullah saw telah sampaikan selama lebihkurang 23 tahun sejak mula menerima wahyu pertamanya ketika berumur 40 tahun.

Siti Aisyah (Humaira panggilan manjanya) di mana Rasulullah saw mengatakan separuh ilmu ada padanya tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada lelaki sebagai makmumnya.

Fatimah Rasulullah saw anak kesayangan Rasulullah saw yang mempunyai semua ciri-ciri Maryam ibu Isa as, Asiah isteri Firaun, Khadijah (ibunya) tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada lelaki sebagai makmumnya.

Ramai lagi wanita yang hebat keislamannya tidak pernah mengimamkan solat jemaah yang ada kaum lelaki sebagai makmumnya kecuali anak-anak lelaki yang belum baligh.

Adakah amina wadud mengimamkan lelaki yang belum baligh di new york tu?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - cetek ilmu namun tahu erti dayus.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 05:57


islah-net] Wartawan muda lebih berani dari JAKIM dan IKIM

Menyentuh isu Dr Amina Wadud, pengasas Sisters in
Islam Malaysia menjadi imam solat Jumaat, hari ini
Selasa 22 Mac seorang wartawan muda Berita Harian
telah berani mengutara dan mengupas isu ini, dan
menyedarkan masyarakat betapa bahayanya gerakan atas
nama hak sama rata wanita ini kepada umat Islam di
seluruh dunia. Sisters in Islam sekarang ini sedang
mendampingi Wanita UMNO dan Puteri UMNO agar menerima
perjuangan mereka. Dan Astora Jabat sendiri telah
menyokong secara tidak langsung Dr Amina menjadi imam
solat Jumaat pada makmum lelaki.

Nampaknya wartawan muda Berita Harian ini prihatin apa
yang berlaku, dan memahami ini ialah isu global.
Mengapa JAKIM , IKIM dan Majlis Fatwa belum lagi
memberikan penerangan mengenai isu ini, sedangkan
gerakan atas nama hak sama rata wanita dan kebebasan
mengamalkan hidup sendiri ini sudah mula mempengaruhi
pergerakan wanita terbesar di Malaysia iaitu Wanita
UMNO dan Puteri UMNO.

Berikut ialah sedikit petikan artikel wartawan muda
Berita Harian

SUARA ORANG MUDA: Imam wanita antara cetusan senario dunia
Oleh Isa Nekmat


SELEPAS dua tahun Iraq diceroboh, mungkinkah ‘keganasan’ cara George W Bush akan diiktiraf dunia dengan pelantikan bekas penasihat neokonservatif Rumah Putih, Paul Wolfowitz?



Penyokong kuat Bush ketika menceroboh Iraq itu tidaklah asing kepada sesetengah pemimpin pembangkang di negara ini yang satu ketika dulu menyambut ketibaannya dengan permaidani merah.

Yang pastinya, kalaupun itu caranya Bush menyejukkan hati Wolfowitz selepas keluar dari Rumah Putih, Wolfowitz masih boleh meneruskan agenda neokonservatif menerusi Bank Dunia.

Jika dana antarabangsa itu dapat diagih secara menyeluruh ke negara memerlukan, dia hanya cuba merasionalkan saja kepada masyarakat dunia mengenai ‘keikhlasannya’.

Namun perhatian dunia Islam kepada Wolfowitz, ulang tahun kedua pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, pembinaan rumah Israel di kawasan jajahan regim Tel Aviv; mahupun minat Rumah Putih dan Ariel Sharon menyerang Syria dan Iran, kini teralih dengan ‘serangan’ Dr Amina Wadud dan rakannya.

Bagai penuh terancang solat yang mereka tahu tidak dibenarkan di sebarang masjid sekitar itu dianjurkan selepas wanita tidak bertudung melaungkan iqamah itu, berjaya mencuri perhatian muslimin seluruh dunia. Bukanlah hina sangat wanita Islam tidak bertudung, namun kesannya kini bertunas satu lagi fahaman yang berasaskan tidak menerima hadis.

Manalah ada solat bercampur jantina (dalam satu saf). Sunnah Nabi Muhammad SAW menjelaskan pengasingan saf walaupun sekeluarga, baik antara suami dan isteri atau ibu dan anak lelakinya.

Mudah saja, perbezaan jantina bukan bererti rendah martabat di sisi Islam. Berasingan saf bukan bermakna perempuan terkebelakang.

Jika kaum hawa tahu beratnya memikul amanah sebagai imam, pastinya mereka bertolak-tolak supaya makmum lain ke depan. Andai mereka tahu imam bukan sekadar seseorang yang perlu mempunyai ilmu sepertiga dunia ini, pastinya merendah diri dengan penuh malu di sisi Allah SWT.

Ketahuilah betapa sukarnya imam hendak khusyuk walau sudah separuh abad mendirikan solat, inikan pula hendak memastikan semua makmum suka dengan imamnya.

Semua lelaki akan mengagumi wanita yang anggun dengan sifat kewanitaannya, keibuan dan kesusilaannya. Demikian juga sebaliknya isteri menghormati suami yang penuh berwibawa budimannya selaku suami, lelaki, rakan kongsi hidup, tempat bernaung susah senangnya dan kebertanggungjawaban sebagai bapa.

Darjat wanita dalam Islam sudah lama dijulang tinggi. Ketika puak jahiliah membunuh dan menanam hidup-hidup bayi perempuan mereka, Nabi Muhammad menukar budaya tidak berperikemanusiaan itu.

Baginda sendiri mengingatkan ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’, malah ketika ditanya selepas Allah SWT dan Rasulullah, baginda menyebut “ibumu, ibumu, ibumu..”

Akhirnya semakin banyak wanita bercakap dan mempersoalkan mengenai jantina, masyarakat semakin memandang sepi kerana isu itu sudah lama selesai.

Allah sudah menggariskan panduannya, kalau ada yang tidak kena, pastinya minda saja (memang tiada lelaki atau wanita yang sempurna), bukan sunnah Nabi Muhammad.

Sebaliknya wanita perlu memperjuangkan amalan yang merosakkan imej mereka, termasuk iklan, filem, fesyen, gaya, profesion dan percakapan yang merendahkan kaum mereka mahupun martabat manusia.

Jika ibu sudah menjuarai kejayaan Melayu unggul sudah cukup mengangkat martabat mereka. Kalau isteri setia menanti pintu syurga walau terseksa batin oleh pengabaian suaminya, kehebatannya tetap disanjungi dan diteladani dunia.

Sebaliknya, renunglah keseluruhan senario dunia. Mengapa tercetus imam wanita selepas dua tahun Iraq diceroboh? Adakah kes murtad di Mahkamah Syariah dua minggu lalu memang diatur menyusul persidangan untuk penubuhan suruhanjaya antara agama? Kemudian disusuli seminar yang menghentam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seolah-olah nahi mungkar menjadi sentimen agama, tidak sebaliknya?

Ruangan ini sudah banyak kali menyebut anasir asing yang cuba menghancurkan perpaduan di seluruh dunia. Perbezaan dari kelompok minoriti sengaja ditaja menjadi agresif dan diibarat bagai suara demokrasi sebenar.

Selepas hubungan Malaysia-Singapura, kita cuba dilagakan dengan Thailand, kini Indonesia. Mungkin harapan mereka supaya wakil negara jiran tidak turut serta Persidangan Keamanan di Palestin anjuran Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN Malaysia) minggu depan.

Ketika dunia Arab mengetepikan perbezaan untuk bersatu menegakkan keamanan di Palestin dan puak Syiah yang dominan di Iran kini bertambah kukuh selepas rakan mereka memenangi pilihan raya Iraq, bibit perpecahan dianjurkan di New York.

Perhatikan dengan teliti cetusan seterusnya, di Malaysia, Asia atau sebarang sudut dunia. Janganlah pula terpedaya dengan ‘huru-hara’ yang cuba ditabur dalam fikiran muslimin ini.

Mudah saja kalau kita kembali ke pangkal jalan dan berpegang kepada dua perkara yang Nabi Muhammad tinggalkan. Jika kurang faham, hayatilah warisan yang diperturunkan dari satu era ke satu zaman. Mungkin itu sebahagian maksudnya ‘mencari as-Syafie dan al-Ghazali’.

Sedang musuh sebenar dan anasir asing perlu kita kenali pasti dan waspada. Siapakah Dr Amina? Adakah sinonim penajanya, Persatuan Kebebasan Wanita Muslim dan MuslimWakeUp.com yang menerima pakai tafsiran sendiri.

Sesungguhnya mereka yang tidak mengiktiraf tafsiran menerusi sunnah Nabi Muhammad SAW dalam menjelaskan maksud al-Quran. Hasilnya ‘yang pentingnya niat, bukan luaran’.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 07:13




Salam

Nasihat Dr Yusof al-Qaradhawi terhadap Amina Wadud dalam kes Solat Jumaat:

ونصيحتي إلى الأخت أمينة ودود: أن تراجع نفسها، وترجع إلى ربها ودينها، وتطفئ هذه الفتنة التي لا ضرورة لإثارتها.
كما أنصح إخواني وأخواتي من المسلمين والمسلمات في أمريكا ألا يستجيبوا لهذه الدعوة المثيرة، وأن يقفوا صفا واحدا في وجه هذه الفتن والمؤامرات التي تحاك بهم .

"Nasihat saya kepada ukht Amina Wadud, agar dia rujuk dan kembali ke pangkuan Tuhan dan Agamanya. Memadamkan api fitnah yang tidak sepatutnya dinyalakan. Saya nasihatkan kepada saudara-saudari saya dari kalangan kaum muslimin di USA, supaya tidak terpengaruh dengan seruan-seruannya. Hendaklah mereka berdiri dalam satu saf dalam menghadapi fitnah yang berlaku ini."
Sumber: http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=122680



Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 09:19


Inilah fitnah akhir zaman. Bida'ah yg nyata lagi bersuluh.....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 14:54


Wanita Jadi Imam – Puteri UMNO jadi sasaran ?

Bercakap mengenai Dr. Amina Wadud (antara pengasas Sisters In Islam Malaysia) wanita yang menjadi imam dan khatib dalam solat Jumaat di New York, pengaruhnya begitu besar di Malaysia. Sisters In Islam sebuah pertubuhan wanita yang memperjuangkan hak sama rata wanita telah menjadikan Pergerakan Puteri UMNO sebagai
sasaran utama mereka apabila satu program anjuran Sisters In Islam pada 24-26 Januari 2003 yang bertajuk

‘Gender Awareness and Women Rights in Islam”

telah menjadikan ahli Pergerakan Puteri UMNO sebagai sasaran utama mereka.

Oleh yang demikian disarankan kepada pihak JAKIM , Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti dan Biro Dakwah UMNO agar mengambil serius perkara ini, agar Pergerakan Puteri UMNO tidak terbabit dengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Imam Dr Amina Wadud. Dan juga diseru agar JAKIM yang mengelolakan Kursus Hak
Wanita Dalam Islam untuk pergerakan Puteri UMNO dan Wanita UMNO dan bukannya oleh Sisters In Islam yang ada hubungan rapat dengan Imam Dr Amina Wadud ini.

Sila rujuk :
http://www.muslimtents.com/sistersinislam/m_act_calendar.htm

24 -26 January 2003 Training : Gender Awareness and
Women Rights in Islam

Target group: Members of Puteri UMNO (newly
established young women's wing of UMNO)

Objektive
- To create gender awareness among opinion leaders and
political activists;
- To give better understanding on women's rights in
Islam; and
- To train political activists and opinion leaders to
be more progressive by giving them alternative views
on Islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 15:27


betul apa kata suhaimi_sr tu..itulah fitnah akhir zaman..
ya Allah, selamatkanlah kami dari azabMU yang amat pedih

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 15:54


[islah-net] Re: Kaitan Imam Wanita dan Sisters in Islam

Komentar:

Tak usahlah bimbang.

Tindakan Dr Wadood itu berlaku di Gereja. maksudnya tidak ada satu
mesjid pun di Bandaraya New York yg membenarkan upacara Protestant Dr
wadood itu...maksudnya umat Islam USA menolak teori wadud supaya
wanita memenuhkan mesjid pada hari Juma'at. Buat masa ini kaum wanita
Malaysia lebih selesa shopping di jalan TAR dari ke mesjid pd hari
Juma'at. lagipun mesjid tak muat...

Begitu juga nasib Dr Rashad Khalifa yg bertapak di Tucson Arizona.
Teori Kod 19 beliau tidak kemana juga..akhirnya berkubur.

aa


--- In [email protected], Rozmal bin Malakan wrote:
> DR. AMINA WADUD IALAH PENGASAS SISTER IN ISLAM
> MALAYSIA
> (Sila rujuk laman web
> http://www.muslimtents.com/sistersinislam/reports/810_062001.htm
> Dr Amina Wadud is an Associate Professor of Philosophy
> and Religious Studies, Virginia Commonwealth
> University and also a founder member of Sisters in
> Islam)
>
> SEKARANG DR AMINA WADUD MENJADI IMAM SOLAT JUMAAT PADA
> MAKMUM LELAKI DAN WANITA PADA SAF YANG SAMA.
> (Sila rujuk mana-mana akhbar)
>
> SISTERS IN ISLAM MALAYSIA MEMBELA RATU CANTIK
> (Sila rujuk
>
http://www.sistersinislam.org.my/SIS%20Malay%20web2/letterstoeditors/Malay/08081997.htm
> Undang-undang yang bermaksud menyekat kebebasan asas
> boleh membawa kesan meluas ke atas seluruh masyarakat
> Malaysia)
>
> SISTERS IN ISLAM MALAYSIA JUGA MEMBELA ORANG MINUM
> ARAK
> (Sila rujuk kes Jeslina Hashim , tangkapan JAWI di
> Kelab Zouk)
>
> ASTORA JABAT PULA MENYOKONG USAHA DR AMINA WADUD JADI
> IMAM SOLAT JUMAAT
>
> PERSOALANNYA :
> MAHUKAH PUTERI UMNO DAN WANITA UMNO BERSEKONGKOL
> DENGAN SISTERS IN ISLAM , SETERUSNYA BERSEKONGKOL
> DENGAN DR AMINA WADUD ? DATO DR MASHITAH SILA BERI
> JAWAPAN.
>
> MAHUKAH BIRO DAKWAH UMNO REDHA DENGAN KENYATAAN DAN
> TULISAN ASTORA JABAT, SETERUSNYA MENGIAKAN SOLAT-SOLAT
> JUMAAT SELEPAS INI BOLEH DIIMAMKAN WANITA , DAN MASJID
> MANA PULA HENDAK MULAKAN DAHULU SUPAYA BOLEH MENJADI
> JUARA ? DATO' PIRDAUS ISMAIL SILA BERI JAWAPAN.
>

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-05 23:30


Dalam hangat kita memperkatakan tentang topik ini, marilah kita lihat gambar-gambar sebenar wanita itu:







[ Posting ini telah di edit oleh: mawa pada 2005-03-26 23:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-05 09:40




ait, gereja pun siap support tpt untuk sembahyang.Ada apa2 ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 27-03-05 13:58




gereja beri kebenaran.. ada udang sebalik batu la tu.. jika tak silap ada satu lg solat jumaat yg dijadualkan akan diimami oleh wanita di boston..

---------------------------------

Suara JAKIM: Agenda Amina Wadud persenda hukum Islam

(B Harian, 27 Mac 2005)

DALAM sejarah moden Islam, kita melihat muncul pelbagai nama yang menimbulkan kontroversi seperti Mirza Ghulan Ahmad mendakwa ia sebagai Rasul Allah terakhir. Serpihan pengikut Mirza telah mewujudkan ajaran Qadiyani yang memfatwakan sebagai agama baru.

Kemunculan Mirza di Pakistan mendapat sokongan kuat penjajah British ketika menjajah Pakistan dan India. Kemudian muncul pula Salman Rashdie yang mendakwa al-Quran sebagai ayat syaitan dan diberi perlindungan hebat oleh masyarakat Barat.

Di Bangladesh pernah muncul Taslima Nasreen yang menulis novel berasaskan mencaci al-Quran. Di negara kita sendiri pernah wujud sekelompok umat Islam tidak mengaku Sunnah Rasulullah dan menerbitkan pula kitab BACAAN.

Persoalan besar timbul ialah apakah kontroversi yang dikeluarkan oleh orang Islam jahil silih berganti itu menjadi agenda pihak-pihak tertentu atau komplot untuk menghakis peranan ulama dan fuqaha dalam menjaga kesucian dan kekuatan nilai ajaran Islam?

Pada 18 Mac lalu, umat Islam terkejut dengan laporan berita luar negara yang menyebutkan seorang wanita menjadi imam dan membaca khutbah sembahyang Jumaat yang diadakan di sebuah gereja di Manhattan New York Amerika Syarikat.

Wanita yang menjadi imam itu ialah Amina Wadud (gambar) seorang profesor dalam bidang pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia Amerika Syarikat. Beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai lima anak.

Tindakan kontroversi Amina Wadud mengenai amalan ajaran Islam bukanlah perkara pelik baginya. Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari 1989-1992 tetapi perkhidmatannya tidak dilanjutkan kerana pandangannya selalu kontroversi.

Dalam satu Persidangan Perundingan Kepemimpinan Islam Peringkat Antarabangsa Berhubung HIV/Aids di Kuala Lumpur pada 20 Mei 2003, beliau mencaci al-Quran dan Sunnah kerana mendakwa ajarannya berkaitan pendidikan seks menyebabkan HIV/Aids merebak.

Isu utama dalam tindak tanduk terbaru Amina Wadud ialah menjadi imam sembahyang Jumaat, membaca khutbah dan setiap saf-saf sembahyang Jumaat itu bercampur aduk lelaki dan wanita.

Tindakan Amina Wadud menjadi wanita Islam pertama di dunia menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah menerima kecaman ulama di seluruh dunia, antaranya Syeikh Yusuf al-Qardhawi.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah. Pendapat ini berdasarkan pengajaran dan bukan berdasarkan adat sesuatu kaum seperti mana yang didakwa, ketika memberi ulasan lanjut kepada agensi berita Islam Online tentang wanita diharamkan menjadi imam sembahyang kepada makmum lelaki ialah:

- Tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam seorang wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah;

- Tidak ada seorang Fuqaha pun bersetuju membenarkan wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbahnya;

- Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Ibadah sembahyang dalam Islam memerlukan tumpuan penuh minda, perasaan dan penyerahan hati khusyuk kepada Allah swt.

- Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah swt secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

Selari dengan kehebatan ibadah sembahyang, maka Islam menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakannya.

Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.” – (Riwayat: Muslim).

Hadis ini adalah hadis sahih. Ini adalah peraturan dan disiplin sembahyang berjemaah dalam beribadah kepada Allah.

Islam membenarkan wanita menjadi imam kepada makmum wanita saja. Beberapa hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Darqatani menyatakan Aisyah dan Ummu Salamah (isteri-isteri Rasulullah) menjadi imam kepada jemaah wanita saja.

Tempat duduk bagi imam wanita pula adalah dalam saf yang pertama sebaris dengan makmum, tidak terkedepan seperti mana peraturan kedudukan imam lelaki. Tidak ada hadis yang menyebut langsung mengenai wanita boleh menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah.

Islam memberi persamaan hak berdasarkan keadilan kepada lelaki dan perempuan. Peraturan pengasingan lelaki dengan wanita dalam ibadah sembahyang menunjukkan Islam adalah agama yang tersusun dan bersistem. Ia sebenarnya memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada semua pihak. Mereka menunaikan sembahyang untuk mencapai kekhusyukan sepenuh dan diredai Allah swt. Allah swt menyebut dalam al-Quran bahawa orang Islam yang berjaya ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyang (Al-Mukminum:1) dan orang yang lalai dalam sembahyang adalah orang yang kerugian besar. – (al-Maaun: 4).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula menyebut kehebatan dan kecemerlangan sembahyang akan menentukan seseorang itu ahli syurga atau neraka. Ternyata bahawa ibadah sembahyang adalah satu ibadah yang paling hebat dan memberi nikmat besar kepada individu yang mencapai kekhusyukan dalam sembahyang. Ketinggian martabat dan hakikat sembahyang dalam pembentukan peribadi umatnya amat nyata apabila Allah swt menyerah sendiri kepada Rasulullah saw mengenai perintah melaksanakan ibadah sembahyang semasa peristiwa Israk-Mikraj.

Tindakan kontroversi seorang wanita menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah jelas sekali tidak mengambil kira ketinggian martabat dan kehebatan hakikat sembahyang itu. Oleh itu tindakan tersebut jelas dilihat sebagai tindakan wanita untuk memperjuangkan hak asasi wanita sebagai:

- Memperjuangkan hak sama-rata lelaki dan perempuan seperti mana yang diamalkan dalam kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan seperti mana yang terdapat dalam upacara sembahyang agama lain.

- Berusaha melanggar disiplin ilmu yang dipegang oleh ulama dan fuqaha yang menjadi benteng kekuatan pegangan nilai umat Islam. Jika usaha ini berjaya maka peranan ulama dan fuqaha dalam mempertahankan nilai Islam akan terhakis.

Dengar datangnya sesuatu peristiwa baru, umat Islam hendaklah berfikir secara terbuka sebelum menerimanya. Ia juga hendaklah dinilai dan diselidiki dengan ilmu dan panduan yang jelas sebelum mengikutinya.

Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan”.

– Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

_husna_
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14875
Posting: 62
Dari: balai berita

Johor  


posticon Posting pada: 31-03-05 15:53



pelik tp benar..

kenapa sampai macam ni sekali mentaliti dr wadud???????

islam ke dia ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For _husna_Profil   Hantar PM kepada _husna_   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-05 01:38




lagi-lagi cerita pelik. First Women-Only Mosque Opens in Amsterdam

Tidak hairanlah jika dikatakan golongan yang paling ramai di neraka adalah...

Moga kita semua tergolong di dalam golongan yang diredhai Allah.Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.248797 saat. Lajunya....